pengurusan spm - contoh senarai semak guru bertugas semasa spm

Upload: siti-rohani

Post on 30-Oct-2015

445 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pengurusan SPM

TRANSCRIPT

PENGISIAN TAKLIMAT KEPADA GURU BERTUGAS SEMASA PEPERIKSAAN AWAM

PENGISIAN TAKLIMAT KEPADA GURU BERTUGAS SEMASA PEPERIKSAAN AWAM SPM 2011SMK PONTIAN JAYA, KUALA ROMPIN PAHANGSesi / Bil.Bidang TugasPengisian & Tindakan

Peringatan PentingGuru bertugas semasa peperiksaan MESTILAH datang awal ke sekolah untuk menguruskan segala keperluan pelajar iaitu 7.30 pagi dan 1.40 petang.

1Menguruskan PerhimpunanMenguruskan perhimpunan pagi.

Arahkan calon berbaris ikut bilik peperiksaan.

Peringatkan pelajar tentang slip dan kad pengenalan.

Peringatkan tentang peralatan peperiksaan.

Peringatkan tentang disiplin / peraturan.

Baca doa pemudah menjawab soalan / penerang hati.

Arahkan pelajar bergerak ke arah dewan dalam barisan / kumpulan.

2Menguruskan Dokumen CalonSediakan alternatif kad pengenalan dan slip kebenaran menduduki SPM. * Surat akuan pelajar boleh didapati di pejabat sekolah.

3Menguruskan Maklumat Calon1. Dapatkan data tentang kehadiran calon di dalam dewan.[ Hubungi ketua pengawas setiap pusat ]

2. Mengisi buku laporan guru bertugas peperiksaan dengan lengkap.

4Pengurusan Krisis1. Jika calon tidak hadir / lambat hadir :Pemaklum : Ketua Pengawas

Tindakan : Gunakan sebarang saluran yang ada, cuba dapatkan gambaran yang sebenarnya tentang calon dan ambil tindakan yang sewajarnya.

2. Pelajar sakit tiba tiba.

Pemaklum : Ketua Pengawas.

Tindakan : Bincangkan dengan pengawas / Apa alternative yang sekolah dapat bantu [ Bilik rawatan / Ubat ]

5Tugas AmMemantau tingkah laku pelajar dan memastikan pelajar mematuhi segala peraturan sekolah.

PeringatanGuru yang bertugas dikehendaki sentiasa berada di pejabat sekolah disepanjang masa bertugas. Jangan sesekali meninggalkan pejabat sekolah tanpa memaklumkan kepada kerani.