hak keistimewaan orang melayu

Upload: pieka-chu

Post on 14-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    1/32

    Pendahuluan .

    Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat.

    Perkara 153 memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong

    untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah

    dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan

    British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu1 tidak

    diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada

    sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu.

    Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja

    Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat

    istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit

    demi sedikit terhakis.

    Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?,

    Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas

    perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar

    melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah

    Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam

    perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha

    pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaandan perdagangan .

    Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara

    89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada

    undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu

    daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu .

    Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan

    dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak

    mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan

    dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-

    1Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di

    Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.

    1

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    2/32

    masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang palin penting , hak

    untuk mendapat layanan yang sama rata .

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang

    di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal

    Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel

    mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-

    kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan

    awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai

    sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan

    legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah

    penduduk asal Malaysia.

    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan

    Malaysia.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan

    istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

    Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

    (2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada

    peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong

    hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-

    undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi

    kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

    Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan

    anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran

    yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam

    2

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    3/32

    perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada

    biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang

    seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh

    Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh

    undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau

    perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara

    ini, daripada permit dan lesen itu.

    (3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2),

    perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

    dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa,

    danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain,memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada

    mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-

    mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

    pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau

    kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah

    mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

    (4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang

    persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh

    melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang

    olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan

    pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

    (5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

    (6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau

    lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan,

    maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-

    undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am

    kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-

    3

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    4/32

    undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang

    dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit

    atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

    Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-

    Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan

    sewajarnya.

    (7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan

    atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau

    lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau

    dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan

    mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberianapa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak

    seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya

    dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

    (8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-

    mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi

    mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu

    boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit

    atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri

    Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi

    maksud memastikan perizaban itu

    (a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak,

    keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang

    itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

    (b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen

    mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen

    kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika

    pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-

    4

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    5/32

    undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa

    keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik

    bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan

    hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

    (c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan

    pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian

    permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa

    pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide

    sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa

    untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-

    mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesensedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang

    itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan

    atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan

    biasa keadaan.

    (8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-

    mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan

    selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya,

    bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab

    bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon

    bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang

    layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan

    Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu

    kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran

    daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana

    antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh

    Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu

    dengan sewajarnya.

    5

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    6/32

    (9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk

    menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban

    bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

    Sarawak.

    (9A) Dalam Perkara ini ungkapan anak negeri berhubung dengan Negeri

    Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya

    dalam Perkara 161A.

    (10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang

    bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

    Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan

    artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai

    hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan

    menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia

    dipertahankan.

    Hak-hak istimewa orang Melayu

    Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang

    Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan2. Perkara 160 mendefinisikan

    orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap

    bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari

    Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di

    Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di

    Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang

    tersebut.

    Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu

    terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu

    2Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153.

    6

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    7/32

    terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan

    mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini

    untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu

    mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang

    berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di

    Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan

    baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah

    Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri

    Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

    Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam

    Perlembagaan? Di bawah Perkara 1533 Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki

    dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan,

    melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan

    Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi

    jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau

    kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan

    perdagangan.

    Jawatan Yang di-Pertuan Agong4, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu

    tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan

    dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.

    Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan

    Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada

    Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang

    ditetapkan.

    3 Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa danpendidikan awam.4 YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk memelihara hak istimewa orang Melayumengikut dan berdasarkan Perkara 153.

    7

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agonghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    8/32

    Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

    Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk

    Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran

    oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia

    Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu

    dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi

    orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh

    melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil

    untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam

    Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang

    tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan

    biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut

    Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan

    ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang

    Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi

    membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

    Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-PertuanAgong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri

    dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa

    orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak

    istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada

    hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Hak Tanah

    8

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    9/32

    Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu

    yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu

    menurut fasal (1),

    Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum

    sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh

    terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu

    sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan

    suatu Enakmen.

    Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang

    pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang

    ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai

    tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

    Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu)

    yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-

    undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan

    oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawameskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab

    ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan

    orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan

    Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap

    sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

    Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman

    penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi

    menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-

    kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi

    bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di

    Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia

    9

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    10/32

    adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong

    melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai

    'Chinatown'.

    Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia,

    terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati

    pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan

    tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala

    Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar

    utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi

    kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.

    Jawatan Dalam Kerajaan

    Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor

    ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki

    kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat

    masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakatMelayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman

    tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak

    pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui

    proses politik.

    Peruntukan Biasiswa

    10

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    11/32

    Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan

    terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan

    terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan

    kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam

    bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang

    termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan

    keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum

    Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada

    mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-

    anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.

    Bantuan Ekonomi

    Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan

    penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan

    kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki

    sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu(kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya

    dipegang oleh orang-orang asing.

    Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut

    kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam

    perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi

    orang-orang Melayu

    Perlaksanaan dasar pecah dan perintah5 Inggeris telah mengeruhkan perpaduan

    masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan

    sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya

    5 Dasar divide and rule.

    11

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayu
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    12/32

    menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan

    dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan

    serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India

    kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh.

    Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu

    sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

    Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan

    pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan

    sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)6. Tujuan rancangan ini

    diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan

    penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di

    Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

    RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai

    tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang

    Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,

    sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13

    Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

    Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan

    dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam

    ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap

    penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

    Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan

    manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak

    negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa

    bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan

    pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar

    6Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh

    Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein digantikan dengan DasarPembangunan Nasional (DPN).

    12

    http://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    13/32

    bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan

    bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan

    menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang

    Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di

    bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka

    bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.

    Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi7 ini ialah

    menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian

    dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung

    dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-

    syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi

    bagi membentuk perpaduan nasional.

    Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.

    Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap

    apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita

    mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13"

    yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatansejarah orang Melayu. Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan PerhimpunanCina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the

    Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969)

    tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu

    menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada

    ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua

    mengemukakan tesis baru: Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak

    cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.

    Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum

    Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak

    menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu

    kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes

    kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan

    7 RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar PensyarikatanNegara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Sains dan Teknologi.

    13

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    14/32

    berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun

    dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur

    dan terpinggir memiliki disposition towards conflics and violence

    (keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

    KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN MASYARAKAT

    hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah

    dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku

    sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua

    kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan olehperlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat

    dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan

    urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan

    mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan

    mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

    Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu

    berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman

    damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di

    negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan

    masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah

    ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad

    Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat

    Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya pada Sidang Kemuncak Media Asia

    2004. Beliau berkata bahawa:

    Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu

    diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk

    perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan

    bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta

    14

    http://syafiqe.wordpress.com/2008/08/02/artikel-terkini-kontrak-sosial-sebagai-pemangkin-perpaduan-masyarakat/http://syafiqe.wordpress.com/2008/08/02/artikel-terkini-kontrak-sosial-sebagai-pemangkin-perpaduan-masyarakat/
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    15/32

    membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan

    hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni

    Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau

    sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum

    bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang

    terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana

    mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang

    penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.

    Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidakdipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan

    persekutuan.

    Ketuanan Melayu

    Menurut Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

    Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan

    Ketuanan Melayu.

    Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang

    Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .

    Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang

    dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu

    kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagaiwarganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat

    British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai

    timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai

    pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada

    orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara

    153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).

    15

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hishammuddin_Tun_Husseinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkauman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malaysia)&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hishammuddin_Tun_Husseinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkauman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Cina_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_153_Perlembagaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malaysia)&action=edit&redlink=1
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    16/32

    Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak

    sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik

    Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun

    Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya

    dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada

    hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

    Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa

    ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal

    tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti

    yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP),

    tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep

    ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an

    apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan

    kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usahayang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti

    Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura yang merupakan negeri Malaysia dari

    1963 hingga 1965 dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu,

    sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas

    rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang

    menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu

    tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar

    kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa

    orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia iaitu hanya orang Melayu

    boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

    Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan

    kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru

    iaitu dasartindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu.

    Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970,

    memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum

    Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, Perdana MenteriMahathir bin Mohamad

    menolak pendekatan ini, dengan dasar Bangsa Malaysia yang menekankan

    bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun

    2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan

    membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.

    Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil

    sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar

    oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan

    raya umum lalu.

    16

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Quid_pro_quo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mei_13http://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Ultra_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tindakan_pengesahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bangsa_Malaysia&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Quid_pro_quo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Demokratikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonyahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Unionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Tindakan_Rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mei_13http://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Ultra_(Malaysia)http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tindakan_pengesahan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamadhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bangsa_Malaysia&action=edit&redlink=1
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    17/32

    Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang

    Melayu mengambil sikap menyerang bagi memastikan hak-hak yang dinikmati

    selama ini dapat dipertahankan.

    Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi

    tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan

    Melayu dan agama Islam.

    Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris

    kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita

    kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri, katanya ketika

    berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan

    Perdana di sini hari ini.

    Menurut Dr. Mahathir pula, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang

    lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu

    diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

    Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang

    Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan

    yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

    Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara

    yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum

    lain di negara ini.

    Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita

    tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.

    Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang

    bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

    Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang

    diberikan kepada mereka, katanya.

    Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu,

    banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara

    terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu

    banyak hak di negara ini.

    17

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    18/32

    Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan

    mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza

    dengan orang Cina dan India, katanya.

    Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan

    kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS)

    baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh

    seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

    Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak

    boleh disamakan dengan kita.

    Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia

    menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia

    cukup dengan identiti Amerika, katanya.

    Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan

    Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan

    datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.

    Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang

    disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan

    menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan

    cara rasuah.

    Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin

    UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan

    termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum

    Ke-13.

    Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan

    besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.

    Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan

    sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah

    berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin

    kerana mereka terlibat rasuah.

    Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam

    pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat

    undi?, katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan

    Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

    18

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    19/32

    Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan

    segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar

    mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti

    tersebut.

    Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan

    raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas

    dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.

    Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik

    wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi

    mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.

    Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka

    akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang

    sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak, katanya.

    Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan

    oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan

    pertukaran pemimpin secara fizikal.

    Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-

    dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian

    kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.

    Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan

    lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.

    Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi

    mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu

    akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan

    UMNO, tegasnya.

    Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba

    membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk

    menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala

    itu kepada badan tersebut.

    Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan

    politik wang dalam laman blog saya, katanya.

    19

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    20/32

    FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN

    Tiada apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan

    Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu

    memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan

    Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang

    bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini

    sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti

    lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar

    bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai

    tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu

    yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai

    pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan

    petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk

    menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga

    pastinya sangat terhad.

    Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagikeluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan

    pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan,

    pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh

    seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan anak-anak juga

    terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa

    mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan

    pinjaman pendidikan pada masa depan.

    Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian,

    bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak

    mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan beterusan

    dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

    20

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    21/32

    Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika

    ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan

    dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit

    di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan

    misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan

    kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang

    mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak

    mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan

    ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin

    Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini.

    Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan

    diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang

    Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik

    yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang

    Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan

    kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.

    Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang

    Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak

    sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar.

    Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya,

    meskipun kuota 30 peratus8 yang diperuntukkan kepada bumiputera dipenuhi,

    namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai

    jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang

    Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada

    kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh

    modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan

    kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang

    8 P.Persekutuan, Perkara 153.

    21

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    22/32

    Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang

    pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.

    Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang

    meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun

    tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang

    pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah

    sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana

    hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya

    peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik

    tingginya kadar pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan

    sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak

    memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang

    menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya.

    Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga,

    pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara

    sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata.

    Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalambidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana

    pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang

    meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun,

    dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang,

    sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau

    monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing.

    Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau

    warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam

    cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta,

    kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya,

    semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.

    22

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    23/32

    Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang

    cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak

    mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya

    peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan

    kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang perlu

    diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai

    oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih

    ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang

    kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program

    menambah nilai keusahawan atau sokongan logistik lainnya.

    HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN

    ZAMAN?

    Persoalan Hak Keistimewaan.

    Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi,

    tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-

    kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayusehinggalah kepada kontrak sosial tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan

    Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB

    dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan,

    atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun

    apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum

    Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka.

    Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak

    kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana

    mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa

    hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi

    persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa

    lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan

    adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?

    Berapa kali kita membincangkan isu ini namun sehingga hari ini seolah-olah

    23

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    24/32

    sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut

    30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa

    persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus

    menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu.

    Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi

    kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang

    ada di Malaysia yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui

    oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?

    Benar, jangan main isu rasis isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu

    meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya

    dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang

    Melayu. Noktah!

    Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah

    desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap

    Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka?

    Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu

    ada di satu pihak sahaja?

    Kita fikirkan bersama, kerana mempersoalkan hak yang ada pada Melayu

    adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu

    pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama siapa yang

    dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula.Adakah seperti yang pernah kita kata kita di tolak dan kita beransur sedangkan

    kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain

    kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat

    oleh Melayu.

    Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. Jual sahaja Melayu

    untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah

    dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga

    kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan

    sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahumenyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila

    berdiri.

    CommentsAdd New Search

    24

    http://josc_addnew%28%29/http://josc_searchform%28%29/http://josc_addnew%28%29/http://josc_searchform%28%29/
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    25/32

    PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN ? .

    1. Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam Melayu yang ingin

    mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu penghinaan

    terhadap orang Melayu dan orang Islam.

    Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang kepada bangsanya

    sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada pihak lain.

    Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas termaktub

    dalam perlembagaan Negara.

    Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara ini faham hak masing-

    masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak lagi.

    Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan orang melayu, tidak

    mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum lain seperti Hak

    Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus mempertahankan

    hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu mempertikaikankontrak sosial yang telah dipersetujui bersama selepas kemerdekaan. Jika tidak

    negera ini akan jadi neraka.

    Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara China, orang India berbangga

    dengan negara India, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan Malaysia

    sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama kaum-kaum lain.

    Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang melayu dan kita tidak pernah

    meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah prinsip kita dan kita akan

    tetap mempertahankannya sampai bila-bila.

    25

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    26/32

    2. November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan

    dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi

    Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan

    orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula

    masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu

    perkara yang dianggap amat sensitif didalam negara ini. Para pemimpin

    UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan

    David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan

    akan mencetuskan perbalahan kaum.

    Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu

    kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satulangkah dalam mempertahankan hak hak keistimewaan orang-orang Melayu di

    negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan

    sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.

    Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi

    Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan

    oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama pembangunan negara dan

    didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara

    bumiputera dan bukan bumiputera.

    Bagaimana pun pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak

    bermakna rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara kelas kedua

    dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan.

    Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata keran tidak

    semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang

    hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada

    dibawah garis kemiskinan.

    Permintaan dan tuntutan supaya hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan

    mungkin disebabkan wujudnya anggapan di kalangan masyarakat bukan

    26

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    27/32

    Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap

    golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang

    dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah

    bantuan yang dihulurkan dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan

    bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini

    golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan yang membolehkan

    mereka memberikan sumbangan kearah pembanguan serta memakmurkan

    ekonomi negara.

    Salah satu tuntutan 17 perkara yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan

    Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang mahukan

    perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan dalamsegala bidang samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya

    mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina

    pada pertengan tahun 1980an.

    3. Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna

    meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang

    dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan

    asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial tidak habis-

    habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah

    dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak

    keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi

    dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga

    alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum

    Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda

    mereka.

    Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak

    27

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    28/32

    kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana

    mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa

    hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi

    persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa

    lain. Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan

    adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur?

    Berapa kali kita membincangkan isu ini namun sehingga hari ini seolah-olah

    sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut

    30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa

    persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus

    menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu.

    Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi

    kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang

    ada di Malaysia yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui

    oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu?

    Benar, jangan main isu rasis isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu

    meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnyadihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang

    Melayu.

    Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah

    desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap

    Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka?

    Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu

    ada di satu pihak sahaja?

    Kita fikirkan bersama, kerana mempersoalkan hak yang ada pada Melayu

    adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu

    pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama siapa yang

    dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula.

    28

  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    29/32

    Adakah seperti yang pernah kita kata kita di tolak dan kita beransur sedangkan

    kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain

    kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat

    oleh Melayu.

    Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. Jual sahaja Melayu

    untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah

    dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga

    kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan

    sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu

    menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila

    berdiri.

    CommentsAdd New Search

    KESIMPULAN

    MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan

    Melayu9 dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini

    menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu

    termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.

    Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan

    Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di

    tanah air sendiri. Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak

    negara mencapai kemerdekaan? Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayudi Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.

    Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan

    9 Ketuanan Melayu ialah konsep perkaumanyang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuankepadaPersekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .

    29

    http://josc_addnew%28%29/http://josc_searchform%28%29/http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkauman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkauman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://josc_addnew%28%29/http://josc_searchform%28%29/http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkauman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    30/32

    agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak

    lagi relevan?

    Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka

    tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu

    berbuat demikian. Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang

    didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas

    golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah

    pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat

    menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan

    kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana

    menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.

    Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan

    Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu

    dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu

    tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa

    depan politik. Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan

    beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanyalaungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu

    dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat.

    Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh

    segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan

    dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang

    turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan

    Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada

    dasar tersebut.

    Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia

    untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan

    dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan

    30

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    31/32

    akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-

    kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13

    Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini

    menyebabkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan

    semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan

    pilihan raya umum 1969 diketahui.

    Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah

    memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Pengisytiharan ini

    telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan

    Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato

    Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis

    Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa

    pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang

    di-Pertuan Agong.

    Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan

    MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk

    membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalanmenyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu

    masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk

    di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas

    dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan

    sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan

    sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara

    telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali

    sebagai Rukun Negara10.

    10 Mengandungi lima Perkara:(1) Kepercayaan Kepada Tuhan.(2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara.(3) Keluhuran Perlembagaan.(4) Kedaulatan Undan-Undang.(5) Kesopanan Dan Kesusilaan.

    31

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
  • 7/30/2019 Hak Keistimewaan Orang Melayu

    32/32

    Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu

    sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk

    menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada

    kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu

    untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.

    Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan

    bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.