pengurusan grafik · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam...

12
PENGURUSAN GRAFIK

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

9 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

PENGURUSAN GRAFIK

Page 2: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
Page 3: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
Page 4: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

PENULISAN AKADEMIK

Page 5: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

Penulisan Akademik

Perkembangan teknologi maklumat dan komunukasi (TMK) kini tidak dapat

diketepikan daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi seseorang guru,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi banyak menolong dalam tugas harian

guru seperti mencari maklumat untuk pengajaran, menyediakan bahan bantu

mengajar, membina jadual waktu dan dan penggunaan perisian statistik untuk

penilaian pelajar (Noriati A. Rashid, 2012). Kemahiran pengintegrasian teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru

melaksanakan tugasnya dengan lebih efektif dan profesional untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuan

pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

terhadap pelajarannya.

Dalam meniti arus kemodenan yang kian berkembang, seseorang guru

haruslah pandai menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

mengajar semua mata pelajaran, termasuklah dalam pengajaran dan pembelajaran

subjek muzik. Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud

penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah

kemahiran. Penggunaanteknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran.

Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.

Penggunaan teknologi telah mengubahkan persepsi dan pendekatan pendidikan

muzik. Penggunaan perisian muzik merupakan alat yang amat memang cukup sesuai

digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik. Perisian muzik yang boleh

didapati pada hari ini sungguh mengkagumkan dari segi bilangan jenis serta

kualitinya. Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut masih terbuka luas.

Page 6: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

Para guru harus mengatasi segala perasaan was-was terhadap penggunaan perisian

muzik sebab mahu ataupun tidak ia merupakan sebahagian dari masa depan dalam

menambahbaik sesi pembelajaran dan pembelajaran yang berlaku kelak.

Pendidikan Muzik menitikberatkan penyertaan penglibatan aktif pelajar selaras

dengan kehendak kandungan Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik

yang merangkumi aspek teori, amali dan apresiasi. Setiap pelajar dikehendaki

memainkan peranan secara aktif dalam pembelajarannya. Peranan ini melibatkan

pelajar mendengar, menyampaikan pendapat, memainkan alat muzik, berbincang,

mencipta, menggubah, berunding, berkompromi, membuat refleksi, menilai dan

membuat keputusan estetik sama ada sebagai individu atau ahli kumpulan.

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini dinilai secara berterusan sepanjang

tempoh pembelajarannya. Pelajar perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi penilaian

supaya penilaian itu dapat mengukur pencapaian sebenar pelajar supaya guru boleh

menjalankan tindak susul yang sesuai dan menentukan hasil pembelajaran tercapai.

Oleh sebab itu pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu mengikuti trend

pembelajaran masa kini yang banyak tertumpu dalam bidang ICT. Salah satu

daripadanya ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang

menggunakan perisian kursus (courseware) multimedia interaktif.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif akan menggalakkan

komunikasi aktif dalam pelbagai hala iaitu pelajar-guru, pelajar-pelajar dan pelajar-

komputer. Gabungan pelbagai media yang memanfaatkan sepenuhnya deria

penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Namun,

yang menjadi keutamaan bagi seseorang guru ialah pencapaian objektif pengajaran

dan pembelajaran dengan berkesan.

Page 7: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

Terdapat pelbagai perisian yang ada di pasaran masa kini. Pelajar boleh

menggunakan perisian Encore, Sibelius ataupun Finale untuk menghasilkan notasi

lagu mudah. Ia dapat memainkan semula dengan menggunakan peralatan muzik,

lagu yang dihasilkan oleh mereka. Kemahiran membaca notasi secara “sight-reading”

dengan cekap dapat dibina dengan menggunakan perisian ini. Selain daripada itu

pelajar dan mengenal chord, jeda dan arpeggio dalam baluk dan mengenalpasti skel

yang tertera di paparan/skrin. Dengan cara ini, pelajar dapat meneroka sendiri

pengetahuan muzik mereka berdasarkan apa yang telah mereka pelajari di dalam bilik

darjah.

Selain itu, penggunaan teknologi MIDI telah berkembang dengan meluas

selari dengan perkembangan perisian komputer. Interface atau para muka adalah satu

istilah yang menunjukkan perhubungan di antara alat muzik yang mana data

dipindahkan dari satu alat ke satu alat yang lain melalui satu bahasa atau protokol

standard iaitu MIDI. Melalui MIDI, ia membolehkan peralatan seperti sintesizer,

keyboard, komputer, drum machine dari pelbagai pengeluar berinteraksi di antara satu

sama lain melalui satu ciri yang standard iaitu para muka. Dengan kata lain, MIDI ialah

satu cara perhubungan di antara satu alat dengan alat lain yang berupaya menghantar

dan menerima data komputer dalam satu bahasa atau protokol yang sama.

Perkembangan muzik komputer dan mendefinisikannya sebagai muzik yang

dihasilkan melalui komputer. Penghasilan muzik komputer melibatkan dua jenis

teknologi yang agak berbeza. Audio digital dan perantaraan digital alat muzik yang

lebih dikenali sebagai MIDI. Kedua-dua teknologi ini telah mentransformasikan bukan

sahaja industri penerbitan muzik tetapi juga gaya persembahan muzik serta

pendekatan pendidikan muzik, lebih-lebih lagi menjelang abad ke-21. Teknologi MIDI

merupakan teknologi yang lain yang terlibat dalam penghasilan muzik komputer. MIDI

Page 8: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

mula diperkenalkan dalam tahun 1983 sebagai satu perantaraan piawai yang

digunakan untuk membolehkan pelbagai jenis alat muzik elektronik seperti kibod,

generator nada dan amplifier menukar data antara satu sama lain. MIDI mengutuskan

data persembahan muzik daripada satu alat kepada yang lain. MIDI berbeza daripada

audio digital sebab ianya tidak merekodkan muzik itu sendiri tetapi hanya maklumat

mengenai muzik tersebut. Sebagaimana seorang pemuzik membaca dan

menginterpretasikan skor muzik yang tercetak pada kertas untuk mempersembahkan

lagu yang merdu, begitu juga dengan alat muzik MIDI, sama ada ianya kibod atau

generator nada atau kad bunyi dalam komputer, dapat "membaca" dan

"menginterpretasikan" "skor muzik" yang merupakan kod-kod yang boleh difahami

oleh alat tersebut.

Dengan adanya kemudahan seperti ini guru boleh mengubah muzik sendiri dan

merakamnya sekali. Sekarang banyak terdapat keyboard yang boleh ditambahkan

lagi bilangan bunyinya melalui Voice Expansion Board yang disediakan secara pilihan

eksesori. Tetapi untuk mendapat bunyi dalam standard GM, sound module atau

expansion tidak diperlukan kerana hampir kesemua keyboard sekarang. Kad bunyi

pada komputer berupaya menerima isyarat MIDI atau secara ringkas dapat

memainkan fail MIDI dalam standard GM. Cuma bezanya ialah kualiti bunyi yang

dikeluarkan adalah berbeza mengikut spesifikasi kad bunyi tersebut. Sekarang, sudah

ada kad bunyi yang berkeupayaan sehingga ketahap 128 suara. Begitulah betapa

majunya teknologi yang ada sekarang untuk membantu seseorang guru muzik dalam

pembelajaran dan pengajaran mereka di dalam kelas.

Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan

sama ada dalam kehidupan harian atau pun dalam bidang pendidikan. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan

Page 9: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

teknik. Guru yang berbakat dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis

untuk membantunya mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990).

Sekiranya komputer digunakan dengan secara sistematik dan terancang, proses

pengajaran akan berjalan lebih lancar, selain sebarang masalah yang rumit dalam

penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah (Heinich, 1996). Dalam erti kata yang

lain, kehadiran komputer sebenarnya telah memperkayakan teknik pengajaran dan

memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah. Komputer sebagai bahan simulasi

yang mana guru boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan

elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti dengan cara menulis

dan menyediakan bahan persembahan audio dan visual di samping seperti program

Real Adobe yang boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar

dalam latihan pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.

Pembelajaran secara konkrit adalah lebih selesa berbanding dengan

pembelajaran secara abstrak (Abdul Rahim Saad, 2001). Pelajar-pelajar diberi

peluang menggunakan semua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku

dengan menggunakan ICT. Selain itu, peranan ICT juga meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-

bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan

multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks,

muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar

terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang

begitu luas kepada guru dan juga pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran

atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan

sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik

mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar-

Page 10: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

pelajar dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam mempelajari asas teori muzik,

pelajar dapat mengakses sendiri bahan-bahan rujukan tanpa perlu menunggu arahan

daripada guru.

Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid

mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui dari

masa ke semasa (Zalina Yahaya, 2001). Melalui penggunaan komunikasi elektronik,

net-meeting, chatroom dan sebagainya, guru dan murid dapat bertukar-tukar idea

sesama sendiri atau dengan guru dan pelajar dari sekolah lain. Pertukaran maklumat

dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari

segi meningkatkan komunikasi guru dan murid di samping mendapat ilmu baru

mengenai kebudayaan dari negara masing-masing (Rusmini Ku Ahmad, 2012). ICT

secara langsung mengalakkan pelajar untuk mengetahui lebih banyak informasi

daripada apa yang terdapat di dalam buku teks. Dengan itu, mengintegrasi ICT dalam

pendidikan muzik dapat menggalakkan pelajar untuk meneroka dan menambah

pengetahuan serta pemahaman sedia ada mereka.

Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa teknologi maklumat dan

komunikasi adalah amat penting untuk dipelajari oleh setiap orang dalam era teknologi

ini. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat

dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya dapat melahirkan pelajar

yang lebih berkemampuan. Dengan itu, teknologi maklumat dan komunikasi telah

diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak

kelebihan yang dicapai dengan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, setiap

apa yang dilakukan pasti ada cabaran-cabarannya yang perlu dilalui. Begitu juga

dengan mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

Terdapat beberapa masalah yang perlu dilalui sebelum serta semasa

Page 11: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

mengimplementasikan cara pengajaran ini. Setiap masalah mesti ada

penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah yang timbul dalam proses

mengintegrasi teknologi maklumat dalam pendidikan. Setiap masalah yang dihadapi

ada cara penyelesaiannya. Justeru itu di sini boleh disimpulkan bahawa, dengan

mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dapat

melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat, lebih berpengetahuan serta insan

yang berkaliber dan bersedia untuk alam pekerjaan. Ini secara tidak langsung juga

dapat menyumbang kepada kemajuan serta produktiviti sesebuah negara.

Page 12: PENGURUSAN GRAFIK · 2016. 4. 14. · pengintegrasian teknologi komunikasi dan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

Rujukan

A. Razak Ahmad. (2011). Kepentingan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Diakses daripada http://www.flashkitech.com/?p=501

Abdul Rahim Mohd Saad. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang diSeminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Geisert, P. & Futrell, M. K. (1990). Teachers, Computers and Curriculum: Microcomputers in the Classroom. Boston: Allyn and Bacon.

Norasiah A., Nor, R. J., & Rosnah A. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2012). Teknologi dalam Pembelajaran dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.

Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (Daripada) http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran

Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia.