pengetahuan dan kemahiran bahasa

65
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Upload: webb

Post on 15-Jan-2016

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa. Kertas dua Soalan 3 30 Markah Jawab semua soalan. MEMBINA AYAT. Membina ayat. Dikehendaki membina enam ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan . 6 markah 1 ayat 1 markah - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Page 2: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

• Kertas dua• Soalan 3• 30 Markah• Jawab semua soalan

Page 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan

3(a)

• Membina ayat dari enam perkataan yang dikemukakan.

Soalan 3 (b)

• Menukarkan ayat, menyambungkan ayat, memisahkan ayat dan menganalisis ayat

Soalan 3 (c)

• Mengenal pasti kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan

Soalan 3 (d)

• Mengenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

Soalan 3 (e)

• Peribahasa

Page 4: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

MEMBINA AYAT

Page 5: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Membina ayat

• Dikehendaki membina enam ayat daripada enam perkataan yang dikemukakan.

• 6 markah• 1 ayat 1 markah• Jika melakukan kesalahan ejaan, frasa, klausa

dan sebagainya (1/2) markah akan ditolak

Page 6: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Panduan menjawab

• Kuasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.

• Memahami makna perkataan.• Ayat dibina mestilah gramatis.• Ayat yang dibina tidak boleh ditokok tambah

dengan sebarang imbuhan, gandaan, digunakan sebagai peribahasa dan nama khas.

Page 7: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh Soalan

• Tulis ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan maknanya.

1. Bengkok 2. Bongkok3. Bengkak4. Bongkak5. Bongkah6. Bingkai

Page 8: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

1. “ jangan bengkokkan besi itu ,” kata Prof Noriah Kepada Dr. Arif.

2. Jalan menuju ke Pusat PERMATApintar bengkang-bengkok.

3. Palang besi itu semakin membengkok kerana cuaca panas terik.

4. Warden asrama itu menjaga bangunan itu dengan baik kerana dia tahu bahawa dia mana kayu bengkok di sanalah Musang meniti.

5. Minah sekeluarga akan berpindah ke kampung Beringin Bengkok.

Page 9: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh ayat gramatis

1. Jaafar menaikkan bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” (ayat gramatis)

2. Jaafar menaiki bendera ketika “lagu PERMATA pintar.” (ayat tidak gramatis)

Page 10: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Analisis ayat pertama

1. Jaafar menaikkan bendera ketika “lagu PERMATA pintar.”

• Tepat dari segi makna• Betul dari segi tatabahasa

Page 11: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Analisis ayat kedua

2. Jaafar menaiki bendera ketika “lagu PERMATA pintar.”

• Betul dari segi tatabahasa• Tidak betul dari segi makna (mengapa)• “Jaafar menaiki bendera” sememangnya tidak

logik.

Page 12: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Latihan

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan berikut di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Page 13: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Bahagian 11.Pedalaman2.Pendalaman3.Rasmi4.Resmi5.Telur6.Telor

Bahagian 21.Saki-baki2.Hiruk-pikuk3.Pontang-panting4.Kuih-muih5.Mundar-mandir6.Cirit-birit

Bahagian 31.oleh hal yang demikian2.walau bagaimanapun3.tambahan pula4.di samping itu5.namun begitu6.selanjutnya

Bahagian 41.Teleperubatan2.Prabayar3.Multimedia4.Pancaindera5.Antibuli6.Pascamerdeka

Page 14: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Bahagian 51.Intensif2.Eksklusif3.Aspirasi4.Inspirasi5.Interaksi6.Interpretasi

Bahagian 61.menanak2.merebus3.menggoreng4.menjerang5.mengukus6.Memanggang

Bahagian 71. Beradat2. beradab3. Hempas4. hampas5. Kerat6. karat

Bahagian 81.Dalam 2.Dalaman3.Mendalami4.Mendalamkan5.Kedalaman

Page 15: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Bahagian 9 (tulis dua ayat)1. Selak2. Sepak3. Sesak

Bahagian 101. jerit payah2. adu domba3. riang ria4. mengisi masa lapang5. perlindungan alam sekitar6. selamat maju jaya Bahagian 111. gerak-geri2. dentam-dentum3. kaya-raya4. gela-gelita5. huynung-hayang

6. gotong-royong

Bahagian 121. Swadaya2. Swakarya3. Swasata 4. Swalayan5. Swadesi6. Swapraja

Bahagian 131. subversif2. Subbidang3. Subbudaya4. Subeditor5. Subgolongan6. Subjudul

Page 16: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

MENUKARKAN AYAT

Page 17: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Page 18: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Takrif

• Terdapat dua cara untuk melaporkan atau menyatakan secara lisan atau bertulis tentang apa yang diucapkan oleh seseorang iaitu melalui penggunaan cakap ajuk dan cakap pindah.

• Ayat cakan ajuk juga dikenali sebagai ayat dialog.

• Ayat cakap pindah biasanya berbentuk ayat penyata.

Page 19: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Cakap Ajuk

• Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

• Contoh:Saya sudah membuat kerja itu.Hasnita berkata, “Saya sudah membuat kerja itu.”• Perhatikan, tanda koma selepas perkataan

berkata dan penggunaan tanda pengikat kata bagi menunjukkan ujaran.

Page 20: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Cakap Pindah

• Dalam cakap pindah, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut.

• Contoh:• “Apa khabar Zahid?” tanya Masri.• Masri bertanya tentang keadaan Zahid

atau• Masri ingin mengetahui keadaan diri Zahid.

Page 21: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Apabila melaporkan perbualan secara lisan, gunakan ungkapan seperti:

untuk ayat penyata :• memberitahu,• menyatakan,• berkata,• menerangkan,• menjelaskan dan sebagainya

Page 22: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

untuk ayat tanya

• bertanya,• menanyakan,• ingin tahu,• ingin mendapatkan kepastian,• menyoal dan sebagainya

Page 23: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

untuk ayat suruhan

• meminta,• menyuruh,• mengajak,• mempelawa,• melarang,

Page 24: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

untuk ayat seru

• mengharapkan• dan sebagainya• terkejut,• hairan,• kagum,• terperanjat,• mengeluh,• mengaduh,• mengelamun• dan sebagainya

Page 25: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

perhatikan satu contoh dialog dengan cakap pindah:

• Cakap Ajuk : “Kalau aku mati, kau mesti jaga kubur aku,” kata Pak Mat.

• Cakap Pindah : Pak Mat mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

• Cakap Ajuk : “Eh...mengapa cakap begitu?” balas Mak Kiah.• Cakap Pindah : Mak Kiah ingin tahu sebab Pak Mat berkata

demikian.• Cakap Ajuk : “Kerana aku sudah lama sakit, katalah aku akan

mati dulu,” Balas Pak Mat.• Cakap Pindah : Pak Mat mengingatkan bahawa dia telah lama

sakit dan dia mungkin akan meninggal dunia terlebih dahulu.

Page 26: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Pertukaran Ganti Nama, Kata Sifat dan Adverba

• Ganti nama tunjuk di sini bertukar menjadi di situ, ini menjadi itu.

• Ganti nama orang pertama bertukar kepada orang ketiga.

Contoh: “Saya hendak ke sana.”• Dia berkata bahawa dia akan ke situ.• Kecuali apabila penutur sendiri melaporkan

ucapannya.Contoh: Saya berkata, “Saya kehilangan wang.”

Saya memberitahu saya kehilangan wang.

Page 27: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Seterusnya, apabila kita menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah, beberapa perubahan seperti pada ganti nama dan masa mesti dilakukan.

• Dalam cakap ajuk, ganti nama diri pertama

akan menjadi

akusayakamibetapatik

diamerekabaginda

Page 28: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh:

“Kami membeli buku ini.” kata Abu.Abu berkata merekalah yang membeli buku itu.

“Saya akan membaca buku,” beritahu Aziz.Aziz memberitahu dia akan membaca buku.

Page 29: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ganti nama diri kedua

Akan menjadi

awakandakau

kamuawak

sekalian

sayadia

-nyakami

mereka

Page 30: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh:

Kata Encik Nordin, “Kamu semua mesti menyiapkan latihan itu.”Encik Nordin memberitahu mereka semua perlu menyiapkan latihan itu.

Hajar berkata kepada Ropidah, “Tolong pinjamkan saya buku ini.”Hajar meminta pertolongan Ropidah supaya meminjamkannya / dia buku itu.

Page 31: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ganti nama diri ketiga

dia beliaumereka

Akan menjadi diabeliau

mereka

Page 32: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh:

• Daud memberitahu, “Saya ingin menjadi jurutera.”

• Daud memberitahu dia ingin menjadi jurutera.

• “Kami suka membantu guru,” kata mereka.• Mereka berkata mereka suka membantu /

menolong guru.

Page 33: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ganti nama tunjuk ini menjadi itu

• Contoh:“Ini kakak saya,” kata Muaz kepad Hanif.Muaz berkata kepada Hanif itu kakaknya.

Page 34: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Keterangan tentang masa Cakap Ajuk Cakap Pindah

Malam itu Malam yang lepas

Semalam Hari itu

Hari ini Hari itu/Kelmarin/semalamnya

Esok Esoknya

Sekarang Masa itu

tadi Ketika itu

Page 35: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh:

“Adawiah datang malam tadi,” kata Aishah.Aishah memberitahu bahawa Adawiah mengunjunginya malam itu.

“Hari ini saya tidak hadir ke sekolah,” kata Ahmad.Kata Ahmad hari itu dia tidak hadir ke sekolah.

“Subanthi akan ke Taiping esok,” kata Nora kepada Ng.Kata Nora kepada Ng bahawa esoknya Subanthi akan ke Taiping.

Page 36: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Kata keterangan begini menjadi begitu

• Contoh:“Awak perlu buat begini,” suruh bapa Kamal.Bapa Kamal berkata dia perlu melakukannya begitu.

Page 37: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Perkataan yang perlu digantikan ketika menukar ayat ajuk kepada ayat pindah

Dalam cakap Ajuk Dalam cakap PindahDi sini Di sanakamu Diamengapa Sebabbagaimana Caraoh Dengan perasaan hairancis Dengan perasaan marah

Page 38: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah

1. Kata Yusri, “saya akan membaiki paip yang rosak itu sebentar lagi”2.“Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku,tentu kamu tidak berhati-hati,”kata Mak Cik Zainab kepada anaknya.3. “Irfan,saya tidak suka awak mencampuri urusan peribadi saya,”kata hazimah dengan perasaan marah.4. “Bila kamu akan berpindah ke rumah baharu?”tanya Kumar kepada John.5. “Mengapa semua pelajar 5 Jarir tidak ke makmal?” tanya Cikgu Mokhtar kepada Cikgu Ramli.6. “Kereta mama kotor sangat,tolong mama cuci ya,”pinta Yuhaini kepada anaknya.7. “Sekarang musim panas,buah-buahan banyak tidak menjadi,”beritahu Muhaimin kepada pelanggan tetapnya.8. “Selepas bermain bola sepak kita mandi di sungai,”ajak Muazzim kepada kawan-kawannya.9. “Atap rumah itu telah rosak akibat angin kuat malam semalam,”kata Maisarah kepada Marsilla.

Page 39: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawapan1. Yusri berkata bahawa dia akan membaiki paip yang rosak itu selepas itu.2. Mak Cik Zainab ingin tahu cara kejadian itu boleh berlaku dan berpendapat bahawa anaknya tidak berhati-hati.3. Hazimah memarahi Irfan kerana dia tidak suka Irfan mencampuri urusan peribadinya.4. Kumar menanyakan John masa dia akan berpindah ke rumah baharunya.5. Cikgu Mokhtar bertanya sebab pelajar tingkatan 5Jarir tidak ke makmal kepada Cikgu Ramli.6. Yuhaini memberitahu anaknya bahawa keretanya sangat kotor dan dia meminta anaknya menolongnya mencuci kereta itu.7. Muhaimin memberitahu pelanggan tetapnya bahawa pada masa sekarang musim panas dan buah-buahan banyak yang tidak menjadi.8. Muazzim mengajak kawan-kawannya pergi mandi di sungai selepas mereka bermain bola sepak.9. Maisarah memberitahu Marsilla bahawa atap rumah tersebut telah rosak akibat angin kuat pada malam semalam.

Page 40: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tukar dialog kepada cakap pindah

Aini ; Awak ke pekan semalam?Nas : Tidak,mengapa?Aini : Saya lihat banyak penunggang motosikal kena tahanNas : siapa yang tahan mereka?Aini : Pihak polis kerana mereka terlibat dalam lumba haramNas : Betullah,mereka tidak sayang akan nyawa sendiriAini : Aku berharap tindakan itu akan menyedarkan mereka dan tidak mengulanginya lagi

Page 41: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jawapan• Aini bertanya kepada Nas sama ada dia ke pekan atau tidak

kelmarin.Nas berkata bahawa dia tidah ke pekan,sambil bertanya semula kepada Aini tentang pertanyaannya itu.Aini menjelaskan bahawa dia melihat banyak penunggang motosikal yang ditahan.Aini.Nas ingin tahu pihak manakah yang menahan mereka.Aini menjelaskan bahawa mereka ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perlumbaan haram.Nas berkata bahawa mereka tidak saying akan nyawa sendiri.Aini menyatakan harapannya,dengan tindakan itu mudah-mudahan mereka akan sedar dan tidak melakukan perbuatan itu lagi.Nas juga menyatakan harapan yang sama selain mengharapkan mereka itu akan melakukan perkara yang lebih

• berfaedah pada masa depan.

Page 42: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

AYAT AKTIF AYAT PASIF

Page 43: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Takrif Ayat Aktif

• Mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterapkan.

Hanisah membaca Buku itu Di bawah pokok jambu

Subjek asal Kata kerja transitif Objek keterangan

Page 44: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

• Apabila ayat aktif ditukarkan kepada ayat pasif, objek dipindahkan ke hadapan untuk mengisi tempat subjek.

• Kata kerja transitif akan bertukar menjadi kata kerja pasif

• Tempat objek akan diisi oleh subjek yang menjadi ungkapan “ oleh + FN ”. (pilihan)

• Kedudukan keterangan kekal di tempat asal.

Page 45: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Hanisah membaca Buku itu Di bawah pokok jambu

Buku itu dibaca Oleh hanisah Di bawah pokok jambu

Saya membaca Buku itu Di bawah pokok jambu

Buku itu Saya baca Di bawah pokok jambu

Page 46: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Takrif Ayat Pasif

• Ayat yang mengandungi kata kerja• Mengutamakan objek asal sebagai judul atau

unsur yang diterangkan.Buku itu Dibaca Oleh hanisah Di bawah pokok

jambuObjek asal telah mengambil alih tempat subjek

Kata kerja pasif

Oleh + FN keterangan

Page 47: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

AYAT BERSUSUNAN BIASA KEPADA AYAT BERSUSUNAN SONGSANG

Page 48: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Takrif

• Ayat bersusunan biasa 1. Ayat yang subjeknya di hadapan yang diikuti

oleh predikat. (rumus S + P)

Subjek Predikat

Dia Menonton bola sepak di stadium Bukit Jalil

Page 49: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

• Ayat bersusunan Songsang1. Ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti

subjek.

2. Ayat ini juga boleh terbentuk apabila sebahagian predikat dikehedepankan. Ayat jenis ini dikenali ayat songsang terbahagi.

Predikat Subjek Menonton bola sepak di stadium Bukit Jalil Dia

Predikat (keterangan) Subjek Predikat

Di stadium bukit Jalil dia Menonton bola sepak

Predikat Subjek Predikat (keterangan)

Menonton bola sepak dia Di stadium bukit Jalil

Page 50: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Teknik Menyongsangkan ayat

• Bahagikan ayat kepada tiga bahagianMereka / pernah mendaki gunung tahan / tidak lama dahulu.Pertama : subjekKedua : predikat yang terdiri dari kata kerjaKetiga : Keterangan.

Page 51: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Perhatian

• Apabila ayat tanya susunan biasa disongsangkan kata tanya mestilah disertai partikel –kah.

Contoh :Artis yang bergelar “ Raja SMS”, siapa?Siapakah artis yang bergelar “Raja SMS”?• Apabila subjek terdiri daripada kata hubung relatif yang

berfungsi sebagai kata atau frasa nama, bahagian predikat yang disongsangkan mestilah disertai partikel –lah

Contoh :Kejadian pembunuhan itu berlaku di situ.Di situlah kejadian pembunuhan itu berlaku.

Page 52: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Menyambungkan Ayat dan Memisahkan Ayat

Page 53: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Majmuk Gabungan

• Juga dikenali sebagai ayat gabungan• Terdiri dari dua atau lebih daripada dua ayat• Digabungkan menggunakan kata hubung

seperti dan, atau, seperti, sambil , tetapi , serta, lalu, maka.

Page 54: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Contoh Ayat tunggal (a) Hasnizam membeli buku di Kedai Buku Kilau Intan

Ayat tunggal ( b) Bulang membeli buku di Kedai Buku Kilau Intan.

Ayat Majmuk Gabungan Hasnizam dan Bulang membeli buku di Kedai Buku Kilau Intan.

Kata Hubung dan

Page 55: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Page 56: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

• Mengunakan kata Hubung YANGContoh :• Abang membeli kemeja yang berwarna kelabu• Ari kopi yang sedang diminum ayah itu dibuat

oleh kakak• Ibu kami tidak suka menonton filem yang

menyeramkan.

Page 57: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Abang membeli kemeja yang berwarna kelabu

Ayat Induk Abang membeli kemeja

Ayat Kecil Kemeja itu berwarna kelabu

Kata hubung relatif Yang

Ayat Majmuk pancangan Relatif

Abang membeli kemeja yang berwarna kelabu.

Page 58: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

• Terbina daripada ayat induk dan ayat komplemen yang menggunakan kata komplemen bahawa atau untuk.

Contoh :

Masyarakat kita telah menyedari bahawa internet dapat dijadikansumber pendidikan dalam kehidupan.

Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah PERMATApintar Secara Haram.

Page 59: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Masyarakat kita telah menyedari bahawa internet dapat dijadikansumber pendidikan dalam kehidupan.

Ayat Induk Masyarakat kita telah menyedari (Sesuatu)

Ayat Komplemen internet dapat dijadikansumber pendidikan dalam kehidupan

Kata Hubung Ayat Komplemen Bahawa

Page 60: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

• Mempunyai dua ciri• Ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih

yang tidak dapat berdiri sendiri.• Wujud/adanya kata hubung yang menjalinkan

ayat induk dengan ayat kecil.• Ayat Kecil : ketika, kerana, sewaktu, sekiranya

dan sebagainya. (disebut ayat keterangan).

Page 61: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Ayat Induk + kata hubung + ayat keterangan

Ayat Induk Kata Hubung Ayat Keterangan

Jus pegaga menjadi pilihan penggemarnya

lantaran Jus petai dapat meningkatkan tenaga di dalam badan.

Page 62: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Kedudukan ayat keterangan tidak tetap

Kata hubung + ayat keterangan + ayat induk

Kata hubung Ayat keterangan Ayat Induk

Andai kata Pegaga dijadikan sebagai sumber makanan sampingan

Pegaga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap penyakit.

Page 63: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

contoh

• Dia kekenyangan• Dia makan terlalu banyakDia kekeyangan lantaran makan terlalu banyak.• Saya tidak berselera• Hidangan pada hari ini serupa seperti hari semalamSaya tidak berselera kerana hidangan pada hari ini serupa seperti hari semalam.• Eng Huat makan terlalu cepat• Eng Huat tercekitEng Huat makan terlalu cepat hingga tercekik

Page 64: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Membetulkan kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan

• Pelajar dikehendaki membaca nota di laman bahasa.

Page 65: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Peribahasa

• Pelajar dikehendaki membaca nota di laman bahasa.