pengetahuan pedagogi isi kandungan 3_2014

Upload: azwan-lai-azahary

Post on 04-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    1/9

    PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN 3

    Nama : Mohamad Azwan bin Azahari

    Punitha a/p Nagappan

    Shutha a/p Avadiyan

    Tarikh : 7 Januari 2014

    Tajuk : Tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui

    Soalan Tugasan

    1. Persembahkan satu pengurusan grafik berkenaan tenaga yang boleh diperbaharui

    dan tidak boleh diperbaharui.

    TENAGA

    TENAGA TIDAK BOLEH

    DIPERBAHARUI

    TENAGA BOLEH

    DIPERBAHARUI

    Tenaga suria (solar)

    Geoterma

    Hidro (Air)

    Biojisim

    Angin

    Gas asli

    Arang batu

    Bahan api (fosil)

    Nuklear

    Petroleum

    Ombak (pasang surut)

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    2/9

    TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

    Tenaga yang boleh diguna semula dan tidak akan habis digunakan

    Sumber Tenaga Kelebihan Kekurangan

    Suria (solar)

    Cahaya matahari dalahpercuma

    Tidak mencemarkanalam sekitar

    Bergantung kepada cuaca

    Peralatannya mahal

    Tidak berfungsi pada waktumalam

    Air (hidro)

    Tenaga elektrik bolehdijana sepanjang masa

    Tidak mencemarkanalam sekitar

    Kawasan yang luas diperlukanuntuk menakung air

    Kos pembinaan empangan sangatmahal

    Biojisim

    Murah kerana hanyamenggunakan bahanbuangan

    Mengurangkan bahanbuangan

    Menyebabkan pencemaran udaraapabila dibakar

    Angin Angin adalah ercuma Tidak mencemarkan

    alam sekitar

    Kebergantungan kepada cuaca(kekuatan angin) amat tinggi

    Banyak kincir angin yangdiperlukan untuk menjana tenaga

    Geoterma

    Haba daripada bumiadalah percuma

    Tidak mencemarkanalam sekitar

    Hanya sedikit bahan apiyang digunakan untuk

    menjalankan pam

    Sukar untuk mencari kawasanbagi mendirikan loji geoterma

    Bahan kimia yang berbahayamungkin terlepas ke bawah tanah

    Peralatan yang mahal diperlukan

    Ombak Ombak adalah percuma

    Tidak mencemarkanalam sekitar

    Bergantung kepada kekuatanangin yang menyebabkan ombakberlaku

    Sukar mencari kawasan yangmempunyai ombak yang kuat dankerap

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    3/9

    TENAGA TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

    Tenaga yang tidak boleh diguna semula dan akan habis setelah digunakan

    Sumber Tenaga Kelebihan Kekurangan

    Bahan api fosil

    Mudah terbakar dan

    banyak tenaga haba yang

    dapat dihasilkan

    Mudah untuk mengangkut

    bahan api fosil

    Menyebabkan pencemaran

    udara apabila dibakar

    Nuklear

    Menghasilkan jumlah

    tenaga yang banyak

    Tidak mencemarkan alam

    sekitar

    Bahan buangan nuclear yang

    dihasilkan sangat berbahaya dan

    memerlukan kos yang tinggi

    untuk menguruskannya

    Kemalangan nuclear yang

    berisiko untuk berlaku boleh

    membawa kecelakaan yang

    besar kepada manusia dan

    hidupan lain

    Kos untuk membina stesen

    janakuasa sangat mahal

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    4/9

    2. Apakah peranan anda dalam mengurangkan pembaziran tenaga di dalam

    kehidupan seharian? Bincangkan.

    Antara peranan dan langkah yang saya ambil dalam menjimatkan penggunaan tenaga

    dalam kehidupan seharian adalah seperti yang berikut:

    Menyokong usaha pelaksanakan program-program kesedaran awam mengenai

    penggunaan tenaga secara cekap seperti Earth Hour setiap tahun. Aktiviti-aktiviti

    yang diadakan adalah seperti seminar, pameran, edaran-edaran risalah dan buku

    panduan serta aktiviti-aktiviti peringkat sekolah mengenai kepentingan dan cara-cara

    untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

    Menetapkan suhu pendingin hawa di antara 24C hingga 26C, iaitu paras rendah

    (24C) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26C) pada musim hujan.

    Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana bagi

    menjimatkan tenaga.

    Peralatan dapur yang bersaiz kecil digunakan bagi membantu mengurangkan

    penggunaan tenaga elektrik yang banyak.

    Menukar kipas yang telah lama kerana ianya lebih cekap dan menjimatkan tenaga

    Menukar penggunaan lampu mentol kepada lampu kalimantang adalah beberapa

    kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Menanam pokok bagi membantu proses penyejukan di rumah kerana tumbuh-

    tumbuhan meresap karbon dioksida (CO2) di udara

    Menggunakan cerek elektrik kerana menjimatkan tenaga elektrik. Ini disebabkan oleh

    elemen pemanas di dalam cerek elektrik di etakkan terus di dalam air untuk

    mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat dikurangkan.

    Tidak memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini kerana udara sejuk

    perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang

    betul.

    Menutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk

    atau kuali mengikut saiz pembakar.

    Menutup kepala paip atau sumber air selepas digunakan.

    Menadah air hujan untuk tujuan menyiram bunga dan membasuh kereta

    Tidak menggunakan kuantiti air secara berlebihan dalam membuat kerja rumah

    seperti membasuh baju dan membasuh pinggan

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    5/9

    Membersihkan kipas angin bilik sekurang-kurangnya 2 bulan sekali untuk

    mengelakkan habuk-habuk daripada melekat dan seterusnya menggunakan elektrik

    yang lebih untuk bergerak.

    Membersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50%

    pengeluaran tenaga.

    Meletakkan peti sejuk jauh daripada sinaran matahari secara terus. Ini akan

    menaikkan suhu peti sejuk. Pada masa yang sama haba daripada koil kompresor

    mesti bergerak dengan senang untuk memudahkan proses penyejukan.

    Tidak menyimpan peti sejuk dan perkakas elektrik yang melebihi 10 tahun kerana

    besar kemungkinan ia tidak cekap tenaga. Ini akan menyebabkan pembaziran

    tenaga.

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    6/9

    Soalan

    1. Apakah yang telah anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti ini?

    Dalam pembelajaran aktiviti saya dapat mengetahui dan mengenalpasti sumber tenaga

    terbahagi kepada dua iaitu sumber yang boleh diperaharui dan sumber yang tidak bolehdiperbaharui. Di Malaysia sendiri mempunyai sumber tenaga seperti tenaga suria,

    hidroelektrik, biojisim, arang batu, petroleum dan gas asli. Sumber-sumber tenaga yang

    diperolehi sesebuah Negara itu bergantung kepada keadaan sekeliling seperti di Malaysia

    penggunaan sumber tenaga dari hidroelektrik dan petroleum serta gas asli sangat tinggi

    kerana Malaysia mempunyai kawasan yang sesuai untuk dijadikan empangan yang boleh

    membekalkan tenaga. Ini berbeza dengan negara luar seperti India yang menjadikan tenaga

    biojisim sebagai sumber tenaga yang utama kerana meraka mempunyai sisa-sisa haiwan

    sperti lembu yang sangat banyak yang boleh diproses dan kemudian dijadikan sebagai

    sumber tenaga. Manakala Belanda pula menggunakan angin sebagai sumber tenaga

    alternatif mereka.

    2. Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik ini?

    Tahun :5

    Tema : Menyiasat Daya Dan Tenaga

    Topik : Memahami Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Dan Tidak Boleh Diperbaharui

    3. Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam

    pengajaran dan pembelajaran anda?

    Saya akan meminta murid-murid mengadakan perbincangan secara berkumpulan. Murid

    diminta untuk mengklasifikasikan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh

    diperbaharui. Selain itu, saya akan menggunakan powerpoint semasa proses PdP yangmana memaparkan sumber tenaga yang digunakan sebagai tenaga alternatif di negara luar.

    Kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan teknik lakonan. Murid-urid

    diminta untuk melakonkan situasi contoh-contoh penggunaan sumber tenaga yang

    berlebihan, misalnya penggunaan air yang berlebihan di rumah ataupun tidak menutup

    lampu rumah pada waktu siang, serta membiarkan kipas angin sentiasa terbuka. Selepas

    itu, mereka diminta untuk berbincang dan menyenaraikan tentang cara mengurangkan

    penggunaan tenaga dalam kehidupan seharian.

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    7/9

    4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

    Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing murid memahami input-input yang

    telah diperolehi oleh mereka di dalam kelas. Guru dapat menguji tahap pemahaman pelajarmelalui penyoalan dan kuiz ringkas. Melalui penyoalan guru dapat mengenalpasti murid

    yang lemah dalam memahami isi pengajaran dan kemudian guru perlu membantu memberi

    penerangan yang lebih untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap topik ini. Guru

    juga boleh membimbing pelajar dengan memberi maklumat tambahan serta contoh tentang

    penggunaan sumber tenaga dalam kehidupan seharian manusia.

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    8/9

    RUJUKAN

    Avirananthan R.M. (2010). Penjimatan Tenaga. Dicapai pada 7 Januari 2014 di

    http://e-tenaga.blogspot.com/p/penjimatan-tenaga.html

    Chang See Leong, Chong Kum Ying Science (2009). Fokus Ace PMR 2009. Bangi: Pelangi

    Publishing Book Sdn Bhd

    National Renewable Energy Laboratory (t.t.). Types of Renewable Energy. Dicapai pada 7

    Januari 2014 di http://www.renewableenergyworld.com/rea/tech/home

    Sean Rosner (2009). 10 Easy Ways to Save on Energy at Home. Dicapai pada 6 Januari

    2014 di http://www.motherearthnews.com/renewable-energy/save-money-on-

    energy.aspx

    Suet Ling Loh, Audrey M. A. L (2009). Science PMR Bilingual. Shah Alam: Arah Pendidikan

    Sdn Bhd

    Thanesh Kumar (2011). 23 Cara Mempraktikan Penjimatan Tenaga. Dicapai pada 7 Januari

    2014 di http://switch.org.my/v3/index.php/energy-tips/58-23-cara-mempraktikan-

    penjimatan-tenaga

    William D. Nordhaus (2011). Energy: Firend or Enemy?United States: National Academies

    Press

  • 8/13/2019 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan 3_2014

    9/9

    LAMPIRAN