pembangunan laman web bagi tajuk internet dan · pdf filepelajar dengan kemudahan pengalaman...

26
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN APLIKASI BERASASKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF NORFAZILAH BINTI GHOZALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhanh

Post on 28-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN APLIKASI BERASASKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF

NORFAZILAH BINTI GHOZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan
Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan
Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

ii

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN APLIKASI

BERASASKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF

NORFAZILAH BINTI GHOZALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan
Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

iv

DEDIKASI

Segunung budi tuan berikan..

Hamba sahaya kembang menanti..

Jasa dan budi tuan berikan..

Akan dikenang ku bawa ke mati..

Dedikasi khas ini ditujukan buat…..

Dr Jamalludin bin Harun, PM Dr Zaidatun binti Tasir, Pn Norah, En Nihra, En

Nizam, En Shaharuddin serta semua pensyarah-pensyarah Jabatan Multimedia

dan juga pensyarah yang pernah mendidik saya.

Budi tuan puan akan dikenang selalu.

Tidak pernah kulupa khasnya pada

Abah, En Ghozali bin Md Isa dan Mak, Puan Sarea’ah binti Abu Amin

Saudaraku Ismadi, Azrin dan Haida

Sokongan dan Bantuan adalah azimat buatku.

Dan..

Buat sahabat..Ani, Shikin dan rakan seperjuangan yg lain..

I’ll miss all of you!.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

v

PENGHARGAAN

Assalammualaikum W.B.T......

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya yang terus memberikan

idea-idea dalam menyiapkan tugasan mencabar ini, Projek Sarjana Muda. Saya

bersyukur kerana akhirnya dapat menyiapkan PSM ini dengan sempurna mengikut garis

panduan yang telah di berikan.

Sekalung budi saya tujukan kepada pihak-pihak yang turut sama menyumbang

idea-idea bernas berkaitan penulisan dan semasa proses pembangunan. Mereka adalah

tidak terkecuali Dr Jamalludin bin Harun selaku penyelia PSM saya yang setia dan sedia

ada membantu saya. Tidak dilupakn kepada...........kawan-kawan sokongan kalian semua

dan sumbangan pendapat amatlah saya hargai. Salam penghargaan ini juga ditujukan

khas kepada ibu bapa saya yang menyokong penuh dan memberikan semangat untuk

terus berjaya menyiapkannya.

Akhir kata...terima kasih sekali lagi kepada kalian semua, jasa kalian akan

sentiasa dikenang.

....Wassalam...

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

vi

ABSTRAK

Penggunaan pembelajaran berasaskan web atau teknologi e-Learning di dalam

pendidikan sebagai pembelajaran interaktif telah pun dilaksanakan. Ia terbukti lebih

berkesan di dalam proses pembelajaran dan kini telah berkembang pesat.

Walaubagaimanapun kebanyakan bahan pembelajaran berasaskan web kurang

mempunyai prinsip pedagogi serta teori. Potensi yang baik dari segi kepenggunaan dan

kelebihan dari sudut pengalaman pembelajaran selalunya tidak digunakan di dalam

perisian pengajaran dan kursus secara online. Teori pedagogi seperti konstruktivis dan

pendekatan pembelajaran aktif sepatutnya diberi perhatian berbanding bahan pengajaran

berasaskan komputer. Pembelajaran harus wujud melalui interaksi bersama persekitaran

yang baik, hasil dari aktiviti yang betul dan perundingan interaksi sosial. Oleh itu, tujuan

projek ini adalah mereka bentuk dan membangunkan sebuah sistem pembelajaran

berasaskan web yang berasaskan strategi pembelajatran aktif untuk topik “Asas Aplikasi

Internet”. Kumpulan sasaran untuk bahan pengajaran berasaskan web ini adalah pelajar

dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan juga pelajar yang

mengambil kursus Telekomunikasi dan Rangkaian. Ini membolehkan pelajar mengakses

sistem pembelajaran pada bila-bila masa, di mana jua secara aktif di dalam proses

pembelajaran. Sistem pembelajaran berasaskan web ini juga direka untuk menyediakan

pelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana mereka

boleh melatih kemahiran seperti mangaplikasikan situasi sebenar bersama menggunakan

kemahiran berfikir secara kritis dan menterjemah teori secara latihan dapat ditingkatkan.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

vii

ABSTRACT

The idea of using web-based or e-learning technologies in education as a means

of interactive learning has been merging for most every topic and discipline. It proves to

be more effective in the learning process and hence rapidly expanding. However, many

web based learning materials lack pedagogical principles and theoretical foundations.

The great potential of activating learners and thus enriching learning experience is often

unused in instructional software and online courses. Pedagogical theories like

constructivist and active learning approaches should rather underlie the creation of new

computer-based instructional material. Learning should occur through interaction with

rich learning environments, and result from engaging in authentic activities, and social

interaction and negotiation. Therefore, the purpose of this project is to design and

develop an interactive web based learning system based on active learning strategies for

the topic “Basic Internet Applications”. The target audience for these web based learning

materials were students from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia and

also those students who were taking courses related to Telecommunication and

Networking. This is to enable students to access the learning system at anytime,

anywhere while being active in the learning process. This web based leaning system

was also devised to provide students with an opportunity to experience simulated

environments in which they might practice skills, as well as situational applications in

which their critical thinking skills and translation of theory into practice would be

enhanced.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Perakuan Penyelia i

Halaman Judul ii

Perakuan Pelajar iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Kandungan viii

Senarai Jadual xiii

Senarai Rajah xiv

Senarai Lampiran xvi

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Rasional Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Dan Batasan kajian 12

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

ix

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Internet 12

1.8.2 Multimedia 13

1.8.3 Pembelajaran Menerusi Web (e-Learning) 14

1.8.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 14

1.8.5 Pembelajaran Aktif 15

1.8.6 Objek Pembelajaran Digital 16

1.9 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.0 Pendahuluan 17

2.1 Teknologi Komputer Dalam Pembelajaran 18

Dan Pengajaran

2.1.1 ICT Dalam Pendidikan Perguruan 19

2.1.2 Penggunaan ICT Dan Pentingnya 20

Untuk Guru.

2.1.3 Teknologi Internet Dan Pendidikan 22

Perguruan

2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dan Atribut 24

Graduan

2.3 e-Learning Atau Pembelajaran Menerusi Web 25

2.4 Objek Pembelajaran Digital 26

2.5 Teori Pembelajaran 27

2.5.1 Teori Tingkah laku (Behaviorisms) 28

2.5.2 Teori Kognitif 28

2.5.3 Teori Konstruktivisme 29

2.6 Pendekatan Pembelajaran Aktif 30

2.7 Model Reka bentuk Dalam Pembangunan 31

Laman Web

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

x

2.7.1 Model Hanaffin Dan Peck 32

2.7.2 Model ADDIE 32

2.7.3 Model Dick Dan Carey 34

2.8 Penutup 36 BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.0 Pengenalan 37

3.1 Model Reka Bentuk Laman Web Interaktif 38

3.1.1 Fasa Analisis Keperluan 39

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 39

3.2.1.2 Hasil Pembelajaran 40

3.2.2.3 Topik Pembelajaran 40

3.2.1.4 Strategi Pembelajaran 42

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 42

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 43

3.3 Reka Bentuk Laman Web Yang Dibangunkan 44

3.3.1 Reka Bentuk Informasi/Strategi 44

Pembelajaran

3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 46

3.3.3 Reka Bentuk Antara Muka 47

3.4 Carta Alir Laman Web 48

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan 50

Laman Web

3.6 Penyebaran Laman Web Yang Dihasilkan 50

3.7 Penutup 52

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xi

BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 4.1 Pendahuluan 53

4.2 Aliran sistem Pembelajaran 54

4.3 Reka Bentuk Informasi 55

4.3.1 One Minute Paper 55

4.3.2 Penyelesaian Masalah (Case Study) 57

4.3.3 Think Pair/Share 58

4.4 Reka Bentuk Antaramuka 59

4.4.1 Reka Bentuk Antaramuka Belakang 59

4.4.2 Jenis Teks Yang Digunakan 60

4.4.3 Laman Maklumat 61

4.4.4 Laman Pengenalan 62

4.4.5 Lain-lain Paparan 63

4.4.6 Laman Hubungi 69

4.4.7 Laman Pautan 70

4.5 Reka Bentuk Interaksi 70

4.6 Penutup 72

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 73

5.2 Kelebihan Laman Web 73

5.2.1 Kelebihan Pendektan Pembelajaran Aktif 74

5.2.1 Kelebihan Simulasi 75

5.2.3 Kelebihan Objek Pembelajaran Digital 75

5.3 Kelemahan Laman Web 76

5.3.1 Faktor Pendekatan Pembelajaran 76

Aktif

5.3.2 Reka Bentuk Skrin 77

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xii

5.3.3 Faktor Lain 77

5.4 Cadangan 78

5.5 Rumusan 78

SENARAI RUJUKAN 79-81

LAMPIRAN 82

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1.a Konfigurasi Asas Sistem Komputer Untuk 51

Pembangunan Laman Web

3.1.b Konfigurasi spesifikasi asas pengguna 51

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kedudukan e-Learning Dalam Teknologi 25

Pendidikan

2.2 Aliran Kerja Model ADDIE 33

3.1 Model Hanaffin dan Peck 39

4.1 Paparan Pembelajaran Aktif: 56

One Minute Paper

4.2 Paparan Aktiviti: Menjana Pengetahuan 56

4.3 Paparan Aktiviti 3 : Menyiasat Kes 56

4.4 Paparan Aktiviti Think Pair/Share 57

4.5 Skrin Pop-Up Windows 57

4.6 Contoh Paparan Web Banner 58

4.7 Contoh Latarbelakang Laman Web 59

4.8 Contoh Latarbelakang Laman Web 2 59

4.9 Teks Soalan Aktiviti 59

4.10 Teks Soalan Aktiviti 2 60

4.11 Teks Nota Subtopik 60

4.12 Paparan Maklumat 61

4.13 Paparan Laman Pengenalan 61

4.14 Paparan Subtopik E-mail 63

4.15 Paparan Subtopik FTP 63

4.16 Paparan Subtopik Telnet 63

4.17 Skrin Animasi 1 64

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xv

4.18 Skrin Animasi 2 64

4.19 Skrin Animasi 3 64

4.20 Skrin Animasi 4 65

4.21 Paparan Popup Windows 65

4.22 Paparan Simulasi: First Time Open E-mail 66

4.23 Paparan Simulasi : How To Attach File 66

4.24 Paparan Simulasi : Transfer File 67

4.25 Paparan Simulasi: How to start Chatting 67

4.26 Paparan Laman Hubungi 68

4.27 Paparan Laman Pautan 69

4.28 Menu Utama 69

4.29 Menu 2 70

4.30 Paparan Pautan Pembelajaran 70

4.31 Paparan Pautan Pembelajaran 2 70

4.32 Paparan Aktiviti 5 70

4.33 Paparan Butang Kawalan Simulasi 71

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Laman Web 82

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi komputer telah menyumbang kepelbagaian kemudahan

yang merangkumi keperluan bidang kerja manusia. Kewujudan teknologi tersebut terus

berkembang dan mendapat tempat di hati jutaan penggunanya kerana ia mampu

membantu menyelesaikan masalah, mencipta serta menghasilkan sesuatu yang

menguntungkan. Seperti yang diperkatakan oleh ahli pemikir sosial yang terkemuka,

Alvin Toffler, bahawa dunia sekarang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang

teknologi maklumat (Rozinah Jamaludin, 2005).

Apabila kegemilangan teknologi ini berlaku, maka sudah tentu ia akan mengubah

beberapa pentadbiran termasuklah di dalam bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu,

elemen multimedia telah dicanangkan oleh ramai cerdik pandai sebagai penyaluran

pendidikan masa kini. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000) multimedia

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

2

merujuk kepada proses “komunikasi interaktif” berasaskan komputer yang merangkumi

penggunaan teks, grafik, audio,video dan animasi. Ekoran daripada itu pengguna

khususnya pelajar sekolah telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

dengan perisian interaktif yang membantu pembelajaran dan pengajaran mereka.

Bercerita mengenai teknologi masa kini, penggunaan Teknologi Informasi atau

Information Technology (IT) bukan sahaja diterapkan oleh mana-mana institusi

pendidikan malah di bidang pekerjaan di mana ianya selaras dengan keperluan negara.

Oleh yang demikian, salah satu bidang IT yang penting pada masa kini iaitu teknologi

internet yang mana perlu dikuasai oleh semua golongan. Selaras dengan itu teknologi

internet ini telah mula diperkenalkan pada peringkat kurikulum sekolah. Sehubungan

itu, guru perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran memulakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan teknologi internet. Lebih-lebih lagi bakal guru yang berada

di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebagai seorang bakal guru yang akan menjawat

jawatan professional ini mereka seharusnya tahu mengaplikasikan teknologi internet

untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat membimbing pelajar

berhubung dengan penggunaan internet dan sebagainya.

Bukan setakat pada asas sahaja contohnya mengetahui konsep asas mencari

maklumat, malah lebih luas pengetahuan lebih banyak dapat disumbangkan kepada

masyarakat apabila keluar berkhidmat nanti. Ini bertepatan dengan pandangan

Setiausaha Tetap Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) Y.M.Tengku Datuk

Mohd.Azman Sharifadeen di dalam Rozinah Jamaludin (2000) yang menyatakan

bahawa pengetahuan teknologi multimedia akan melengkapkan seseorang individu

menjadi masyarakat bermaklumat (information society) kepada masyarakat berilmu

(knowledge society).

Internet memudahkan kerja, internet adalah global dan internet merupakan

sesuatu item yang telah mendominasi rangkaian dengan perkara positif dan negatif.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

3

Secepat mana internet bergerak secepat itu juga maklumat sampai di hujung jari kita.

Kemudahan ini sukar untuk ditafsirkan dan subjektif terhadap pengguna. Pelbagai

jawapan yang dapat kita perolehi jika persoalan mengenai aplikasi internet ini diajukan.

Terdapat banyak aplikasi internet yang boleh membantu kita meningkatkan ilmu dalam

pembelajaran internet khususnya kepada bakal-bakal guru. Antaranya adalah mel

elektronik atau e-mel, Telnet, Protokol Pemindahan Fail atau File Transfer Protocol

(FTP), Newsgroup, World Wide Web (WWW), Chatting dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, guru dan bakal guru mungkin tahu menggunakannya

tetapi bagaimana mahu mengaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran pula

mengelirukan mereka. Oleh itu, sebagai permulaannya mereka perlu mengubah cara

pembelajaran yang biasa contohnya “chalk and talk”, menghafal dan sebagainya kepada

era teknologi internet dengan bantuan komputer yang disediakan di sekolah.

Sehubungan itu, guru dan bakal-bakal guru perlu menguasai aplikasi internet supaya

dapat dimanfaatkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dan bakal-bakal guru

juga perlu bersedia dengan pengetahuan dan perkembangan kemahiran berkaitan

teknologi internet dan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan olehnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dunia pendidikan global hari ini telah menjangkau jauh jika mahu dibandingkan

dengan sistem pendidikan dahulu. Teknologi komputer termasuk multimedia, internet

dan sebagainya banyak membantu sistem pendidikan di negara kita khususnya.

Perkembangan teknologi juga telah memberi implikasi positif iaitu seperti sekolah tanpa

sempadan telah muncul, universiti tanpa kampus sudah wujud, pusat latihan bersepadu

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

4

dengan persekitaran kerja sangat popular, dan cantuman pendidikan awam dan swasta

menjadi satu kebiasaan (Ismail Zain, 2002).

Selain itu, di dalam pembangunan pendidikan Malaysia 2001- 2010, Wong Khek

Seng et al. (2005) berpandangan Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3 (2001-2010)

menggariskan strategi dan program kearah membina masyarakat yang bersatu padu, adil,

saksama serta mampu menghadapi cabaran globalisasi. Sehubungan itu, kurikulum

pendidikan sekolah rendah dan menengah telah diterapkan dengan adanya subjek

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Berikutan itu, kebanyakan institusi

pengajian tinggi di Malaysia turut mahu menerapkan teknologi komputer, teknologi

maklumat, multimedia khasnya di dalam kurikulum dan matapelajaran yang diambil

pelajar.

Oleh yang demikian para guru dan bakal guru perlu bersedia menggunakan dan

mengajar subjek yang berkaitan dengan ICT. Ini bertepatan dengan pandangan Hillary

Mc Lellan (1991) di dalam kajian Wan Mohamad Wan Ibrahim et al. (2005) di mana di

nyatakan, penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru amatlah diperlukan pada era ini

untuk menjayakan lagi prasrana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan

sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian dan perkakasan

komputer untuk menghasilkan proses P & P yang berkesan. Tambahan pula kebanyakan

kurikulum pendidikan perguruan ada disediakan subjek pengenalan kepada aplikasi

internet. Ini termasuklah di Fakulti Pendidikan UTM sendiri di mana kursus tersebut ada

ditawarkan diperingkat Sarjana Muda dan Sarjana.

Namun begitu ada kajian menunjukkan guru tidak yakin, takut menggunakan

ICT atau internet di dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohamad Wan

Ibrahim et al. (2005) di dalam kajiannaya menyatakan terdapat sebilangan guru-guru

memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT tetapi tidak berpeluang melaksanakan dalam

Page 23: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

5

P & P di bilik darjah. Halangan utama dalam penggunaan ICT dalam P & P ialah ramai

di kalangan guru-guru yang masih ‘tidak celik ICT ’. Ini berkemungkinan pendekatan

yang digunakan seperti menghafal untuk matapelajaran ICT adalah kurang realistik dan

membosankan.

Sehubungan itu, seperti yang diwar-warkan oleh kebanyakkan institusi

pendidikan, termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk bersaing dengan

pendidikan yang global, para pelajar memerlukan elemen atribut graduan (graduate

attribute) iaitu yang menerapkan elemen kemahiran generik seperti kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi,

kemahiran berkerja secara berkumpulan dan lain-lain lagi (Buletin P&P, 2004).

Kemahiran berfikir adalah seperti yang disarankan oleh Samuel Shermis (1999) di mana

beliau berpendapat ‘reflective thinking’ atau pemikiran reflektif yang pada mulanya

digunakan oleh Dewey adalah sama ertinya dengan ‘pemikiran kritis’, ‘penyelesaian

masalah’ dan ‘pemikiran aras tinggi’. Bukan setakat asas pemikiran yang biasa tetapi

seperti yang dikehendaki oleh pasaran kerja iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (Higher-

Order Thinking Skills). Kemahiran ini yang bercirikan pemikiran yang luas dan

mendalam adalah berkaitan dengan kemahiran generik. Melalui cara pemikiran ini,

pelajar akan dapat berfikir secara rasional dan menyelesaikan masalah jika berada di

dalam situasi yang terdesak.

Dengan itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pembelajaran aktif

(active learning) dilihat mempunyai kelebihan untuk mengatasi pendekatan pengajaran

secara tradisional. Elemen pembelajaran aktif yang menerapkan “aktiviti” atau

perlakuan ini merujuk kepada pelajar melakukan sesuatu termasuk memproses,

mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi (Buletin P&P, 2005).

Tetapi pendekatan ini memerlukan masa yang banyak dan masalah pelajar yang ramai

juga kurang sesuai untuk melakukan aktiviti di dalam pembelajaran.

Page 24: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

6

Bagi menangani keadaan ini, teknologi web dilihat sebagai satu alternatif yang

boleh digunakan. Ini memandangkan penyampaian maklumat dengan sokongan

teknologi multimedia didapati adalah lebih menarik serta mempunyai kadar

keberkesanan yang lebih tinggi (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2004). Tambahan

pula pembelajaran yang menerapkan teknologi multimedia ini akan diadaptasikan

dengan bentuk Objek Pembelajaran Digital (OPD). OPD ialah aplikasi komputer yang

berfokus kepada satu konsep yang kecil bertujuan untuk memudahkan proses

pemahaman sesuatu konsep. Ianya boleh digabungkan dengan OPD lain bagi

menghasilkan satu perancangan konsep yang lebih lengkap. OPD boleh membantu

pelajar memahami, melihat sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih jelas

dan bermakna.

Oleh itu kita sedia maklum para pelajar tahu menggunakan komputer,melayari

internet dan menjadikan teknologi tersebut sebagai bahan ilmu dan rujukan. Tetapi

apakah mereka benar-benar memahami internet secara keseluruhan dan boleh

menggunakan dan menyesuaikannya di dalam kerjaya (guru) di masa masa hadapan

contohnya di dalam subjek Telekomunikasi dan Rangkaian seperti aspek WWW, FTP,

Telnet dan juga Email. Dengan itu, penggabungan elemen –elemen ini pastinya

menjanjikan hasil yang munasabah dan efektif.

Justeru, selaras dan seiring perubahan kurikulum dan perubahan dasar

pendidikan sekarang ini, manusia lebih berlumba untuk mengadaptasikan keperluan

teknologi ICT. Pelbagai pihak tampil memberikan kemudahan teknologi seperti E-

Pembelajaran, portal pendidikan dan sebagainya. Walaupun pelbagai teknologi

pembelajaran telah diterbitkan, pelajar perlu celik ICT dan juga mampu mengaplikasi

elemen-elemen yang terdapat di dalam internet itu sendiri sama ada bagi tujuan

pembelajaran dan seterusnya semasa bekerja nanti. Oleh itu, para pelajar khususnya

bakal-bakal guru di pusat pengajian tinggi harus peka dengan anjakan paradigma ini

yang semakin menjadi pilihan di setiap sekolah. Kemahiran, pengetahuan dan

Page 25: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

7

pengaplikasian adalah kunci kejayaan kepada seseorang pendidik di dalam menempuh

opsyen perguruan yang semakin mencabar dewasa ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Internet merupakan satu wadah terkini di mana kepelbagaian maklumat dan

sumber rujukan menjadi pilihan penggunanya. Kehadiran teknologi ini dengan sokongan

jalur lebar dan sebagainya menjadikan masyarakat zaman ICT lebih pantas dalam

mengimbangi isu-isu semasa dengan kehidupan seharian mereka. Namun begitu sejauh

mana kita dapat melihat dari perspektif lain iaitu mengaplikasikan internet secara

menyeluruh. Kita sendiri dapat melihat kebanyakkan orang tahu mengendalikan

komputer dan internet tetapi bagaimana perspektif mengaplikasikannya. Perkara ini

lebih tepat dapat dijuruskan kepada pelajar IPT khususnya pelajar kursus perguruan.

Adakah golongan ini telah bersedia dari segi teknikal iaitu pengetahuan, aplikasi dan

pengajaran. Persaingan kursus perguruan memerlukan mereka lebih latihan yang

realistik. Berdasarkan kepada pernyataan ini, pengkaji akan membangunkan sistem

pembelajaran berasaskan web interaktif bagi menyampaikan elemen aplikasi internet

iaitu FTP, Telnet dan Email dan strategi pembelajaran aktif yang akan dijadikan

panduan sebagai pendekatan pembelajaran bagi merancang aktiviti pembelajaran. Ini

kerana bakal guru akan dapat dibekalkan dengan latihan secukupnya. Mereka juga bakal

menguasai ICT dan internet secara teori serta praktikal dan tahu cara bagaimana

mengaplikasikannya semasa menjadi guru kelak.

Page 26: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK INTERNET DAN · PDF filepelajar dengan kemudahan pengalaman persekitaran secara simulasi di mana ... 2.4 Objek Pembelajaran Digital ... rangkaian dengan

8

1.4. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu sistem

pembelajaran berasaskan web interaktif di dalam mengajar aplikasi internet. Ia bertujuan

untuk :

a. Merekabentuk aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan pembelajaran aktif

bagi mempelajari topik Internet dan Aplikasinya.

b. Membangunkan Objek Pembelajaran Digital (OPD) bagi mempelajari topik

aplikasi internet berasaskan pendekatan pembelajaran aktif.

c. Mengintegrasikan OPD yang dibangunkan ke dalam satu sistem pembelajaran

berasaskan web yang interaktif.