siri nota prosedur ppu (preview)

20
Siri Nota Prosedur PPU - preview www.cikgunas.net © 1 Disediakan Oleh : Nasrul Hakim Bin Zakaria

Upload: nasrul-hakim-zakaria

Post on 19-Jun-2015

1.521 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

Siri Nota Prosedur PPU - preview

www.cikgunas.net© 1

Disediakan Oleh : Nasrul Hakim Bin Zakaria

Page 2: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

Siri Nota Prosedur PPU - preview

www.cikgunas.net© 2

Bab 1 : Prosedur Menguji Komponen Elektrik & Ujilari Sistem

Bab 2 : Prosedur Vakum

Bab 3 : Prosedur Mengesan Kebocoran

Bab 4 : Prosedur Memindahkan Bahan Pendingin

Bab 5 : Prosedur Menservis Unit PPU

Bab 6 : Prosedur Mengecas Unit PPU

Bab 7 : Prosedur Pump Down

Bab 8 : Prosedur Silfosing & Brazing

Kandungan

Page 3: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

Siri Nota Prosedur PPU - preview

www.cikgunas.net© 3

RM40 SAHAJA RM10 SAHAJA RM10 SAHAJA

##Tawaran Gila Kentang##

"CD Interaktif + Siri Nota Prosedur PPU + Modul Ulangkaji" RM60.00!

TERHAD HANYA RM50 SAHAJA

SMS Kod : offerRM50 ke 019-9472321 Nasrul Hakim Bin Zakaria

Iklan : Tawaran Hebat Untuk Anda!!!!

Page 4: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 1

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan kerja menguji arus ini, pastikan pena ujian dalam keadaan baik, tangan dan kawasan sekitar tidak basah serta lakukan ujian di bawah pengawasan guru untuk kali pertama. Persediaan Alat : Pena Ujian Prosedur Kerja a. OFF soket alir keluar. b. Tuas pembuka lubang pada soket alir keluar pada lubang palam E. Rajah 1.1-a c. Dengan menggunakan pena ujian yang lain masukkan tip pandu pada lubang palam L. Rajah 1.1-b d. Letakkan satu jari di hujung bahagian atas pena ujian. e. ON soket alir keluar. f. Perhatikan LED pena ujian. Jika menyala bermaksud ada arus elektrik. Jika tidak menyala tiada arus

elektrik. Rajah 1.1-c g. OFF soket alir keluar. h. Keluarkan pena ujian dari lubang palam L.

Prosedur Menguji Komponen Elektrik & Ujilari Sistem

1.1 Menguji Arus Pada Soket Alir Keluar

Rajah 1.1

Page 5: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 2

Persediaan Alat : Meter Pelbagai

Prosedur Kerja

a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.2-a c. Laraskan jarum penunjuk meter pelbagai ke 0V dengan menggunakan pena ujian. d. Laraskan suis pilihan ke ACV 250. e. Dengan menggunakan pena ujian, lakukan tuasan pada lubang palam E. Pastikan soket telah di OFF

terlebih dahulu. f. Masukkan probe merah ke lubang palam L dan probe hitam ke lubang palam N. Rajah 1.2-b g. ON soket alir keluar. h. Catat bacaan voltan. i. OFF soket alir keluar dan keluarkan kedua-dua probe dari lubang palam L dan palam N. j. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.2 Mengukur Voltan AU

Rajah 1.2

Page 6: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 3

Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.3-a c. Laraskan jarum penunjuk meter pelbagai ke 0V dengan menggunakan pena ujian. d. Laraskan suis pilihan ke DCV 10. e. Sentuh probe merah ke terminal positif bateri dan probe hitam ke terminal negatif bateri. Rajah 1.3-b f. Catat bacaan voltan. g. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.3 Mengukur Voltan AT

Rajah 1.3

Page 7: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 4

Persediaan Alat : Meter pelbagai

Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X100 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.4-a c. Sentuh probe merah ke kaki hidup (L) plug dan probe hitam ke kaki neutral (N) plug. Rajah 1.4-b d. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan. Ini bermaksud

penyambungan wayar sampai ke punca akhir. e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan. Ini menunjukkan terdapat

wayar yang putus. f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.4 Menguji Keterusan Plug 13A

Rajah 1.4

Page 8: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 5

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian tebatan pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.

Persediaan Alat : Penguji Tebatan/Meter Tebatan Prosedur Kerja

a. Laraskan suis pilihan meter tebatan ke Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan tekan butang uji, pastikan jarum bergerak menuju ke sifar. Rajah 1.5-a c. Laraskan suis pilihan ke julat yang sesuai samaada 500V, 250V atau 1000V. d. Kapit probe hitam ke badan pemampat. e. Sentuh probe merah ke terminal pemampat dan tekan butang uji. Rajah 1.5-b f. Catat bacaan tebatan. Ulang langkah (5) untuk terminal yang lain dan catat bacaan. g. Laraskan suis pilihan meter tebatan ke mana-mana V untuk OFF. h. Nilai tebatan [0 – 0.5MΩ] bermaksud tebatan tidak elok (tiada tebatan). Nilai tebatan [0.5MΩ - infiniti]

bermaksud tebatan elok (ada tebatan).

1.5 Menguji Tebatan Pemampat

Rajah 1.5

Page 9: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 6

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan anda telah mengenalpasti talian hidup unit peti sejuk. Gunakan pena ujian untuk tujuan ini. Kemudian OFF peti sejuk sebelum memulakan ujian ini. Persediaan Alat : Meter Kapit Prosedur Kerja a. Masukkan probe hitam ke COM dan probe merah ke OHM. Rajah 1.6-a b. Laraskan suis pilihan ke X1 Ω, sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum bergerak. c. Laraskan suis pilihan meter kapit ke 6 ACA. d. Tekan tombol pemetik untuk membuka transcore dan masukkan ke dawai hidup. Rajah 1.6-b e. ON unit peti sejuk. f. Catat bacaan arus permulaan. g. Selepas 5 minit catat bacaan arus larian. h. Laraskan suis pilihan meter kapit ke ACV untuk OFF.

1.6 Mengukur Arus Permulaan & Arus Larian

Rajah 1.6

Page 10: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 7

Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Buka palam 3 pin dan keluarkan fius. Rajah 1.7-a b. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.7-b d. Sentuh probe merah ke hujung fius dan probe hitam ke hujung satu lagi. Rajah 1. 7-c e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan dan fius dalam keadaan

elok. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan dan fius telah rosak atau putus.

f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.7 Menguji Fius

Rajah 1.7

Page 11: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 8

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket. Cabut pendawaian pada geganti permulaan motor. Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1. 8-a c. Sentuh probe merah ke hujung terminal geganti permulaan motor dan probe hitam ke hujung satu lagi

terminal. Rajah 1.8-b d. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna geganti permulaan motor dalam keadaan

baik. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti permulaan motor telah rosak. e. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.8 Menguji Geganti Permulaan Motor

Rajah 1.8

Page 12: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 9

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan anda telah memeriksa sambungan point pada label geganti lewat masa. Rajah 1.9-a Persediaan Alat : Meter pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.9-b c. Laraskan geganti lewat masa ke masa yang dikehendaki seperti 10saat, 20saat dan seterusnya. Rajah 1.9-c d. Sentuh probe merah ke point 5 dan probe hitam ke point 8. Rajah 1.9-d e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna geganti lewat masa elok. Jika jarum

penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti lewat masa rosak. f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.9 Menguji Geganti Lewat Masa

Rajah 1.9

Page 13: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 10

Persediaan Alat : Meter Pelbagai

Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.10-a c. Sentuh probe merah ke gegelung dan probe hitam ke sesentuh. Rajah 1.10-b d. Tekan suis sesentuh. e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna penyentuh magnet elok. Jika jarum

penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna penyentuh magnet rosak. f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.10 Menguji Penyentuh Magnet

Rajah 1.10

Page 14: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 11

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket. Keluarkan termostat dari peti sejuk dengan berhati-hati. Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan termostat pada kedudukan OFF. b. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1Ω. c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.11-a d. Laraskan termostat pada kedudukan 1, 2, 3, atau 4 mengikut pusingan jam. e. Sentuh probe merah ke hujung terminal termostat dan probe hitam ke satu lagi terminal. Rajah 1.11-b f. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna ada keterusan. Termostat dalam keadaan

baik. g. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna tiada keterusan. Ini menunjukkan termostat

telah rosak. h. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.11 Menguji Termostat

Rajah 1.11

Page 15: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 12

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket. Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Tanggalkan semua pendawaian motor pemampat. b. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. c. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.12-a d. Sentuh probe merah ke hujung terminal A dan probe hitam ke hujung terminal B. Catat bacaan rintangan. e. Ulang langkah (d) untuk terminal A-C dan B-C. Catat bacaan rintangan setiap terminal. Rajah 1.12-b f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF. g. Pindahkan nilai rintangan yang diperolehi kepada rajah segitiga (i). Jumlahkan nilai rintangan sisi

bersebelahan seperti rajah (ii).

A (W+X)Ω

WΩ XΩ B C YΩ (W+Y)Ω (X+Y)Ω (i) (ii) (iii)

h. Tentukan punca terminal mengikut formula berikut:

Rintangan Tertinggi = Punca Permulaan (S) Rintangan Sederhana = Punca Larian (R) Rintangan Terendah = Punca Sepunya (C)

1.12 Menentukan punca C, S dan R motor pemampat

Rajah 1.12

Page 16: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 13

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket. Cabut pendawaian pada geganti beban lampau. Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.13-a c. Sentuh probe merah ke hujung terminal geganti beban lampau dan probe hitam ke hujung satu lagi

terminal. Rajah 1.13-b d. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna geganti beban lampau dalam keadaan

baik. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna geganti beban lampau telah rosak. e. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.13 Menguji Geganti Beban Lampau

Rajah 1.13

Page 17: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 14

Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.14-a c. Sentuh probe merah ke hujung terminal suis pintu dan probe hitam ke hujung terminal satu lagi. Rajah 1.14-

b d. Tekan punat suis. e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke sifar bermakna suis dalam keadaan baik. Jika jarum

penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna suis telah rosak. f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.14 Menguji Suis Pintu Peti Sejuk Domestik

Rajah 1.14

Page 18: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 15

Persediaan Alat : Meter Pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. Rajah 1.15-a c. Tanggalkan mentol dari soketnya dengan berhati-hati. d. Sentuh probe merah ke hujung bahagian mentol dan probe hitam ke sisi bahagian mentol. Rajah 1.15-b e. Jika jarum penunjuk meter pelbagai bergerak ke arah sifar bermakna filamen mentol ada keterusan dan

mentol elok. Jika jarum penunjuk meter pelbagai tidak bergerak bermakna filamen mentol telah terputus dan mentol rosak.

f. Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.

1.15 Menguji Mentol Kabinet Peti Sejuk Domestik

Rajah 1.15

Page 19: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 16

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan pemuat tersebut telah dinyahcaskan dahulu. Sila periksa nilai pemuat tersebut. Dalam ujian ini nilai pemuat ialah 7.5µF (+/- 5%). Rajah 1.16-a

Persediaan Alat : Penguji Kapasitor

Prosedur Kerja

a. Lakukan pintasan dengan menyentuhkan kedua-dua punca pemuat dengan kabel bersalut atau pemutar

skrew berhulu plastik untuk tujuan nyahcas. b. ON penguji kapasitor. c. Laraskan suis pilihan penguji kapasitor ke 20µF . d. Kapit probe hitam ke terminal pemuat dan probe merah ke terminal satu lagi. Rajah 1.16-b e. Catat bacaan pemuat. f. Jika nilai pemuat dalam julat 7.13 µF - 7.88 µF, bermakna pemuat elok. Jika sebaliknya pemuat telah rosak. g. Tanggalkan kedua – dua probe dari pemuat. h. OFF penguji kapasitor.

1.16 Menguji Pemuat

Rajah 1.16

Page 20: Siri Nota Prosedur PPU (preview)

BAB 1 (preview)

www.cikgunas.net© 17

Langkah Keselamatan: Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket. Cabut pendawaian pada pemasa nyahbeku.

Persediaan Alat : Meter pelbagai Prosedur Kerja a. Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X100 Ω. b. Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak. c. Kenal pasti punca-punca ini dahulu: Rajah 1.17-a

d. Menguji gelung pemasa – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (1). Jika ada bacaan pemasa elok. Rajah 1.17-b

e. Menguji suis pemasa – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (4). Jika jarum menunjukkan infiniti bermakna suis elok. Rajah 1.17-c

f. Pusingkan pemasa hingga berbunyi klik. Ulang langkah (e). Jika jarum bergerak ke 0 bermakna suis elok. g. Menguji suis pemanas – sentuh probe merah ke punca (3) dan probe hitam ke punca (2). Jika jarum

menunjukkan infiniti bermakna suis pemanas elok. Rajah 1.17-d h. Pusingkan pemasa hingga berbunyi klik. Ulang langkah (g). Jika jarum bergerak ke 0 bermakna suis

pemanas elok.

1.17 Menguji Pemasa Nyahbeku

1 – N, 2 – Pemanas, 3 - Suis & Gelung, 4 - Sistem Unit

Rajah 1.17