jul - dis buletin upk fakulti sains kesihatan - ukm.mybil2_2013).pdf · cakna sekitar semasa...

4
ENAM PEKERJA MYANMAR CEDERA PARAH - TONG GAS MELETUP MUAR 11 Sept. - Tindakan enam pekerja warga Myanmar menjalankan kerja haram memindahkan gas memasak dari tong muatan 14 kilogram kepada 50 kilogram ‘memakan diri’ selepas berlaku letupan di Kawasan Perindustrian Parit Bakar Darat, di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, empat daripada mereka melecur seluruh badan manakala dua lagi cedera selepas 15 tong gas muatan 50 kilogram itu meletup. Kejadian berlaku di sebuah stor di kawasan perindustrian itu dan kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an sempat menyelamatkan diri ke kawasan kebun di belakang bangunan. BULETIN U . P . K . Fakulti Sains Kesihatan Cakna SEKITAR Semasa kejadian, kesemua pekerja warga asing itu sedang memindahkan gas secara haram untuk dijual kepada pihak industri. Letupan kuat itu turut menggegarkan kawasan sekitar disusuli dengan api marak menjulang setinggi hampir 20 meter yang dapat dilihat dari jarak 500 meter dari stor berkenaan yang menempatkan 300 tong gas. Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.52 malam dan 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk empat yang parah itu dibawa ke hospital selepas orang awam dan polis menemui mereka di kawasan kebun. Ismail memberitahu, siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan kebocoran gas sebelum percikan api menyambar dan mengakibatkan letupan dan jumlah kerugian dianggarkan lebih RM300,000. Beliau menjelaaskan, keenam-enam warga asing tersebut tinggal di dalam stor berkenaan tetapi usaha untuk mendapatkan pemiliknya gagal, malah pemilik kilang bersebelahan juga tidak mengenalinya. Menurutnya, aktiviti tersebut dijalankan secara tertutup di bangunan itu yang hampir dua tahun beroperasi. Sementara itu, seorang pemilik sebuah kilang berdekatan mendakwa, mereka tidak mengetahui kegiatan yang dijalankan dalam stor berkenaan kerana hanya dilihat beroperasi mulai pukul 8 malam setiap hari. Sementara itu, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, keempat-empat mangsa kini berada dalam keadaan kritikal kerana lebih 50 peratus tubuh mereka melecur. Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd Bil 2 : 2013 JUL - DIS

Upload: dangcong

Post on 03-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUL - DIS BULETIN UPK Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil2_2013).pdf · Cakna SEKITAR Semasa kejadian, ... 02 September Pembentukan modul eSUKEM bersepadu mengikut keperluan fakulti

ENAM PEKERJA MYANMAR CEDERA PARAH - TONG GAS MELETUP

MUAR 11 Sept. - Tindakan enam pekerja warga Myanmar menjalankan kerja haram memindahkan gas memasak dari tong muatan 14 kilogram kepada 50 kilogram ‘memakan diri’ selepas berlaku letupan di Kawasan Perindustrian Parit Bakar Darat, di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, empat daripada mereka melecur seluruh badan manakala dua lagi cedera selepas 15 tong gas muatan 50 kilogram itu meletup.Kejadian berlaku di sebuah stor di kawasan perindustrian itu dan kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an sempat menyelamatkan diri ke kawasan kebun di belakang bangunan.

BULETIN U.P.K.

Fak u l t i S a i n s K e s i h at a nCakna

SEKITAR

Semasa kejadian, kesemua pekerja warga asing itu sedang memindahkan gas secara haram untuk dijual kepada pihak industri. Letupan kuat itu turut menggegarkan kawasan sekitar disusuli dengan api marak menjulang setinggi hampir 20 meter yang dapat dilihat dari jarak 500 meter dari stor berkenaan yang menempatkan 300 tong gas. Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.52 malam dan 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk empat yang parah itu dibawa ke hospital selepas orang awam dan polis menemui mereka di kawasan kebun. Ismail memberitahu, siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan kebocoran gas sebelum percikan api menyambar dan mengakibatkan letupan dan jumlah kerugian dianggarkan lebih RM300,000. Beliau menjelaaskan, keenam-enam warga asing tersebut tinggal di dalam stor berkenaan tetapi usaha untuk mendapatkan pemiliknya gagal, malah pemilik kilang bersebelahan juga tidak mengenalinya. Menurutnya, aktiviti tersebut dijalankan secara tertutup di bangunan itu yang hampir dua tahun beroperasi. Sementara itu, seorang pemilik sebuah kilang berdekatan mendakwa, mereka tidak mengetahui kegiatan yang dijalankan dalam stor berkenaan kerana hanya dilihat beroperasi mulai pukul 8 malam setiap hari. Sementara itu, Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, keempat-empat mangsa kini berada dalam keadaan kritikal kerana lebih 50 peratus tubuh mereka melecur.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

Bil 2 : 2013

JUL - DIS

Page 2: JUL - DIS BULETIN UPK Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil2_2013).pdf · Cakna SEKITAR Semasa kejadian, ... 02 September Pembentukan modul eSUKEM bersepadu mengikut keperluan fakulti

Sekilan Rasa, Setinta Kata

Perbezaan Virus, Cecacing, Trojan, Spyware, Adware, Scareware dan Malware(bahagian 1 daripada 2)

Virus, cecacing dan trojan adalah satu kod program berniat jahat (malicious software) yang mampu menyalin dirinya sendiri seterusnya memberi kesan bahaya, seperti merosakkan sistem rangkaian, komputer, perisian atau memusnahkan data. Spyware, adware, scareware dan malware pula adalah program bahaya yang dicipta untuk mengintip, mencuri atau menakutkan pengguna komputer. Ianya bukan sahaja menceroboh malah mampu melumpuhkan komputer.

Virus Komputer Virus komputer adalah kod program yang direka khas untuk menyerang rangkaian atau komputer, bertujuan melumpuhkan atau menyebabkan kerosakan pada perkakasan, perisian atau fail. Seperti virus yang menyerang manusia, virus komputer juga mempunyai tahap impak samada ringan, sederhana atau parah. Hampir semua virus komputer merebak dari satu komputer ke komputer yang lain dan melakukan jangkitan setiap kali ianya berpindah dengan cara melekatkan dirinya pada program atau fail program seperti .EXE, .COM, dan yang seumpamanya serta memerlukan pengguna untuk menjalankannya (mengaktifkannya). Oleh kerana virus komputer tidak boleh merebak tanpa tindakan pengguna, maka ianya direka supaya mampu disebarkan melalui aktiviti-tanpa-sedar pengguna seperti dengan berkongsi fail yang dijangkiti melalui lampiran emel, cakera, storan usb dan lain-lain.

Cecacing (Worm) Cecacing merupakan sub-kelas kepada virus komputer. Perbezaan yang ketara antara cecacing dan virus komputer, virus komputer memerlukan satu program atau fail yang boleh dipapar dan dijalankan untuk samada merebak dan menyerang sistem komputer. Cecacing pula tidak memerlukan apa-apa program (host) dan berkemampuan mengaktifkan dirinya sendiri tanpa bantuan pengguna. Kebiasaannya cecacing beroperasi dalam bentuk fail tersembunyi yang sukar di kesan dan ianya disebarkan tanpa pengetahuan pengguna. Bahaya terbesar cecacing adalah keupayaannya untuk menggandakan dirinya di dalam komputer atau emel pengguna sehingga beribu-ribu salinan dan seterusnya menjangkiti komputer yang lain. Kesan besar serangan cecacing adalah menyebabkan rangkaian atau komputer menjadi perlahan kerana cecacing memakan jalur lebar (bandwidth) atau menggunakan memori (RAM) dengan jumlah besar. Dalam keadaan yang parah, cecacing worm menyebabkan pelayan web, pelayan rangkaian dan komputer pengguna menjadi lumpuh dan berhenti berfungsi. Varian terkini blaster worm dikatakan mampu untuk mencari lubang (loophole) yang terbuka seterusnya masuk (tunneling) ke komputer pengguna melalui rangkaian dan membolehkan pengguna yang berniat jahat untuk mengawal komputer anda dari jauh.

Trojan Trojan pula adalah satu program atau aplikasi yang tidak menggandakan diri tetapi di cipta untuk mengakses komputer mangsa tanpa memerlukan kebenaran pengguna. Komputer yang dijangkiti trojan akan membuka jalan belakang (backdoor) kepada penyerang atau orang yang tidak dikenali mencuri data, menjadikan komputer yang diserang sebagai pelayan perantara kepada aktiviti spamming, botnet, serangan DDoS (Denial-of-service attack) dan sebagainya. Sekali lagi, ianya berlaku tanpa disedari oleh pengguna.

En Ab Razak Ab Rahman Penyelaras Laman Sesawang

Page 3: JUL - DIS BULETIN UPK Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil2_2013).pdf · Cakna SEKITAR Semasa kejadian, ... 02 September Pembentukan modul eSUKEM bersepadu mengikut keperluan fakulti

perkhabaran

09 Julai Bengkel “Melukis Pelan Lantai Kecemasan” anjuran Unit Pelupusan & Keselamatan diadakan di Hentian Siber 2 dan dikendalikan oleh En Marisazam Salleh.

17 Julai Mesyuarat eSUKEM (Modul peperiksaan-amali-makmal-atas-talian) memutuskan beberapa kumpulan yang akan mengendali modul secara khusus - Biologi/Kimia/Peralatan dll.

23 Julai Mesyuarat bagi menentukan carta organisasi dan skop tugasan bagi kakitangan yang bertanggungjawab menguruskan Makmal BioKeselamatan di peringkat fakukti.

25 Julai Mesyuarat Unit Pelupusan & Keselamatan peringkat fakulti, bagi penilaian status kerja dan projek inovasi.

02 Ogos Kemasukan kesemua soalan eSUKEM berdasar modul dan penyediaan format peperiksaan-amali-atas-talian.

02 September Pembentukan modul eSUKEM bersepadu mengikut keperluan fakulti dan ujicuba peperiksaan-amali-makmal-atas-talian oleh setiap ahli jawatankuasa eSUKEM.

17 September Buletin UPeK (Unit Pelupusan dan Keselamatan) diterbitkan buat pertama kali dan dimuatkan secara atas-talian di laman sesawang FSK.

17 Oktober Carta alir dan borang Unit Pelupusan & Keselamatan dimuatnaik di bahagian eDokumen laman sesawang FSK.

07 Oktober Mesyuarat pelaksanaan Program Keselamatan & Keceriaan Makmal peringkat PPSDKG.

11 November Bengkel Kesedaran & Pengendalian Alat Pemadam Api peringkat PPSDKG.

26 November Taklimat Keselamatan khusus bagi kursus NR2092 Program PDR (En Marisazam & Cik Hafizah).

26 November Taklimat Keselamatan Umum bagi pelajar pascasiswazah (Cik Nur Faizah & En Marisazam).16 Disember Peserta Bengkel Pelan Tindakan Kecemasan UKM (En Ab Razak & En Marisazam).

16 Julai Azam 30 Julai Razak Muda Tempat Kerja FSK 01 Ogos Shukor Selamat 2013 (tempat kedua)24 Ogos Rasita Inovasi ICT Ab Razak Rahman04 Okt Prof. Siti Zamratol Pengurusan

NoraishahMakmal (Basah)Inovasi Pengurusan

Siti Mariam(Individu)

Rajut MAKLUMAT

Hari Lahir Cahayamata Kejayaan

Page 4: JUL - DIS BULETIN UPK Fakulti Sains Kesihatan - ukm.mybil2_2013).pdf · Cakna SEKITAR Semasa kejadian, ... 02 September Pembentukan modul eSUKEM bersepadu mengikut keperluan fakulti

SIDANG REDAKSIPenaung Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari

Penasihat Prof. Dr. Suzana Shahar

Penyelaras En. Marisazam Salleh

Pengarang Pn. Maimunah JaisEn. Marisazam SallehPn. Nor Ayuslinawati Che SidikPn. Noor Shahida Sukiman

WartawanPPS-DKGTn. Hj. Abdul Shukor Hakim

(Pusat Pengajian) Pn. Noraishah Akhbar AliCik Rasita Chow Kue @ RosliEn. Mohd Nizar Mohd Mokhtar

PPS-RPn. Murhaini MuidCik Khairunnisa Zaidan

PPS-JKEn. Abdul Khaliq Mohd SaparudinEn. A. Razak Muda

Teknikal & Rekacipta En. Ab Razak Ab Rahman En. Marisazam Salleh

Publisiti / Edaran Pn. Sabarina Ismail

P e r s e k i t a r a n K o n d u s i f

SENDAL

Aduan atau maklumbalas bagi perkara berkaitan UPeK boleh diutarakan di Facebook “Upek fsk”.

Unit Teknikal Pelupusan Perabot diuruskan oleh En Fariz manakala pelupusan komputer UKM(KL) ditadbir oleh Tn Hj Hamdan.

Sebarang maklumat, borang ataupun carta alir Unit Pelupusan dan Keselamatan boleh dimuaturun dari laman sesawang FSK (di bahagian galeri dan klik pada eDokumen).

Seorang pemandu telah menerima surat supaya membayar saman RM300 kerana memandu melebihi had laju di lebuh raya KL-Karak. Gambar keretanya yang dirakam oleh kamera pengesan had laju juga disertakan bersama.

Dia membalas surat tersebut dengan menghantar 3 keping foto wang seratus ringgit.

Selang seminggu, beliau menerima balasan surat beserta sekeping gambar - gambar sepasang gari...