multimedia: pengajaran asas bacaan bahasa · pdf filepelajar yang dapat menguasai kemahiran...

27
MULTIMEDIA: PENGAJARAN ASAS BACAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA Muhammad Saiful Haq Bin Hussin (Dr.) Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur PENGENALAN Kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman terpahat kukuh dalam lipatan sejarah perkembangannya. Fakta sejarah ini tidak dapat disangkal lagi. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Catatan I-Tsing sebagai pengembara China pada masa dahulu telah membuktikan bahawa terdapat standardisasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat pembelajarannya di seluruh kepulauan Melayu. Namun sehingga ke hari ini walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan dan bahasa rasmi di Malaysia malah dikenali sebagai bahasa dunia namun penguasaanya masih lagi menunjukkan tahap yang tidak boleh dibanggakan. Di Malaysia penguasaan bahasa Melayu masih lagi dilihat sebagai bermasalah terutama di kalangan pelajar yang mempelajarinya sebagai bahasa kedua. DEFINISI OPERASIONAL BAHASA Daripada definisi yang berbagai-bagai yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa dapat dilihat dari dua aspek iaitu dari aspek bentuk dan fungsi. Daripada segi bentuknya bahasa dianggap sebagai sejumlah kalimat (ayat) yang tidak terbatas, tetapi mempunyai jumlah perkataan yang terbatas, manakala daripada segi fungsinya pula bahasa dianggap sebagai satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenang (dengan tidak ditentukan atau direncanakan) untuk digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat perhubungan. Dari sudut lain bahasa itu harus dipelajari untuk membolehkan seseorang penutur bahasa tersebut dapat memahami setiap ujaran sama ada dari sudut makna luaran maupun makna dalamannya. Dengan cara ini barulah terhasilnya komunikasi yang bermakna dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraannya. Bahasa Melayu pula merupakan bahasa pertuturan yang dominan sebagai medium perantaraan pertuturan dan penulisan yang utama terutamanya di gugusan kepulauan Melayu dan digunakan dengan pesat dalam hubungan diplomatik di antara China dan Tanah Melayu pada masa dahulu. Namun, hal yang tersebut berterusan sehinggalah sekarang. Dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi di bawah perkara 152 (1) dalam perlembagaan membuktikan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, dan perkara tersebut diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan yang mewajibkan pengajaran dan pembelajarannya dalam mata pelajaran teras yang diajarkan di sekolah- sekolah bantuan kerajaan. Namun penguasaannya di kalangan penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih lagi memperlihatkan kelemahannya. Bahasa Melayu juga

Upload: vuongnguyet

Post on 01-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

MULTIMEDIA: PENGAJARAN ASAS BACAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

Muhammad Saiful Haq Bin Hussin (Dr.)

Jabatan Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya Kuala Lumpur

PENGENALAN Kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi

daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman terpahat kukuh dalam lipatan sejarah perkembangannya. Fakta sejarah ini tidak dapat disangkal lagi. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Catatan I-Tsing sebagai pengembara China pada masa dahulu telah membuktikan bahawa terdapat standardisasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat

pembelajarannya di seluruh kepulauan Melayu. Namun sehingga ke hari ini walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan dan bahasa rasmi di Malaysia malah dikenali sebagai bahasa dunia namun penguasaanya masih lagi menunjukkan tahap yang tidak boleh dibanggakan. Di Malaysia penguasaan bahasa Melayu masih lagi dilihat sebagai bermasalah terutama di kalangan pelajar yang mempelajarinya sebagai bahasa kedua. DEFINISI OPERASIONAL BAHASA Daripada definisi yang berbagai-bagai yang telah diberikan oleh ahli-ahli bahasa, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa dapat dilihat dari dua aspek iaitu dari aspek bentuk dan fungsi. Daripada segi bentuknya bahasa dianggap sebagai sejumlah kalimat (ayat) yang tidak terbatas, tetapi mempunyai jumlah perkataan yang terbatas, manakala daripada segi fungsinya pula bahasa dianggap sebagai satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenang (dengan tidak ditentukan atau direncanakan) untuk digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat perhubungan. Dari sudut lain bahasa itu harus dipelajari untuk membolehkan seseorang penutur bahasa tersebut dapat memahami setiap ujaran sama ada dari sudut makna luaran maupun makna dalamannya. Dengan cara ini barulah terhasilnya komunikasi yang bermakna dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraannya. Bahasa Melayu pula merupakan bahasa pertuturan yang dominan sebagai medium perantaraan pertuturan dan penulisan yang utama terutamanya di gugusan kepulauan Melayu dan digunakan dengan pesat dalam hubungan diplomatik di antara China dan Tanah Melayu pada masa dahulu. Namun, hal yang tersebut berterusan sehinggalah sekarang. Dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi di bawah perkara 152 (1) dalam perlembagaan membuktikan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, dan perkara tersebut diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan yang mewajibkan pengajaran dan pembelajarannya dalam mata pelajaran teras yang diajarkan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Namun penguasaannya di kalangan penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih lagi memperlihatkan kelemahannya. Bahasa Melayu juga

dijadikan matapelajaran wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam sistem persekolahan di Malaysia. PENGAJARAN Dalam pengajaran bahasa seseorang guru yang baik seharusnya sentiasa memikirkan kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran yang baik dan menghasilkan pencapaian yang semaksimum mungkin. Beliau seharusnya sentiasa berusaha untuk mencari pengalaman-pengalaman baru, memperbaiki serta menambah pengetahuan dalam bidang pengajaran yang dikendalikan. Menurut Corder. P (1975: 1):

‘Good language teachers do not work by rule of thumb or recipe. They possess, like good cooks, a set of principles which guide their work, in other words, some general notions about what is going on when people learn languages, an informal ‘theory’ about how languages are thaught and learned’.

Hal sedemikian menggambarkan bahawa guru bahasa yang baik perlu mempunyai satu set prinsip tentang bagaimana caranya bahasa itu diajarkan atau dipelajari. Prinsip ini mestilah dibentuk dengan jelas supaya guru-guru itu dapat menguji dan menilaikannya. Di samping itu guru itu juga haruslah menentukan sejauh mana sempurnanya prinsip-prinsip ini dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PENGAJARAN BACAAN Pada masa dahulu, difahamkan bahawa membaca adalah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang yang boleh menyuarakan tulisan mmelalui sistem lambangnya adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan seseorang semasa membaca. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana terutamanya mereka yang membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu mengerti apa yang dituturkannya. Namun demikian mengikut fahaman sekarang, membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa apa yang disuarakan, maka mereka tidaklah boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan dan matlamat yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca. Oleh hal yang demikian, bolehlah didefinisikan bahawa membaca itu ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar seseorang memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa (makna) yang terkandung dalam bacaan itu. Pada masa yang sama kepentingan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial dalam dunia kehidupan pada masa kini tidak dapat disangkalkan lagi. Khususnya dalam perkembangan dan kepesatan bidang ekonomi yang didominasikan oleh orang-orang China, hal ini terbukti bahawa kaum Cina telah melakarkan sejarah bahawa bidang ekonomi yang dikuasai oleh mereka khususnya di Malaysia dan ini memerlukan ketrampilan berbahasa Melayu dalam kalangan mereka. Hal ini demikian

bagi membolehkan sistem komunikasi intrapersonal dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya bagi mencapai persetujuan makna di antara penutur dan pendengar. MULTIMEDIA Multimedia adalah persembahan maklumat yang menggunakan gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video serta memiliki ciri interaktiviti di antara pengguna dan komputer. Pembangunan multimedia merangkumi projek online, offline dan web hibrid: 1. Projek online adalah projek pembangunan multimedia yang melibatkan capaian

pengguna yang terletak di pelbagai lokasi. 2. Projek offline pula berkait dengan sifat kendiri projek hanya berinteraksi dengan

pengguna-pengguna pada stesen pembangunan projek itu sahaja. 3. Projek web hibrid pula merupakan projek multimedia yang memiliki kedua-dua ciri

projek online dan offline.

Pengendalian Kaedah Asas Membaca

Sesuatu kaedah yang hendak dilaksanakan perlulah dikendalikan dengan urutan langkah yang sesuai dan bermakna. Dalam usaha untuk mengajarkan bacaan asas kepada penutur bahasa kedua, langkah-langkah pengajaran yang berikut digunakan: 1. Kemukakan tajuk atau tema pelajaran pada hari berkenaan. 2. Berbincang dengan pelajar tentang tajuk tersebut. Berikan penekanan kepada perkataan-perkataan yang hendak diajarkan. 3. Ulang pelajaran yang telah dipelajari dengan menunjukkan kad-kad huruf dan kad-kad suku kata berkenaan. Minta pelajar menyebut bunyi huruf dan membatang atau membunyikan suku kata dan perkataan yang terbina daripada cantuman kad-kad suku kata. 4. Perkukuhkan beberapa suku kata yang pernah dipelajari sebelumnya. Minta pelajar mencantumkan kad-kad yang berkaitan supaya menjadi perkataan yang bermakna. 5. Perkenalkan suku kata baharu dan minta pelajar membatang dan membunyikan suku kata tersebut mengikut sebutan guru. Buat latih tubi bacaan untuk membiasakan pelajardengan bunyi suku kata tersebut. 6. Minta pelajar mencantumkan kad-kad suku kata tersebut supaya menjadi perkataan yang bermakna. 7. Minta pelajar membaca bahan bacaan yang mengandungi suku kata-suku kata yang baru dipelajari.

8. Kenal pasti pelajar yang dapat membaca dan tidak dapat membaca suku kata, perkataan dan ayat dalam bahan bacaan pada pelajaran berkenaan dengan menggunakan rekod senarai semak yang disediakan. 9. Pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca dalam pelajaran berkenaan diarahkan supaya memberi bimbingan kepada rakan sebaya yang tidak dapat menguasainya. Dalam masa yang sama pelajar tersebut diberikan pemulihan semerta. 10. Pada masa yang sesuai adakan aktiviti permainan bahasa dan aktiviti pengayaan. Misalnya, mengadakan pertandingan bermain dengan cara mencantumkan kad suku kata yang disediakan supaya menjadi seberapa banyak perkataan yang mampu dibinanya. Langkah-langkah pengajaran yang disarankan boleh diubah suai mengikut keperluannya. Namun demikian langkah 3, 4 dan 5 perlu diberikan penekanan dan pertimbangan. Hal ini demikian kerana pelajar yang mempelajari bahasa kedua lebih senang mengingati sesuatu secara tekal dan kekal apabila aktiviti ulangan dan pengukuhan dijalankan. Pakej Modul Asas Membaca

Mengenal abjad

Pada peringkat Lampiran 1 pelajar diajar dan didedahkan kepada semua huruf abjad yang diwakili oleh huruf-huruf vokal dan konsonan, iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, I, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Pada peringkat ini juga pelajar telah diajarkan secara latih tubi penyebutan dengan cara membunyikan kesemua huruf tersebut. Kaedah dan teknik yang digunakan sama ada latihan penyebutan secara individu dan kumpulan. Dan pelajar juga diminta mengajuk sebutan yang diujarkan. Sebelum pelajaran tersebut berakhir semua pelajar diminta supaya mengulangi sebutan fonem-fonem abjad yang telah diajarkan kepada mereka. Huruf-huruf abjad dalam bahagian ini telah ditulis dengan menggunakan pelbagai warna yang terdiri daripada warna merah ( a, e, i, o, u ), biru ( c, m, n, r, s, w, z, v, x ), hijau ( b, d, f, h, k, l, t ) dan hitam ( g, j, p, q, y ). Ajukan penyebutan oleh pelajar boleh ditiru daripada penyebutan yang diajarkan dengan cara menyeret kursor ke atas setiap huruf yang terdapat pada paparan skrin komputer. Lampiran 1

Lampiran 2

Setelah pelajar diajar pada peringkat mengenal abjad yang melibatkan pelajaran 1. Proses pengajaran dan pemelajaran diteruskan lagi ke peringkat yang terarah selain bertujuan untuk pengukuhan, pada peringkat ini pelajar akan didedahkan dengan pengecaman dan penguasaan abjad yang diklasifikasikan mengikut pembahagian huruf yang setara dari segi bentuknya iaitu diwakili oleh huruf-huruf a, e, i, o dan u sebagai huruf vokal. Demikian juga dari segi kontras warnanya.

a, e, i, o, dan u

Diikuti pula oleh huruf-huruf c, m, n, r, s, v, w, x dan z sebagai huruf yang sama saiznya apabila dituliskan ke dalam buku garis tiga.

c, m, n, r, s, v, w, x dan z

Kemudian pelajar diperkenalkan pula dengan huruf-huruf yang panjang ke atas iaitu,

b, d, h, f, k, l dan t

Dan diikuti dengan huruf-huruf yang panajang ke bawah iaitu,

g, j, p, q dan y

Pada peringkat kemahiran ini pelajar akan didedahkan dengan kaedah yang sama iaitu, pelajar akan diperdengarkan dengan semua nama-nama huruf apabila kursor diseret dan diklik pada setiap huruf tersebut. Hal ini akan memberikan pengukuhan kepada pelajar tersebut bagi mengenal dan membunyikan nama-nama huruf tersebut serta dapat mengenali bentuk-bentuknya. Kemahiran ini diperkenalkan bertujuan bagi memudahkan pelajar membuat pengecaman terhadap huruf tersebut. Pendiskriminasian dilakukan dengan cara mengasingkan huruf-huruf vokal a, e, e, i, o dan u dengan menggunakan warna merah, huruf-huruf yang sama bentuknya dengan huruf-huruf vokal jika dituliskan dalam buku garis tiga yang diwakili oleh huruf-huruf c, m, n, r, s, w, z, v dan x dengan menggunakan warna biru; huruf-huruf yang bentuknya panjang ke atas yang diwakili oleh huruf-huruf b, d, f, h, k, l dan t dengan menggunakan warna hijau dan huruf-huruf yang bentuknya panjang ke bawah yang diwakili oleh huruf-huruf g, j, p, q dan y dengan menggunakan warna hitam. Pada masa ini, pengajaran dilakukan secara individu dan kumpulan. Pelajar yang didapati bermasalah untuk melakukan penyebutan dengan betul, mereka akan diberikan bimbingan secara individu daripada guru atau mengajuk bunyi fonem tersebut daripada kursor yang diseret ke atas huruf-huruf yang berkenaan. Latih tubi penyebutan dilakukan secara berulang kali ke atas pelajar yang didapati belum dapat menguasainya. Sebelum pelajaran tersebut berakhir, pelajar diminta supaya mengulangi penyebutan huruf-huruf tersebut secara mendiskriminasikannya. Penyebutan dilakukan dengan cara pelajar mengajuk ujaran yang diajarkan oleh guru atau diajuk daripada bunyi penyebutan daripada komputer. Pada peringkat memperkenalkan fonem-fonem vokal dan konsonan ini juga guru menggunakan kad-kad huruf secara meluas. Kad-kad huruf dibina bagi setiap

fonem dan diedarkan serta dibekalkan kepada semua pelajar. Dengan ini bermakna semua pelajar akan dibekalkan dengan 26 kad huruf yang mewakili setiap fonem dalam urutan abjad tulisan dalam bahasa Melayu. Ditambah dengan satu lagi kad fonem huruf [e] bagi membezakan di antara e-pepet dan e-taling, menjadikan semua kad huruf berjumlah 27 semuanya. Begitu juga halnya bagi fonem-fonem vokal dan konsonan yang melibatkan huruf-huruf besar dan huruf-huruf kecil. Dalam hal ini, guru juga sengaja tidak mengasingkan bentuk antara huruf-huruf besar dengan huruf-huruf kecil bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan pengamatan dalam kalangan pelajar, terutamanya pelajar yang berada dalam tahap kecerdasan dan kemahiran yang sederhana dan lembam.

Semua keadaan kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik yang dilakukan ini telah menimbulkan keseronokan kepada pelajar untuk terus mempelajari kemahiran yang diajar dan didedahkan kepada mereka dari semasa ke semasa. Mereka hilang rasa bosan dengan cara belajar secara berterusan di dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian sensitiviti guru terhadap persekitaran dan keadaan fizikal kelas dan persekitarannya perlulah diambil kira semasa menjalankan proses P & P. Bertujuan untuk memberikan penguasaan dan pemantapannya terhadap kemahiran yang akan diajarkan kepada subjek kajian. Huruf kecil dan huruf besar Lampiran 3

Pada peringkat pelajaran lampiran 3 sebelum kemahiran baru diperkenalkan kepada pelajar, mereka seperti biasa dikehendaki mengulang kembali pelajaran sebelumnya. Tujuannya ialah untuk membolehkan mereka membuat pengukuhan terhadap pelajaran lepas. Pelajar diminta sekali lagi menyebut fonem-fonem abjad secara mendiskriminasikannya. Pelajaran diteruskan dengan cara mendedahkan kemahiran baru kepada pelajar. Kemudian pelajar diajarkan dengan pelajaran baru, iaitu mengenal dan menyebut huruf-huruf abjad yang huruf-huruf besar dan huruf kecilnya didapati berbeza antara satu sama lain. Kemahiran tersebut dirumuskan oleh guru bahawa ada bentuk huruf besar dan huruf kecil yang sama bentuknya dan ada huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuknya. Huruf tersebut diwakili oleh huruf-huruf Aa, Bb, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Ii, Jj, Ll, Mm, Nn, Qq, Rr dan Tt (bentuk yang berbeza) dan huruf-huruf yang didapati sama antara huruf kecil dengan huruf-huruf besarnya, huruf-huruf tersebut pula diwakili oleh huruf-huruf Cc, Kk, Oo, Pp, Ss, Uu, Vv, Ww, Xx, Yy dan Zz (sama bentuknya). Kaedah ajukan yang sama akan dilatih tubikan ke atas pelajar. Kontras warna yang digunakan oleh guru untuk membezakan fonem-fonem abjad, diharapkan boleh menyediakan kefahaman dan memantapkan ingatan pelajar terhadap nama-nama fonem yang telah didiskriminasikan oleh guru dalam kemahiran tersebut.

Sebagaimana halnya dengan pelajaran yang lepas, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai kaedah dan teknik bagi memantapkan penguasaan mereka dalam masa mempelajari kemahiran-kemahiran yang didedahkan kepada mereka. Mereka bukan hanya diajar secara latih tubi penyebutan sama ada secara individu atau kumpulan. Mereka turut dibawa keluar dari kelas dan diarahkan oleh guru untuk menulis semula kesemua fonem yang telah dipelajari oleh mereka di atas tanah berpasir dengan menggunakan ranting kayu sebagai alat tulis. Selain itu, pelajar juga diminta menulis huruf-huruf yang telah dipelajarinya secara simbolik di siling dan di udara dengan menggunakan jari telunjuk mereka.

Sekali sekala pelajar diminta menulis fonem-fonem yang telah dipelajari dan dikuasai mereka di atas belakang guru dan juga rakan mereka dengan menggunakan jari telunjuk. Bukan itu sahaja latih tubi penyebutan juga bukan hanya dilakukan secara stereotype dengan hanya menyebut dan mengikut sahaja sebutan yang telah diujarkan oleh sama ada guru atau rakan mereka. Mereka dikehendaki menyebut huruf-huruf abjad tersebut secara melagukannya mengikut rentak-rentak nyanyian seperti lagu ‘Lenggang Kangkung’, ‘Lagu Tiga Kupang’ dan ‘Ketipang Payung’.

Suku kata (konsonan + vokal): Pada peringkat lampiran 4 hingga, pelajar mula diajarkan bunyi-bunyi vokal /a/, /e/, /e/, /i/, /o/ dan /u/. Bunyi bunyi vokal tersebut telah digabungkan dengan bunyi-bunyi konsonan yang melibatkan bunyi suku kata terbuka (KV). Pada

peringkat ini juga pelajar akan diajarkan bagaimana untuk membatang dan menyebut suku kata yang dipadankan dengan fonem-fonem konsonan + vokal dengan cara penyebutan yang betul. Semua fonem-fonem konsonan telah dipadankan dengan fonem-fonem vokal bagi menghasilkan suku kata terbuka (KV), iaitu yang melibatkan diskriminasi fonem konsonan berasaskan kepada bentuk huruf. Lampiran 4

Fonem-fonem yang sama saiz dengan huruf-huruf vokal yang diwakili oleh huruf-huruf /c/, /m/, /n/, /r/, /s/, /v/, /w/, /x/ dan /z/. Fonem-fonem yang digabungkan itu akan menghasilkan suku kata terbuka, seperti /ca/, /ce/, /ce/, /ci/, /co/ dan /cu/. Demikianlah juga halnya dengan huruf-huruf konsonan yang lain yang telah dipadankan dengan huruf vokal, akan turut menghasilkan suku kata seperti /ma/, /me/, /me/, /mi/, /mo/, /mu/; /na/, /ne/, /ne/, /ni/, /no/, /nu/; /ra/, /re/, /re/, /ri/, /ro/, /ru/; /sa/, /se/, /se/, /si/, /so/, /su/; /va/, /ve/, /ve/, /vi/, /vo/, /vu/; /wa/, /we/, /we/, /wi/, /wo/, /wu/; /xa/, /xe/, /xe/, /xi/, /xo/, /xu/ dan /za/, /ze/, /ze/, /zi/, /zo/, /zu/.

Bagi huruf-huruf konsonan yang diwakili oleh huruf-huruf yang panjang ke atas yang diwakili oleh huruf-huruf /b/, /d/, /k/, /f/, /h/, /l/, dan /t/ pula akan turut digabungkan dengan fonem-fonem vokal yang akan menghasilkan suku kata terbuka seperti /ba/, /be/, /be/, /bi/, /bo/, /bu/; /da/, /de/, /de/, /di/, /do/, /du/; /ka/, /ke/, /ke/, /ki/, /ko/, /ku/; /fa/, /fe/, /fe/, /fi/, /fo/, /fu/; /ha/, /he/, /he/, /hi/, /ho/, /hu/; /la/, /le/, /le/, /li/, /lo/, /lu/ dan /ta/, /te/, /te/, /ti/, /to/, /tu/.

Begitu juga halnya dengan fonem-fonem konsonan yang huruf-hurufnya diklasifikasikan sebagai huruf yang panjang ke bawah yang diwakili oleh fonem-fonem /g/, /j/, /p/, /q/ dan /y/. Apabila fonem-fonem tersebut dipadankan dengan fonem-fonem vokal maka terhasillah suku kata terbuka (KV) yang berbunyi /ga/, /ge/, /ge/, /gi/, /go/, /gu/; /ja/, /je/, /je/, /ji/, /jo/, /ju/; /pa/, /pe/, /pe/, /pi/, /po/, /pu/; /qa/, /qe/, /qe/, /qi/, /qo/, /qu/ dan /ya/, /ye/, /ye/, /yi/, /yo/, /yu/. Kesemua fonem konsonan yang dipadankan dengan fonem-fonem vokal tersebut diajarkan oleh guru melalui kaedah latih tubi sebutan. Bermula dengan guru menyebutnya atau membunyikannya melalui sebutan apabila kursor diseret ke atas fonem-fonem yang berkenaan dan latih tubi sebutan tersebut akan diikuti oleh pelajar, dan kemudiannya guru mengarahkan kepada pelajar supaya membacanya secara latih tubi menyebut dan membatang suku kata terbuka (KV) sama ada secara individu atau berkumpulan secara berselang-seli. Semasa membatang dan membacanya mengikut pelbagai rentak yang dilagukan, kelihatan pelajar sangat gembira untuk menyebutnya secara berulang kali. Dengan cara ini juga akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap kemahiran yang dipelajarinya.

Bagi tujuan pengayaan pula, pada peringkat ini pelajar telah diajarkan bagaimana cara untuk memadankan suku kata KV + KV bagi menghasilkan perkataan. Contohnya, perkataan /mama/, /mimi/, /mana/ dan lain-lain perkataan sama ada perkataan yang dihasilkan melalui percantuman suku kata KV tersebut bermakna atau pun tidak. Dalam hal ini, guru lebih mementingkan hasil sebutan daripada gabungan suku kata yang dihasilkan oleh pelajar. Pada peringkat ini juga guru mendapati bahawa pelajar berasa sungguh seronok dan yakin apabila diarahkan berada dalam kumpulan dan diminta menghasilkan seberapa banyak perkataan yang boleh mereka hasilkan secara menggabungkan suku kata KV + KV. Semasa aktiviti tersebut dijalankan pelbagai masalah yang di luar daripada jangkaan guru telah berlaku. Ada didapati kes-kes di luar jangkaan guru, umpamanya pelajar didapati telah menghilangkan kad-kad imbasan dalam bentuk kad-kad huruf dan kad-kad suku kata atau pun kad-kad mereka itu mengalami kerosakan. Namun masalah tersebut dapat di atasi dengan mudah kerana ada di antara pelajar yang bersifat proaktif dengan menggantikan kad-kad tersebut sebelum diarahkan berbuat demikian atau digantikan oleh guru.

Sebagai langkah persediaan pula guru membekalkan kad-kad imbasan yang kosong, dan mana-mana pelajar yang didapati kehilangan kad-kad huruf dan kad-kad suku kata yang dibekalkan kepada mereka hendaklah menulis dan menggantikan sendiri kad-kad mereka yang hilang. Bagi pelajar yang tidak boleh menulisnya sendiri, mereka akan dibantu oleh ketua kumpulan atau pelajar lain di dalam kumpulan mereka. Dengan cara ini kerjasama dalam kumpulan dapat dihayati oleh mereka.

Kerjasama dalam kumpulan menampakkan kesan yang sangat baik. Apabila diminta ketua melaporkan perkataan yang dapat dibina oleh mereka, kelihatan pelajar berebut-rebut untuk melaporkannya. Keadaan dapat dikawal oleh guru dengan cara menetapkan masing-masing kumpulan mengikut giliran yang dipanggil keluar oleh guru, maka kumpulan tersebut hendaklah keluar untuk membuat laporan. Setiap kumpulan telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi apabila kesemua kumpulan didapati boleh menghasilkan kosa kata KV + KV sama ada ianya bermakna atau pun tidak bermakna.

Pada peringkat ini juga pelajar telah dibekalkan dengan kad-kad suku kata bagi kesemua suku kata yang dibina hasil daripada percantuman suku kata KV. Dengan bekalan kad-kad suku kata tersebutlah didapati pelajar sangat mudah berbincang dan menghasilkan perkataan yang dikehendaki melalui gabungan di antara kad-kad suku kata yang dibekalkan kepada mereka. Semasa aktiviti ini dijalankan subjek kajian menunjukkan minat yang sangat tinggi dan begitu seronok melakukan gerak kerja dalam kumpulan masing-masing. Setelah melalui sesi latih tubi secara manual pelajar diarahkan supaya membaca dan membatangkan suku kata dengan menggunakan paparan komputer. Pada peringkat ini juga didapati penguasaan pelajar agak mudah dan semakin mantap hasil daripada latih tubi sebelum yang telah pun dilalui oleh mereka. Kelihatan semua pelajar amat berminat untuk melakukan latih tubi penyebutan sehingga akhirnya kesemua pelajar didapati boleh menyebutnya dengan baik dan betul hasil daripada latih tubi sebelum yang telah dijalani oleh mereka sama ada latih tubi penyebutan secara individu mau pun secara kumpulan. Lampiran 5 (Pelajaran 1)

Pada peringkat ini, pelajar boleh menyeret kursor dan diletakkan pada setiap huruf vokal pada paparan skrin. Apabila kursor diletakkan akan keluar gambar untuk menjelaskan lagi huruf vokal yang mewakili huruf awal bagi setiap perkataan yang merujuk kepada benda tersebut. Contohnya jika kursor diletakkan di atas fonem ’a’ maka akan keluar lah gambar ’ayam’. Dan serentak dengan itu juga akan terdengar perkataan ’ayam’ dengan cara ini pelajar boleh memahami dan mengajuk perkataan yang disebutkan itu. Sekiranya pelajar yang mendengarnya tidak begitu memahami dan dapat menangkap perkataan tersebut, maka bolehlah diulanginya dengan cara mengklikkan kursor di atas huruf ’a’ tadi dan sekali lagi perkataan ’ayam’ akan kedengaran. Langkah sedemikian boleh diulang-ulang bagi memantapkan penguasaan pelajar. Begitulah juga halnya sekiranya kursor diletakkan di atas fonem ’e’ maka akan keluarlah gambar ’emak’. Dan serentak dengan itu juga akan terdengar perkataan ’emak’. Demikianlah juga sekiranya fonem ’i’ yang dipilih maka akan keluarlah perkataan ’ikan’. Seandainya fonem ’o’ pula yang dipilih akan keluarlah perkataan ’oren’ dan serentak dengan bunyi perkataan ’oren’. Bagi huruf-huruf ’e’ dan ’u’ juga masing-masing akan mengeluarkan gambar ’oren’ dan gambar ’ular’ bagi setiap kali langkah yang sama diambil. Paparan yang diperlihatkan melalui kaedah ini boleh menarik minat pelajar untuk terus mempelajarinya di samping mengurangkan kebosanan dan sebaliknya menambahkan lagi motivasi pelajar. Lampiran 6 (Pelajaran 2)

Dengan menggunakan kaedah yang sama pada peringkat ini pelajar akan diperkenalkan pula dengan vokal, suku kata dan ayat mudah yang mengandungi dua kata secara serentak tetapi berurutan. Pada mulanya pelajar akan akan membaca huruf-huruf vokal yang terdiri daripada a, e, e, i, o dan u. (huruf e diulangkan untuk mewakili huruf e-taling dan e-pepet. Kemudianya diikuti pula dengan suku kata na, ni, ne, ne, ne dan nu. Hasil daripada gabungan vokal dan suku kata konsonan + vokal akan terhasilah pula ayat-ayat mudah. Ayat-ayat tersebut diwakili oleh ayat /ini ani/ dan /ini ana/. Kemudiaan gabungan daripada kata yang diwakili oleh kv dipadankan pula dengan kata yang diwakili oleh gabungan dua suku kata kv + kv dan terhasillah pula ayat mudah yang terdiri daripada dua kata iaitu, /ini nini/, /ini noni/, /ini nani/ dan /ini nanu/. Ayat tersebut akan terbentuk setelah kursor diseret dan diklikkan ke atas mana-mana gambar yang dipaparkan dalam bulatan yang diwakili secara serentak oleh gambar dan ayat mudah. Lampiran 7 (Pelajaran 3)

Pada peringkat ini pelajar akan diperkenalkan pula dengan vokal, suku kata dan ayat mudah yang mengandungi dua kata secara serentak tetapi berurutan. Pada mulanya pelajar akan akan membaca huruf-huruf vokal yang terdiri daripada a, e, e, i, o dan u. (huruf e diulangkan untuk mewakili huruf e-taling dan e-pepet. Kemudianya diikuti pula dengan suku kata na, ni, ne, ne, ne dan nu. Setelah pengulangan dibuat untuk sukukata yang telah dipelajari itu. Diikuti pula dengan kemahiran baru yang memperkenalkan pula suku kata ma, me, me, mi, mo dan

mu. Hasil daripada gabungan vokal dan suku kata (vokal + konsonan) dan gabungan suku kata KV + KV akan terhasilah pula ayat-ayat mudah. Ayat-ayat tersebut diwakili oleh ayat, /ini mimi/, /ini mama/, /ini mona/, /ini mina/. Kemahiran ayat dipertingkatkan lagi dengan ayat yang diwakili oleh tiga kata iaitu, /ini mi mimi/ dan /ini mi mama. Ayat tersebut akan terbentuk setelah kursor diseret dan diklikkan ke atas mana-mana gambar yang dipaparkan dalam bulatan yang diwakili secara serentak oleh gambar dan ayat mudah. Sebelum pelajaran hari tersebut berakhir, subjek kajian diminta oleh penyelidik supaya mengulangi kembali penyebutan kesemua item yang telah diajarkan kepada mereka. Mana-mana subjek kajian yang didapati tidak dapat membatang dan menyebutnya dengan betul, selain dibimbing oleh rakan sebaya mereka dibantu oleh penyelidik supaya dapat membatang dan menyebutnya dengan betul. Lampiran 8 (Pelajaran 4)

Pada peringkat pelajaran 4, pelajar dikehendaki mengulangi pelajaran sebelum dengan membatang dan menyebut fonem-fonem vokal /i/, /a/, /e/, /e/, /o/, /u/ dan memadankan KV /mi/, /ma/, /me/, /me/, /mo/, /mu/ bertujuan untuk memantapkan penguasaan mereka tentang pelajaran lepas. Kemudian kemahiran baru diperkenalkan kepada pelajar dengan meminta mereka mengajuk latih tubi penyebutan suku kata KV /bi/, /ba/, /be/, /be/, /bo/ dan /bu/. Langkah seterusnya pelajar dikehendaki membatang dan menyebut perkataan yang diwakili oleh

gambar rangsangan iaitu perkataan /ubi/, /ibu/, /bubu/ dan /bibi/. Seterusnya aras kemahiran yang lebih tinggi diperkenalkan kepada pelajar dengan meminta mereka mengajuk perkataan yang diajarkan oleh guru, iaitu perkataan /abu/, /bobo/, /babu/ dan /baba/. Pada peringkat ini, guru bersoal jawab tentang perkataan tersebut. Kebanyakan pelajar didapati dapat menggambarkan bahawa kesemua perkataan yang didedahkan kepada mereka itu adalah mewakili kategori manusia (kata nama).

Aras kemahiran berdasarkan ayat yang dibina oleh guru diteruskan dengan menyediakan item-item ayat yang diwakili oleh tiga perkataan dalam satu ayat. Ayat-ayat tersebut ialah, /nama mimi amimi/, /nama mama mona/, /mimi ada mi/, /mama ada mi/, /mimi ada ubi/, /mama ada bubu/, /ini ubi mimi/, /ini bubu mama/, /ini ibu mimi/ dan /ini babu mama/. Pada peringkat ini juga guru menjalankan latih tubi bacaan yang lebih pesat bertujuan untuk membolehkan tahap penguasaan yang lebih tinggi dikuasai oleh pelajar. Seperti biasa sebelum pelajaran pada peringkat ini berakhir, pelajar diminta membatang dan membaca kesemua item-item yang terkandung dalam bahagian ini sebagai aktiviti pengukuhan. Lampiran 9 (Ujian 1)

Setelah pengajaran dilakukan seperti biasa untuk menilai tahap penguasaan dan pencapaian pelajar, maka pelajar akan diuji. Pada bahagian ini pelajar akan diuji dengan menggunakan kaedah mengisikan tempat kosong dengan gambar yang sesuai berasaskan kepada pelajaran sebelum gambar tersebut terdidi daripada ikan, epal, emak, orang, ular dan ayam. Sekiranya gambar yang diseret dan

dipadankan dengan perkataan yang berada pada petak dan didapati sesuai dengan gambarnya, maka gambar tersebut akan terus melekat dan berada pada kedudukannya. Namun sekiranya gambar yang diseret dan dipadankan itu didapati tidak bersesuaian dengan perkataannya maka gambar tersebut akan kembali ke tempat asalnya. Akhirnya pelajar akan dapat menentukan skor markah yang diperolehinya hasil daripada bilangan jumlah gambar yang melekat pada perkataan yang disuaikannya. Lampiran 10 (Ujian 2)

Pada tahap ini, ujian yang dijalankan agak berbeza. Pelajar dikehendaki mengisikan huruf vokal dan suku kata konsonan + vokal (kv) bagi soalan yang dikemukakan. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pelajar berkenaan kepada setiap soalan yang berasaskan kepada gambar rangsangan itu betul, maka perkataan ‘BETUL’ akan tertera secara berkelip-kelip sebagai menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut adalah betul. Perkataan tersebut keluar setelah pelajar mengklik pada bahagian ‘jawab’ untuk mengetahui status jawapan yang diberikannya. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut salah maka perkataan ‘SALAH’ dan perkataan pada bahagian ‘jawab’ akan bertukar kepada perkataan menjadi frasa ‘cuba lagi’. Demikianlah seterusnya dengan soalan yang selanjutnya. Cara dan pendekatan serta kaedah

yang digunakan ini didapati sangat menarik minat pelajar dan merangsang minat mereka untuk terus menjawab serta mencuba jawapannya. Pembelajaran melalui multimedia seumpama ini sangat menarik dan tidak membosankan pelajar. Tahap motivasi pelajar juga akan menjadi lebih baik kerana pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara kronologi daripada mudah ke susah, namun akhirnya tanpa disedari pelajar akan dapat menguasai setiap kemahiran yang diajarkan kepada mereka dan akan dapat membaca dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Pembelajaran secara multimedia juga didapati bertepatan dengan dakwaan Dell Hymes yang mengatakan bahawa pembelajaran melalui sebutan dan pengamatan adalah lebih baik daripada membaca tanpa bantuan atau rangsangan. Dale telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bahan multimedia yang dihasilkan ini boleh diaplikasikan dalam e-pembelajaran interaktif, iaitu dengan menghasilkan modul penyediaan bahan bantu mengajar secara elektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Modul ini penting dalam proses pembelajaran pada hari ini kerana dapat membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Namun demikian ini bukanlah bermakna sebagai penyelesaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan modul ini perlukan beberapa perkakasan dan perisian untuk diaplikasikan ke dalam pembangunan multimedia. Contohnya, laman web yang boleh digunakan sebagai medium untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu, program moodle dan LeCastingTS (LeCasting Technical Science).

BIBLIOGRAFI

Abdul Manaf Bohari, 2005. Isu-isu Profesional ICT di Malaysia, Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.

Chang Hon Woon, 2007. Getting Creative with Adobe Photoshop. Selangor:

Venton Publishing Sdn. Bhd. Elizabeth Eisner Reding, 2006. Adobe Photoshop CS 2 Revealed, Printed in

China: Thomson Course Technology, Boston Massachusetts.

Tay Vaughan, 2008. Multimedia: Making It Work, Seventh Edition. USA: Mc Graw Hill.

Ibrahim Ahmad dan Mazlie Nadzri, 2007. Macromedia Flash Professional 8,

Selangor: Venton Publishing Sdn. Bhd. Iskandar Ab. Rashid dan Zaidatun, 2007. Membina Blog Pertama

Mengggunakan Google Bolgger, Selangor: Venton Publishing (M Sdn. Bhd.

Norazlin Mohamed, et. al., 2007. Sistem Multimedia, Selangor: Venton

Publishing (M) Sdn. Bhd. Renati Winong Rosari, 2007. Macromedia Flash Pro 8: Mahir Dalam 7 Hari.

Yogyakarta: C.V Andi Offset. Siti Aishah Meor Zulkifli ‘Auni, 2003. Web Designing and Publishing. Kuala

Lumpur: Cosmopoint Sdn. Bhd. Johnson Lim Soon Chong, Jailani Md. Yunos & Ghazally Spahat, December

2005. The Development and Evaluation of an E-Module for Pneumatics Technology (MOJIT) Vol. 2, No. 3, pp 25-33 (ISSN 1823-1144). http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/04. Diakses pada 15 April 2009.

http://perdana.fsktm.um.edu.my/. Diakses pada 16 April 2009. http://www.geocities.com/ebelajar2002/bahan.html. Diakses pada 18 April 2009. http://teacherworld.com/potdale.html. Diakses pada 22 April 2009. http://www.sjsu.edu/depts/it/itcdpdf/dale.pdf. Diakses pada 24 April 2009.

PEMBANGUNAN PROJEK MULTIMEDIA “ASAS MEMBACA TAHUN 1”

Oleh

Dr. Muhammad Saiful Haq Bin Hussin

Sofwer pembangunan : Adobe CS2, Music Forge dan Macromedia Flash MX 2004

RINGKASAN PEMBANGUNAN

Projek dibangunkan dengan membahagikan bab-bab kepada frame-frame yang telah dinamakan berdasarkan muka surat pada modul Asas Membaca Tahun 1. Setiap bab dibangunkan di dalam movie clip. Simbol Flash mementingkan penggunaan symbol kerana dapat menjimatkan ruang dan saiz fail. Ada terdapat 3 jenis simbol: movie clip, button dan grafik. Simbol yang direka akan disimpan didalam library flash, dan akan dirujuk pada setiap kali symbol tersebut perlu digunakan. Contohnya, imej ayam yang dimport masuk ke dalam library. Setiap kali gambar ayam diperlukan, gambar tersebut perlu diambil daripada library flash, dengan ini tidak perlu melakukan proses import pada setiap kali imej tersebut perlu digunakan. Oleh sebab itu dapat menjimatkan penggunaan saiz fail kerana gambar yang sama boleh digunakan secara berulangkali. Keadaan ini berbeza dengan Microsoft word, kerana proses copy dan paste gambar yang sama dan akan dilakukan secara berulangkali disamping itu penggunaan saiz failnya juga adalah besar. Movie clip

Maksudnya: sebarang animasi, button, grafik dan bunyi boleh diletakkan di dalam simbol jenis movie clip. Contoh di dalam program Asas Membaca, intro bagi Asas Membaca adalah merupakan movie clip yang dinamakan ABC. Di dalam movie clip ini terdapat grafik biasa, animasi dan juga butang. Dalam hal ini penggunaan perisian flash sangat bersesuaian kerana membolehkan gabungan simbol-simbol ini dilakukan). PEMBANGUNAN SIMBOL BUTTON ARROW Button ada empat state (keadaan) iaitu, up, over, down dan hit. Up – keadaan asal button, Over – keadaan button apabila mouse dilalukan Down – keadaan button apabila diklik. Hit – keadaan apabila button mencapai event yang diminta. Langkah 1: Pada menu (File Edit View Insert) pilih menu insert, kemudian diikuti dengan memilih simbol. Insert New Symbol. Satu pop up akan keluar, create New Symbol, namakan arrow, kemudian pilih behaviour button.

Langkah 2: Apabila berada pada mod button. Perhatikan timeline telah berubah, ada empat frame iaitu, Up, Over Down dan Hit. Pada layer one, klik frame Up (perhatikan pada frame up, terdapat dot kecil yang berwarna putih, hal ini kerana pada frame tersebut masih belum mempunyai apa-apa objek) Lukiskan anak panah,

(Perhatikan kepada warna dot, warna nya sudah berubah menjadi warna hitam) Langkah 3:

Pada layer one, perhatikan pada frame over, tiada sebarang dot. Anda perlu membina dot terlebih dahulu untuk meletakkan sebarang objek. Kemudian klik pada frame Up, pastikan cursor mouse masih berada pada frame Up, klik bahagian kanan mouse dan insert key frame. Satu titik putih akan terhasil. Lukiskan anak panah, pastikan anak panah kedua yang dilukiskan itu berbeza dengan anak panah yang terdahulu. Teruskan dengan cara yang sama untuk dua state yang seterusnya.

Langkah 4: Kembali semula kepada scene 1 (Klik pada perkataan scene). Langkah 5 :

Kemudian buka library (windows library). Button yang telah dibina sebelumnya telah diletakkan di dalam library. Pada library, klik imej arrow dan seret ke stage. Pada menu, control test movie. Satu paparan flash player akan kelihatan, dan dalam masa yang sama boleh diuji button yang telah dibina.

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Lagu latar – Family Introduction untuk Asas Membaca adalah menggunakan symbol jenis movie clip yang

dinamakan ABC

1. Tulisan ASAS MEMBACA

MENGGUNAKAN ANIMASI TWEENING JENIS MOTION. Tulisan pada mulanya kecil dan berada pada bahagian tengah stage, menjadi besar dan bergerak ke atas.

A A

2. ‘tahun satu’

Paparan grafik biasa, sebaik sahaja animasi tulisan ASAS MEMBACA tamat.

3. Paparan berwarna biru

1

2

3

8

4

5 Sila Masuk 6

7

Perhatikan pada timeline, antara 2 keyframe ada anak panah biru.

Menggunakan grafik biasa.

4. a b c dan kapur

Tulisan yang memaparkan a b c keluar satu persatu selaras dengan pergerakan kapur.

Kapur – menggunakan motion path

Layer untuk laluan kapur ditambah

Laluan (jalan) mengikut bentuk a b c

5. Tulisan - Oleh: Dr Muhammad Saiful Haq

Menggunakan animasi shape tweening.

Animasi dari segi perubahan warna.

6. Button -

Simbol button “Sila Masuk”

Strip digunakan untuk memberikan action pada button.

Layer untuk

laluan kapur

Sila Masuk

On (release) skrip untuk button this. parent. GotoAndPlay (“next frame”) i Stop all sounds ( ) i

untuk frame seterusnya

untuk menghentikan lagu

7. Lagu – Family.

a. Lagu dimasukkan pada layer khusus untuk lagu sahaja.

8. Animasi a b c, animasi pada perubahan warna, movie clip anim_abc, movie clip lain dicipta, di masukkan ke dalam movie clip AB.

Layer lagu

BIODATA

Dr. Muhammad Saiful Haq bin Hussin dilahirkan pada 09.08.1962 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan rendah di SRK Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan, kemudian menyambung pelajaran menengah rendahnya di SMK Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan dengan kelulusan Lower Certificate of Education (1977) dan Malaysia Certificate of Education (1979). Beliau kemudian meneruskan persekolahan peringkat menengah atas di SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan dengan mendapat kelulusan pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (1982). Kelulusan ikhtisas beliau ialah Sijil Perguruan Pengajian Sekolah Rendah/Pengajian Melayu (PSR/PM 1990) dari Maktab Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan dan Diploma Perguruan Khas (Bahasa Melayu 1996) dari Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Beliau meneruskan lagi pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Kerana masih belum puas menimba ilmu beliau telah meneruskan pengajian pada peringkat pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan memperoleh Ijazah lanjutan Sarjana Sastera Bahasa Melayu (2001) dan Ijazah Kedoktoran Bahasa Melayu (2006), kedua-dua tahap pengajian tinggi tersebut ditekuni oleh beliau dalam disiplin ilmu Psikolinguistik. Sekarang beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Berpengalaman menulis dalam akhbar Watan, Mingguan Dialog, Berita Harian, Berita Minggu, majalah Spektra, Prosiding, Jurnal PWMK dan Jurnal Bahasa (DBP). Melalui kegiatan dalam Non Government Organization (NGO), beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Psikolinguistik Malaysia (PERSIMA), Setiausaha penaja Persatuan Pengajian Melayu Antarabangsa (PPMA), Ahli Jawatankuasa Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Wartawan Melayu Kelantan (PWMK). Pengarah Operasi Muslim Business Networking Foundation (MBNF), dan sebagai ahli dalam Persatuan Bekas Wartawan Berita

Harian Malaysia (PBWBHM), Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Senilukis Kelantan (PESENI).