penggunaan ict dalam kalangan guru pelatih … · hj. abdullah bin hj. ab. rahman dan hjh....

24
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM. ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vokhanh

Post on 28-May-2019

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN

HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH

KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAHmengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: POS 71 BATU 3 PARIT BUNGA DR.M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN 84000 MUAR, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Dr. M. Al Muz-Zammil bin Yasin

Tarikh : ...................................................

Page 4: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.

ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH

Tarikh : ........................................................

Page 6: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

iii

DEDIKASI “Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang diinginkan.

Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui hari-hari dalam hidupnya.

Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa bahagia itu milik peribadi dan selalunya tidak sama

dengan apa yang dimilikioleh orang lain”

Buat Abah Dan Mak

Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed

Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya

Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Ke Menara Gading....

Buat Abang dan Kakak Yang Disayangi

Abdul Mutalib, Abdul Mutaza, Siti Raudah Dan Siti Rahmah@Zurayu

Segala Jasa, Doa Dan Sokongan Kalian

Akan Dikenang Selamanya....

Buat Insan Tersayang

Siti Nor Fatimah Binti Mohamed Sah

Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan yang Di lakukan Selama Ini....

Serta Buat Rakan-rakan Seperjuangan PKPG

Sahabat Karib

Jasa Baik Kalian Amat Ku Hargainya

Terima Kasih Semua….

Page 7: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dipanjatkan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana Projek Sarjana Muda saya

dapat disempurnakan dengan jayanya.

Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih buat Dr. M.Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku

penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah

fikiran serta tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan

projek ini.

Di samping itu, terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-

rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar PKPG dan pelajar perdana 4 SPH yang

turut memberi nasihat dan dorongan serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat

dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Semoga segala pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah

s.w.t.

Page 8: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ICT dalam kalangan

guru-guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang guru pelatih

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah

menjalani latihan praktikum. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan

soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk

melihat latar belakang responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab

keempat-empat persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperolehi telah

diproses dengan menggunakan perisian “Statitiscal Package for Sosial Sciences”

(SPSS) Version 15.0 untuk menilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa tahap kemahiran pada guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana

(min 3.31), manakala sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT

menunjukkan pada tahap yang tinggi (min 4.06). Hasil kajian mendapati wujudnya

beberapa masalah terhadap penggunaan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru

pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang

sederhana (min 2.65). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program

dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan

yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk memaju dan meningkatkan lagi

penggunaan ICT di kalangan guru pelatih.

Page 9: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to observe the usage of ICT among 151 trainee

teachers at the Faculty of Education, University Technology Malaysia, Skudai. The

questionnaire used in this study was divided into two sections, (1) Section A to

observe the respondent’ background and (2) section B to answer the four research

questions in the study. Data analysis was carried out using the Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) software version 15.0 to evaluate the percentage and mean.

The results of this study indicate that the ICT skills of the trainees was at moderate

level (mean 3.31), whereas their attitude towards ICT was high (mean 4.06).

Meanwhile, the overall level of problems faced by the trainees was at moderate level

(mean 2.65). The result of the study also showed that there was no significant

difference in the usages of ICT based on trainees’ gender and program. Researcher

concluded various suggestions that can be taken into actions in order to promote the

usage of the ICT among trainee teachers.

Page 10: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

Page 11: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 11

2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 13

2.4 ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 14

2.5 Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam 15

Pendidikan Guru

2.6 Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru 16

2.7 Sikap Terhadap Penggunaan ICT 19

2.8 Peranan ICT Dalam Pendidikan 20

2.9 Masalah Penggunaan ICT dalam kalangan guru 21

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Lokasi Kajian 24

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25

3.5 Instrumen Kajian 25

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Analisis Data 32

3.9 Penutup 33

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Maklum Balas Soal Selidik 35

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 35

4.4 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 36

4.4.1 Jantina 36

4.4.2 Umur 37

4.4.3 Program 37

4.4.4 Bangsa 38

Page 12: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

ix

4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 38

4.5.1 Tahap Kemahiran Guru Pelatih KH 39

Terhadap Penggunaan ICT Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

4.5.2 Sikap Guru Pelatih KH Terhadap 41

Penggunaan ICT Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

4.5.3 Masalah-Masalah Yang Wujud 44

Terhadap Penggunaan ICT Oleh Guru

Pelatih KH Semasa Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

4.5.4 Perbezaan Antara Tahap Penggunaan 46

ICT Dengan Faktor Jantina Dalam

Kalangan Guru Pelatih KH

4.5.5 Perbezaan Antara Tahap Penggunaan 47

ICT Dengan Faktor Program Dalam

Kalangan Guru Pelatih KH

4.6 Rumusan 48

4.7 Kesimpulan 49

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Latar Belakang Responden 51

5.2.2 Apakah Tahap Kemahiran Guru 52

Pelatih KH Fakulti Pendidikan Dalam

Penggunaan ICT Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran?

5.2.3 Apakah Sikap Guru Pelatih KH 54

Terhadap Penggunaan ICT Dalam

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

Page 13: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

x

5.2.4 Adakah Wujud Masalah-Masalah 55

Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru

Pelatih KH Semasa Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran?

5.2.5 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 58

Signifikan Di Antara Guru Pelatih

KH Fakulti Pendidikan UTM Berdasarkan

Faktor-faktor Demografi (Jantina dan

Program) Dalam Penggunaan ICT?

5.3 Rumusan Kajian 59

5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 60

5.4.1 Pihak Fakulti Pendidikan 61

5.4.2 Guru Pelatih 61

5.4.3 Pihak Sekolah 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.6 Kesimpulan dan Penutup 63

RUJUKAN 65 Lampiran A – D 72 - 84

Page 14: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pecahan Item Soal Selidik 27

3.2 Prosedur Kajian 28

3.3 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha 30

Cronbach (Kajian Rintis)

3.4 Jadual Pembetulan Item Soal Selidik 31

3.5 Jadual Pemeringkatan Min 32

3.6 Pengukuran Persoalan Kajian 33

3.7 Nilai p (Aras Signifikan) Untuk Hubungan 33

Antara Pembolehubah

4.1 Perbandingan Nilai Pekali Kebolehpercayaan 36

Alpha Cronbach Kajian Rintis Dengan Kajian

Sebenar

4.2 Taburan Jantina Responden 37

4.3 Taburan Umur Responden 37

4.4 Taburan Program Responden 38

4.5 Taburan Bangsa Responden 38

4.6 Taburan Tahap Kemahiran Guru Pelatih KH 40

Terhadap Penggunaan ICT Dalam Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

4.7 Taburan Tahap Sikap Guru Pelatih KH 43

Terhadap Penggunaan ICT Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 15: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

xii

4.8 Taburan Masalah-Masalah Yang Wujud 45

Terhadap Penggunaan ICT Oleh Guru Pelatih

KH Semasa Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran

4.9 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 46

Penggunaan ICT Berdasar Faktor Jantina

4.10 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 47

Penggunaan ICT Dengan Faktor Program

4.11 Tahap Penggunaan ICT Semasa Proses 48

Pengajaran dan Pembelajaran

Page 16: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT = Information and Comunication Technology

IT = Information Technology

KH = Kemahiran Hidup

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P = Pengajaran dan pembelajaran

PIPP = Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PKPG = Program Khas Pensiswazahan Guru

RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran

Hidup

SPSS = Statistical Package Of Sciences

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soalan Soal selidik 72

B Kajian Lepas Berkaitan Dengan ICT 77

C Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 81

Cronbach Kajian rintis (Keseluruhan)

D Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 82

Cronbach Kajian rintis (Mengikut

Dimensi)

Page 18: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi

fenomena biasa dalam kehidupan manusia dewasa ini. Setiap aspek dalam kehidupan

tidak dapat lari daripada menggunakan kemajuan dalam bidang ini. Keadaan ini

menggambarkan bahawa kemajuan ICT secara tidak langsung telah meningkatkan

kualiti hidup manusia. Secara umum, ICT bermaksud peralatan telekomunikasi yang

digunakan untuk memperolehi maklumat dengan lebih luas seperti melalui telefon,

internet, komputer, teknologi satelit dan lain-lain alat komunikasi. Melalui peralatan

ini kita boleh mencapai, memperoleh, menyimpan, memanipulasi dan menyampaikan

maklumat sesama kita.

Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun telah

mensasarkan status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam Konteks pendidikan

di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu ketinggalan

dalam arus pembangunan ICT. Mohd Arif dan Rosnaini (2003) menyatakan ICT

adalah pengupaya yang menjadi tunjang penting dalam urusan P&P dan pengurusan

sekolah. Jesteru, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk

meningkatkan kesediaan dan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar

dengan kemahiran-kemahiran teknologi terkini. Antaranya ialah langkah kerajaan

mewujudkan sekolah-sekolah bestari, iaitu program yang dikemukan oleh mantan

Perdana Menteri Malaysia pada 28 Julai 1997 sebagai salah satu daripada tujuh

Aplikasi Perdana Multimedia Super Corridor (Mohd Arif dan Rosnani, 2003).

Page 19: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

2

Objektifnya adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) di samping menyediakan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi

untuk memenuhi kehendak abad ke-21.

Memandangkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini

semakin penting pada masa kini maka sewajarnya guru pelatih diberikan

pendedehan, ilmu pengetahuan, dan kemahiran yang secukupnya bagi membantu

mereka untuk pengajaran di bilik darjah. Oleh itu guru pelatih digesa supaya

melengkapkan diri dengan bermacam pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang

berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba

mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan

pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari

nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa

komputer riba sebagai penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara

maju.

1.2 Latarbelakang Masalah

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era teknologi maklumat

dan globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang diguna

pakai bagi beberapa dekad yang lalu. ICT merangkumi pelbagai teknologi yang

disepadukan untuk menyimpan, dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk

seperti teks, suara, imej dan grafik, animasi, dan sebagainya menggunakan alat-alat

elektronik (Aliza, 2004). Dalam dunia yang semakin digital, institusi moden,

organisasi perniagaan, kerajaan, mahkamah, organisasi sukan, institusi pendidikan,

universiti, dan lain-lain, amat memerlukan penggunaan pemprosesan perkataan,

hampaan elektronik, pengurusan fail, penggunaan grafik, pencarian maklumat,

penggunaan mel elektronik (e-mail), penggunaan perisian, penggunaan pangkalan

data dan lain-lain yang berorientasikan maklumat (Zoraini Wati, 1993). Sekolah

yang tidak menyediakan pelajar-pelajarnya untuk menggunakan aplikasi tersebut

adalah dianggap gagal dalam mencapai misi pendidikannya (Aliza, 2004).

Page 20: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

3

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) telah mengariskan tiga dasar utama

dalam memastikan pelaksanaan ICT dalam pendidikan berjalan lancar seperti mana

yang dirancang. Tiga dasar tersebut adalah seperti berikut :

(i) Dasar pertama mengaplikasikan literasi ICT untuk semua pelajar, iaitu

pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

(ii) Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam

pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum

bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti

mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). ICT sebagai alat P&P bermaksud

menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan

perisian kursus, internet dan aplikasi generik yang lain, contohnya

perisian Computer Aided Design (CAD) dalam mata pelajaran Reka

Cipta dan Lukisan Kejuruteraan.

(iii) Dasar ketiga pula menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini

terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem

aplikasi pengurusan yang membawa kepada pembaikan proses kerja

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

ICT telah pun diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam semua matapelajaran di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah dan

sekolah rendah secara berperingkat. Para pendidik di peringkat rendah mahupun di

peringkat tinggi, cuba sedaya upaya untuk menggunakan ICT di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan input yang terbaik kepada pelajar-

pelajar mereka. Guru-guru perlu menyesuaikan pengajaran mereka dengan keadaan

semasa dan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengintegrasian teknologi terkini yang

relevan dalam masyarakat bermaklumat. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai

inisiatif untuk melengkapkan diri serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

dalam bidang ICT dan dapat mengaplikasikannya bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Page 21: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

4

Namun begitu dalam kajian Kleiman (2000) dalam Zainudin, Meor Ibrahim,

Mohd. Ali dan Rahman Sukor (2008) telah mendapati bahawa guru-guru kurang

kompeten dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimana-

pun, mereka masih berasa selesa semasa menggunakan komputer. Internet

contohnya, merupakan salah satu saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam

mendapatkan maklumat dan idea-idea baru berkenaan satu-satu perkara. Sekiranya

guru-guru tidak mempunyai pengetahuan tentang pencarian di internat, proses

menggunakan akan menjadi lebih lama dan kadang kala tidak boleh dijalankan.

Keadaan ini terutamanya bagi guru-guru yang tinggal diluar bandar. Perkara ini

berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong guru-guru tersebut tidak

menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ting dan Woo (2005) menyatakan terdapat cabaran dan masalah dalam

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap negatif guru

terhadap penggunan ICT dan guru kurang berkemahiran dalam menggunakan ICT

untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Yuszalina (2005)

dalam kajiannya mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru

kemahiran hidup dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran

adalah berada di tahap rendah. Jadi, masalah guru-guru tidak menggunakan ICT

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sebabkan oleh tiga

faktor iaitu, sikap negatif guru terhadap penggunaan ICT, guru kurang berkemahiran

dalam menggunakan ICT dan guru kurang berpengetahuan dalam ilmu ICT. Ini

menunjukkan ada sebahagian guru-guru masih belum bersedia memperlengkapkan

diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT untuk kegunaan diri

sendiri atau semasa pengajaran dan pembelajaran.

Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad ada mengingatkan para

guru bahawa “kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur

teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang

disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”

(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001). Shaari, Zulkifli, Aaharuddin, Zaharuddin dan

Zainon (2005) menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah

memulakan inisiatif melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer dan

Page 22: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

5

teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Penggunaan komputer yang meluas

kini telah memberi impak yang amat besar terhadap pendidikan. Oleh yang

demikian, seluruh warga pendidik harus mempunyai asas dalam penggunaan

komputer dan ICT. Untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini,

guru perlu mempunyai kemahiran ICT yang secukupnya. Guru perlu tahu bagaimana

menyediakan persembahan menggunakan komputer, melayari internet, melayari e-

mel, menggunakan perinsip multimedia dalam pengajaran dan tahu menginovasikan

ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ekhwan dan Mat Jizat (2004), kebanyakan guru masih lemah dalam

kemahiran komputer, di mana sebanyak 68% guru tidak mempunyai kemahiran

pengendalian komputer. Ini disokong oleh Norizan (2003) dalam kajiannya

mendapati majoriti guru tidak mempunyai kemahiran komputer yang baik. Guru

masih memerlukan tunjuk ajar dari orang lain apabila menggunakan perisian asas

seperti MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint. Manakala tentang kemahiran

dalam penggunaan MS Access dan peralatan multimedia seperti perisian Paint dan

Photoshop dan peralatan multimedia seperti pengimbas, kamera digital dan video

digital amat rendah. Begitu juga dengan kemahiran melakukan aktiviti perhubungan

secara elektronik seperti e-mel, chat, dan kumpulan perbincangan, dan penerokaan

untuk mendapatkan maklumat menggunakan CD-ROMs dan internet juga berada

pada tahap kemahiran rendah. Sedangkan kemahiran menggunakan perisian-perisian

dan peralatan-peralatan ICT ini membolehkan seseorang guru menghasilkan pelbagai

dokumen-dokumen seperti soalan ujian, surat-surat, nota rujukan, mencipta

persembahan, membina graf dan carta, menerima dan mengirim maklumat dan

sebagainya telah tidak dikuasai dengan baik oleh guru. Oleh itu, bolehlah dikatakan

bahawa kemahiran ICT guru-guru berada pada tahap rendah dan pekara ini

hendaklah dilihat sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Di sini jelas betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah

terutamanya guru-guru dalam menentukan kejayaan pengaplikasian ICT dalam

pendidikan hari ini. Daripada analisis pembacaan penulis, kebanyakan kajian hanya

tertumpu pada guru-guru sedia ada sahaja tetapi tidak banyak tertumpu pada guru-

guru pelatih (rujuk lampiran B). Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan

Page 23: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

6

untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan sedia ada dalam bidang ICT

dalam kalangan guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Skudai Johor dan mendapat maklumat tentang sikap dan masalah-masalah

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mereka

menjalani program latihan mengajar. Kajian ini penting sebagai langkah awal

meninjau ke arah persediaan guru pelatih menghadapi perubahan penggunaan ICT

sepenuhnya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran

ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program

latihan mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru pelatih

terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT

oleh guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor, terdiri daripada

para pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup

(SPH) yang telah menjalani latihan praktikum.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran

dan pembelajaran.

2. Untuk mengetahui sikap guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti

Pendidikan terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 24: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH … · Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai Terima Kasih Atas Segalanya

7

3. Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan

guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengkaji perbezaan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT

dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan

UTM.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah: 1. Apakah tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti

Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan

pembelajaran?

2. Apakah sikap guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan

terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

3. Adakah wujud masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan guru

pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor

demografi (jantina dan program) dalam penggunaan ICT dalam

kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan UTM?