dato’ sri hj ramli bin hj yusuff presiden

21
PIKM/SEKRETARIAT/EDARANAHLI/2020(59) 3 DISEMBER 2020 SEMUA AHLI PIKM (U/P: Pengarah Urusan) YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT EDARAN PIKM KE-59/2020: AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446) Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula 1 Jun 2020 dan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 September 2020. 3. Antara lain, akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan meliputi semua majikan dan penyedia penginapan dari semua sektor pekerjaan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Akta 446 juga bertujuan untuk menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang telah disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). 4. Majikan atau penyedia penginapan berpusat wajib mendapatkan Perakuan Penginapan secara atas talian melalui pautan: http://akta446.mohr.gov.my. Kesalahan menempatkan pekerja tanpa Perakuan Penginapan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. 5. Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan Akta 446 seperti berikut: 5.1 Slaid oleh JTKSM berhubung Akta 446; 5.2 Soalan Lazim Akta 446; 5.3 Panduan Memohon Perakuan Penginapan. 6. Sebarang maklumat lanjut berhubung Akta 446, Ahli-ahli PIKM boleh menghubungi Ibu Pejabat JTKSM di talian 03-88865192, atau emel ke [email protected]. Sekian, terima kasih. Yang benar, DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN SEKRETARIAT PIKM: UNIT 715 & 716, BLOK A, TINGKAT 7, KELANA BUSINESS CENTRE, JALAN SS7/2, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03-7804 7359 / 03-7804 9358 FAKS : 03-7886 7246 / 03-7803 8691 Presiden DATO’ SRI HJ RAMLI B. HJ YUSUFF Timbalan Presiden KAPTEN NAJMUDDIN B. MOHD IBRAHIM (B) Naib Presiden MEJ. JEN. DATO’ MOHD YUNUS B. LONG (B) SALIZA BT ABDULLAH MOHAMMAD UBAIDILLAH B. IMAN Setiausaha Kehormat KU NORAZMI B. DATO’ HJ. IMAM ASMAWI Bendahari Kehormat IR. SOFIA BT DATO’ IR. JOHARI Penolong Setiausaha ASSYANUR NASYRAH BT ISHAK Penolong Bendahari DATO’ HABIBULLAH B. DATO’ HJ AHMAD Ahli-ahli Jawatankuasa DATO' HJ. JAAFAR B. HJ MAT KAPTEN DATO’ ISMAIL B. ISHAK (B) MOHD YUSOFF B. M DAUD ADNAN B. ABDULLAH ADILA B. DATO’ ABDULLAH BRIG. JEN. DATO' ZAINAL B. ABD RAHMAN TUDM(B) MOHAMMED FADZLAN B. MUSTAPA DATO’ DR. BASANT SINGH SIDHU DATUK ZAIDI B. MOHAMED Juruaudit Dalaman MOHD HODORI B. SARBINI ZAINAL ABIDIN BIN MD KASIM Pengerusi Zon WP Kuala Lumpur DATO' ROSMARAYU BT MOKHTAR Pengerusi Zon Selangor DATUK SHANKER RAJ AYANGER Pengerusi Zon Johor DATUK MHD. TAHIR B. MOHD NOAH Pengerusi Zon Perak ZAITON BT MOHD NUSI Pengerusi Zon Kelantan AFENDI BIN MUKHTAR Pengerusi Zon Pahang MOHAMAD TARMIZI B. MOHAMAD GHANI Pengerusi Zon Pulau Pinang MUHAMMAD SYAFIQ B. ISHAK Pengerusi Zon Kedah & Perlis DATO’ PADUKA HJ AB RAHAMAN BIN JAPAR Pengerusi Zon Melaka DATO' GAN PENG LAM Pengerusi Zon Negeri Sembilan MEJ. MOHD ZAINAL B. JUNI (B) Pengerusi Zon Sabah KAPTEN MAZALAN B. FADZIL (B) Pengerusi Zon Sarawak SHAHARUDDIN B. SAMSI Sekretariat Pengurus Besar JEFF NOR JETTEY

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

PIKM/SEKRETARIAT/EDARANAHLI/2020(59) 3 DISEMBER 2020

SEMUA AHLI PIKM (U/P: Pengarah Urusan)

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT EDARAN PIKM KE-59/2020: AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula 1 Jun 2020 dan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 September 2020.

3. Antara lain, akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan meliputi semua majikan dan penyedia penginapan dari semua sektor pekerjaan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Akta 446 juga bertujuan untuk menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang telah disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

4. Majikan atau penyedia penginapan berpusat wajib mendapatkan Perakuan Penginapan secara atas talian melalui pautan: http://akta446.mohr.gov.my. Kesalahan menempatkan pekerja tanpa Perakuan Penginapan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

5. Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan Akta 446 seperti berikut:

5.1 Slaid oleh JTKSM berhubung Akta 446; 5.2 Soalan Lazim Akta 446; 5.3 Panduan Memohon Perakuan Penginapan.

6. Sebarang maklumat lanjut berhubung Akta 446, Ahli-ahli PIKM boleh menghubungi Ibu Pejabat JTKSM di talian 03-88865192, atau emel ke [email protected]. Sekian, terima kasih. Yang benar,

DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

SEKRETARIAT PIKM: UNIT 715 & 716, BLOK A, TINGKAT 7, KELANA BUSINESS CENTRE, JALAN SS7/2, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-7804 7359 / 03-7804 9358 FAKS : 03-7886 7246 / 03-7803 8691

Presiden DATO’ SRI HJ RAMLI B. HJ YUSUFF

Timbalan Presiden KAPTEN NAJMUDDIN B. MOHD IBRAHIM (B)

Naib Presiden MEJ. JEN. DATO’ MOHD YUNUS B. LONG (B)

SALIZA BT ABDULLAH

MOHAMMAD UBAIDILLAH B. IMAN

Setiausaha Kehormat

KU NORAZMI B. DATO’ HJ. IMAM ASMAWI

Bendahari Kehormat

IR. SOFIA BT DATO’ IR. JOHARI

Penolong Setiausaha ASSYANUR NASYRAH BT ISHAK Penolong Bendahari DATO’ HABIBULLAH B. DATO’ HJ AHMAD

Ahli-ahli Jawatankuasa DATO' HJ. JAAFAR B. HJ MAT

KAPTEN DATO’ ISMAIL B. ISHAK (B)

MOHD YUSOFF B. M DAUD

ADNAN B. ABDULLAH

ADILA B. DATO’ ABDULLAH

BRIG. JEN. DATO' ZAINAL B. ABD RAHMAN TUDM(B)

MOHAMMED FADZLAN B. MUSTAPA

DATO’ DR. BASANT SINGH SIDHU

DATUK ZAIDI B. MOHAMED

Juruaudit Dalaman MOHD HODORI B. SARBINI

ZAINAL ABIDIN BIN MD KASIM

Pengerusi Zon WP Kuala Lumpur DATO' ROSMARAYU BT MOKHTAR Pengerusi Zon Selangor DATUK SHANKER RAJ AYANGER Pengerusi Zon Johor DATUK MHD. TAHIR B. MOHD NOAH Pengerusi Zon Perak ZAITON BT MOHD NUSI Pengerusi Zon Kelantan AFENDI BIN MUKHTAR Pengerusi Zon Pahang MOHAMAD TARMIZI B. MOHAMAD GHANI Pengerusi Zon Pulau Pinang MUHAMMAD SYAFIQ B. ISHAK Pengerusi Zon Kedah & Perlis DATO’ PADUKA HJ AB RAHAMAN BIN JAPAR Pengerusi Zon Melaka DATO' GAN PENG LAM Pengerusi Zon Negeri Sembilan MEJ. MOHD ZAINAL B. JUNI (B) Pengerusi Zon Sabah KAPTEN MAZALAN B. FADZIL (B) Pengerusi Zon Sarawak SHAHARUDDIN B. SAMSI

Sekretariat Pengurus Besar JEFF NOR JETTEY

Page 2: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 3: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 4: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 5: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 6: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 7: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 8: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 9: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 10: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 11: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
Page 12: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

1 / 7

SOALAN LAZIM

MENGENAI AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN

KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [AKTA 446]

1. Bilakah Akta ini mula berkuatkuasa?

Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.

2. Kepada siapa Akta ini terpakai?

Akta ini terpakai kepada:

(i) majikan

(ii) penyedia penginapan berpusat

di semua sektor pekerjaan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

3. Apakah tujuan Akta ini ?

(i) Memberi liputan kepada semua sektor pekerjaan;

(ii) Menetapkan standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja di

Malaysia, selari dengan piawaian antarabangsa;

(iii) Menangani elemen buruh paksa;

(iv) Melindungi hak dan kebajikan pekerja berkaitan penginapan;

(v) Meningkatkan kawalan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja; dan

(vi) Mewujudkan penginapan pekerja yang lebih sistematik dan kondusif bagi

tujuan perancangan pembangunan negara.

4. Apakah kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh majikan dan penyedia

penginapan berpusat berkaitan penginapan atau penginapan berpusat yang

disediakan kepada pekerja?

Semua penginapan atau penginapan berpusat yang disediakan perlu mendapat

Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

5. Adakah perumahan di estet dan lombong di kawasan Majlis Daerah perlu

mendapatkan Perakuan Penginapan?

Tidak perlu.

Page 13: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

2 / 7

6. Apakah kesannya jika majikan dan penyedia penginapan berpusat beroperasi

tanpa Perakuan Penginapan?

Majikan Boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000

Penyedia Penginapan

Berpusat

Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak

melebihi 1 tahun atau kedua-duanya

7. Bagaimanakah cara majikan dan penyedia penginapan berpusat membuat

permohonan bagi mendapatkan Perakuan Penginapan?

A. SEBELUM PERMOHONAN DI JTKSM

Dokumen yang perlu disediakan:

(i) Jika membina bangunan;

a) Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and

Compliance (CCC) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(ii) Jika bangunan sementara atau bangunan bukan kediaman;

a) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad daripada

PBT; atau

b) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan atau Kelulusan Ubahsuai

Bangunan daripada PBT.

(iii) Jika bangunan adalah sewaan;

a) Kelulusan atau kebenaran daripada PBT (jika berkenaan).

B. SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN DI JTKSM

(i) Membuat permohonan bagi setiap penginapan atau penginapan

berpusat secara dalam talian di Sistem Permohonan Perakuan

Penginapan (http://akta446.mohr.gov.my/);

(ii) Menyediakan Fi Pemprosesan bagi Permohonan Perakuan

Penginapan atas nama Ketua Pengarah Tenaga Kerja bagi setiap

permohonan seperti kadar di jadual berikut:

KATEGORI

PEMOHON

KAPASITI PEKERJA

DALAM PENGINAPAN

KADAR

FI PEMPROSESAN

Majikan

10 orang atau kurang RM100

Lebih daripada 10 orang RM300

Penyedia

Penginapan

Berpusat

500 orang atau kurang RM2,000

Lebih daripada 500 orang RM5,000

Page 14: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

3 / 7

(iii) Menyediakan salinan Pendaftaran Syarikat (SSM); dan

(iv) Menyediakan salinan dokumen yang perlu dilampirkan (yang

berkenaan):

a) Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and

Compliance (CCC);

b) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad;

c) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan (jika berkaitan);

d) Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)

e) Kelulusan / Kebenaran menyewa bangunan;

f) Perjanjian Sewaan Bangunan untuk bangunan yang disewa;

g) Pelan Lantai; dan

h) Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan (Bilik tidur, ruang

tamu, dapur, tandas dan bilik air

(v) Mengemukakan dokumen seperti di senarai semak ke Pejabat Tenaga

Kerja yang berhampiran.

8. Apakah jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan atau

penginapan berpusat?

(i) Rumah Teres;

(ii) Rumah Kedai;

(iii) Banglo;

(iv) Pangsapuri / Flat;

(v) Rumah Kampung;

(vi) Kedai Pejabat ;

(vii) Kabin;

(viii) SoHo/SoFo; dan

(ix) Lain-Lain Yang Dibenarkan Oleh PBT.

Page 15: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

4 / 7

9. Bagaimanakan majikan dan penyedia penginapan berpusat menentukan

kapasiti bilangan penghuni dalam penginapan atau penginapan berpusat?

KELAS

BANGUNAN ILUSTRASI CARA PENGIRAAN

Bukan

Dormitori

Dormitori

10. Apakah kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan oleh majikan dan

penyedia penginapan berpusat (bagi setiap penginapan atau penginapan

berpusat)?

BIL. KELAS BANGUNAN KEHENDAK MINIMUM

1. Penginapan atau

penginapan berpusat

yang bukan berbentuk

dormitori

(i) Satu ruang rehat;

(ii) Satu ruang makan dengan kerusi dan meja;

(iii) Bilik tidur;

(iv) Satu ruang dapur;

(v) Bilik air dan tandas (sama ada berasingan

atau bersekali) mengikut nisbah 1 bilik air dan

tandas : 6 pekerja;

(vi) Kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan

dan bilik tidur;

(vii) Lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan

dan bilik tidur;

Luas dormitori / 3 meter ² = Bilangan maksimum pekerja yang boleh ditempatkan di dalam satu bilik asrama / dormitori

Page 16: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

5 / 7

BIL. KELAS BANGUNAN KEHENDAK MINIMUM

(viii) Satu ruang untuk menyidai pakaian;

(ix) Satu alat pertolongan cemas (first aid-kit); dan

(x) Tong sampah.

2. Penginapan atau

penginapan berpusat

yang berbentuk

dormitori

(i) Satu ruang rehat;

(ii) Satu ruang makan dengan kerusi dan meja;

(iii) Ruang tidur;

(iv) Satu ruang dapur;

(v) Bilik air dan tandas (sama ada berasingan

atau bersekali) mengikut nisbah 1 bilik air dan

tandas : 15 pekerja;

(vi) Kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan

dan ruang tidur;

(vii) Lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan,

ruang tidur, ruang dapur, bilik air dan tandas;

(viii) Satu ruang untuk menyidai pakaian;

(ix) Satu alat pertolongan cemas (first aid-kit); dan

(x) Tong sampah.

11. Apakah kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia

penginapan berpusat kepada setiap pekerja yang tidak boleh dikongsi dengan

pekerja lain?

(i) Katil bersaiz tidak kurang daripada 1.7 meter persegi (katil single atau katil

double decker);

(ii) Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci;

(iii) Bantal dan selimut; dan

(iv) Almari berkunci (0.35 meter panjang x 0.35 meter lebar x 0.9 meter tinggi).

12. Apakah keperluan lain yang wajib disediakan oleh majikan dan penyedia

penginapan berpusat setiap masa?

Bekalan air dan bekalan elektrik.

13. Apakah tanggungjawab majikan dan penyedia penginapan berpusat berkenaan

keselamatan dan kesihatan bagi penginapan atau penginapan berpusat yang

disediakan?

(i) Menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja berlainan jantina;

(ii) Mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan

dan kesejahteraan pekerja;

(iii) Mengambil langkah keselamatan kebakaran;

Page 17: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

6 / 7

(iv) Mengambil langkah keselamatan sistem pendawaian elektrik;

(v) Memastikan pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan;

(vi) Mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit

berjangkit;

(vii) Membuat penyelenggaraan; dan

(viii) Melantik ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’.

14. Apakah tanggungjawab ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?

(i) Memastikan pekerja mematuhi peraturan di penginapan atau penginapan

berpusat;

(ii) Melawat dan memeriksa penginapan atau penginapan berpusat sekurang-

kurangnya 2 kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan; dan

(iii) Membawa pekerja yang sakit ke hospital dan menyimpan rekod aduan

kesihatan.

15. Siapakah yang boleh dilantik sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi

penginapan’?

Majikan dan penyedia penginapan berpusat boleh melantik pekerjanya sendiri atau

pihak lain sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’.

16. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh majikan dan penyedia

penginapan berpusat bagi mencegah penyakit berjangkit?

(i) Memastikan pekerja diperiksa kesihatannya atas perbelanjaan majikan;

(ii) Membawa pekerja ke hospital jika perlu;

(iii) Mengkuarantin pekerja apabila diarahkan;

(iv) Menyahkuman kawasan gunasama dengan kerap;

(v) Memastikan pekerja diberi imunisasi atas perbelanjaan majikan;

(vi) Mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit

seperti COVID-19;

(vii) Merujuk kepada pegawai perubatan kesihatan sekiranya terdapat gejala

penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan yang lain.

17. Apakah rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan oleh majikan dan

penyedia penginapan berpusat untuk diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja?

(i) Senarai nama pekerja yang menghuni penginapan;

(ii) Rekod penyelenggaraan penginapan;

(iii) Rekod kesihatan pekerja yang menghuni penginapan;

(iv) Jadual lawatan pemeriksaan penginapan pekerja oleh majikan atau penyedia

penginapan berpusat; DAN

(v) Buku rekod aduan kesihatan pekerja di penginapan.

Page 18: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

7 / 7

18. Bolehkah majikan membuat potongan gaji terhadap semua kemudahan yang

disediakan di dalam penginapan?

Tidak boleh. Kesemua kemudahan tersebut adalah atas tanggungjawab majikan.

19. Apakah majikan wajib melaporkan penempatan pekerjanya di penginapan yang

disediakan sendiri atau di penginapan berpusat?

Ya. Laporan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerjanya ditempatkan

dalam penginapan atau penginapan berpusat.

Kegagalan melapor merupakan suatu kesalahan dan, boleh dikenakan denda tidak

melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika disabitkan.

20. Apakah status penginapan atau penginapan berpusat yang telah dibina dan

diduduki sebelum Akta ini berkuatkuasa?

Penginapan atau penginapan berpusat tersebut boleh digunakan tetapi majikan dan

penyedia penginapan berpusat perlu memohon Perakuan Penginapan dengan serta

merta di Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.

21. Apakah status Penyedia Penginapan Berpusat yang beroperasi sebelum Akta

ini berkuatkuasa?

Penyedia Penginapan Berpusat yang telah beroperasi sebelum kuat kuasanya Akta

ini perlu membuat permohonan semula ke JTKSM untuk mendapatkan Perakuan

Penginapan.

22. Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada

pekerja bersama tanggungannya?

Tidak, majikan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada

pekerja bersama tanggungannya.

23. Sebarang pertanyaan berhubung isu-isu ini bolehlah hubungi:

(i) Pejabat Tenaga Kerja berhampiran (senarai penuh di laman sesawang rasmi

di http://jtksm.mohr.gov.my/ms/);

(ii) E-mel ke [email protected]

JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

28 OGOS 2020

Page 19: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

1 / 3

PANDUAN MEMOHON PERAKUAN PENGINAPAN DI BAWAH SEKSYEN 24D

AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN

KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [ AKTA 446 ]

1. Majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan

kelulusan atau kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai

bangunan yang akan digunakan sebagai penginapan atau penginapan berpusat

sebelum mengemukakan permohonan Perakuan Penginapan.

2. Hanya majikan dan penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan

atau penginapan berpusat kepada pekerja yang disyaratkan untuk memohon

Perakuan Penginapan.

3. Jenis-jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan atau penginapan

berpusat:

(i) Rumah teres / berkembar / banglo;

(ii) Pangsapuri / Flat / Kondominium;

(iii) Townhouse;

(iv) Rumah kedai;

(v) Kedai Pejabat;

(vi) Rumah Kampung;

(vii) Kabin/Rumah Kongsi;

(viii) SoHo/SoFo;

(ix) Lain-lain bangunan bukan kediaman yang diubahsuai bagi kegunaan

penginapan dan mendapat kelulusan PBT mengikut piawaian yang ditetapkan.

Sila baca dengan teliti panduan ini sebelum mengisi dan menghantar permohonan

Perakuan Penginapan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang kesilapan dan

dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Page 20: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

2 / 3

4. Setiap penginapan atau penginapan berpusat hendaklah mematuhi kehendak seperti

di Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Penginapan atau Penginapan Berpusat dan Kriteria

PENGINAPAN

BERBENTUK DORMITORI

PENGINAPAN

SELAIN DORMITORI

Ruang Tidur 3 meter persegi 3.6 meter persegi

Kemudahan

sanitari 1 tandas :15 pekerja 1 tandas : 6 pekerja

Kemudahan yang

tidak boleh

dikongsi

Katil bersaiz tidak kurang daripada 1.7 meter persegi

Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci (10.2 cm)

Bantal dan selimut

Almari berkunci bersaiz tidak kurang daripada 0.35 meter

panjang, 0.35 meter lebar dan 0.9 meter tinggi untuk

penyimpanan selamat barangan berharga pekerja.

Kemudahan untuk

gunasama pekerja

Ruang gunasama (ruang tamu)

Kipas dan lampu

Ruang dapur

Ruang menyidai pakaian

Tong sampah

Alat pertolongan cemas / first aid kit

5. Prosedur Permohonan Perakuan Penginapan

(i) Permohonan bagi setiap penginapan atau penginapan berpusat hendaklah

dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan Perakuan Penginapan

(http://akta446.mohr.gov.my/) dan dicetak Akuan Penerimaan Permohonan.

(ii) Dokumen seperti senarai di bawah hendaklah disediakan:

BIL. DOKUMEN

A. Pendaftaran Syarikat (SSM)

B. Perjanjian Sewaan Bangunan / Perjanjian Jual Beli / Certificate of

Completion and Compliance (CCC)

C. Pelan Lantai oleh Pelukis Plan Berdaftar

D. Salinan Surat Kelulusan/Kebenaran daripada PBT :

(i) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad (bagi

penginapan sementara); atau

(ii) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan (daripada komersial

kepada penginapan contoh Gudang kepada asrama)

Page 21: DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN

3 / 3

(iii) Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)

E. Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan

(Bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik air)

(iii) Majikan dan Penyedia Penginapan Berpusat yang mempunyai beberapa

penginapan atau penginapan berpusat di lokasi alamat yang berbeza perlu

mengemukakan permohonan berasingan bagi setiap alamat penginapan

atau penginapan berpusat tersebut.

(iv) Akuan Penerimaan Permohonan Perakuan Penginapan yang telah dicetak

beserta dokumen seperti senarai semak hendaklah dikemukakan ke Pejabat

Tenaga Kerja berhampiran dan disertakan bayaran Fi Pemprosesan bagi

Permohonan Perakuan Penginapan seperti di Jadual 2.

(v) Fi Pemprosesan bagi Permohonan Perakuan Penginapan atas nama Ketua

Pengarah Tenaga Kerja hendaklah disediakan dalam bentuk bank draf, wang

pos atau kiriman wang.

Jadual 2: Fi Pemprosesan Bagi Permohonan Perakuan Penginapan

KATEGORI

PEMOHON

KAPASITI PEKERJA

DALAM PENGINAPAN

KADAR FI

PEMPROSESAN

Majikan 10 orang atau kurang RM100

Lebih daripada 10 orang RM300

Penyedia

Penginapan

Berpusat

500 orang atau kurang RM2,000

Lebih daripada 500 orang RM5,000

6. Tatacara semasa mengambil Perakuan Penginapan (setelah diluluskan)

(i) Hanya Pengarah Syarikat / Rakan kongsi / Pemilik Syarikat sahaja yang

dibenarkan untuk hadir mengambil Perakuan Penginapan (semakan akan

dibuat kepada Salinan SSM).

(ii) Wakil syarikat yang hadir dikehendaki membawa bersama:

a) Surat Wakil Kuasa dari Pengarah Syarikat / Ketua Operasi Syarikat

(COO) / Ketua Eksekutif Syarikat (CEO); dan

b) Salinan Kad Pengenalan Pengarah Syarikat / Rakan Kongsi / Pemilik

Syarikat / Pengerusi atau Setiausaha (Koperasi).

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dari Pejabat Tenaga Kerja berhampiran atau melalui

laman sesawang http://jtksm.mohr.gov.my atau melalui e-mel [email protected]

JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

01 OKTOBER 2020