pengendalian data mte3113

Upload: anasflyaway

Post on 05-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Pengendalian Data

Pengendalian Data

Kenali Mod, Median, Min dan JulatBina Piktograf

Bina Carta Palang

Kenali Mod, Median, Min dan Julat

Makna

ModData yang mempunyai kekerapan paling tinggi.

MedianNilai data yang berada di tengah-tengah bagi sekumpulan data yang di susun secara menaik atau menurun.

MinHasil yang diperolehi dengan membahagikan jumlah keseluruhan nilai dalam suatu set data dengan bilangan data. Min juga dikenali sebagai purata.

JulatPerbezaan antara nilai maksimum dengan nilai minimum bagi suatu kumpulan data.

KekerapanBilangan sesuatu nilai dalam satu set data. Juga dikenali sebagai frekuensi.

Nilai maksimumNilai yang tertinggi dalam satu set data.

Nilai minimumNilai yang terendah dalam satu set data.

Bina Piktograf1. Kumpulkan data permainan yang digemari oleh kawan-kawan dalam jadual.2. Lukis 2 lajur dan 4 baris untuk membina piktograf mengufuk. Tulis nama permainan dalam lajur pertama.3. Tentukan bilangan murid yang diwakili oleh satu symbol. Gunakan mewakili 2 orang murid.4. Lukis bilangan symbol mengikut pengiraan di langkah 3.5. Tulis tajuk.6. Hasil piktograf.

Bina Carta Palang1. Kumpul data markah Ujian Matematik kelas anda dalam jadual.2. Lukis paksi mencancang dan mengufuk.3. Tentukan bilangan murid bagi 1 senggatan dan labelkan paksi mencancang. Tulis gred A, B, C dan D pada paksi mengufuk.4. Lukis palang mencancang bagi gred A, B, C dan D berdasarkan data.5. Warnakan carta palang.6. Tulis tajuk bagi carta palang.

Menyediakan satu aktiviti pengajaran yang bersesuaianAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

1. Guru mengantung alat bantu mengajar yang berbentuk carta palang di papan hitam.2. Guru meminta murid melihat jadual yang telah mereka sediakan sebentar tadi.3. Guru meletakkan manik pada rod yang tersedia bergantung kepada jadual.4. Murid ditekankan dengan konsep :- setiap rod mewakili makanan. setiap biji manik mewakili setiap pelajar dan boleh digantikan dengan gandaan 2, 5 dan sebagainya.5. Guru meminta murid memindahkan maklumat dari alat bantu mengajar kepada bentuk graf palang dengan bantu guru.6. Guru menerangkan cara melukis carta palang yang sesuai dengan paksi mengufuk mewakili makanan manakala paksi mencancang mewakili bilangan pelajar.

Jadual makanan yang digemari pelajarMakananBilangan Murid

Nasi Lemak12

Mihun Goreng8

Mi Sup10

Roti Bakar6

ABM : Seperti gambar yang ditunjukkan.

Nilai Murni : Berkerjasama

RefleksiSaya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Zainab Bee Bte Hamid, bagi subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya pengurusan grafik berkaitan tajuk Pengendalian Data, membuat bahan bantu mengajar dan membuat satu aktivti pengajaran berkaitan dengan bahan bantu mengajar.

Subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data ini sangat membantu saya untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang kami dapat sangat membantu dalam tugasan yang diberikan kepada kami. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan pengetahuan saya dalam merancang pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data kelak. Subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data ini sangat mudah difahami kerana disekeliling kita semua menggunakannya dalam kehidupan harian. Puan banyak membantu dalam tunjuk cara bagaimana untuk merancang pengajaran dan menunjukkan cara membuat bahan bantu mengajar untuk pembelajaran.

Selain itu semasa menjalankan tugasan yang diberikan saya bersungguh-sungguh apabila melaksanakan tugasan. Saya yakin dengan apa yang dilakukan.. Kami mengharungi pelbagai dugaan semasa menjayakan tugasan ini. Salah satunya ialah semasa merancang untuk membuat aktiviti dan menggunakan bahan bantu mengajar terlalu banyak gangguan dari segi pentadbiran sekolah dengan adanya berbagai program sekolah yang terpaksa turut sama.

Kelemahan saya mungkin berlaku pada penghasilan bahan bantu mengajar yang mana penghasilannya tidak lah secantik atau menarik seperti mana yang terdapat di pasaran. Atas usaha dan semangat akhirnya saya dapat mencipta satu bahan bantu mengajar yang dapat di guna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penambahbaikannya ialah saya perlu memperbanyakkan bahan bantu mengajar agar setiap kumpulan atau individu dapat mengaplikasikan sendiri bahan maujud tersebut. Ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar dalam mendalami tajuk pengendalian data ini.

Akhir sekali setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini saya telah menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan.Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.Wassalam.