pengenalan prostar

3
Pengenalan PROSTAR :'Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja' atau dikenali sebagai PROSTAR ialah program yang menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS. PROSTAR berkonsepkan 'Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja'.Selain itu,PROSTAR telah ditubuhkan hasil daripada perbincangan KKM dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan iaitu NGO pada tahun 1995. Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur. Matlamat PROSTARProstar ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan remaja agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaranagama dan nilai-nilai murni. Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga,bangsa,agama dan negara. Seterusnya,memupuk minat remaja untuk meneruskan penyertaannya dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.

Upload: lya-ilya

Post on 12-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PROSTAR

TRANSCRIPT

Pengenalan

Pengenalan

PROSTAR

:'Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja' atau dikenali sebagai PROSTAR ialah program yang menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS.

PROSTAR berkonsepkan 'Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja'.Selain itu,PROSTAR telah ditubuhkan hasil daripada perbincangan KKM dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan iaitu NGO pada tahun 1995.

Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur.

Matlamat PROSTARProstar ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS dalam kalangan remaja agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaranagama dan nilai-nilai murni.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga,bangsa,agama dan negara.

Seterusnya,memupuk minat remaja untuk meneruskan penyertaannya dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam persekolahan mereka.

Objektif

Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Remaja Akan Bahayanya Jangkitan HIV,Cara Pencegehan Dan Kawalannya Dengan :

Menggalakkan Remaja Mengamalkan Cara Hidup Sihat Berteraskan Ajaran Agama Dan Nilai-Nilai Murni

Melahirkan Remaja Yang Seimbang Dari Setiap Segi

Membentuk Generasi Remaja Yang Bermaruah Dan Bertanggungjawab Kepada Diri Sendiri,Masyarakat Dan Negara

Memupuk Daya Kepimpinan Yang Berkualiti,Inovatif,Kreatif,Kritis Dan Berwawasan Dalam Kalangan Remaja

Visi

PROSTAR SMKDPB iaitu

:'REMAJA SIHAT PENJANA GENERASI TERBILANG'Misi PROSTAR SMKDPB ialah :

Menyemai rasa kasih sayang antara satu sama lain

Mendidik para remaja agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara

Menghidupkan suasana harmoni dalam kehidupan bermasyarakat

Melahirkan individu yang sihat dari segi rohani,mental dan fizikal dalam kalangan remaja

Lirik Lagu PROSTAR

PROSTAR

Bintang harapan

Remaja dan bangsa

Jauhi AIDS hidup sejahtera

Tiada AIDS hidupkan jaya

PROSTAR formula untuk semua

Maklumat hasilnya

Tanggungjawab

Usaha untuk menentang risiko

Sihat remaja majulah negara

Wawasan tercapai bangsa mulia

PROSTAR

Bintang harapan Malaysia

Sinar dalam gelita

Ceriamu untuk semua

Teguhmu teladan tercipta

Remaja harapan negara

Tiada AIDS Malaysia sejahtera

' Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja '