kenyataan akhbar kementerian kesihatan malaysia...

13
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 64 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,666 kes (91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA Sehingga 24 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,576 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 777 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Ingin dimaklumkan daripada 71 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara dari negara: Singapura: Satu (1) kes dilaporkan di Johor. Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Upload: others

Post on 16-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019

(COVID-19) DI MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2020

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa

terdapat 64 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif

kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,666 kes

(91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 24 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes

baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di

Malaysia adalah sebanyak 10,576 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan

kebolehjangkitan COVID-19 adalah 777 kes. Mereka telah diasingkan dan

diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 71 kes baharu yang dilaporkan, dua (2)

kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang

melibatkan bukan warganegara dari negara:

• Singapura: Satu (1) kes dilaporkan di Johor.

• Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Page 2: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

Daripada 69 kes penularan di dalam negara, 43 kes adalah warganegara

Malaysia dan 26 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan

COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

• Sabah: 63 kes

o 47 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 32 kes

warganegara dan 15 kes bukan warganegara;

o 10 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan kesemua bukan

warganegara;

o Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital yang melibatkan satu

(1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;

o Satu (1) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan

warganegara;

o Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Tawau yang melibatkan

warganegara;

o Satu (1) kes saringan pra prosedur di Hospital Semporna yang

melibatkan warganegara; dan

o Satu (1) kes saringan bergejala di pusat perubatan yang

melibatkan warganegara. Kes telah dimasukkan ke Hospital

Queen Elizabeth.

• Kedah: Empat (4) kes

o Empat (4) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan semua

warganegara.

• Selangor: Dua (2) kes

o Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.

Mereka mempunyai sejarah pulang dari Semporna,Sabah.

Page 3: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

Sehingga kini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat

di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan

pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan

COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian

COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 133 kes (1.26 peratus daripada

jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1)

KLUSTER DI KEDAH

1) Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 47 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada

hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 60 kes.

Sehingga 24 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah

disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

• 60 kes dikesan positif COVID-19 (47 kes baharu); dan

• 45 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 60 kes positif COVID-19, 42 kes adalah di kalangan

warganegara Malaysia manakala 18 adalah warganegara Filipina.

Page 4: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

2) Kluster Laut

Terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini

menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 22 kes. Sehingga 24

September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 488 individu telah disaring

dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

• 22 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);

• 352 individu negatif; dan

• 114 individu menunggu keputusan.

Kesemua 22 kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah di kalangan

warganegara Filipina.

3) Kluster Benteng LD

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada

hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 730 kes.

Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,521

individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut

daerah adalah seperti berikut:

• Tawau (7,951 individu disaring);

o 570 kes dikesan positif COVID-19;

o 6,136 individu negatif; dan

o 1,245 individu menunggu keputusan.

• Lahad Datu (2,569 individu disaring):

o 159 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);

Page 5: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

o 1,901 individu negatif; dan

o 509 individu menunggu keputusan.

• Sandakan - Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan

pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan

melibatkan:

• 1,771 banduan dan tahanan di mana 617 kes dikesan positif COVID-19;

• 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan

Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;

• 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana

27 kes dikesan positif COVID-19;

• 1,526 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif

COVID-19; dan

• 4,671 kontak sosial di mana 62 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 730 kes positif COVID-19, 415 kes adalah di kalangan

warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang

melibatkan negara:

• Filipina (202 kes); dan

• Indonesia (113 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan

kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat

terkini hasil siasatan di lapangan.

Page 6: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

4) Kluster Sungai

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada

hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 91 kes.

Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,167

individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut

negeri adalah seperti berikut:

a. Kedah (24,947 individu disaring):

• 90 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);

• 24,584 individu negatif; dan

• 273 individu menunggu keputusan.

b. Pulau Pinang (142 individu disaring):

• 142 individu negatif.

c. Perlis (78 individu disaring):

• Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan

• 77 individu negatif.

Kesemua 91 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case

Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan

dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Page 7: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

PERKEMBANGAN NILAI Rt DALAM NEGARA DAN KEPERLUAN

MENDESAK PEMATUHAN PROSEDUR AMALAN STANDARD (SOP)

Malaysia mula mencatatkan nilai Rt atau R naught (R0) penularan jangkitan

COVID-19 yang tinggi pada 7 September 2020 (nilai Rt 1.72). Berikutan

situasi peningkatan kes COVID-19 di negeri Sabah dan negeri Kedah, nilai Rt

di kedua-dua negeri ini telah memberi kesan besar terhadap nilai Rt bagi

negara. Situasi penularan COVID-19 di dalam negara dikhuatiri akan terus

meningkat secara mendadak (exponential) sekiranya langkah kawalan tidak

dijalankan dengan agresif.

Susulan itu, pelbagai tindakan kawalan dan pencegahan kesihatan awam

telah dipergiatkan. Kerajaan telah memperketatkan syarat kemasukan dari

negara-negara berisiko tinggi di Pintu Masuk Antarabangsa dan pihak

penguatkuasa telah mempertingkatkan kawalan sempadan dengan menyekat

kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di laluan-laluan tikus.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di

beberapa kawasan juga telah turut membantu kawalan. Tindakan pantas

pengesanan kontak rapat kes-kes positif, perluasan saringan bersasar

terhadap golongan berisiko tinggi, pelaksanaan kuarantin, dan pemberian

rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan nilai Rt

sehingga kurang dari 1.0.

Walau bagaimanapun, nilai Rt dilihat tidak stabil dan kembali meningkat. Pada

23 September 2020 ianya telah meningkat kembali kepada 1.34 iaitu melebihi

1.0 (nilai Rt di Sabah adalah 1.37 dan Kedah 1.15 (Rujuk Lampiran 2). Oleh

yang demikian, lebih banyak usaha perlu dilakukan Bersama bagi

memutuskan penularan jangkitan COVID-19 di dalam komuniti. Sekiranya

tiada urusan di luar masyarakat dinasihatkan supaya kekal berada di rumah.

Di negeri Sabah, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya

Pilihanraya (SPR) telah membangunkan SOP bagi aktiviti berkempen dan

Page 8: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

mengundi. KKM merayu, patuhilah SOP tanpa mengira status dan kedudukan

dalam masyarakat. Bantulah Negara dalam mengawal penularan COVID-19

ini.

Walaupun kebanyakan kawasan di negara kini sudah bertukar menjadi zon

hijau, namun KKM ingin mengingatkan bahawa kes COVID-19 masih berada

di dalam komuniti kita. Pembahagian warna zon hijau, kuning, dan merah

adalah berdasarkan bilangan kes setempat dalam masa 14 hari kebelakang.

Sehingga 24 September 2020, terdapat lima (5) kawasan di Malaysia yang

sudah bertukar menjadi zon merah. Terdapat empat (4) zon merah di Sabah

dan satu (1) zon merah di Kedah iaitu (Rujuk Lampiran 3):

a. Negeri Sabah:

• Tawau;

• Lahad Datu;

• Kunak; dan

• Semporna.

b. Negeri Kedah:

• Kota Setar.

KKM ingin menasihatkan, individu bergejala yang baru mengunjungi atau

datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti

kesihatan berhampiran. Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi

atau datang dari zon merah juga amat digalakkan untuk melakukan ujian

saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan-rakan

serta masyarakat di sekitarnya.

Page 9: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-

nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu

kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

• Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place),

elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang

atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

• Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun

(Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang

telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1

Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari

KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-

mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara

kebiasaan bersalam;

o Amalkan etika batuk dan bersin;

o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;

o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;

o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang

kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

• S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP);

Page 10: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

• O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas

dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan

bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;

• P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter

diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam

negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada

pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa

dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga,

KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya

adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 24 September 2020 @ 5.00 petang.

Page 11: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI

BILANGAN KES

BAHARU *( )

BILANGAN

KES

KUMULATIF

W.P. KUALA LUMPUR 0 2,650

SELANGOR 3 (1) 2,220

SABAH 63 1,386

NEGERI SEMBILAN 0 1,044

JOHOR 1 (1) 753

SARAWAK 0 703

PAHANG 0 371

KEDAH 4 344

PERAK 0 269

MELAKA 0 262

KELANTAN 0 161

PULAU PINANG 0 142

TERENGGANU 0 114

W.P. PUTRAJAYA 0 99

PERLIS 0 33

W.P. LABUAN 0 25

JUMLAH KESELURUHAN 71 (2) 10,576

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Page 12: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

LAMPIRAN 2

Page 13: KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …covid-19.moh.gov.my/terkini/092020/situasi-terkini-24-september-202… · rawatan awal kepada kes yang bergejala telah berjaya menurunkan

LAMPIRAN 3