asas pengenalan radio amatur

40

Upload: 9w2kee

Post on 06-Jun-2015

6.690 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

apakah yang dikatan hobi radio amatur?

TRANSCRIPT

Page 1: asas pengenalan radio amatur
Page 2: asas pengenalan radio amatur

DEFINISI

Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali diserata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung diantara sama lain.

Page 3: asas pengenalan radio amatur

Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894.

Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902.

Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.

SEJARAH

Guglielmo Maconi

Page 4: asas pengenalan radio amatur

Radio Amatur atau dikenali sebagai “HAM” merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi dan hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Eksperimen juga turut digalakkan, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (frekuensi) yang digunakan.

Apakah yang dikatakan hobi radio amatur?

Page 5: asas pengenalan radio amatur

Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik di mana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik di mana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.

Siapa yang boleh menyertai?

Page 6: asas pengenalan radio amatur

Pada peringkat awalnya, kita boleh menjadi seorang pendengar sahaja [ SWAL (short wave amateur listener) ] tetapi jika kita hendak berkomunikasi iaitu memancarkan isyarat, kita perlu mempunyai lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur kita perlu menduduki R.A.E (Radio Amatur Examination), satu ujian teori yang mana bila lulus ujian ini kita layak memohon lesen kelas "B" (B License) yang mana membenarkan kita untuk menggunakan band VHF,UHF dan juga sebahagian dari HF. Dan jika kita memerlukan jalur frekuensi dan kuasa memancar yang lebih besar yang membolehkan kita meletakkan dunia didalam gengaman, kita perlu menjalani satu lagi ujian iaitu "CW Test" (Ujian Morse Kod). Setelah lulus kedua-dua ujian tersebut, maka kita jadilah sebagai seorang pengendali Radio Amatur yang profesional.

Bagaimana untuk menyertai?

Page 7: asas pengenalan radio amatur
Page 8: asas pengenalan radio amatur

Contoh peralatan

Page 9: asas pengenalan radio amatur

TUJUAN PENGGUNAAN

Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:1. Aktiviti komunikasi2. Aktiviti ujikaji teknikal3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan4. Memantau (monitoring)

Page 10: asas pengenalan radio amatur

Aktiviti KomunikasiPengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.

Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi menggunakan radio amatur.

Beliau merupakan pengendali radio amatur dengan callsign 9W2MUS

Sambungan tujuan pengunaanradio amatur…….

Page 11: asas pengenalan radio amatur

Aktiviti Ujikaji TeknikalPengendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal.

Sambungan tujuan pengunaanradio amatur…….

Page 12: asas pengenalan radio amatur

Perkhidmatan Komunikasi Semasa Kecemasan Di dalam keadaan darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dlln memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.

Sambungan tujuan pengunaanradio amatur…….

Page 13: asas pengenalan radio amatur

Memantau (Monotiring)Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar negara serta stesyen angkasalepas.

Sambungan tujuan pengunaanradio amatur…….

Page 14: asas pengenalan radio amatur

BADAN KAWAL SELIA

ITUInternational Telecommunication Union (ITU) atau Kesatuan

Telekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawal selia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasi

radio didunia.

IARUInternational Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenai

radio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.

Page 15: asas pengenalan radio amatur

SKMMSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi di Malaysia.

MARTSMalaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atau Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam Kesatuan Radio Amatur Anatarabangsa.

Sambungan badan kawal selia…….

Page 16: asas pengenalan radio amatur

Perkara Yang Dibenarkan Dalam Radio Amatur

Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF.Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena.Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantaran gambar menggunakan faksimili.Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.Mengambil bahagian dalam aktiviti menacari dan menyelamat.

Page 17: asas pengenalan radio amatur

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Dalam Radio Amatur

Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial.

Sebarang penghebahan atau siaraya umum.

Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.

Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur lain.

Page 18: asas pengenalan radio amatur

Contoh Lesen Radio Amatur ( AA)

Page 19: asas pengenalan radio amatur

Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” (Tanda Panggilan) adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign” (Tanda Panggilan) ini mengandungi Dua bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) tersebut, manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” (Tanda Panggilan) mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” (Tanda Panggilan) dari SKMM.

CALLSIGN ( TANDA PANGGILAN)

Page 20: asas pengenalan radio amatur

Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….

“Prefix” dan “Suffix”Contoh callsign ialah 9W2LNT

Prefix Suffix

9W2 LNT*Telah ditetapkan *Pilihan kita

Page 21: asas pengenalan radio amatur

Sambungan Callsign ( Tanda Panggilan)…….

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :

S.MALAYSIA KELAS A 9M2xxx

S.MALAYSIA KELAS B 9W2xxx

SABAH KELAS A 9M6xxx

SABAH KELAS B 9W6xxx

SARAWAK KELAS A 9M8xxx

SARAWAK KELAS B 9W8xxx

Page 22: asas pengenalan radio amatur

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu 1. Simpleks (simplex) 2. Pancar ulang (repeater)

SimpleksOperasi simpleks ialah komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke steen tanpa menggunakan repeater . Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis antena, ketinggian antena dan kekuatan kuasa pancaran. Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan dengan sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh dapat dicapai dengan jarak 20-30km.

CARA BEROPERASI

Page 23: asas pengenalan radio amatur

Pancar ulang atau repeater Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan.

Sambungan Cara Beroperasi…….

Page 24: asas pengenalan radio amatur

Rangkaian Repeater MARTS

Page 25: asas pengenalan radio amatur

Gambar Repeater

Page 26: asas pengenalan radio amatur

MEDIA WAYARLES

ANTENAPEMANCAR

ANTENAPENERIMA

udara

tenagaelektromagnet

gelombangelektromagn

et

Konfigurasi Penghantaran Wayarles

Berarah Omni-Berarah

*Isyarat terfokus *Isyarat tersebar ke semua arah

Page 27: asas pengenalan radio amatur

JENIS ALAT PERHUBUNGAN

Radio RIG Mobile Radio Handy Talky

Page 28: asas pengenalan radio amatur

FONETIK ABJAD

A - AlfaB - BravoC - CharlieD - DeltaE - EchoF - FoxtrotG - GolfH - HotelI - IndiaJ - JuliettK - KiloL - LimaM - Mike

N - NovemberO - OscarP - PapaQ - QuebecR - RomeoS - SierraT - TangoU - UniformV - VictorW - WhiskeyX - X-rayY - YankeeZ - Zulu

Page 29: asas pengenalan radio amatur

Q-kod.Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk merengkaskan penghantaran mesej melelaui Morse-Code.Bagaimanapun Q-kod juga adalah sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan diudara. Janganlah ghairah sangat dengan penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali sahaja bukannya sepanjang perbualan.

Q-KOD

Page 30: asas pengenalan radio amatur

QRA - Nama station/handle atau alamat?QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.QRM - Adakah anda mendapat gangguan? QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran?/Kuasa tinggi.QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? Kuasa rendah.QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi

untuk anda atau itu sahaja dari saya.QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.QRX - Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau saya

akan panggil anda nanti, jam ………… atau tunggu dijaluran atau bila nak panggil saya balek?

SENARAI Q-KOD

Page 31: asas pengenalan radio amatur

QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh 9W2…… di V…..

QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau signal

anda kian menurun (menghilang).QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok.QSL - Diterima dan faham.QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda.QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …………..? atau

saya akan sampaikan pesanan kepada ……………..QSY - Tukar ke jaluran lain.QTH - Anda berada dilokasi mana sekarang? QTR - Jam pukul berapa sekarang? atau sekarang pukul

SENARAI Q-KOD

Page 32: asas pengenalan radio amatur

CARA MEMANGGIL STESYEN DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG HENDAK DI PANGGIL (9W2MIE) DAN  BARU LAH MENGENALKAN TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MEMANGGIL (9M2DA) CONTOH: NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO

DI SINI NINE MIKE TWO DELTA ALPHA GANTI              

CARA BERKOMUNIKASI( Cara memanggil stesyen )

Page 33: asas pengenalan radio amatur

 

CARA MENJAWAB PANGGILANBERINTRAKSI DIMULAKAN DENGAN MENYEBUT TANDA PANGGILAN STESYEN YANG  MEMANGGIL DAN  BARU LAH DI IKUTI TANDA PANGGILAN STESYEN YANG MENERIMA PANGGILAN. CONTOH: NINE MIKE TWO DELTA ALPHA DI SINI NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO “NAMA SAYA AZMI, SAYA EJA, A, ALPHA, Z, ZULU, M, MIKE, I, INDIA, SAYA ULANG” UMUR SAYA………TAHUN. , SEMOGA DAPAT BERTEMU LAGI DI UDARA. KEMBALI KEPADA ANDA:NINE MIKE TWO DELTA ALPHA, DI SINI, NINE WHISKEY TWO MIKE INDIA ECHO, GANTI.  

CARA BERKOMUNIKASI( Cara menjawab panggilan )

Page 34: asas pengenalan radio amatur

Jamboree Di Udara (JOTA) adalah acara tahunan di mana seramai lebih kurang 500,000 Pengakap di seluruh dunia akan berhubung di antara satu sama lain dengan melalui radio amatur. Ia dikira Jamboree sebenar di mana Pengalaman Kepengakapan ditukar-tukar dan idea-idea dikongsi, menyumbang ke arah persaudaraan Pengakap Sedunia.

JOTA- Jamboree On The Air

Page 35: asas pengenalan radio amatur

Matlamat JOTA

Matlamat Jangka Panjang1. Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan

kemahiran dalam bidang komunikasi radio. 2. Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu

Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang komunikasi terutama ketika bencana.

3. Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun.

4. Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.

Page 36: asas pengenalan radio amatur
Page 37: asas pengenalan radio amatur
Page 38: asas pengenalan radio amatur

JOTA Malaysia         0900hrs 17hb Mei – 1700hrs 18hb Mei 2008.  JOTA Asia Pacifik    0001hrs 2hb Ogos – 2359hrs 3hb Ogos 2008  JOTA Dunia              0001hrs 18hb Okt – 2359hrs 19hb Okt 2008

 

Kalendar JOTA

Page 39: asas pengenalan radio amatur
Page 40: asas pengenalan radio amatur

QRT 73