pengucapan awam bmw

2
TEMA:TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KESAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Kesan positif yang dapat dilihat terutama dalam kalangan pelajar ialah dapat mengakses maklumat berkaitan pembelajaran dengan mudah. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta- juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru mahupun pensyarah juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, pada pandangan saya internet memberikan transformasi yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri merupakan antara universiti di Malaysia yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui dunia maya iaitu melalui “MYGURU PORTAL”. Para pelajar tidak perlu lagi untuk bersusah-payah mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui kaedah manual sebaliknya hanya dengan menggunakan portal tersebut. Walaubagaimanapun, setiap kemudahan serta kecanggihan sesuatu benda terdapat kesan negatifnya. Antaranya ialah wujud budaya plagiarisme secara meluas dalam kalangan pelajar.Gejala plagiarisme merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu melalui kaedah “copy and paste”. Terdapat beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan seperti penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan

Upload: hafizuldeyla

Post on 09-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

joii

TRANSCRIPT

TEMA:TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIKESAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).Kesan positif yang dapat dilihat terutama dalam kalangan pelajar ialah dapat mengakses maklumat berkaitan pembelajaran dengan mudah. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru mahupun pensyarah juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, pada pandangan saya internet memberikan transformasi yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri merupakan antara universiti di Malaysia yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui dunia maya iaitu melalui MYGURU PORTAL. Para pelajar tidak perlu lagi untuk bersusah-payah mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui kaedah manual sebaliknya hanya dengan menggunakan portal tersebut.Walaubagaimanapun, setiap kemudahan serta kecanggihan sesuatu benda terdapat kesan negatifnya. Antaranya ialah wujud budaya plagiarisme secara meluas dalam kalangan pelajar.Gejala plagiarisme merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu melalui kaedah copy and paste. Terdapat beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan seperti penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kerja kursus atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.Kesimpulannya, kecanggihan teknologi pada masa kini banyak memberi impak positif terhadap kehidupan masyarakat terutamanya kepada golongan pelajar. Akan tetapi, kita haruslah sedar bahawa kecanggihan teknologi yang dikecapi kini juga banyak mendatangkan pelbagai kesan negatif. Justeru saya menyeru kepada semua golongan dalam lapisan masyarakat khusunya golongan pelajar agar menggunakan kecanggihan teknologi internet ini dengan cara yang betul kerana suatu hari nanti golongan terpelajar seperti kitalah yang akan memipin negara yang kita cintai ini kelak. Bak kata ulamak terkenal dunia iaitu Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi Jika ingin melihat masa depan sebuah negara, lihatlah anak mudanya pada masa sekarang.