kertas kerja menaiktaraf bilik seni

9
KERTAS KERJA DISEDIAKAN OLEH : PN. NORIZAN BINTI ZUAINI TARIKH : 8 FEBRUARI 2012 SMK SEREMBAN JAYA, SEREMBAN

Upload: rozaidi-azizan

Post on 13-Sep-2015

1.832 views

Category:

Documents


186 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

DISEDIAKAN OLEH : PN. NORIZAN BINTI ZUAINI

TARIKH : 8 FEBRUARI 2012

SMK SEREMBAN JAYA, SEREMBAN

KERTAS KERJA MENAIK TARAF STUDIO SENI DAN MURAL, SMK SEREMBAN JAYA

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.0 PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu studio seni yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi pelajar-pelajar menghasilkan karya.

Prasarana dan pengurusan bilik seni sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, tudio seni sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Rekaan hiasan dalaman studio seni yang dipilih ialah berkonsepkan minimalis dan praktikal.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah2.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin belajar subjek pendidikan seni.2.3 Hasil kerja pelajar yang dipamerkan di studio seni sebagai buah tangan /kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan kelak.2.4 Melatih pelajar untuk belajar melukis mural. Sebagai alternatif bidang perniagaan sekirannya mereka tidak berkemampuan dalam bidang akademik. Pelajar dapat jadikan kemahiran melukis mural sebagai alternatif mata pencarian.7.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : Mac hingga September 2012 Tempat : Studio Seni, SMK Seremban Jaya5.0 SASARAN

Murid-murid Tingkatan 1 dan 2 (yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual)

6.0 KANDUNGAN PROGRAM

ButiranBahan yang diperlukanTindakan

Pembinaan kertas kerjaKertas, Ink, KomputerPengurus projek

Perbincangan dengan pihak pentadbirKertas cadanganPengurus projek, Pengetua

Bincang tentang dana dengan CCNota MintaPengurus projek, Pengetua, CC

Memilih pelajar berbakat dalam bidang seni.Bahan dan alatan untuk membuat lakaran muralPengurus projek, guru PSV yang lain.

Isi nota minta dan pengesahan oleh pengetuaCat mural, bahan dan alatan yang lain.Pengurus projek, CC

Mulakan proses melukis muralBahan dan alatan melukisPengurus projek, Guru PSV dan murid

Mulakan proses menaiktaraf studio seni (membaiki sinki tersumbat)Alat ganti paipPengurus projek, kakitangan sekolah

Refleksi dan pendokumentasianKertas pendokumentasianPengurus projek

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ButiranHarga/KosTindakan

Pembinaan kertas kerja dan refleksi pendokentasian.

Ink, kertas dan komputerRM 0.00Pengurus projek

Bahan dan alatan mural( berus, plaka, cat minyak, penggelek, thinner dan lain-lain bahan berkaitan)RM 800.00Pengurus projek, CC

Meja untuk melukisRM 500Pengurus projek, CC

Bahan dan alat membaiki paip tersumbat

( terdapat 7 paip yang digunakan, kesemuanya telah tersumbat keranaRM 1000.00

(anggaran)Pengurus projek, CC

JUMLAH KESELURUHAN

RM 2300.008.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli Jawatan-kuasa panitia PSV bagi tahun 2012. Di harap projek menaiktaraf studio seni dan mural panitia PSV ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu flatfom para pelajar untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah. Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi studio seni SMK Seremban Jaya.Di sediakan oleh :

.................................................................

( NORIZAN BINTI ZUAINI)

SETIAUSAHA STUDIO SENISMK SEREMBAN JAYALAMPIRAN

Sebahagian daripada rekaan mural (ADOBE PHOTOSHOP)

Mural ini akan dilukis pada bahagian belakang studio seni sebagai picture wall yang akan menjadi daya tarikan utama bilik seni ini.

Gambar Studio Seni Sebelum Dinaiktaraf