bilik seni

30
01. PENGENALAN Studio seni KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam studio seni KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut. Ini akan menyebabkan suasana studio seni menjadi menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi. Susunan meja dan kerusi dalam studio seni sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid 1

Upload: kinomulok

Post on 31-Jan-2016

196 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

konsep penyusunan bilik seni

TRANSCRIPT

Page 1: Bilik Seni

01. PENGENALAN

Studio seni KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah

hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis

ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah

tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah

kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara

berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid

dengan murid. Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam studio seni KBSR disediakan

ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain

itu, bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut.

Ini akan menyebabkan suasana studio seni menjadi menarik dan boleh merangsang

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Bilik seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataaan

dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan

penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan mengajar. Cahaya yang mencukupi

serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang mencukupi.

Susunan meja dan kerusi dalam studio seni sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada

murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

erkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi

dengan guru.

Ciri-ciri studio seni KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia adalahseperti berikut;

· Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,

· Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan

tersendiri,

· Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,

· Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,

1

Page 2: Bilik Seni

· Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan

murid,

· Hasil kerja yang dipamerkan di dalam studio seni memperlihatkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan

· Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah seharusnya dibahagi kepada

pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

· Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu.

Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan

kraf.

· Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan

yang bersesuaian.

· Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka

menjalankan aktiviti bebas.

· Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini

menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk,

warna dan sebagainya.

2

Page 3: Bilik Seni

02. STUDIO SENI SK.KILIMU RANAU, SABAH

Dalam pengurusan bilik seni, keperluan asas seperti warna dinding, papan

Buletin, Bahan Pameran Khas serta Zon kerja untuk menghasilkan karya-karya pelajar

telah laksanakan dan digunakan dengan sepenuhnya. Manakala dalam perancangan dan

pengenalan sistem Pengajaran dan Pembelajaran bilik seni yang berdasarkan berbagai

cara, gaya dan pendekatan khususnya masa kini, adalah bertujuan untuk meningkat dan

mengembangkan potensi serta kemahiran pelajar.Kemahiran belajar yang menuntut

pemikiran kritis dan kreatif ditekankan dalam Pendidikan Seni.

Oleh itu, penggunaan bilik seni yang optimum dengan kerjasama daripada guru-

guru mata pelajaran pendidikan seni merupakan satu hubungkaitan yang amat penting

dalam memastikan perlaksanaan gerak kerja dalam bilik seni dapat dijalankan dengan

jayanya.

  Dalam PSV pelajar bukan sahaja berkeupayaan membuat sesuatu hasil,ia seiring

dengan penajaman dan pengasahan minda atau pemikiran mereka. Pelajar harus

memahami kenapa sesuatu hal benda(subject matter) itu dipilih untuk tugasan mereka.

Kenapa media dan teknik tertentu digunakan dan apakah hasil yang mungkin

didapati.Hasil yang siap pula mampu dipertahankan rasionalnya. Sesi kritikan atau

apresiasi seni diadakan untuk mengasah penguasaan kemahiran pelajar.

3

Page 4: Bilik Seni

. Lukisan Pelan Lantai Sk. Kilimu

4

Papan Hitam

Pintu Masuk

Meja Murid

Stor Peralatan

Sudut Pameran

Sudut Informasi

Page 5: Bilik Seni

03. Sudut Pembelajaran dan Karya Murid.

Tanggungjawab guru pendidikan seni visual adalah untuk memastikan pengajaran dan

pembelajaran pendidikan seni visual dapat dijalankan di dalam kelas berdasarkan

kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Ruang bilik seni yang

selesa, mempunyai bahan peralatan yang lengkap, guru yang berkemahiran serta

berpengalaman merupakan elemen terpenting yang dapat menjayakan gerak kerja dalam

pendidikan seni.

Guru Pendidikan Seni Visual telah memanafaatkan sepenuhkan kedudukan ruang

seni dengan pelbagai hasil karya pelajar dipersembahkan dan di letakan pada kedudukan

sudut-sudut tertentu yang menarik. Pengolahan idea yang baik khususnya dari aspek

penyediaan dan penyususan reka letak karya hasil pelajar memberikan satu pandangan

visual tampak yang sangat menarik. Bilik Seni telah dilengkapi dengan keperluan asas

yang membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik seni diaplikasikan dengan

sepenuhnya.

Bilik seni yang kelihatan kondusif dengan segala kemudahan peralatan yang

disediakan memberi impak motivasi kepada pelajar dan juga guru dalam memastikan

gerak kerja murid laksanakan.

Ruang-ruang khas yang yang dibahagiakan dalam bilik seni ini turut

mempamerkan hasil karya pelajar yang turut bertujuan untuk satu kegiatan kritikan seni

mudah bagi mengasah murid dalam menghayati dan memahami konsep seni visual dalam

pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidik seni Visual juga bertanggung jawab

menyediakan carta organisasi, prosedur-prosedur bilik seni, keselamatan serta pelan

tindakan bagi memastikan hasil kerja dapat dilaksanakan dengan terancang.

5

Page 6: Bilik Seni

3.1 Studio Seni Daripada Pelbagai Sudut

2.2 Sudut-sudut Pameran Berkaitan

6

Rajah 1 : Hasil 3D Karya Pelajar

Rajah 2 : Folio Pelajar

Page 7: Bilik Seni

7

Rajah 3 : Sudut Membentuk dan Membuat Binaan

Rajah 4 : Sudut Hasil Kerja Murid

Rajah 5 : Sudut kerja Murid

Page 8: Bilik Seni

8

Rajah 7 : Hasil Kerja Murid di Pamerkan

Page 9: Bilik Seni

3.2 Sudut-sudut Pameran Hasil Karya Murid

9

Page 10: Bilik Seni

10

Page 11: Bilik Seni

11

Page 12: Bilik Seni

3.3 Zon-Zon Kerja Tertentu

12

Page 13: Bilik Seni

3.4 Stor Rak Bahan

13

Page 14: Bilik Seni

14

Page 15: Bilik Seni

3.5 Ruang –Ruang Lain Yang Berkaitan ( Sudut Pameran )

15

Page 16: Bilik Seni

3.6 Carta Bilik Seni

16

Rajah 14 : Carta Organisasi Bilik Pendidikan Seni

Page 17: Bilik Seni

17

Rajah 13: Info Seni

Page 18: Bilik Seni

4. CADANGAN DAN MENINGKATKAN SUASANA BILIK PENDIDIKAN SENI SERTA PLAN LANTAI BILIK .

4.1 Cadangan Meningkatkan Suasana Bilik Pendidikan Seni supaya lebih Kondusif.

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal

dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

(a) Aspek fizikal

Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah

atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk

aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja

pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat

dilakukan dengan cara-cara berikut:

(i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

(ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas

dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang

mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat

memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan

dan permainan.

(iii) Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya

masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara

studio yang cukup dapat membangki

(iv) Meningkatkann suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada

murid

(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

18

Page 19: Bilik Seni

Berdasarkan elemen tersebut, aspek penerokaan dalam bidang seni merupakan perkara

yang amat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni. Oleh itu,

pengurusan bilik seni yang cantik, menarik, kepelbagian aktiviti serta penayangan hasil

karya menyebabkan motivasi murid untuk mengikuti tajuk pengajaran pendidikan seni

sentiasa ditunggu-tunggu. Situasi ini secara jelasnya dapat membuktikan iklim bilik seni

yang disusun secara sistematik, terancang, beserta guru yang berkemahiran memainkan

peranan penting dalam mewujdukan iklim persekitaran fizikal bilik seni yang

menyeronokkan.

Berdasarkan konsep Perlaksaan bilik seni, persekitaran yang sihat dan kondusif

membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif. Di dalam pendidikan seni

visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni.

Kebiasaannya kemudahan bilik seni atau studio seni memang disediakan untuk

kemudahan guru. Justeru, mengurus dan menjaga studio seni bukan tugas mudah. Guru

perlu bijak menyusun barangan yang terdapat di dalam bilik supaya kelihatan ceria dan

menarik.

Studio seni seharusnya mempunyai tiga kemudahan asas iaitu;

i. Studio seni visual (contoh~tempat/ruang aktiviti kerja seni visual, kraft, dan

lain.

ii. Galeri (berperanan sebagai ruang memperagakan karya & hasilan seni visual )

iii. Bilik P&P seni visual (bilik P&P lengkap dgn peralatan P&P)

Susunan bilik seni sebenarnya bergantung kepada ruang yang ada. paling baik jika

dapat di gunakan ruang secara optima, tanpa mengenepikan elemen keselesaan mata

memandang, fungsi bilik, perabot yang ada, ruang peragaan, simpanan stok, pengudaraan

dan keselamatan. sekiranya ruang untuk memaparkan hasilan catan agak terhad mungkin

tidak salah sekiranya perlu menyusun sehingga ke siling, kerana yang penting dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat melihat pelbagai jenis contoh untuk

panduan dan motivasi mereka. kebanyakan sekolah tidak memperuntukkan ruang yang

19

Page 20: Bilik Seni

banyak untuk seni visual, sebab itu kadangkala bilik seni boleh berubah wajah menjadi

bengkel berserabut ketika projek2 hangat dilaksanakan, menjadi bilik darjah biasa ketika

kelas teori berlangsung dan menjadi galeri seni ketika pameran persatuan atau panitia.

i. Warna Dinding Bilik Seni

Warna dinding bilik seni yang terdapat disekolah perlu diwarnakan dengan warna yang

lebih mudah. Rasional cadangan ini ialah kerana didapati karya-karya pelajar banyak

menggunakan warna-warna pensil yang kelihatan agak pudar. Oleh itu, warna yang

kelihatan pudar ini sedikit sebanyak menengelamkan karya-karya pelajar terutama sudut

2D. Berdasarkan keperluan asas pengurusan bilik seni ini, dengan latar sesuai dengan

konsep warna bilik seni iaitu warna yang tidak menengelamkan karya pelajar. Pemilihan

warna yang cerah seperti putih, pucat kelabu, kuning mudah, biru dan waran-warna yang

kelihatan segar dan cerah membolehkan hasil karya pelajar dapat ditonjolkan. Pemilihan

warna yang cerah dan kelihatan segar juga memperluaskan pandangan visual kerana

warna yang cerah membolehkan ruang kerja kelihatan lebih besar dan tampak selesa.

20

Page 21: Bilik Seni

5.1 Cahaya.

Cahaya memainkan peranan penting dalam menghasilkan karya pelajar. Ruang bilik yang

gelap, menggunakan lampu-lampu kalimatang dalam studio seni adalah tidak digalakkan.

penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan

dan menghasilkan karya. Guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan

sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan

seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Guru juga boleh

mengadakan eksperimen bersama pelajar bagi mendapatkan perbezaan warna

menggunakan lampu fluoresent dan cahaya semula jadi. Oleh itu, adalah penting guru

memastikan ruang cahaya dapat dimasuki sepenuhnya dalam studio seni.

5.2 Bahan pameran Khas

Sudut pameran khas perlu diletakkan di bahagian hadapan ruang bilik seni. Ruang ini

bertujuan untuk mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin

tahu pelajar terhadap hasil karya-karya tempatan. Dalam hal pengurusan bilik seni yang

terdapat disekolah ini, pamerah khas ini diletakan dibahagian belakan bilik seni. Dalam

masa yang sama ruang untuk laluan ke bilik tersebut agak sempit. Ia menghalang laluan

ke pintu tersebut. Murid yang duduk di meja berhampiran akan terganggu dan menjadi

gangguan kepada murid lain yang keluar dan masuk ke dalam studio seni. Selain itu,

lokasi meja menyukarkan guru mengawasi studio seni.Oleh itu, adalah penting bagi sudut

pameran khas ini diletakan dihadapan ruang bilik seni. Objek-objek hendaklah

dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang

mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang

kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut.

21

Page 22: Bilik Seni

5.4 Zon Kerja.

Zon kerja merupakan ruang yang penting untuk dalam melaksanakan gerak kerja murid.

Keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama

lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru

juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan

kesesakan semasa membuat kerja.

5.3 Stor Penyimpanan

Stor penyimpanan kurang, Oleh itu, folio pelajar hanya diletakan diatas meja. Ini

menyebabkan malasah kerosakan pada folio kerja pelajar. Stor penyimpanan perlu

diwujudkan bagi memastikan barang-banrang seni, karya-karya pelajar dapat simpan

dengan baik dan boleh diambil semula sebagai rujukan. Stor penyimpanan kerja juga

perlu jauh daripada zon kerja murid. Ini kerana kedapatan stor peyimpanan yang

diletakan sebaris dengan ruang kerja menyebabkan murid-murid yang duduk

membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan terpaksa menoleh ke tempat

tersebut semasa sesi pengajarandan pembelajaran berlaku. Ini akan menyebabkan murid-

murid tersebut mungkinmengalami masalah kerana sentiasa berada dalam keadaan yang

tidak selesa.

22

Page 23: Bilik Seni

5.5 CADANGAN PELAN

Bilik seni memerlukan saiz ruang yang besar bagi membolehkan pengolahan sudut-sudut

tertentu dapat diwujudkan. Pengolahan sudut ini bagi membolehkan karya pelajar dapat

dipamerkan serta terdapat ruang kerja yang selesa yang dapat memastikan pelajar dapat

menjalankan aktiviti berkarya dengan seronok.

23

Pameran Khas

Singki

Meja Guru

Rak dan Folio Pelajar

Meja Guru

Sudut Pameran dan Infomasi

Stor Penyimpanan Bahan

Page 24: Bilik Seni

06. KESIMPULAN

Pengurusan bilik seni yang kondusif merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi

pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran

seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai

okestra dalam kehidupan di bilik seni yang memerlukan pembentukan

kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan

tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik bagi memaksimakan

keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam

memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Hall (2000),

pengurusan bilik seni yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi

proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk

belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja

pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat

proaktif,responsive dan menyokong.

Berdasarkan takrifan ini, jelas menunjukkan, bilik seni yang terurus dengan baik,

selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti

pengajaran dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran

ketika berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah murid yang ramai

bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang

terhad. Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan

murid yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka.

24

Page 25: Bilik Seni

BIBLIOGRAFI

Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1981), Buku Panduan Am KBSR, DBP, Kuala

Lumpur.

Kamarudin Hj. Hussin (1990), Pedagogi 2, Longman Malaysia Sdn. Bhd., PetalingJaya,

Selangor.

Kumpulan Esei Pilihan, Seni dan Muzik, Fakluti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor.

Mazlan Bin Mohamad ( 1996 ),Pendidikan Seni 1, Prinsip Pendidikan Seni, Penerbit

Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.

25

Page 26: Bilik Seni

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

01. Pendahuluan 1

02. Studio Seni SK. Kilimu, Ranau Sabah.3

2.1 Studio Dari Pelbagai Sudut2.2 Sudut Pameran Berkaitan 62.3 Zon Kerja Tertentu

92.4 Stor Rak Bahan 112.5 Ruang Pameran 132.6 Carta Organisasi

14

03. Keberkesanan Pengurusan Bilik Seni16

04. Lukisan Pelan dan Ladangan

4.1 Lukisan Pelan Bilik Seni 21

4.2 Cadangan Penambahbaikan 22

05. Kesimpulan 24Bibliografi

26