pengurusan kerjaya

27

Upload: chong-choon

Post on 15-Jan-2016

295 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN KERJAYA
Page 2: PENGURUSAN KERJAYA

PengenalanPengenalan

Definisi KonsepDefinisi Konsep

Teori Pengurusan KerjayaTeori Pengurusan Kerjaya

Latar Belakang OrganisasiLatar Belakang Organisasi

Amalan Pengurusan KerjayaAmalan Pengurusan Kerjaya

Komen dan KritikanKomen dan Kritikan

KesimpulanKesimpulan

Page 3: PENGURUSAN KERJAYA

PENGENALAN• Organisasi sektor awam kerap dikaitkan

dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri

• Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan mereka

• Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah sama penting

Page 4: PENGURUSAN KERJAYA

Menurut Fardiyah blogspot (2012) senarai pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi di Malaysia adalah:

[1] Recruiting Manager (Human Resources)[2] Materials Engineer (Engineering)[3] Government Affairs Director (Government and Defence)[4] Regional Manager (Banking)

Pekerjaan merupakan satu kerjaya kepada orang yang mempunyai kelayakan dan minat.

Page 5: PENGURUSAN KERJAYA

DEFINISI KONSEP Kamus dewan edisi keempat (2005):

“ KERJAYA didefinisikan sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan”.

Namun begitu, untuk tujuan perbincangan, kita menggunakan definisi yang diberikan oleh Greenhouse, iaitu suatu corak pengalaman berkaitan pekerjaan di sepanjang kehidupan seseorang akan digunakan.

(DeSimone, 1998).

Page 6: PENGURUSAN KERJAYA

DEFINISI KONSEP PENGURUSAN KERJAYA pula adalah satu proses

berterusan yang melibatkan persediaan, perlaksanaan, dan pemantauan pelan kerjaya yang telah dibentuk oleh seseorang individu sama ada secara bersendiri atau pun selari dengan sistem kerjaya organisasi.

Menurut Abdul Rahum Abdul Rashid (2006): Ia

merupakan satu usaha secara sedar dan sistematik dalam merancang dan memantau perjalanan kerjaya oleh individu dan organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 7: PENGURUSAN KERJAYA

KEPENTINGAN PENGURUSAN KERJAYA• Menurut Sonia Blanfold (2004) terdapat beberapa kepentingan

pengurusan kerjaya iaitu:• Untuk mendorong dan merangsang pemikiran positif dan berkeperibadian

tinggi lagi mulia.• Pendedahan teknik-teknik dan skil yang boleh diguna pakai dalam

melaksanakan tugasan harian dan berhadapan dengan cabaran semasa.• Untuk mencapai tahap dedikasi kerja yang tinggi, berkesan,

berkemampuan dan berkebolehan dalam menjalankan tanggungawab dan tugasan.

• Mempraktikkan cara meransangkan diri sendiri.• Untuk mencungkil dan mengembangkan bakat dan skil.• Mempelajari bagaimana untuk menentukan sasaran yang boleh dicapai.• Mengaktifkan cara-cara untuk menjadi lebih mementingkan

kecemerlangan.• Mengurus masa dan tekanan dengan lebih berkesan.• Mempraktikkan cara berinteraksi untuk membina kerjasama di pejabat

Page 8: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYATerdapat 5 teori utama:Terdapat 5 teori utama:

(1)(1)Teori Tret Dan FaktorTeori Tret Dan Faktor

(2) Teori Perkembangan Kerjaya Super(2) Teori Perkembangan Kerjaya Super

(3) Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan (3) Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan GelattGelatt

(4) Teori Sosio ekonomi(4) Teori Sosio ekonomi

(5) Teori berdasarkan CIP Model(5) Teori berdasarkan CIP Model

Page 9: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA(1)(1) Teori Tret Dan FaktorTeori Tret Dan Faktor

• Merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. • Menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan

teori perbezaan peribadi individu. • Percaya setiap individu yang wujud di dunia ini adalah

berbeza dan unik. • Bersifat kognatif • Berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap

individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan• Menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat

pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan.

Page 10: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA(2) Teori Perkembangan Kerjaya Super(2) Teori Perkembangan Kerjaya Super

• Terdapat 5 peringkat perkembangan dalam teori ini :

• 1. PERINGKAT PERKEMBANGAN : 1 -14 tahun• 2. PERINGKAT PENEROKAANUmur : 15 - 24 tahun• 3. PERINGKAT KEMANTAPANUmur : 25 - 44 tahun• 4. PERINGKAT PERSARAANUmur : 45 - 64 tahun• 5. PERINGKAT MENURUNUmur : 65 tahun ke atas

Page 11: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA(3) Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan (3) Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan

GelattGelatt

Teori ini menjelaskan terdapat empat faktor dalam proses pemilihan kerjaya iaitu:

a. Pengaruh baka dan kebolehan individub. Persekitaranc. Pengalaman belajard. Kemahiran menjalankan tugas.

Page 12: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA(4) Teori Sosio ekonomi(4) Teori Sosio ekonomi

Menurut Hotchkiss dan Borow (1996),menekankan kepada pembolehubah-pembolehubah berstruktur (structuralvariables) seperti status sosioekonomi, diskriminasi, pengasinganpekerjaan (occupational segregation) dan kedaan pasaran buruh yang mempengaruhi kerjaya.

Boleh dibahagi kepada dua cabang teori utama iaitu TeoriPencapaian Status (Status Attainment Theory) dan Teori Dwi PasaranBuruh. ((Mohd Nasri Baharom, 2010)

Page 13: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA(5) Teori berdasarkan CIP Model(5) Teori berdasarkan CIP Model

Model CIP adalah model yang cuba menjelaskan proses kognitif atau pemikiran yang berlaku dalam otak seseorang.

Tujuan pendekatan CIP adalah untuk membantu individu-individu membuat suatu pilihan kerjaya yang tepat, dan belajar meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan kerjaya yang diperlukan untuk pilihan-pilihan di masa akan datang.

Page 14: PENGURUSAN KERJAYA

TEORI PENGURUSAN KERJAYA

Rajah 1: Model CIP

Page 15: PENGURUSAN KERJAYA

LATAR BELAKANG ORGANISASISejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut. Manakala Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya 'Charter of Justice' di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807.

Page 16: PENGURUSAN KERJAYA

LATAR BELAKANG ORGANISASIMenurut Polis Diraja Malaysia (2012)Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Page 17: PENGURUSAN KERJAYA

LATAR BELAKANG ORGANISASIPeluang-peluang sentiasa terbuka bagi semua yang berminat untuk berada dalam salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini mengikut Jabatan-jabatan dalam merealisasikan impian anda. Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, kita juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri masing-masing.

Page 18: PENGURUSAN KERJAYA

LATAR BELAKANG ORGANISASIKerjaya sebagai polis boleh disertau melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Sokongan, Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Page 19: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKANPengurusan kerjaya yang diamalkan oleh Jabatan Polis Diraja Malaysia memperlihatkan bahawa amalan yang diamalkan dalam pengurusan kerjaya adalah berkaitan dengan teori pengurusan kerjaya yang dinyatakan dalam kursus ini.

Page 20: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKANMenurut teori Teori Pembelajaran Sosial oleh Krumboltz. Teori yang berasaskan kepada prinsip-prinsippembelajaran (based on learning principles) ini menerangkan bahawaindividu belajar tentang diri mereka, prioriti-prioriti dalam hidup dandunia pekerjaan melalui pengalaman-pengalaman langsung dan tidak langsung yang dilalui. Mereka kemudiannya akan bertindak berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang telah dipelajari tersebut (Patton dan McMahon, 1999) dipetik daripada (Mohd Nasri Baharom, 2010).

Ini adalah bersesuaian dengan dasar pengurusan kerjaya yang dilaksanakan oleh jabatan polis dengan mengambil anggota mereka dengan mengenakan syarat pendidikan dan juga syarat fizikal. Ini kerana individu yang memilih untuk mengikuti program latihan polis memerlukan naluri, keinginan dan daya ketahanan yang kuat.

Page 21: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKANTeori Sosio ekonomi juga dipraktikkan. Menurut teori ini ekonomi terdapat sebahagian faktor iaitu faktor-faktorl uaran yang tidak dapat dikawal oleh individu tetapi boleh mempengaruhi corak pemilihan dan pembuatan keputusan mereka. Faktor-faktor luaranini ialah elemen ekonomi seperti keadaan ekonomi global, pasaran buruhserta kuasa permintaan dan penawaran yang memberi kesan kepadapekerja dari segi jawatan dan kadar upah. Berdasarkan kepada tawaran gaji dan faedah yang tinggi maka ramai orang telah menyertai sebagai anggota polis. Pihak Jabatan Polis Diraja Malaysia menggunakan teori ini kerana disebabkan kerjaya sebagai polis semakin dipinggirkan oleh masyarakat.

Page 22: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKANTeori Dwi Pasaran Buruh digunakan iaitu teori ini mengandaikan bahawaterdapat dua jenis perniagaan atau firma dalam pasaran buruh iaitu coredan peripheral. Core merupakan firma teras yang memainkan peranan yangdominan dalam pasaran di mana firma jenis ini berdaya saing,menggunakan peralatan dan teknologi terkini serta berupayamengembangkan kedudukan mereka dalam pasaran. Oleh itu, individuyang bekerja dalam firma jenis ini dikatakan mempunyai peluang yanglebih baik untuk merancang dan membangunkan kerjaya mereka. Ianya dibuktikan bahawa dengan keberja sebagai polis peluang untuk mengembangkan kerjaya dapat diteruskan sehingga ke peringkat tertinggi dan pekerjaan terjamin.

Page 23: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKAN Teori Kitar Hayat (Life-Span) Oleh Super adalah bersesuaian dengan pengurusan kerjaya Jabatan Polis Diraja Malaysia. Berdasarkan saranan yang diberikan oleh Super iaitu kerjaya berkembang dari permulaan sehingga ke peringkat persaraan. Manusia adalah berbeza dari segi kebolehan, personaliti,keperluan, nilai minat, sikap dan konsep kendiri.Berdasarkan ciri-ciri tersebut (personaliti, nilai, kebolehan dan sebagainya) manusia berkelayakan menceburibeberapa jenis pekerjaan.

Page 24: PENGURUSAN KERJAYA

KOMEN DAN KRITIKANTeori Model Pemprosesan Maklumat Kerjaya (CipModel). Memetik Mohd Nasri Baharom (2010)Isaacson & Brown (2000) mengklasifikasikan Model Career InformationProcessing (CIP) ini dalam Teori Pembelajaran (Learning Theory) mereka memberikan lapan andaian berkenaan CIP, iaitu

• Pilihan kerjaya adalah berasaskan kepada apa yang kita rasa dan fikirkan.• Membuat pilihan kerjaya adalah satu aktiviti penyelesaianmasalah.• Kebolehan kita sebagai penyelesai masalah kerjaya adalah berasaskan apa

yang kita tahu dan bagaimana kita berfikir.• Keputusan kerjaya memerlukan memori yang baik.• Keputusan kerjaya memerlukan motivasi.• Pembangunan kerjaya berlaku berterusan sebagai sebahagian daripada

pertumbuhan dan pembelajaran sepanjang hidup.• Kerjaya kita sangat bergantung kepada apa dan bagaimana kita berfikir

mengenainya.• Kualiti kerjaya kita bergantung kepada sejauh mana efektifnya kita belajar

untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah kerjaya.

Page 25: PENGURUSAN KERJAYA

KESIMPULANMenurut HRMIS (2012) faedah pengurusan kerjaya kepada individu adalah seorang boleh mengetahui dengan jelas matlamat organisasi dan aspirasi kerjaya individu selain bertanggungjawab ke atas perkembangan kerjaya diri sendiri.Secara umumnya adalah sukar untuk menyatakan jenis kerjaya yang paling baik atau paling buruk kerana ia bergantung kepada individu, ruang masa, masyarakat dan konteks organisasi. Dalam hal ini mungkin kerjayayang diplih adalah sesuai dan secocok dengan kita. Justeru adalah penting untuk seseorang individu itu memastikan kerjaya yang dipilih menjadi teras kepada kerjaya dalam kehidupan.

Page 26: PENGURUSAN KERJAYA

KESIMPULANNamun ianya bergantung kepada faktor persekitaran dan alam sekeliling. Sebagai contoh dalam pembentukan budaya kerja. Tujuan pembentukan budaya kerja dalam organisasi adalah untuk membolehkan pekerjanya memiliki perkongsian set nilai dan persefahaman bersama. Menerusi pengamalan bersepadu terhadap ciri-ciri tertentu nilai, norma, sikap dan perilaku, adalah diharapkan agar satu budaya kerja positif akan dapat dibentuk dalam organisasi. Sekiranya sesuatu organisasi itu mengamalkan budaya yang sesuai, maka daya saing, daya tahan dan prestasinya akan meningkat. Oleh itu budaya kerja yang secocok akan memandu organisasi berkenaan ke arah kejayaan. Ianya juga penting untuk memastikan kerjaya yang diceburi akan dipertahankan sehingga ke peringkat persaraan.

Page 27: PENGURUSAN KERJAYA

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH