pengurusan masa guru dalam proses · pdf filedan vokasional, fakulti pendidikan, ... khas...

29
PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (ELEKTIF – SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU HUSAIRI BIN JIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vukhanh

Post on 06-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN VOKASIONAL (ELEKTIF – SAINS PERTANIAN)

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

HUSAIRI BIN JIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19
Page 3: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19
Page 4: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

(ELEKTIF – SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

HUSAIRI BIN JIKAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19
Page 6: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

iii

DEDIKASI

Untuk …

Ibuku tercinta, Hjh. Rubeah Bt. Ngaripin,

Arwah bapaku, Hj. Jikan B Sihap,

terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat kalian berdua.

Isteriku tercinta, Sanisah Bt. Safuan

terima kasih atas pengorbananmu, galakan, kesabaran dan kepercayaan

yang diberikan selama ini.

Anak-anak tersayang, Siti Nur Atikah, Muhammad Amirul Ashraff,

Muhammad Arif Arsyad dan Muhammad Amir Aiman

Terima kasih atas doa, galakan dan pengorbanan kalian.

Jutaan terima kasih juga kepada penyelia, En. Zainudin Bin Hassan,

atas nasihat dan dorongan.

Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kalian, Amin...

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah S.W.T yang memberikan

kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w

yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus,

maka dengan rahmatNya, projek ini siap bagi memenuhi penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti

Teknologi Malaysia.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik

dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini

sehingga berjaya.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini, khas kepada penyelia

projek sarjana muda, Encik Zainudin Bin Hassan atas nasihat, bimbingan dan

sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan laporan projek ini.

Tidak lupa juga kepada individu atau pihak tertentu yang terlibat sama ada secara

langsung atau pun tidak langsung dalam membantu menyediakan laporan

penyelidikan ini.

Akhir sekali buat ibu, isteri dan anak-anak tersayang, segala doa restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Saya harap usaha ini sentiasa diberkati Allah

S.W.T. dan dapat dimanfaatkan. Sekian , terima kasih.

Page 8: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

v

ABSTRAK

Pengurusan masa yang berkesan merupakan satu faktor yang menentukan

kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah untuk

meninjau pengurusan masa guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Tingkatan Empat dan Lima di sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

Instrumen kajian terdiri daripada set soal selidik yang dibahagikan kepada dua

bahagian. Bahagian A mengandungi 7 item yang berkaitan dengan latar belakang

responden. Bahagian B pula terdiri daripada 42 item berbentuk skala Likert

digunakan untuk meninjau pengetahuan guru tentang kepentingan pengurusan

masa, perlaksanaan perancangan, penyediaan pengajaran dan faktor-faktor yang

menghalang guru dari mengikut masa yang telah dirancang. Seramai 18 orang

guru Sains Pertanian Tingkatan Empat dan Lima telah dipilih sebagai responden

daripada jumlah 18 orang populasi. Data yang dianalisis secara statistik diskriptif

iaitu mencari kekerapan, peratusan min dengan menggunakan perisian SPSS

v11.0 (Statistical Package For Social Sciences). Hasil kajian mendapati

pengetahuan guru tentang kepentingan masa ini adalah amat tinggi iaitu 85.0% .

Walau bagaimanapun, tahap pengurusan masa dari segi perlaksanaan pengajaran

mengikut perancangan ialah 78.5%, aspek penyediaan pengajaran ialah 70.13%

dan aspek faktor-faktor yang menghalang pengurusan masa guru ialah 79.9%.

Pada keseluruhannya, tahap pengurusan masa guru-guru Sains Pertanian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi. Walau

bagaimanapun ia perlu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran Sains Pertanian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Page 9: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

vi

ABSTRACT

Effective time management is one of the most important factors that

determine the success of teaching process. This research tried to identify time

management practice in teaching among from four and five secondary school

teachers of Johor Bahru, Johor. The research instruments consists seven item

related to the background of the respondent. Mean while, Section B consists of

forty two item which seek to identify respondent’s knowledge about the

importance of time management, the implementation of plans, the preparation of

teaching and the factors that hinder the teacher from being punctual according to

the schedule prepared. A total of 18 Agriculture Science teachers were selected as

respondents from the total populations of 18. Data collected was analyzed

descriptively by calculating the frenquencies, percentage and means using SPSS v

11.0 statistical package. The findings of this study revealed that 85.0% of the

teachers have high knowlwdge about the importance of time management.

However, the level of time management as regard to the implementation of

teaching is 78.5% , the percentage from the aspect of the preparation of teaching

is 70.13% and the factor that obstructive of teachers time manegement teaching is

79.98%. The level of time management in the teaching and learning process

among Agriculture Science teachers are identified as on the high level and time

management should be upgraded in order to ascertain the teaching and learning

process of Agriculture Science would be implemented effectively.

Page 10: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 9

Page 11: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

viii

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Istilah Dan Definisi 11

1.8.1 Pengurusan Masa 11

1.8.2 Pengurusan Masa Guru 12

1.8.3 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 14

1.8.4 Pendidikan Teknik Dan Vokasional 16

1.8.5 Sains Pertanian 18

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 20

2.2 Model / Teori Berkaitan Dengan Kajian 21

2.2.1 Model Pengurusan Masa 22

2.2.2 Model Pengajaran Dan Pembelajaran 26

2.3 Kajian-kajian Terdahulu 31

2.3.1 Kajian Pengurusan Masa Guru 31

2.3.2 Kajian Pengurusan Masa Pelajar 33

2.4 Rumusan Kajian Lepas 35

BAB III METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Persampelan 39

3.4 Instrumentasi 41

3.5 Kajian Rintis 44

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 46

Page 12: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

ix

3.6.1 Pengedaran Soal Selidik 46

3.6.2 Pengumpulan data 46

3.7 Analisa Data 47

3.7.1 Kaedah Infrensi 47

3.7.2 Kaedah Deskriptif 47

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisa Data Bahagian A 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Bangsa 52

4.2.3 Umur 52

4.2.4 Lokasi Sekolah 53

4.2.5 Pengalaman Mengajar Sains Pertanian 54

4.2.6 Kursus Sains Pertanian Yang Dihadiri 55

4.2.7 Bidang Pengkhususan Di Maktab 56

4.3 Analisa Data Bahagian B 57

4.3.1 Pengetahuan Tentang Pengurusan

Masa 58

4.3.2 Perlaksanaan RancanganPengajaran

Guru 63

4.3.3 Persediaan Guru Dalam Proses

Pengajaran 69

4.3.4 Faktor-faktor Yang Menghalang

Perancangan Masa Dalam Proses

Pengajaran Dan pembelajaran 74

Page 13: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

x

4.3.5 Perhubungan Pengurusan Masa Guru

Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Mengikut Latar Belakang 80

4.3.5.1 Perhubungan Bagi Pengetahuan

Tentang Pengurusan Masa Guru

Dengan Jantina 81

4.3.5.2 Perhubungan Bagi Perlaksanaan

Rancangan Pengajaran Guru

Dengan Jantina 83

4.3.5.3 Perhubungan Bagi Persediaan

Pengajaran Guru Dengan

Pengalaman Mengajar 85

4.3.5.4 Perhubungan Bagi Faktor-faktor

Yang Menghalang Perancangan

Masa Guru Dengan Pengalaman

Mengajar 86

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 88

5.2 Perbincangan Hasil Dapatan 89

5.2.1 Pengetahuan guru tentang pengurusan

masa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sains

Pertanian 89

5.2.2 Perlaksanakan perancangan pengajaran

mengikut masa yang ditetapkan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Sains Pertanian 91

Page 14: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xi

5.2.3 Persediaan guru mengurus masa dalam

pengajaran mata pelajaran Sains

Pertanian 94

5.2.4 Faktor-faktor yang menghalang

perancangan masa dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains Pertanian 96

5.2.5 Perhubungan pengurusan masa guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan latar belakang guru 98

5.4 Cadangan 99

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 99

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Jabatan

Pendidikan 100

5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia 100

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 101

5.6 Penutup 101

BIBLIOGRAFI 102

LAMPIRAN

Page 15: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xii

SENARAI JADUAL

N0. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru dan Bilangan

Guru SP 40

3.2 Susunan Item Dalam Set Soal Selidik 43

3.3 Skala Likert 44

3.4 Skala Pemeringkatan 48

3.5 Julat Min Bagi Pengurusan Masa Guru 49

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 51

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bangsa 52

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Umur 52

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Lokasi

Sekolah 53

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 54

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Yang mengikuti

Kursus Sains Pertanian Yang Dihadiri 55

4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bidang Pengkhususan Di Maktab / Universiti 56

Page 16: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xiii

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Pengetahuan Tentang Pengurusan Masa Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran 58

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Perlaksanaan Pengajaran Guru Dalam Proses pengajaran

Dan Pembelajaran 63

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Persediaan Pengajaran Guru Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran 69

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Faktor-faktor Yang Menghalang Perancangan Masa Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

74

4.12 Pengetahuan Tentang Pengurusan Masa Guru Dengan Jantina 81

4.13 Perlaksanaan Rancangan Pengajaran Guru Dengan Jantina 83

4.14 Perancangan Persediaan Guru Dengan Pengalaman Mengajar

Sains Pertanian 85

4.15 Faktor-faktor Yang Menghalang Perancangan Masa Guru

Dengan Pengalaman Mengajar Sains Pertanian 86

Page 17: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xiv

SENARAI RAJAH

N0. RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

2.1 Bagaimana Mengawal Penggunaan Masa 23

2.2 Aliran Tenaga Masa 26

2.3 Proses Pengajaran Berdasarkan Model Glaser 27

2.4 Pengajaran Satu Pendekatan Sistematik 28

2.5 Proses Pengajaran 29

2.6 Hubungan Objektif Mata Pelajaran Dengan Objektif Topik 30

4.1 Peratusan Responden Berdasarkan Pengetahuan Tentang

Pengurusan Masa 59

4.2 Peratusan Responden Berdasarkan Item 3 60

4.3 Peratusan Responden Berdasarkan Item 5 61

4.4 Peratusan Responden Berdasarkan Perlaksanaan

Pengajaran Guru 64

4.5 Peratusan Responden Berdasarkan Item 18 66

4.6 Peratusan Responden Berdasarkan Item 19 67

4.7 Peratusan responden Berdasarkan Persediaan Pengajaran Guru 70

4.8 Peratusan Responden Berdasarkan Item 25 71

4.9 Peratusan Responden Berdasarkan Item 32 72

4.10 Peratusan Responden Berdasarkan Faktor-faktor Yang

Menghalang Perancangan Masa Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran 75

4.11 Peratusan Responden Berdasarkan Item 33 76

Page 18: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xv

4.12 Peratusan Responden Berdasarkan Item 41 78

4.13 Peratusan Responden Berdasarkan Pengetahuan Tentang

Pengurusan Masa Guru Dengan Jantina 82

4.14 Peratusan Responden Berdasarkan Pelaksanaan Rancangan

Pengajaran Guru Dengan Jantina 84

4.15 Peratusan Responden Bagi Persediaan Pengajaran Guru

Dengan Pengalaman Mengajar 85

4.16 Peratusan Responden Bagi Faktor-faktor Yang Menghalang

Perancangan Masa Guru Dengan Pengalaman Mengajar 86

Page 19: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xvi

SENARAI SIMBOL

ATS - Amat Tidak Setuju

AS - Amat Setuju

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

f - Frekuensi

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KH - Kemahiran Hidup

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KDPK - Kursus Dalam Perkhidmatan

KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PKG - Pusat Kegiatan Guru

POLIMAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

PSM - Pendidikan Sekolah Menengah

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SP/SPT - Sains Pertanian

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For The Social Science

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

% - Peratus

Page 20: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie & Morgan

B Borang Soal Selidik Responden

C Jadual Perancangan Persediaan Guru Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Dengan Pengalaman Mengajar

D Jadual Faktor-faktor Yang Menghalang Pengurusan Masa Dengan

Pengalaman Mengajar

E Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP/EPRD)

F Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor

G Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan manusia dilingkungi, dikongkongi dan diliputi oleh masa. Masa

merupakan satu sumber yang unik. Setiap manusia yang hidup di dunia ini

memerlukan masa. Mereka mempunyai masa yang sama. Masa sentiasa berada di

sekitar kita. Seperti pepatah Melayu mengatakan bahawa “masa itu emas”. Ia sentiasa

ada dan diperlukan oleh setiap makhluk di muka bumi ini. Manusia yang berjaya

menguasai masa adalah mereka yang dapat menguruskan masa dengan baik,

sehingga masa itu memberi manfaat kepada dirinya dan juga kepada orang lain.

Pengurusan masa adalah proses peribadi dan mestilah sesuai dengan gaya dan

keadaan diri sendiri. Untuk menguruskan masa secara berkesan seseorang itu harus

mempunyai diri yang teguh. Dengan kaedah itu sahaja akan membolehkan seseorang

itu mencapai hasrat yang diingininya. Menurut Webber (1972), masa ialah sesuatu

yang tidak berbalik, sentiasa bergerak dengan cara yang tertib, tertentu serta

Page 22: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

2

berperingkat-peringkat. Pergerakannya tidak boleh diubah dan diberhentikan. Masa,

jika diuruskan dengan baik akan menghasilkan sesuatu yang efektif dan berfaedah.

Tifla (1989), dalam kertas kerjanya tentang pengurusan masa mengatakan

bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran atau sebarang kerja yang

dihadapi, seseorang itu selain dari mempunyai azam dan motivasi yang tinggi perlu

juga tahu mengurus masa dengan berkesan. Pengurusan masa yang baik bermaksud

kemampuan mendisiplinkan diri dalam menentukan keutamaan serta melaksanakan

keputusan yang dibuat.

Pengurusan masa adalah perancangan penggunaan masa yang berkesan sama

ada secara harian, mingguan atau jangka panjang untuk membenarkan masa bagi

aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat (Good, 1973).

Begitu pentingnya masa, sehingga Allah s.w.t mengingatkan kepada manusia

supaya menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah yang

bermaksud :

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman

dan beramal soleh. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran. Dan

berwasiat (nasihat menasihati) dengan kesabaran”

(Surah Al-‘Asr: Ayat 1-3)

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-‘Asr, Allah s.w.t mengingatkan,

sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kerana tidak pandai menggunakan

masa dengan sebaiknya. Sehingga ramai manusia yang membuang masa dengan

aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Page 23: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

3

Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah pengurusan masa

dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Beliau

juga, menyatakan jika terlalu sedikit masa yang digunakan dalam pengajaran subjek

tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian, lebih banyak masa digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam pencapaian pelajar.

Menurut Gordon (1982), pengurusan masa yang cekap sahaja akan dapat

membantunya menyesuaikan diri dengan pelbagai tuntutan dan kebuntuan kerja yang

dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan

pembelajaran.

Pengurusan masa guru dapat digunakan melalui analisis dan perancangan.

Perancangan ini adalah penting untuk memastikan masa yang ada dapat digunakan

dengan tepat dan berkesan. Perancangan masa yang baik dapat mengelakkan dari

berlakunya perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang tidak bersistem.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengurusan masa guru adalah

salah satu faktor yang sangat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran

dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Perancangan yang sistematik amat perlu

bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai dan proses pengajaran dapat berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

1.2 Latar belakang masalah

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang bergerak menuju

pembangunan yang pesat menjelang tahun 2020 yang berorientasikan kepada negara

perindustrian dan perdagangan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah berusaha dan meningkatkan langkah-langkah bagi menyediakan

sumber manusia dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah-

sekolah menengah atas (Tingkatan 4 dan 5 ) bagi merealisasikan wawasan negara.

Page 24: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

4

Sains Pertanian ialah salah satu daripada mata pelajaran elektif yang ditawarkan di

sekolah menengah atas dan disenaraikan dalam KBSM di bawah Kumpulan II

(Vokasional dan Teknologi). Mata pelajaran ini adalah kesinambungan dari pelajaran

yang diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang merupakan mata pelajaran

teras di peringkat menengah rendah. Ia juga adalah kesinambungan daripada unsur

mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi dan Pendidikan Kesihatan.

Perubahan kurikulum di Malaysia merupakan satu inovasi dan akan berubah

mengikut kehendak semasa. Mata pelajaran Sains Pertanian merupakan salah satu

mata pelajaran elektif KBSM. Mata pelajaran ini adalah satu pengajian saintifik

mengandungi prinsip amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi dalam

pertanian seperti mekanisasi ladang, komputer dan bioteknologi serta pengurusan

ladang. Ini selaras dengan kehendak Dasar Pertanian Negara yang menjurus kepada

perindustrian pertanian secara komersil dengan tidak mengabaikan keseimbangan

alam sekitar.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian KBSM ( Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2000), pelajar didedahkan kepada latar belakang sektor

pertanian di Malaysia, pengetahuan dan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

tanaman dan ternakan, serta perladangan sebagai suatu perniagaan bagi membolehkan

pelajar berdikari dan menyumbang kepada kesejahteraan negara selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains Pertanian ialah selama 80

minit dalam satu waktu berkembar dan dua kali seminggu. Masa yang diperuntukkan

ini sememangnya singkat bagi satu mata pelajaran yang bercorak amali di mana

terdapat penggunaan alatan bagi menghasilkan sesuatu projek tertentu. Kebolehan dan

keupayaan pelajar-pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar yang cepat menguasai

kemahiran dan terdapat juga pelajar yang agak lemah dalam penguasaan kemahiran

praktis yang hendak disampaikan.

Page 25: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

5

Berdasarkan Panduan Penilaian Kerja Kursus ( Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000) calon-calon SPM yang mengambil mata

pelajaran Sains Pertanian dikehendaki menjalani kerja kursus sebagai satu daripada

keperluan pensijilan. Sehubungan dengan itu guru-guru berkenaan dikehendaki

mengemukakan hasil penilaian kerja kursus bagi tiap-tiap pelajarnya kepada Lembaga

Peperiksaan.

Kerja kursus dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pengukuran dalam

suasana pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan guru menjalankan

penilaian itu, kaedah penilaian berdasarkan elemen diperkenalkan. Elemen merupakan

perkara yang generik sifatnya seperti kemahiran amali, kemahiran berkomunikasi,

kemahiran mereka cipta, kemahiran menyiasat, kemahiran mengorganisasi dan

kemahiran mentaksir. Kemahiran ini boleh dinilai tahap kehadirannya dalam diri

seseorang menerusi kaedah pengukuran. Kaedah ini mengukur pencapaian pelajar

dalam sesuatu elemen dan bukan dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Mata

pelajaran hanya merupakan tempat di mana pengukuran terhadap tahap pencapaian

pelajar dalam sesuatu elemen itu boleh dilakukan. Pengukuran sesuatu elemen boleh

berdasarkan kepada aspek tertentu yang merupakan produk proses pengajaran dan

pembelajaran Sains Pertanian.

Guru hendaklah merancang masa dan melaksanakan penilaian kerja kursus

bagi semua calonnya. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dan bukan unsur tambahan. Oleh itu, guru-guru yang

mengajar Sains Pertanian menghadapi masalah kekangan masa untuk menyediakan

alatan dan bahan serta menyelesaikan setiap tajuk mengikut sukatan pelajaran dan

menyelia pelajar menyiapkan kerja kursus untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Guru-guru bukan sahaja terpaksa membimbing pelajar semasa kerja amali, tetapi juga

dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dari semasa ke semasa.

Page 26: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

6

Oleh itu, seseorang guru Sains Pertanian mesti merancang penggunaan masa

guru dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan

cekap dan berkesan. Dengan erti kata lain, seseorang guru itu perlu mengurus masa

yang diberikan itu dengan sebaik mungkin agar matlamat dan objektif pengajarannya

tercapai.

Korweit (1989), menyatakan jika terlalu sedikit masa digunakan dalam

pengajaran, subjek tersebut sukar dipelajari. Oleh yang demikian , lebih banyak masa

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak kesan positif dalam

pencapaian pelajar. Aspek yang terpenting dalam pengurusan masa ialah masa dalam

kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Terdapat tiga

jenis masa pembelajaran:

i. Engaged time : Masa yang sebenar digunakan oleh individu

pelajar secara bersungguh-sungguh untuk belajar.

ii. Time-on-task : Masa yang digunakan secara aktif dalam

melaksanakan tugasan.

iii. Allocated time : Masa seluruh kelas berpeluang belajar dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Hanya 60 peratus daripada masa sebenar berlangsungnya pengajaran dan

pembelajaran dan 40 peratus lagi terbuang begitu sahaja ( Korweit & Slavin, 1981).

Pengurusan masa guru Sains Pertanian yang berkesan boleh membantu guru

mencapai matlamat yang dirancangkan. Seseorang guru mestilah tegas dan berupaya

membahagikan masa mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Guru-guru juga

sanggup mengubah tabiat suka membazir masa kepada menghargai masa.

Pembahagian masa perlu dibuat secara bulanan, mingguan, harian dan boleh

dibahagikan hingga ke peringkat jam. Pengurusan masa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang terancang akan membantu guru menepati objektif pengajarannya.

Page 27: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

7

1.3 Pernyataan Masalah Pengurusan masa guru Sains Pertanian adalah satu perkara yang amat penting

dan perlu diambil perhatian dalam pengajaran seseorang guru di sekolah. Penyelidik

telah membuat satu pemerhatian mengenai pengurusan masa guru yang mengajar

mata pelajaran Sains Pertanian di Daerah Johor Bahru. Guru-guru yang mengajar

Pendidikan Teknik Vokasional (Sains Pertanian) ini, mendapati proses pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan tidak dapat menepati peruntukan masa yang

dicadangkan dalam Buku Panduan Sukatan Pelajaran Pendidikan Teknik Vokasional

Sekolah Menengah. Selain mengajar, guru-guru Pendidikan Teknik Dadan

Vokasional (PTV) terpaksa menyediakan semua peralatan dan kelengkapan yang

diperlukan oleh pelajar untuk membuat kerja kursus atau kerja amali. Guru PTV

perlu menguruskan bengkel Sains Pertanian dan mengawal stok. Selain itu, guru-guru

PTV juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti mengajar mata pelajaran

Kemahiran Hidup, menceriakan sekolah dan menjalankan tugas-tugas khas

terutamanya ketika pihak sekolah mengadakan sesuatu majlis atau pertandingan.

Menurut Ahmad (1993), guru sering dibebankan dengan tugasan lain seperti

menjadi guru disiplin, guru persatuan, guru kelas guru sukan dan permainan serta

tugas-tugas perkeranian yang lain. Selain itu, jumlah waktu mengajar dalam seminggu

agak banyak dan tidak diperuntukkan waktu untuk mengurus bengkel dan tidak

mempunyai pembantu makmal. Tanggungjawab yang lebih banyak ini mungkin boleh

menyebabkan tugas guru untuk mengurus dan menyelenggara bengkel akan

terganggu.

Menurut Muzak dan Mohd Yaakob (1994) yang menyatakan bahawa guru

biasanya memegang berbagai tugas khas di sekolah sama ada dalam kurikulum atau

ko-kurikulum. Malahan ada terdapat seorang guru yang memegang tiga jawatan sama

ada dalam kurikulum atau ko-kurikulum. Ini menyebabkan guru ini terpaksa

menangguhkan kerja-kerja peribadinya demi melaksanakan tugas-tugas khas yang

telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah.

Page 28: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

8

Selain itu, terdapat juga guru-guru yang tidak merancang masa pengajaran dan

pembelajaran dengan teratur. Ini mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan gagal dan objektifnya tidak tercapai. Menurut Cooper (1977), guru

yang berkesan ialah guru yang dapat membawa pelajarnya ke hasil pembelajaran

terakhir yang dikehendaki. Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran guru diukur

berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran

yang dirancang dan dilaksanakan. Beliau berpendapat keberkesanan pengajaran

bergantung kepada kebolehan dan sikap mengajar guru sendiri.

Waktu pengajaran dan pembelajaran ‘Teaching Engaging Lessons’ :

Cara terbaik meningkatkan keberkesanan masa pengajaran (time-on-task) ialah :

i. Mengajar pelajaran secara menarik (gunakan carta, bahan maujud dan

lain-lain).

ii. Kaitkan dengan minat pelajar.

iii. Ini membolehkan mereka berminat membuat tugasan.

Menurut Anderson (1984), Harris (1992), menyatakan bahawa pengamatan

atau perhatian pelajar lebih tinggi semasa guru sedang mengajar berbanding semasa

melakukan tugasan. Menurut Salvin (1990), menyatakan bahawa pembelajaran pelajar

lebih tinggi dalam sesi pembelajaran koperatif terancang berbanding sesi pembelajaran

atau kerja bersendirian.

Berdasarkan masalah ini, pengkaji ingin menyelidik tentang pengurusan masa

yang diaplikasikan dan dilaksanakan oleh guru-guru PTV (Sains Pertanian) di

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.

Page 29: PENGURUSAN MASA GURU DALAM PROSES  · PDF filedan Vokasional, Fakulti Pendidikan, ... khas kepada penyelia ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains Pertanian 19

9

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah pengurusan masa guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains Pertanian Sekolah Menengah, terdapat empat persoalan kajian.

Antara persoalan kajian ini ialah :

1.4.1 Adakah guru-guru mempunyai pengetahuan tentang pengurusan masa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

Pertanian?

1.4.2 Adakah guru-guru dapat melaksanakan perancangan pengajaran mengikut

masa yang ditetapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains Pertanian?

1.4.3 Adakah guru-guru dapat mengaplikasikan pengurusan masa dalam proses

penyediaan pengajaran mata pelajaran Sains Pertanian?

1.4.4 Apakah faktor-faktor yang menghalang perancangan masa dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian?

1.4.5 Apakah hubungan pengurusan masa guru dengan latar belakang guru-

guru Sains Pertanian?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian tentang pengurusan masa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains Pertanian adalah seperti berikut :

1.5.1 Untuk mengetahui pengetahuan guru-guru tentang pengurusan masa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains

Pertanian.

1.5.2 Untuk mengetahui perancangan pengajaran yang disediakan dapat

dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sains Pertanian.