penggunaan teknik balang 123 (proposal)

33
PENGGUNAAN TEKNIK BALANG 123 (B123) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Alvin Adath Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 1.0 PENGENALAN Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan satu dokumen yang dijadikan panduan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga kemahiran yang diterapkan di dalam sukatan pelajaran dan perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun, dewasa ini kemahiran lisan kurang diberikan perhatian menyebabkan kebanyakan murid kurang cekap dalam berbahasa. Menurut Kamarudin Hj Husin (1999:3-4), kemahiran lisan ialah satu aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa yang amat penting dan utama. Kemahiran lisan ialah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang murid sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, seorang murid yang dapat menguasai kemahiran lisannya dengan baik, dijangka dapat juga menguasai kemahiran-kemahiran lain dengan sempurna. Penguasaan kemahiran lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan berbahasa seluruhnya. Menurut Sulaiman Masri et.al (1994:29-30), salah satu aspek yang terangkum di dalam kemahiran bertutur ialah aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah satu sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Dalam pertuturan (lisan) walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk memperoleh kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan, aspek ini haruslah ditekankan. Melalui aspek tatabahasa ini, murid perlu memilih dan menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan betul. 1

Upload: alvinadath

Post on 11-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

PENGGUNAAN TEKNIK BALANG 123 (B123)

BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Alvin Adath

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan satu dokumen yang

dijadikan panduan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga

kemahiran yang diterapkan di dalam sukatan pelajaran dan perlu dikuasai oleh semua murid.

Kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Namun, dewasa ini kemahiran lisan kurang diberikan perhatian menyebabkan kebanyakan

murid kurang cekap dalam berbahasa.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1999:3-4), kemahiran lisan ialah satu aspek pengajaran

dan pembelajaran bahasa yang amat penting dan utama. Kemahiran lisan ialah kemahiran asas

yang perlu dikuasai oleh seseorang murid sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain

seperti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa, seorang murid yang dapat menguasai kemahiran lisannya dengan baik, dijangka dapat

juga menguasai kemahiran-kemahiran lain dengan sempurna. Penguasaan kemahiran lisan

memainkan peranan penting dalam penguasaan berbahasa seluruhnya.

Menurut Sulaiman Masri et.al (1994:29-30), salah satu aspek yang terangkum di

dalam kemahiran bertutur ialah aspek tatabahasa. Tatabahasa ialah satu sistem, peraturan atau

undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Dalam pertuturan

(lisan) walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk

memperoleh kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan, aspek ini haruslah

ditekankan. Melalui aspek tatabahasa ini, murid perlu memilih dan menggunakan perkataan-

perkataan yang tepat dan betul.

Raminah Hj Sabran (1989:6) menyatakan bahawa tatabahasa merupakan aspek bahasa

yang terpenting yang wajib dikuasai oleh seseorang penutur kerana tanpa pengetahuan ini,

1

Page 2: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

seseorang itu akan menghadapi masalah. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan

rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penutur mestilah mengetahuinya

serta boleh menggunakannya dengan betul di dalam konteks yang sesuai. Kesalahan

penggunaan kata-kata sapaan dan rujukan dalam masyarakat penutur bahasa Melayu boleh

menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar.

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2004: 29) pula, menyatakan kata ganti nama

ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas dan kata nama am

dalam ayat. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata ganti nama diri orang,

kata ganti tunjuk, kata ganti tanya dan kata nama umum. Kata ganti nama diri orang dapat

dibahagikan kepada tiga iaitu kata nama diri pertama, kata nama diri kedua dan kata ganti

nama diri ketiga.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kelas 4 Marikh merupakan kelas yang mempunyai seramai 39 orang murid yang

terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 27 orang murid perempuan. Kelas ini terdiri

daripada murid yang mempunyai tahap kognitif yang hampir sama kerana murid dibahagikan

kelas mengikut tahap pencapaian mereka semasa ujian akhir tahun yang lepas.

Walaupun kebanyakan murid dalam kelas ini dapat menguasai kemahiran membaca

dan menulis dengan baik namun tahap penguasaan mereka aspek tatabahasa agak lemah

terutamanya semasa menggunakan kata ganti nama diri orang dalam perbualan. Saya sungguh

terkejut kerana terdapat beberapa orang murid yang masih belum dapat mengenal pasti kata

ganti nama diri orang yang sesuai dalam situasi yang diberikan apabila saya membuat satu

aktiviti main peranan menggunakan kata ganti diri orang yang sesuai mengikut situasi. Hal ini

membuatkan saya ingin mengetahui tahap penguasaan mereka terhadap kata ganti nama diri

orang ini. Sebaik sahaja waktu pengajaran dan pembelajaran tamat, saya telah berjumpa

dengan cikgu bahasa Melayu kelas 4 Marikh, Puan Azlida untuk bertanyakan mengenai

masalah ini. Hasil daripada temu bual tersebut didapati murid tahun 4 sudah mempelajari kata

ganti nama diri orang semasa di tahun 3 dahulu.

Namun, saya akui kesilapan dan kelemahan saya sebelum ini kerana tidak

menerangkan terlebih dahulu mengenai kata ganti diri orang sebelum mereka melakukan

aktiviti main peranan berdasarkan situasi yang diberikan. Oleh sebab itu, mereka sering

2

Page 3: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

melakukan kesilapan semasa menggunakan kata ganti nama orang kepada rakan berdasarkan

situasi yang diberikan.

Berdasarkan masalah ini, saya telah membuat ujian khas iaitu ujian pemahaman untuk

melihat tahap penguasaan mereka. Namun apa yang mengecewakan saya ialah kebanyakan

murid seolah-olah tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti diri “kita, kami, beliau,

patik dan tuanku”. Mereka juga tidak mampu mengkategorikan kata ganti nama diri mengikut

kumpulannya. Oleh itu, timbul kegelisahan pada saya memandangkan di dalam ujian

pemahaman terdapat sekurang-kurangnya dua soalan untuk menguji kata ganti nama diri dan

dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KSSR) menyatakan murid mampu menggunakan

kata ganti nama yang sesuai dalam perbualan.

Selepas menyemak hasil soalan pemahaman murid, didapati 10 orang murid yang

lemah dan banyak melakukan kesalahan. Antara sikap yang sering dilihat pada murid tersebut

adalah seperti pasif atau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan secara lisan. Sering

termenung, dan tidak memberikan perhatian pada ujaran guru. Apabila ditanya, mereka akan

menjawab “ Tak fahamlah cikgu”, “Tak tahulah cikgu”, “Macam mana nak buat?” dan

macam-macam lagi.

Justeru, saya perlu membuat pembaharuan dan mempelbagaikan bahan pengajaran

bagi menarik minat murid serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap kata ganti nama

diri orang. Saya bercadang untuk menggunakan Balang 123 (B123) sebagai bahan pengajaran

bagi mengatasi masalah kekeliruan mengenai kata ganti nama diri orang.

3

Page 4: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

3.0 AMALAN NILAI PENDIDIKAN

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu (KSSR BM) adalah

untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk

memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Masalah

ini perlu diatasi bagi mengelakkan murid terus tercicir dalam pengajaran. Berdasarkan

objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun Empat

(2003:15) ada dinyatakan bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Berdasarkan objektif yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun

4, saya telah memikirkan satu alat bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran saya supaya

masalah ini tidak berlarutan dan dapat diatasi dengan segera bagi membolehkan murid

mampu mencapai prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan.

Menurut Asraf (2007:10), aspek tatabahasa merupakan komponen yang penting di

dalam ketiga –tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid iaitu kemahiran lisan, membaca

dan menulis. Walau bagaimanapun, saya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek

tatabahasa dalam kemahiran lisan memandangkan kemahiran lisan merupakan kemahiran

yang paling asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum melangkah kepada kemahiran

membaca dan menulis. Kefahaman pengunaan kata ganti diri pada akar umbi akan

membolehkan murid mengaplikasikan pengunaan kata ganti nama diri dalam ketiga-tiga

kemahiran.

Berdasarkan Teori Behavioris, sesuatu tingkahlaku yang dilazimkan akan membentuk

kebiasaan. Teori ini juga menyatakan bahawa teknik latih tubi merupakan satu teknik yang

berkesan untuk memastikan apa yang diajarkan diingati oleh murid. Apabila peserta kajian

sudah memahami konsep kata ganti nama diri, dapat mengkategorikan kata ganti nama diri

mengikut kumpulan, mereka akan melahirkan kefahaman mereka melalui aktiviti main

peranan. Kenyataan ini disokong pula oleh Teori Pembelajaran Mentalis oleh Noam Chomsky

sebagai competence (keupayaan) dan performance (pertuturan). Menurut Ee Ah Meng

(1995:12), Chomsky menyatakan bahawa competence dan performance adalah sangat

penting. Competence berada di dalam otak dan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-

rumus yang mampu melahirkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas banyaknya. Competence

juga berkaitan pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Manakala, performance pula ialah

4

Page 5: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

unsur yang berada di luar dan dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-

bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya.

4.0 FOKUS MASALAH/ ISU KEPERIHATINAN

4.1 TINJAUAN MASALAH

Kajian yang dijalankan ini berkait rapat dengan sistem bahasa iaitu tatabahasa tetapi

diaplikasikan dalam kemahiran lisan. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Tahun 4 yang ada menyatakan bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran

murid dapat menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut

situasi dalam perbualan.

Pelbagai cara saya lakukan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid

dalam isu memahami konsep kata ganti nama diri. Berdasarkan kajian ini, saya menggunakan

lima instrumen bagi mengenal pasti masalah ini dengan lebih jelas. Instrumen yang digunakan

adalah ujian pencapaian awal, temu bual, pemerhatian, bukti dokumen dan soal selidik.

Berdasarkan analisis dokumen ujian TOV 1 dan buku tatabahasa peserta kajian,

didapati antara kesalahan yang dilakukan adalah menggunakan kata ganti nama diri orang

‘saya’, ‘kami’, ‘kita’, ‘beta’, ‘hamba’ dan ‘patik’. Penggunaan kata ganti nama diri yang

tidak sesuai dan kurang tepat membuktikan bahawa peserta kajian kurang menguasai konsep

kata ganti nama diri orang ini. Berdasarkan Ujian Pencapaian Awal pula, didapati bahawa

sepuluh orang murid mendapat markah rendah dalam ujian yang dijalankan dengan hanya

dapat menjawab 4 soalan dengan betul daripada 15 soalan yang diberikan (markah = 27 ).

Hasil temu bual ke atas peserta kajian menyokong lagi masalah tersebut apabila ada di antara

peserta kajian yang menjawab “Mmm..faham..tak faham kot..entahlah”, “Faham! Tapi

kadang-kadang tak faham cikgu”. Akhir sekali, instrumen soal selidik memberi maklumat

bahawa peserta kajian keliru dengan kata ganti nama diri terutama ketika berkomunikasi serta

untuk menjawab soalan pemahaman apabila 10 orang peserta kajian (100 peratus) memberi

jawapan “Ya” iaitu keliru dengan penggunaan kata ganti nama diri orang ini.

5

Page 6: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

4.2 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan analisis masalah yang telah dihuraikan dengan terperinci sebelum ini

menunjukkan bahawa masalah ini boleh memberi impak yang besar terhadap penguasaan

tatabahasa dan kemahiran lisan kerana kelemahan menguasai elemen tatabahasa akan

menyebabkan mereka keciciran dalam pembelajaran dan tidak mampu berkomunikasi dengan

santun. Fokus kajian pada kali ini berkaitan dengan penggunaan kata ganti nama diri orang,

iaitu aspek tatabahasa dalam kemahiran lisan sahaja. Elemen seperti sebutan, intonasi, jeda,

tekanan, penggunaan ayat tidak akan diambil kira.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Kajian Tentang Kata Ganti Nama Diri

Menurut Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor (2004: 29) menyatakan kata ganti

nama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas dan kata nama am

dalam ayat. Kata ganti nama terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata ganti nama diri, kata

ganti tunjuk, kata ganti tanya dan kata nama umum. Kata ganti nama diri dapat dibahagikan

kepada tiga iaitu kata nama diri pertama, kata nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

Mohd Izudin Azhan menyatakan bahawa kebanyakan murid selalu keliru dengan kata

ganti nama diri dan sering kali membuat kesalahan ketika menjawab soalan pemahaman,

berkomunikasi dan membuat karangan. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati

bahawa tahap penguasaan kata ganti nama diri murid lemah dan biasanya membuat kesalahan

berkaitan kata ganti nama diri untuk istana.

Kajian Tentang Aktiviti Main Peranan

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994:41), main peranan melibatkan murid-murid

mengambil bahagian sebagai watak-watak yang berlainan yang mungkin mempunyai

persamaan atau tidak berkaitan dengan pengalaman peribadi mereka. Main peranan ialah satu

teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Melalui

teknik ini murid –murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.

Biasanya main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau

6

Page 7: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

keadaan dan kemudian menyakinkan tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan

mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelola dalam kumpulan.

Abdul Aziz Abd Talib (2000: 23), pula menyatakan teknik simulasi juga disebut

sebagai teknik main peranan merupakan teknik untuk melatih bahasa lisan murid iaitu guru

mengendalikan sesuatu situasi yang perlu diterangkan kepada murid. Setelah murid

memahami situasi tersebut, beberapa orag daripada mereka akan disuruh menghidupkan

situasi tersebut atau dengan kata lain memainkan peranan tersebut.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif am:

Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid menguasai kata ganti

nama diri orang bagi menjawab soalan pemahaman kertas 1 disamping meningkatkan

kemahiran lisan murid menggunakan kata ganti nama diri yang betul dalam kontek seharian.

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep kata ganti nama diri orang dengan

menggunakan Balang 123 (B123).

2. Meningkatkan kebolehan murid menggunakan kata ganti nama diri orang yang betul

mengikut konteks dalam aktiviti lisan.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid tahun 4 Marikh yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan

Bandar Anggerik, Shah Alam. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang peserta kajian daripada

kelas tersebut. Kajian yang dilakukan berkaitan dengan aspek tatabahasa, iaitu kata ganti

nama diri orang yang diaplikasikan dalam kemahiran lisan.

Berdasarkan soal selidik demografi berkaitan dengan latar belakang peserta kajian

mendapati bahawa terdapat dua peserta kajian menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

7

Page 8: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

pertuturan di rumah. Hal ini menyebabkan masalah penguasaan bahasa Melayu berada pada

tahap yang lemah kerana kurang diberikan pendedahan untuk menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa komunikasi. Justeru itu, dua orang peserta kajian ini mengalami masalah

menggunakan kata ganti nama diri orang dalam perbualan kerana diganggu oleh sistem

tatabahasa bahasa Inggeris.

Lapan peserta kajian yang lain dalam kategori keluarga yang berpendapatan rendah.

Menurut Raminah Hj. Sabran (1989: 156), kedudukan taraf sosioekonomi ibu bapa

mempunyai pertalian yang rapat dengan perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak.

Kajian terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan kanak-kanak daripada

keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan

lebih baik daripada kanak-kanak kelas bawahan. Justeru, saya merasakan peserta kajian ini

perlu diberikan bimbingan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap penguasaan kata

ganti nama diri orang dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan berbahasa

dengan baik.

Jadual : Latar Belakang Prestasi Akademik Peserta Kajian

Peserta Kajian Jantina Tahap pencapaian

M1 L Sederhana

M2 L Sederhana

M3 P Sederhana

M4 P Lemah

M5 L Sederhana

M6 L Sederhana

M7 L Sederhana

M8 P Sederhana

M9 P Sederhana

M10 L Lemah

Data tahap pencapaian peserta kajian diperoleh daripada analisis markah Ujian

Pencapaian Awal. Berdasarkan kepada data tersebut, peserta kajian berada pada tahap

pencapaian sederhana dan lemah. Hal ini menunjukkan, peserta kajian perlu diberikan

8

Page 9: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

bimbingan yang lebih kerap bagi mengelakkan mereka daripada keciciran dalam sesuatu

kemahiran yang diajarkan.

Terdapat dua orang peserta kajian yang berada pada tahap pencapaian lemah. Dua

orang peserta kajian tersebut merupakan murid yang menggunakan bahasa Inggeris dalam

interaksi seharian mereka.

8.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

8.1 Model PT Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Tindakan kajian yang dijalankan menggunakan model Lewin dan model Laidlaw

sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini.

Terdapat lima peringkat yang dinyatakan dalam model Lewin dan Laidlaw. Peringkat-

peringkat tersebut adalah peringkat mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan,

melihat kesan tindakan dan refleksi. Berikut merupakan huraian bagi setiap peringkat yang

terdapat dalam model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

Peringkat pertama berkaitan dengan mengenal pasti aspek amalan yang perlu

diperbaiki. Saya telah membuat analisis kertas ujian TOV 1, pemerhatian berstruktur, temu

9

Page 10: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

bual, soal selidik dan ujian pencapaian awal. Hasil daripada analisis instrumen tersebut, saya

mendapati bahawa amalan yang perlu diperbaiki dalam kalangan peserta kajian adalah

kekeliruan menggunakan kata ganti nama diri orang sama ada dalam situasi lisan mahupun

untuk menjawab soalan pemahaman. Tambahan pula, berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 4 yang perlu dicapai oleh semua murid, penggunaan

kata ganti nama diri orang diberi penekanan dalam kemahiran lisan.

Hal ini memberikan satu suntikan kepada saya untuk berusaha mengubah aspek

amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran yang lalu, saya mendapati

bahawa sepuluh orang murid tidak dapat menggunakan kata ganti diri orang dengan betul

serta tidak boleh mengenal pasti kedudukan kata ganti diri orang mengikut kumpulannya

melalui ujian pencapaian awal yang telah dilakukan. Sepuluh orang murid yang mengalami

masalah penggunaan kata ganti nama diri orang dijadikan peserta kajian saya pada kali ini.

Saya juga telah membuat temu bual berstruktur terhadap peserta kajian untuk melihat tahap

kefahaman mereka tentang kata ganti nama diri orang serta soalan soal selidik demografi

peserta kajian untuk mengukuhkan lagi isu kajian saya.

Seterusnya, peringkat yang kedua ialah perancangan. Saya merancang untuk

menggunakan kaedah “Balang 123” untuk meningkatkan kefahaman murid tentang kata ganti

nama diri orang. “Balang 123” digunakan sebagai satu instrument yang dapat membantu

murid untuk menguasai Kata Ganti Nama Diri. Berdasarkan “Balang 123” ini, peserta kajian

akan dibimbing untuk memahami konsep kata ganti nama diri orang, mengenal pasti kata

ganti nama orang mengikut kumpulan, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri

kedua dan kata ganti nama diri ketiga serta mengaplikasikan penggunaan kata ganti nama diri

orang dalam aktiviti lisan melalui main peranan.

Selanjutnya, dibincangkan pula peringkat ketiga, iaitu peringkat tindakan. Pada

peringkat ini “Balang 123” digunakan sepanjang proses intervensi. Berikut merupakan

perancangan tindakan yang dilaksanakan:

i) “Balang 123” ini dihasikan dengan menggunakan baling plastik. Terdapat empat

balang yang digunakan iaitu “Balang 1” berkaitan dengan kata ganti nama diri orang pertama

dan kata ganti nama diri orang kedua. “Balang 2” pula berkaitan dengan kata ganti nama diri

orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Seterusnya, “Balang 3” pula

mengandungi kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata

10

Page 11: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

ganti nama diri orang ketiga. Akhir sekali, “Balang 123” berkaitan kata ganti nama diri orang

pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.

ii) Setiap balang ini digunakan mengikut minggu intervensi yang dijalankan. Selama

empat minggu intervensi dijalankan dengan lapan kali perjumpaan. Setiap kali intervensi,

peserta kajian akan diminta untuk mencabut sekeping kertas berupa teks yang mengandungi

kata ganti nama diri orang. Saya menggunakan kaedah pengajaran secara induktif, iaitu

memberikan contoh-contoh terlebih dahulu kemudian barulah disimpulkan. Berdasarkan teks

di dalam balang tersebut, terdapat contoh-contoh penggunaan kata ganti nama diri orang

dalam teks. Daripada contoh-contoh tersebut, saya akan membimbing peserta kajian untuk

merumuskan kata ganti nama diri orang yang digunakan dalam teks.

iii) Peserta kajian diberi latih tubi menjawab soalan pemahaman berkaitan kata ganti nama

diri orang bagi mengukuhkan ingatan dan kefahaman mereka terhadap kata ganti nama diri

orang ini. Peserta kajian juga diuji dengan soalan kuiz dalam bentuk lisan. Seterusnya, peserta

kajian mengaplikasikan kefahaman tentang kata ganti nama diri orang ini dalam aktiviti main

peranan setiap kali selesai menjalani intervensi.

Seterusnya, peringkat keempat ialah peringkat melihat kesan tindakan. Saya melihat

kesan tindakan hasil daripada data yang diperoleh. Saya menggunakan instrumen seperti

ujian, latihan intervensi, pemerhatian berstruktur, temu bual dan soal selidik. Segala

maklumat yang diperoleh akan dianalisis untuk melihat sejauh mana keberkesanan

penggunaan “Balang 123” dapat membantu peserta kajian mengenal pasti kata ganti nama diri

orang dan dapat diaplikasikan dalam kemahiran lisan. Saya membuat perbandingan antara

markah ujian pencapaian awal dan ujian pencapaian akhir bagi melihat keberkesanan

penggunaan “Balang 123” dan peratus peningkatan prestasi setiap peserta kajian.

Akhir sekali, peringkat refleksi. Pada peringkat ini, saya melihat kembali segala

kelemahan dan kekuatan menggunakan bahan bantu mengajar “Balang 123”. Peringkat ini

merupakan peringkat yang paling penting untuk melihat keberkesanan penggunaan “Balang

123” dalam membantu peserta kajian memahami konsep kata ganti nama diri orang dan dapat

diaplikasikan dalam kemahiran lisan semasa aktiviti main peranan.

11

Page 12: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

9.0 CARA PENGUMPULAN DATA

9.1 Ujian

Terdapat dua ujian yang akan digunakan untuk mengumpul data dalam penyelidikan

tindakan ini. Ujian tersebut ialah ujian pencapaian awal dan ujian pencapaian akhir. Ujian

digunakan sebagai salah satu instrumen untuk mengumpul data yang bertujuan untuk

mendapatkan gambaran sebenar tahap penguasaan peserta kajian tentang penggunaan kata

ganti nama diri orang. Ujian pencapaian awal diberikan kepada semua murid sebelum kajian

dijalankan. Terdapat dua puluh soalan pemahaman berkaitan dengan kata ganti nama diri

orang diberikan kepada semua murid. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap

pengetahuan dan pemahaman murid sebelum kajian ini dilakukan. Hasil dapatan data ujian

pencapaian awal membantu saya mengenal pasti murid yang akan dijadikan peserta kajian.

Seterusnya, ujian pencapaian akhir. Ujian ini bertujuan untuk menganalisis dan

mengetahui keberkesanan kajian yang dilakukan. Ujian pencapaian akhir ini digunakan untuk

mengetahui tahap keupayaan murid dalam memahami konsep kata ganti nama diri orang,

mengkategorikan kata ganti nama diri orang dalam kumpulan dan mengaplikasikan

penggunaan kata ganti nama diri orang yang sesuai dalam situasi yang diberikan. Sebanyak

dua puluh soalan pemahaman diberikan kepada peserta kajian dengan pelbagai situasi

penggunaan kata ganti nama diri orang. Ujian pencapaian akhir diadakan selepas empat kali

intervensi dijalankan. Berikut merupakan skor pemarkahan untuk ujian pencapaian awal dan

ujian pencapaian akhir.

Jadual : Skema Pemarkahan Ujian Pencapaian Awal dan Ujian Pencapaian Akhir

12

Skor Markah

Cemerlang 15-20

Sederhana 10-14

Lemah 5-9

Sangat Lemah 0-4

Page 13: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

Markah-markah yang direkodkan bagi kedua-dua ujian ini kemudiannya akan dibuat

perbandingan menggunakan graf bertali bagi melihat perbezaan sebelum pelaksanaan kajian

dan selepas pelaksanaan kajian.

9.2 Latihan Intervensi

Latihan intervensi ini saya berikan kepada peserta kajian setiap kali intervensi dijalankan.

Setiap kali intervensi dilakukan, saya memberikan 10 soalan pemahaman berkaitan dengan

kata ganti nama diri orang untuk melihat tahap kefahaman peserta kajian. Skor yang diperoleh

peserta kajian setiap intervensi dianalisis secara kuantitatif. Berikut merupakan skema

pemarkahan latihan soalan pemahaman.

Jadual: Skema Pemarkahan Latihan Pemahaman

Analisis latihan intervensi ini penting untuk mengenal pasti kelemahan tahap penguasaan

peserta kajian terhadap kata ganti nama diri orang secara berperingkat-peringkat.

9.3 Temu Bual Berstruktur

Temu bual yang saya gunakan ialah temu bual berstruktur, iaitu dengan menyediakan soalan

yang telah dirancang dengan rapi dan teratur supaya maklum balas yang tepat dapat diperoleh.

Saya telah menemu bual sepuluh orang peserta kajian selepas intervensi dijalankan.

Temu bual yang dibuat bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tahap

penguasaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan peserta kajian. Selain itu, temu bual

ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi peserta kajian terhadap penggunaan bahan

13

Skor Markah

Cemerlang 8-10

Sederhana 4-7

Lemah 0-3

Page 14: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

bantu mengajar Komik Elektronik dan penggunaan teknik main peranan untuk mengukuhkan

kefahaman peserta kajian.

9.4 Soal Selidik

Soal selidik ialah satu daripada alat pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan.

Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang digubal khas untuk mengumpul data kajian.

Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada peserta kajian sebelum dan selepas

intervensi dilakukan. Hal ini bertujuan untuk mendapat maklum balas secara peribadi

daripada mereka tentang apa yang difahami sebelum dan selepas intervensi dibuat. Saya telah

menggunakan Skala Guttman dalam soal selidik yang diedarkan. Skala Guttman dengan

menggunakan item “Ya” dan “Tidak”. Pemilihan Skala Guttman kerana memudahkan peserta

kajian untuk membuat pilihan serta difahami. Terdapat 5 item soalan soal selidik yang

disediakan.

9. 5 Pemerhatian

Terdapat dua jenis pemerhatian yang saya gunakan untuk mengumpul data, iaitu pemerhatian

berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian merupakan teknik yang terancang

dan sistematik untuk mengumpul data.

9.5.1 Pemerhatian Berstruktur

Berdasarkan instrumen pemerhatian berstruktur saya telah menggunakan alat perakam untuk

merekodkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh peserta kajian. Rakaman video yang

direkodkan membantu saya semasa menganalisis setiap perkataan, sebutan dan perbualan

peserta kajian semasa aktiviti main peranan dijalankan. Data-data penting diperoleh dengan

cara memainkan semula rakaman tersebut untuk mendapatkan idea keseluruhan, kemudian

mendengar untuk membuat analisis. Hasil daripada aktiviti tersebut, saya akan merujuk

kepada skor markah yang telah ditetapkan untuk memberi markah kepada peserta kajian.

Berikut merupakan skor markah untuk aktiviti main peranan. Peserta kajian akan diberi

markah setiap kali menggunakan kata ganti nama diri orang semasa perbualan.

14

Page 15: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

Jadual: Skor Pemarkahan Aktiviti Peranan.

GRED TAHAP KEMAHIRAN LISAN

4

Cemerlang

Pertuturan setaraf dengan penutur jati yang terdidik. Fasih

menggunakan bahasa Melayu apabila berbual. Boleh

mengaplikasikan sekurang-kurangnya 4 kata ganti nama diri orang

dengan betul.

3

Sederhana

Sungguhpun tidak sebaik penutur jati tetapi masih dapat bertutur

dengan jelas. Boleh mengaplikasikan sekurang-kurangnya 3 kata

ganti nama diri orang yang betul ketika berbual.

2

Memuaskan

Sungguhpun bahasa lisan agak memuaskan tetapi kadang kala

mengulang-ulang frasa ayat tersebut. Penggunaan kata ganti nama

diri orang yang kurang sesuai. Boleh mengaplikasikan sekurang-

kurangnya dua kata ganti nama diri orang dengan betul ketika

berbual.

1

Lemah

Perbualan masih kurang jelas tetapi kadang kala dapat difahami.

Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat. Hanya dapat

mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu kata ganti nama diri

orang yang betul ketika berbual.

0

Sangat

lemah

Perbualan sukar difahami dan sangat terhad. Tidak mampu untuk

mengaplikasikan kata ganti nama diri orang dengan betul ketika

berbual.

9.5.2 Pemerhatian Tidak Berstruktur

Seterusnya, instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian tidak

berstruktur. Saya telah memilih kaedah pemerhatian tidak berstruktur dengan membuat

catatan pada kertas dan melaporkan dalam bentuk nota lapangan.

Pemerhatian yang dibuat berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan dalam

kumpulan. Tujuan pemerhatian ini dibuat untuk melihat reaksi yang ditunjukkan oleh peserta

kajian semasa melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, pemerhatian tidak berstruktur digunakan

15

Page 16: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

untuk melihat penggunaan kata ganti nama diri orang secara tidak langsung semasa peserta

kajian berbincang dalam kumpulan.

10.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Dalam analisis dan menginterpretasi data, saya akan melakukan penganalisisan terhadap

semua data mentah yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh perlaksanaan penyelidikan

tindakan ini.

10.1 UJIAN PRA DAN POS

Hasil dapatan daripada ujian pra dan ujian pos akan dianalisis dalam bentuk

penjadualan markah seterusnya dalam bentuk graf. Contohnya:-

BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID

(UJIAN PRA/ UJIAN POS)

Bil. Nama Murid Ujian Pra

M G

Ujian Pos

M G

Catatan

M G

1 R1

2 R2

3 R3

4 R4

5 R5

6 R6

7 R7

8 R8

9 R9

10 R10

Catatan:

R – Responden

M – Markah

G – Gred

16

Page 17: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

Graf Ujian Pra/ Ujian Pro

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R100

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

Ujian PraUjian Pro

17

Page 18: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

10.2 PEMERHATIAN

Melalui pemerhatian, saya menggunakan catatan nota lapangan tidak berstruktur.

Dalam hal ini, saya akan membuat catatan tindakan peserta kajian. Aspek yang akan saya

catatkan ialah reaksi peserta kajian semasa menerima setiap helaian lembaran kerja yang

berlainan soalan dan aras, menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja dan reaksi

semasa menyemak hasil jawapan bersama-sama guru. Berikut merupakan contoh nota

lapangan yang akan digunakan.

BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN

Nama Peserta:

Nama Pencatat:

Bil

.

Tarikh/ Hari Masa/ Tempat Latihan Catatan

18

Page 19: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

11.0 PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKAN

11.1 JADUAL PERLAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Jadual Perlaksanaan Penyelidikan tindakan

Langkah Tindakan

Minggu 1

Intervensi 1

Penggunaan “Balang 1”

1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam

balang.

2. Guru bersoal jawab tentang teks dialog yang dicabut.

3. Guru memberi penerangan tentang kata ganti nama diri orang

yang terdapat dalam teks dialog tersebut.

4. Peserta Kajian menjawab soalan pemahaman dan soalan kuiz

secara lisan

Minggu 2

Intervensi 2

Penggunaan “Balang 2”

1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam

balang.

2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti

nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua

yang terdapat dalam teks dialog tersebut lisan.

3. Guru merumuskan contoh-contoh kata ganti nama diri orang

yang digunakan dalam teks dialog tersebut.

4. Peserta Kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama

diri orang.

5. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata

ganti nama diri orang.

6. Peserta Kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan

situasi yang diberikan.

Minggu 3

Intervensi 3

Penggunaan “Balang 3”

1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam

balang.

2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti

19

Page 20: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

nama diri kedua dan ketiga yang terdapat dalam teks dialog

tersebut.

3. Peserta kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama

diri orang secara lisan.

4. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata

ganti nama diri orang

5. Peserta kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan

situasi yang diberikan.

Minggu 4

Intervensi 4

Penggunaan “Balang 123”

1. Peserta Kajian mencabut teks dialog yang terdapat dalam

balang.

2. Guru bersoal jawab dengan peserta kajian tentang kata ganti

nama diri orang pertama, kedua dan ketiga yang terdapat

dalam komik tersebut.

3. Peserta Kajian menjawab soalan kuiz tentang kata ganti nama

diri orang secara lisan.

4. Peserta Kajian diberi latihan soalan pemahaman tentang kata

ganti nama diri orang.

5. Peserta Kajian melakukan aktiviti main peranan berdasarkan

situasi yang diberikan.

20

Page 21: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

11.2 KOS KAJIAN

Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini boleh dirujuk pada jadual

yang disediakan di bawah:-

Bil. Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Jumlah kos

(RM)

1. Balang plastik 4 2.50 10.00

2. Kertas A4 5 10.00 50.00

3. Dakwat pencetak 2 40 80.00

4.

Cetakan bahan dan laporan

kajian

100 0.10 10.00

5. Buku catatan guru 1 10.00 10.00

6. Penjilidan laporan kajian 5 20.00 100.00

JUMLAH 260

21

Page 22: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

12.0 SENARAI RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. (1993). Menguji kemahiran bahasa, prinsip, teknik dan

contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa melayu: prinsip, kaedah dan teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Atan Long. (1970). Satu penyiasatan berhubung dengan pengajaran bacaan permulaan

bahasa Melayu kepada murid-murid melayu normal yang berumur 6-7 tahun. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik. (1982). Ujian bahasa Melayu: panduan dan teknik. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim

Hamdan. (2006). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Selangor: PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud.(2011). Penyelidikan tindakan: konsep dan

amalan dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2005). Kaedah Penyelidikan Buku I. Kuala Lumpur: Mc Graw

Education.

Ee Ah Meng. (1995). Murid Dan Proses Pembelajaran, Asas Pendidikan Dua.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2004). Tatabahasa Melayu Mesra

Pengguna. Selangor: Utusan Publications & Distributors

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi

Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa

Melayu Siri Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn. Bhd.

22

Page 23: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

13.0 REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, tugasan BMM 3133

Penyelidikan Tindakan 1- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah ini telah telah berjaya saya

siapkan dalam tempoh yang telah diberikan. Untuk tugasan bagi subjek ini, setiap guru pelatih

dikehendaki untuk membuat satu kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan yang akan

dilaksanakan pada semester hadapan. Penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan pada

semester depan adalah berkenaan dengan masalah pembelajaran murid dalam mata pelajaran

bahasa Melayu.

Pada awal proses perlaksanaan tugasan, saya menghadapi masalah dalam mencari

tajuk yang sesuai bagi penyelidikan tindakan yang saya akan laksanakan pada semester

hadapan. Hal ini kerana pada waktu tersebut, saya belum lagi menjalani praktikum. Untuk

mengenal pasti masalah murid dan memutuskan tajuk kajian, saya harus pergi ke sekolah

terlebih dahulu untuk menjalankan berberapa ujian saringan ke atas murid. Namun demikian,

pensyarah bagi subjek BMM 3133 unit PISMP 7B, Dr. Supian bin Md. Noor telah membantu

saya dalam mencari tajuk yang boleh saya laksanakan untuk penyelidikan tindakan saya.

Tajuk asal yang saya harus laksanakan adalah “Kaedah ..... membantu murid Tahun 4

menguasai penggunaan ayat tanya songsang terbahagi”. Namun demikian, setelah menjalani

praktikum dan menjalankan berberapa siri ujian, saya mendapati murid yang saya ajar masih

lemah dalam menguasai Kata Ganti Nama Diri Orang. Saya memutuskan untuk membuat

penyelidikan tindakan berdasarkan Kata Ganti Nama Diri Orang. Tambahan saya juga masih

keliru dalam membuat penyelidikan tindakan berkenaan dengan ayat tanya songsang

terbahagi dan saya khuatir sekiranya saya meneruskan kajian dalam topik tersebut, ianya akan

menyukarkan saya untuk mencari kaedah yang sesuai lantas melambatkan proses penyiapan

laporan kajian kelak.

Sepanjang menyiapkan kertas cadangan ini, saya menghadapi berberapa isu sebagai

contoh, kekangan masa dalam melaksanakan ujian saringan. Hal ini disebabkan sebagai guru

praktikum, kami terikat dengan pengajaran dan pembelajaran di samping pencerapan oleh

guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Namun, setelah berbincang dengan guru

pembimbing, saya telah dapat melaksanakan ujian saringan lantas melancarkan proses

penyiapan kertas cadangan bagi penyelidikan tindakan saya. Saya juga turut membuat

perbincangan dengan guru bahasa Melayu di sekolah tempat saya menjalankan praktikum

untuk mencari kaedah yang sesuai bagi penyelidikan tindakan saya dan hasil daripada

23

Page 24: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

perbincangan itu saya telah berjaya memikirkan satu kaedah yang boleh digunakan dalam

kajian saya iaitu Teknik Balang 123 (B123) dan diharapkan agar kaedah tersebut berjaya

membantu murid menguasai Kata Ganti Nama Diri Orang.

Melalui tugasan ini, saya telah banyak menimba pengalaman dan ilmu baharu. Sebagai

contoh, jika sebelum ini saya tidak tahu bagaiman untuk membuat sesebuah kertas cadangan,

setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah belajar cara bagaimana untuk membuat satu

kertas cadangan yang baik. Saya juga turut belajar cara bagaimana untuk membuat kertas

soalan bagi ujian formatif. Ilmu ini amat bermakna dan berguna kepada saya untuk

menyiapkan diri sebagai seorang guru yang serba boleh pada suatu masa kelak. Tugasan ini

juga banyak membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang

cemerlang. Melalui tugasan ini, saya belajar cara bagaimana untuk berinteraksi dengan guru-

guru yang lebih senior dengan cara yang baik, saya belajar untuk mengenal pasti masalah

murid yang saya ajar supaya dapat memikirkan kaedah dan teknik yang sesuai untuk

membantu murid.

Melalui tugasan ini juga, saya turut merasai cabaran dan kepentingan tugas sebagai

seorang pendidik. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya masih belum dapat merasai

sepenuhnya cabaran dan komitmen yang perlu ada dalam diri seorang guru. Semasa

menyiapkan tugasan ini, saya telah mula merasakan betapa mencabarnya tugas seorang guru

dan ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi untuk seseorang individu untuk

memegang gelaran seorang guru. Dalam erti kata lain, tugasan ini telah banyak membantu

saya untuk mempersiapkan diri dalam menjadi seorang guru yang cemerlang sekaligus

membantu kementerian dalam usaha menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Akhir kata, saya ingin mengucapakn setinggi penghargaan kepada semua individu

yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses perlaksanaan

tugasan ini. Tanpa bantuan dari pihak-pihak tersebut, sudah pasti tugasan ini tidak daapat

dilengkapkan mengikut masa yang telah diberikan.

24

Page 25: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

14.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

SOALAN PRA INTERVENSI

Sila jawab soalan di bawah dan bulatkan jawapan yang betul.

1. ‘’__________________ lewat datang ke sekolah kerana ketinggalan bas.’’ kata Amin dan Haiqal kepada cikgu Siti Aminah.

A. Kami

B. Kita

C. Kalian

D. Mereka

2. ‘’__________________ akan berangkat ke Majapahit.’’ titah Sultan Ibrahim kepada para menteri.

A. Hamba

B. Kami

C. Beta

D. Saya

3. ’Apa pendapat _________________ sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi Putra di sebuah gua tidak jauh dari Melaka, ‘’ Tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.

A. Hamba C. kalian

B. Tuan Hamba D. kamu

25

Page 26: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

4. Kepulangan __________________ sekeluarga dari Mexico telah disambut oleh sanak- saudara dan penduduk kampung.

A. Kita C. Saudara

B. Kami D. Ianya

5. “ Ampun _______________ bolehkah _______________mengiringi mereka ke sana?’’ tanya Tuah kepada Sultan Mohamad Shah.

A. beta, hamba C. yang mulia, beta

B. baginda, hamba D. tuanku, patik

6. “Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Nurin kepada Nurul.

A. mereka

B. awak

C. saya

D. kami

7. “Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-

kawannya.

A. dia

B. awak

C. beliau

D. kalian

26

Page 27: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

8. “Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.

A. dia

B. kita

C. kamu

D. mereka

9. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

A dia

B kami

C kamu

D beliau

10. ‘’Cikgu bolehkah _______________ pergi ke tandas?’’ tanya Haziq kepada cikgu

Azlida.

A. Aku

B. Kami

C. Saya

D. Awak

11. _________________ akan melaksanakan segala perintah tuanku.’’ Sembah Datuk

Bendahara.

A. Hamba

B. Beta

C. Patik

27

Page 28: Penggunaan Teknik Balang 123 (Proposal)

12. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

A. Dia

B. Kita

C. Kami

D. Mereka

13. YB Mukhirz merasmikan bangunan baharu itu. _________ merupakan ahli Parlimen

kawasan itu.

A. Baginda

B. Dia

C. Beliau

D. Saudara

14. Ayah saya seorang askar. _______ kini berada di Lubnan.

A. Kami

B. Dia

C. Baginda

D. Ayah

15. “________ telah pergi ke balairongseri untuk mendengar laporan dari Datuk Bendahara,’

ujar Puteri Kalsom kepada Panglima Misai Kucing.

A. Dia

B.Hamba

C. Baginda

28