pengurusan bilik seni

Upload: syamil-aziz

Post on 03-Apr-2018

361 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    1/7

    1.0 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

    1.1 Pengenalan

    Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu

    Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua

    bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai

    kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni

    visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi

    secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran

    mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat, kemahiran

    bekerjasama dan kemahiran pengurusan.

    Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu

    mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam

    penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea,

    perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat

    dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-

    kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan

    budaya penyelidikan di kalangan murid.

    Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan

    terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi

    impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di

    sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio

    Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

    dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung

    kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain

    iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    2/7

    Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah

    kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan

    diimaginasikan bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.

    Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan

    pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan. Bidang

    Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni

    dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni

    dan budaya luar juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan

    dalam bidang seni visual termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual

    dalam evolusi budaya kebangsaan.

    1.2 Pengurusan Bilik Seni

    Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah

    memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah

    sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan

    keadaan dan suasana yang sesuai. Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek

    yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan

    tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan diajar.

    Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia

    merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid.

    Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya

    melakukan aktiviti bilik seni visual,tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan

    peralatan, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan

    pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta

    mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan

    pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya

    menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan

    guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja

    pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga

    dipamerkan dalam bilik seni.

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    3/7

    1.3 Pengurusan Ruang Pendidikan seni Visual berkonsepkan Futuristik

    Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah ke arah

    kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum

    melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling

    kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea

    secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan

    Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta

    lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Untuk itu

    saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat

    diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya

    mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seniyang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas

    di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama di dalam bilik seperti ruang

    utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil,

    ruang pejabat seni, ruang akses ICT, stor dan sebagainya.

    Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada

    pengkarya-pengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini.

    Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan

    sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat

    mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang

    kontemporari. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panitia / guru kanan

    juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya

    mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek

    keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri

    perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut :

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    4/7

    1. Terapeutik

    Bilik atau studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri

    kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni

    perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. Marjorie

    Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan

    cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada

    kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan

    studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman

    estetik yang bermakna. Dalam modul PSV3104, Koster (2001) ada

    menyatakan bahawa persekitaran yang merangsang deria memberikan

    tenaga kepada minda untuk belajar.

    2. Perabot yang Sesuai

    Perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada

    bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. Lemlech (1979)

    mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana

    menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasian prosedur

    dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisien,penyelia prestasi

    murid serta pengenalpastian masalah potensi murid. Secara ringkasnya

    konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk

    mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif,

    menghadapi tingkah laku murid serta menarik perhatian murid bagi

    memastikan pengajaran berjalan dengan lancar.

    3. Bahan P&P

    Terdapat bahan P&P yang sesuai di letakkan di tempat-tempat yang

    sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain. Keperluan bahan seni seperti

    berus dan warna diletakkan berdekatan dia antara satu sama lain. Bahan-

    bahan P&P boleh disimpan di rak simpanan. Kedudukan rak- rak simpanan

    perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah

    untuk diambil.

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    5/7

    4. Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

    Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain perlu

    disediakan dalam bilik seni untuk memudahkan pengajaran dan

    pembelajaran. Alat-alat ini hendaklah berada di ruang akses ICT. Ruang ini

    digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh

    pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan

    seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada

    satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk

    keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara

    automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di

    dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan

    dan pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang

    telah disediakan.

    Seperti yang telah dinyatakan, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik

    maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan

    menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam

    satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang

    digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan

    menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat

    digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini

    akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Ini

    bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer

    supaya dapat bertahan lebih lama.

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    6/7

    5. Peralatan PSV

    Alat-alat yang digunakan untuk penghasilan produk misalnya mesin-

    mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan

    sebagainya. Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam

    pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi

    tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan

    sempurna. Penerangan yang betul dan mengikut tertib kepada murid tentang

    bagaimana menggunakan alat dan bahan bantu dengan cara yang betul dan

    seterusnya cara menyimpan alat dan bahan supaya tidak rosak. Sebagai

    contoh, alat seperti berus, pelet dan bekas air perlu dibasuh dan dikeringkan

    sebelum disimpan supaya tidak cepat rosak.

    6. Bahagian Pameran

    Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh

    memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi

    yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah

    dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang

    mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping

    memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek

    tersebut. Ruang pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan

    satu lagi hasil semasa dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu

    ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka

    bentuk.

    7. Singki Air

    Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.

    Singki air penting untuk murid-murid mendapatkan sumber air dan membasuh

    bahan seperti berus dan bekas warna.

  • 7/28/2019 Pengurusan Bilik Seni

    7/7

    8. Stor

    Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk

    kegunaan P&P. Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini

    digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu

    sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan

    amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu

    menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam

    kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta

    bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat

    dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin,

    gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan

    dan disimpan di tempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan

    untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja

    pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor.

    Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk

    memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor. Untuk menjaga

    kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya

    setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor

    yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu

    kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.

    Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah

    canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana

    ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini

    dapat diatasi dengan begitu mudah.