pengenalan/pendahuluan - · pdf filepelajar cemerlang upsr . ... artikel dan karangan bi...

44

Upload: phungmien

Post on 05-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 2: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Ketahui punca pelajar pintar sukar untuk skor di dalam peperiksaan,

bagaimana untuk menyelesaikannya & apakah solusi terkini untuk

tingkat kemahiran berfikir aras tinggi.

PENGENALAN/PENDAHULUAN Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita penurunan peratusan

pelajar cemerlang UPSR. Faktor utama hal ini berlaku dikhabarkan

kerana kelemahan murid untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT).

Dipetik dari laporan berita, hanya 1.11 peratus dari jumlah keseluruhan

440,782 calon yang menduduki UPSR tahun 2016 memperoleh semua

A. Keputusan ini dilihat satu penurunan yang agak ketara berbanding

tahun sebelumnya.

Justeru itu, pihak G-Star Nutrilabs mengambil inisiatif menghasilkan

ebook ini supaya dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk

merancang keperluan anak-anak agar mereka dapat menguasai ilmu

KBAT dengan lebih baik dan seterusnya skor straight A+.

Page 3: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TAK SABAR NAK BACA ??

Tunggu dulu. Pasang nawaitu. Apa pun yang kita lakukan, kena pastikan

niat adalah betul. Kita nak anak jadi pandai sebab nak kan masa depan

yang cerah. Ya, memang pelajaran tak boleh nak janjikan kerja yang

bagus pada zaman sekarang sebab peratusan graduan yang

menganggur di luar sana tinggi.

Tapi ibu bapa perlu ingat, dengan ilmu ini lah anak akan lebih bijak dan

berwaspada memikirkan cara untuk hidup di luar sana.

Sekurang-kurangnya bagi mengelakkan anak yang kita sayang dari

terdedah dengan pelbagai masalah sosial yang boleh mengundang

kesan yang tidak baik bukan sahaja pada anak tetapi pada anda

sekeluarga.

Jadi, pertama sekali niat kena betul. Pasang niat nak anak jadi pandai

supaya mereka berjaya di masa depan. Bukan sebab nak

menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan orang lain. Bukan apa,

tak nak anda pandang rendah pada anak orang lain yang kurang berjaya

seperti anak anda.

Sebab kalau anak anda berada di tempat mereka tentu anak anda akan

sedih dan kurang keyakinan diri. Sebagai masyarakat yang hidup di

bumi yang sama, kita patut membimbing antara satu sama lain ke arah

kejayaan dan bukannya memandang rendah pada mereka yang tidak

berjaya.

Page 4: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

KETAHUI 6 TEKNIK RAHSIA !! Cliché ? Teruskan dulu bacaan. Anda tak kan rugi apa-apa sebab teknik

rahsia yang kami nak ajar ni memang betul-betul rahsia dan bukan

teknik biasa. Tak percaya?

Tanyalah ribuan pelajar yang dah berjaya skor straight A+ dengan

mengamalkan teknik yang kami nak share dengan anda demi kejayaan

siapa lagi kalau bukan anak anda.

Fakta mengatakan bahawa otak setiap orang berbeza dari segi

kemampuan dan keupayaannya. Buktinya cuba tengok setiap dari kita

tentu ada kelebihan dan kekurangan daripada segi otak.

Oleh sebab itu, kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab untuk

mengenali keupayaan otak anak dan mempelajari cara ia memproses,

menyaring, menyimpan dan mengeluarkan maklumat.

Apabila kita faham cara memori bekerja, ia memudahkan kita untuk

menentukan kaedah terbaik membimbing anak untuk menggunakan

otak mereka ke tahap maksimum bagi mencapai kejayaan dalam

pelajaran dan peperiksaan.

Sebagai manusia, tak dinafikan bahawa kita lebih cenderung untuk

mempelajari sesuatu yang baru selepas mendapat gambaran

keseluruhan dalam minda sebelum memahami dan memasukkan setiap

maklumat berkaitan.

Page 5: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Berikut adalah beberapa teknik pembelajaran dan ingatan untuk

membantu proses tersebut yang boleh anda jadikan panduan untuk

anak-anak.

TEKNIK #1 - RANGKA IMBAS Garis besar topik memberikan satu rangka di mana anak anda boleh

menambah butiran untuk mendapatkan gambaran berkaitan apa yang

dipelajari. Sama juga halnya dengan penulis yang berkongsi hasil tulisan

atau kajian mereka.

Setiap daripada mereka pastinya menyediakan outline terlebih dahulu

sebelum menghubungkan idea-idea yang relevan untuk menyokong

topik perbincangan.

Bagaimana anak anda boleh mempraktikkan teknik rangka imbas

semasa pembelajaran? Senang sahaja.

Ketika menulis nota contohnya, anda boleh mengajar anak untuk

menyediakan nota tersebut dalam bentuk mata (points), menggunakan

perenggan, nombor atau perkataan, menyenaraikan point utama (fokus

kajian / isu keprihatinan) dan subpoint (isu keprihatinan / fokus kajian,

tinjauan masalah dan analisis masalah).

Page 6: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Cara ini akan memudahkan anak anda untuk memahami sesuatu topik

dengan lebih berkesan kerana dia tahu perkara utama yang

dibincangkan selain huraian untuk menyokong topik tersebut. Ini kerana

outline mampu menyempurnakan sesuatu penulisan agar tidak tersasar

ke topik yang tidak berkaitan.

Buku teks, artikel dan karangan biasanya bermula dengan pengenalan

gambaran keseluruhan.

Page 7: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Adegan dalam filem dan TV sering di zoom in dengan mendekatkan

objek dari long shot ke close up.

Page 8: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Jika kita menyuruh anak-anak untuk melukis gambar kereta, mereka

biasanya akan melukis gambar badan kereta sebelum melukis butiran

lain seperti pintu, tingkap dan tayar kereta.

Apabila membaca, menulis, membuat penerangan dan menjawab

soalan peperiksaan, pastikan anak anda menyusun maklumat bermula

daripada umum kepada terperinci.

Apabila membaca buku teks atau buku rujukan:

Lihat tajuk, tajuk kecil > Lihat semua gambar dan caption > Baca

perenggan pertama dan terakhir > Baca ayat pertama pada setiap

perenggan > Baca keseluruhan teks

Page 9: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Apabila menyusun struktur tugasan atau jawapan peperiksaan:

Pengenalan memberikan gambaran keseluruhan > Perenggan

memberikan butiran > Kesimpulan mengulangi gambaran keseluruhan

Page 10: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TEKNIK #2 BAHAGI Jadikan tugasan kajian lebih terurus dengan membahagikan ia kepada

beberapa siri tugasan kecil. Ini kerana otak kita tidak dapat memproses

terlampau banyak maklumat dalam sesuatu masa.

Anak anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik

sekiranya mereka mampu mengagihkan fakta-fakta itu kepada beberapa

kumpulan tertentu yang lebih kecil. Malah maklumat lebih mudah diingati

apabila ia dikumpul mengikut kategori tertentu.

Ajar anak untuk menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih

bahagian tersebut supaya dapat diulang kaji dengan mendalam. Ingat,

bahawa minda tidak mampu menguasai subjek baru sepenuhnya dalam

sesuatu masa.

Oleh itu, pilih perkara yang paling penting untuk dipelajari dahulu.

Bermula dari sini, anak anda dapat mengembangkan pengetahuan

mereka dengan menjadikan perkara yang dipelajari ini sebagai

pengetahuan asas.

Teknik ini menjadi lebih penting jika anak anda tidak sempat untuk

membaca keseluruhan subjek ketika peperiksaan semakin hampir. Jadi,

apa yang perlu dibuat?

Gunakan teknik ini bagi membantu persediaan anak anda. Perhatikan

tajuk, subtopik, soalan-soalan di belakang bab, graf, carta dan

Page 11: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

sebagainya. Saring maklumat dan beri tumpuan pada bahagian yang

penting sahaja.

Bahagikan masa belajar kepada kira-kira 50 minit dan pastikan anak

anda berehat selang sejam.

Page 12: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Pecahkan tugasan kepada tugas-tugas yang lebih kecil dan beri

tumpuan kepada setiap tugasan satu demi satu.

Page 13: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Fokus pada satu perenggan pada suatu masa semasa menulis tugasan

anda.

Elakkan daripada membaca segala maklumat pada suatu masa.

Sebaliknya, bahagikan bacaan kepada artikel, bab atau sebahagian

daripadanya.

Page 14: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TEKNIK #3 VARIASI Manusia lebih peka kepada perubahan sekitar dan cenderung untuk

hilang tumpuan apabila sesuatu perkara kekal tanpa sebarang

perubahan.

Sebagai contoh, anak kita biasanya akan menyedari bunyi enjin kereta

apabila kita tiba di rumah atau ketiadaan kita di sisi mereka ketika leka

bermain bersama rakan di padang permainan.

Ini menunjukkan bahawa otak manusia lebih cekap untuk mengesan

variasi terhadap sesuatu daripada menilai jika sesuatu maklumat itu

adalah betul tanpa membuat perbandingan.

Contoh lain boleh dilihat pada tona warna. Ramai orang tidak boleh

menilai perbezaan antara dua warna merah jambu sehinggalah mereka

meletakkan warna tersebut bersebelahan untuk dibandingkan. Tak

percaya? Cubalah.

Page 15: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Garisan bengkok hanya ketara apabila dilihat dan dibandingkan dengan

garisan lain.

Melalui konsep ini, anda boleh meningkatkan daya tumpuan anak-anak

dengan membezakan tugasan dengan lebih kerap.

Page 16: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Bagaimana? Tukar tugasan pembelajaran yang memerlukan daya

tumpuan yang tinggi dengan tugasan rutin setiap sejam atau lebih.

Selang-selikan waktu pembelajaran dengan aktiviti fizikal dan riadah.

Page 17: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TEKNIK #4 INKUBASI Good things take time. Mesti anda pernah dengar perumpamaan ini kan.

Tahu tak lebih banyak maklumat yang anak anda pelajari jika mereka

memberikan sedikit masa untuk otak memproses segala maklumat yang

masuk. Ini kerana minda memerlukan masa untuk menyimpan maklumat

baru.

Buktinya, lihat sahaja pada penyelesaian kepada masalah yang sering

muncul jika kita meninggalkan ia dan memberi tumpuan pada perkara

lain.

Jadi, nasihati anak untuk meninggalkan draf tugasan semalaman. Cara

ini akan membuat anak anda menyedari kesalahan yang tidak disedari

semasa menulis draf tersebut.

Page 18: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Jangan panik jika anak anda mempunyai kesukaran untuk mengikuti

sesuatu bacaan. Baca semula pada hari berikutnya kerana ia akan

menjadi lebih jelas ketika itu. Perkara yang sama boleh dipraktikkan

dalam subjek lain yang agak rumit seperti sains dan matematik.

Page 19: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TEKNIK #5 SEMAK Lebih banyak anak anda menyemak, maka lebih banyak maklumat yang

mereka ingat. Tahap ingatan pelajar sentiasa kekal pada peratusan

yang tinggi dan apa yang Iebih penting lagi maklumat mula disimpan ke

dalam memori jangka panjang apabila seseorang pelajar membuat

semakan secara berterusan.

Galakkan anak anda untuk membuat nota mengenai apa yang dibaca.

Selepas seminggu, minta mereka untuk membaca nota tersebut semula

dan amalkan sekali lagi sebelum peperiksaan untuk meningkatkan daya

ingatan mereka.

Selain itu, semak nota pembelajaran pada hari yang sama atau

berikutnya selepas belajar. Ringkaskan nota tersebut untuk disemak

bagi setiap minggu dan baca semula sepanjang tempoh persekolahan.

Page 20: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Masa itu emas. Anak anda juga digalakkan untuk menggunakan sedikit

masa terluang di dalam bas, antara kelas atau semasa menunggu anda

mengambilnya dari sekolah untuk mengkaji semula satu set nota

dengan pantas.

Page 21: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TEKNIK #6 PENGLIBATAN Pembelajaran melibatkan perhatian dan tumpuan. Namun, sesi

pembelajaran yang panjang di sekolah diselangi dengan pelbagai subjek

yang diajar dalam sehari mungkin akan menyebabkan anak anda letih

dan hilang fokus belajar.

Pelajar yang kurang memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran

biasanya akan mengalami masalah untuk menyiapkan kerja sekolah

apatah lagi untuk melakukan ulang kaji secara bersendirian. Akibatnya,

dia akan meniru kerja sekolah rakan agar tidak dimarahi guru apabila

menghantar tugasan.

Page 22: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Tapi bagaimana ketika peperiksaan? Pelajar yang tidak faham apa yang

diajar ini tentu akan mendapat markah rendah dan lebih buruk lagi gagal

dalam peperiksaan. Anda tentu tidak mahu anak anda mengalami

masalah ini.

Jadi, galakkan anak supaya tidak hanya membaca. Tetapi, buat sesuatu

dengan maklumat daripada hasil bacaan. Contohnya dengan

menghighlight atau menggariskan isi penting, melukis peta minda untuk

memudahkan mereka memahami dan mengembangkan sesuatu topik

atau menulis semula formula matematik yang dipelajari.

Selain itu, anda juga boleh turut serta belajar bersama anak. Lakukan

role play cikgu dan pelajar bersama mereka untuk meningkatkan

kefahaman mengenai apa yang telah dipelajari.

Page 23: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Teknik ini sangat berkesan kerana anak anda akan lebih memahami

sesuatu pelajaran apabila mereka mengajar atau berkongsi maklumat

yang diperoleh dengan orang lain.

Tapi bagaimana untuk pastikan anak anda memahami keseluruhan

subjek? Senang sahaja. Perhatikan jika anda atau orang lain faham

akan apa yang diajar oleh anak anda.

Pendek kata, galakkan anak anda untuk belajar dengan aktif. Ini kerana

otak mudah mengingati sesuatu yang unik dan berlainan.

Page 24: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Gunakan highlighter , pen berwarna, simbol dan kata kunci bagi

menjadikan sesuatu fakta unik dan mudah diingati selain mengamalkan

role play untuk meningkatkan daya kefahaman mereka.

Highlight

Gariskan

Peta Minda

Tulis semula

Role play

Page 25: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

AMARAN !! Keenam-enam teknik ini akan hanya berkesan jika dipraktiskan

bersama. Nak tahu kenapa?

➔ Inkubasi berlaku apabila anak anda membezakan tugasan

➔ Semakan menjadi lebih mudah apabila anak anda membahagikan

tugasan kepada beberapa bahagian

➔ Penglibatan adalah lebih mudah dalam jangka masa pendek.

Bahagikan tugasan dan bezakan yang mana memerlukan daya

tumpuan tinggi dan yang mana rutin.

Rangka Imbas > Bahagi > Variasi > Inkubasi > Semak >

Penglibatan

BONUS TIPS !! Tak guna anda bimbing anak untuk praktikkan semua yang kami

bentangkan di atas kalau anak anda tak jaga dua perkara ini.

Page 26: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

BONUS TIPS #1 SENAMAN Lakukan senaman sekurang kurangnya 20 minit, 3 hari sekali. Senaman

kardio seperti berjogging dan berbasikal mempunyai banyak manfaat

terutama kepada pelajar. Nak tahu apa manfaatnya?

Berjogging menjaga kesegaran badan dan kesihatan jantung. Ia juga

memperbaiki kualiti tidur agar lebih mudah dan nyenyak.

Ini sangat penting agar otak anak anda dapat berfungsi pada tahap

optimum semasa proses pembelajaran.

Berbasikal pula dapat mengeluarkan hormon endorfin sekali gus

mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada

Page 27: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

dalam diri. Pada masa yang sama, ia turut meningkatkan kepekaan dan

daya konsentrasi anak anda.

Pendek kata, badan yang cergas menghasilkan minda yang cerdas.

BONUS TIPS #2 PEMAKANAN Tahu tak anak anda sebenarnya tidak perlu bersusah-payah untuk diet.

Mereka boleh makan apa sahaja yang diinginkan asalkan dalam kuantiti

sederhana dan seimbang.

Tetapi apa yang dimaksudkan dengan seimbang? Maksudnya makanan

yang mengandungi enam zat makanan yang diperlukan oleh tubuh kita,

iaitu karbohidrat, protein, lemak, mineral, vitamin dan air.

Page 28: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Ianya sangat penting untuk memastikan badan dan otak anak anda

sentiasa sihat dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Namun faktor kesibukan dan kerjaya pada masa kini menyebabkan kita

terlupa atau mengambil ringan tentang pemakanan anak-anak.

Mana taknya, disebabkan keletihan atau tiada masa untuk memasak

makanan berkhasiat, sesetengah daripada kita memilih untuk

menyajikan pelbagai jenis junk food dan makanan segera.

Makanan jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan boleh

memudaratkan kesihatan bukan sahaja kepada anak bahkan kepada

kita juga.

Jadi sebagai ibu bapa, bagaimana anda boleh bantu anak-anak untuk

menjaga pemakanan dan sekaligus memastikan mereka mendapat

Page 29: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

segala khasiat yang diperlukan bagi perkembangan otak yang sihat dan

cerdas?

Senang sahaja. Anda boleh memberi anak makan produk suplemen

minda yang mudah didapati di pasaran sekarang.

Suplemen minda yang mengandungi bahan-bahan seperti kurma,

kismis, delima, badam, omega, sayuran hijau dan kekacang amat baik

untuk meningkatkan kecerdasan otak.

Page 30: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Dalam usaha untuk membantu ibu bapa di luar sana, kami dari G-Star

Nutrilabs turut menghasilkan pelbagai rangkaian produk minda dari umur

bayi hingga remaja.

Antara produk kami yang telah laris dijual ialah G-Star Kids. Produk

yang mula dipasarkan pada tahun 2014 ini telah mendapat sambutan

luar biasa daripada ibu bapa dan seluruh pelajar di Malaysia.

Apa yang istimewa tentang G-Star Kids? Produk minda yang dijamin

Halal dan mendapat pengesahan KKM ini dirumus khas dengan lebih

daripada 15 makanan sunnah dan herba terbaik dunia seperti Safron,

madu, Lubanah, kismis, badam, Ginkgo Biloba, delima, bali, kurma,

Bacopa Monierri dan banyak lagi.

Page 31: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

Gabungan bahan-bahan ini merupakan penyumbang kepada

keberkesanan G-Star Kids dalam merangsang minda dan pertumbuhan

Page 32: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

sel-sel otak, pertumbuhan akal dan fizikal kanak-kanak, menyelesaikan

masalah, daya tumpuan, hafalan dan ingatan.

Lihat testimoni di bawah.

Page 33: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 34: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 35: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 36: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 37: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 38: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 39: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 40: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna
Page 41: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

JANGAN LUPA BERDOA !! Usaha-usaha juga tapi doa jangan lupa. Bukan apa, setiap apa yang kita

miliki semua adalah pemberian dari Tuhan. Jadi, dengan siapa lagi kita

harus meminta kalau bukan dari-Nya?

#1 DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG

BAIK

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih

Page 42: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

#2 DOA SEBELUM MASUK PEPERIKSAAN

Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu

#3 DOA SEWAKTU LUPA MENJAWAB SOALAN

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai

Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa

Page 43: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

#4 DOA KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN

Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para

syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan

mengatasi musuh

Himpunan doa dipetik dari: http://bit.ly/doa-peperiksaan

Page 44: PENGENALAN/PENDAHULUAN - · PDF filepelajar cemerlang UPSR . ... artikel dan karangan bi asanya bermul a dengan pengenal an gambaran ... Contoh lain boleh di l i hat pada t ona warna

TAHNIAH! Anda telah berjaya untuk membaca sehingga ke muka akhir.

Ingat! Tidak guna anda baca tanpa tindakan! Bertindak hari ini untuk

masa depan yang cerah!

Semoga anak anda sukses!

Kami di G-Star sentiasa mendoakan kejayaan anak anda.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang kelemahan anak dalam

pelajaran, anda boleh hubungi HQ G-Stars Nutrilabs di talian

0133577791 atau 011 3695 0902. Pihak kami sedia membantu.