123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

12
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 27 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia Abstrak Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan. Umar, R.S., Abdul Rahman, F., Mokhtar, F. & Alias, N.A. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38. Pengenalan Kerajaan Malaysia mengharapkan rakyatnya akan dapat menguasai kecekapan literasi seratus peratus pada tahun 2020. Namun demikian, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) mungkin sukar untuk diperolehi. Menurut Julina (2005), salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang berat seperti disleksia. Disleksia mempunyai populasi yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah individu, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi masalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara Malaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala, 2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-mana komuniti atau satu bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down, iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang melalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia. Antara salah satu pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia. Melalui lawatan penyelidik ke Dyslexia International di Brussels, Belgium

Upload: ena-ros

Post on 08-May-2015

2.633 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

27

Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia

Abstrak

Membangunkan bahan pembelajaran boleh jadi sangat mencabar apabila pelajarnya merupakan mereka yang datang dari golongan yang khas. Kajian awal telah dijalankan dan mengenalpasti akan keperluan merekebentuk instruksi khas untuk pelajar disleksia didalam mempelajari topik pendaraban. Sebagai pendekatan seterusnya, kajian dibuat untuk menggambarkan pendekatan merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi sebuah Objek Pembelajaran yang berteraskan multimedia interaktif. Secara terperinci, kajian ini akan menghuraikan pendekatan rekabentuk animasi untuk instruksi khas melalui tiga tahap pembangunan, iaitu (1) sebelum pembangunan, (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan. Kaedah penilaian untuk Objek Pembelajaran yang dihasilkan menggunakan set soalan yang diadaptasi dari Borang Penilaian Pelajar Objek Pembelajaran. Hasil dapatannya disahkan melalui proses pengamatan dan temubual oleh guru berkenaan. Data yang diperolehi menunjukkan kebolehgunaan dan nilai pembelajaran yang postitif bagi Objek Pembelajaran yang dihasilkan.

Umar, R.S., Abdul Rahman, F., Mokhtar, F. & Alias, N.A. (2011). Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 27-38.

Pengenalan Kerajaan Malaysia mengharapkan rakyatnya akan dapat menguasai kecekapan literasi seratus peratus pada tahun 2020. Namun demikian, kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) mungkin sukar untuk diperolehi. Menurut Julina (2005), salah satu faktor penyumbang kepada masalah pelajar tidak berkemampuan menguasai 3M di peringkat rendah disebabkan oleh pelajar yang menghadapi masalah kognitif yang berat seperti disleksia. Disleksia mempunyai populasi yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah individu, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut Disleksia Antarabangsa (2010), 10%-15% populasi dunia menghidapi masalah disleksia. DI Malaysia, Perangkaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Nor Afzan, 2006) menganggarkan terdapat seramai 314000 kanak-kanak yang bersekolah di Negara Malaysia mengidapi disleksia Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan pada tahun 2004 (Komala, 2004) juga melaporkan bahawa terdapat 5% kes disleksia di kesan pada mana-mana komuniti atau satu bagi setiap 20 pelajar. Tambahannya lagi, jumlah itu adalah besar dibandingkan dengan Sindrom Down, iaitu sekitar satu dalam 600 orang; dan spastic, sekitar satu dalam 700 orang. Populasi yang tinggi juga dilaporkan oleh Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia (PSHM), Nordin Ahmad (2005) yang melalui kajian persatuannya, didapati 10-15% murid sekolah rendah diseluruh Negara yang kebanyakannya kaum Melayu, mengalami disleksia. Antara salah satu pendekatan intervensi disleksia adalah dengan menggunakan pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia. Melalui lawatan penyelidik ke Dyslexia International di Brussels, Belgium

Page 2: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

28

pada bulan November 2010, difahamkan bahawa negara-negara kesatuan Eropah sudahpun menggunakan multimedia sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran pelajar disleksia. Pendekatan pendidikan melalui perisian multimedia juga boleh dihasilkan dalam bentuk Objek Pembelajaran. Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. Definisi objek pembelajaran oleh Dunning (2004), LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun, dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006) Pernyataan masalah Analisis awal telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenalpasti kewujudan LO diantara tujuh buah sekolah Dyslexia di Lembah Klang termasuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Disleksia Malaysia (DAM). Melalui lawatan dan perbualan telefon pada bulan Januari hingga bulan Mei 2009, pengkaji dapat mengenalpasti masalah kajian, iaitu tiadanya pendekatan multimedia yang sesuai yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengajar matematik dikalangan sekolah disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi didalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Walaubagaimanapun, merekabentuk animasi untuk sesuatu instruksi khas bukanlah perkara yang mudah. Walaupun animasi mempunyai ciri-ciri multi-modal yang mana ia mampu menyampaikan maklumat menggunakan kombinasi visual, bunyi, dan suara, tapi belum tentu ia boleh diterima oleh pengguna. Perkara ini ditekankan oleh Cornell (2010) dengan memberikan contoh bahawa novel grafik yang menggunakan kombinasi ayat dan gambar untuk menyampaikan mesej secara berkesan, perlu analisa tersendiri dari segi rekabentuknya. Perkara ini juga dikuatkan oleh Karuchit (2011) didalam merekabentuk Knowledge Cartoon bahawa sangatlah penting untuk membuat pendekatan dan kajian bagi memahami pembaca dari segi gaya hidup mereka, minat, dan juga kepercayaan. Justeru, kajian ini mencuba untuk mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban dua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia. Kepentingan Kajian Kajian ini melibatkan pembangunan dan penilaian LO untuk dislexia yang bermasalah numerasi. Ia dibuat berdasarkan keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah matematik untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada LO yang dibangunkan. Diharapkan, jumlah pelajar disleksia yang bermasalah numerasi di sekolah boleh dikurangkan. Menyedari betapa pentingnya pembangunan LO untuk pelajar disleksia, kandungan yang berkualiti amatlah penting. Kandungan LO bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak disleksia belajar matematik, malahan juga menyediakan maklumat yang berguna mengenai bagaimana kanak-kanak disleksia berinteraksi dengan LO yang boleh disediakan dalam bentuk animasi. Animasi akan dibuat sesuai dengan

Page 3: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

29

instruksi khas yang telah direkabentuk. Kanak-kanak disleksia akan dapat mengadaptasi dengan proses pembelajaran yang sesuai dengan kehendak mereka, (Mortimore, 2008) menurut gaya pembelajaran dislexia, yang mana ia di panggil automaticity. Oleh sebab itu, kajian ini menyediakan maklumat yang juga berkaitan dengan kepelbagaian gaya pembelajaran disleksia, dan secara tak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategi pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Kajian ini juga amat penting untuk menetapkan standard untuk produksi LO yang menggunakan animasi, terutamanya untuk pelajar disleksia. Kebolehgunaan LO ini akan menjadi sumber yang berguna untuk guru dan boleh digunakan untuk kepelbagaian konteks pembelajararan (sebagai contoh untuk pelajar lembab atau untuk masalah pembelajaran spesifik yang lain). Tinjuan Kajian Berkaitan Penggunaan LO yang berteraskan multimedia sememangnya mampu menjadi alat bantu pembelajaran. Keates (2000) menyokong penggunaan perisian untuk membantu dan memudahkan pembelajaran disleksia. Mortimore (2008) juga mengesahkan bahawa penyelidikan dan pengalaman mencadangkan bahawa pelajar yang menghidapi disleksia berjaya apabila pembelajaran dijalankan secara multi-sensori dan menggunakan kesemua deria untuk memperkukuhkan pembelajaran. Melalui kajian penggunaan aplikasi pembelajaran mobile komik interaktif, Fadilahwati & Ronaldi (2009) mendapati kanak-kanak disleksia didapati sangat meminati aplikasi tersebut. Melalui pendekatan animasi komik interaktif ini, mereka didapati tidak mempunyai masalah didalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal didalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembalajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik. Sebuah koswer untuk mempelajari bahasa Malaysia telah dibangun dan dikaji oleh Abdullah et al (2009) yang mana isi kandungannya menyediakan cara-cara belajar huruf, suku kata, dan perkataan. Menurutnya, penggunaan elemen multimedia memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berinteraksi dan pada masa yang sama menarik perhatian pelajar untuk mengerjakan sesuatu tugasan. Bagaimanapun, pengkaji mendapati beberapa kesilapan didalam skrin yang dipaparkan yang mana rekabentuknya tidak merujuk kepada keupayaan pelajar disleksia. Pelajar disleksia mempunyai masalah untuk mengenal huruf “b” dan “d”, terutama bila ia ditulis dengan warna hitam dan berlatarbelakangkan wana putih (Rajah 1). Ini menyebabkan huruf tersebut nampak bergerak dan sukar untuk dibaca. Pengkaji juga berpendapat bahawa perlunya elemen animasi yang yang dapat menerangkan isi kandungan mengikut kefahaman pelajar disleksia. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan dengan cara yang kosisten mengikut teori pembalajaran multimedia. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan penggunaan animasi yang sesuai untuk pelajar disleksia seperti yang akan diterangkan pada bab berikutnya. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang benar keatas sesuatu visual dengan cepat. Walaubagaimanapun, pengkaji percaya bahawa dengan mengenalpasti cirri-ciri khas pembelajaran disleksia, animasi tersebut akan menjadi lebih berkesan.

Page 4: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

30

Rajah 1 Koswer Bahasa Malaysia Pembangunan Objek Pembelajaran Kajian ini mencadangkan pembangunan Objek Pembelajaran yang menggunakan animasi. Ia direkabentuk khas bagi membantu pembalajaran pelajar disleksia yang mempunyai masalah pembelajaran matematik, khususnya untuk topik Pendaraban Dua. Objek Pembelajaran ini dihasilkan melalui kajian terperinci yang merujuk kepada punca masalah pembalajaran untuk topik tersebut dan ia dibuat selaras dengan silibus pembelajaran sekolah. Topik pendaraban dua dipilih berdasarkan pengamatan kelas, analisis dokumen-dokumen (seperti hasil ujian dan buku laporan), dan juga temuduga terhadap guru. Model pembangunan telah diadaptasi dari model ADDIE, yang mana secara amnya mempunyai proses yang tersusun melalui (1) Analisis Keperluan (Need Assessment), (2) Rekabentuk (Design), (3) Pembangunan (Development), (4) Implementasi (Implementation), dan (5) Penilaian (Evaluation). Model yang diberinama DIMLOM/Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu (1) sebelum pembangunan (2) semasa pembangunan, dan (3) selepas pembangunan (Rajah 2).

Rajah 2 Model DIMLOM yang memberi penekanan kepada proses pembangunan (fasa 2) dimana ia dibahagikan kepada tiga tahap.

Fasa 1: Analisis

Sebelum pembangunan

Fasa 2: Pembangunan

Tahap 1: Papan cerita

Level 2: Prototaip

Level 3: Penyelengaraan Semasa Pembangunan

Phase 1: Penilian

Selepas pembangunan

Page 5: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

31

Sebelum pembangunan Pengkaji cuba mengenal pasti ciri-ciri pelajar disleksia dengan mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi dan juga peluang-peluang boleh ditelusuri. Seperti yang dijelaskan oleh Newton et al (1979), pelajar disleksia mempunyai masalah memori-jangka-masa-singkat, disamping masalah kemahiran menulis dan membaca. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengenalpasti masalah topik pembelajaran dengan spesifik, supaya pendekatan yang tidak banyak melibatkan pembacaan dan penulisan boleh dibuat secara terperinci. Melalui pengamatan hasil ujian bulanan pelajar, didapati bahawa soalan yang paling banyak gagal adalah soalan yang berkaitan dengan pendaraban. Ia juga disahkan oleh guru berkenaan melalui temuduga yang telah dibuat. Selain daripada itu, pengkaji juga telah membuat pemerhatian kelas semasa topik tersebut diterangkan. Pelajar-pelajar disleksia didapati mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Antara ciri-ciri khas gaya pembelajaran pelajar disleksia adalah (Mortimore, 2008) berfikir secara menyeluruh (bukan fokus dan spesifik) dan gaya pembelajaran yang merujuk kepada satu gaya pembelajaran sahaja (yang mana boleh menyebabkan masalah kepada pelajar untuk memberi tindak balas yang terperinci). Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orang pelajar (populasi keseluruhan kelas) dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui:

Pemecahan kepada topik-topik kecil. Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus

Melalui analisa sebegini, pengkaji lebih peka didalam menghasilkan prototaip yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar disleksia Semasa Pembangunan Papancerita dihasilkan dengan mengambil kira isu ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi kandungan yang diambil dari silibus pembalajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d) juga diambil kira, yang mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitivity penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yang kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran. Konsep penceritaan dibuat untuk mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Didalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, dimana mereka perlu memasukkan dua buah gula-gula kedalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Rajah 3).

Page 6: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

32

Rajah 3 Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya (Rajah 4).

Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka berwarna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia untuk mengenalpasti angka

Animasi yang menunjukkan dua biji gula-gula dimasukkan kedalam setiap beg plastik.

Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan menggunakan suara latar belakang.

huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan tanda darab.

Aktiviti berkonsep penceritaan dimana Amir/karakter utama (menggunakan suara latar) mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan beg plastik bagi meraikan harijadinya.

Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula-gula untuk mewakili darab dua.

Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga warna asas (merah, kuning dan biru) untuk mewakili jumlah yang akan di darab.

Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi memudahkan proses mengingat.

Page 7: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

33

Rajah 4 LO untuk pendaraban Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan aktiviti soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep pendaraban dua dengan menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan melangkau). Selepas pembangunan Penilaian terhadap Objek Pembelajaran telahpun dijalankan keatas pelajar-pelajar tahun dua di kesemua sekolah disleksia di Lembah Kelang. Tujuan penilaian ialah untuk memastikan supaya bahan yang

Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek cawan keluar satu persatu mengikut suara latar. Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pembacaan.

Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk menghitung jumlah kawan.

Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak pengguna untuk membantunya menghitung jumlah kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak mengikut suara latar bagi memperjelas situasi.

Animasi karakter Amir yang sentiasa member perhatian kerana kemunculannya yang tak disangka-sangka. Teknik ini membantu mengekalkan fokus pelajar.

Animasi anak panah yang keluar serentak dengan tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat pemahaman konsep kiraan melangkau.

Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak wajah yang gembira dan mata yang berkedip. Animasi yang konsisten sebegini mampu mengekalkan fokus pelajar.

Page 8: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

34

dihasilkan berkualiti. Data daripada penilaian pelajar menjadi faktor penting kepada kepenggunaan Objek Pembelajaran tersebut. Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari the Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. Peratus respons pelajar atas setiap ítem dianalisis dan kemudian purata jumlah keseluruhan dikira bagi mendapatkan rumusan.

1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas)

2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi ítem yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan

Bagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang direkodkan kedalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untuk mengesahkan sekali lagi keatas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Keputusan dan Perbincangan Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik Puteri Rawang. Setakat ini hanya kedua-dua sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran matematik untuk pelajar disleksia. Secara demografiknya, pelajar disini terdiri daripada berbilang kaum dengan pelbagai status ekonomi. Disebabkan jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajar yang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai latarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat; baik, sederhana dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam komputer. Selepas menggunakannya, mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yang disediakan. Untuk bahagian pertama jadual 1 menerangkan Penggunaan LO yang mana Majoriti pelajar mengaku yang LO senang digunakan. Fungsi ikon-ikon senang difahami dan mereka boleh menelusuri isi kandungan dengan menekan ikon-ikon butang. LO ini juga senang digunakan sebab tersedia fungsi butang navigasi untuk mengulang semula cerita, meneruskan cerita, dan memilih mukasurat penceritaan. 82% pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik. Ini kerana struktur konsep penceritaan perayaan hari jadi mampu menyusun isi kandungan mengikut silabus. Pada masa yang sama, tempoh masa animasi yang singkat mengikut tahap penceritaan menjadikan isi kandungan lebih tersusun dan mudah difahami. Manakala 100% pelajar bersetuju bahawa mereka suka dengan apa yang mereka lihat dan rasa. Melalui pengamatan video dan pjuga pengesahan dari guru berkenaan, pelajar menunjukkan reaksi minat, rasa ingin tahu dan dimotivasi semasa menggunakan LO. Dengan adanya majoriti bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian Penggunaan LO, menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas.

Page 9: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

35

Jadual 1 Respons pelajar terhadap LO Pendaraban

Jumlah pelajar = 11 sangat setuju neutral tidak setuju Item Bilangan

pelajar % Bilangan

pelajar % Bilangan

pelajar %

Bahagian 1: Penggunaan LO ( Usability of LO) LO senang digunakan 10 90.1 - - 1 9.1 LO distruktur dengan baik 9 81.8 - - 2 - Suka dengan apa yang saya lihat dan rasa

11 100 - - - -

Bahagian 2: Nilai Pembelajaran LO adalah menarik 11 100 - - - - Imej & animasi komponen penting LO

11 100 - - - -

Aktiviti sesuai dan membantu

10 90.1 - - 1 9.1

Kandungan sesuai dengan keperluan

10 90.1 1 9.1 - -

Untuk bahagian kedua, jadual 1 menunjukkan reaksi positif terhadap Nilai Pembelajaran. 100% pelajar bersetuju bahawa LO adalah menarik. Bukan sahaja pelajar yang menggunakan LO, pelajar-pelajar lain yang tidak menggunakan LO pada masa itu juga menunjukkan keinginan untuk turut serta menggunakan LO tersebut. Kesemua mereka menyatakan keinginan belajar melalui bentuk pembelajaran sebegini untuk subjek-subjek lain. 100% pelajar juga bersetuju bahawa imej dan animasi adalah komponen penting LO (Rajah 5). Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angka yang akan dikira. Animasi yang ditayangkan diikuti dengan tindak balas fokus, rasa ingin tahu, dan menganggukkan kepala (tanda faham). Bahkan juga, mereka memberikan respon dengan bercakap sesuatu untuk menyelesaikan penceritaan dengan menjawab hasil kiraan. Manakala 90% pelajar didapati bersetuju yang aktiviti penceritaan adalah sesuai dan membantu. Aktiviti penceritaan sememangnya direka untuk mengajak pengguna untuk turutserta memeriahkan majlis hari jadi Amir sambil memahami konsep pendaraban. 90% pelajar juga bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Pelajar mendapati bahawa penggunaan imej dan animasi yang direka khas untuk pelajar disleksia ini dapat diterima dengan baik dan kesemua pelajar menunjukkan kefahaman keatas isi kandungan. Sebagai kesimpulan bagi bahagian Nilai Pembelajaran, didapati majoriti persetujuan untuk kesemua ítem dan rumusan kepada animasi yang telah direka khas berkesan didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan.

Page 10: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

36

0

2

4

6

8

10

12

SangatSetuju

Neutral SangatTidak

Bersetuju

Imej dan animasi adalahkomponen penting LO

Rajah 5 Item yang menanyakan bahawa imej dan animasi adalah komponen

penting LO mendapat respon dari semua sebelas pelajar untuk kategori sangat setuju

Kesimpulan Dan Cadangan Secara keseluruhannya, prototaip LO yang dibangun mendapat respon yang positif. Kesemua pelajar didapati boleh menggunakan LO tersebut dengan pengawasan yang sangat minimum. Mereka juga didapati mampu menggunakan setiap butang kawalan dan boleh berinteraksi tanpa sebarang masalah. Bahkan, ada yang mengaku bahawa LO sebegini menyeronokkan, mudah dan membantu mereka didalam memahami isi kandungan. Adalah penting bagi pelajar disleksia untuk mendapatkan galakkan pembelajaran mengikut cara yang mereka mahukan. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep baik secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh disetiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat. Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami yang pelajar disleksia amat tertarik dengan konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar suka kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan yang majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran. Para pelajar didapati dapat menelusuri kesemua isi kandungan topik Pendaraban Dua dalam masa kurang dari 10 minit. Perkara sebegini diakui oleh guru berkenaan bahawa amatlah susah untuk dicapai didalam kelas biasa. Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Dimasa yang akan datang pengkaji akan melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka. Rujukan Annual Report (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia. Abtar Kaur, Ansary Ahmed, Zoraini Wati Abas & David Asirvatham. (2005). E-Learning in Malaysia:

Streching Our Horizons. 11th International Conference on Technology Supported Learning & Training 30 November – 2 December 2005 in Berlin, Germany.

Jumlah pelajar

Page 11: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

37

Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner’s Use of Learning Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44-5.

Abdullah, M Haziq. Hisham, S. & Parumo.S. (2009) MyLexics: An Assistive Courseware for Dyslexic Children to Learn Basic Malay Language. SigAccess Newsletter, Issue 95, [Online] daripada: http://www.sigaccess.org/community/newsletter/september_2009/sep09_2.pdf [15 December 2009].

Beacham, N. (2007) The potential of multimedia to enhance learning for students with dyslexia.Skills for Access. Dimuat turun March 19, 2008, from http://skillsforaccess.org.uk/articles.php?id=150

Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers. [Online] Dimuat turun pada May 3 2009, daripada: http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html

Cornell, W. B. (2010). History Is Relatives; Educational Affordances of the Graphic Novel in The Magical Life of Long Tack Sam. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.

Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge Fadilahwati Abdul Rahman & Fattawi Mokhtar (2009), Dyslexic Children Learning styles” Proceedings:

3rd International Malaysia Educational Technology Convention, Batu Ferringhi, Penang, Malaysia 2009: 21-26.

Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar. (2010) Usability Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

Fadilahwati Abdul Rahman, Fattwai Mokhtar, Ronaldi Saleh & Nor Aziah Alias. (2011). Mengatasi Masalah Disleksia Menggunakan Teknologi Pendidikan: Konferensi Akademik Pendidikan UITM-UPI, Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 25 April 2011, Bandung Indonesia

Fadilahwati Abdul Rahman & Ronaldi Saleh (2009). New Technology Approach (D-Mic) for Dyslexia Learning Style. Proceedings: Regional Conference on Special Need Education, University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia 20 -22 July 2009.

International Dyslexia Association (2010).Promoting Literacy Through Research, Education and Advocacy. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.interdys.org/

Julina Johan (2005). Kementerian rujuk aduan masih banyak pelajar gagal kuasai 3M, Utusan Malaysia 14 Februari:14

Karuchit, Warat. (2010). The Renaisance of Thai Knowledge Cartoon. International Journal of Comic Art, 12(1), 147-156.

Keates, A. (2000). Dyslexia and Information and Communication Technology: A Guide for Teachers and Parents. London: David Fulton Publishers.

Komala, P. Devi. (2004, September 22). Disleksia- Ramai Kanak-kanak tidak kenal huruf. Utusan Malaysia, p.17.

Leeder, D. (2003). Learning object instructor and student surveys. Universities’ Collaboration in eLearning. Dimuat turun pada November 17, 2003, daripada http://www.ucel.ac.uk/resources/dev_pack.html

Mortimore, Tilly (2008). Dyslexia and learning style: a practitioner’s handbook 2nd ed. England: John Wiley & Sons Ltd.

Newton, M. J., Thomson, M. E., & Richards, I. L.(1979) . Readings in dyslexia: A study text to accompany the Aston index. Wisbech, England: Bemrose UK Limited.

Nor Afzan Mohamad Yusof. (2006). Kerajaan perlu tambah program khas di sekolah. Berita Harian, 31 Julai

Nordin Ahmad. “350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia”. Utusan Malaysia, 17 December 2005. p. 2.

Page 12: 123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

38

Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4), 58-67. Retrieved March 27, 2011, from ProQuest Education Journals. (Document ID: 2301060811).

Shepherd, Clive. (2001). Objects of Interest. Dimuat turun pada March 19, 2010, daripada http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm

Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35