hubungan antara harga diri dengan · pdf fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian...

28
HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lecong

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

Psz 19:16 (pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

SESI PENGAJIAN : 2006/2009

Saya SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PARIT RAJA AHMAD, 83500 PARIT SULONG, DR. YEO KEE JIAR BATU PAHAT , JOHOR. Nama Penyelia Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

Serta Pendidikan ( Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………....

Nama Penulis : SITI ZAMNAH BINTI HJ. PAIMIN

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 5: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

iii

DEDIKASI

Syukurku Kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk…

Ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Hj. Paimin bin Sadio dan Hjh. Siti Zaleha binti Hj. Mohd. Taib

Kakanda dan adinda yang disayangi,

Mohd. Amin & Isteri, Mohd. Rosmadi dan Khairul Ariffin

Jutaan terima kasih di atas dorongan, sokongan, pengorbanan, kesabaran dan doa

kalian yang tidak pernah pudar. Akan dikenang buat selamanya.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM.....

Jasa kalian amat dihargai.

Terima kasih atas segala-galanya.

Semoga sentiasa diberkati oleh Nya.

Page 6: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w. yang telah

memberi tunjuk teladan untuk kita sentiasa melalui jalan lurus. Bersyukurku Ke

hadrat Allah S.W.T. berkat limpah dan kurnia Nya saya dapat menyiapkan PSM ini

pada masa yang ditetapkan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada kepada penyelia projek sarjana muda saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang sedia

membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah

Menengah Dato’ Onn, Sekolah Menengah Penghulu Saad dan Sekolah Menengah

Dato’ Sulaiman di Batu Pahat, Johor di atas kerjasama yang amat baik dalam

menjayakan penyelidikan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada semua

pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama

ini, kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam penulisan ini.

Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ayahanda

dan bonda serta kakanda dan adinda sekalian yang banyak membantu serta memberi

galakan dan doa yang tidak pernah pudar.

Kalian semua sentiasa dalam ingatan. Sekian, terima kasih.

Page 7: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

v

ABSTRAK

Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, para guru perlu mengetahui

faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian seperti kebolehan kognitif, ingatan,

minat, kesediaan, persekitaran dan harga diri. Banyak dapatan kajian menunjukkan

harga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan

itu, kajian untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar

serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini telah dijalankan ke

atas 220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu

Pahat. Populasi kajian dan sampel dipilih secara rawak. Alat kajian mengandungi 30

item soal selidik. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai tahap

harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian mata pelajaran

Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi

dengan pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh

menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara harga diri dengan pencapaian

Matematik. Berdasarkan dapatan kajian, sewajarnya kajian selanjutnya dijalankan

dengan melibatkan lebih pemboleh ubah dan sampel untuk mendapatkan suatu

perspektif yang lebih menyeluruh tentang harga diri. Guru-guru pula disarankan

melaksanakan strategi untuk meningkatkan harga diri pelajar selain fokus terhadap

isi kandungan subjek.

Page 8: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

vi

ABSTRACT

In the quest to enhance students’ achievement, teachers should be aware of

factors that influence students’ achievement. Among these factors are cognitive

skills, students’ interest and ability to memorize, environment and self-esteem.

Many research findings showed that self-esteem has huge impact students’ academic

achievement. Therefore, this research aimed at identifying student’s self-esteem and

achievements in Mathematics and the relationship between these two variables. A

total of 220 Form Two students from two secondary schools were taken as samples

in this research. The samples were randomly chosen. The instrument used was a

questionnaire consists of 30 items. Results showed that most of the respondents have

moderate level of self-esteem. There were no significant differences in self-esteem

between male and female students. Most of the respondents have low level of

achievements in Mathematics. The results also showed that there were no significant

differences between self-esteem of student’s with high achievement and low

achievement in Mathematics. The two variables were negatively correlated in all

aspects that have been studied in this research. In view of this result, more variables

and samples should be studied to get a better perspective of students’ self-esteem.

Teachers should also try to implement strategies to enhance students’ self-esteem

besides focusing on the subject matter.

Page 9: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Rasional Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.8.1 Kepentingan kepada pelajar 10

Page 10: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

viii

1.8.2 Kepentingan kepada ibu bapa 11

1.8.3 Kepentingan kepada guru 11

1.8.4 Kepentingan kepada penggubal kurikulum 11

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Definisi Istilah 13

1.10.1 Harga Diri 14

1.10.2 Harga Diri Tinggi 15

1.10.3 Harga Diri Rendah 15

1.10.4 Hubungan 16

1.10.5 Matematik 17

1.10.6 Pencapaian Matematik 18

1.11 Penutup 19

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep dan Ciri-ciri Harga Diri 21

2.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan

Mata Pelajaran Matematik 25

2.4 Teori Pembelajaran 26

2.4.1 Teori Pembelajaran Tingkah Laku 26

2.4.2 Teori Pembelajaran Pemerhatian (Peniruan) 28

2.4.3 Teori Kognitif 29

2.4.4 Orentasi Nilai 31

2.4.5 Sikap 32

2.4.6 Data, Idea dan Matematik 33

2.5 Kajian Lepas Dalam Negeri 34

2.6 Kajian Lepas Luar Negara 37

2.7 Penutup 41

Page 11: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 42

3.2 Reka Bentuk Kajian 42

3.3 Pelaksanaan/Prosedur Kajian 43

3.4 Lokasi Kajian 44

3.5 Persampelan Kajian 45

3.6 Instrumen Kajian 46

3.6.1 Soal Selidik 47

3.7 Kajian Rintis 50

3.8 Kesahan dan Instrumen Kajian 50

3.9 Analisis Data 51

3.9.1 Ringkasan Kaedah Analisis Data 51

3.9.2 Analisis Deskriptif 52

3.9.3 Analsis Inferensi 54

3.10 Penutup 55

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56

4.2 Bahagian A – Analisis Deskriptif 57

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 57

4.2.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 57

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

4.2.1.3 Taburan Pekerjaan Bapa 58

4.2.1.4 Taburan Pencapaian Matematik Pelajar 59

4.2.1.5 Taburan Tahap Pencapaian Matematik

Pelajar 60

4.2.2 Analsis Item Soal Selidik (Bahagian B) 60

4.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar 61

Page 12: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

x

4.3 Bahagian B – Analisis Inferensi 64

4.3.1 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki Dengan

Pelajar Perempuan 64

4.3.2 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang

Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian

Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik 65

4.3.3 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian

Mata Pelajaran Matematik 66

4.4 Penutup 68

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 70

5.2.2 Bahagian B : Soal Selidik 72

5.2.2.1 Tahap Harga Diri Pelajar 72

5.2.2.2 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar

Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 77

5.2.2.3 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang

Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan

Pencapaian Rendah Dalam Mata Pelajaran

Matematik 77

5.2.2.4 Hubungan Antara Harga Diri Dengan

Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 78

5.3 Rumusan 79

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 79

5.3.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan Kajian 80

Page 13: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xi

5.4 Cadangan 81

5.4.1 Pelajar 82

5.4.2 Ibu bapa 82

5.4.3 Guru 83

5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 84

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Penutup 85

BIBLIOGRAFI 87

LAMPIRAN

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik

Lampiran C Surat Kebenaran dari EPRD

Lampiran D Surat Kebenaran dari JPNJ

Lampiran E Surat Kebenaran dari UTM

Lampiran F Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian

Page 14: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Lingkungan Pangkat / Markah Takrifan

Dan Gred Mata Pelajaran Matematik 18

3.1 Gred Pencapaian Pelajar 48

3.2 Persoalan Kajian 48

3.3 Skala Likert 49

3.4 Taburan Item Dalam Soal Selidik 49

3.5 Jadual Recode 49

3.6 Pekali Alpha Cronbach 51

3.7 Ringkasan Analsis Data 52

3.8 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 53

3.9 Tahap Pencapaian Pelajar 53

3.10 Klasifikasi Kekuatan Korelasi Rowntree (1981) 54

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

4.3 Taburan Pekerjaan Bapa 59

4.4 Taburan Pencapaian Matematik Pelajar 59

4.5 Taburan Tahap Pencapaian Matematik Pelajar 60

4.6 Tahap Harga Diri Pelajar 61

4.7 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Lelaki

Dengan Pelajar Perempuan 65

Page 15: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xiii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.8 Perbezaan Antara Harga Diri Pelajar Yang

Mendapat Pencapaian Tinggi Dengan Pencapaian

Rendah Dalam Mata Pelajaran Matematik 66

4.9 Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian

Mata Pelajaran Matematik 65

Page 16: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Penentuan Saiz Sampel 46

Page 17: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xv

SENARAI SINGKATAN

BIL - Bilangan

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

ICT - Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan.

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For School Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Pengesahan Soal Selidik

C Surat Kebenaran dari EPRD

D Surat Kebenaran dari JPNJ

E Surat Kebenaran dari UTM

F Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian

Page 19: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : ....................................................................................

Nama Penyelia : DR. YEO KEE JIAR

Tarikh : 30 APRIL 2009

Page 20: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Aspirasi ini sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara yang adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum 1990). Bagi

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dan ko-kurikulum diberikan penekanan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam hal pengajaran dan pembelajaran,

pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti beberapa mata pelajaran teras seperti mata

pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di peringkat

sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mata pelajaran Matematik diperkenalkan kepada pelajar bertujuan untuk

melahirkan individu yang berketerampilan dalam mengaplikasikan pengetahuan

matematik dalam kehidupan harian secara berkesan dan bertanggungjawab semasa

Page 21: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

2

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan ( Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001). Oleh itu, pembelajaran matematik dengan menggunakan kaedah atau

pendekatan yang berkesan pastinya akan melahirkan individu yang dapat

mengaplikasikan pengetahuan matematik. Perkara ini adalah penting untuk

merealisasikan hasrat negara mencapai matlamat Wawasan 2020 kerana mata

pelajaran Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Kajian dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik boleh memberi sumbangan yang besar ke arah

mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu,

usaha menggalakan kajian seumpama ini dalam kalangan guru-guru haruslah

dipertingkatkan.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia bersaing pada era

globalisasi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Dalam kepesatan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT), mata pelajaran Sains dan Matematik akan

mendominasikan bidang-bidang tersebut di samping penggunaan bahasa

antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Kesediaan diri dalam mempelajari mata

pelajaran Matematik sangat penting. Aziz (2003) berpendapat bahawa selain aspek

kemahiran Matematik, bahasa mempengaruhi pemikiran pelajar melalui pemupukan

persepsi dan penyusunan idea dari persekitaran mereka.

Mata pelajaran bahasa dianggap sebagai mata pelajaran yang merentas

kurikulum kerana pelajar perlu menggunakan bahasa sebagai pengantar untuk

memahami pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran manakala mata pelajaran

Sains dan Matematik pula merupakan subjek yang merentas kurikulum sains dan

teknologi. Dengan kata lain, pengetahuan dan pengalaman dalam kedua-dua mata

pelajaran Sains dan Matematik adalah penting untuk membolehkan pelajar

meneroka sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang

Page 22: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

3

menyumbang kepada pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains dan

Matematik perlu dikenal pasti, justeru membolehkan pelbagai pendekatan dan

strategi diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam

pembelajaran mata pelajaran berkenaan. Para pelajar perlu memikul tanggungjawab

mereka sebagai pelajar dan bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan dan

cabaran.

Pembelajaran dan pengajaran Matematik di sekolah memerlukan,

kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk memahami, menganggap dan

membina konsep dan pemahaman tentang mata pelajaran tersebut. Kemampuan

yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak terbatas pada kebolehan

kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti minat, motivasi, persekitaran,

personaliti dan harga diri turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Menurut William James (1890), harga diri bermaksud satu konsep psikologi

yang melibatkan persepsi mental. Menurut Tafarodi, Marshall & Milne (2003),

harga diri dibahagikan kepada dua aras iaitu harga diri tinggi dan harga diri rendah.

Mereka yang memiliki harga diri yang tinggi memaparkan ciri-ciri yang

membantunya mempelajari sesuatu dengan lebih yakin. Begitu juga sebaliknya akan

berlaku jika pelajar memiliki harga diri rendah.

Pada masa ini, matematik memainkan peranan yang besar dalam bidang

sains dan teknologi selain bahasa Inggeris. Berlandaskan hakikat ini, Malaysia yang

sedang membangun dengan pesat menekankan bidang Matematik bagi mewujudkan

masyarakat dan negara yang maju menjelang Wawasan 2020. Diharapkan pelajar-

pelajar dapat memahami, menguasai dan mengaplikasikan pemahaman dan

kemahiran mereka dalam Matematik agar merealisasikan wawasan negara.

Page 23: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

4

Kajian menunjukkan bahawa kemampuan seseorang dalam menguasai

pengetahuan dan kemahiran sesuatu mata pelajaran dipengaruhi oleh banyak faktor

seperti persekitaran, baka, sosial, emosi, konsep kendiri, harga diri dan sebagainya.

Harga diri yang tinggi memainkan peranan penting untuk meningkatkan semangat

dan keyakinan seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana harga diri mempunyai

pengaruh yang besar terhadap pencapaian seseorang (Coopersmith, 1968).

Pencapaian akademik sering dikaitkan dengan harga diri yang tinggi manakala bagi

seseorang yang mempunyai harga diri yang rendah pula dikaitkan dengan kegagalan

(Burns, 1982). Maurus (1999) mengatakan bahawa setiap pelajar mesti memiliki

harga diri untuk berjaya. Sekiranya harga diri pelajar terlalu rendah, mereka tidak

yakin dalam menjalani kehidupan. Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada

pencapaian Matematik juga dipengaruhi oleh harga diri pelajar. Perkara ini perlu

diterokai sebagai langkah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian

Matematik mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sebelum tahun 2003. Bermula

tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik

dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Isu pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),

telah mengundang beberapa persoalan dan pandangan yang dikemukakan oleh

segenap lapisan masyarakat mahupun yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

Pertukaran bahasa pengantar boleh membawa kepada kejutan budaya bagi

sesetengah golongan pelajar dan guru terutama cara mereka berfikir dan memahami

aspek-aspek yang dipelajari. Kepercayaan dan pengalaman lepas pelajar sangat

sukar untuk diubah (Gilbert,1982). Beban pembelajaran Matematik yang amat

Page 24: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

5

dirasai oleh pelajar menjadi lebih ringan apabila bahasa Melayu digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar Melayu.

Pelajar yang lemah dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik

menghadapi kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik. Apabila mata pelajaran

Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar tidak dapat memahami dan

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh penggunaan bahasa

dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri (Aziz, 2003). Majoriti

pelajar menyatakan kesukaran mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik

dalam bahasa Inggeris (Aziz, 2005). Kebanyakan pelajar berasa bimbang, takut dan

kurang berkeyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam ilmu yang

menggoncang keutuhan dan semangat dan penaakulan mereka.

Banyak pelajar lemah dan kurang yakin akan kemampuan mereka dalam

penggunaan bahasa Inggeris. Apabila kedua-dua mata pelajaran ini digabungkan

iaitu bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran

Matematik, maka perasaan gerun dan takut dalam kalangan pelajar semakin

bertambah. Menurut Tengku Razaleigh (2004, dalam Johari, Nor Hasniza & Meor

Ibrahim, 2006) banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah

mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Kajian

itu mendapati wujud kegelisahan dalam pelajar dalam mempelajari Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris. Dari segi psikologi, pelajar yang mempunyai

harga diri yang rendah akan mempunyai perasaan yang negatif terhadap mata

pelajaran Matematik.

Page 25: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

6

Dalam usaha membantu pelajar memahami dan mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran Matematik, guru perlu mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran seperti persekitaran dan harga diri.

Jika dikaji secara mendalam, latar belakang memainkan peranan penting

dalam pencapaian mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik. Menurut

Wood, Heimple & Michela (2003), pelajar-pelajar yang mempunyai harga diri tinggi

akan memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan Matematik manakala

pelajar yang mempunyai harga diri yang rendah akan memperoleh keputusan yang

rendah. Bagi pelajar yang menghadapi kesukaran memahami pengajaran Matematik

dalam bahasa Inggeris adakah keyakinan yang rendah terhadap bahasa Inggeris akan

Menjejaskan keputusan dalam Matematik, sekaligus menjejaskan harga diri

mereka?

Hubungan antara harga diri pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran

Matematik perlu ditinjau kerana perkara ini bukan sahaja mempengaruhi pencapaian

malah membawa kesan psikologi kepada pelajar. Salah satu faktor yang telah

dibuktikan bahawa perkara yang banyak menyumbang kepada pencapaian akademik

pelajar ialah harga diri. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Matematik di

Malaysia, hubungan antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Matematik

perlu dikenal pasti sebelum langkah-langkah penambahbaikan boleh diambil.

1.3 Penyataan Masalah

Selaras dengan Wawasan 2020, peranan pendidikan untuk merealisasikan

perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya merupakan

agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Sebagai warisan kepimpinan pelajar

Page 26: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

7

bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan bersedia

untuk menempuh apa jua dugaan dan halangan yang akan datang. Dalam hal ini

faktor perbezaan dan latar belakang, personaliti, harga diri serta gaya pembelajaran

dan pengajaran di sekolah perlu dikaji dari segi kaitannya dengan pencapaian

pelajar.

Dalam meninjau hubungan pelbagai faktor dengan pencapaian mata

pelajaran Matematik, salah satu faktor yang menjadi minat penyelidik ialah harga

diri. Menurut Dorothy (1998), harga diri ialah faktor utama yang menentukan

kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai insan. Banyak kajian mengenai harga

diri pelajar. Antaranya yang mengaitkan harga diri dengan pencapaian akademik (D’

Amico & Cardaci, 2003; Roy, 2003) dan kajian tentang hubungan harga diri dengan

perlakuan tidak bermoral (Meriwater, 2003). Menurut dapatan kajian oleh D’ Amico

dan Cardaci (2003) dan Roy (2003), tidak terdapat hubungan antara harga diri

dengan pencapaian akademik.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji lebih mendalam lagi hubungan

harga diri dengan pencapaian akademik khususnya bagi mata pelajaran Matematik

dalam kalangan pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Penyelidik telah menggariskan empat objektif untuk dicapai menerusi kajian

ini. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti:

i. Tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik.

ii. Perbezaan antara harga diri pelajar lelaki dengan perempuan.

Page 27: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

8

iii. Perbezaan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi

dengan pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik.

iv. Hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Matematik.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, penyelidik akan mendapatkan

jawapan kepada persoalan berikut :

i. Apakah tahap harga diri pelajar yang mengambil mata pelajaran

Matematik?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar

lelaki dengan pelajar perempuan?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar

yang mendapat pencapaian tinggi dengan pencapaian rendah dalam

mata pelajaran Matematik?

iv. Adakah terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Matematik?

1.6 Hipotesis Kajian

Sebelum memulakan kajian ini, beberapa hipotesis telah dibuat bagi pelajar

Tingkatan 2.

Page 28: HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DENGAN · PDF fileharga diri ada hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. ... Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Seterusnya, tidak

9

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan

pelajar perempuan.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan harga diri pelajar yang

mendapat pencapaian tinggi dan pencapaian rendah dalam mata

pelajaran Matematik.

Ho3 Tidak terdapat hubungan antara harga diri dengan pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Matematik.