borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan,...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ICT UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KEPERLUAN, TAHAP KEMAHIRAN DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR KEJURUTERAAN UTM SKUDAI SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya NURHASHIMAH BINTI HASSIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: D4, PAKR PADANG SETENGE, JLN JENAGOR, 21700 KUALA BERANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN ENCIK ABDUL RAZAK B. IDRIS Nama Penyelia Tarikh: 16 APRIL 2010 Tarikh: 16 APRIL 2010

Upload: lenga

Post on 15-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: ICT UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KEPERLUAN,

TAHAP KEMAHIRAN DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR

KEJURUTERAAN UTM SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NURHASHIMAH BINTI HASSIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

D4, PAKR PADANG SETENGE, JLN

JENAGOR, 21700 KUALA BERANG,

HULU TERENGGANU, TERENGGANU

DARUL IMAN

ENCIK ABDUL RAZAK B. IDRIS

Nama Penyelia

Tarikh: 16 APRIL 2010 Tarikh: 16 APRIL 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : …………………………..

Nama penyelia : Encik Abdul Razak bin Idris

Tarikh : 16 April 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

ICT UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KEPERLUAN, TAHAP

KEMAHIRAN DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR KEJURUTERAAN UTM

SKUDAI

NURHASHIMAH BINTI HASSIM

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………..

Nama penulis : Nurhashimah Binti Hassim

Tarikh : 16 Mac 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

v

DEDIKASI

Untuk ayahanda…

Hassim bin Mohamad

Bonda tersayang...

Rohani binti Mahmood

Terima Kasih di atas pengorbanan dan doa untukku...

Ketabahanmu mengajarku erti kepayahan...

Buat adik-adikku...

Nur Hidayah, Nur Hasliza, Mohd Hasrul Hakim,

Allahyarhamah Nur Ashikin, Nurul Fadzilah, Nurul Fazlin,

dan Nurul Fathaniah

Kalianlah pembakar semangatku...

Jadikan kejayaanku pendorong buatmu semua...

Terima Kasih...

Buat semua ahli keluarga...

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi...

Terima Kasih di atas persahabatan dan sokonganmu...

Semoga segalanya mendapat rahmat dari

Allah S.W.T.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

vi

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah Subhanahuwa Ta’ala, Tuhan semesta alam, yang

sentiasa mencurahkan salawat dan salam atas kekasihNya, Rasullulah

Shallallahu’alaihi Wasallam, beserta keluarganya, sahabatnya, dan orang-orang yang

mengikuti sunnahnya hingga hari kebangkitan.

Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas saya kalungkan khas buat penyelia projek,

Encik Abdul Razak bin Idris kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat

sepanjang proses penghasilan projek ilmiah ini. Segala panduan dan bimbingan yang

beliau curahkan banyak membantu saya untuk melakukan yang terbaik.

Perhargaan yang tidak terhingga juga saya kalungkan buat keluarga tersayang

– ayah, emak, dan adik-beradik di atas sokongan moral dan doa kalian selama ini.

Ribuan terima kasih juga buat responden-responden yang telah memberikan

kerjasama dan komitmen dalam menyempurnakan projek ini.

Seterusnya, terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang

membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu

menjayakan dan menyiapkan projek ilimiah ini. Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

vii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan tiga objektif kajian iaitu

mengenalpasti keperluan ICT pelajar dalam P&P untuk meneruskan pengajian

(Bahagian B), mengenalpasti tahap kemahiran ICT pelajar terhadap keperluan ICT

pelajar (Bahagian C), dan mengenalpasti kemudahan ICT dalam menyokong

keperluan ICT pelajar (Bahagian D). Responden kajian terdiri daripada pelajar-

pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Pelajar-pelajar adalah

dari empat fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti

Kejuruteraan Elektrikal, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli,

dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan jumlah keseluruhan seramai 366 orang

pelajar. Penyelidik telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 65

item berbentuk soalan objektif sebagai alat kajian bagi mendapatkan data. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.8425 bagi Bahagian B, α = 0.8606 bagi

Bahagian C, dan α = 0.8367 bagi Bahagian D. Data yang telah dikumpul dianalisis

secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min serta dipersembahkan

dalam bentuk jadual. Dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar memerlukan

keperluan ICT yang disenaraikan iaitu internet, portal universiti, email, rangkaian

sosial, dan komputer. Selain itu, pelajar-pelajar didapati berkemahiran tinggi dalam

ICT serta berpuashati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is based on three objectives which were to identify

the ICT needs of students in teaching and learning (Part B), to identify students’ level

of ICT skills towards their ICT needs (Part C), and to identify the ICT facilities that

support students’ ICT needs (Part D). Research respondent constitute of engineering

students at Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Students were from four faculty of

engineering namely Faculty of Civil Engineering, Faculty of Electrical Engineering,

Faculty of Chemical and Natural Resource Engineering, and Faculty of Mechanical

Engineering with total amount as many as 366 students. Researcher had used

questionnaire form which contains 65 items shaped in objective question as research

tool to get data. Reliability value of the instrument were α = 0.8425 for Part B, α =

0.8606 for Part C, and α = 0.8367 for Part D. The collected data were descriptively

analyzed in frequency form, percentage, and mean and were presented in tables.

Study found that students need ICT's need listed namely internet, university portal,

email, social network, and computer. Apart from that, students found high skilled in

ICT and satisfied with those facilities provided by university.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARAMUKA

SURAT

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Had kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Penutup 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

x

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Keperluan ICT Pelajar-Pelajar Dalam P&P 12

2.3 Kemahiran ICT Pelajar-Pelajar 13

2.4 Kemudahan ICT yang Menyokong

Keperluan ICT Pelajar-Pelajar 15

2.5 Kesimpulan 16

2.6 Penutup 16

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Prosedur Kajian 18

3.4 Persampelan 19

3.5 Instrumen Kajian 21

3.6 Kajian Rintis 23

3.7 Analisis Data 23

3.8 Penutup 25

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar (Bahagian

A)26

4.2.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 27

4.2.2 Latar Belakang Pelajar Mengikut Fakulti 27

4.2.3 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jenis

Akaun Rangkaian Sosial28

4.2.4 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jenis

Medium untuk Mengakses Internet29

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xi

4.2.5 Latar Belakang Pelajar Mengikut Pemilikan

Dekstop/Laptop30

4.3 Analisis Keperluan ICT Pelajar-Pelajar

Dalam P&P (Bahagian B)30

4.4 Analisis Tahap kemahiran ICT Pelajar-

Pelajar (Bahagian C)34

4.5 Analisis Kemudahan yang Menyokong

Keperluan ICT Pelajar-Pelajar (Bahagian D)39

4.6 Penutup 40

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Perbincangan 42

5.2.1 Keperluan ICT Pelajar dalam P&P dalam

Pengajian di UTM42

5.2.2 Tahap Kemahiran ICT Pelajar dalam P&P

dalam Pengajian di UTM45

5.2.3 Kemudahan ICT yang Disediakan oleh

UTM Mampu Menyokong Keperluan ICT

pelajar

46

5.3 Kesimpulan 47

5.4 Cadangan 48

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 48

5.6 Penutup 49

RUJUKAN 50

LAMPIRAN 53

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1 Senarai pihak yang bekerjasama semasa

menjalankan kajian

18

3.2 Langkah-langkah penyelidikan 19

3.3 Jadual populasi dan sampel responden 20

3.4 Pembahagian item mengikut Skala Likert

(Bahagian B dan D)

22

3.5 Pembahagian item mengikut Skala Likert

(Bahagian C)

23

3.6 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi

soalan Bahagian B

24

3.7 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi

soalan Bahagian C

24

3.8 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi

soalan Bahagian D

24

3.9 Klasifikasi analisis min 25

4.1 Taburan demografi pelajar mengikut jantina 27

4.2 Taburan demografi pelajar mengikut fakulti 27

4.3 Taburan demografi pelajar mengikut jenis

akaun

28

4.4 Taburan demografi pelajar mengikut jenis

kemudahan mengakses internet

29

4.5 Taburan pelajar mengikut pemilikan

desktop/laptop

30

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xiii

4.6 Rumusan kekerapan, peratus, min dan

sisihan piawaian bagi keperluan ICT pelajar

dalam P&P dan kehidupan sosial

30

4.7 Rumusan kekerapan, peratus, min dan

sisihan piawaian bagi tahap kemahiran ICT

pelajar dalam P&P dan kehidupan sosial

34

4.8 Rumusan kekerapan, peratus, min dan

sisihan piawaian bagi Kemudahan ICT

yang disediakan oleh UTM

39

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xiv

SENARAI SIMBOL

α Alfa

% Peratus

& Dan

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Soal selidik kajian 53

B Surat memohon kebenaran mendapatkan

maklumat

60

C Data SPSS Bahagian B 61

D Data SPSS Bahagian C 62

E Data SPSS Bahagian D 63

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

xvi

SENARAI SINGKATAN

ICT Information and Communication

Technology

ITUCE Unit Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan

Awam

KM Kurang Mahir

KPM Kementerian Pengajian Malaysia

KS Kurang Setuju

M Mahir

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

S Setuju

SM Sangat Mahir

SPSS Statistical Package for the Social Science

SS Sangat Setuju

STM Sangat Tidak mahir

TM Tidak Mahir

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia kini semakin pantas berlaku

seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT). Justeru itu, negara mengalami paradigma yang besar dengan mengaplikasikan

penggunaan ICT dalam sistem pendidikan. Peranan ICT dalam sistem pendidikan

sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Para pelajar di institusi pendidikan

seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT yang

sememangnya diperlukan untuk mencapai kecemerlangan. Pengetahuan dan

kemahiran ICT dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan ICT dalam sistem pendidikan masa kini sememangnya tidak dapat

menggantikan kaedah tradisional dalam P&P, namun penggunaannya amat ketara

sebagai bantuan tambahan dalam P&P kerana ICT juga merupakan salah satu cara

untuk pengukuhkan pengetahuan pelajar (Barak dan Dori, 2005). Dengan

menggunakan ICT, pemprosesan maklumat dan penyelesaian masalah dapat

diimplementasikan ke dalam kurikulum (Barak, 2007).

Penggunaan ICT yang meluas dalam P&P di institusi pengajian tinggi

memberi kesan terhadap tahap pencapaian pelajar. Justeru itu, pelajar yang

menggunakan ICT dilihat lebih cemerlang dalam akademik jika dibandingkan

dengan pelajar yang tidak menggunakan kemudahan ICT. Ini kerana dengan ICT,

mutu bahan P&P dapat ditingkatkan dan lebih interaktif. Ini menarik perhatian para

pelajar untuk fokus terhadap sesi P&P. Davies, Szabo dan Montgomerie (2002)

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

2

dalam Reginald Gregoire inc. et al. (1996) bersetuju mengatakan ICT menyumbang

dalam P&P. ICT dilihat dapat meningkatkan motivasi pelajar, mendorong

pembelajaran secara lebih mendalam dalam sesuatu subjek, meningkatkan kerjasama

dan semangat berpasukan, dapat membekalkan suasana P&P yang nyata,

meningkatkan pengawasan guru and interaksi dua hala, kepelbagaian kaedah

penilaian, guru dapat mengakses sumber P&P dengan mudah, dan meningkatkan

kerjasama secara professional. Oleh itu, ICT perlu dalam P&P di mana ICT

memberi impak positif dalam pendidikan.

Selain penggunaan ICT dalam sesi P&P, penggunaannya juga dapat dilihat

dalam aktiviti sosial para pelajar. Internet dapat menghubungkan mereka antara satu

sama lain dengan mudah, cepat dan menjimatkan kos. Contohnya dengan

penggunaan Facebook, Tagged, Friendster dan sebagainya. Oleh itu, pelajar-pelajar

memerlukan kemahiran untuk menggunakan ICT. Kemahiran-kemahiran ICT tidak

hanya tertumpu kepada aktiviti sosial, namun perlu juga dalam aktiviti akademik.

Contohnya pencarian maklumat dengan berbantukan ICT. Barista dan Martinez

(2008) menyatakan bahawa pelajar-pelajar menggunakan ICT bagi kedua-dua

keperluan mereka iaitu untuk proses P&P dan sosial. Ini mengukuhkan lagi

pernyataan bahawa ICT amat penting bagi pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Penggunaan ICT dalam P&P sememangnya dapat membantu proses

penyampaian maklumat kepada pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman

pelajar. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi berikutan perluasan penggunaannya

dalam sistem pendidikan negara. ICT dilihat dapat mengembangkan tahap dan taraf

pendidikan negara ini. Justeru itu, KPM menekankan pembangunan ICT, contohnya

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, pendidik dan

individu dan menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P. Oleh itu, bersesuaian

dengan tujuan memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di mata dunia, tiga dasar

telah digubal oleh KPM (2003) iaitu:

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

3

Dasar pertama

Mengaplikasikan literasi ICT untuk semua pelajar, iaitu pelajar memperoleh

kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

Dasar kedua

Menggunakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat

P&P

Dasar ketiga

Menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

keberkesanan sistem pengurusan.

Dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan kepada tiga topik ICT

dalam P&P pelajar-pelajar kejuruteraan di kampus UTM Skudai. Topik pertama

yang dibicarakan ialah tentang tahap penguasaan pelajar dalam ICT. Sememangnya

tidak dinafikan penggunaan ICT diaplikasikan dalam P&P terutamanya dalam

pendidikan tinggi. Pelajar-pelajar didedahkan dengan begitu banyak teknologi ICT

yang kini mengawal kehidupan seharian mereka sebagai pelajar. Contohnya,

penggunaan telefon bimbit dan internet. Kedua-duanya amat penting untuk

penyebaran maklumat, menyokong aktiviti P&P dan aktiviti sosial. Melalui telefon

bimbit dan internet, segala maklumat yang ingin disebarkan dapat disampaikan

dengan cepat dan mudah. Kenyataan ini disokong oleh Bunford (2004) yang

menyatakan bahawa pelajar-pelajar memerlukan IT untuk menyokong P&P mereka.

Kemudahan internet memudahkan pelajar-pelajar berbincang secara online dan

mengakses kebanyakan bahan P&P. Pelajar-pelajar berinteraksi dengan kemudahan

ICT untuk mencapai matlamat P&P. Davies, Szabo dan Montgomerie (2002) dalam

Reginald Gregoire inc. et al. (1996) mengatakan ICT dapat meningkatkan motivasi

pelajar-pelajar. Dengan motivasi yang tinggi, tidak mustahil pelajar-pelajar

cemerlang dalam akademik mereka. Namun begitu, sejauh manakah pelajar-pelajar

ini menguasai ICT untuk membantu P&P mereka walhal ICT diaplikasikan dalam

kehidupan harian mereka. Ini disokong dengan kenyataan Riddle dan Howell

(2008), pelajar universiti menggunakan dengan meluas kemudahan ICT tetapi,

adakah kemahiran yang dimiliki oleh pelajar-pelajar dapat membantu keperluan ICT

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

4

yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, apakah keperluan ICT yang diperlukan oleh pelajar-

pelajar kejuruteraan ini? Ini disebabkan, keperluan ICT amat penting dalam menjana

kemahiran ICT yang diperlukan oleh pelajar. Keperluan ICT yang diperlukan oleh

pelajar-pelajar kejuruteraan ini haruslah berkaitan dengan keperluan mereka dalam

bidang pekerjaan. Antara keperluan ICT adalah pemprosesan maklumat, pencarian

maklumat, pengaturcaraan komputer, dan sebagainya. Keperluan-keperluan ini

termasuk dalam kurikulum dan silibus P&P. Baharin, Mohd Nur Asmawisham,

Mohd Zulkifli dan Mohd Zamri (2004) daripada Unit Teknologi Maklumat

Kejuruteraan Awam, ITUCE menyatakan bahawa kurikulum dan silibus P&P

sentiasa mengambil kira keperluan industri bagi memastikan ianya selari dengan

keperluan dan aspirasi negara dalam bidang kejuruteraan awam. Ini menunjukkan

bahawa keperluan ICT pelajar-pelajar amat penting sehingga negara memandang

serius tentaang keperluan-keperluan ini dengan menetapkan silibus yang sentiasa

terkini. Ini ditambah pula dengan arus pembangunan ICT di samping perubahan

halatuju ekonomi ke arah era ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi)

menyebabkan ilmu menjadi aset penting.

Sehingga kini pelajar-pelajar dilihat dapat mengadaptasikan diri dengan

pengunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar. Adakah

pelajar-pelajar ini menghadiri kelas formal berkaitan ICT ataupun hanya dengan

mengeksplorasi ICT itu sendiri. Di universiti,lazimnya terdapat bengkel-bengkel

yang menyediakan latihan tentang penggunaan ICT untuk membantu pelajar-pelajar.

Oleh itu, pelajar-pelajar tidak lagi memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan

kemahiran ICT yang diperlukan. Mereka juga tidak perlu berjalan jauh semata-mata

bagi tujuan ini walhal bengkel-bengkel yang disediakan masih berada di Malaysia.

Pihak universiti juga telah menyediakan infrastruktur ICT seperti kemudahan

wireless, pusat komputer, dan pusat sumber. Contohnya Fakulti Kejuruteraan Awam

di kampus UTM Skudai telah menubuhkan Unit Teknologi Maklumat Kejuruteraan

Awam, ITUCE pada tahun 1997 yang menyediakan infrastruktur ICT bagi

menyokong P&P. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah smart classroom,

makmal komputer, perisian komputer, sistem rangkaian dan e-mail, dan pusat

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan, tahap kemahiran dan sokongan kepada pelajar kejuruteraan utm skudai nurhashimah binti

5

sumber. Kemudahan-kemudahan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin

oleh pelajar-pelajar, namun adakah ianya mencukupi untuk menampung jumlah

pelajar yang agak ramai. Adakah kemudahan-kemudahan ini juga sesuai dengan

tahap penguasaan dan keperluan ICT pelajar-pelajar, sedangkan berjuta-juta ringgit

telah dilaburkan untuk menyediakan infrastruktur ICT oleh pihak universiti.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan ICT yang meluas dalam P&P dapat dilihat terutamanya dalam

sistem pendidikan di peringkat tinggi di mana pelajar-pelajar institusi pengajian

tinggi menggunakan ICT dalam kehidupan mereka untuk menyokong pembelajaran

mereka. ICT digunakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan selain untuk

berkomunikasi dan menyokong P&P. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu memahirkan diri

mereka untuk menggunakan ICT. Namun, kemudahan-kemudahan ICT juga perlu

bagi menjamin keperluan ICT pelajar-pelajar di samping kemahiran ICT yang

diperlukan.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah berdasarkan tiga objektif kajian

berikut terhadap pelajar-pelajar kejuruteraan di kampus UTM Skudai:

1.4.1 Mengenalpasti keperluan ICT pelajar dalam P&P untuk meneruskan

pengajian

1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran ICT pelajar sesuai terhadap keperluan ICT

pelajar

1.4.3 Mengenalpasti kemudahan ICT dalam membantu proses P&P