pengenalan - .: ftsm - fakulti teknologi dan … · web viewmuat turun e-mail dalam sebarang bentuk...

22
1.0 PENGENALAN Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan pelbagai alat atau peranti untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Mereka menggunakan asap api sebagai isyarat, burung merpati untuk menghantar mesej, refleksi cahaya cermin dan bunyi-bunyian. Sebenarnya banyak lagi cara yang digunakan oleh nenek moyang kita di zaman purba. Kemudian, apabila telefon dicipta oleh Alexender Graham Bell, perkembangan komunikasi semakin pesat. Manusia dapat dihubungkan walaupun jarak mereka lebih jauh. Penciptaan wayarles oleh Giaglumo Marconi memberi satu perspektif baru dalam konunikasi, di mana tiada wayar yang digunakan untuk menghubungkan dua peranti komunikasi. Sejak itu perhubungan komunikasi tanpa wayar semakin popular dan banyak produk yang berkomunikasi tanpa wayar dihasilkan. Pada hari ini kita dapat melihat berbagai-bagai peralatan komunikasi wayarles di pasaran dari pelbagai jenama. Antara contoh produk wayarles itu ialah telefon bimbit, peranti telapak tangan (palm top) dan alat kelui. Dalam pembangunan pesat ICT, negara kita tidak terkecuali dalam mengikut aliran semasa. Pekerja-pekerja pada hari ini selalu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan perlu untuk berkomunikasi. Bayangkan bagaimana mereka hendak berkomunikasi apabila seorang berada di tengah lautan dan seorang lagi berada di puncak gunung! Tugasan ini akan mengupas sejauh mana kepentingan dan keperluan produk wayarles ini. Kami juga cuba mengkaji mengapa sesetengah produk menjadi pilihan pengguna dan alasannya. 1

Upload: hoangkhanh

Post on 11-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

1.0 PENGENALAN

Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan pelbagai alat atau peranti

untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Mereka menggunakan asap api sebagai

isyarat, burung merpati untuk menghantar mesej, refleksi cahaya cermin dan bunyi-

bunyian. Sebenarnya banyak lagi cara yang digunakan oleh nenek moyang kita di zaman

purba.

Kemudian, apabila telefon dicipta oleh Alexender Graham Bell, perkembangan

komunikasi semakin pesat. Manusia dapat dihubungkan walaupun jarak mereka lebih

jauh. Penciptaan wayarles oleh Giaglumo Marconi memberi satu perspektif baru dalam

konunikasi, di mana tiada wayar yang digunakan untuk menghubungkan dua peranti

komunikasi. Sejak itu perhubungan komunikasi tanpa wayar semakin popular dan banyak

produk yang berkomunikasi tanpa wayar dihasilkan.

Pada hari ini kita dapat melihat berbagai-bagai peralatan komunikasi wayarles di

pasaran dari pelbagai jenama. Antara contoh produk wayarles itu ialah telefon bimbit,

peranti telapak tangan (palm top) dan alat kelui. Dalam pembangunan pesat ICT, negara

kita tidak terkecuali dalam mengikut aliran semasa. Pekerja-pekerja pada hari ini selalu

bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan perlu untuk berkomunikasi. Bayangkan

bagaimana mereka hendak berkomunikasi apabila seorang berada di tengah lautan dan

seorang lagi berada di puncak gunung!

Tugasan ini akan mengupas sejauh mana kepentingan dan keperluan produk

wayarles ini. Kami juga cuba mengkaji mengapa sesetengah produk menjadi pilihan

pengguna dan alasannya.

1

Page 2: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

2.0 TEKNOLOGI WAYERLES

Penemuan terhadap teknologi wayarles sememangnya amat menakjubkan.Dari

hari ke hari manusia sememangnya tidak akan puas dengan apa yang ada dan akan terus

menghasilkan sesuatu yang lebih hebat dan canggih.Sekiranya pada suatu masa dahulu

penghantaran data atau maklumat hanya boleh disampaikan melalui kabel, namun

sekarang ini teknologi wayarles yang diciptakan mendomonasi pasaran tidak lama lagi.

Terdapat lima jenis teknologi yang ingin dibincankan iaitu :

1. IrDA (Infrared Data Association)

2. DECT (Digital Enhanced Cordless Telecomunications)

3. IEE 802.11

4. Home RF

5. Bluetooth

Teknologi IrDA (Infrared Data Association) dijumpai pada tahun 1993 hasil

usaha sama diantara Hewlett-Packard dan IBM dalam usaha mereka mempiawaikan

transmisi infra-red.Antaramuka piawai infra-red yang pertama dihasilkan membolehkan

data dihantar sebanyak 115.2 Kbit/s.Kemudian saiz data yang dihantar meningkat kepada

4 Mbits/s apabila piawaian FIR(Fast Infrared standard).

Teknologi IrDA diaplikasikan dengan penggunaan telefon selular,PDAs,komputer

telapak dan alat kawalan jauh(remote control).Kelebihan penggunaan teknologi IrDA

ialah teknologi ini digunakan secara meluas dan penggunaannya sekarang adalah lebih

global.Teknologi IrDA pula mempunyai beberapa kelemahan yang ketara iaitu jarak

transmisi yang pendek,boleh tergangu dengan kehadiran interferens dan tiada kemudahan

penghantaran bunyi dan suara. Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di

http://www.irda.org.

Teknologi DECT (Digital Enhanced Cordless Telecomunications) pula

diilhamkan oleh European Standardisation Institute for Telecommunications (ETSI) pada

awal 1992.Kini DECT telah digunakan lebih 100 buah negara dan pada tahun 1994,

Generic Access Protocol (GAP) membolehkan peranti DECT dihubungklan diantara satu

sama lain.

2

Page 3: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Teknologi ini diaplikasikan dalam rangkaian telefon tetap dan akses bagi internet

bergerak.Kebaikan penggunaan teknologi DECT ialah teknologi ini juga digunakan

secara meluas dan penggunaannya sekarang adalah lebih global, membenarkan

penghantaran bunyi dan suara dan kurangnya ganguan daripada

interferens.Kelemahannya pula ialah tiada piawaian frekuensi.Maklumat yang lebih

lengkap boleh diperolehi di http://www.dectweb.com.

Teknologi IEEE 802.11 dihasilkan oleh Institute of Electrical Electronic Engineer

(IEEE) sepenuhnya pada tahun 1997.Ia menggunakan 2.4 GHz lebar gelombang radio.

Teknologi ini turut diaplikasikan dalam rangkaian telefon tetap dan akses internet

mudahalih.

Teknologi IEEE 802.11 juga digunakan secara global,mempunyai kemudahan

untuk dihubungkan kepada internet dan yang paling penting ialah penghantaran data

adalah lebih pantas.Tetapi teknologi ini tiada transmisi bunyi dan pertuturan dan kadar

gangguan inteferens juga adalah agak tinggi. Maklumat yang lebih lengkap boleh

diperolehi di http://www.ieee.com.

Seterusnya ialah teknologi Home RF yang dihasilkan pada tahun 1999 oleh

“Home RF Working Group”.Teknologi ini merupakan gabungan diantara DECT dan

IEEE 802.11 dan ia dikenali sebagai Shared Wireless Access Protocol (SWAP).

Teknologi Home RF digunakan dalam rangkaian kecil dan akses internet

mudahalih.Kadar data yang dihantar adalah lebih tinggi kualiti perkhidmatan yang lebih

baik kerana terdapat jalur lebar yang besar.Kelemahan teknologi Home RF ialah ia

mempunyai terminal yang sedikit. Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di

http://www.homerf.org.

Teknologi yang kelima ialah teknologi yang sedang hangat diperkatakan iaitu

teknologi Bluetooth talah dibangunkan oleh beberapa gergasi dalam dunia

telekomunikasi secara usaha sama iaitu syarikat Nokia, IBM, Intel dan Toshiba untuk

menggantiakan teknologi IrDA dan penggunaan kabel.Teknologi wayarles ini telah

dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya pada tahun 1998.

Sekarang teknologi Bluetooth diaplikasikan di dalam komputer.Teknologi ini

membolehkan peranti dihubungkan diantara satu sama lain tanpa perlu diletakkan secara

bersekemuka.Teknologi ini turut mendapat sokongan yang meluas dari pelbagai

3

Page 4: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

pihak.Beberapa kekurangan yang terdapat dalam teknologi ini ialah ia hanya mempunyai

sedikit terminal,jarak yang pendek dan penghantaran data yang perlahan. Maklumat yang

lebih lengkap boleh diperolehi di http://www.bluetooth.org.

1.0 Jadual perbandingan diantara 5 jenis teknologi tanpa wayar.

+ IrDA DECT IEEE 802.11b

Home RF Bluetooth

Metod Infrared Radio radio radio radioFrekuensi 850-900 nm 1800-1900

Mhz2.4 Ghz(ISM)

2.4 Ghz(ISM)

2.4 Ghz(ISM)

Kadar data maksimum

115 Kbit/s – 4 Kbit/s

24-552 Kbit/s

11 Mbit/s 10 Mbit/s 10 Mbit/s

Jarak 1 m 50 m di dalam300 m di luar

50 m di dalam300 m di luar

50 m 10 m

Interferens Sangat tinggi

Sangat rendah

Tinggi Sederhana Sederhana

2.0 Rajah jarak penghantaran data

3.0 PRODUK

4

Page 5: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.1 TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit sememangnya alat komunikasi tanpa wayar yang popular dewasa

ini. Perubahan ketara yang dapat dilihat dalam evolusi telefon bimbit ini adalah dari segi

saiz dan ukurannya, di mana telefon pada hari ini menjadi semakin kecil dan ringan. Ia

digunakan dengan meluas di setiap peringkat masyarakat, sehinggakan pelajar sekolah

rendah pun menggunakannya. Persaingan memang sengit di kalangan pengeluar telefon

bimbit. Antara jenama yang menjadi pilihan ramai di negara kita ialah Nokia, Ericson,

Motorola dan Siemens. Syarikat-syarikat ini sentiasa berlumba-lumba mengeluarkan

model baru yang lebih canggih spesifikasinya.

Mengapa pilih telefon bimbit?

Hasil daripada survey yang dijalankan kami mendapati sebab utama orang ramai

menggunakan telefon mudah alih ini ialah untuk mudah dihubungi dan menghubungi,

kerana pada hari ini kebanyakan orang sudah tidak duduk di rumah sahaja. Kita sentiasa

sahaja mempunyai aktiviti di luar rumah. Jadi penggunaan telefon adalah sangat praktikal

kerana ia cepat, cekap dan mudah dikendali. Tidak perlu lagi menggunakan telefon awam

untuk menelefon. Ia juga berguna di kala kecemasan.

Harga telefon bimbit yang berpatutan, juga menarik perhatian pengguna untuk

menggunakannya. Harga telefon bimbit berada dalam lingkungan RM250 ke RM3000 di

pasaran, terpulang kepada status dan keperluan pengguna. Selain daripada itu telefon

bimbit telah dikategorikan sebagai fesyen. Ini terbukti apabila terdapat pertunjukan

fesyen yang memperagakan model telefon bimbit untuk masa depan yang melibatkan

syarikat pengeluar telefon terkemuka dengan pereka fesyen terkenal.

Tidak dinafikan ciri-ciri dan teknologi yang terdapat pada sesuatu model telefon

bimbit juga menjadi faktor pemilihan. Kemudahan tambahan seperti permainan, mesej

komposer nada dering dan pemain mp3 membantu popularity sesuatu model atau jenama.

Pengguna sentasa mencari kelainan dalam setiap produk kerana memang lazim manusia

tidak pernah puas dengan apa yang ada.

5

Page 6: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Contoh produk telefon bimbit

3.1.1 Nokia 7110 – ‘The internet in your pocket’

Telefon nokia model 7110 ini dilengkapi dengan teknologi WAP(Wireless

Application Protocol) yang membolehkan penggunanya mendapatkan maklumat dari

internet secara online.Pengguna boleh berinteraksi untuk mendapatkan berita,harga

pasaran saham dan maklumat kewangan di mana jua pengguna berada.

Antara ciri-ciri yang menarik yang dilengkapi dalam model Nokia 7110 adalah :

Antaramuka pengguna Nokia Navi Roller

o dilengkapi dengan butang skrol yang membolehkan pengguna

mengendalikan telefon bimbit dengan lebih mudah.

Fungsi Dual Band

o membolehkan peralihan secara automatik rangkaian GSM 900,GSM 1800

dan GSM 900/1800 dalam telefon yang sama.

Perkhidmatan mesej ringkas

o mesej boleh disampaikan dalam bahasa Inggeris,Melayu,Cina dan

Indonesia

o teks yang dinput dalam bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan kamus

terbina dalam

Perkhidmatan WAP

o menyokong teknologi WAP dan perkhidmatan mesej pintar

Rekabentuk

o skrin yang lebih besar

o sistem getaran(vibrate) terbina dalaman

Ruang Ingatan (memory)

o keupayaan untuk menyimpan lebih 1000 nombor telefon

Transmisi data dan infrared

o pemindahan data dalaman melalui port infrared

o komunikasi tanpa wayar diantara telefon irDa

o kelajuan data 14.4 kbps

6

Page 7: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Nokia 7710

3.1.2 Nokia 9210i Communicator

Produk terbaru Nokia ini merupakan satu lagi teknologi baru dalam peranti tanpa

wayar yang mendapat sambutan di kalangan peminatnya. Ianya merupakan satu

kombinasi di antara peranti telapak tangan(Plam-Top) dan telefon mudah alih(Handset).

Ia juga sesuai untuk mereka yang aktif dengan tugas-tugas bisnes dan menonjolkan imej

seorang profesional.

Model ini dilengkapi dengan sistem papan kekunci QWERTY dan skrin LCD

berwarna yang boleh menjanakan 1406 warna serta mempunyai kelajuan penghantaran

data sehingga 43.2Kbps. Ia juga menggukan sistem pengoperasian SYMBIAN’S yang

lebih stabil.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki dalam model Nokia 9210i

Communicator adalah seperti berikut:

Menghantar mesej.

Muat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar,

video dan banyak lagi.

7

Page 8: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Melayari Internet.

Sebarang penggunaan dengan menggunakan fail windows seperti Word, Excel,

PowerPoint dan Lotus Notes serta Spreadsheet.

Nokia 9210i Communicator

3.1.3 Nokia 7650

Pada November 2001 yang lalu syarikat pembuat telefon mudah alih, Nokia telah

melancarkan satu lagi produk hasil rekaannya yang lebih canggih dan berteknologi tinggi.

Model ini yang dilengkapi dengan skrin berwarna dan kamera. Produk ini merupakan

satu saingan hebat diantara dua syarikat pembuat telefon mudah alih iaitu di antara Nokia

dan Ericsson yang membuat usaha sama dengan Syarikat Sony untuk menghasilkan T68

yang dipasarkan di Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Antara kelebihan yang terdapat pada model ini ialah:

Menggunakan kelajuan yang tinggi untuk melayari Internet dan dilengkapi

dengan teknologi GPRS.

Menghantar mesej(SMS) dan diperluaskan dengan perkidmatan mesej multimedia

(MMS).

Memudahkan melayari Internet.

8

Page 9: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Nokia 7650

3.1.4 Sony Ericsson T68

Telefon bimbit ini adalah hasil usaha sama gergasi elektronik dunia,Sony dengan

pengeluar telefon ketiga terbesar di dunia,Ericsson.Sony Ericsson T28 merupakan telefon

yang dilengkapi dengan kemudahan internet bergerak.Ia juga merupakan telefon bimbit

pertama yang dilengkapi dengan skrin berwarna yang dilancarkan pada bulan Oktober

2001 di Eropah.

Antara ciri-ciri menarik dalam Sony Ericsson T28 ialah :

boleh digunakan untuk mencapai Internet menggunakan teknologi GPRS

mempunyai sambungan wayarles jarak dekat dan peranti bluetooth

9

Page 10: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.2 PERANTI TELAPAK TANGAN

Peranti telapak tangan menjadi semakin meluas penggunaannya, terutama bagi

mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan, walaupun ia tidaklah sepopular telefon

bimbit. Golongan korporat ini menjadikan peranti ini sebagai pengorganisasi jadual

mereka sebagai ganti diari. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengakses internet,

dan ini boleh digunakan untuk mengetahui kedudukan pasaran saham, sekaligus

memudahkan mereka membuat keputusan.

Mengapa pilih peranti telapak tangan?

Peranti telapak tangan menjadi pilihan golongan profesional kerana ia adalah

mudah alih dan ringan.Bagi golongan profesional dan ahli korporat yang sentiasa sibuk

dengan pelbagai urusan, penggunaan PDA amatlah berguna dan bersesuaian dengan

mereka.

PDA yang terkini dilengkapi dengan sistem pengoperasi (OS) yang mudah

dikendalikan dan sistem ‘organizer’diserta bersama juga dapat membantu pengurusan

dan pengendalian masa yang lebih berkesan.Selain itu maklumat di dalam PDA boleh

dipindahkan kepada komputer peribadi,komputer mudah alih dan PDA sekiranya

maklumat tersebut hendak dikongsi bersama.

Contoh produk

iPac Pocket PC family- H3700 and H3800

3.2.1 Palm M125

PDA ini merupakan pengubahsuaian daripada M100 dan M105. Ianya hanya

memenuhi keperluan fungsi-fungsi asas seperti notepad, kalender, skedul dan sesuai

kepada pengguna yang baru menggunakannya. Ianya telah telah dipertingkatkan

keupayaannya penambahan beberapa ciri seperti:

Spesifikasi

10

Page 11: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

33Mhz Motorola DrangonBall V2 processor.

8MB RAM.

160 x 160 pixel monochrome LCD.

SD/MMC Expansion slot.

PalmOS 4.0

Keperluan sistem

486 dan ke atas.

Win95/98/2000/NT 4.0,

USB port.

30MB free hard disk space.

16MB RAM(64MB disyorkan untuk Windows 2000).

CD-ROM drive.

Pengguna Macintosh - Power-PC running Mac OS dan ke atas.

Palm M125

11

Page 12: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.2.2 Compaq iPAQ H3660

PDA jenis ini merupakan salah satu PDA yang terunggul dihasilkan oleh

Compaq.Komputer telapak ini dijanakan oleh pemproses Intel StrongARM 206 Mhz

dengan ingatan sebanyak 64 Mb dan ia berupaya menyokong aplikasi multimedia.

Compaq iPAQ H3660 menawarkan nilai hebat seperti perisian pengurusan

maklumat peribadi dan media hiburan.Ia turut mempunyai kemudahan aplikasi asas

seperti PDA yang lain dan sambungan Internet secara infrared.PDA ini turut didatangkan

bersama beberapa perisian seperti pemain audio/video,buku elektronik,perakam

suara,spreadsheet dan pemproses perkataan.Selain itu terdapat juga permainan untuk

mengisi masa terluang seperti Solitaire dan Matalion.

Walaupun PDA ini besar sedikit saiznya berbanding dengan PDA yang

lain,rekabentuk luaran yang unik dan futuristik dapat menarik pengguna untuk

memilikinya.Sekiranya anda memerlukan PDA yang berkuasa tinggi, inilah PDA yang

yang paling sesuai untuk dimiliki.

Compaq iPAQ H3660

12

Page 13: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Model Ericsson e938(PDA)

3.3.3 Ericsson e938(PDA)

Merupakan produk PDA yang pertama di asakan oleh Group Sense Technology

Pte Ltd yang berpusat di Singapura. Modul e938 yang berdimensi 135 X 75 X 20.9mm

dan mempunuyai berat 170g boleh menampung ETSI ETS 300 342- 1 keupayaan elektro

magnet (EMC) untuk GSM 900 MHz dan DCS 1800 MHz. Model ini yang dilengkapi

dengan teknologi Bi-lingual PDA berupaya untuk menyokong penukaran bahasa Inggeris

kepada bahasa Cina dan bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.

Ciri-ciri model e938 PDA:

Bi-lingual PDA.

Organizer – buku telefon, jadual, senarai semak, memo, notepad, e-mail, masa

tempatan, masa dunia, maklumat peribadi.

Permainan.

Kalkulator.

penukaran bahasa Inggeris kepada bahasa Cina dan bahasa Cina kepada bahasa

Inggeris.

Touch screen dan Backlight.

13

Page 14: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Infra red data access.

mencari nama orang Cina dengan menggunakan nama keluarga.

kemampuan untuk menulis di atas skrin.

boleh membaca input data dalam bahasa Cina dan Inggeris.

9 ways of chinese character inputs.

Kalender Luna.

Kemudahan muat turun permainan daripada laman web.

3.3 ALAT KELUI

Suatu masa dahulu, di awal 90-an alat kelui merupakan satu peranti yang begitu

popular sebagaimana telefon bimbit sekarang. Ini mungkin kerana saiz alat kelui yang

kecil berbanding dengan telefon bimbit yang sangat besar memudahkan ia untuk dibawa

ke mana-mana. Peranti ini berfungsi dengan menghantar mesej pendek kepada si

penerima apabila penyedia servis menerima maklumat daripada penghantar. Ia masih

digunakan di kalangan doktor dan anggota keselamatan seperti polis. Alat kelui pada hari

ini bukan sahaja boleh menerima malah menghantar mesej.

Mengapa pilih alat kelui?

Alat kelui mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Ia boleh

digunakan untuk menerima mesej pendek dan sesetengahnya boleh menghantar semula

mesej. Ia boleh diumpamakan sebagai telefon yang tidak boleh membuat panggilan tetapi

hanya boleh sms.

Selain itu harga bagi sebuah alat kelui juga berpatutan. Ia memang sangat sesuai

untuk pekerja yang mobile.

14

Page 15: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Contoh produk

3.3.1 Motorola – PageWriter 2000X Personal Communicator

Salah satu contoh alat kelui yang boleh menerima dan menghantar mesej (full 2-

way messaging)

ingatan 4.5MB

boleh disambung dan sikroni dengan kebanyakan komputer peribadi dan laptop.

menyokong mel elektronik wayarles dengan bantuan sistem pengoperasian

Wisdom OS 4.0.

3.3.2 V.Series Personal Communicator

Menerima dan menghantar mesej (dua hala)

Digunakan dalam rangkaian Cingular Wireless dan VoiceStream Wireless GSM

1900MHz.

Berkeupayaan menerima dan menghantar e-mail.

Boleh digunakan untuk membuat panggilan dengan menggunakan fon bebas

tangan (hands-free)

15

Page 16: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.3.3 Talkabout T900 2way

Menerima dan menghantar mesej juga e-mail

Menerima maklumat daripada Internet sebagai contoh keputusan bagi sesebuah

perlawanan bolasepak, bursa saham, waktu tayangan filem di pawagam dan

sebagainya.

3.3.4 TIMEX Internet Messeger Watch

Direka khas untuk gaya hidup yang aktif

Merupakan antara peranti wayarless yang teringan, terkecil dan mudahalih di

pasaran

Boleh menerima e-mail Internet, muka teks dan numerik, berita terkini, ramalan

cuaca, keputusan sukan dan sebagainya.

16

Page 17: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.3.5 Timeport P730 Information Pager

Boleh menyimpan sehingga 483, 000 karakter dan mempunyai 43 slot untuk

mesej

Paparan Optimax EL Electra untuk keupayaan pembacaan yang tinggi

Mempunyai pilihan untuk memaparkan 8 baris atau 4 baris teks.

3.3.6 LS550 Numeric Pager

Menyediakan slot untuk 40 mesej

5 isyarat dan gegaran untuk memberitahu pengguna apabila ada mesej sampai.

Paparan bercahaya biru yang memudahkan pembacaan dalam apa jua keadaan

17

Page 18: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

3.3 WALKIE-TALKIE

Kalau kita menonton filem yang berkisar tentang polis kita biasa melihat anggota

polis sering berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan sebuah peranti

wayarles yang dikenali sebagai walkie-talkie. Ia merupakan sebuah alat perhubungan dua

hala tetapi terhad kepada keluasan kawasan tertentu dan frekuensi tertentu.

Mengapa pilih walkie-talkie?

Ia sesuai digunakan untuk perhubungan di kawasan yang tertentu di mana

maklumat perlu disampaikan dengan cepat. Contohnya di pusat membeli-belah,

walaupun ruangnya tidaklah sebesar mana tetapi ia mempunyai banyak tingkat, jadi

pengawal keselamatan perlu menggunakannya untuk berhubung. Ia juga juga digunakan

dengan meluas oleh marshall perlumbaan di Litar F1 Sepang, kerana kawasan litar sangat

luas dan penggunaan telefon tidak begitu praktikal akibat masalah rangkaian.

Selain itu walkie-talkie sangat sesuai digunakan ketika perkhemahan dan operasi

menyelamat ketika gempa bumi atau banjir. Ini kerana isyarat untuk peranti ini tidak

terjejas dalam keadaan muka bumi yang pelbagai mahupun di dalam bilik yang tertutup.

Contoh produk walkie-talkie

3.4.1 Talkabout Distance

Boleh digunakan dalam lingkungan jarak 5 batu

18

Page 19: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

Saluran : 7 FRS dan 3 GMRS – 38 kod

Memerlukan lesen

Menggunakan beteri NiCd yang boleh dicas semula dan boleh bertahan selama 8

jam

Sesuai digunakan untuk aktiviti rekreasi

3.4.2 Spirit Profesional two-way radio MV21CV

Boleh digunakan dalam lingkungan jarak 5 batu di luar dan 180,000 kaki persegi

atau 10 tingkat di dalam.

Bateri 2 watt

Saluran tunggal dengan 38 kod pengurang iterferens

Sesuai digunakan untuk golongan profesional seperti pengawal keselamatan,

polis, anggota bomba dan sebagainya.

19

Page 20: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

4.0 KESIMPULAN

Perkembangan teknologi telah menyebabkan kepelbagaian produk peranti tanpa

wayar berada di pasaran dan menjadi persaingan di antara pengeluar-pengeluar produk

tersebut. Jika ditinjau di persekitaran kita, dapat dilihat penggunaan peranti ini menjadi

kegilaan remaja, tetapi yang pastinya memang terdapat banyak produk-produk ini di

pesaran sekarang ini. Di antara jenama yang terdapat di pasaran ialah Nokia, Ericsson,

Motorola, Siemens, Triumph dan banyak lagi. Pada hakikatnya penggunaan telefon

bimbit lebih ketara berbanding dengan produk lain seperti peranti telapak tangan(PDA)

yang hanya digunakan oleh golongan eksekutif kerana memerlukan kos yang tinggi.

Dahulu, penggunaan alat kelui menjadi sesuatu yang penting tetapi, setelah terciptanya

telefon bimbit penggunaannya menjadi semakin kurang ini kerana alat kelui hanya boleh

menerima mesej sahaja. Manakala walkie-talkie hanya digunakan untuk melakukan kerja-

kerja yang khusus, selalunya polis, pengawal keselamatan, pekerja pembinaan dan

pekerja operasi penyelamat akan menggunakannya ini kerana walkie-talkie hanya boleh

digunakan pada jarak tertentu dengan frekuansi tertentu sahaja. Sehingga hari ini masih

tiada seoarang pun yang menggunakan walkie-talkie sebagai media komunikasi seperti

penggunaan telefon bimbit. Akhir sekali, mari kita renung kembali adakah dengan

penggunaan peranti tanpa wayar ini bermakna kita telah berjaya mengejar teknologi masa

kini tanpa kita sedari bahawa kesan daripada penggunaannya boleh mendatangkan

pelbagai kemudaratan kepada kita semua.

20

Page 21: PENGENALAN - .: FTSM - Fakulti Teknologi dan … · Web viewMuat turun e-mail dalam sebarang bentuk fail seperti teks, imej atau gambar, video dan banyak lagi. Melayari Internet

5.0 RUJUKAN

Majalah PC.Com,vol 2, issue 12, Desember 2001. www.pcdc.com.my.

Majalah Chip, vol 2, Julai 2001. www.chip.com.my. Majalah Chip, vol 1, issue 2, Desember 2000. www.chip.com.my. Majalah Chip, vol 1, issue 1, November 2000. www.chip.com.my.

The Star, TECH.PLUS, Khamis 22 November 2001. http://thestar.com.my/

www.morola.com

www.wapzon.com

21