keberkesanan modul beams dalam meningkatkan … · ... dengan pencapaian matematik tambahan pelajar...

16
ii Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Prestasi Rendah Bagi Matapelajaran Matematik Tambahan Mohini Mohamed, Mohamad Hasanul Ilmi Mohd Shukri, Ili Zarifah Zainudin Universiti teknologi Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan modul Basic Essential Additional Mathematics Skills (BEAMS) dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik tambahan dan juga ujian asas matematik tambahan sebelum dan selepas modul BEAMS ini dijalankan. Kaedah yang digunakan adalah ujian berbentuk kuasi iaitu melibatkan ujian pra dan pos. Sampel terdiri daripada 41 orang pelajar Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Pasir Gudang, Johor. Alat kajian yang digunakan ialah Modul BEAMS. Modul ini digunakan sepenuhnya tanpa penggunaan modul lain dan juga buku teks. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS Versi 16.0. Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai peningkatan pencapaian di dalam penilaian Matematik Tambahan dan juga Ujian asas matematik tambahan. Daripada analisis terdapat signifikan bagi peperiksaan matematik dan juga asas matematik mengikut p < 0.05. Kata kunci: Modul BEAMS, pelajar pencapaian rendah, ujian peperiksaan akhir Matematik Tambahan, ujian asas Matematik Tambahan

Upload: truongthuan

Post on 21-Apr-2018

290 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

ii

Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan Pencapaian

Pelajar Prestasi Rendah Bagi Matapelajaran Matematik Tambahan

Mohini Mohamed, Mohamad Hasanul Ilmi Mohd Shukri, Ili Zarifah

Zainudin

Universiti teknologi Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan modul Basic

Essential Additional Mathematics Skills (BEAMS) dengan pencapaian Matematik Tambahan

pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian

pelajar dalam matapelajaran matematik tambahan dan juga ujian asas matematik tambahan

sebelum dan selepas modul BEAMS ini dijalankan. Kaedah yang digunakan adalah ujian

berbentuk kuasi iaitu melibatkan ujian pra dan pos. Sampel terdiri daripada 41 orang pelajar

Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada sebuah sekolah menengah di Daerah Pasir

Gudang, Johor. Alat kajian yang digunakan ialah Modul BEAMS. Modul ini digunakan

sepenuhnya tanpa penggunaan modul lain dan juga buku teks. Data yang dikumpul dianalisis

secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS Versi 16.0. Hasil analisis deskriptif

mendapati para pelajar mempunyai peningkatan pencapaian di dalam penilaian Matematik

Tambahan dan juga Ujian asas matematik tambahan. Daripada analisis terdapat signifikan

bagi peperiksaan matematik dan juga asas matematik mengikut p < 0.05.

Kata kunci: Modul BEAMS, pelajar pencapaian rendah, ujian peperiksaan akhir Matematik

Tambahan, ujian asas Matematik Tambahan

Page 2: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

iii

PENGENALAN

Matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian.

Setiap bidang tidak dapat lari daripada penggunaan matematik. Sifat matematik itu

sendiri sebenarnya menggalakkan pembelajaran bermakna dan mencabar pemikiran

dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran penyelesaian masalah ini perlu

dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi supaya para pelajar dapat membuat keputusan

dengan berkesan (Johari Hassan & Yeong Wai Chung, 2007). Selaras dengan prinsip

tersebut, matlamat pembinaan kurikulum Matematik dalam KBSM adalah untuk

memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem, kritis, kemahiran

menyelesaikan masalah dan berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik

tersebut dalam kehidupan seharian supaya dapat menjadi seorang individu

bertanggungjawab, menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2000).

Matematik Tambahan ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah

menengah. Mata pelajaran ini bertujuan meningkatkan keterampilan matematik

pelajar supaya mereka mempunyai persediaan mencukupi untuk menghadapi atau

menanggani perubahan dan cabaran masa depan, seterusnya dapat merealisasikan

kerjaya yang cemerlang untuk diri, masyarakat dan negara. Fokus Matematik

Tambahan adalah kearah memenuhi keperluan matematik pelajar yang cenderung

kepada bidang sains dan teknologi serta pelajar yang cenderung kepada sains sosial.

Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya mencapai kehendak ini

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).

Tajuk-tajuk dalam Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej iaitu pakej

teras dan pakej pilihan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Pakej teras adalah

pakej yang wajib dipelajari oleh semua murid. Ia mengandungi lima komponen iaitu

komponen geometri, algebra, kalkulus, trigonometri dan statistik. Manakala pakej

pilihan terdiri daripada dua pakej iaitu pakej aplikasi sains sosial dan teknologi, pakej

aplikasi sains sosial. Pakej aplikasi sains dan teknologi terdiri daripada penyelesaian

segi tiga dan gerakan pada garis lurus. Manakala pakej aplikasi sains sosial pula

terdiri daripada tajuk penggunaan nombor indeks dan pengaturcaraan linear.

Page 3: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

iv

Jika dilihat daripada pakej-pakej diatas, pelajar telah mempelajari tajuk

tersebut semasa di tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Di tingkatan empat, mereka

mempelajari tajuk tersebut tetapi dengan operasi yang lebih kompleks dan

mengaplikasikannya dalam pelbagai cabang kehidupan. Oleh itu, asas matematik

adalah sangat penting bagi pelajar yang mengambil matapelajaran Matematik

Tambahan. Jika asas dalam matematik mereka lemah, maka akan timbul masalah

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana guru

terpaksa memperkukuhkan asas matematik pelajar terlebih dahulu barulah diteruskan

kepada mengajar Matematik Tambahan. Perkara ini akan mengambil masa dan pelajar

mungkin akan berdepan dengan masalah menghabiskan sukatan pelajaran.

Tidak dapat dinafikan bahawa kefahaman sesuatu konsep adalah sangat

penting dalam proses pembelajaran. Menurut Azizi Yahya (2009), kaedah

pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi

keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan

pengalaman pelajar di dalam bilik darjah dan pengalaman pelajar di luar bilik darjah.

Penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik dalam

situasi di mana prosedur penyelesaian tidak begitu nyata atau ketara (Polya, 1957).

Kesilapan menerapkan konsep yang salah kepada pelajar akan memberikan gambaran

yang salah tentang sesuatu konsep. Menurut Atan Long (1982), pembentukan konsep

adalah pembelajaran awal sebelum seseorang itu mengenal sesuatu benda secara

berasingan, menamakannya, mengenal benda-benda yang sama, dan seterusnya

membezakan antara satu benda dengan benda yang lain.

Kegagalan Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar adalah disebabkan

oleh tahap penguasaan pelajar yang rendah (Arsaythamby,2011). Tahap penguasaan

pelajar yang rendah terhadap konsep-konsep asas dalam Matematik Tambahan

menyebabkan mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari subjek tersebut

dengan lebih lanjut. Sedangkan setiap tajuk dalam matapelajaran Matematik

Tambahan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Jadi apabila pelajar tidak

menguasai sesuatu tajuk, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada

penguasaan tajuk-tajuk yang lain. Menurut Khadijah Daud & Ahmad Nadzri (2009),

kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran

Page 4: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

v

Matematik Tambahan adalah menganggap bahawa matapelajaran tersebut adalah

sukar dan membosankan.

Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan bantu mengajar seperti

penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan.

Penggunaan modul ini dapat meningkatkan penguasaan dan asas matematik para

pelajar. Menurut Sow Lee Sun (2007), penggunaan modul menjadi semakin popular

di kalangan guru-guru kerana ia dapat memberikan penekanan yang lebih mendalam

kepada pelajar berkaitan dengan isi-isi pengajaran guru jika dibandingkan dengan

hanya mengajar melalui buku teks atau bantuan alat-alat teknologi seperti projektor

dan transparensi (Sow Lee Sun, 2007).

BEAMS adalah singkatan daripada perkataan Basic Essential Additional

Mathematics Skill. Modul ini adalah hasil inisiatif Bahagian Pembangunan Kurikulum

untuk membantu membangunkan kemahiran matematik para pelajar. Kemahiran

disini adalah kemahiran konsep yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum mereka

belajar Matematik Tambahan. Inisiatif ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa

setiap pelajar boleh belajar matematik dengan kebolehan masing-masing (Bahagian

Pembangunan Kurikulum, 2010).

Objektif pembinaan modul ini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah

untuk membantu meningkatkan asas kemahiran matematik para pelajar. Di samping

itu, ia juga diharap dapat membantu para pelajar menggunakan kemahiran matematik

dalam kehidupan seharian. Modul ini dibahagikan kepada lapan unit-unit kecil iaitu:

Unit 1 : Negative numbers

Unit 2 : Fractions

Unit 3 : Algebraic Expressions and Algebraic Formulae

Unit 4 : Linear Equations

Unit 5 : Indices

Unit 6 : Coordinates and Graphs of Functions

Unit 7 : Linear Inequalities

Unit 8 : Trigonometry

Page 5: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

vi

Setiap daripada unit-unit tersebut adalah berdiri dengan dirinya sendiri iaitu

tidak ada perkaitan antara satu unit dengan unit yang lain. Guru tidak semestinya

mengajar mengikut turutan unit. Setiap unit mengandungi penerangan ringkas tentang

tajuk, objektif pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, nota pengajaran,

contoh-contoh, uji diri sendiri, dan jawapan. Guru perlu membaca dan memahami

modul ini terlebih dahulu sebelum mengajar di dalam kelas. Guru juga boleh

memperluaskan penggunaannya bukan sahaja untuk Matematik Tambahan malah

untuk matapelajaran matematik. Penggunaan pelbagai media dalam proses

penyampaian maklumat mampu merangsang minda pelajar selain dari faktor ianya

tidak membosankan (Esah Sulaiman, 2003).

Modul BEAMS menggunakan teks yang ringkas dan padat. Teks yang

digunakan adalah membantu memperjelaskan lagi sesuatu perkara atau tindakan yang

dilakukan dalam matematik. Ia menjelaskan jalan kerja dan langkah-langkah yang

perlu dibuat oleh pelajar untuk mendapat jawapan. Bahasa yang digunakan dalam

modul BEAMS adalah dalam bahasa Innggeris yang mudah. Jadi tidak ada masalah

bagi pelajar-pelajar yang lemah untuk memahaminya. Modul yang baik pandai

mengimbangkan fakta dan aktiviti dalam sesebuah modul (Shaharom dan Norliana,

2006). Penekanan kepada bahagian fakta dan penerangan sahaja akan membuatkan

pelajar bersifat menerima sahaja tanpa perlu berfikir.

Menurut Romey (1968), soalan yang terdapat di akhir bab dalam sesebuah

pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat kategori. Kategori

yang pertama ialah soalan yang jawapannya boleh didapati terus daripada teks, soalan

takrifan, soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pembelajarannya dalam

bab berkenaan kepada situasi yang baru serta soalan yang memerlukan pelajar

menyelesaikan masalah. Ciri-ciri soalan yang di akhir bab yang baik adalah soalan

yang disediakan seimbang diantara keempat-empat kategori yang dinyatakan diatas.

Soalan dalam modul BEAMS merangkumi keempat-empat kategori yang telah

disebutkan diatas. Modul BEAMS adalah modul untuk meningkat kemahiran asas

dalam Matematik Tambahan. Ia bermula langkah demi langkah iaitu daripada soalan

yang mudah kepada soalan peringkat yang lebih susah. Soalan dalam modul ini lebih

menekankan kepada penyelesaian masalah yang asas, mengaplikasikan masalah

Page 6: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

vii

tersebut dalam situasi baru dan jawapan boleh didapati terus daripada teks. Soalan

takrifan tidak ditekankan kerana modul ini adalah modul matematik.

Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat kepada kesan penggunaan modul

BEAMS terhadap pelajar yang berpencapaian rendah dalam Matematik Tambahan di

sekolah. Secara ringkasnya, objektif kajian ini adalah Menguji keberkesanan

penggunaan modul BEAMS bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik

Tambahan serta pengukuhan dalam asas Matematik Tambahan.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Pengkaji telah memilih rekabentuk kuasi eksperimen di dalam kajian ini

kerana pelajar yang terpilih melibatkan sebuah kumpulan yang mengambil

matapelajaran Matematik Tambahan tingkatan empat di sebuah sekolah di Johor

Bahru. Kumpulan pelajar ini telah diuji keberkesanan penggunaan modul BEAMS

bagi matapelajaran Matematik Tambahan. Kumpulan pelajar ini dipilih berdasarkan

markah mereka dalam ujian Matematik Tambahan pada akhir tahun 2011 (ujian pra

Matematik Tambahan). Penyelidik mengambil pelajar yang mendapat markah yang

rendah iaitu 0% - 25%.

Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pembolehubah iaitu

pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Menurut Mohd. Najib (2006),

pembolehubah bersandar ialah hasil atau produk yang dijangka dari sesuatu tindakan

atau perubahan peristiwa.Penyelidik menjalankan kajian diluar waktu persekolahan

iaitu antara pukul 2.30 petang hingga pukul 4.00 petang. Oleh itu, penyelidik dapat

menjalankan kajian tanpa sebarang gangguan. Sebelum itu, penyelidik telah

melakukan beberapa kali perjumpaan dengan responden sebelum kajian dijalankan

bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk menjalankan kajian. Kajian ini dijalankan

selama dua bulan. Hal ini bermaksud, penyelidik bertemu dengan responden sekali

seminggu bagi mengajar tajuk-tajuk dalam modul BEAMS iaitu sebanyak lapan tajuk.

Satu tajuk mengambil masa selama satu jam setengah.

Page 7: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

viii

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor.

Sekolah tersebut dipilih kerana sekolah ini adalah antara sekolah yang menawarkan

mata pelajaran Matematik Tambahan. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai

prasarana yang baru dan lengkap dan mudah bagi penyelidik mengakses kemudahan-

kemudahan seperti LCD dan tempat belajar. Pelajar-pelajar yang dijadikan sampel

juga tinggal berhampiran dengan sekolah. Hal ini dapat memudahkan penyelidik

memanggil mereka pada bila-bila masa sahaja diluar waktu persekolahan.

SAMPEL

Sampel dalam kajian ini merupakan pelajar tingkatan empat yang mengambil

matapelajaran Matematik Tambahan. Penyelidik telah membuat ujian diagnostik

untuk mengenalpasti pelajar yang lemah. Pelajar yang memperolehi markah antara 0-

25% dikategorikan sebagai lemah. Penyelidik tidak boleh mengambil pelajar lebih

daripada markah 25% kerana kekangan tempat, masa dan kewangan. Hasil daripada

sampel kajian yang telah diperolehi daripada responden diharap dapat mencerminkan

keberkesanan penggunaan BEAMS dalam Matematik Tambahan.

INSTRUMEN KAJIAN

Ujian pra asas Matematik Tambahan– Ujian pra asas Matematik Tambahan

yang terdiri daripada 40 soalan untuk menguji ingatan,pengetahuan dan kefahaman

pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari. Tujuan diadakan ujian ini ialah untuk

mendapatkan maklumat dan gambaran awal mengenai asas matematik para pelajar

dalam menguasai tajuk yang akan dipelajari dalam modul BEAMS. Soalan ini

merupakan soalan-soalan yang mudah. Ujian ini diberikan kepada semua yang

mengambil Matematik Tambahan.

Ujian pos asas Matematik Tambahan – Ujian pos asas Matematik Tambahan

terdiri daripada 40 soalan. Ujian ini adalah untuk menguji ingatan,pengetahuan dan

kefahaman pelajar tentang tajuk yang telah dipelajari daripada modul BEAMS.

Tujuan diadakan ujian ini ialah untuk mendapatkan maklumat mengenai asas

Page 8: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

ix

matematik para pelajar dalam menguasai tajuk yang telah diajar samada ada berlaku

peningkatan dalam asas matematik mereka ataupun tidak. Ujian ini akan diberikan

kepada semua responden selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan modul BEAMS.

Ujian pra Matematik Tambahan (Akhir tahun) - Ujian pra akhir tahun

merupakan ujian Matematik Tambahan yang diduduki oleh semua pelajar yang

mengambil Matematik Tambahan pada peperiksaan akhir tahun. Ujian ini terbahagi

kepada dua bahagian iaitu kertas satu yang mengandungi 40 soalan objektif dan kertas

dua yang mengandungi 20 soalan subjektif. Markah ujian ini telah direkodkan. Ujian

akhir tahun ini dibuat oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Ujian pos Matematik Tambahan – Ujian Matematik Tambahan ini adalah

ujian yang diberikan kepada semua responden selepas proses pengajaran dan

pembelajaran modul BEAMS. Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keberkesanan

penggunaan modul tersebut terhadap pencapaian pelajar dalam Matematik Tambahan.

Sama dengan ujian pra (akhir tahun), ujian pos mempunyai dua bahagian iaitu kertas

satu yang mengandungi 40 soalan objektif dan kertas dua yang mengandungi 20

soalan subjektif. Markah ujian ini telah direkodkan. Ujian pos matamatik ini dibuat

oleh penyelidik sendiri berpandukan kepada soalan pra (akhir tahun) dan diolah dari

segi angka. Bentuk soalan adalah sama dengan ujian pra (akhir tahun)

Data-data dalam kajian ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber iaitu ujian

pra asas Matematik Tambahan, ujian pos asas Matematik Tambahan, ujian pra

Matematik Tambahan (akhir tahun) dan ujian pos Matematik Tambahan. Markah

ujian pra asas Matematik Tambahan dikumpulkan bagi mengetahui asas matematik

pelajar yang mengambil Matematik Tambahan. Semua markah ujian ini direkod

menggunakan perisian SPSS. Ujian-ujian ini disemak oleh penyelidik sendiri dan

pemberian markah mengikut skema pemarkahan seperti yang telah ditetapkan oleh

peperiksaan.

Page 9: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

x

ANALISIS

Rajah 1 :Peperiksaan Akhir Matematik Tambahan Bagi Pelajar Pencapaian

Rendah

Rajah 1 di atas menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi 41 orang

pelajar. Daripada jadual tersebut hanya seorang pelajar sahaja yang memperolehi

markah 40% keatas, seorang pelajar mendapat 35%-40%, 7 orang responden

mendapat markah 30%-35% dan bakinya adalah di antara 5%-30%.

Jadual 1 : Peperiksaan Akhir Matematik Tambahan mengikut gred

Markah % Bil. Pelajar

(Ujian pra)

Peratus Bil. Pelajar

(Ujian pos)

Peratus

50 – 59 0 0 0 0

40 – 49 0 0 0 0

30 – 39 0 0 3 7.3

20 – 29 0 0 15 36.59

10 – 19 16 39 19 46.35

0 – 9 25 61 4 9.76

0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

50%

1 3 5 7 9 11131517192123252729313335373941

Mar

kah

Pelajar

Ujian Pra

Ujian Pos

Page 10: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xi

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pelajar dengan kedudukan mereka mengikut

gred bagi ujian pra Matematik Tambahan. Oleh kerana responden dalam kajian ini

adalah pelajar yang lemah, maka markah yang diperolehi adalah antara 0% hingga

20%. Terdapat 16 orang pelajar yang mendapat markah 10 hingga 19 (39%) dan 25

orang pelajar yang mendapat 0 hingga 9 (61%) bagi ujian pra.

Bagi ujian pos pula, bilangan pelajar yang mendapat markah 0% hingga 9%

adalah seramai 4 orang (9.76%). Pelajar yang markahnya antara 10% hingga 19%

adalah seramai 19 orang (46.35%). Jumlah markah ini adalah jumlah pelajar yang

paling banyak mendapat markah tersebut dalam kelompok ini. Kemudian diikuti oleh

pelajar yang memperolehi markah antara 20% hingga 29% iaitu seramai 15 orang

(36.59%). Bilangan pelajar yang melebihi markah 30% adalah seramai 3 orang

(7.3%).

Rajah 2 Peperiksaan Akhir Matematik Tambahan Mengikut Gred

Rajah 2 di atas menunjukkan graf bar bilangan pelajar mengikut gred. Dapat

dilihat daripada jadual tersebut peningkatan pencapaian pelajar dalam Matematik

Tambahan selepas pelaksanaan modul BEAMS. Bilangan responden yang mendapat

markah 0% - 9% semakin berkurang daripada 25 responden kepada 4 orang

responden sahaja.

0

5

10

15

20

25

30

% 0 – 9 10 – 19 20 – 29 30 – 39 40 – 49 50 – 59

Bil

Pe

laja

r

Axis Title

Gred

Bil. Pelajar (Ujian pra)

Bil. Pelajar (Ujian pos)

Page 11: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xii

Jadual 2: Analisis Peperiksaan Akhir Matematik Tambahan

Jadual 2 menunjukkan nilai min bagi ujian pra dan pos. Min ujian pra adalah

8.85 manakala min ujian pos pula ialah 20.85. terdapat peningkatan dalam min ujian

pos berbanding ujian pra. Peningkatan tersebut adalah sebanyak 12.00. Nilai korelasi

adalah positif iaitu 0.380 dan signifikan pula ialah 0.014 iaitu lebih rendah daripada

p<0.05. Ujian t ialah -9.700. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

dalam pencapaian peperiksaan Matematik Tambahan selepas penggunaan modul

BEAMS.

Rajah 3 : Asas Matematik Tambahan Bagi Pelajar Pencapaian Rendah

Rajah 3 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos bagi 41 orang pelajar.

Daripada rajah tersebut hanya seorang pelajar sahaja yang memperolehi markah 80%

keatas, lima orang pelajar mendapat 70%-79%, 7 orang responden mendapat markah

60%-69% dan bakinya adalah di antara 30%-49%.

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

1 3 5 7 9 11131517192123252729313335373941

Mar

kah

Pelajar

Ujian Pra

Ujian Pos

Min N Sisihan

Piawai

Kolerasi Signifikan

Ujian pra 8.85 41 3.454 0.380 0.014

Ujian pos 20.85 41 8.560

Page 12: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xiii

Jadual 3 : Asas Matematik Tambahan Mengikut Gred

Markah% Bil. Pelajar

(Ujian pra)

Peratus Bil. Pelajar

(Ujian pos)

Peratus

90 -100 0 0% 0 0%

80 – 89 0 0% 1 2.44%

70 – 79 0 0% 5 12.20%

60 -69 0 0% 7 17.07%

50 – 59 0 0% 15 36.59%

40 – 49 21 51.22% 12 29.27%

30 – 39 16 39.02% 1 2.44%

20 – 29 4 9.76% 0 0%

10 – 19 0 0% 0 0%

0 – 9 0 0% 0 0%

Jumlah 41 100% 41 100%

Jadual 3 menunjukkan markah ujian pra dan pos bagi ujian asas Matematik

Tambahan. Terdapat 4 orang pelajar yang mendapat markah antara 20% - 29%, 16

orang pelajar mendapat markah 30% - 39% dan 21 orang pelajar mendapat markah

40%-49%. Manakala bagi ujian pos pula hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat

markah antara 30% - 39%, 12 orang pelajar mendapat markah antara 40% - 49%, 15

orang pelajar mendapat markah antara 50% - 59%, 7 orang mendapat markah antara

60% - 69%, 5 orang mendapat markah 70% - 79% dan seorang sahaja pelajar yang

mendapat markah 80% - 89%.

Page 13: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xiv

Rajah 4 : Asas Matematik Tambahan Mengikut Gred

Rajah 4 di atas menunjukkan graf bar bilangan pelajar mengikut gred dalam

ujian pra dan pos bagi asas Matematik Tambahan.. Dapat dilihat daripada jadual

tersebut peningkatan pencapaian pelajar dalam asas Matematik Tambahan selepas

pelaksanaan modul BEAMS. Tiada lagi pelajar yang mendapat markah antara 20% -

29% selepas pelaksanan modul BEAMS. Bilangan responden yang mendapat markah

30% - 39% semakin berkurang daripada 16 responden kepada seorang responden

sahaja.

Jadual 4: Analisis Asas Matematik Tambahan

Min N Sisihan Piawai Kolerasi Signifikan

Ujian pra 38.07 41 7.087 0.663 0.000

Ujian pos 55.71 41 10.455

Jadual 4 menunjukkan nilai min bagi ujian pra dan pos bagi ujian asas

Matematik Tambahan. Min ujian pra adalah 38.07 manakala min ujian pos pula ialah

55.71. Terdapat peningkatan dalam min ujian pos berbanding ujian pra. Peningkatan

tersebut adalah sebanyak 17.64. Nilai korelasi adalah positif iaitu 0.663 dan signifikan

pula ialah 0.000 iaitu lebih rendah daripada p<0.05. Ujian t ialah -14.423. Ini

0

5

10

15

20

25B

il P

ela

jar

Gred

Bil. Pelajar (Ujian pra)

Bil. Pelajar (Ujian pos)

Page 14: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xv

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada ujian asas Matematik

Tambahan selepas penggunaan modul BEAMS.

PERBINCANGAN

Daripada analisis yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan yang positif

dalam Matematik Tambahan di kalangan pelajar yang berpencapaian rendah setelah

mereka menggunakan modul BEAMS ini. Walaupun markah mereka masih lagi

rendah berbanding dengan pelajar-pelajar lain, namun terdapat peningkatan dalam

markah mereka selepas menggunakan modul BEAMS. Ini menunjukkan bahawa

mereka berpotensi untuk berjaya dalam Matematik Tambahan walaupun sebelum ini

markah mereka sangat rendah.

Hasil analisis yang telah dijalankan ke atas asas matematik juga menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan yang positif antara ujian pra dan pos dalam asas

matematik. Ujian pos lebih tinggi nilai berbanding dengan ujian pra dalam ujian asas

Matematik Tambahan. Peningkatan positif ini menunjukkan bahawa tahap

penguasaan dan pemahaman pelajar dalam matematik bertambah selepas menghadiri

kelas dan mempelajari modul BEAMS ini.

Cadangan penambahbaikan

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik mendapati bahawa modul ini

sangat baik untuk digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar

dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan dalam modul ini amat

membantu pembentukkan konsep dalam minda pelajar yang berpencapaian rendah.

Akan tetapi terdapat juga beberapa tajuk yang membosankan pelajar. Hal ini kerana

tajuk tersebut telah dikuasai oleh mereka sejak dari menengah rendah lagi. Apabila

keadaan ini berlaku. Mereka kurang memberi tumpuan semasa pengajaran dan

pembelajaran sedang berlangsung terutamanya bagi pelajar-pelajar yang telah

menguasai tajuk tersebut. Penggunaan modul ini juga akan mengambil masa yang

panjang kerana terdapat lapan bab. Setiap bab mengambil masa tidak kurang dari satu

jam. Hal ini memerlukan guru membuat kelas tambahan bagi mengajar modul

BEAMS. Keadaan ini bergantung kepada kesanggupan guru tersebut kerana mereka

Page 15: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xvi

juga pada masa yang sama perlu menghabiskan sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan.

PENUTUP

Hasil daripada kajian ini diharap satu pendekatan baharu dalam pembelajaran

dan pembelajaran dapat dilakukan oleh guru-guru matematik tambahan. Selain itu

penekanan kaedah yang digunakan dalam modul BEAMS ini banyak membantu

meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh sebab itu, guru-guru digalakkan untuk

menggunakan modul ini bagi membantu pelajar menguasai konsep dalam Matematik

Tambahan. Walaupun peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar tidak lagi

menjangkau sehingga cemerlang, namun dapat dilihat disini bahawa pelajar-pelajar

berpotensi untuk terus cemerlang apabila modul ini terus digunakan.

Bibliografi

Arsaythamby Veloo and Shamsuddin Muhammad (2011), Hubungan Sikap,

Kebimbangan dan Tabiat Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik

Tambahan. CAS, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Azizi Yahya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: PTS. Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Atan Long (1982). Pendidik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Esah Sulaiman (2003), Asas Pedagogi. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti

Pendidikan.

Johari Bin Hassan & Yeong Wai Chung. Keupayaan dan Kelemahan Menyelesaikan

Masalah Matematik dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Universiti

Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian sukatan matapelajaran

Matematik Tambahan, KL: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khadijah Daud & Ahmad Nadzri Rodzali (2009). Faktor-faktor Pelajar Berminat

Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah

Sains Muar, Johor. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Page 16: Keberkesanan Modul Beams Dalam Meningkatkan … · ... dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. ... Tingkatan 4 yang berpencapaian rendah daripada ... kepada bidang

xvii

Mohd Najib Abdul Wahab, (2006). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.

Polya, G (1957). How to Solve It. London: Open Universiti.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Huraian sukatan pelajaran Matematik

KBSM, Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Polya, G (1957). How to Solve It. London: Open Universiti.

Romey. W.D. (1968). “Inquiry Techniques For Teaching Science.” America:

Prentice-Hall. 41-51.

Shaharom & Norliana, (2006).Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri Sifat Jirim bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan

Empat. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Sow Lee Sun (2007), Penghasilan Modul Pembelajaran Berasaskan Teori Beban

Kognitif untuk Subjek TeknologiMaklumat dan Komunikasi. Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.