pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan web viewdi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu...

23
Piramid, firaun 'eksport' terkenal Mesir Oleh Rafidah Mat Ruzki [email protected] Piramid di Giza kira-kira 25 kilometer dari Kaherah antara tarikan paling popular SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar. Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia. Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama. Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk. Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ. Kumpulan kedua ialah tanah perkuburan untuk rakyat zaman Mesir kuno daripada pelbagai keturunan yang diperbuat daripada batu batan sedia ada di kawasan itu, berbanding batu kapur yang dibawa Penulis di hadapan Muzium Kaherah.

Upload: truongtuong

Post on 31-Jan-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Piramid, firaun 'eksport' terkenal MesirOleh Rafidah Mat [email protected]

Piramid di Giza kira-kira 25 kilometer dari Kaherah antara tarikan paling popular

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar.

Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan 'eksport' terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.

Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama.

Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk.

Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ.

Kumpulan kedua ialah tanah perkuburan untuk rakyat zaman Mesir kuno daripada pelbagai keturunan yang diperbuat daripada batu batan sedia ada di kawasan itu, berbanding batu kapur yang dibawa dari kawasan lembangan sungai dan digunakan untuk membina

Penulis di hadapan Muzium Kaherah.

Page 2: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

piramid untuk raja mereka.

Pengunjung bukan saja boleh memilih untuk menempuh panas terik matahari dan melawat semua piramid di Giza pada waktu siang, malah mereka juga boleh menonton pertunjukan cahaya dan bunyi yang diadakan saban malam di kompleks piramid itu.

Bagaimanapun, untuk mengetahui sejarah tamadun kuno dan pemerintahan bermula daripada pemerintahan firaun pertama dari 3050 sebelum Masihi hingga ke pemerintahan dinasti ke-30, 343 tahun sebelum Masihi iaitu sebelum Mesir jatuh ke tangan pemerintahan Parsi, pelancong perlu melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, yang menempatkan artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun.

Pengunjung hanya perlu membayar LE20 atau RM12.50 untuk tiket masuk melihat pameran di situ, selain membayar LE40 (RM18.75) jika mahu melihat mumia firaun yang ditempatkan di muzium itu.

Bagi memahami sejarah Mesir kuno dan pemerintahan firaun, pengunjung boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bertauliah di luar muzium yang akan menerangkan mengenai sejarah Mesir kuno kepada pengunjung.

Bagaimanapun, jika pengunjung mahu mendapatkan penerangan yang lebih baik serta tanpa kesukaran memahami penerangan pemandu pelancong di muzium berikutan loghat bahasa Inggeris yang agak sukar difahami, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan sama melalui ejen pelancongan.

Selain menempatkan makam dan keranda yang dibina sebelum satu-satu firaun mangkat, muzium itu juga menempatkan pelbagai jenis patung pemerintah Mesir zaman silam yang diukir dengan teliti dan masih dalam keadaan asal.

Ia juga menempatkan perkakasan, perhiasan diri dan peralatan yang diguna pakai masyarakat Mesir kuno. Secara keseluruhan, Mesir, sebagai sebuah negara Afrika, menjadi tumpuan negara sekitarnya.

Walaupun iklim padang pasir mungkin sedikit panas berbanding iklim Khatulistiwa dan Tropika, kedudukan Kaherah di tebing Sungai Nil menyebabkan cuaca panas seperti tidak terasa.

Seperti bandar raya lain, kehidupan malam di Mesir juga menyeronokkan. Pengunjung boleh menikmati tarian gelek di restoran seperti di hotel penginapan atau mana-mana restoran terkenal atau berjalan menyusuri kota lama dan melihat kehidupan dan kebudayaan penduduknya.

Kedudukannya di tebing Sungai Nil juga dimanfaatkan dengan restoran seperti bistro yang menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pengunjung asing ke negara firaun itu.

Kebanyakan rakyat Mesir berbangga dengan tradisi dan kesenian nenek moyangnya dan tidak hairanlah kraftangan menjadi eksport utama negara itu.

Antara tempat yang boleh dikunjungi termasuk Rumah Harawi (Mansion Harawi) yang

Page 3: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

menawarkan pengalaman menarik termasuk melihat sendiri seni bina zaman dulu rumah orang berada di Mesir, lengkap dengan harem atau bilik yang terlindung untuk membolehkan kaum

wanita menonton persembahan atau sebarang acara yang diadakan di laman di perkarangan rumah, tanpa dilihat lelaki bukan muhrimnya.

Di rumah itu juga seni muzik Mesir diperdengarkan, ukiran lama dipulihara dan kraftangan Mesir dihasilkan, untuk mengekalkan kesenian masyarakat itu.

Pengunjung yang gemar membeli-belah pula, boleh mengunjungi bazar El Fishawy yang terletak kira-kira satu kilometer dari Rumah Harawi.

Bazar yang terkenal dengan pelbagai kraftangan, makanan, pakaian, perhiasan diri dan permaidani serta pelbagai perkakasan lain itu dibuka sepanjang hari dan menjadi tumpuan bukan saja pelancong asing, malah penduduk tempatan membeli-belah.

Peniaga yang ramah, terus memanggil sebaik melihat wajah penulis yang dikenali berasal dari Malaysia, cuba menjual pelbagai barangan pada harga yang perlu ditawar jika tidak mahu tertipu.

Di tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi Nagiub Mahfouz, penerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan untuk 1988 yang berasal dari Mesir.

Negara yang terkenal juga dengan produk pertaniannya itu kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan yang selalunya kita peroleh dalam bentuk kering seperti kurma, buah fig dan pic, selain buah mangga yang dihidangkan sebagai jus mangga yang pekat, manis dan menyegarkan.

Berikutan kedudukan Mesir di antara Afrika, Eropah dan Timur tengah, makanannya mempunyai pengaruh Meditterranean, Timur Tengah dan Afrika dengan daging menjadi hidangan utama.

Taman Azhar yang terletak di tengah-tengah bandar raya lama Kaherah menjadi tarikan pelancong dengan taman yang membolehkan pengunjung mengimbas semula taman pada zaman pemerintahan Mesir kuno. Di taman ini juga terdapat Tembok Ayyubid yang dibina pemerintah Mesir, Salah El Din atau Saladdin, lebih 800 tahun lalu.

INFO: Mesir

Terletak di Utara Benua Afrika dan bersempadan dengan Laut Meditterranean, antara Libya dan Tebing Gaza dan Laut Merah di utara Sudan.

Berkeluasan 1,001,450 km persegi membabitkan kawasan daratan seluas 995,450 km persegi dan kawasan lembangan sungai dan perairan seluas 6,000 km persegi.

Beriklim padang pasir yang kering sepanjang musim panas.

Mineral dan sumber asli termasuk petroleum, gas asli dan bijih besi.

Page 4: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Agama utama ialah Islam dan sebahagian kecil rakyatnya adalah penganut agama Kristian Koptik (Coptic).

Mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 28 Februari 1922 tetapi mengalami revolusi pada 23 Julai 1952.

Populasi mencecah 80 juta penduduk dan kira-kira 22 juta penduduk bertumpu di Kaherah.

Menggunakan mata wang Egyptian Pound (LE) yang ketika ini mempunyai nilai lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia.

Selain bahasa Arab, kebanyakan penduduk tahu berbahasa Inggeris dan Perancis.

Makanan tidak menjadi masalah kerana kebanyakan makanan adalah halal.

Bagaimana ke sana?

Berikutan Malaysia Airlines tidak lagi mendarat di Lapangan Terbang Kaherah, pengunjung dari negara ini boleh memilih penerbangan terus tiga kali seminggu dengan Egypt Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo / Kaherah.

Lambaian GreeceOleh Minarni Mat Saad (Yang mengikuti lawatan 'Kenali Greece' bersama Parlo Tours Sdn Bhd)[email protected]

Page 5: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Acropolis, Parthenon dan lapangan teater.

Banyak sisa peninggalan sejarah menakjubkan, pantai dihiasi laut membiru serta pulau peranginan mempesonakan

GREECE semakin dikenali sebagai satu dari negara di Benua Eropah yang menarik untuk dikunjungi. Seperti negara Eropah lain, Greece menanti pengunjung dengan pemandangan dan landskap yang menarik, sisa peninggalan sejarah yang menakjubkan, pantai dihiasi laut membiru serta pulau peranginan yang mempesonakan.

Dilengkapi pemandangan indah, sejarah tamadun bangsa yang hebat serta pulau yang cantik di samping kemudahan infrastruktur moden di semua bahagian negaranya menjadikan Greece semakin mendapat tempat di hati mereka yang gemar melancong.

Kemudahan sistem pengangkutan awam membolehkan anda menerokai setiap pelosok negara ini dengan mudah. Apatah lagi, bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar kedua menjadikan pelancong tidak menghadapi masalah komunikasi.

Musim bunga dan luruh adalah waktu paling sesuai untuk berkunjung ke sini kerana banyak pesta dan acara berlangsung. Satu acara paling penting ialah Pesta Hellenic, yang menawarkan pelbagai acara seperti Festival Athens dan Pesta Epidaurus membabitkan muzik serta teater.

Peluang berkunjung ke Greece selama tujuh hari bersama agensi pelancongan Parlo Tours Sdn Bhd umpama `bulan jatuh ke riba’ sekali gus membolehkan penulis melihat sendiri sisa

Page 6: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

peninggalan tamadun rakyat negara itu yang dianggap antara lagenda dan sejarah.

Sepanjang perjalanan kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos ke hotel di pusat bandar Athens, penulis dapat menyaksikan kehebatan sisa tinggalan bersejarah yang dipulihara dengan baik walaupun sudah berusia lebih 8,500 tahun.

Peninggalan lampau, iaitu kehebatan seni reka dan seni bina masyarakat purba Greek yang megah tersergam itu ternyata menjadi daya tarikan hebat bagi pelancong ke negara itu. Antaranya, Acropolis, Parthenon dan Muzium Arkeologi Negara yang terletak di Athens yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Tapak Warisan Dunia.

Malah, setiap pelosok wilayah di Greece mempunyai sisa tinggalan tamadun purba yang menarik untuk dilawati.

Sepanjang berada di Greece, jadual rombongan kami padat dengan lawatan ke Constitution Square, The Parliament, Stadium Olimpik, Tapak Warisan Dunia Acropolis, Parthenon selain bersiar-siar di sekitar bandar raya Athens sebelum bertolak ke Kalambaka, sebuah bandar kecil yang terletak di kaki gunung Meteora.

Di sini, kami terpegun menyaksikan keindahan batu-batu gunung pelbagai bentuk dan ada yang seolah-olah tergantung di udara.

Dari Kalambaka, perjalanan diteruskan ke satu lagi daerah iaitu Delphi untuk menyaksikan tapak arkeologi dan muzium purba sebelum bertolak ke daerah yang sangat ditunggu-tunggu iaitu Olympia untuk melawat stadium purba di mana sukan Olimpik pertama berlangsung.

Sepanjang lawatan itu, rombongan kami juga melakukan `pemeriksaan’ ke atas kira-kira 18 buah hotel bagi melihat kemudahan yang disediakan bagi membolehkan Parlo Tours memilih hotel sesuai untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan itu ke Greece.

Ternyata, kebanyakan hotel di sini masih baru dan dilengkapi pelbagai kemudahan terkini. Malah, hotel bertaraf tiga bintang juga cukup selesa dan di luar daripada jangkaan.

Penulis di hadapan sisa tinggalan sejarah di Olympia.

Terusan Corinth

Page 7: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Tidak sah berkunjung ke Greece jika tidak melawat pulau. Greece mempunyai lebih dari 2,000 pulau yang sangat cantik dan anda boleh bertanyakan pemandu pelancong pulau mana yang sesuai untuk dilawati.

Tarikan magis Greece menanti anda sebaik menjejakkan kaki di negara itu. Yang penting anda menyusun jadual lawatan yang baik untuk menjelajah segenap pelosok Greece. Bagi memudahkan lawatan anda, khususnya yang pertama kali melancong ke Greece, syarikat pelancongan Parlo Tours menyediakan pakej lawatan yang menarik.

Semua ini akan meninggalkan kenangan manis dan anda tidak akan melupakan Greece buat selama-lamanya.

Mereka yang berminat melancong ke Greece boleh melayari laman web www.parlotours.com.my atau mengunjungi booth Parlo Tours pada Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2009 (Matta Fair 2009) yang berlangsung mulai 13 hingga 15 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

FAKTA: Greece

Sebahagian dari Empayar Uthmaniyah yang menguasai negara itu kira-kira 400 tahun sebelum dibebaskan pada 1829

Dikuasai pemerintahan Jerman dari 1941 hingga 12 Oktober 1944.

Kemerdekaan sepenuhnya dicapai pada 1975 apabila sistem monarki dihapuskan dan demokrasi mengambil alih corak pemerintahan

Dikenali sebagai ‘buaian kepada tamadun barat’

Melalui peristiwa sejarah yang panjang dan mewarisi pengaruh dari negara di Eropah, Amerika Utara dan Timur Tengah.

Terletak di Semenanjung Balkan, bersempadan dengan Turki di bahagian timur, Albania, dan bekas Republik Yugoslavia iaitu Macedonia dan Bulgaria di utara

Di sepanjang pantai timur dan selatannya terdapat Lautan Aegean manakala Laut Ionian di barat.

Dikenali sebagai tempat kelahiran Sukan Olimpik

Pelancong boleh merasai suasana di dua dunia berbeza apabila melawat ke stadium baru, tempat berlangsungnya Olimpik 2004 dan melawat Olympia, lokasi asal bermulanya Sukan Olimpik pada 776 Sebelum Masihi (SM)

Page 8: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Cetak artikel  |  Hantar pada kaw

Damai di BermudaOleh Mohamed Juhari [email protected]

Page 9: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Gugusan 9 pulau indah: Pasir pantai merah jambu janjikan percutian mengasyikkan di Bermuda

SEBUT saja Bermuda, pasti mengingatkan kita kepada pulau yang penuh mistik dengan kisah kehilangan kapal dan pesawat di kawasan dikenali Segi Tiga Bermuda, terus terlintas di fikiran.

Atau paling tidak pun, mereka yang meminati muzik, pasti terkenangkan lagu popular Barry Manilow yang bertajuk Bermuda Triangle.

Namun bagi penulis, bukan soal mistik atau misteri Bermuda yang melekat di minda, sebaliknya pengalaman menempuh perjalanan untuk sampai ke pulau yang sungguh indah ini terbukti bukanlah sesuatu yang mudah.

Perjalanan yang dilalui menghampiri 20 jam tanpa mengira waktu transit, tetapi jika dicampurkan waktu menanti transit di Lapangan Terbang Heathrow, London, ia sebenarnya mengambil masa 29 jam kerana hanya ada satu penerbangan ke pulau ini.

Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Bermuda, sesiapa pun pasti terkejut melihat bangunannya amat jauh ketinggalan zaman serta uzur dan luntur warnanya, namun apa yang dilihat seterusnya boleh menjadi kenangan seumur hidup kerana pulau ini sangat indah.

Tembok yang dibina British pada awal 1800.

Bermuda yang merangkumi sembilan pulau dikelilingi Lautan Atlantik dihasilkan daripada letusan gunung berapi dan percayakah anda, di sebalik keindahan lautan serta daratannya, pulau ini cuma didiami kira-kira 60,000 orang.

Budaya pulau ini, khususnya muzik dan tarian pula sarat dengan pengaruh Afrika berikutan ramai golongan hamba abdi dari benua itu dibawa ke Bermuda yang dikatakan mendapat nama daripada seorang kapten berbangsa Sepanyol, Juan Bermudez.

Page 10: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Bermudez dikatakan menjumpai pulau ini pada 1503 dan pada 1609, Laksamana Sir George Somer berdepan masalah kapal karam berhampiran Bermuda lalu di pulau inilah beliau membina kembali kapal dan cuba untuk menuntut Bermuda yang dimiliki British selain cuba menamakannya sebagai Pulau Somers, tetapi gagal.

Bagi penulis, keunikan di pulau ini jelas terasa sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Bermuda ke ibu kotanya, iaitu Hamilton.

Bandar St George, diiktiraf Bandar Warisan Dunia oleh Unesco.

Ini dari segi barisan rumahnya yang menggunakan bumbung diperbuat daripada ‘limestone’ atau batu kapur berwarna putih untuk menakung laluan air hujan.

Kaedah ini digunakan sejak ratusan tahun lalu kerana masalah air bersih sememangnya menjadi satu masalah utama kepada penduduknya.

Air hujan yang melalui celah bumbung ini dikumpulkan dalam kolam besar yang dibina di bawah tanah setiap rumah yang menjadi usaha mendapatkan sumber bekalan air bersih sepanjang tahun bagi kegunaan harian penduduk Bermuda.

Satu perkara yang menarik tentang Bermuda, tidak ada satu pun bangunan tinggi di pulau ini dan jika ada pun, sebuah bangunan yang kini dalam pembinaan setinggi 10 tingkat di bandar Hamilton yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Bermuda.

Jangan lupa melawat Bermuda Aquarium Museum dan zoo yang ditempatkan dalam sebuah bangunan 3 dalam 1, menggabungkan tiga tarikan utama di sini, malah koleksi hidupan laut di akuarium itu sememangnya menakjubkan.

Bersebelahan akuarium, terletak bangunan muzium yang menempatkan fakta asal usul Bermuda yang lebih terperinci dan dipenuhi kemudahan seperti interaksi bersama pengunjung menggunakan teknik robotik, audio visual, skrin sentuhan, kios dan hologram.

Sebuah zoo kecil yang terletak di tepi laut pula menempatkan binatang jinak yang dibiarkan berkeliaran bersama pengunjung.

Page 11: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Bagi penulis, antara keunikan yang harus dikongsi bersama pembaca adalah pantai di Bermuda yang pasirnya berwarna merah jambu, dikatakan terhasil daripada kehancuran hidupan laut ‘foram’ di lautan Bermuda.

Pasir-pasir ini boleh dibawa pulang kerana boleh dibeli pengunjung dalam botol kecil.

Peringatan lain - pastikan melawat Bermuda di musim panas. Ini disebabkan pengalaman melucukan penulis yang menjerit kerana tidak sabar turun ke laut tetapi sebaliknya ditertawakan pengunjung kerana suhu air ketika itu yang dingin.

Hanya selepas itu, penulis menyedari tiada sesiapa pun yang mandi disebabkan suhu airnya itu.

Tarikan lain adalah sebuah pulau menarik dan unik namanya, Nonsuch Island yang memerlukan pengunjung menaiki kapal ke pulau ini yang pada asalnya digunakan sebagai habitat burung.

Namun kini, pulau itu terus dipulihara bagi mengekalkan flora dan faunanya yang dikatakan tidak ada di pulau lain dan semasa menaiki kapal, pengunjung akan berasa kagum kerana pulau ini amat indah sewaktu dilihat daripada lautan.

Awas! ada amaran kepada mereka yang mudah mabuk laut - anda perlu membuat persediaan awal kerana gelombang ombaknya agak mencabar.

Sebagai pulau yang mempunyai hidupan laut yang mungkin tiada di kawasan lain, Bermuda Under Water Exploration Institute (BUEI) menempatkan saintis dari seluruh pelusuk dunia membuat kajian mengenai hidupan dan masa depannya, termasuk menyelamatkan spesis sedia ada daripada pupus.

Salah satu pulau yang popular dan menjadi kunjungan ramai pelancong ialah Bandar St George yang diiktiraf bandar warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000.

Ia menjadi penempatan awal yang memperlihatkan ‘ketuanan’ British di pulau ini, juga ibu kota lama Bermuda menempatkan bangunan Vermond Bermuda National Craft Museum dibina pada 1710 yang mempamerkan banyak koleksi artifak dunia barat dan China.

Satu lagi keistimewaan Bermuda ialah deretan hotelnya di tepi laut yang banyak bercirikan bangunan lama Inggeris seperti tempat penginapan penulis, Hotel Fairmont Hamilton Princess hingga pekerjanya juga berpakaian bercirikan ketuanan British.

Bagi peminat seni tampak, pastikan mengunjungi Bermuda National Gallery dan Masterworks Museum of Bermuda Art yang menempatkan karya pelukis pulau ini, selain Bermuda Institute of Ocean Sciences dan Bermuda Historical Society Museum.

Jika berkesempatan, Bermuda boleh menjadi destinasi pilihan terutama pasangan yang ingin berbulan madu atau meraikan ulang tahun perkahwinan kerana ia menjanjikan satu percutian yang penuh nostalgia dan mengasyikkan.

Page 12: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Bandar Syurga ChinaOleh Ifwan Tun [email protected]

PENGUNJUNG boleh menaiki bot sambil menikmati keindahan rumah terapung di Wuzhen Dongzha Scenic Zone.

Page 13: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Wanita, sutera hiasi warisan sejarah

KECANTIKAN gadis dan kesempurnaan sutera di Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang dikisahkan pernah menjadi kegemaran maharaja pada zaman lampau dan hingga kini, kisah itu menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Malah dikatakan kerana dua faktor ini menyebabkan maharaja mengarahkan pembinaan Terusan Utama Beijing-Hangzhou, yang kini diiktiraf sebagai terusan buatan manusia terpanjang di dunia.

Berkulit putih halus dengan tubuh kecil molek dan gebu serta mempunyai anak mata hitam pekat adalah antara ciri gadis tempatan di bandaraya yang mempunyai sejarah lebih 7,000 tahun.

Dikatakan maharaja bukan saja terpesona dengan kecantikan mereka, tetapi tingkah laku lemah-lembut, mewakili gaya hidup bahagian timur negara itu yang tidak terdapat di tempat lain.

Dari segi penghasilan sutera, Hangzou dikatakan mengeluarkan sutera paling berkualiti di China kerana kelebihan cuaca serta bentuk muka bumi yang sesuai untuk industri itu.

SAMPAN tradisional membawa pengunjung mengelilingi tasik di West Lake.

Hangzhou turut menjadi tarikan disebabkan keindahan panorama hijau yang diterjemahkan dalam landskap taman tasik tradisional hingga dinamakan antara 10 lokasi paling cantik di China.

Kesempatan melawat bandaraya yang mendapat jolokan `Bandar Syurga China' bersama kru Majalah Tiga dan wakil media lain yang dibawa khas syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, Air Asia X, baru-baru ini mengizinkan penulis menyaksikan sendiri kebenaran kisah silam ini.

Page 14: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Benar seperti digambarkan, kebanyakan wanita Hangzhou memang cantik dan menarik, manakala kualiti sutera adalah antara yang terbaik di dunia.

Bagaimanapun bukan wanita dan sutera yang menarik hati. Penulis lebih terpikat kepada keindahan landskap taman serta pelbagai warisan sejarah yang terpelihara rapi di bandaraya yang diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Terbaik China 2007.

AKTIVITI harian penduduk di Wuzhen Dongzha Scenic Zone.

Bercerita mengenai taman, pastinya West Lake yang mempunyai keluasan kira-kira enam kilometer persegi dan menjadi lokasi wajib dilawati di Hangzhou menjadi tumpuan utama.

West Lake dikelilingi bukit-bukau dalam tiga arah dan bersambung dengan bandar kecil di sebalik bukit berkenaan yang dilalui Sungai Qiantang, yang secara tidak langsung membentuk landskap unik - tasik, bukit-bukau, bandar dan sungai yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Tasik yang terkenal dengan keindahan memukau ini turut menempatkan beberapa tapak sejarah dan kebudayaan penting China. Antara lokasi yang sering dipenuhi pelancong ialah Enam Pagoda Harmoni, Solitary Hill, Kuil Ling Yin serta Makam Jeneral Yui Fei, iaitu panglima tentera terkenal Dinasti Song Timur.

Selain itu, bangunan warisan silam serta batu berukir yang mempunyai nilai artistik dan sejarah tersendiri yang menjadi warisan berharga negara itu terdapat di West Lake.

Difahamkan terdapat puluhan tasik di China, malah di seluruh dunia dikenali dengan nama West Lake, tetapi selalunya nama itu dikatakan merujuk kepada West Lake di Hangzhou.

Page 15: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Perkampungan Teh Mei Jiawu yang mempunyai sejarah lebih 600 tahun yang terletak di bahagian barat West Lake juga mempunyai tarikan tersendiri. Kedudukan di lembah dengan pokok teh di atas bukit yang mengelilinginya menghasilkan pemandangan sangat memukau.

Keistimewaan perkampungan ini ialah ia menghasilkan teh hijau terbaik di dunia dikenali dengan nama West Lake Dragon Well. Petani di sini mengekalkan kaedah pemprosesan teh tradisional diwarisi nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.

Puas menghirup teh hijau, destinasi menarik lain ialah perkampungan air dikenali sebagai Wuzhen Dongzha Scenic Zone. Terdapat kira-kira 300 rumah tradisional dibina di tepi Sungai DongShi yang bersambung dengan Terusan Utama Beijing-Hangzhou.

Menariknya perkampungan ini ialah ia kelihatan terapung dengan sebahagian tiang asasnya berada dalam sungai. Pengunjung boleh menikmati pemandangan unik perkampungan ini menaiki sampan tradisional China.

Kunjungan ke Hangzhou sememangnya berbaloi kerana selain tempatnya yang menarik, kedudukannya yang berhampiran bandaraya Shanghai, membolehkan pelancong menjadikannya transit sebelum ke bandaraya itu yang hanya mengambil masa satu jam perjalanan kereta api peluru atau tiga jam dengan bas.

Tidak seperti ribuan tahun lalu, kini mereka yang ingin ke Hangzhou tidak perlu bersusah payah melalui terusan, sebaliknya hanya perlu menaiki penerbangan domestik terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou atau Air Asia X jika dari Malaysia.

INFO

Keistimewaan Hangzhou

Marco Polo yang datang ke Hangzhou pada abad ke-13 menyifatkan bandaraya itu sebagai bandar raya paling cantik di dunia serta mendapat jolokan 'Bandar Syurga China'.

Ibu negeri wilayah Zhejiang terletak di selatan Sungai Yangtze di pantai timur China.

Mempunyai keistimewaan dari segi landskap dan seni bina tradisional yang dipelihara dengan baik.

West Lake mempunyai keindahan yang boleh disaksikan dari 10 sudut menarik yang dinamakan mengikut puisi Cina.

Bagaimana ke sana?

Air Asia X membuat lima penerbangan seminggu dari terminal tambang murah (LCCT) Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan, Hangzhou.

Pengunjung boleh menjadikan Hangzhou sebagai transit untuk ke Shanghai jika inginkan penerbangan dengan kos lebih murah menggunakan Air Asia X.

Terdapat dua cara ke Shanghai dari Hangzhou, iaitu menggunakan bas yang mengambil masa tiga jam atau kereta api peluru yang mengambil masa satu jam.

Page 16: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan menggunakan agensi pelancongan

Keindahan alam tiada tandinganOleh Abdul Rahim Rahmat

Puncak Adam

Pendakian berbaloi saksikan kesan tapak kaki Nabi Adam di gunung Sri Lanka

SECARA peribadi, tujuan utama penulis dan 16 rakan lain ke Sri Lanka awal bulan ini, bukanlah untuk makan angin atau melancong, sebaliknya atas misi penting yang tidak kurang hebatnya iaitu menawan Puncak Adam.

Malah puncak ini bukan sebarang tempat, sebaliknya ia dikatakan tempat Nabi Adam as menjejakkan kakinya selepas diturunkan dari syurga. Ia juga bukan saja dianggap istimewa oleh orang Islam, tetapi juga menjadi tempat suci bagi penganut Buddha, Hindu dan Kristian.

Terletak kira-kira lapan jam perjalanan menaiki bas dari Colombo, Puncak Adam bukan saja istimewa kerana sejarahnya, tetapi mempunyai pemandangan sangat indah.

Kembara kami diketuai Kharul Amali Daharun, 52, dan disertai rakan lain iaitu Yazid Rasad, Ishak Darus, Saiful Shahul Hameed, Amran Yunan, Shahul Hameed, Shamsul Bahri, Marzuki Hamzah, Zolkepeli Darus, Radzi Rashdi, Samsuddin Jaafar, Mazlan Harun, Razak Mohamad, Samsuddin Ahmad dan Nordin Rahmat.

Page 17: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Kami berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, ke Trichy di selatan India.

Sebaik pesawat mendarat, kami terus ke Nagore dan disambut rakan, Shahul Hameed, bersama keluarganya sebelum menghabiskan dua malam di sana. Ia turut memberi kesempatan kepada kami menziarahi makam wali besar, Sheikh Abdul Kadir Shahul Hameed.

Perjalanan diteruskan ke Colombo pada 11 Mei dan di ibu negara Sri Lanka itu, kami menginap semalaman di Hotel Sansu. Tidak dinafikan, perasaan sedikit gundah berikutan kehadiran kami di tengah-tengah pergolakan politik di negara itu.

Namun ia tidak menghalang kami memanfaatkan masa di Colombo dengan bersiar-siar di bandar raya berkenaan yang masih merayakan sambutan Wesak berikutan majoriti penduduknya beragama Buddha.

Keesokannya, kami meneruskan perjalanan menaiki bas menuju Dafter Gilani. Perjalanan memenatkan hampir lapan jam itu tidak menghalang kami singgah sebentar menziarahi pusara Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Gilani dan Sheikh Abdul Qadir Shahul Hameed.

Esoknya pula pada sebelah pagi, kami meneruskan perjalanan sejauh 175 kilometer menaiki bas dari Dafter Gilani ke Ratnapura melalui jalan bengkang bengkok seperti ular dipalu tetapi mata tertawan dengan ketenangan dan keindahan lereng bukit yang dilitupi pepohon teh.

Kira-kira jam 9 malam, kami tiba di destinasi dan selepas mendaftar masuk di Hotel Punsisi, perut yang kosong terus diisi sebelum memulakan pendakian jam 2.30 pagi dengan berbekalkan sedikit makanan, baju sejuk dan lampu suluh.

Tempoh sejam pertama tidak begitu mencabar kerana laluan masih mendatar, tetapi cabaran mulai terasa pada pertengahan perjalanan apabila terpaksa mendaki anak tangga yang kelihatan seperti tidak berpenghujung dalam cuaca sejuk dan hujan renyai.

BEKAS tapak kaki yang dikatakan milik Nabi Adam.

PENULIS (kiri) bersama rakan di puncak gunung.

Page 18: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Beberapa rakan agak keletihan ketika mendaki anak tangga itu yang ditambah kecuraman sesetengah tempat yang mencecah hampir 70 darjah, selain cuaca sejuk dan tiupan angin yang agak kencang.

Namun, keinginan melihat sendiri bekas tapak kaki Nabi Adam itu kembali menguatkan semangat sehinggalah akhirnya kami sampai ke puncak gunung itu tepat jam 6 pagi, 14 Mei.

Kesempatan berada di atas puncak itu tidak disia-siakan apabila ada dalam kalangan anggota kembara melaungkan azan, bersolat sunat, berzikir dan membaca al-Quran sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan yang disulami cuaca dingin dan sinaran mentari yang mula menampakkan diri.

Terbukti, semangat yang tinggi membolehkan penulis dan rakan-rakan lain menawan Puncak Adam.

Berbanding yang lain, kejayaan itu sememangnya manis bagi Kharul Amali. Kegembiraannya lebih terasa kerana terbukti kecergasannya dalam kegiatan luar seperti pendakian itu masih mampu dilakukan biarpun pernah menjalani pembedahan jantung. Lebih istimewa, beliau pernah bermimpi Puncak Adam ketika berusia 12 tahun.

Selepas puas bergambar dan bersantai, kami meninggalkan puncak mulai jam 9 pagi sambil membawa pulang pengalaman jasmani dan rohani yang tidak ternilai.

INFO: Puncak Adam

Juga dikenali sebagai Samanalakanda atau Gunung Rama-Rama Terletak berhampiran Ratnapura Kira-kira lapan jam perjalanan dari Colombo Ketinggian 2,243 meter dari paras laut Dikatakan ada kesan tapak kaki Nabi Adam as Mempunyai lebih 5,000 anak tangga dari bawah ke puncak

melalui pakej Air Asia X dengan melayari laman web Air Asia, www.airasia.com

Page 19: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Kubur terpanjang di BumiOleh Azman [email protected]

Tembok Besar China dapat gelaran kerana ketika pembinaannya ramai pekerja terutama petani terkorban

BANYAK sudah dikisahkan oleh ramai penulis mengenai tempat-tempat menarik di Beijing, China yang menyimpan pelbagai kisah sejarah silam.

Tembok Besar China sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia sentiasa menggamit dan menarik pelancong ke negara itu yang kini mula muncul sebagai antara kuasa ekonomi dunia.

Kata orang, tidak lengkap kunjungan ke Beijing jika tidak ke Tembok Besar China. Justeru, ketika membuat liputan acara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyertai sidang kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ketujuh, baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejakkan kaki ke Tembok Besar China itu.

Sebaik tiba, yang terlintas di hati ialah tempat itu amat mengagumkan kerana tembok setegap dan panjang itu dapat dibina merentasi beberapa wilayah negara terbabit mencakupi hutan tebal di puncak pergunungan.

Page 20: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

Akibat kesuntukan masa, penulis menaiki kereta kabel dari kaki pergunungan hingga ke kawasan pintu masuk ke Tembok Besar China di Mutianyu itu.

Ketika menjejakkan di Tembok Besar China, terbayang bagaimana bongkah batu yang begitu besar dan banyak di susun rapi dalam saiz yang hampir sama bagi membentuk tembok sepanjang 6,700 kilometer (km) itu.

Indahnya pemandangan dari Tembok Besar itu. Meskipun dalam cuaca yang agak dingin itu, penulis berjalan beberapa ratus meter menikmati keunikan tembok itu.

Penulis juga saya berkunjung pusat beli-belah untuk membeli ole-ole bagi dijadikan buah tangan apabila pulang nanti.

Sedikit masa yang terluang hanya mengizinkan penulis ke pusat beli-belah di Silk Street, Chaoyang District yang jauhnya kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan. Cuaca sejuk mengizinkan penulis berjalan kaki meskipun pada tengah hari.

Penulis ketika berada di Tembok Besar China.

Masalah yang dihadapi di pusat beli-belah ini yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian, peralatan sukan, cenderahati, jam, mutiara dan barang elektronik termasuk telefon bimbit dan kamera, ialah tetap sama iaitu masalah bahasa.

Dengan sebahagian besar jurujual hanya mengetahui beberapa patah perkataan Inggeris, mesin kira menjadi penghubung dalam urusan tawar menawar dan jual beli untuk menyatakan harga yang mahu dijual atau dibeli.

Saya dimaklumkan penjual meletakkan harga permulaan yang tinggi terhadap semua barangan, dan pembeli harus memulakan proses tawar menawar pada harga 70 peratus lebih

Page 21: Pengunjung boleh membuat tempahan perjalanan Web viewDi tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi ... yang secara tidak

kurang daripada yang dinyatakan penjual.

Umpama ayam dan itik, itulah ibarat pertuturan antara penjual dan pembeli. Jurujualnya juga agak agresif hingga ada yang menarik tangan pengunjung yang mahu beredar dari kedai, untuk memastikan pengunjung berkenaan membeli barangan yang sudah ditawar.

Apapun, masalah bahasa tidak wajar dijadikan halangan ketika berada di Beijing. Bagi yang mahu berkunjung dan melawat ke pelbagai destinasi menarik di ibu kota China ini, mereka sewajarnya mendapatkan khidmat bantuan penterjemah.

Jika bernasib baik, boleh mendapatkan khidmat pemandu teksi yang boleh berturut bahasa Inggeris meskipun ini sesuatu yang sukar.

FAKTA: Tembok Besar China

Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)

Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.

Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut: 208 SM (Dinasti Qin) Abad ke-1 SM (Dinasti Han) Abad ke-7 (Dinasti Sui) 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara) 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei

Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Kedudukannya kira-kira satu jam perjalanan dari Beijing.