pengkhususan dalam pengeluaran

2
1. Apakah itu pengkhususan dalam pengeluaran ? (6m) Pengkhususan merujuk kepada penumpuan masa dan tenaga (1m) oleh seseorang individu (1m) dalam suatu pekerjaan (1m) mengikut kebolehannya (1m). Pengkhususan dalam pengeluaran boleh dibahagikan mengikut profession , , proses kerja , kawasan dan Negara (1m). Contoh pengkhususan mengikut profesion ialah doktor mengkhusus merawat pesakit(1m). 2. Terangkan kebaikan dan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran? (10 m) Kebaikan pengkhususan dalam pengeluaran ialah : 1. Pekerjaan akan menjadi lebih mahir dan cekap. (1m) 2. Pekerja akan menjadi lebih produktif. (1m) 3. Masa dan kos untuk melatih pekerja dapat dijimatkan. (1m) 4. Kos alat dapat dijimatkan kerana hanya perlu disediakan untuk pekerja tertentu sahaja .(1m) 5. Pengkhususan membolehkan penggunaan mesin untuk proses berulang. (1m) Keburukan pengkhususan pula ialah : 1. Pekerja akan menjadi jemu melakukan pekerjaan yang berulang. (1m) 2. Pekerja akan kehilangan daya cipta dan kerohanian dan menjejaskan mutu pengeluaran. (1m) 3. Hasil keluaran mesin adalah seragam dan menghadkan pilihan pengguna. (1m) 4. Risiko pengangguran akan berlaku kerana kemahiran pekerja tidak diperlukan dalam pengeluaran. (1m) 5. Pekerja akan mempunyai sikap saling bergantungan mengakibatkan pengeluaran akan tergendala sekiranya berlaku kerosakan pada mesin dan kerugian besar dialami. (1m) 3. Huraikan faktor-faktor yang mewujudkan pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran. (10m) Faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran ialah : 1. Perbezaan individu dalam kebolehan , kemahiran dan minat (1m) menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.(1m) 2. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses . (1m) . Mesin digunakan untuk LATIHAN ULANGKAJI : PENGKHUSUSAN

Upload: rosmah-abdullah

Post on 21-Jan-2017

124 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkhususan Dalam Pengeluaran

1. Apakah itu pengkhususan dalam pengeluaran ? (6m)

Pengkhususan merujuk kepada penumpuan masa dan tenaga (1m)  oleh seseorang individu  (1m)  dalam suatu   pekerjaan  (1m) mengikut  kebolehannya  (1m).

Pengkhususan dalam pengeluaran boleh dibahagikan mengikut  profession , , proses kerja , kawasan dan Negara (1m). Contoh pengkhususan mengikut profesion ialah doktor mengkhusus merawat pesakit(1m).

2. Terangkan kebaikan dan keburukan pengkhususan dalam pengeluaran? (10 m)

  Kebaikan pengkhususan dalam pengeluaran ialah :1. Pekerjaan akan menjadi lebih mahir dan cekap.  (1m)2. Pekerja akan menjadi lebih produktif.  (1m)3. Masa dan kos  untuk melatih pekerja dapat  dijimatkan.  (1m)4. Kos alat dapat dijimatkan kerana hanya perlu disediakan untuk pekerja tertentu

sahaja .(1m)5. Pengkhususan membolehkan penggunaan mesin  untuk proses

berulang.  (1m)

Keburukan pengkhususan pula ialah :1. Pekerja akan menjadi jemu  melakukan pekerjaan yang berulang.

(1m)2. Pekerja akan kehilangan daya cipta dan kerohanian  dan menjejaskan

mutu pengeluaran.  (1m)3. Hasil keluaran mesin adalah seragam  dan menghadkan pilihan

pengguna.  (1m)4. Risiko pengangguran  akan berlaku kerana kemahiran pekerja tidak

diperlukan dalam pengeluaran. (1m)5. Pekerja akan mempunyai sikap saling bergantungan mengakibatkan pengeluaran akan

tergendala sekiranya berlaku kerosakan pada mesin dan kerugian besar dialami. (1m)

3. Huraikan faktor-faktor yang mewujudkan pelbagai jenis pengkhususan dalam pengeluaran. (10m)

Faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai jenis pengkhususan dalam  pengeluaran ialah :1. Perbezaan individu dalam kebolehan , kemahiran dan minat 

(1m)  menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doktor, akauntan, peguam dan lain-lain.(1m)

2. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses . (1m) . Mesin digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran. (1m)  Maka kos latihan dan masa dapat dijimatkan. (1m)

LATIHAN ULANGKAJI : PENGKHUSUSAN

Page 2: Pengkhususan Dalam Pengeluaran

3. Pengkhususan dilakukan mengikut kawasan  bergantung kepada bentuk muka bumi, sumber alam dan saliran (1m). Sebagai contoh kawasan luar Kuala Trengganu mengkhusus dalam bidang petroleum. (1m)

4. Pengkhususan   antarabangsa melibatkan faktor ikli , tahap teknologi dan  setiap penduduk yang berbeza-beza (1m).Terdapat negara yang menumpukan lebih kepada barang industri kerana tahap teknologi yang tinggi seperti Jepun.(1m) Terdapat juga negara yang mengkhusus dalam bidang pertanian atas faktor iklim dan bekalan buruh yang murah seperti Indonesia. (1m)