penggunaan pelbagai warna dalam membantu murid mengenal huruf gubalan melayu

18
PENGGUNAAN PELBAGAI WARNA DALAM MEMBANTU MURID MENGENAL HURUF GUBALAN MELAYU SALMIAH BINTI BOHARI AZHAR BIN ABDUL WAHAB ABSTRAK Penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam mengenal pasti huruf gubalan Melayu abjad jawi. Bagi memudahkan usaha ini, kajian dibuat secara ujian, temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan 5 sampel kajian yang masih mengulang kesilapan dalam mengenal pasti huruf. ف غ ؤ خ ض ثKajian ini melibatkan sampel pilihan di tempat penyelidik bertugas. Sebagai memantapkan lagi penyelidikan ini, beberapa ujian samaada secara lisan , bertulis dan temubual juga dilaksanakan ke atas murid sebagai cara untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid dalam huruf-huruf jawi. Ironinya, kajian ini memberi peluang kepada guru dan murid mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menepati usaha meningkatkan kemahiran penguasaan murid dalam tulisan jawi. Oleh itu, usaha ini membuktikan bahawa pelbagai kaedah dan teknik masih boleh dipraktikkan dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam tulisan Jawi. ABSTRACT This research is intended to improve the skills of students with poor ability to identify the Malay Jawi alphabets and words. In order to simplify the task, the research is done by way of test papers, interviews, observations and by analyzing the related documents used in this research and is also involving a particular 5 samples of subjects whom are still repeating the same mistakes in identifying Malay Jawi alphabets ف غ ؤ خ ض ث. This research is conducted at the school where the Researcher is currently working. In order to make this research useful, several tests, including verbal and in writing together with interviews had been done on the students to identify the degree of their abilities in relation to the subject matter. Suffice to say, this research has 1

Upload: nur-samsiah

Post on 01-Feb-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

PENGGUNAAN PELBAGAI WARNA DALAM MEMBANTU MURID MENGENAL

HURUF GUBALAN MELAYU

SALMIAH BINTI BOHARI

AZHAR BIN ABDUL WAHAB

ABSTRAK

Penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam mengenal pasti huruf gubalan Melayu

abjad jawi. Bagi memudahkan usaha ini, kajian dibuat secara ujian, temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini

melibatkan 5 sampel kajian yang masih mengulang kesilapan dalam mengenal pasti huruf.ث ض خ ؤغ فKajian ini melibatkan

sampel pilihan di tempat penyelidik bertugas. Sebagai memantapkan lagi penyelidikan ini, beberapa ujian samaada secara lisan ,

bertulis dan temubual juga dilaksanakan ke atas murid sebagai cara untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid dalam

huruf-huruf jawi. Ironinya, kajian ini memberi peluang kepada guru dan murid mengatasi masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya menepati usaha meningkatkan kemahiran penguasaan murid dalam tulisan jawi. Oleh itu, usaha ini

membuktikan bahawa pelbagai kaedah dan teknik masih boleh dipraktikkan dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam

tulisan Jawi.

ABSTRACT

This research is intended to improve the skills of students with poor ability to identify the Malay Jawi alphabets and words. In order to simplify the task, the research is done by way of test papers, interviews, observations and by analyzing the related documents used in this research and is also involving a particular 5 samples of subjects whom are still repeating the same mistakes in identifying Malay Jawi alphabets ف ؤغ خ ض This research is conducted .ثat the school where the Researcher is currently working. In order to make this research useful, several tests, including verbal and in writing together with interviews had been done on the students to identify the degree of their abilities in relation to the subject matter. Suffice to say, this research has been instrumental in helping both the teachers and the students in overcoming the poor achievements of students in mastering the Malay Jawi alphabets. In one way or another, this research has been able to prove that there are many ways, methods and techniques that can be used in order to improve the ability of students in mastering Malay Jawi, be it in identifying the alphabets or writing words.

1

Page 2: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

PENDAHULUAN

Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji bertujuan mengatasi masalah

penguasaan murid dalam mengenal pasti huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ث ض خ ؤغ ف.

Pengkaji juga mendapati kelemahan utama penguasaan huruf gubalan Melayu abjad jawi ini juga

disebabkan kekeliruan dalam mengecam huruf-huruf hijaiyyah. Kaedah ini dilihat bersesuaian

dengan pandangan Ab. Halim Tamuri (2010) ,kemahiran mengajar dalam konsep pdp

mempunyai tiga komponen penting iaitu kaedah, pendekatan dan teknik. Oleh itu seorang guru

yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut

Bertepatan dengan pandangan tersebut, pengkaji berusaha membina satu pendekatan

inovastif dan mudah serta berupaya merangsang peserta kajian dengan melambangkan setiap

warna mewakili huruf-huruf tertentu iaitu huruf huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ث ض خ

Ironinya penegasan huruf diwakili warna tertentu ini akan meningkatkan daya ingatan .ؤغ ف

murid dalam penguasaan huruf ث ض خ ؤغ ف .

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang sesi pdp dalam bidang tilawah al-Quran pada tahun ini, saya mengesan

kebanyakan murid tahun 1 sudah mampu mengenalpasti huruf-huruf yang mempunyai bentuk

yang sama tetapi berbeza bunyi.Namun demikian, semasa saya meminta beberapa murid untuk

menyebut huruf-huruf yang memiliki bentuk yang sama ini semasa pdp jawi, didapati murid

tersebut tidak dapat mengecam dengan baik. Malah mereka kerap tersilap sebut huruf gubalan

Melayu tersebut.

Masalah ini telah saya bincangkan semasa mesyuarat Panitia Pendidikan Islam, melalui

perbincangan guru Pendidikan Islam yang lain, penguasaan murid yang terlibat adalah lemah

dari segi pengecaman dan kenal huruf-huruf ؤ ث ف ض خ غ. Menurut guru j-Qaf selain dari

sukar mengecam dan menyebut masalah yang sama apabila melibatkan huruf-huruf yang hampir

sama dengan huruf tersebut, ditambah pula kekeliruan terhadap huruf hijaiyyah. Murid ini akan

mengulang kesilapan yang sama terutamanya dalam bagi huruf yang sama bentuk tetapi

2

Page 3: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

perbezaan titik. Dalam menangani masalah ini, bimbingan dan latih tubi telah dilakukan bagi

meningkatkan penguasaan murid dan mengecam huruf-huruf yang tersebut.

Melalui pemerhatian dan refleksi kendiri, menangani masalah ini dengan mempraktikkan

kaedah “Pelbagai Warna” adalah cetusan buah pemikiran yang saya rasakan merupakan usaha

yang inovatif untuk membantu murid lebih mudah memahami dan mengingat serta mengecam

huruf-huruf غ خ ض ف ث dengan ؤ lebih baik. Dengan kajian ini, saya akan melihat

keberhasilan kaedah ini dalam menangani masalah murid yang terbabit.

FOKUS KAJIAN

Fokus utama kajian ini adalah untuk membantu murid mengecam huruf gubalan Melayu.

Pentingnya penguasaan jawi bagi murid Islam di sekolah kerajaan samaada sekolah rendah

mahupun menengah bagi membolehkan mereka menguasai pdp pendidikan Islam yang

bergantung sepenuhnya kepada buku teks yang ditulis penuh dengan huruf jawi. Namun

penguasaan bidang jawi ini amat berkait rapat dengan penguasaan huruf-huruf hijaiyyah al-

Quran. Kelemahan penguasaan bacaan Al-Quran mempengaruhi penguasaan murid terhadap

kemahiran membaca dan menulis dalam jawi.

Dalam kajian ini , pilihan teknik pelbagai warna dirasakan sesuai untuk dipilih dan

hanya menumpukan murid yang tidak dapat mengenal pasti huruf ؤ ث ف ض خ غ. Kesesuaian

kaedah yang dipilih dan hanya berfokus kepada murid yang tidak menguasai huruf gubalan

Melayu abjad jawi kerana kebanyakan peserta kajian yang terpilih masih lagi gagal mengenal

secara tepat huruf ini sekaligus menimbulkan suasana pembelajaran yang tidak menyeronokkan

apabila mereka hilang tumpuandan minat.

OBJEKTIF KAJIAN

A. Membantu meningkatkan penguasaan murid mengecam, mengenal dan menyebut huruf-

huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ؤ ث ف ض خ غ menggunakan teknik pelbagai warna.

3

Page 4: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

B. Membantu murid mampu menulis huruf ؤ ث ف ض خ غ dengan tepat melalui teknik

pelbagai warna.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan mencapai jawapan bagi persoalan kajian iaitu :

a) Sejauh manakah penggunaan warna bagi setiap huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ؤ

murid dapat meningkatkan penguasaan murid mengecam, mengenal dan ث ف ض خ غ

menyebut huruf-huruf tersebut.

b) Adakah penggunaan warna pada huruf-huruf tersebut dapat membantu murid mampu

menulis huruf ؤ ث ف ض خ غ dengan tepat melalui teknik pelbagai warna

KUMPULAN SASARAN

Kebanyakan murid yang mengalami masalah menguasai kemahiran jawi

mempunyai latar belakang yang berbeza. . Bagi memastikan keabsahan kajian, dengan

mengambil 5 orang responden yang terdiri dari murid yang lemah penguasaan jawinya.

Jadual 1 menunjukkan bilangan responden dan prestasi mereka.

Bil Nama Jantina Prestasi Markah Jawi

1 Responden 1 Lelaki Lemah 3/6

2 Responden 2 Lelaki Lemah 3/6

3 Responden 3 Perempuan Gagal 2/6

4 Responden 4 Perempuan Gagal 2/6

5 Responden 5 Perempuan Gagal 2/6

Jadual 1 : menunjukkan bilangan responden dan prestasi mereka.

4

Page 5: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

PROSEDUR TINDAKAN

Pemilihan model Kemmis Mc Taggart (1988) sebagai asas panduan kajian kerana

dengan model ini kajian mudah dilaksanakan. Pemeringkatan 4 fasa adalah amalan yang

bersesuaian dengan proses kajian ini.

CARA MENGUMPUL DATA

Jadual 2 : Ciri-ciri Peserta Kajian

Bil Nama Jantina Ciri-ciri

1 Responden 1 Lelaki Agak aktif, keliru pada huruf yang sama bentuk

dan titik.

2 Responden 2 Lelaki Agak pasif dan pemalu, lemah mengenal pasti

huruf jawi.

3 Responden 3 Perempuan Lemah dalam pencapaian akademik, hampir tidak

menguasai huruf jawi secara keseluruhan.

4 Responden 4 Perempuan Aktif tetapi lemah dalam pencapaian jawi.

Menguasai hampir semua huruf hijaiyyah kecuali

huruf gubalan melayu abjad jawi.

5 Responden 5 Perempuan Pasif dan tidak menguasai huruf hijaiyyah

5

Page 6: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

termasuk huruf gubalan melayu abjad jawi.

Pemerhatian

Saya memerhati sebagai cara paling mudah untuk mengumpul data bagi memenuhi

kriteria yang telah dirancang dalam instrument pengumpulan data. Saya merasakan cara ini

paling mudah dan berkesan kerana secara langsung dapat melihat proses perlaksanaan kajian

tindakan saya. Pemerhatian dilakukan dengan memerhati perkara-perkara yang telah ditetapkan

dalam borang senarai semak. Ruang catatan dalam senarai semak digunakan untuk mencatat

hasil pemerhatian bagi perkara-perkara selain daripada perkara yang disenaraikan.

Jadual 3 : Senarai Semak Pemerhatian

Perkara Catatan

Murid dapat mengecam huruf خ dengan warna merah. Murid boleh mengenal huruf خ Murid dapat mengecam huruf ض dengan warna hijau. Murid boleh mengenal huruf ض

Murid dapat mengecam huruf ث dengan warna biru. Murid boleh mengenal huruf ث

Temubual

Saya melakukan temubual iaitu dengan pertemuan bersemuka, saya yakin dengan teknik

ini akan mampu memberi impak kepada kajian saya. Namun, saya telah menjalankan temu bual

tidak formal dan tidak berstruktur kepada responden kajian. Temu bual dirakam dengan aplikasi

telefon bimbit. Dengan temubual ini , pengkaji mampu mengenal pasti kaedah dah teknik

pengajaran yang disukai oleh murid di samping mengesan persediaan murid dalam menggunakan

kaedah warna dalam huruf jawi. Temubual ini juga memudahkan pengkaji mengetahui

sejauhmana murid dapat mengecam dan menulis huruf-huruf tersebut.

Lembaran Kerja

Lembaran kerja 1 dilaksanakan sebelum teknik Pelbagai Warna diperkenalkan.Setelah

diperkenalkan lembaran kerja 2 pula dilaksanakan. Dalam lembaran kerja tersebut menggunakan

6

Page 7: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

soalan yang sama iaitu bunyi huruf kesemua huruf kajian. Lembaran kerja ini bertujuan menguji

tahap kemahiran mengenal,mengecam dan menyebut huruf para peserta. Skor pencapaian peserta

dikira melalui semakan jawapan berdasarkan pencapaian murid dalam menjawab 6 soalan huruf

jawi ini.

CARA MENGANALISIS DATA

Pemerhatian

Saya mencatat hasil pemerhatian dalam refleksi RPH , dari dapatan tersebut saya mengesan

kelemahan dan masalah yang dihadapi. Dengan ini memudahkan saya memikir jalan

penyelesaian yang sesuai.

Temu bual

Memudahkan kajian, saya akan merakam proses yang akan dianalisis. Saya biasanya mendengar

semula rakaman bagi menterjemahkan hasil analisa tersebut untuk didokumenkan. Hasil temu

bual yang saya rasakan penting yang menjawab persoalan kajian diambil dan direkod serta

dijelas secara terperinci dalam dokumentasi kajian saya.

Analisis Dokumen

Melalui lembaran kerja yang dilaksanakan oleh peserta kajian, pengkaji akan

menganalisis kedua lembaran kerja tersebut. Lembaran kerja 1 dan 2 bagi menentukan

keberkasilan teknik yang digunakan. Kesemua keputusan peserta kajian akan dianalisis dan dapat

dilihat prestasi pencapaian mereka semasa lembaran kerja 1 diberikan dan selepas lembaran kerja

2 dilaksanakan. Bilangan soalan yang betul, akan membolehkan pengkaji dapat memastikan

peserta kajian yang benar-benar menguasai teknik penggunaan pelbagai warna ini.

7

Page 8: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

DAPATAN KAJIAN

Penggunaan huruf berwarna telah membantu pengkaji meningkatkan penguasaan murid

dalam mengecam dan menulis huruf-huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ؤ ث ف ض خ غ.

Teknik penggunaan warna ini telah mengembang dan meningkatkan daya ingatan serta

menambahkan keyakinan murid dalam waktu pembelajaran dan pengajaran Jawi. Keseronokan

murid menggunakan teknik huruf diwakili warna ini juga menjelaskan kekeliruan yang dialami

oleh murid sebelum ini. Pengguna visual dan objek berwarna juga telah membolehkan

pengecaman murid terhadap huruf- huruf gubalan Melayu ؤ ث ف ض خ غ.

Rajah 1 menunjukkan intervensi bagi warna dan huruf-huruf gubalan Melayu abjad jawi

iaitu ؤ ث ف ض خ غ.

Rajah 1 menunjukkan intervensi bagi warna dan huruf-huruf gubalan Melayu iaitu

.ؤ ث ف ض خ غ

Dengan kaedah mewakilkan warna pada huruf membantu merangsang pemikiran dan

daya ingatan peserta kajian mengingati huruf-huruf gubalan melayu abjad jawi dengan mudah.

Dalam sesi awal, peserta kajian telah diuji dengan soalan nama huruf tanpa diwarnakan. Dalam

sesi kedua pula peserta kajian diuji dengan huruf-huruf mengikut warna yang telah ditetapkan.

8

خ ض ث

ؤ ف غ

Page 9: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

Manakala dalam sesi ketiga pula peserta kajian telah diuji dengan memadankan huruf yang

disebut oleh pengkaji.

Jadual 4 : Keputusan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2

Bil Responden Lembaran 1 Lembaran 21 Responden1 5/6 6/62 Responden2 4 /6 6/63 Responden3 1/6 3/64 Responden4 2/6 4/65 Responden5 2/6 5/6

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji percaya teknik penggunaan warna memberi

impak besar dalam merangsang minda murid menguasai huruf-huruf gubalan Melayu abjad jawi.

Perkembangan tulisan jawi sehingga kemunculan sekolah pondok, sekolah agama dan beberapa

institusi pendidikan yang lain. Menurut Zaidi Osman (1999) ada menyatakan peranan tulisan

Jawi dalam perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan

semua manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih

terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan,

sejarah, keagamaan , perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan

Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini

tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di

dalam mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia.

Cabaran memupuk budaya ini bukanlah mudah memandangkan tahap penguasaan murid

adalah berada di tahap yang kurang memuaskan. Sebagai usaha meningkatkan penguasaan

murid, pengkaji memilih teknik penggunaan warna bagi mewakili setiap huruf gubalan melayu

9

Page 10: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

abjad jawi ini. Teknik yang diketengahkan ini telah berjaya merangsang minat dan minda peserta

kajian bahawa bidang ini tidaklah sesukar mana.

Rangsangan warna juga melibatkan perhatian berbentuk visual dan menarik

perhatian peserta kajian. Memandangkan peserta kajian merupakan murid yang lemah dalam

akademik, visual menarik dan berwarna dilihat mampu menarik minat dan perhatian mereka

untuk belajar. Impak warna juga memberi kesan dalam merangsang minda dan ingatan peserta

kajian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan terhadap semua deria boleh

memberikan kesan yang sangat mendalam dalam ingatan murid. Ini disebabkan oleh pancaindera

melengakapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Maka,

alat-alat yang menggunakan pelbagai pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Atan Long

(1983) menyatakan bahawa pemnggunaan alat yang menggunakan warna dan bentuk yang

menarik lebih menarik perhatian. Menurut Jensen (2000), sebanyak 80 hingga 90 peratus

maklumat yang diserap oleh otak adalah dalam bentuk visual. Mata kita boleh menerima atau

mendaftar 36 000 mesej visual dalam tempoh masa sejam. Warna, cahaya, pergerakan, bentuk

dan kegelapan menjadi asas yang mempengaruhi perhatian murid. persembahan berbentuk visual

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat dan perhatian murid.

Dari kajian ini, saya telah mengagihkan satu set kad imbasan huruf vokal berwarna untuk

setiap murid. Kesannya menjelaskan tentang penggunaan warna yang interaktif juga, gaya

penyampaian pengkaji dalam merangsang dan memastikan keberkesanan warna dalam

meningkatkan penguasaan peserta kajian juga selari dengan suasana pembelajaran yang

memberangsangkan seterusnya merangsang mereka meminati dan mencintai bidang jawi.

10

Page 11: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

REFLEKSI PENILAIAN TINDAKAN

Kajian ini telah memberi kesan yang baik kepada setiap peserta kajian. Setiap aktiviti dan

tugasan berkaitan kajian ini telah disempurnakan dengan jayanya dan penuh kerjasama. Aktiviti

ini juga dilihat berjaya merangsang keyakinan diri kalangan peserta kajian. Dengan teknik

penggunaan warna juga, peserta kajian mampu mengurangkan kesilapan mengecam huruf

sehingga mampu mengecam huruf gubalan Melayu dengan lebih baik berbanding sebelumnya..

Murid yang dikaji juga memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh kajian,

malah kaedah ini juga dilihat berjaya merangsang daya fikir kalangan peserta kajian. Dengan

kajian ini, ternyata ianya amat bertepatan dengan usaha meningkatkan budaya kecintaan dalam

pelajaran jawi kalangan murid sekolah.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan kajian, peserta menampakkkan minat mereka terhadap inovasi dalam gaya

penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mengharapkan agar terdapat kajian akan

datang menghubungkaitkan teknik penggunaan warna dengan seni visual yang lebih interaktif,

kreatif dan efektif. Di samping itu juga pengkaji mencadangkan kajian akan datang

menambahkan aktiviti seni berbentuk kerja tangan dilaksanakan agar sesi pengajaran lebih

menyeronokkan.

RUMUSAN

11

Page 12: Penggunaan Pelbagai Warna Dalam Membantu Murid Mengenal Huruf Gubalan Melayu

Dalam usaha membudayakan jawi dalam kalangan murid, pelbagai kekangan yang

terpaksa dihadapi. Namun, saya percaya guru amat memainkan peranan penting dalam diri murid

dan mempunyai pengaruh baik yang amat tinggi kepada mereka. Usaha membina suasana

pengajaran yang menarik semestinya menjadi impian setiap guru, namun kekangan keadaan

adakalanya menjejas usaha tersebut. Walaubagaimanapun usaha yang boleh dilaksanakan oleh

guru pendidikan Islam dalam merangsang minat murid pada hakikatnya bukanlah perkara yang

terlalu sukar, sekiranya guru sentiasa bersemangat dan bermotivasi dalam menyampaikan

ilmunya.

Atas kesedaran ini , saya juga merasakan bahawa teknik yang saya praktikkan sebelum

ini adalah klise dan terlalu biasa tanpa mengaitkan keseronokan dalam pdp. Jadi, apa yang saya

perolehi ialah respon yang kurang memberangsangkan dari murid. Malah murid juga kelihatan

bosan dan tidak aktif dalam sesi latih tubi. Oleh itu bagi menangani usaha ini daripada

berlanjutan sehingga ke tahap Dua nanti, saya berusaha memperkenalkan kaedah yang saya

rasakan menarik dan menyeronokkan. Selain itu teknik ini melibatkan unsur seni dalam

perlaksanaannya. Sebagaimana menurut Ee Ah Meng (197) Sekiranya murid berasa seronok

ketika menjalankan sesuau, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih lama lagi.

12