penggal 85 - akta keistimewaan diplomatik perluasan images/laws/peng_pdf/penggal 85 - akta...

9
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Keistimewaan Diplomatik (Perluasan) PENG.85 UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM EDISI SEMAKAN PENGGAL85 KEISTIMEWAAN DIPLOM·ATIK (PERL U ASAN) SUSUNAN BAB-BAB Bab BAHAGIAN I I. Gelaran pendek 2. Keistirnewaan, kekebalan dan keupayaan pertubuh an-pertubuhan antarabangsa yang tertentu dan kaki tangannya 3. Kekebalan diplomatik wakil-wakil yang menghadiri persidangan antarabangsa 4. Permohonan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu 5. Layanan timbal balik JADUAL

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Keistimewaan Diplomatik (Perluasan) PENG.85

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

EDISI SEMAKAN

PENGGAL85

KEISTIMEWAAN DIPLOM·ATIK(PERLUASAN)

SUSUNAN BAB-BAB

Bab

BAHAGIAN I

I. Gelaran pendek2. Keistirnewaan, kekebalan dan keupayaan pertubuh­

an-pertubuhan antarabangsa yang tertentu dan kaki­

tangannya

3. Kekebalan diplomatik wakil-wakil yang menghadiripersidangan antarabangsa

4. Permohonan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu

5. Layanan timbal balik

JADUAL

Page 2: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Keistimewaan Diplomatik (Perluasan) PENG.85 3

KEISTIMEWAAN DIPLOMATIK

(PERLUASAN)

Satu Akta untuk mengadakan syaratmengenai kekebalan, keis­timewaan dan keupayaan Pertubuhan-pertubuhan Antara­bangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Kebawah Duli YangMaha Mulia dan Kerajaan-kerajaan Asing dan bagimaksud-maksud yang berkaitan dengan perkara-perkarayang disebutkan di atas.

Permulaan kuatkuasa : 2hb Disember 1949

1. Akta ini boleh digelar sebagai Akta Keistimewaan

Diplomatik (Perluasan).

2. (1) Bab ini hendaklah dikenakan kepada mana-mana

pertubuhan yang diisytiharkan dengan suatu perintahKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan dalam Majlis Mesyuarat sebagai per­tubuhan yang dianggotai oleh Kerajaan Kebawah Duli YangMaha Mulia dan Kerajaan atau Kerajaan-kerajaan sebuahKuasa pemerintah asing atau Iebih.

(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajlisMesyuarat boleh dengan perintah -

(a) mempersyaratkan bahawa mana-mana per­tubuhan yang dikenakan dengan bab ini (selepas inidisebut sebagai "pertubuhan") hendaklah, setakat yangmungkin dinyatakan dalam perintah itu, mempunyaikekebalan dan keistimewaan yang dinyatakan dalam

Bahagian I dari ladual kepada Akta ini, dan hendaklahjuga mempunyai keupayaan suatu pertubuhan perba­danan di sisi undang-undang ;

(b) memberikan kepada sebilangan pegawai per­tubuhan sebagaimana yang mungkin dinyatakan dalamperintah itu, iaitu pemegang-pemegang jawatan tinggidalam pertubuhan sebagaimana yang mungkin dinya­takan dalam perintah itu, dan kepada orang-orang yang

8 tahun 1949

(Peng. 85)S.99/59

Gelaran

pendek

Keistimewaan.kekebalandan

keupayaanpertubuhan­pertubuhanantarabangsayang tertentu

dan kaki­

tangannya

Page 3: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

4 PENG.85 Keistimewaan Diplomatik (Perluasan)

digaji yang diutus bagi pihak pertubuhan sebagaimanayang mungkin dinyatakan, dan kepada mana-mana

orang yang menjadi wakil sesebuah Kerajaan anggotadalam badan pengelola atau sebarang jawatankuasapertubuhan itu, setakat yang mungkin dinyatakandernikian, kekebalan dan keistimewaan yang dinya­takan dalam Bahagian II dari Jadual kepada Akta ini ;

(c) memberikan kepada golongan pegawai dan pe­kerja lain pertubuhan sebagaimana yang mungkin di­

nyatakan dalam perintah itu, setakat yang mungkindinyatakan demikian, kekebalan dan keistimewaan

yang dinyatakan dalam Bahagian III dari Jadual

kepada Akta ini ;

dan Bahagian IV dari Jadual kepada Akta ini hendaklahberkuatkuasa bagi maksud memperluaskan kepada kaki­

tangan wakil-wakil Kerajaan anggota dan kepada keluargapegawai-pegawai pertubuhan sebarang kekebalan dan keisti­mewaan yang diberikan kepada wakil-wakil atau pegawai­pegawai di bawah perenggan (b) dari ceraian ini, kecualisetakat yang penguatkuasaan Bahagian IV tersebutdikecuali­kan dengan perintah yang memberikan kekebalan dan keisti­mewaan itu.

(3) Jika kekebalan dan keistimewaan diberikankepada mana-mana orang dengan suatu perintah yang dibuatdi bawah ceraian akhir yang terdahulu, maka Menteri -

(a) hendaklah menyusun suatu senarai orang-orangyang berhak terhadap kekebalan dan keistimewaan

yang diberikan di bawah perenggan (b) dari ceraian itu,dan boleh menyusun suatu senarai orang-orang yangberhak terhadap kekebalan dan keistimewaan yang di­berikan di bawah perenggan (c) dari ceraian itu ;

(b) hendaklah menyebabkan supaya sebarangsenarai yang disusun di bawah ceraian ini disiarkandalam suatu kenyataan awam ; dan

Page 4: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UND4.NG NEG4.RA BRUNEI DARUSSALAM

Keistimewaan Diplomatik (Perluasan ) PENG.85 5

(c) apabila mana-mana orang tidak lagi berhak

atau mula berhak terhadap kekebalan dan keistime­waan yang ada kena mengena dengan sebarang senarai

itu, hendaklah meminda senarai itu dan menyebabkansupaya suatu notis pindaan itu, atau,jika difikirkannyapatut, suatu senarai yang telah dipinda, disiarkan se­

bagaimana yang disebutkan di atas.

(4) Tiap-tiap senarai atau notis yang disiarkan dibawah ceraian akhir yang terdahulu hendaklah menyatakantarikh senarai atau pindaan itu berkuatkuasa; dan faktabahawa mana-mana orang adalah termasuk atau tidak ter­

masuk pada bila-bila masa di antara orang-orang yang berhak

terhadap kekebalan dan keistimewaan tersebut boleh, jikasuatu senarai orang-orang itu telah disiarkan demikian,dibuktikan secara muktamad dengan mengemukakan kenya­taan awam yang mengandungi senarai itu, atau, mengikutmana yang berkenaan, senarai terakhir yang berkuatkuasasebelum waktu itu, berserta dengan kenyataan awam (jikaada) yang mengandungi notis-notis pindaan yang berkuat­kuasa sebelum waktu itu, dan dengan menunjukkan bahawanama orang itu adalah pada waktu itu termasuk atau tidaktermasuk dalam senarai tersebut.

3. (1) Jika suatu persidangan diadakan di Negara Brunei

Darussalam dan dihadiri oleh wakil-wakil Kerajaan atau

Kerajaan-kerajaan sebuah Kuasa pemerintah asing atau

lebih, dan pada pendapat Menteri bahawa keraguan mungkintimbul mengenai setakat mana wakil-wakil Kuasa asing itu

dan anggota-anggota kakitangan rasminya berhak terhadapkekebalan diplomatik, maka dia boleh -

(a) menyusun suatu senarai orang-orang yang di­

sebutkan di atas yang berhak terhadap kekebalan itu,dan menyebabkan supaya senarai itu disiarkan dalam

suatu kenyataan awam ; dan

Kckcbalan

diplomaukwakil-wakil

yang mcng­hadiri

pcrsidanganantarabangsa

Page 5: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

6 PENG.85 Keistimewaan Diplomatik (Perluasan)

(b) apabila pada pendapat Menteri bahawa mana­

mana orang tidak lagi berhak atau mula berhak ter­

hadap kekebalan itu, meminda senarai itu dan menye­babkan supaya suatu notis pindaan atau, jika difikir­

kannya patut, suatu senarai yang telah dipinda, disiar­kan sebagaimana yang disebutkan di atas ;

dan tiap-tiap wakil Kuasa asing yang pada waktu itu termasukdalam senarai itu hendaklah, bagi maksud sebarang undang­undang dan kedaulatan undang-undang atau adat berkenaan

dengan kekebalan suatu utusan Kuasa asing yang ditauliah­kan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dan para

pengiring utusan seumpama itu, disifatkan seolah-olah diaadalah utusan seumpama itu, dan anggota-anggota kaki­

tangan rasminya yang pada waktu itu termasuk dalam senaraiitu hendaklah disifatkan bagi maksud yang disebutkan di atasseolah-olah mereka adalah para pengiringnya.

(2) Tiap-tiap senarai atau notis yang disiarkan dibawah ceraian akhir yang terdahulu berkenaan dengan se­

barang persidangan hendaklah termasuk suatu pernyataantarikh senarai atau pindaan itu berkuasa ; dan fakta bahawamana-mana orang adalah termasuk atau tidak termasuk padabila-bila masa di antara orang-orang yang berhak terhadapkekebalan diplomatik sebagai wakil-wakil yang menghadiripersidangan itu atau sebagai anggota-anggota kakitanganrasmi mana-mana wakil itu boleh, jika suatu senarai orang­orang itu telah disiarkan demikian, dibuktikan secara mukta­mad dengan mengemukakan kenyataan awam yang mengan­dungi senarai itu atau, mengikut mana yang berkenaan, sena­rai terakhir yang berkuatkuasa sebelum waktu itu, bersertadengan kenyataan awam (jika ada) yang mengandungi notis­notis pindaan yang berkuatkuasa sebelum waktu itu, dan

dengan menunjukkan bahawa nama orang itu adalah padawaktu itu termasuk atau tidak termasuk dalam senarai ter­sebut.

Page 6: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Keistimewaan Diplomatik (Perluasan) PENG.85 7

4. Akta ini hendaklah, atas permohonannya kepadaBangsa-Bangsa Bersatu, berkuatkuasa tertakluk kepadaubahsuaian-ubahsuaian yang berikut -

(a) sebarang rujukan kepada badan pengelola atau

sebarangjawatankuasa pertubuhan hendaklah ditafsir­kan sebagai merujuk kepada Perhimpunan Agung atausebarang majlis atau organ lain Bangsa-BangsaBersatu ; dan

(b) kuasa-kuasa yang diberikan oleh ceraian (2) bab2 dari Akta ini hendaklah termasuk kuasa denganperintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam

MajJis Mesyuarat memberikan kepada hakim-hakimdan pendaftar-pendaftar Mahkamah Keadilan Antara­

bangsa dan pihak-pihak yang berguaman kepada Mah­kamah itu dan ejen-ejen, peguam-peguam dan peguambela-peguambelanya, kekebalan, keistimewaan dankemudahan sebagaimana yang mungkin dikehendakiuntuk menguatkuasakan sebarang ketetapan, atau kon­vensyen yang diluluskan oleh, Perhimpunan AgungBangsa-Bangsa Bersatu.

5. Tiada sebarang apa pun dalam syarat-syarat Akta ini

yang terdahulu boleh ditafsirkan sebagai menegah KebawahDuli Yang Maha Mulia dalam Majlis Mesyuarat dari tidakmemberikan kekebalan atau keistimewaan kepada, atau darimenarik balik kekebalan atau keistimewaan daripada,warganegara atau wakil mana-mana Kuasa atas alasanbahawa Kuasa itu gagal memberikan kekebalan atau keisti­mewaan yang bersamaan kepada warganegara atau wakil

Negara Brunei Darussalam.

Permohonan

kepadaBangsa­BangsaBersatu

Layanantimbalbalik

Page 7: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

8 PENG.85 Keistimewaan Diplomatik (Perluasan)

JADUAL

(Bab 2(2))

BAHAGIAN I

Kekebalan dan Keistimewaan Pertubuhan

I. Kekebalan dari proses guaman dan undang-undang.

2. Arkib dan bangunan rasmi yang diduduki sebagai peja­bat sarna-sarna tidak boleh dicabuli sebagaimana yang diberi­kan berkaitan dengan arkib dan bangunan rasmi suatu utusan

Kuasa pemerintah asing yang ditauliahkan kepada KebawahDuli Yang Maha Mulia.

3. Pengecualian atau pelepasan yang sarna dari cukai dan

bayaran, selain dari cukai ke atas pengimportan barangan,sebagaimana yang mungkin diberikan kepada Kuasa peme­rintah asing.

4. Pengecualian dari cukai ke atas pengimportan bara­

ngan, yang diimport terus oleh pertubuhan untuk kegunaanrasminya di Negara Brunei Darussalam atau untuk dieksport,atau ke atas pengimportan sebarang penerbitan pertubuhanyang diimport terus olehnya, pengecualian itu hendaklah ter­

takluk kepada pematuhan syarat-syarat sebagaimana yangmungkin ditetapkan oleh Pengawal Kastam untuk melindungiHasil.

5. Pengecualian dari larangan dan sekatan ke atas peng­importan atau pengeksportan dalam hal barangan yang diim­

port atau dieksport terus oleh pertubuhan untuk kegunaanrasminya dan dalam hal sebarang penerbitan pertubuhanyang diimport atau dieksport terus olehnya.

6. Hak mendapatkan, untuk perhubungan bertelegrafyang dikirimkan olehnya dan yang hanya mengandungi per­kara yang dimaksudkan untuk diterbitkan oleh akhbar atau

Page 8: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Keistimewaan Diplomatik (Perluasan ) PENG.85 9

untuk disiarkan (termasuk perhubungan yang ditujukankepada, atau dihantar dari, tempat-tempat di luar NegaraBrunei Darussalam), sebarang kadaran terkurang yang bolehdikenakan bagi perkhidmatan yang bersamaan dalam hal tele­

gram akhbar.

BAHAGIAN II

Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-pegawai Tinggi,Orang-orang yang diutus dan Wakil-wakil Kerajaan

I. Kekebalan yang sarna dari proses guaman dan undang­undang sebagaimana yang diberikan kepada mana-mana

utusan Kuasa pernerintah asing yang ditauliahkan kepadaKebawah Duli Yang Maha Mulia.

2. Tempat kediaman sarna-sarna tidak boleh dicabuli se­

bagaimana yang diberikan kepada utusan seumpama itu.

3. Pengecualian atau pelepasan yang sarna dari cukai se­

bagaimana yang diberikan kepada utusan seumpama itu.

BAHAGIAN III

Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-pegawai danPekerja-pekerja Lain

I. Kekebalan dari proses guaman dan undang-undangberkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan atau di­

tinggalkan dari dilakukan semasa melaksanakan kewajipanrasmi.

2. Pengecualian dari cukai pendapatan berkaitan dengangaji yang diterima sebagai seorang pegawai atau pekerja per­tubuhan.

Page 9: Penggal 85 - Akta Keistimewaan Diplomatik Perluasan Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 85 - Akta Keistimewaan... · UNDANG-UNDANGNEGARABRUNEIDARUSSALAM KeistimewaanDiplomatik(Perluasan)

UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

10 PEN�5 Keistimewaan Diplomatik (Perluasan)

BAHAGIAN IV

Kekebalan dan Keistimewaan KakitanganPerwakilan dan Keluarga Pegawai Tinggi

I. lika mana-mana orang berhak terhadap sebarang ke­kebalan dan keistimewaan sebagaimana yang disebutkandalam Bahagian II dari ladual ini sebagai wakil Kerajaan ang­gota, kakitangan rasminya yang menyertainya sebagai wakilseumpama itu adalah juga berhak terhadap kekebalan dankeistimewaan itu setakat yang sarna sebagaimana parapengiring suatu utusan Kuasa pemerintah asing yang ditau­liahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia berhak

terhadap kekebalan dan keistimewaan yang diberikan ke­

pada utusan itu.

2. Jika seseorang berhak terhadap sebarang kekebalandan keistimewaan sebagaimana yang disebutkan dalam

Bahagian II dari ladual ini sebagai pegawai pertubuhan, isteriatau suami orang itu, dan anak-anaknya yang berumur 21tahun ke bawah adalah juga berhak terhadap kekebalan dankeistimewaan itu setakat yang sama sebagaimana isteri atausuami dan anak-anak suatu utusan Kuasa pemerintah asing,yang ditauliahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Muliaberhak terhadap kekebalan dan keistimewaan yang diberikan

kepada utusan itu.