pengenalan racun serangga 1

Upload: milamin

Post on 03-Jun-2018

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Pengenalan Racun Serangga 1

    1/3

    PENGENALAN RACUN SERANGGA 1

    animhosnan.blogspot.com/2012/03/pengenalan-racun-serangga.html

    RACUN SERANGGA(Pesticide)merupakan sejenis bahan kimia

    yang tergolong dalam kategori Racun Makhluk Perosak iaitu

    sebarang bahan yang di gunakan untuk mencegah, memusnah,mengawal, menghalau atau mengurangkan makhluk perosak. Di

    Malaysia ianya disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta Racun

    Makhluk Perosak 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan

    Pertanian. Secara amnya racun serangga adalah sebahagian

    daripada jenis racun makhluk perosak bersama dengan Racun

    Roden (Racun Tikus),Racun Kulat (Fungicide)dan Racun Rumpai

    (Weedicide). Saya mengenali racun serangga semenjak dulu lagi

    terutama apabila diperkenalkan racun aerosol untuk membunuh

    serangga seperti nyamok, lipas dan semut yang mudah dibeli

    dikedai-kedai biasa. Artikel malam ini saya menulis dalam "AnimAgro Technology" mengenai pengenalan asas mengenai racun

    serangga berdasarkan pembelajaran di universiti, kursus teknikal

    mengenai racun, pengalaman bersama ramai petani dan

    pembacaan daripada beberapa buah buku dan laman sesawang.

    Secara amnya racun serangga boleh di kategorikan kepada 6 kumpulan

    iaitu Racun Sebatian Bukan Organik, Racun Sebatian Organik,

    Bahan Pewasap, Antibiotik, Biokimia danRacun Serangga Mikrob.

    Pembahagian ini berdasarkan kepada penggunaan dan ciri-ciri racun

    tersebut disediakan serta komponen kimia didalamnya. Semasa belajardi tahun 2 di universiti memang agak sukar untuk mengulangkaji

    matapelajaran ini kerana banyak nama-nama kimia dan pemahaman

    khusus yang perlu dipelajari. Apabila disebut sahaja Racun Sebatian

    Bukan Organik bermakna racun jenis ini tidak mengandungi unsur-

    unsur Karbon (C) seperti Sulfur, Asid Borik, Natrium Borat dan juga Gel

    Silika. Mendengar sahaja namanya kita boleh agak yang cara tindakan

    bahan ini terus kepada haiwan serangga akan menyebabkan

    kemusnahan kepada serangga kerana tahap keasidan yang ujud. Bukan sahaja serangga, jika bahan

    ini terkena pada tangan kita pun akan merosakkan tisu atau kecederaan yang serius.

    Racun Sebatian Organikpula merupakan jenis racun yang

    mengandungi Bahan Organik Karban (C) dan Hidrogen (H) serta

    beberapa unsur kimia lain yang bersesuaian dengan

    komposisinya. Pembacaan saya mendapati terdapat 9 kumpulan

    utama racun sebatian organik yang perlu kita tahu iaitu (1)

    Botanikal, (2) Organoklorin , (3) Organofosforus , (4)

    Karbamat , (5) Piretroid, (6) Nicotinoids, (7) Spinosin , (8)

    Fiprol dan (9) Piridazinon. Bukan mudah hendak hafal nama-

    nama unik ini yang kemudian perlu diperjelaskan ciri-ciri setiap

    satu daripada kumpulan tersebut. Saya terpaksa mengingati

    menggunakan kaedah khas bagi mengingati nama-nama tersebut

    untuk menjawab soalan peperikan akhir semester. Kumpulan

    Racun Organik Botanikal terdiri dari racun serangga yang didapati atau berasal daripada tumbuh-

    tumbuhan semulajadi yang ujud disekeliling kita. Antaranya seperti pati daripada Daun Neem

    (mengandungi azadiractin), Daun tembakau (mengandungi nicotine) dan daun Bunga Kekwa

    http://animhosnan.blogspot.com/2012/03/pengenalan-racun-serangga.htmlhttp://animhosnan.blogspot.com/2012/03/pengenalan-racun-serangga.htmlhttp://animhosnan.blogspot.com/2012/03/pengenalan-racun-serangga.html
  • 8/11/2019 Pengenalan Racun Serangga 1

    2/3

    (mengandungi pyretrum).

    Racun Sebatian Organoklorin(Organochlorine - OC) pula

    mengandungi bahan-bahan daripada Karban (C), Klorin (CI),

    Hidrogen (H) dan O. Racun ini merupakan janis racun yang stabil

    dan tahan lama. Racun jenis DDT merupakan jenis organoklorin

    yang paling popular sekitar abad ke 20 untuk kawalan kesihatan

    umum tetapi kini telah banyak yang telah diharamkan

    penggunaannya atau digunakan secara terkawal. Dulu masa kecil

    memang sering dengar orang suka gunakan racun DDT dimana-

    mana sahaja. Antara nama-nama racun ini seperti Lindane,

    Chlordane, Aldrin, Dieldrin, emdrins, mireks, endosulfan dan

    heptachlor. Racun ini juga sangat berkesan dalam mengawal

    populasi serangga dan sangat efektif sehingga membunuh

    serangga berfaedah yang lain.

    Racun Sebatian Organik Organofosforus (OP) dibuat berasaskan

    kepada Ester Asid Fosforik (Phosphoric Acid) yang bertindak kepada

    sistem saraf serangga. Racun jenis ini oaling banyak dikomersilkan olehsyarikat kawalan anai-anai (Baca anai-anai - Klik disini) yang mana ianga

    sangat berkesan mengawal serangga anai-anai (termites). Racun ini

    sangat kuat baunya dan juga sanagat toksik terhadap haiwan veterbreta.

    Penggunaanya bagi beberapa jenis racun ini perlu dikawalselia dengan

    teliti dan perlukan lesen khas untuk menggunakannya daripada kerajaan.

    Antara jenis racun jenis ini seperti Malathion, Fenitrothion, Triclorfon,

    Fenamiphos, Fenthion, Penthoate, Chlorpyrifos , Temefos, Diazinon dan

    juga Quinalphos. Bukan senang nak ingat nama-nama racun jenis ini yang

    ada hujungnya denga 'fos'.

    Racun sebatian Organik Karbamat (Carbamate) merupakan jenis racun

    serangga yang menyerupai aktiviti Organoposfat (OP). Racun ini bertindak

    terhadap sistem saraf serangga iaitu enzim kolineterase yang biasanya

    mempunyai spektrum yang luas. Contoh bahan racun ini seperti Propoxur dan

    Bendiokarb. Racun Sebatian Organik Piretrin(Phyrethrin)adalah sebatian

    sintetik yang menyerupai struktur kimia pirethrin. Racun ini saya difahamkan

    mempunyai kesan efektif pada paras kandungan yang rendah dan sering

    dijadikan bahan asas untuk semburan 'aerosol' seperti untuk kawalan lipas,

    nyamuk dan lalat dirumah kita. Jenama seperti Shieldtox, Baygon, Ridsect, H2O

    dan banyak lagi mudah dibeli dikedai-kedai runcit dan pasaraya. Contoh bahanaktif racun ini seperti Tetramethrin, Permethrin, Bifenthrin, Lamda-cyhalothrin,

    Cypermethrin, Cyfluthrin, Deltamethrin dan juga tidak ketinggalan Efenvelerate.

    Racun ini mempunyai kadar toksiksiti kepada mamalia yang rendah tetapi ianya toksik terhadap ikan

    dan lebah(Apis cerana).

    Racun Sebatian Organik Nicotinoidspula merupakan racun serangga kelas baru yang menyerupai

    nicotinasemulajadi. Kaedah kawalan dengan cara sistemik yang mana mempunyai ciri sistem-akar

    yang baik. Contoh racun ini adalah seperti Imidachlopridyang mampu mengawal perosak pertanian

    dalam tanah seperti serangga tanah, anai-anai dan serangga rumput. Racun Sebatian Organik

    Spinosinpula adalah kelas terbaru dalam jadual racun seperti racun jenis Spinosid. Racun baru ini

    digunakan dalam bidang pertanian untuk kawalan serangga.

    Racun Sebatioan Organik Fiproladalah racun jenis sistemik seperti Fiprol yang digunakan dalam

    sektor pertanian dan sektor awam. Cara penggunaannya dalam bentuk 'umpan' untuk anai-anai, lipas

  • 8/11/2019 Pengenalan Racun Serangga 1

    3/3

    dan semut serta berkesan terhadap serangga yang toleran kepada racun Pyrethroids, Carbamate dan

    Organophosphate. Racun Sebatian Organik Piridiazinonadalah jenis racun yang mempunyai kesan

    sisabaki atau residu yang sangat panjang tetapi serangga yang disembur cepat mati. Jenis racun

    seperti pyridabenyang bersifart memilih (selective pesticide) dan banyak digunakan dalam sektor

    pertanian. Demikianlah beberapa racun sebatian organik yang dapat dijelaskan setakat ini......