ybhg. dato’ hj abdul fattah hj abdullah presiden … fileteks penutup ybhg. dato’ hj abdul...

37
1 TEKS PENUTUP YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Upload: others

Post on 01-Nov-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TEKS PENUTUP

YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

2

MAJLIS PENUTUP

DIALOG BERSAMA KOPERATOR

WANITA NEGERI SEMBILAN 2017

“BERANI BERUBAH”

3 MEI 2017 (RABU)

3

KLANA RESORT, SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN

Bismilahirrahmanirahim

4

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejatera

dan Salam 1 Koperasi

Terima Kasih Pengacara Majlis

5

YBhg. Dato’ Hj Ibrahim Hj

Abdullah, Pengerusi

Jawatankuasa Perhubungan

ANGKASA Negeri Sembilan dan

Barisan Ahli-Ahli

Jawatankuasanya

6

(SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA)

Pembentang-Pembentang Kertas

Kerja

Pegawai-Pegawai ANGKASA

Negeri, Datuk-Datuk dan Datin-

7

Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Yang Saya Hormati Sekalian.

1. Marilah kita mengucapkan

kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia dan

keizinan-Nya, dapat kita

8

menyempurnakan majlis Dialog

Bersama Koperator Wanita Negeri

Sembilan yang

bertemakan ”Berani Berubah”

pada tengahari ini.

9

2. Saya mengucapkan terima

kasih kepada Pengerusi JPAN

Negeri Sembilan dan barisan ahli

Jawatankuasanya yang sudi

menjemput saya bersama-sama

dalam majlis dan seterusnya

menyampaikan sedikit ucapan.

10

3. Saya bangga dengan

komitmen yang diberikan JPAN

Negeri Sembilan yang berusaha

membincangkan hala tuju dan

peranan koperator wanita dalam

pembangunan ekonomi negara,

khususnya melalui keusahawanan

11

dan perkhidmatan koperasi.

Harapan saya semoga lebih

banyak program pembangunan

keusahawanan wanita dapat

dianjurkan ANGKASA Negeri bagi

memperkasakan golongan yang

12

menjadi tulang belakang

gerakan koperasi di negara ini.

Hadirin dan Hadirat Yang

Dihormati Sekalian

13

4. Bidang keusahawanan

menjadi satu bidang penting

kepada negara. Bidang ini

menjadi pemangkin kepada

pekembangan ekonomi negara,

meningkatkan daya saing negara,

pendapatan individu, mengatasi

14

kemiskinan, mewujudkan

peluang-peluang pekerjaan baru

serta meningkatkan kualiti

kehidupan.

5. Wanita antara golongan yang

semakin ramai menceburi bidang

15

perniagaan. Mengikut Jabatan

Perangkaan Malaysia, 49 peratus

populasi Malaysia adalah wanita

dan 48 peratus merupakan

tenaga kerja. Menurut

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM) 1.18 juta usahawan wanita

16

berdaftar dengannya sehingga

Mac 2017. Walaupun tiada data

khusus mengenai usahawan

wanita koperasi tetapi saya

percaya, sebahagian itu

termasuk wanita koperasi.

17

6. Di negara kita, 40 peratus

daripada 8 juta ahli koperasi

adalah wanita. Mereka

pengguna dan tenaga kerja

utama sektor koperasi. Wanita

komuniti penting yang turut

memainkan peranan penting

18

dalam memajukan gerakan

koperasi di negara ini, sentiasa

diberi keutamaan ANGKASA

dalam agenda

pembangunannya menerusi

program latihan dan pendidikan

yang dijalankan. Ini bagi

19

memperkasakan kelompok ini

supaya terus memberi

sumbangan yang singnifikan

kepada gerakan koperasi.

7. Mengambil tanggungjawab ini,

ANGKASA melalui Unit Wanita

20

sepanjang 2016 memberi

tumpuan memperkasakan

perniagaan koperasi wanita dan

koperator wanita melalui

pendedahan kepada peluang-

peluangperniagaan,

pembangunan diri, keluarga dan

21

masyarakat bagi meningkatkan

pendapatan koperasi dan

koperator wanita yang seterusnya

akan turut menyumbang kepada

pendapatan negara. Program

pemerkasaan wanita ini juga

bertujuan untuk membantu

22

meningkatkan produktiviti

koperasi serta melahirkan lebih

ramai koperator yang berkaliber

untuk menjadi usahawan dan

pemimpin koperasi.

23

Hadirin dan Hadirat Yang

Dihormati Sekalian

8. Bagi menggalakkan koperasi

atau koperator wanita

menubuhkan taska, ANGKASA

memberi kursus asuhan PERMATA,

24

Bengkel Asas Penubuhan Taska

dan Bengkel Kemahiran

Pengasuhan (Story Telling).

Sepanjang tahun 2016, 12

program telah dijalankan yang

telah berjaya melatih 309

25

koperator dan melibatkan 140

buah koperasi.

9. ANGKASA juga telah

memperkenalkan program baru

iaitu Bengkel Pemurnian Koperasi

Wanita dan Keluarga bertujuan

26

untuk membantu koperasi wanita

kembali aktif menceburi aktiviti

keusahawanan untuk

meningkatkan produktiviti

koperasi. Bengkel ini telah

dilaksanakan di Melaka mewakili

Zon Selatan dan Pulau Pinang

27

mewakili Zon Utara. Hasil

daripada bengkel ini didaapati

bahawa koperasi masih mencari

peluang bersesuaian untuk aktiviti

koperasi dan hasil pebincangan

sedikit sebanyak memberi idea

28

kepada mereka untuk

memulakan perniagaan koperasi.

10. Melalui pelbagai program

ANGKASA telah berjaya melatih

18,561 koperator wanita sejak dari

2014 sehingga sekarang. Saya

29

menyeru lebih 219 koperasi

wanita dan lebih 29,000 koperator

wanita di Malaysia menyertai

kursus-kursus yang dianjurkan

ANGKASA.

30

11. Dalam meningkatkan

kemahiran keusahawanan dan

peluang-peluang baru

perniagaan, koperasi dan

koperator wanita juga mestilah

aktif dalam mencari info dan

menambah ilmu pengetahuan.

31

Selain mendapat latihan

keusahawanan daripada

ANGKASA, banyak program-

program baru yang disediakan

Kerajaan untuk membantu

usahawan. Misalnya melalui

Kementerian Pembangunan

32

Wanita dan Kesejahteraan

Keluarga (KPWKM) menawarkan

program Inkubator

Keusahawanan Wanita, Inkubator

Kemahiran Ibu Tunggal, 1Azam

dan Mamacare.

33

12. Usahawan mikro wanita

sekarang ini menyumbang 25

peratus kepada KDNK. Ini

menunjukkan mereka

mempunyai peranan penting

dalam pembangunan ekonomi

negara.

34

13. Selain berterusan

memperkasa program-program

keusahawanan, ANGKASA akan

bekerjasama dengan agensi-

agensi yang berkaitan bagi

membolehkan koperator-

koperator wanita mendapat

35

peluang-peluang baru

keusahawanan.

14. Mengakhiri ucapan, saya

mengucapkan terima kasih

kepada semua peserta yang

hadir. Semoga dialog ini berguna

36

untuk meningkatkan

keusahawanan koperator semua.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah

37

Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.