bilik seni kondusif

Upload: qeena-qaleesya

Post on 03-Apr-2018

686 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    1/16

    HBAE 1103

    1

    1. PENGENALAN

    Kurikulum pendidikan seni visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu bidang penghasilan

    seni visual serta sejarah dan apresiasi seni visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat

    membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan

    dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan

    kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan

    keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat,

    kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai

    kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea,

    perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan

    melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa

    dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan

    murid.

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    2/16

    HBAE 1103

    2

    2. (a) Pelan Lokasi Kedudukan Sekolah

    )

    Rajah 1 : Lokasi Sekolah

    KAWASAN PERUMAHAN

    SABAH FOREST INDUSTRI SDN BHD

    KAWASAN

    SEKOLAH

    PERUMAHAN

    KG. MERINTAMAN

    KE PEKAN SIPITANG

    JALAN KE PANTAI

    MERINTAMAN

    JALAN KE SINDUMIN

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    3/16

    HBAE 1103

    3

    (b) Pelan Cadangan Bangunan Sekolah

    Rajah 2 : Pelan kedudukan bilik seni visual.

    BILIK DARJAHTAHAP 1

    BILIK DARJAH TAHAP 2

    KANTIN

    BLOK PENTADBIRAN

    BILIK GURU

    PADANG

    MINI TAMAN

    TAPAK

    PERHIMPUNAN

    TEMPAT

    LETAK

    KERETA

    BILIK

    SENI

    VISUAL

    MAKMAL

    SAINS

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    4/16

    HBAE 1103

    4

    (c) Pelan Pendidikan Seni Visual Yang Kondusif

    Pintu belakang

    papan putih

    Pintu utama

    Meja guru

    laptop LCD

    Meja

    belajar

    Rak buku

    hamparan

    permaidani

    kabinet

    Pembesar

    suara

    Rak fail

    Rak Buku

    Rak

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    5/16

    HBAE 1103

    5

    3. HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI VISUAL

    A. RUANG CETAKAN

    Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat

    cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahu pun yang bersifat konvensional

    disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti:

    a. Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print.

    b. Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint.

    c. Sablon (Silk screen).

    Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini

    ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan

    teknologi moden dan konvensional.

    Rajah : Hiasan dalaman bilik Seni yang kondusif

    http://4.bp.blogspot.com/-SFOYweROPCo/TzkZSUUT_PI/AAAAAAAAAY4/AWhNW9xhcEU/s1600/IMG_7331.JPG
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    6/16

    HBAE 1103

    6

    B. RUANG AKSES ICT

    Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh

    pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual.

    Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga

    dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga

    telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada

    di dalam bilik tersebut.

    Bagi menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjung-pengunjung boleh

    meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi,bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat

    dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke

    dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga

    berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk

    mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu

    komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak

    dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat

    komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi.

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    7/16

    HBAE 1103

    7

    C. STOR

    Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan

    pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang

    diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik

    seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam

    kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk

    kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan

    jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat

    dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga

    boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasilkerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan

    peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor

    ini.

    Bagi menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya

    setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga

    dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk,

    kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan

    adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat

    pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan

    begitu mudah.

    Rajah : Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.

    http://4.bp.blogspot.com/-1dPKIy4hO-w/TzkZR069AxI/AAAAAAAAAYU/NdUy2fDsyt8/s1600/artlibrarycenterfinal.jpg
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    8/16

    HBAE 1103

    8

    D. RUANG PEJABAT SENI

    Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga

    berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan,

    pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat

    menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

    Rajah : Panel dan rak pameran hasil kerja pelajar.

    E. BILIK AIR DAN TANDAS

    Keperluan asas di dalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa

    disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga

    berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan

    satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor,

    pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh

    berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan

    pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak.

    Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaust fan untuk menyedut udara panas.

    http://1.bp.blogspot.com/-BBQhuOGU9d8/TzkZSF5tGJI/AAAAAAAAAYk/B0RqxrU4S2E/s1600/Cupboards1.jpg
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    9/16

    HBAE 1103

    9

    4. PENGURUSAN BILIK SENI YANG KONDUSIF

    Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan

    pembelajaran pendidikan seni. Guru pendidikan seni hendaklah memainkan peranan penting

    dalam aspek ini. Guru pendidikan seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru

    seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni

    ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar

    dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar,

    contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik

    seni.

    Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

    a. unsur seni.

    b. menggambar atau melukis.

    c. Warna.

    d. lukisan alam semulajadi.

    e. seni huruf dan sebagainya.

    Guru-guru pendidikan seni, terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu

    mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti

    yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik

    seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut:

    1. Trapuitik ialah bilik atau studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri

    kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik atau studio seni

    perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

    2. Perabot yang sesuai adalah perabot perlu sesuai dengan pengajaran dan

    pembelajaran pendidikan seni visual. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian

    pengajaran dan pembelajaran teori, Bengkel kasar dan bengkel halus.

    3. Bahan pengajaran dan pembelajaran iaitu terdapat bahan pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta,

    buku-buku dan lain-lain.

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    10/16

    HBAE 1103

    10

    4. Alat pengajaran dan pembelajaran adalah seperti LCD projektor, komputer,

    printer dan lain-lain.

    5. Peralatan pendidikan seni visual ialah alat-alat yang digunakan untuk penghasilan

    produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin,

    gergaji elektrik dan sebagainya.

    6. Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi

    semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada

    dipamerkan seperti bidang seni halus, komunikasi visual, kraf dan reka bentuk.

    7. Singki air perlu ada. Sebaik-baiknya ada beberapa singki air untuk membantu

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    8. Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajrandan pembelajaran.

    9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa

    menggunakan peralatan dan bahan pendidikan seni visual.

    10.Papan maklumat seperti notis board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan

    tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni.

    11.Sebaiknya di bilik atau studio pendidikan seni visual juga terletaknya pejabat seni

    kerana memudahkan segala pengurusan pendidikan seni visual samada dari segi

    pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

    Rajah : Suasana pengajaran dan pembelajran di dalam bilik seni yang kondusif.

    http://2.bp.blogspot.com/-L8IMJLFR3Ts/TzkfC8nnlJI/AAAAAAAAAaA/iynKTJk9QgU/s1600/classrooms_classroom.jpg
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    11/16

    HBAE 1103

    11

    5. IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL,

    SOSIAL DAN EMOSI

    Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama

    ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan

    suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

    A. Aspek fizikal

    Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik

    seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan

    dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan

    diuruskan dengan menarik dan kemas kini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

    (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

    (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,

    gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran.

    (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi

    keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan

    permainan.

    Rajah : Susunan perabot yang memudahkan pelbagai aktiviti semasa pengajaran dan

    pembelajaran

    http://4.bp.blogspot.com/-NRfw3IQcnw4/TzkYkIu8htI/AAAAAAAAAYE/zbPozz_7DN0/s1600/a1.jpg
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    12/16

    HBAE 1103

    12

    B. Aspek Sosial

    Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan

    murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya

    akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam

    penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan

    pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:

    (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru.

    (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti

    dan inovatif.(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid.

    Rajah : Suasana interaksi sesama murid.

    http://4.bp.blogspot.com/-BKQV7eG0_eY/Tzke-yzl7tI/AAAAAAAAAZ0/gi9YTSZ9xvk/s1600/5.jpg
  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    13/16

    HBAE 1103

    13

    C. Aspek emosi

    Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi

    ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan

    gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya

    ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu

    serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan

    tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid

    dengan:

    (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria.(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir.

    (iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti.

    Bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran

    seni visual. Cara penyusunan suasana dan keadaan yang menarik mampu menarik minat

    pelajar untuk belajar.

    Menurut Mazlan. M. (1997), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau

    musuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal

    sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan

    perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti,

    pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentuk

    kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.

    Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi

    menimbulkan pelbagai tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru

    mengajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh guru

    yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu dan adil. Suasana

    emosi juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    14/16

    HBAE 1103

    14

    Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan

    murid khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa guru perlu

    bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan

    menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. Suasana sosial dalam

    bilik seni penting untuk mewujudkan iklim pemebelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi

    dan komunikasi, suasana sosial di dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan

    cepat berasa bosan.

    Suasana teknikal merujuk kepada teknik- teknik yang digunakan untuk merangsang semangat

    dan kesediaan belajar pelajar. Hal ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan

    penggunaan bahan bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yangboleh merangsang pembelajaran dan sebagainya. Mok Soon Sang (2008), aktiviti-aktiviti

    akan dapat membantu semangat belajar murid agar mereka berusaha lebih giat lagi.

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    15/16

    HBAE 1103

    15

    6. KESIMPULAN

    Dalam mencapai matlamat pendidikan seni visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam

    menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada

    murid. Ini kerana kekuatan pendidikan seni visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru

    dan tempat operasi iaitu bilik atau studio pendidikan seni visual. Pengajaran dan

    pembelajaran pendidikan seni visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi

    pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan

    meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang

    melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan

    perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak

    dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat

    dikembangkan.

    Bidang sejarah dan apresiasi seni visual memberi tumpuan kepada pengalaman seni dalam

    kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan. Perbandingan dengan seni dan budaya luar

    juga digalakkan bagi memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual

    termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya kebangsaan.

    (2605 Patah Perkataan)

  • 7/28/2019 Bilik Seni Kondusif

    16/16

    HBAE 1103

    16

    7. BIBLIOGRAFI

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Pendidikan Khas Seni Visual, KBSR. Kuala

    Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual, KBSR.

    Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

    Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur. Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd.