penggunaan ict di kalangan guru pelatih · pdf fileict dalam pendidikan hendaklah merangkumi...

25
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN, UTM. MOHD AIZUDDIN B. MOHMED @ MOHAMED ZAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhcong

Post on 05-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK

FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

MOHD AIZUDDIN B. MOHMED @ MOHAMED ZAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH

MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya MOHD AIZUDDIN BIN MOHMED @ MOHAMED ZAHARI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 2294 TAMAN TELOK BARU DR.M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN JLN GUCHIL 15200 K.BHARU Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Dr. M. Al Muz-Zammil bin Yasin

Tarikh : ...................................................

Page 4: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

MOHD AIZUDDIN B. MOHMED @ MOHAMED ZAHARI

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2009

Page 5: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : MOHD AIZUDDIN BIN MOHMED @ MOHAMED ZAHARI

Tarikh : ........................................................

Page 6: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

iii

DEDIKASI

Buat Ayah Dan Ibu

Hj. Mohamed Zahari bin Omar dan Hjh. Nik Yah bt. Mat

Atas Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya

Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Hingga Ke Menara Gading....

Page 7: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur

kepada Allah s.w.t kerana dapat saya sempurnakan Projek Sarjana Muda dengan

jayanya.

Di kesempatan ini, ingin Saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

dan ribuan terima kasih buat Dr. M.Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku penyelia

Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar

serta idea sehingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Di samping itu, terima kasih juga kepada para pensyarah dan kakitangan

Fakulti Pendidikan UTM yang telah memberikan kerjasama yang penuh kepada saya

dan tidak lupa juga kepada para pelajar SPM, SPT, SPK dan SPF yang sudi menjadi

responden dalam kajian ini serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan

banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Semoga segala pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah

s.w.t.

Page 8: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat masalah dalam penggunaan ICT

dalam kalangan guru-guru pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang guru

pelatih Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik (SPT) yang telah menjalani latihan

mengajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang

mengandungi 32 soalan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan

perisian “Statitiscal Package for Sosial Sciences” (SPSS) Version 13.0 untuk menilai

peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah

yang wujud dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkaitan dengan

ICT (min 3.43), aspek peralatan dan perkakasan ICT (min 3.23), aspek pengendalian

peralatan ICT (min 3.54), dan aspek penggunaan perisian PBK (min 3.67). Ini

bermakna hasil kajian menunjukkan kesemua aspek yang dikaji berada pada tahap

bermasalah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah diberikan untuk

meningkatkan lagi penggunaan ICT di kalangan guru pelatih di sekolah.

Page 9: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate the problems in ICT usage

among 50 Mathematics teacher trainees at the Faculty of Education, Universiti

Technologi Malaysia, Skudai who had just finished their teaching practicum. The

instrument used for this study was a set of questionnaire, which consists of 32 items.

The data gathered was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) software (Version 13.0) to evaluate the percentages and means. The results

of the study showed that there were several problems related to administration and

management of ICT (mean 3.43), ICT tools and hardware (mean 3.23), operation of

ICT (mean 3.54), and problems related to the use of Computer Based Learning

software (mean 3.67). The findings showed that all of the aspects studied were at

problematic level. Based on the findings, several suggestions are provided to

improve the use of ICT among teacher trainees in the school.

Page 10: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

Page 11: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Information and Comunication Technology 12

2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 13

2.4 Penggunaan ICT dalam Pendidikan 15

2.5 Pengurusan Dan Pentadbiran ICT 16

Di Sekolah

2.6 Peralatan Dan Perkakasan ICT Di Sekolah 18

2.7 Kemahiran Mengendalikan Peralatan ICT 19

Di Sekolah

2.8 Perisian Pembelajaran Berasaskan 21

Komputer (PBK) Di Sekolah

2.9 Kesimpulan 23

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 33

3.8 Prosedur Kajian 35

3.9 Analisis Data 37

3.10 Ringkasan 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Maklum Balas Soal Selidik 40

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 41

4.4 Analisis Responden Bahagian A 42

4.4.1 Jantina 43

4.4.2 Umur 43

Page 12: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

ix

4.4.3 Pengkhususan Guru Pelatih 44

4.4.4 PNGK Semasa 44

4.4.5 Sesi latihan Mengajar Guru 45

Pelatih

4.4.6 Pengalaman Menggunakan Komputer 45

4.4.7 Pemilikan Komputer 46

4.5 Analisis Responden Bahagian B 46

4.5.1 Masalah Penggunaan ICT Dalam 47

Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

4.5.2 Masalah Penggunaan ICT Dalam 49

Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek

Peralatan dan Perkakasan

4.5.3 Masalah Penggunaan ICT Dalam 51

Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek

Kemahiran Mengendalikan Peralatan

ICT

4.5.4 Masalah Penggunaan ICT Dalam 53

Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek

Penggunaan Perisian PBK

4.6 Ringkasan Analisis Dapatan Kajian 55

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan 58

5.2.1 Latar Belakang Responden 58

5.2.2 Apakah Masalah Penggunaan Peralatan 59

ICT oleh Guru Pelatih dari Aspek

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Semasa Menjalani Program Latihan

Mengajar ?

Page 13: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

x

5.2.3 Apakah Masalah Yang Dihadapi Guru 62

Pelatih Dalam Menggunakan Peralatan

ICT Dari Aspek Peralatan Atau

Perkakasan ICT ?

5.2.4 Adakah Masalah Yang Dihadapi Guru 64

Pelatih Dalam Aspek Kemahiran

Mengendalikan Peralatan ICT ?

5.2.5 Adakah Masalah Kepada Guru Pelatih 67

Dalam Menggunakan Perisian Yang

Dibekalkan Oleh KPM Kepada

Pihak Sekolah ?

5.3 Rumusan Kajian 69

5.4 Cadangan 70

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71

5.6 Penutup 71

RUJUKAN 72

Page 14: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pecahan Item Soal Selidik 30

3.2 Jadual Perubahan Item Soal Selidik 31

3.3 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha 34

Cronbach (Kajian Rintis)

3.4 Pengelasan skala Likert lima peringkat 37

3.5 Jadual Pemeringkatan Min 38

4.1 Perbandingan Nilai Pekali Kebolehpercayaan 42

Alpha Cronbach Kajian Rintis Dengan Kajian

Sebenar

4.2 Taburan Jantina Responden 43

4.3 Taburan Umur Responden 43

4.4 Taburan Mengikut Pengkhususan Guru 44

Pelatih Matematik

4.5 Taburan PNGK Semasa Guru Pelatih 44

Matematik

4.6 Pengalaman Pelatih Menggunakan 46

Komputer Mengikut Tahun

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 48

Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT

Dalam Aspek Pengurusan dan

Pentadbiran Sekolah

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 50

Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT

Dalam Aspek Peralatan Dan Perkakasan

Page 15: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

xii

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 52

Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT

Dalam Aspek Kemahiran Mengendalikan

Peralatan ICT

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 54

Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT

Dalam Aspek Penggunaan Perisian PBK

4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan 56

Kajian Dengan Tahap Masalah

Page 16: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Prosedur Kajian 35

Page 17: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

xiv

SENARAI SINGKATAN

ETeMS = English for Teaching Mathematics

and Science

ICT = Information and Communication

Technology

IPTA = Institusi pengajian Tinggi Awam

LCD = Liquid Crystal Display

MSC = Multimedia Super Corridor

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P = Pengajaran dan pembelajaran

PBK = Pembelajaran Berasaskan Komputer

PC = Personal Computer

PIPP = Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PNGK = Purata Nilai Gred Kumulatif

PPSMI = Pengajaran Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris

RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

SPM = Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

Matematik

SPT = Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan Matematik

SPSS = Statistical Package Of Sciences

TMK = Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal selidik (Kajian Rintis) 77

B Soal selidik (Kajian Sebenar) 80

C Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 84

Cronbach Kajian Rintis (Keseluruhan)

D Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 86

Cronbach Kajian Sebenar (Keseluruhan)

E Nilai Taburan Setiap Item 88

Page 19: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) telah menjadi

satu fenomena biasa dalam sesebuah kehidupan manusia pada ketika ini. Setiap hari

masyarakat di merata-rata tempat sudah semestinya menggunakan kemajuan

teknologi ini untuk menguruskan kehidupan mereka secara lebih teratur. Menurut

Zainuddin , M. Rashid, M. Ali , Nur Husna dan Zainuddin (2008b), secara umumnya

ICT bermaksud peralatan komunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat

dengan lebih luas seperti melalui telefon, internet, komputer, teknologi satelit dan

lain-lain alat komunikasi.

Pengajaran berasaskan ICT di sekolah telah wujud sejajar perkembangan

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) . Sejajar dengan

pembangunan MSC, pengajaran secara bestari juga telah diterapkan di sekolah-

sekolah. Penggunaan peralatan ICT juga digunakan selaras dengan program

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah bermula

pada tahun 2003. Sehubungan dengan itu guru pelatih perlu mengusai kemahiran

ICT dalam menjamin pengajaran yang berkesan. Menurut Pusat Perkembangan

Kurikulum (2001), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

2

Menurut Ahamad Sipon (2006), Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai

pengupaya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan

tetapi ia memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran

berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna

yang lebih lengkap terhadap penggunaannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian

ICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran

tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk guru-guru sentiasa

diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan guru terhadap kemahiran ICT.

Menurut Tan (1998), buat masa sekarang boleh dikatakan bahawa gambaran

tentang tahap pengetahuan dan kemahiran komputer guru-guru serta sikap guru-guru

terhadap komputer masih samar-samar. Oleh itu adalah sangat penting bagi kita

menjalankan lebih banyak kajian untuk menentukan tahap pengetahuan dan

kemahiran komputer serta sikap para pendidik terhadap komputer sebelum rancangan

untuk memperkenalkan komputer dilaksanakan.

Apabila komputer mula diperkenalkan ke dalam bilik darjah, literasi

komputer sudah memadai untuk mendidik guru dan pelajar tentang perkakasan dan

perisian komputer. Kini sekolah dan masyarakat telah menerima teknologi komputer

dan keperluan pendidikan telah menjangkaui lebih dari penguasaan literasi komputer.

Guru-guru perlulah mendalami dan menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk

menghasilkan persekitaran pembelajaran multidimensi dengan komputer sebagai

komponen integral kurikulum (Hong, 2002).

Sejajar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 seperti

yang dirancangkan dalam Wawasan 2020, maka dunia pendidikan di Malaysia tidak

terlepas dalam arus pemodenan pendidikan melalui Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan, (PIPP). Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menyediakan

program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia selaras dengan pemodenan

negara (PIPP 2006-2010, 2006).

Page 21: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

3

1.2 Latar Belakang Masalah Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan

kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dalam segenap bidang seperti

perniagaan, pentadbiran kerajaan, perubatan dan tidak terkecuali bidang pendidikan.

Pendedahan dan pemantapan kemahiran kepada pendidik amat perlu untuk

melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran global. Oleh itu warga

pendidik perlulah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT

dalam menyahut cabaran era globalisasi.

Dalam arus pemodenan dunia globalisasi ini, penggunaan komputer khususnya

teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam bidang pendidikan bukan lagi sesuatu

perkara yang asing lagi bagi sesebuah negara membangun dan negara maju. Menurut

Zainuddin et al. (2008b), terdapat dua perkara yang mempengaruhi kejayaan

penggunaan ICT dalam pendidikan iaitu aspek guru dan perkakasan. Aspek guru

meliputi perkara seperti pengetahuan dan kemahiran ICT, minat dan sikap yang positif

terhadap ICT. Aspek perkakasan merangkumi perkara seperti kemudahan dan

kebolehcapaian ICT di sekolah, penggunaan serta pengaplikasian terhadap perkakasan

ICT. Menurut Law (2006), pengagihan masa yang sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran serta pengajar mendapat galakan sepenuhnya daripada pentadbir sekolah

sememangnya amat diperlukan.

Kemahiran dan pengetahuan guru dalam menguruskan dan mengendalikan

peralatan ICT menjadi tunggak kepada kejayaan untuk pembestarian pengajaran.

Guru masa kini perlulah semakin berpengetahuan dan sentiasa peka dalam

persediaan menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut

Balakrishnan, Borhan, Chong , Hj Md Din dan Lim (2004), tidak dinafikan bahawa

guru yang mengajar dengan komputer terpaksa mendapat sokongan dari pelbagai

pihak, antaranya mereka mendapat sokongan dari rakan sejawat yang pernah

menghadiri kursus komputer dan sokongan lain seperti pihak pentadbir yang sentiasa

mengambil berat terhadap kompeten guru dalam mengendalikan ICT.

Page 22: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

4

Selain itu, wujud juga faktor penghalang dalam usaha guru untuk

menggunakan kelengkapan peralatan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dapatan dari kajian Law (2006), faktor-faktor penghalang yang

mempengaruhi pengajar menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah pengajar sukar mendapat bantuan juruteknik luar sekolah selain

berkait rapat dengan sikap pengajar yang belum bersedia untuk menggunakan

kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna

kesediaan guru adalah penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berlaku dengan baik ketika menggunakan kelengkapan dan

peralatan ICT.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam

membangunkan bidang pendidikan sebagai salah satu agenda utama negara untuk

memastikan hasrat mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan celik IT. Namun

wujud cabaran-cabaran dalam merealisasikannya, satu daripada cabaran yang

dihadapi oleh KPM adalah untuk membekalkan kemudahan ICT yang cukup dan

terkini dengan rangkaian internet kepada semua peringkat organisasi pendidikan bagi

memperluas penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan

pendidikan. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, KPM perlu menyediakan kemudahan

peralatan yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke

arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan ( KPM, 2003).

Menurut Ahmad Sipon (2006), peluasan penggunaan dan kemajuan yang

telah dicapai setakat ini dalam bidang ICT di Malaysia adalah sesuatu yang boleh

dibanggakan. Langkah Kerajaan melaksanakan pelbagai projek dan program ICT

dalam pendidikan seperti Projek Makmal Komputer, Program Sekolah Bestari,

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan

Projek SchoolNet telah berjaya menggerakkan minat warga pendidik melibatkan diri

dalam ICT dan bukan lagi menjadi sesuatu perkara yang asing bagi warga pendidik

mahupun murid di sekolah. Apa yang perlu diberi perhatian adalah aspek

membudayakan ICT sebagai budaya kerja guru. Pembudayaan ICT memerlukan

masa. Gaya hidup masa sekarang yang antara lain melibatkan peluasan penggunaan

Page 23: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

5

teknologi wayarles sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer riba telah

menyemarakkan minat dalam menggunakan ICT dalam kalangan warga pendidik dan

masyarakat amnya. Ini merupakan suatu perkembangan baru yang wajar

dieksploitasikan untuk faedah pendidikan.

Penguasaan dan pengetahuan asas dalam bidang komputer juga dapat

menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ini jelas

kerana pengetahuan dan kemahiran baik dalam ICT dapat meningkatkan keyakinan

guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Wan Mohamad,

Hazlina, Zakaria, Zari dan Hj Ismail (2002), menunjukkan bahawa lebih daripada

80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap ICT berhubung dengan

profesion keguruan. Namun masih wujud halangan yang membantutkan penggunaan

ICT dalam pengajaran mereka. Halangan utama penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran ialah ramai di kalangan guru-guru yang masih ‘tidak celik ICT’.

Untuk itu, pengurusan pendidikan haruslah memberi perhatian dengan mengadakan

bengkel dan kursus bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-

guru sekolah.

Menurut Megat Aman, Baharudin, Jamaluddin dan Mohd Zolkifli (2007),

masih terdapat pelajar yang masih kekurangan kemahiran terutama dalam aspek

pengendalian peralatan dan perkakasan ICT serta didalam aspek pengesanan

masalah alatan atau perisian ICT namum mereka menyatakan bahawa pelajar-pelajar

yang menjalankan latihan mengajar pada sesi 2007/2008 di UTM mempunyai tahap

kemahiran ICT yang tinggi dalam aspek pengendalian perisian pemproses kata dan

perisian persembahan seperti Microsoft Word dan Microsoft Power Point.

Menurut kajian Jamaluddin, Tajularipin dan Sidek (2008), guru pelatih

didapati kurang mahir menjalankan pengajaran berbantukan komputer. Kemahiran

mengajar berbantukan komputer merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai

guru pelatih kerana kebolehan guru menggunakan komputer dalam pengajaran akan

dapat membantu pelajar berfikir lebih kreatif dan inovatif serta lebih bersedia

meneroka kaedah baru dalam proses pembelajaran. Kajian beliau juga menunjukkan

tahap kemahiran penggunaan ICT guru-guru pelatih masih sederhana. Ini bermakna

Page 24: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

6

guru-guru pelatih perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan ICT

bagi membantu proses pengajaran mereka. Menurut Pusat Perkembangan

Kurikulum (2001), guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai

kemahiran asas ICT seperti pengetahuan kemahiran asas pengendalian komputer dan

sistem pengoperasian komputer, asas perisian pemproses kata, asas perisian

persembahan dan juga grafik.

1.3 Pernyataan Masalah

Semua pihak sedia maklum bahawa semua sekolah kini dibekalkan peralatan

ICT seperti komputer peribadi (PC), pemancar LCD, perisian Pembelajaran

Berasaskan Komputer (PBK) serta beberapa peralatan lain dalam melengkapkan

pengajaran ke arah pembelajaran bestari. Sekolah juga turut dilengkapkan dengan

makmal komputer melalui projek schooolnet untuk memudahkan pelajar dan guru

menggunakan peralatan ICT serta mendapatkan maklumat melalui internet. Selain

itu, perbekalan peralatan ICT juga diperluaskan lagi kepada semua sekolah melalui

projek PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Namun wujud kekangan di

mana terdapat guru-guru pelatih masih berhadapan dengan masalah mengendalikan

peralatan ICT, tahap pengetahuan dan penguasaan kemahiran ICT yang sederhana,

kegagalan untuk mengaplikasikan perisian berbantukan komputer dan masalah

pengurusan di antara pihak pentadbiran sekolah dengan guru. Oleh itu kajian ini

dijalankan untuk mengetahui sejauh mana permasalahan penggunaan ICT dalam

aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah, peralatan dan perkakasan, kemahiran

mengendalikan peralatan dan juga aspek perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK). Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan UTM di mana

respondennya terdiri dari pelajar tahun akhir Pendidikan Matematik yang telah

menjalani latihan mengajar.

Page 25: PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk

7

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:

i. Mengenalpasti masalah penggunaan peralatan ICT yang

timbul dari aspek pengurusan serta pentadbiran sekolah.

ii. Mengenalpasti masalah penggunaan peralatan ICT dalam

aspek peralatan atau perkakasan ICT.

iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam

kemahiran mengendalikan peralatan ICT di sekolah

iv. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam

menggunakan perisian PBK yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya kajian ini mempunyai persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah masalah penggunaan peralatan ICT oleh guru pelatih

dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah semasa mereka

menjalani program latihan mengajar?

ii. Apakah masalah yang dihadapi guru pelatih dalam

menggunakan peralatan ICT dari aspek peralatan atau

perkakasan ICT?