pengenalan pend.teknik dan vokasional

35
PENGENALAN PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 1

Upload: sup-penyu

Post on 15-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PENGENALAN PTV

TRANSCRIPT

PENGENALAN

1

1.0) PENGENALANJawatankuasa Kabinet telah mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran ( Laporan

Kabinet 1979 ) yang telah memperakukan supaya wujud kesinambungan pendidikan

dari sekolah rendah ke sekolah menengah rendah yang juga merangkumi pendidikan

asas dan pendidikan pra-vokasional, telah memperkukuhkan lagi status pendidikan

vokasional.

Reformasi pendidikan yang dlaksanakan pada tahun 1989 telah membawa

perubahan pada pendidikan vokasional di sekolah menengah biasa atau akademik.

Kurikulum baru telah menawarkan matapelajaran Kemahiran hidup kepada pelajar

sekolah rendah dari Tahun 4 - Tahun 6 dan seterusnya ke peringkat menengah rendah.

Selain daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup, mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan juga turut ditawarkan di sekolah menengah

akademik pada peringkat menengah atas. Kedua-dua mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan adalah di bawah kumpulan teras Teknologi dan

Vokasional. Tiga teras lagi yang boleh menjadi pilihan pelajar adalah :

Kemanusiaan

Pengajian Islam

Sains

Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) dilaksanakan pada

tahun 1989, organisasi mata pelajaran dalam pendidikan umum telah distruktur semula.

Di peringkat menengah atas, mata pelajaran telah dibahagikan kepada teras dan

kumpulan pilihan atau elektif. Mata pelajaran elektif telah dikelompok mengikut

kumpulan iaitu :

Kemanusiaan

Vokasional dan Teknologi

Sains

Pengajian Islam

2

LATIHAN PERANTISAN

3

2.0) LATIHAN PERANTISANSkim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang

mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan

perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada pelajar-

pelajar lepasan PMR/SPM.

Di bawah skim ini Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB ) akan

membayar kos yuran latihan pelatih manakala majikan pula bertanggungjawab untuk

membayar elaun bulanan pelatih. Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajar-

pelajar ditaja oleh majikan sektor perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti

latihan teori dan praktikal selama 21/2 bulan iaitu 6 bulan bagi modul pilihan dan 18

bulan bagi modul penuh.

Para perantis akan dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta

menjalani latihan sambil kerja (on-the-job) di tempat/premis majikan penaja. Mereka

yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan majikan

penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Perantis dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3

tahun setelah tamat latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja). Perantis-

perantis yang menamatkan latihan dengan jayanya akan menerima Sijil Kemahiran

Malaysia Tahap 1 & 2 (SKM 1 & 2) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh pihak

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Sijil Perantisan yang

dianugerahkan oleh PSMB.

Antara agensi yang menawarkan latihan perantisan ialah:

Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( PSMB )

Bahagian Pembangunan Usahawan

4

INSTITUSIFORMAL

5

3.0) INSTITUSI FORMAL3.1 : SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH

Di peringkat sekolah rendah, satu mata pelajaran berbentuk teknikal dan

vokasional telah diperkenalkan dengan nama Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini

diwajibkan bagi semua pelajar sekolah rendah mulai Tahun 4 – Tahun 6. Ia juga

diwajibkan ke atas pelajar Tingkatan 1 – Tingkatan 3 di sekolah menengah rendah.

Ia bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas supaya

membolehkan pelajar bertindak mengendalikan hidup secar produktif dalam dunia

teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Kemahiran asas ini

juga merupakan satu persediaan untuk membolehkan pelajar berfungsi secara

berkesan dan bertanggungjawab dalam hal urusan peribadinya.

Tumpuan juga diberi kepada peningkatan kendiri, kesejahteraan hidup

berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan. Nilai dan sikap yang

disepadukan adalah asas kea rah menggalakkan perkembangan semangat bertimbang

rasa dan sedia membantu serta menggalakkan kesefahaman dan semanagt bersatu

padu di kalangan rakyat.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup dirancang ke arah :

Meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan rakyat secar

produktif dan kreatif.

Pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang kenal dan faham teknologi

dan ekonomi.

Meningkatkan usaha pendidikan ke arah perkembangan kemahiran

manipulatif.

Menanamkan semangat keusahawanan dan daya mereka cipta di

kalangan pelajar.

6

3.2 : SEKOLAH ANEKA JURUSANDi peringkat sekolah menengah atas, mata pelajaran telah dibahagikan kepada

dua kelompok utama iaitu mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata

pelajaran teras adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan yang bercorak umum.

Sementara mata pelajaran elektif disediakan supaya dapat dipilih oleh pelajar

mengikut minat dan keperluan kerjayanya, bagi memenuhi keperluan latihan dan

tenaga manusia. Tiga daripada mata pelajaran elektif yang sering ditawarkan di

sekolah aneka jurusan ini ialah :

Lukisan Kejuruteraan (LK)

~ Mata pelajaran ini bermatlamat melengkapkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan.

~ Merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup

Tingkatan 1 – 3, terutamanya elektif Kemahiran Manipulatif Tambahan.

~ Memberi asas dan pilihan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran

dalam bidang kejuruteraan yang diminati.

Teknologi Kejuruteraan (TK)

~ Mata pelajaran teknikal yang mengandungi rancangan pengajaran dan

pembelajaran serta pengalaman makmal dan projek.

~ Merupakan lanjutan daripada komponen Kemahiran Manipulatif di

peringkat menengah rendah.

~ Mengandungi pengenalankepada teknologi serta perkembangan dan

penggunaan di dalam 4 bidang konsep utama :

Bidang pembuatan

Perhubungan

Pengangkutan dan kuasa

Bidang pembinaan

7

Reka Cipta (RC)

~ Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan

kritis serta boleh menyesuaikan diri denagn perubahan dan

perkembangan teknologi.

~ Merupakan satu mata pelajaran yang berorientasikan proses.

~ Memerlukan pelajar untukmenghasilkan sesuatu produk atau ubahsuai

barangan yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi

kehendak pengguna.

~ Pelajar akan melalui proses mencipta seperti :

8

Mengenalpasti Masalah

Cetusan Idea

Rekabentuk Projek

Pemilihan Projek

Perancangan Projek

Pembinaan Prototaip

Pengujian Prototaip

Pembaikan Prototaip

Dokumentasi

3.3 : SEKOLAH VOKASIONAL DAN TEKNIKPada 1995, pelan tindakan bagi Pendidikan Teknikal telah dibuat oleh

Kementerian Pelajara Malaysia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu

teknikal terkini selaras dengan Wawasan 2020.

Di samping memeperbaiki kelemahan kelulusan pelajar Melayu dalam bisang

Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, Akta Pendidikan Tinggi untuk Kolej dan Kolej

Universiti serta Akta Universiti swasta tuurt digariskan. Oleh itu, mata pelajaran teknik

dan vokasional dikemaskini supaya mampu menyediaka pelajar dengan pengetahuan

asas dan kemahiran, bagi memenuhi keperluan industry dan perdagangan.

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional menawarkann tiga aliran iaitu

Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang mengambil masa dua tahun. Senarai kursus

yang diajar adalah seperti kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik dan perdagangan

bagi Aliran Teknikal.

Bagi Aliran Vokasional, kursus yang boleh didapati termasuklah elektrik dan

elektronik, teknologi automotif, kimpalan dan fabrikasi logam, ketukangan kejuruteraan

dan sebagainya.Kedua-dua aliran ini meliputi kursus professional tanpa mengabaikan

subjek akademik penting seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris serta Agama Islam.

Selain daripada itu, Program Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) juga telah

dilaksanakan pada tahun 2002. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar

berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna membolehkan mereka

mendapat pekerjaan atau meneruskan latihan lebih tinggi.

Sekurangnya satu pertiga T4 & T5 di SMA akan mengikuti kursus bercorak

akademik. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional menawarkan 22 mata pelajaran

yang dikelompokkan 5 bidang iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ERT, dan Aplikasi

Komputer. Ia dirancang dalam 4 fasa mulai 2002 - 2005.

9

3.4 : INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAMSelepas tahun 2000, permintaan pelajar terhadap pendidikan teknikal sangat

menggalakkan sehingga Jabatan Pendidikan Teknikal pernah menerima permohonan

sehingga 70,000 orang.

Kementerian Pendidikan menambahkan lepasan jurusan Teknikal dan

Vokasional daripada 17% kepada 30% menjelang tahun 2000. Menurut Laporan

Jabatan Pendidikan Teknikal, kerajaan terus membina 4 lagi politeknik di seluruh

negara menjadikan 11 buah menjelang RMK-6.

Kalau sebelum ini pelajar SMV hanya setakat berpeluang melanjutkan pelajaran

di politeknik dan maktab teknik, namun kini mereka berpeluang menunutut di UTHM,

Batu Pahat dan UTEM, Melaka. Antara IPTA yang menawarkan kursus kepada lepasan

Teknikal dan Vokasional termasuklah :

Politeknik - Peringkat Sijil Dan Diploma

Kolej Komuniti - Peringkat Sijil Dan Diploma

Institut Kemahiran MARA - Peringkat Sijil Dan Diploma

Universiti Awam - Diploma dan Ijazah, Sarjana, Kedoktoran

Institut Pendidikan Guru - Diploma dan Ijazah (Guru)

Kolej-Kolej dibawah Kementerian - Sijil & Diploma

Institut Pertanian - Pertanian

Institut Haiwan - Bagi ternakan Haiwan

Institut Kesihatan

Kolej Perubatan / Kejururawatan

10

3.5 : INSTITUSI SWASTASelain nama-nama besar kolej swasta seperti UNITEN, KLIUC, terdapat banyak

lagi institusi yang menawarkan kursus lanjutan kepada para pelajar lepsan Teknik dan

Vokasional. Antaranya termasuklah :

Malaysian French Institute ( MFI )

German Malaysian Institute ( GMI )

British Malaysian Institute ( BMI )

Japan Malaysian Technical Institute ( JMTI )

Ia merupakan institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran yang kini

dinamakan Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL ) yang diwujudkan secara kerjasama

persefahaman ( MoU ) Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Perancis, Jerman, British

dan Jepun.

Institusi ini memberikan peluang kepada lepasan SPM / MCE menyambung

pelajaran sepenuh masa selama 3 tahun dalam bidang yang diminati. Seterusnya bagi

mengembangkan bakat dan minat dalam bidang perindustrian dan kejuruteraan

canggih.

Mereka yang berjaya boleh melanjutkan pelajarannya di negara-negara yang

disebutkan di atas ke peringkat ijazah dan sarjana unutk menjadi tenaga pengajar dan

juga bekerja dalam sektor awam dan swasta.

Antara bidang-bidang yang ditawarkan termasuklah pembuatan peralatan,

pembuatan acuan ( moulding ), reka bentuk peralatan, peralatan dan kawalan,

auomasi industry, teknologi maklumat dan mekatronik. Bagi MFI dan BMI, latihan

kemahiran dalam bidang seperti kejuruteraa elektronik, elektronik penerbangan, lukisan

terbantu komputer ( CAD ), senibina dan automotif turut ditawarkan.

11

LATIHAN DI TEMPAT KERJA

12

4.0) PROGRAM SEKOLAH KE KERJAYA ( SKK )SKK merupakan satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi

mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan

kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja. Program latihan diadakan

dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, industri dan orang perseorangan.

4.1 : LATIHAN TEMPAT KERJA ( LTK ) Latihan Tempat Kerja ( LTK ) memberi peluang kepada pelajar memperoleh

pengalaman dan kemahiran bolehguna melalui aplikasi pengetahuan, kemahiran

generik dan kemahiran khusus tempat kerja. Pelajarjuga boleh mengembangkan

potensi dan meningkatkan keyakinan serta harga diri mereka.

Kemahiran khusus tempat kerja adalah kemahiran yang diperolehi semasa

latihan di tempat kerja. Kemahiran Generik membolehkan pelajar menjadi seorang

adaptif, fungsional, cekap dan produktif. Ianya memudahkan pelajar melaksanakan

tugas dalam pelbagai situasi di alam pekerjaan dan kehidupan harian.

Industri yang dicadangkan untuk pelajar menjalankan latihan tempat kerja

termasuklah :

Perkhidmatan

Pertanian / Perikanan

Industri Pemakanan

Industri Pembinaan

Kraftangan

13

4.2 : MODEL PELAKSANAAN LTK Pendedahan Kemahiran Bekerja Di Agensi / Syarikat

Ditempatkan di pelbagai syarikat dan agensi kerajaan atau swasta.

Didedahkan suasana bekerja sebenar, kemahiran semasa bekerja,

pengawasan dari penyelia dan rakan.

Tempoh bergantung kesesuaian

Pendedahan Kemahiran Bekerja Di Sekolah Latihan bekerja di sekolah (di kantin, koperasi, kebun, pejabat atau

bengkel sekolah.

Mendapat tunjuk ajar dari guru, staf sokongan dan komuniti yang

berkemahiran tertentu.

Tempoh berbeza mengikut sekolah

Pendedahan Latihan Kemahiran di Pusat Latihan

Ditempatkan di pusat latihan.

Mengikuti latihan berdasarkan kurikulum yang disediakan.

Tempoh bergantung pada masa latihan.

Program Mata Pelajaran Vokasional ( MPV )

Diperkenalkan pada tahun 2002.

Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam

bidang usaha yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka

mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan ataumeneruskan latihan di

peringkat tinggi.

Fasa 1 dimulakan dengan penawaran 8 mata pelajaran iaitu pembinaan

domestik, membuat perabot, seni reka tanda, servis alatan elektrik

domestik, rekaan dan jahitan pakaian, catering dan penyajian, tanaman

makanan serta landskap dan nursery.

14

Pembelajaran Secara Kontekstual ( Tech Prep )

Technical Preparation berasaskan ketrampilan.

Dibentuk hasil kerjasama dgn pihak industri mengandungi struktur dan

proses pembelajaran dari peringkat menengah ke post – menengah.

Menyediakan kepada kemahiran tinggi.

Menekankan ketrampilan dalam bidang matematik, sains dan

komunikasi.

Objektif pembelajaran secara konteksual:

o Menyediakan pelajar supaya dapat menghadapi pekerjaan

selepas pra sekolah menengah dan kehidupan dewasa

kelak.

o Menarik minat pelajar menceburi kerjaya.

o Memperkukuhkan sikap, pengetahuan dan kemahiran

pelajar teknikal dan vokasional dalam mata pelajaran Sains

dan Matematik.

15

PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

16

5.0) PTV DI LUAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPada tahun 1992, KPM telah memperkenalkan konsep baru bagi PTV iaitu

konsep “ Time-Sector-Privatisation ” di mana kemudahan-kemudahan di Politeknik

dan juga SMT dihubungkaitkan dengan institusi swasta.

Ekoran daripada konsep baru itu, banyak badan-badan NGO terutama di bidang

perindustrian telah mengembangkan latihan-latihan kemahiran industri melalui “ On Job

Training “ berdasarkan keperluan industri masing-masing.

Beberapa prinsip yang diperkenalkan ialah :

Perubahan Teknologi

Melahirkan pekerja berteknologi.

Kecekapan dan ketepatan.

Kepesatan teknologi canggih.

Pertukaran Pengetahuan

Penguursan mengikut perkembangan sektor teknologi, bioteknologi,

automasi dalam perindustrian dan maklumat teknologi.

Maklumat Teknologi dan Komunikasi

Menekankan perubahan struktur, perhubungan langsung antara

pekerja atasan dan bawahan.

Mementingkan kemajuan maklumat penggunaan peralatan.

Sikap dan Trend Pekerja

17

Menekankan sikap suka belajar.

Belajar dari kesalahan.

Pekerja yang produktif.

Pemindahan teknologi dan penyesuaian.

Meningkatkan taraf kemahiran.

Kemahiran inter-personal yang baik.

Menyedari keperluan yang mendesak bagi pasaran pekerja mahir dalam sektor

perindustrian, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Manusia telah

memperkenalkan Pendidikan Vokasional melalui jabatan-jabatan yang diwujudkan

seperti :

Institut Latihan Perindustrian ( ILP )

Menawarkan kursus dalam sector pembuatan dan perindustrian.

Memperkenalkan bentuk latihan dalam bidang kemahiran industry

seperti mengalat dan fabrikasi, penggunaan peralatan kalibrasi,

elektronik dan kemahiran berasaskan komputer, mekatronik dan

robotik.

Pendidikan Kesihatan dan Jasmani dititikberatkan bagi menjaga

kebajikan pekerja.

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK )

Ditubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 1989 untuk

menyelaras semua program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh

institusi latihan awam atau swasta.

Sekarang dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Menyelaras semua program latihan yang ditawarkan di Institusi Awam

atau Swasta.

Sebagai pemantau dan mentauliahkan program latihan kemahiran oleh

semua institusi di negara ini.

Pelatih yang mengikuti ditauliahkan dgn Sijil Kemahiran Malaysia

(SKM) yang sama taraf dgn Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan.

18

Kurikulum berdasarkan kepada SKPK (Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan)

Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA Ditubuhkan untuk membantu masyarakat Melayuturut serta dalam

pembangunanperindustrian negara.

Pusat Giat MARA ( PGM )

Dibangunkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang

tidak dapat menyambung pelajaran selepas PMR atau pelajar yang

tercicir.

Memberi peluang kepada masyarakat tidak mengira umur.

Antara kursus yang ditawarkan seperti penyenggaraan otomobil,

motosikal, lepaan batu-bata, pendawaian elektrik, jahitan dan rekaan

fesyen, penyejukan penghawa dingin dan sebagainya.

Ditauliahkan dengan sijil kemahiran setelah menjalani kursus selama 6

bulan atau 1 tahun.

Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )

Ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang

terpilih untuk menyambung pelajaran hingga Tingkatan 5.

Pelajar yang berjaya akan menyambung pelajaran di universiti dalam

dan luar negara dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, farmasi,

perakaunan dan lain-lain.

Institut Kemahiran MARA ( IKM )

Didirikan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM

menyambung pelajaran.

19

Menyediakan kursus untuk peringkat sijil dan diploma dalam

perkapalan, percetakan, pembuatan, jurulukis dll.

Berpeluang membentuk kerjaya atau melanjutkan pelajaran ke

peringkat lebih tinggi.

Universiti Teknologi MARA ( UiTM )

Diwujudkan lebih awal berbanding institusi lain di bawah pentadbiran

MARA.

Memberi peluang kepada lepasan SPM/ MCE untuk menyambung

pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Pada awalnya, UiTM menggunakan Bahasa Inggerias sebagai bahasa

pengantar supaya masyarakat Melayu menguasai bahasa itu.

Memberikan latihan kemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan,

pelancongan, perakaunan, perhotelan, senibina dan lain-lain.

Malaysian French Institute ( MFI ), German Malaysian Institute ( GMI ),

British Malaysian Institute ( BMI ), Japan Malaysian Technical Institute

( JMTI )

Merupakan institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran yang kini

dinamakan Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL ) yang diwujudkan secara

kerjasama persefahaman ( MoU ) Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan

Perancis, Jerman, British dan Jepun.

Institusi ini memberikan peluang kepada lepasan SPM / MCE

menyambung pelajaran sepenuh masa selama 3 tahun dalam bidang

yang diminati.

Seterusnya bagi mengembangkan bakat dan minat dalam bidang

perindustrian dan kejuruteraan canggih.

Mereka yang berjaya boleh melanjutkan pelajarannya di negara-

negara yang disebutkan di atas ke peringkat ijazah dan sarjana unutk

20

menjadi tenaga pengajar dan juga bekerja dalam sektor awam dan

swasta.

Kementerian Dalam Negeri ( KDN )

Mewujudkan latihan kemahiran kepada anggota rekrut lepasan PMR

dalam Program Aprentis Tentera.

Juga menawarkan bidang pendawaian elektrik, automobil, elektronik

penerbangan, penghawa dingin dsb.

Setelah menjalani program aprentis ini, mereka akan ditempatkan di

kem-kem tentera sebagai juruteknik.

Mempunyai pusat latihan kemahiran kepada bakal pesara tentera.

Akademi Tentera Malaysia ( ATMA) dan Akademi Laut Malaysia

( ALAM ) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia menyediakan

kursus peringkat tinggi dan professional.

Pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan kemahiran teknikal dan

professional akan terus berkhidmat kepada kementerian tersebut.

Kementerian Belia Malaysia ( KBM )

Berperanan melatih para belia negara dalam bidang kemahiran.

Membantu menangani keperluan tenaga mahir dalam bidang ekonomi

dan pembangunan, khususnya pertanian dan perindustrian.

Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) menawarkan pelbagai latihan

kemahiran bagi belia untuk turut serta dalam bidang pembangunan,

industri, dan pembuatan.

Berpeluang membina kerjaya sendiri atau berkhidmat dengan badan

kerajaan atau swasta.

21

REFLEKSI22

6.0) REFLEKSIPensyarah PTV iaitu ENCIK HUSSAIN BIN YA’AKOB telah mengagihkan

tugasan yang menghendaki pelajar untuk menyiapkan tugasan individu berkenaan

Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tajuk-tajuk besar dalam

subjek ini telah dipecahkan kepada setiap 2 orang pelajar.

Pada detik-detik awal mendapat tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan

ini sedikit sukar kerana tidak banyak fakta yang saya tahu tentang tajuk-tajuk tersebut.

Namun begitu, apabila difikirkan kembali, saya menerima tugasan ini dengan ikhlas

kerana memikirkan tanggungjawab saya sebagai guru kelak.

Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai pengetahuan yang mantap,

mana mungkin beliau dihormati oleh pelajar-pelajar. Atas rasa kesedaran itulah, saya

berusaha untuk mencari maklumat dan membuat rujukan untuk memperlengkapkan diri

dengan Sistem PTV : Peringkat Sekolah Rendah, Institusi Formal dan Tidak

Formal.

Selepas menyelesaikan pencarian maklumat ini, saya berasa cukup senang hati

kerana banyak perkara baru yang dapat dipelajari. Contohnya, saya mula memahami

tentang apa itu yang dimaksudkan dengan latihan perantisan, latihan di tempat kerja

dan pendidikan tidak formal. Secara tidak langsung, saya dapat memanfaatkan ilmu

yang telah dipelajari ini ketika menjadi guru kelak.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan

bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan

23

cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi

dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.

Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan

kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat

pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan

banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang

mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang

berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi

agama bangsa dan negara.

Akhir sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T

kerana dengan inayahNya, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik

dan sempurna. InsyaALLAH.

Wassalam…..

24

BIBLIOGRAFI25

7.0) SUMBER RUJUKANBUKU

Bloom, B.S. (1979). Taxonomy of Educational Objectives: Cognitive Domain. London:

Longman.

Abdul Shukor Abdullah (2000). Modul Pendidikan Teknik dan Vokasional ke Arah

Wawasan 2020.

Dr. Tajul Ariffin Nordin (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena

Ilmu Sdn. Bhd.

Yahya Emat (1994). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor: IBSbuku

Sdn. Bhd.

Yahya Emat (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor: IBSbuku

Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Efarehan (2007). “PendidikanTeknik dan Vokasional kearah Perkembangan

Tenaga Manusia” dalam Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

LAMAN WEB

26

http://groups.yahoo.com/group/pakguruonline/message/3776

http://pakguruonline.pendidikan.net/pendekatan_kontekstual_bab2.html

www.scribd.com/doc/3113768/ Perancangan - PTV

LAMPIRAN27