pengenalan muzik tentang kodaly, orff dan dalcroze
DESCRIPTION
Pengenalan Muzik Tentang Kodaly, Orff dan DalcrozeTRANSCRIPT
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
1.0 PENGENALAN
Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek pendengaran atau aural. Muzik
amat digemari secara semulajadi oleh kanak-kanak. Umpamanya kanak-kanak yang
berumur 2 tahun akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang
diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa muzik ini digemari secara
semulajadi. Kanak-kanak juga akan mendapat banyak faedah apabila kaedah pengajaran
muzik ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya ialah kanak-kanak
akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di
samping memperoleh kemahiran muzik.
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga
orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari
Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di
negara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia.
Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks
negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori
mereka berbeza.
2.0 PENDEKATAN KODALY DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan
aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly
menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan
bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred
seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.
Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini
dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,
latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi
muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh
menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran
berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa,
iaitu:-
i) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton
semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).
ii) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic
boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.
iii) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.
Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan
bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang
mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya
untuk mencipta muzik mereka sendiri.
Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak
perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan untuk
mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly
menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut
pendidikan guru. Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan
pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:
i) Tonik Solfa
ii) Isyarat Tangan.
iii) Simbol, Notasi dan Sebutan Irama.
Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan
simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan
antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak “melihat” pic samada
ianya menaik atau menurun.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Rajah 1 : Isyarat Tangan
Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-
lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-
lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih
menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-
Re-Mi dan sebagainya. Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama
menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.
Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan
bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa
ibunda sebagai asas mempelajari muzik.
3.0 PENDEKATAN ORFF DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Orff Schulwerk atau juga dikenali dengan “Pendekatan Orff” adalah salah satu daripada
kaedah yang menggabungkan kaedah Kodaly dan Suzuki yang digunakan dalam
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
pembelajaran muzik. Ia merangkumi aktiviti muzik, gerakan, drama dan percakapan yang
dijalankan bersama aktiviti permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, guru hendaklah
menyediakan suasana permainan dalam kelas-kelas muziknya. Kaedah ini diperkenalkan
oleh seorang komposer German bernama Carl Orff (1895-1982) dan rakannya Gunild
Keetman pada 1920an. Perkataan Schulwerk bermaksud “dunia persekolahan” yang
berkaitan dengan aktiviti muzik.
Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi,
harmoni, dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen
pergerakan, tarian dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanak-
kanak perlu terlibat secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik
yang boleh diterapkan awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah.
Sebarang aktiviti pembelajaran hendaklah dijalankan dalam keadaan tanpa tekanan,
tanpa ada perasaan dinilai oleh guru atau rakan. Orff juga menggalakkan penglibatan orang
dewasa dalam aktiviti muzik termasuk keluarga dewasa pelajar. Penggunaan alat muzik
seperti glokenspil dan marimba adalah perlu untuk membina ketepatan pic tetapi ianya perlu
diubahsuai dengan menanggalkan bar yang tidak digunakan. Pengggunaan alat muzik tanpa
pic seperti dram, tamborin dan lain-lain dapat “meluaskan” konsep muzik yang dipelajari.
Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau
dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi
semasa latihan pengubahsuaian.
Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian
yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu:
i) Penjelajahan
Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen
termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga
dicuba. Contohnya, bergerak seperti seekor binatang.
ii) Peniruan
Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar.
Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik
kanak-kanak.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
iii) Improvisasi
Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak
akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.
iv) Penciptaan
Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan.
Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik,
pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan
muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik
kanak-kank tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua
mereka memberi penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan
pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan
estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini
kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya
mempunyaihubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.
4.0 PENDEKATAN DALCROZE DALAM PEMBELAJARAN MUZIK
Kaedah Dalcroze melibatkan pengajaran konsep muzik melalui pergerakan. Pelbagai analog
pergerakan digunakan untuk konsep muzikal, untuk membangunkan rasa bersepadu dan
semulajadi bagi ungkapan muzik. Mengubah badan kepada instrumen muzik diperkemaskan,
Dalcroze berpendapat, jalan terbaik untuk menjana asas yang kukuh, muzik bertenaga.
Dalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu. Gaya
seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yang dilakukan secara biasa
oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindak balas atau respon terhadap muzik atau
rangsangan muzik.
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam
pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui
proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi
serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan
kanak-kanak berumur 1-3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa,
pendidikan jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira
keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9
keinginan kanak-kanak iaitu...
i) Untuk bergerak.
ii) Berjaya dan diperkenalkan.
iii) Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat.
iv) Untuk bersaing.
v) Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
vi) Untuk mengembara.
vii) Memperoleh kepuasan kreativiti.
viii) Melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama.
ix) Untuk mengetahui.
Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam
teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2
dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu, muzik dengan
gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan
juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya
kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak
berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha
untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.
Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi
memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma
adalah elemen utama dalam muzik. Terdapat tiga komponen asas Dalcroze iaitu Euritmik,
Solfege dan Improvisasi.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
a) Euritmik
Euritmik ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan
muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama
kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak
mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-
bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan serta kebolehan
menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea muzik boleh diterjemahkan melalui
pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang
melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan
bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti
nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Ia juga memerlukan
penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda
anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu mendengar, merasai,
berimaginasi, mengintrepetasi bunyi, bertindak/respon/bergerak serta perlu
membayangkan maksudnya secara luaran
Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan
konsep atau unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic,
dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan
terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.
b) Solfage
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan
kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman dapat
mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan
membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik.
Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda
seseorang.
c) Improvisasi
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya, postur dan
gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
dan elemen yang mengeluarkan ritma (ritma dan irama adalah terjemahan daripada
rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang
dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan iaitu:-
1) Pergerakan Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin),
membongkok, bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.
2) Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur,
melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.
Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada iaitu penumpuan, konsentrasi,
mengingati, menghasilkan semula, menukar dan automate. Kemahiran ini diajar melalui
pergerakan fizikal yang melibatkan pendengaran, tangan/suara, penglihatan dan pemikiran.
Terdapat empat langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:-
1. Preparation - Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu dijauhkan dari dada
dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.
2. Attack - Menghembus nafas (strike kedua belah tangan).
3. Prolongation - Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.
4. Kembali kepada preparation - Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula
Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964)
yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara atau mod pengajaran iaitu..
i) Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.
ii) Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar atau lukisan.
iii) Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Tahun 2 Ibnu Sina
Masa : 8.40 pagi – 9.10 pagi
Bilangan murid: 30 orang
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.2 Melodi, warna ton, alat perkusi
Tajuk Lagu : Aku Burung Tiung
Kemahiran : Menyanyi dan memainkan alat muzik secara muzikal – Tempo dan melodi.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh memainkan
dua alat perkusi mengikut corak irama yang berlainan.
PengetahuanSediaada : 1. Murid pernah menyanyi lagu ‘Aku Burung Tiung’.
2. Murid pernah mengendalikan dan memainkan alat Perkusi
kastenet dan woodblock.
Strategi Kecerdasan pelbagai. 1. Muzik 2. Kinestik 3. Visual ruang
NilaiMurni : Kerjasama, berkeyakinan, berdikari, ketekunan.
Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, pita rakaman, loceng dan kayu tik tok.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Set
Induksi
( 2 minit )
Aktiviti
menarik dan
menghembus
nafas
1. Guru menayangkan klip video
‘menghidu bunga’ melalui slaid
powerpoint.
2. Guru mengaitkan aktiviti
‘menghidu bunga’ dengan aktiviti
menarik nafas dengan betul.
3. Guru tunjuk cara dan bombing
murid menarik nafas dengan betul
iaitu dengan mengembangkan dada
di bahagian diafragma sama seperti
cara menghidu bunga.
1. Murid-murid
memerhati dan
mendengar
keterangan guru.
2. Murid-murid
meniru gaya
menghidu bunga
untuk menarik
nafas dengan
bimbingan guru.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
Langkah 1
(3 minit)
Memperkenal
kan lagu
1. Guru menayangkan slaid
powerpoint lirik lagu
‘AkuBurungTiung’.
2. Guru memainkan rakaman lagu ini
secara keseluruhan sebanyak dua
kali.
3. Murid memerhati lirik lagu yang
dipamerkan sambil mendengar lagu
yang dimainkan.
ABM :
laptop, LCD
Langkah 2
(5 minit)
Menepuk
corak
irama.
1. Guru menepuk tangan mengikut
corak irama.
2. Guru menayangkan corak irama
kepada murid dan meminta murid
menepuk.
3. Murid-murid memerhati dan
mendengar dengan teliti.
4. Murid-murid menepuk dengan
bimbingan guru.
Nilai :
Berdikari, teliti,
sabar.
Langkah 3
(5 minit)
Menyanyikan
sambil
menepuk
tangan
mengikut
corak irama.
1. Guru menyanyikan lagu ini dengan
iringan minus one.
2. Murid mendengar dengan teliti.
3. Guru menyanyikan lagu ini sambil
menepuk tangan berpandukan
corak irama tadi.
4. Guru dan murid menyanyi lagu
tersebut.
5. Guru membimbing murid
menyanyi sambil menepuk tangan.
6. Guru mengesan kesalahan pitch,
sebutan dan tepukan semasa
nyanyian.
Nilai:
Berdikari, teliti,
sabar.
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Langkah 4
(10 minit)
Memainkan
alat
perkusi
mengikut
corak irama
yang
diimbas pada
slide
powerpoint.
1. Guru menayangkan gambar cara
mengendalikan alat perkusi loceng
dan kayu tik tok.
2. Guru menunjukkan cara
mengendali dan memainkan alat
perkusi mengikut corak irama.
Loceng:
♪♪♪♪ ♪♪♪♪♪♪♪♪ ♪♪♪♪
Kayu Tik Tok :
3. Guru membahagikan murid kepada
2 kumpulan dan memberi alat
perkusi yang berbeza kepada setiap
kumpulan.
4. Murid memainkan alat perkusi
mengikut corak irama yang
dipelajari dengan iringan muzik.
5. Murid-murid memerhati dan
mendengar penerangan guru
seterusnya memainkan alat perkusi
tersebut mengikut corak perkusi
mengikut corak irama.
ABM:
Loceng,
Kayu tik tok,
Penutup
(5 minit)
Menyanyi
serta
memainkan
alat perkusi
1. Guru mewujudkan satu kumpulan
lagi daripada 2 kumpulan yang
telah dibentuk tadi kepada 3
kumpulan dan meminta setiap
kumpulan melakukan seperti
berikut;
ABM :
Laptop, LCD,
alat perkusi
- Loceng
- Kayu tik tok
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan
i) Kumpulan A –menyanyikan
lagu ‘Aku Burung Tiung’.
Sambil membuat
pergerakkan anggota badan.
ii) Kumpulan B –memainkan
alat perkusi loceng
mengikut corak irama yang
dipelajari.
♪♪♪♪ ♪♪♪♪♪♪♪♪ ♪♪♪♪
iii) Kumpulan C – memainkan
alat perkusi kayu tik tok
mengikut corak irama yang
dipelajari.
iv) Murid menyanyi serta
memainkan alat perkusi di
bawah bimbingan guru.
2. Guru membimbing murid dengan
menggunakan isyarat tangan.
Nilai:
Ketekunan,
bekerjasama.
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
6.0 REFLEKSI
Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah
kali pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama
saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul
semua maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya terpaksa
mempelajari apakah pendekatan atau kaedah Kodaly, Orff dan Dalcroze yang merupakan
pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.
Daripada maklumat yang saya perolehi, Pendekatan Kodaly merupakan pendekatan
yang menggunakan isyarat tangan, teknik tepukan mengikut kiraan ataupun mengikut corak
irama. Kodaly juga menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan
yang menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Dalam kaedah
Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan
sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic.
Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak “melihat” pic samada ianya menaik atau
menurun.
Pendekatan Orff dalam pendidikan muzik pula melalui empat peringkat iaitu tiruan,
penerokaan, penambahbaikan dan komposisi. Melalui tiruan, guru, ketua kumpulan, atau
bahkan pelajar membuat persembahan bagi kelas dan kelas seterusnya di mengulangi apa
yang bermain untuk mereka. Penerokaan membolehkan murid untuk mencari aspek muzik
yang menawarkan instrumen Orff dan meneroka kemahiran aural atau lisan dan usul dan
ungkapan bahawa badan itu berupaya. Penambahbaikan adalah perbuatan mencipta sesuatu,
terutamanya muzik, tanpa persediaan terlebih dahulu. Manakala kaedah Dalcroze melibatkan
pengajaran konsep muzik melalui pergerakan.
Apa yang terfikir di fikiran saya ialah mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi?
Dengan bantuan guru muzik di sekolah saya, saya telah merancang satu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi murid Tahun 2 iaitu P&P selama 30 minit di dalam kelas, di mana
peruntukkan 20 minit untuk aktiviti muzikal yang memerlukan saya mengabungkan
sekurang-kurangnya dua pendekatan di atas.
Maka saya telah merancang dan melaksanakan aktiviti muzikal ini dengan menggunakan pendekatan
Kodaly, di mana guru menggunakan teknik tepukan dan isyarat tangan sewaktu mengajar murid-
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
murid memainkan alat perkusi (seperti dalam langkah 2). Selain itu saya juga menggabungkan
aktiviti dengan menggunakan pendekatan Dalcroze dalam langkah penutup iaitu dengan meminta
murid dari kumpulan A, melakukan pergerakan anggota badan sewaktu menyanyi lagu “Aku Burung
Tiung” itu. Selain itu saya juga mempraktikkan empat langkah pusingan pergerakan dalam teori
Dalcroze dalam Set Induksi iaitu aktiviti menarik dan menghembus nafas dengan betul.
Apabila selesai melaksanakan P&P ini, barulah saya faham sebab-sebab penting dalam
mempelajari nyanyian. Selain daripada dapat mempertingkatkan daya pemikian serta
memperkayakan imaginasi, ia juga memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid-
murid dalam usaha menuntut ilmu. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan melalui latihan
pernafasan yang betul. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik
juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian.
Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang.
Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dengan
mempelajari muzik juga, murid dapat memperkuatkan daya ingatan dan konsentrasi, membina
keyakinan diri serta memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.
2 881 patah perkataan
HBMS1103 –PENGENALAN PENDIDIKAN MUZIK
BIBLIOGRAFI
______, (2010). PRA 3106 - Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah : Modul PGSR IPG. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Anderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom: California, A division of Wadsworth, Inc.
Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly. Kuala Lumpur.
Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall,Inc.
http://en.wikipedia.org/wiki/