penghargaan group

2

Click here to load reader

Upload: naim7641867

Post on 14-Jul-2016

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

Page 1: Penghargaan Group

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah berjaya

menyiapkan kerja kursus subjek Pengantar Pengajian Profesional tepat pada

waktunya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

saya iaitu Encik Mokhtar Bin A. Majid yang telah banyak memberi bimbingan dan

tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini selama empat minggu,

iaitu bermula 16 Februari hingga 9 Mac 2014.

Selain itu, tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu

kami dalam mencari maklumat serta membantu dalam perkara-perkara yang kurang

kami fahami. Melalui kerja kursus ini, kami menyedari bahawa kerjasama dan kerja

berpasukan begitu penting kerana semua orang dilahirkan tidak begitu sempurna,

masing-masing terdapat kelemahan dan kelebihan yang tersendiri. Oleh sebab itu,

bekerja secara berpasukan mampu menghasilkan kerja yang bagus serta kami

dapat berkongsi ilmu serta bertukar-tukar pandangan serta maklumat.

Tidak dilupakan juga kepada ibu dan bapa yang selama ini memberi

dorongan dan sokongan kepada kami dalam menyiapkan setiap tugasan yang di

amanahkan walaupun jarak yang terpisah antara kami semua agak jauh.

Selain itu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung mahupun tidak

dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, selaku bakal guru, kami amat berharap agar kami dapat

mencurahkan segala ilmu yang kami perolehi kepada para pelajar seterusnya dapat

mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian. Selaku

bakal guru, kami akan melakukan sebaik mungkin agar kami dapat menjadi salah

seorang guru yang mampu membawa sistem pendidikan negara kita setanding

dengan negara-negara luar yang lain.