pengurusan pra-kontrak projek pemuliharaan masjid ehsaniah iskandariah, kg

15
PENGURUSAN PRA-KONTRAK PROJEK PEMULIHARAAN MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH, KG.KUALA DAL, KUALA KANGSAR, PERAK: TINJAUAN PERBEZAAN DENGAN PROJEK PEMBINAAN BARU Dr. Siti Norlizaiha Harun, Tajul Edrus Nordin¹, Mohd Nasurudin Hasbullah², Ar Azman Zainonabidin³ Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar Emel : ¹[email protected], ²[email protected] ³[email protected] ABSTRAK : Pemuliharaan merupakan satu aktiviti teknikal ke atas bangunan bersejarah, ia melibatkan kerja- kerja yang mengakibatkan perubahan fizikal bagi tujuan mengekalkan keadaan asal sesebuah bangunan dan tapak tanah bersejarah sepertimana pembinaan atau perletakkannya yang asal. Secara tidak langsung ia adalah satu tindakan yang cuba mengawal kemusnahan berterusan yang dialami bangunan lama. Ia dianggap sebagai satu proses memanjangkan hayat bangunan supaya terus kekal untuk generasi yang akan datang seterusnya memastikan persejarahan bangunan dan tamadun sesebuah masyarakat dapat diterokai sehingga hari ini. Pemuliharaan Masjid Ehsaniah Iskandariah di Kg. Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak dilakukan bagi memastikan warisan sejarah dan budaya ini terus dapat dikekalkan. Masjd ini dibina dengan menggunakan bahan tempatan yang sukar ditemui pada masa kini iaitu dinding tepas. Masjid ini juga mempunyai gaya seni bina yang unik tanpa kubah dan merupakan ciri yang membezakannya dengan masjid yang biasa dilihat. Dengan latar belakang sejarah yang menarik disamping keistimewaan seni bina tempatan, faktor ini merupakan menjadi asas utama kepada Jabatan Warisan Negara Malaysia untuk memulihara bangunan ini. Kertas kerja ini membentangkan proses pemuliharaan bangunan dan pengalaman proses Pra-Kontrak projek pemuliharaan Masjid Ehsaniah. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk melihat peringkat dan skop yang terlibat dalam projek pemuliharaan bangunan bersejarah dan melihat perbezaannya dengan projek binaan baru. Kata Kunci : Pemeliharaan, dokumentasi, skop kerja, Lukisan Terukur PENGENALAN Apabila menyebut projek pembinaan dapat digambarkan sebagai satu cadangan pembinaan bangunan atau stuktur baru ditapak. Prosidur dan proses untuk membina akan bermula secara konvesional dengan lukisan atau pelan cadangan sehinggalah projek ditender untuk perlaksanaan. Bagaimana pula dengan projek yang melibatkan bangunan bersejarah? Bangunan yang memang telah sedia ada wujud ditapak; apakah proses kerja yang terlibat khususnya diperingkat pra-kontrak. Penyelidik memilih untuk meninjau diperingkat ini memandangkan penyelidikan oleh penyelidik lain lebih memokuskan kepada pendekatan dan kaedah pemuliharaan yang lebih teknikal iaitu diperingkat kerja tapak. Kertas kerja ini akan membentangkan proses pemuliharaan pra-kontrak yang terlibat di projek pemuliharaan Masjid Ehsaniah, Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar. Seterusnya diperingkat penemuan akan membentang perbezaan yang ditemui. PROSES PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH Sebagaimana projek pembangunan baru, projek pemuliharaan juga perlu dirancang dan diurus mengikut peringkat-peringkat projek. Perancangan dan pengurusan kerja bagi sesebuah projek pemuliharaan mempunyai prinsip, metodologi dan teknik-teknik yang memandu pihak pelaksana menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Secara umumnya projek pemuliharaan sering dirujuk sebagai usaha-usaha untuk menjaga bangunan atau pendapat yang lebih yakin lagi ialah kerja-kerja untuk mengekal, membaiki dan menyelenggara bangunan. Kekeliruan maksud yang sebenar atau salah faham dari segi maksud istilah dan amalan kerja ini menyebabkan projek pemuliharaan dilaksanakan hanya dalam skop membaik pulih bangunan seperti yang asal sahaja tanpa mengambilkira konsep pemuliharaan secara ilmiah juga praktis yang mementingkan prinsip mengekalkan sejarah. Memulihara bangunan memerlukan satu kefahaman yang jelas dari segi tindakan dan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi memastikan kelancaran projek. Dari segi kitaran projek binaan baru, peringkat pertama adalah penyiasatan tapak bagi mengetahui kesesuaian tapak dari segi kekuatan struktur tanah sebelum penanaman asas dan binaan struktur bangunan boleh dilakukan. Projek pemuliharaan pula juga dimulakan dengan penyiasatan tapak, walau bagaimanapun tapak yang dimaksudkan ialah tapak yang memang telah wujud iaitu bangunan dan tapak bersejarah yang lama. Menurut Fredman, J. (2000), projek pemuliharaan

Upload: zainuddin-zidene

Post on 31-Oct-2015

151 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

pemuliharaan

TRANSCRIPT

PENGURUSAN PRA-KONTRAK PROJEK PEMULIHARAAN MASJID EHSANIAH ISKANDARIAH, KG.KUALA DAL, KUALA KANGSAR, PERAK:

TINJAUAN PERBEZAAN DENGAN PROJEK PEMBINAAN BARU

Dr. Siti Norlizaiha Harun, Tajul Edrus Nordin¹, Mohd Nasurudin Hasbullah², Ar Azman Zainonabidin³

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar

Emel : ¹[email protected], ²[email protected] ³[email protected]

ABSTRAK : Pemuliharaan merupakan satu aktiviti teknikal ke atas bangunan bersejarah, ia melibatkan kerja-kerja yang mengakibatkan perubahan fizikal bagi tujuan mengekalkan keadaan asal sesebuah bangunan dan tapak tanah bersejarah sepertimana pembinaan atau perletakkannya yang asal. Secara tidak langsung ia adalah satu tindakan yang cuba mengawal kemusnahan berterusan yang dialami bangunan lama. Ia dianggap sebagai satu proses memanjangkan hayat bangunan supaya terus kekal untuk generasi yang akan datang seterusnya memastikan persejarahan bangunan dan tamadun sesebuah masyarakat dapat diterokai sehingga hari ini. Pemuliharaan Masjid Ehsaniah Iskandariah di Kg. Kuala Dal, Kuala Kangsar, Perak dilakukan bagi memastikan warisan sejarah dan budaya ini terus dapat dikekalkan. Masjd ini dibina dengan menggunakan bahan tempatan yang sukar ditemui pada masa kini iaitu dinding tepas. Masjid ini juga mempunyai gaya seni bina yang unik tanpa kubah dan merupakan ciri yang membezakannya dengan masjid yang biasa dilihat. Dengan latar belakang sejarah yang menarik disamping keistimewaan seni bina tempatan, faktor ini merupakan menjadi asas utama kepada Jabatan Warisan Negara Malaysia untuk memulihara bangunan ini. Kertas kerja ini membentangkan proses pemuliharaan bangunan dan pengalaman proses Pra-Kontrak projek pemuliharaan Masjid Ehsaniah. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk melihat peringkat dan skop yang terlibat dalam projek pemuliharaan bangunan bersejarah dan melihat perbezaannya dengan projek binaan baru. Kata Kunci : Pemeliharaan, dokumentasi, skop kerja, Lukisan Terukur PENGENALAN Apabila menyebut projek pembinaan dapat digambarkan sebagai satu cadangan pembinaan bangunan atau stuktur baru ditapak. Prosidur dan proses untuk membina akan bermula secara konvesional dengan lukisan atau pelan cadangan sehinggalah projek ditender untuk perlaksanaan. Bagaimana pula dengan projek yang melibatkan bangunan bersejarah? Bangunan yang memang telah sedia ada wujud ditapak; apakah proses kerja yang terlibat khususnya diperingkat pra-kontrak. Penyelidik memilih untuk meninjau diperingkat ini memandangkan penyelidikan oleh penyelidik lain lebih memokuskan kepada pendekatan dan kaedah pemuliharaan yang lebih teknikal iaitu diperingkat kerja tapak. Kertas kerja ini akan membentangkan proses pemuliharaan pra-kontrak yang terlibat di projek pemuliharaan Masjid Ehsaniah, Kampung Kuala Dal, Kuala Kangsar. Seterusnya diperingkat penemuan akan membentang perbezaan yang ditemui. PROSES PEMULIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH Sebagaimana projek pembangunan baru, projek pemuliharaan juga perlu dirancang dan diurus mengikut peringkat-peringkat projek. Perancangan dan pengurusan kerja bagi sesebuah projek pemuliharaan mempunyai prinsip, metodologi dan teknik-teknik yang memandu pihak pelaksana menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Secara umumnya projek pemuliharaan sering dirujuk sebagai usaha-usaha untuk menjaga bangunan atau pendapat yang lebih yakin lagi ialah kerja-kerja untuk mengekal, membaiki dan menyelenggara bangunan. Kekeliruan maksud yang sebenar atau salah faham dari segi maksud istilah dan amalan kerja ini menyebabkan projek pemuliharaan dilaksanakan hanya dalam skop membaik pulih bangunan seperti yang asal sahaja tanpa mengambilkira konsep pemuliharaan secara ilmiah juga praktis yang mementingkan prinsip mengekalkan sejarah. Memulihara bangunan memerlukan satu kefahaman yang jelas dari segi tindakan dan langkah-langkah yang perlu dibuat bagi memastikan kelancaran projek. Dari segi kitaran projek binaan baru, peringkat pertama adalah penyiasatan tapak bagi mengetahui kesesuaian tapak dari segi kekuatan struktur tanah sebelum penanaman asas dan binaan struktur bangunan boleh dilakukan. Projek pemuliharaan pula juga dimulakan dengan penyiasatan tapak, walau bagaimanapun tapak yang dimaksudkan ialah tapak yang memang telah wujud iaitu bangunan dan tapak bersejarah yang lama. Menurut Fredman, J. (2000), projek pemuliharaan

bangunan boleh dianggap sebagai satu tindakan yang berbentuk ‘reverse’ atau berpatah balik yang mana bangunan sememangnya telah ada. Penyiasatan adalah ke atas bangunan dan kerosakan yang dialami dan menentukan apakah tindakan pemuliharaan yang akan dilaksanakan. Proses pemuliharaan bangunan secara umumnya yang dapat dirumus daripada Insall (1972) dalam The Care of Old Buildings Today: A Practical Guide, terbahagi kepada 4 fasa kerja. Ini dijelaskan dalam proses metodologi seperti Rajah 1. berikut:

Fasa 1: Dokumentasi

Dokumentasi Keadaan Bangunan

Fasa 2 : Penyiasatan Bangunan

Fasa 3 : Diagnosis

Fasa 4 : Cadangan Pemuliharaan dan Teknik Membaiki

Rajah 1: Metodologi pemuliharaan bangunan bersejarah

Pemuliharaan Bangunan

Lukisan Terukur - plot tatatur/keadaan sedia ada - plot perubahan/ubahsuai/ ‐ tambahan 

Penyelidikan Sejarah -lukisan & foto lama ‐laporan sejarah 

Kajiselidik Bangunan -kenalpasti sistem bangunan & -kenalpasti kerosakan

Ujikaji di tapak -“Nondestructive mechanical & structural test” 

Ujikaji Makmal -sampel & ujikaji bahan -analisis kimia

Punca Kerosakan

Lokasi yang selalu muncul

Tanda-tanda kerosakan (symptom)

Cadangan pembaikan

Kaedah & Teknik -pencucian -pembinaan semula -peneguhan -pemulihan -pengekalan -pemuliharaan

Prinsip & Etika -“minimum intervention” -keaslian bahan dan binaan -rekod & dokumentasi

Spesifikasi terperinci dan Lukisan kerja Pemuliharaan

Strategi Pemuliharaan -keaslian -pragmatik

Fasa pertama ialah proses dokumentasi yang terbahagi kepada dua peringkat kerja iaitu penyelidikan sejarah bangunan dan penyediaan lukisan terukur. Maklumat berbentuk dokumentasi latarbelakang sejarah bangunan dan dokumen berbentuk lukisan terukur amat penting bagi membantu penyiasat bangunan atau konservator mendapat bentuk asal bangunan dari segi seni bina, tatatur ruang dan kaedah binaan. Seterusnya melalui dokumentasi lukisan terukur yang dikemaskini mengikut keadaan fizikal dan struktur yang sedia ada, kerja-kerja mendokumentasi keadaan bangunan dilaksanakan dengan memplot bahagian-bahagian yang mengalami kerosakan, komponen atau elemen bangunan yang hilang, memplot sebarang pengubahsuaian dan tambahan elemen baru. Fasa kedua dalam proses ini ialah penyiasatan bangunan. Penyiasatan bangunan akan dilaksanakan secara menyeluruh yang melibatkan keseluruhan komponen bangunan dari bumbung hinggalah ke lantai dan termasuklah kawasan persekitaran tapak atau bangunan. Komponen bangunan seperti bumbung, dinding, lantai dan struktur asas bangunan akan dikaji dari segi kekukuhan struktur dan keadaan kerosakan bahan. Komponen bangunan seperti tiang, tangga, tingkap, pintu dan ragam hias (decoration) pada dinding juga akan disiasat keadaan kerosakannya, punca dan lokasi yang sering muncul kerosakan. Proses penyiasatan diteruskan bersama dengan diagnosis keadaan kerosakan bangunan. Fasa ketiga ini juga dilaksanakan dengan kaedah ujikaji di tapak dan ujikaji di makmal. Penyiasatan bangunan bukan sahaja melibatkan pengamatan dan interpretasi secara mata kasar sahaja, malahan ia perlu melibatkan peralatan menguji seperti mengetahui suhu bilik, membuat ujian kekuatan bata dan konkrit termasuklah juga membuat penyelidikan jenis bahan binaan. Penyiasatan bahan amat penting kerana ia dapat menentukan bahan yang asal termasuklah juga komposisi kandungan bahan. Ini dapat diperolehi melalui ujikaji makmal. Selain dari bahan, ujikaji makmal juga dapat menghasilkan keputusan berkenaan kandungan-kandungan mikrobiologi yang terdapat pada bahan-bahan binaan yang rosak seperti dalam bahan kayu yang reput dan lepaan dinding yang terhakis. Penyiasatan bangunan merupakan sebahagian daripada proses dokumentasi bangunan bersejarah, setiap maklumat yang direkod, sampel bahan yang diambil dan sebarang pembukaan atau ganguan (intervention) ke atas fizikal bangunan dianggap sebagai satu sejarah. Kesemua proses kerja ini didokumentasikan satu persatu bagi memastikan tiada maklumat yang tertinggal kerana maklumat ini kelak akan membantu dalam sebarang perancangan pemulihan bangunan. Harus diberi perhatian di peringkat ini, prinsip-prinsip kerja pemuliharaan iaitu jujur dan simpati dalam interpretasi, menghormati bangunan dan kualiti tempat dan meminima ganggunan (minimal intervention) hendaklah diberi keutamaan sebagai etika kerja. Apabila maklumat diagnosis telah diperolehi, strategi pemuliharaan akan di rangka bagi menentukan satu keputusan berkenaan cadangan pemuliharaan. Konsep pemuliharaan ditentukan seperti pengekalan keaslian bangunan dari segi seni bina dan fungsi bangunan. Konsep pemuliharaan juga bergantung kepada kehendak klien seperti mengekal dan membangunkan bangunan bersejarah untuk tujuan ekonomi. Penukaran fungsi bangunan sebagai muzium dan galeri misalnya akan turut melibatkan beberapa strategi khususnya pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk pemuliharaan agar ia dapat memenuhi prinsip-prinsip dan kehendak piagam pemuliharaan antarabangsa. Pendekatan seperti pembangunan semula dan tambahan baru dan tukar gunaan (adaptive-reuse) mestilah mempunyai kesatuan dan harmoni dengan bangunan bersejarah. Fasa terakhir dalam metodologi ini ialah merangka spesifikasi kerja-kerja pemuliharaan. Ia merupakan skop kerja pemuliharaan untuk setiap komponen bangunan. Insall (1972), dalam The Care of Old Buildings Today: A Practical Guide, telah memberi panduan berkenaan spesifikasi kerja yang perlu terkandung dalam dokumen kontrak. Spesifikasi adalah berpandukan kerosakan-kerosakan yang perlu dirawat dan dibaikpulih. Ini termasuklah juga skop-skop kerja yang perlu mengikut prinsip pemuliharaan iaitu membuat analisis, memberi peneguhan (consolidation) pada bangunan, mengekal, memulihara dan membina semula termasuk sebarang penggantian bahan baru. Bagi menjelaskan kaedah kerja, spesifikasi akan dihuraikan dengan terperinci secara teknikal dari segi kaedah, jenis dan bahan binaan. Spesifikasi kerja mestilah dirangka dan dibentuk mengikut turutan elemen bangunan dan huraian-huraian kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan. Kerja-kerja pemuliharaan juga melibatkan arahan-arahan kerja yang menunjukkan rasa hormat kepada elemen seperti membuka, mengikis dengan cermat, memindahkan dengan sementara serta memulihara sebarang artifak yang ditemui. Ketelitian spesifikasi yang dihasilkan akan memberi pengaruh dan dapat menjelaskan apakah kerja yang dikehendaki, bagaimana hendak dilaksanakan, apakah piawai (standard) kerja yang diperlukan dan apakah bahan binaan yang digunakan. Sehingga kepada tahap kerja pertukangan, bagi mencapai kualiti seperti yang asal, nama jurutukang (craftmen) boleh dinyatakan (Hughes, 2000). Spesifikasi yang jelas ini penting kepada kontraktor

konservasi bagi memudahkan kerja-kerja perancangan dan pengurusan kerja yang lebih sistematik dan menepati kehendak-kehendak pemuliharaan bangunan bersejarah. Menurut Hughes (2008), walaupun tujuan ketelitian ke atas perkara dan kaedah kerja adalah untuk menghasilkan dokumen kontrak yang sempurna dengan spesifikasi yang komprehensif namun masih terdapat kelonggaran atau perselisihan berkenaan kenyataan-kenyataan arahan kerja yang mungkin timbul semasa projek dilaksanakan kelak. Ini tidak dapat dielakkan, tambahan pula sesetengah keputusan hanya boleh dibuat di tapak semasa kerja-kerja pemuliharaan masih dalam proses dan lebih-lebih lagi keputusan juga amat bergantung kepada konservator bangunan. Keadaan-keadaan yang luar jangkaan ini sering berlaku apabila kerja-kerja perobohan bangunan dijalankan. Pada masa itu mungkin terdapat beberapa penemuan baru yang mungkin mengakibatkan perubahan dari segi pendekatan pemuliharaan dan arahan kerja dalam dokumen kontrak. Sama ada diperingkat pra kontrak dan kontrak berjalan, salah satu aspek yang menjadi teras dalam kerja pemuliharaan ialah dokumentasi. Dokumentasi adalah satu proses kerja yang berterusan, di peringkat proses awal iaitu penyelidikan sejarah, penyiasatan sehinggalah spesifikasi kerja, proses dokumentasi akan berturutan pada kerja-kerja pemuliharaan di lapangan pula. Pihak kontraktor perlu melaksanakan dokumentasi yang berterusan seperti merekod dan merakam proses kerja, termasuklah sebarang penemuan baru pada bangunan dan tapak bangunan bersejarah. KAJIAN KES: PEMULIHARAAN MASJID EHSANIAH

Skop Kerja Perunding Pemuliharaan Masjid Ehsaniah Iskandariah adalah salah sebuah masjid yang mempunyai sejarah silam yang mungkin tidak diketahui ramai. Keadaan bangunan masjid yang usang dan hampir akhirnya telah membuka mata pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan pemuliharaan warisan iaitu pihak Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pihak Jabatan Warisan Negara melalui Projek Konservasi 2008 telah melantik Badrul Hisham Architect (BHA) sebagai Perunding Arkitek. Antara sekop Perunding Arkitek yang dilantik dikehendaki menyediakan khidmat yang berikut:

1. Menyediakan Lukisan Sedia Ada atau Lukisan Terukur, 2. Menyediakan Laporan Kerosakan Bangunan (Dilapidasi) dan lukisan berkaitan, 3. Menyediakan Gambar Berskala (Scale-Photography) bangunan, 4. Melaksanakan kerja arkeologi (jika perlu), 5. Menyediakan Sekop Kerja Konservasi (Spesifikasi Projek) serta lukisan berkaitan, 6. Menyediakan rekabentuk dan pernyataan kaedah (method statement) konservasi termasuk

bagi kerja-kerja berkaitan Mekanikal dan Elektrikal, 7. Membantu Jabatan menyediakan tender dokumen, Preliminary Detail Abstract (PDA), tuntutan

interim dan pelarasan harga, 8. Menyediakan dokumen berkaitan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, 9. Hadir Mesyuarat Teknikal dan Mesyuarat Tapak, 10. Membantu Pegawai Penguasa menyelia projek, 11. Menyediakan Laporan dan Lukisan Akhir Projek.

PERINGKAT KERJA AWALAN Pada peringkat awalan ini, kerja-kerja yang melibatkan kajian latar belakang, sejarah tempat, bangunan telah mula dilakukan. Lokasi Masjid Ehsaniah Iskadariah terletak di Kampung Kuala Dal di daerah Kuala Kangsar, Perak iaitu menghala ke bahagian barat bandar Diraja Kuala Kangsar, dengan melalui jalan atau Route 1 ke arah Padang Rengas dan Taiping. Masjid yang diperbuat daripada kayu ini terletak di sebelah kiri jalan, dari Kuala Kangsar ke Taiping, dan dapat dikenalpasti dengan mudah.

Kisah Sejarah Kisah kesultanan Perak merupakan salah satu kisah kebanggaan rakyat-rakyat Malaysia, terutamanya rakyat-rakyat negeri Perak. Kesultanan negeri Perak telah wujud sejak zaman awal penjajahan barat ke Tanah Melayu pada kurun ke 16. Masjid Ehsaniah Iskandariah telah dibina oleh Sultan Iskandar Shah iaitu sultan Perak yang ke 30 pada tahun 1936. Menurut daripada ukiran yang terdapat di atas papan plag perasmian masjid, yang masih disimpan di masjid berhampiran, mencatatkan majlis perasmiannya telah diadakan pada hari Jumaat tanggal 10 Zulhijjah pada tahun 1356 Hijrah bersamaan dengan 11 Februari 1938 oleh Sultan Iskandar Shah.

Gambar 1 : Pemandangan Masjid dari jalan utama

Kampung Kuala Dal

Rajah 1 : Pelan Lokasi Kampung Kuala Dal

Hasil daripada temumual dengan bekas ketua Kampong Kuala Dal yang juga merupakan pengerusi masjid baru (Masjid Al-Wahidiah) yang berdekatan dengan Masjid Ikhsaniah,Tuan Haji Jaafar Bin Haji Yusof, mendapati bahawa masjid ini telah dibina oleh Sultan Iskandar pada masa itu adalah semperna menunaikan hajat baginda. Baginda sultan telah berniat atau bernazar untuk membina sebuah masjid apabila salah seorang daripada anakanda baginda telah sembuh daripada gering. Lokasi Kampung Kuala Dal menjadi pilihan kerana baginda dan para pembesar serta kerabat diraja sering pergi berkelah di Lata Bubu iaitu kawasan perkelahan Diraja yang berhampiran dengan kampung tersebut. Di dalam perjalanan baginda sering melihat orang-orang kampung tersebut bersembahyang di madrasah yang telah usang. Maka lahirlah rasa belas kasihan baginda terhadap penduduk setempat, dengan itu masjid yang telah siap dibina itu dinamakan Masjid Ehsaniah Iskadariah. Masjid yang dibina dengan wang ikhsan daripada Sultan Iskandar Shah itu menelan belanja sebanyak RM8,000.00 dan telah dibina diatas sebidang tanah yang diwakafkan secara lisan oleh seorang bangsawan iaitu Juragan Abdul Shukur Bin Mohammad Ali. Pembinaan masjid ini diketuai oleh tukang berbangsa Cina dan dibantu oleh orang-orang kampung tersebut secara bergotong-royong di dalam menyiapkan kerja-kerja mengayam dinding tepas dan ukiran kayu. Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulop Ngah adalah di antara sebilangan individu yang turut menyumbangkan kepakaran mereka semasa pembinaan masjid dijalankan. Masjid ini yang mempunyai ciri-ciri senibina Istana Kenangan di Bukit Chandan dikatakan datang daripada hasil ilham baginda sultan sendiri.

Masjid Ehsaniah digunakan untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan disamping turut dijadikan tempat persinggahan dan persidangan para pembesar Perak. Masjid ini dapat menampung seramai 200 orang jemaah serentak pada satu-satu masa. Haji Hassan Bin Mat Saad adalah iman yang pertama bagi Masjid Ehsaniah. Beliau pada ketika itu baru berusia 17 tahun. Pada masa itu beliau menetap berhampiran dengan masjid tersebut. Kini iman Haji Hassan telah pun meninggal dunia dan rumahnya telah diwariskan kepada anak lelakinya yang menjalankan perusahaan membuat labu tembikar di situ.

Masjid Al-Wahidiah dibina diatas tapak yang sama pada tahun 1976 untuk menampung keperluan masjid asal yang tidak mencukupi. Dengan adanya masjid baru, Masjid Ehsaniah digunakan apabila keadaan memerlukan terutama dimusim hari raya dan kenduri. Fungsi Masjid Ehsaniah semakin lama kian berkurangan dan sehingga kini ianya terus dibiarkan usang tanpa sebarang aktiviti yang khusus dijalankan. Kini setelah tujuh puluh tahun masa berlalu, Masjid ini hanya menjadi tatapan pengkaj-pengkaji senibina, seni ukiran dan anyaman kelarai sahaja. Wajah keusangan Masjid Ehsaniah masih mampu menarik perhatian sebilangan pengguna jalanraya yang melalui jalan dari Kuala Kangsar ke Taiping. Keunikkan bentuk senibina Masjid Ehsaniah adalah merupakan tarikan utama kerana ianya berbeza dengan masjid-masjid yang biasa terdapat di kawasan persekitaran dan di seluruh Malaysia. Masjid ini dikatakan kelihatan seperti sangkar burung (Metro 18 Ogos 1995).

PERINGKAT KEDUA : DOKUMENTASI BANGUNAN

Gambar 4 : Majlis perasmian masjid oleh Sultan Iskandar Shah pada tahun 1938 Gambar 3 : Plag perasmian masjid

Peringkat seterusnya ialah kerja-kerja Lukisan Terukur, Pengukuran Keadaan Bangunan dan Gambar Berskala Bangunan. Kerja–kerja dapat dilaksanakan dengan baik pada peringkat awalnya, namun keadaan bangunan masjid yang usang dan mereput telah melambatkan kerja-kerja pengukuran. Keseluruhan elemen-elemen bangunan masjid iaitu bumbung, tiang, dinding anyaman tepas, lantai papan, tangga dan elemen hiasan didapati rosak, mereput atau hilang, menjadikan kerja pengukuran ini sukar dilakukan. Kerja dilaksanakan dengan amat berhati-hati bagi memastikan pengukuran yang dilakukan tidak mengakibatkan kerosakan yang lebih memburukkan keadaan bangunan masjid itu.

Untuk mendapatkan data yang lebih jitu terutamanya mengenai elemen-elemen bangunan, pemeriksaan ke atas longokan kayu berdekatan masjid dilakukan bagi tujuan rekod. Penemuan beberapa bahagian atau elemen bangunan ini memungkinkan menyediakan lukisan bangunan sebenar yang amat diperlukan dalam pelan pemuliharaan kelak. Kajian keatas rekod dokumentasi awal juga dilakukan bagi mendapatkan rupa asal seni bina bangunan. Penyediaan Lukisan Terukur termasuklah lukisan terperinci elemen-elemen bangunan seperti tingkap, pintu, tangga dan termasuklah lukisan perincian ukiran. Lukisan terperinci ini amat penting kerna ia dapat memandu kontraktor dalam pelaksanaan kerja pemuliharaan kelak.

Rajah 2: Lukisan Terukur Bumbung

Rajah 3: Lukisan Terukur Tampak Hadapan

Rajah 4 : Lukisan Terperinci 1

Rajah 5 : Lukisan Terperinci 2

Rajah 6: Gambaran Masjid Ehsaniah selepas dipulihara

PERINGKAT KETIGA: KAJIAN DILAPIDASI Proses kerja selanjutnya menyediakan Laporan Dilapidasi atau Laporan Kecacatan Bangunan. Proses ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kerosakan dan keusangan bangunan. Kajian ini merupakan satu amalan kerja bagi mendokumentasi sebarang masalah dan kecacatan bangunan dengan menggunakan kaedah bergambar sebelum kerja-kerja pemuliharaan bangunan dijalankan. Kajian Dilapidasi Masjid Ehsaniah dilakukan bagi mengetahui kecacatan bangunan dengan memeriksa tahap kerosakan, simptom dan punca-punca yang menyebabkan kerosakan. Keadaan bangunan masjid Ehsaniah berada keadaan usang. Dinding bangunan ini diperbuat daripada dinding anyaman tepas dan hampir keseluruhan dinding rosak dan reput. Walau bagaimanapun struktur utama iaitu tiang dan lantai masih lagi kukuh. Hasil kajian dilapidasi ke atas beberapa elemen bangunan dapat dilihat dalam rajah berikut:

ELEMEN KEROSAKAN / SIMPTOM PUNCA LOKASI/GAMBAR

BUMBUNG Kerangka bumbung Bumbung Utama • Kemasan zink • Kerangka kayu

dipaku Bumbung Tingkat Bawah • Kemasan zink • Kerangka kayu

dipaku

Bahagian kerangka dalam bumbung ialah kayu di makan anai anai dan reput. Kedudukan kerangka bumbung adalah condong di mana beberapa struktur tunjuk langit dan topang terkeluar dari kedudukan asal. Kemasan tertanggal dan berkarat Kemasan tertanggal dan berkarat. mereput dan di makan anai-anai.

Kayu menjadi rosak disebabkan air yang masuk melalui kepingan zink yang tercabut dan seterusnya menyebabkan kayu menjadi lembab serta basah, di mana ia memudahkan kayu tersebut di makan anai anai. Tiada penyenggaraan, pengaratan paku, Pergerakan struktur dan serangan anai-anai. Tiada penyenggaraan, pengaratan paku, pergerakan struktur dan serangan anai-anai.

Kerangka bumbung yang reput

SILING

Siling berlubang dan reput akibat di makan anai-anai dan berlumut.

Siling rosak disebabkan tindakan air yang masuk menerusi bumbung yang tercabut yang mengakibatkan kayu mudah menjadi lembab dan basah dan memudahkan di makan anai anai.

Siling reput

DINDING

Dinding Dalam

Dinding Luar

• Kemasan anyaman buluh tepas

Kemasan kayu tindih kasih

Jenang dan Bendul

Alang tengah di kawasan mihrab 100% reput dimana sebahagian darinya tercabut dan sebahagian lagi di makan anai – anai.

Di kawasan utama (kawasan solat) pula, alang tengahnya juga dimakan anai - anai dan reput.

Berlumut, kering, tertanggal dari kedudukan asal.

Reput dan tertanggal daripada tempat asal

Reput dan berlumut

Kelembapan dari bawah tanah, kiri dan kanan masjid pula tidak di litupi maka air mudah masuk dan menjadi punca utama kayu menjadi basah dan lembut yang mana senang di makan anai anai.

Jenang kayu dimakan anai-anai, kerosakan bumbung benar kemasukan air hujan, kering kerana terdedah secara terus daripada sinaran matahari.

Dimakan anai-anai, ikatan paku berkarat mengurang daya ikatan antara kemasan dan jenang.

Kadar kelembapan tinggi, dimakan anai-anai

Rajah 2: Laporan Dilapidasi Bangunan Masjid Ehsaniah

PERINGKAT KEEMPAT: CADANGAN KERJA PEMULIHARAAN Proses kerja di teruskan dengan penyediaan Cadangan Kerja Pemuliharaan. Ini termasuklah Lukisan Pelan Konservasi, Skop kerja Konservasi dan Dokumen Tender. Berpandukan laporan kecacatan (Dilapidasi) dan lukisan terukur yang telah diplotkan lokasi kerosakan, Konservator Bangunan akan mencadangkan skop kerja pemuliharaan yang sesuai bagi membaikpulih dan memulihara bangunan. Satu lawatan tapak bagi menyiapkan Pelan Konservasi telah diadakan di Masjid Ehsaniah Iskandariah, Kuala Kangsar pada 1 Julai 2008 oleh Arkitek, Konservator dan Jurukur Bangunan bagi memperkemaskan Laporan Dilapidasi dan Lukisan Terukur yang disediakan supaya ianya berpadanan dan tidak bercanggah dengan Pelan Konservasi.

Gambar 5 : Lawatan tapak dan perbincangan dengan konservator

Diperingkat ini, Konservator Bangunan akan membuat inventori dan semakan teliti dari segi bilangan elemen dan kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pemuliharaan. Ketelian dari segi skop dan tatacara kerja yang dicadangkan akan membantu kepada penyediaan dokumen tender yang baik. Dalam konteks projek Pemuliharaan Masjid Ehsaniah ini, proses inventori elemen dibahagikan kepada empat kategori:

a) Baik - dikekalkan dan dirawat (retain and treatment)

b) Rosak – dikeluarkan dan diganti baru (remove and replace)

c) Rosak dan baiki – dikeluarkan dan pulihara semula (remove and treatment)

d) Elemen hilang – ganti baru (install new)

Contoh inventori elemen seperti dalam jadual dibawah: Jadual 1: Tahap Kerosakan Dinding dan Skop Kerja

Bil. Butiran Kod Lokasi * Tahap Kerosakan dan kategori Konservasi Nota:

Baik Rosak Baiki Hilang

1 DindingTepas PB (i) Baiki/rawat

2 DindingTepas PB (ii) Ganti

3 DindingTepas PB (iii) Ganti

4-7 DindingTepas PB (iv- vii) Ganti

8 DindingTepas PB (viii) Baiki/rawat Dinding tepas

yang

rosak/hilang

hendaklah

diganti dengan

spesifikasi

bahan/saiz

yang sama

9 DindingTepas PB (ix) Ganti

10-14 DindingTepas PB (x-xiv) Rawat

15 Dinding Papan PB (i - iii) Ganti

16 Dinding Papan PB (iv - vii) Ganti

17 Dinding Papan PB (viii) Ganti

18-23 Dinding Papan PB (ix-xiv) Ganti

24-28 Dinding Tepas PA (i-v) Ganti

29-30 Dinding Tepas PA (vi-vii) Ganti

31 Dinding Tepas PA (viii- xiv) Ganti

32-35 Dinding Tepas M1- (i-iv) Ganti

35-38 Dinding Tepas M2- (i-iv) Ganti

39-42 Dinding Teoas M3-(i-iv) Ganti

Skop dan tatacara kerja pemuliharaan Skop kerja pemuliharaan Masjid Ehsaniah merupakan arahan yang terkandung didalam cadangan pemuliharaan atau pelan konservasi. Kebiasaannya skop kerja terbahagi kepada 5 skop utama:

a. Dokumentasi Bangunan – Merekod keadaan bangunan sebelum, semasa dan selepas pemuliharaan b. Kajian bahan dan Ujian Struktur – kekuatan struktut dasar, ujian kelembapan, ujikaji warna cat asal, c. Peneguhan dan rawatan d. Kerja baik pulih dan pemuliharaan e. Pembinaan semula

Setiap bahagian dan elemen bangunan yang telah dikenalpasti tahap kerosakan akan dicadangkan kaedah pemuliharaan. Konservator Bangunan akan mencadangkan proses dan kaedah kerja untuk setiap bahagian atau elemen bangunan. Contoh tatacara kerja seperti di bawah.

Rajah 2: Contoh skop dan tatacara kerja pemuliharaan lantai kayu Bagi memastikan tatacara yang dicadangkan diikuti dengan baik semasa kerja-kerja pemuliharaan ditapak, kontraktor atau penender akan dilengkapi dengan prinsipdan arahan kerja yang amat menekankan aspek etika kerja. Prinsip Kerja

• Kerja-kerja konservasi Bangunan Masjid Lama Kuala Dal perlu dilakukan dengan penuh etika dan berhati-hati bagi mengekalkan keaslian, keseniaan binaan dan ukiran-ukiran yang terdapat pada bangunan ini.

• Setiap proses kerja hendaklah direkod dan didokumentasikan. • Sebarang gangguan ke atas elemen bangunan hendaklah seminima yang mungkin. Segala gantian

baru hanya boleh dilakukan setelah semua usaha untuk mengekalkan bahan asli adalah sukar dan tidak berjaya dan mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pegawai Penguasa atau Wakilnya.

• Sebarang cadangan kerja baru untuk meneguh atau pembinaan semula hendaklah disediakan tatacara dan didokumentasikan

 

Skop Kerja Pemuliharaan LANTAI

Lantai bangunan masjid ditingkat atas adalah lantai kayu manakala ditingkat bawah

ialah lantai padu konkrit lepaan simen. Kerja-kerja konservasi lantai seperti berikut:

Arahan

• Kerja-kerja membaiki lantai kayu hanya boleh dijalankan apabila

kerja-kerja membaiki bumbung telah selesai dilakukan dengan

sempurna.

Lantai Kayu

a) Membuat inventori bilangan kepingan lantai kayu dan tahap kerosakan

yang dialami.

b) Kayu-kayu yang baik hendaklah dikekalkan dan dibersihkan dengan

kaedah kering. Tidak dibenarkan sama sekali dibasuh dengan air

c) Kayu yang rosak, reput, meleding dan hilang hendaklah diganti dengan

jenis dan saiz yang sama

d) Semua papan lantai gantian hendaklah dikeringkan terlebih dahulu

e) Memasang dan memasukkan kepingan lantai baru dengan cermat dan

hendaklah diratakan keseluruhannya

f) Menyapu lapisan varnish ke atas permukaan lantai dengan cermat

PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER

Pada kebiasaannya, apabila pihak pemilik bangunan (Jabatan Warisan) menerima laporan kajian dilapidasi, ia akan dibentangkan kepada pihak jawatankuasa pemandu projek. Laporan tersebut kemudiannya diserahkan kepada juru ukur bahan bagi mengenal pasti tahap kecacatan bangunan yang dilaporkan, mempertimbangkan kaedah dan teknik pemuliharaan bangunan yang dicadangkan seterusnya menilai kos keseluruhan projek pemuliharaan bangunan. Dengan persetujuan pemilik bangunan, juru ukur bahan akan menyediakan laporan lengkap Senarai Kuantiti (Bill of Quantity) sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan dokumen tender. Laporan Senarai Kuantiti akan mengandungi skop kerja pemuliharaan bangunan yang perlu dilakukan termasuk keperluan menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal serta mendokumentasi keadaan bangunan sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja pemuliharaan seperti dinyatakan di peringkat keempat.

Dalam penyediaan dokumen tender, adalah penting bagi juru ukur bahan bekerjasama dengan pihak arkitek dan perunding konservator bangunan dalam menentukan skop kerja dan kesesuaian kaedah dan teknik pemuliharaan bangunan yang diguna pakai. Hasil daripada perbincangan bersama, juru ukur bahan boleh memastikan anggaran kos projek pemuliharaan bangunan yang dicadangkan. Peringkat ini dianggap kritikal dalam rangka kerja pemuliharaan bangunan. Ini adalah kerana kegagalan pihak perunding menentukan anggaran kos keseluruhan projek akan menimbulkan masalah yang rumit kepada pihak pemilik bangunan termasuk dari segi pertambahan peruntukan kewangan (Variation Order - VO) dan kengkangan masa. PENEMUAN DAN KESIMPULAN Perbincangan tentang proses pemuliharaan bangunan bersejarah adalah berdasarkan dari tinjauan dan penyertaan penyelidik di projek pemuliharaan Masjid Essaniah. Keseluruhan proses dibentangkan seperti dalam kajian kes. Daripada penyertaan penyelidik, dapat difahami dengan lebih jelas apakah skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat iaitu klien, pakarunding dan kontraktor. Jelas daripada rajah yang dibentuk ini, perbezaan nyata adalah dari segi kandungan proses atau skop kerja yang dilaksanakan. Projek bangunan baru secara amnya ialah kerja-kerja pembinaan bangunan sebagaimana rekabentuk yang dicadangkan di atas tapak manakala projek pemuliharaan bangunan ialah satu usaha untuk mengembalikan semula bangunan bersejarah sama ada yang telah tiada atau mengalami kerosakan melalui kerja-kerja pemuliharaan.

Rajah 3: Perbezaan projek pembinaan bangunan baru dan pemuliharaan bangunan bersejarah Sumber: Siti Norlizaiha Harun, 2005

PROJEK PEMBINAAN PROJEK PEMULIHARAAN PERINGKAT

Memulakan Idea

Reka bentuk kasar/konseptual Membina Pelan Projek Anggaran Kos 

Konsep pemuliharaan 

Kenalpasti kepentingan budaya Tentukan keutamaan pemuliharaan Pendekatan pemuliharaan 

Penyelidikan/dokumentasi  

Penyiasatan Bangunan Membina Lukisan Terukur Penyediaan Sebut Harga 

IDEA & KEMUNGKINAN

PELAKSANAAN Reka bentuk Kejuruteraan Terperinci Penyediaan Tender dan Penilaian Tender

PENYIAPAN

Pembinaan Penyiasatan Bangunan/dokumentasi

Penggalian, pemasangan, pembinaan 

Persetujuan kerja 

Dokumentasi Kajian Bahan dan Struktur Ekskavasi Arkeologi 

Kerja‐kerja Pemuliharaan 

Mencuci                    Peneguhan Merawat                    Membaiki Pembinaan semula 

Penyediaan Tender dan Penilaian Tender 

Sijil Menduduki Bangunan Serah Tapak SELESAI

Lawatan Tapak 

Mengurus dan Menyelenggara Tapak

Dapatlah dirumuskan, kerja-kerja pemuliharaan dimulakan dengan mengenalpasti kepentingan yang terdapat pada bangunan bersejarah dan menentukan pendekatan pemuliharaan yang akan dilaksanakan. Di peringkat awal ini kehendak klien ditentukan melalui persetujuan dengan pakarunding pemuliharaan. Pakarunding perlu menyediakan kenyataan kepentingan budaya melalui penyelidikan dan dokumentasi dalam bentuk lukisan terukur dan cadangan pemuliharaan. Kontraktor yang dilantik seterusnya melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sebagaimana skop kerja di dalam dokumen tender. Akhirnya setelah siap, aktiviti susulan adalah rancangan penyelenggaraan tapak bersejarah. Dapat dirumuskan projek pemuliharaan bangunan bersejarah bukan sahaja berkesudahan dengan penyiapan malahan ia merupakan satu proses yang berterusan bagi memastikan bangunan bersejarah terus kekal dan sentiasa terpelihara, oleh sebab itu projek-projek pemuliharaan sering diikuti dengan rancangan pengurusan dan penyelenggaraan tapak tanah bersejarah. RUJUKAN Fredman, J. (2000), The Investigation of Buiding, New York: W.W.Norton & Com. Hughes (2008), Tenders for Conservation Works dalam laman web http://www.buildingconservation/articles Insall, D.W. (1972), The Care of Old Buildings Today: A Practical Guide, London: The Architectural Press Siti Norlizaiha Harun(2005), Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia, Tesis PhD,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tidak diterbit Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia (1997), Garispanduan Konservasi Monumen dan Tapak Tanah

Bersejarah.