imej dalam lukisan kanak-kanak

Upload: marhanim-abdul-razak

Post on 19-Jul-2015

533 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian literatur : Ijazah Sarjana Pendidikan

TRANSCRIPT

Bab 2:Literatur 7 April 2007SARJANA PENDIDIKAN BIDANG PENDIDIKAN SENI, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI MALAYA MARHANIM BT ABDUL RAZAK Pensyarah: Ghazie Ahmad

[ Bab 2: KAJIAN LITERATUR IMEJ DALAM LUKISAN KANAKKANAK PRASEKOLAH DI HULU LANGAT]1

BAB 2

KAJIAN LITERATUR 2.0 Pendahuluan 2.1 Literatur Berkaitan 2.1.1 Kanak-Kanak Dan Lukisan 2.1.1.1 Tujuan kanak-Kanak Melukis 2.1.1.2 Jenis Lukisan kanak-Kanak 2.1.2 Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah 2.1.3 Sejarah Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak 2.1.3.1 Teori Yang Berkaitan 2.2 Kerangka Konsepsual 2.2.1 Konsep Imej Dalam Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah 2.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Imej Dalam Lukisan Kanak-Kanak. 2.2.2.1 Faktor Dalaman Minat Pengalaman Emosi Kreativiti 2.2.2.2 Faktor Luaran Persekitaran 2.3 Kesimpulan

2

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan Kanak-kanak pada peringkat prasekolah lazimnya mempunyai kecenderungan dan minat semulajadi terhadap aktiviti melukis. Menerusi aktiviti melukis, kanak-kanak berpeluang menghasilkan pelbagai imej dalam lukisan menerusi pengamatan pada persekitaran di sekeliling mereka. Kajian berkaitan lukisan kanak-kanak telah banyak dijalankan. Malah hasil daripada kajian yang telah dijalankan telah menemui pelbagai teori yang diboleh dijadikan panduan dan rujukan kepada penyelidik, guru, ibu bapa dan masyarakat.

Antara pekara yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi kajian literatur yang berkaitan dengan kanak-kanak dan lukisan, perkembangan lukisan kanak-kanak prasekolah dan sejarah perkembangan lukisan kanak-kanak. Bab ini juga akan membincangkan tentang kerangka konsepsual berdasarkan kajian lepas yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kanak-kanak enam tahun dalam menggambarkan pelbagai imej dalam lukisan yang dihasilkan.

3

2.1 Literatur Berkaitan Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dalam mengkaji tahap perkembangan kanakkanak mengikut umur. Antara kajian yang dilakukan adalah kajian terhadap lukisan kanak-kanak. Menerusi lukisan yang dihasilkan, pelbagai persoalan kajian dapat

dirungkai serta pelbagai teori dapat dijadikan sebagai bukti untuk menjelaskan sesuatu fakta yang telah diperolehi.

Menurut Iberahim Hassan (2000), penyelidikan mengenai lukisan kanak-kanak telah bermula sejak tahun 1800 lagi. Antaranya adalah Hebert Spencer (1859) dan John Ruskin (1857). Terdapat juga jurnal dan artikel yang ditulis oleh penulis terkenal seperti Ebenzer Cook antara 1885 hinga 1886, James Sully sekitar tahun 1890an, Stern pada tahun 1924, Koffka pada tahun 1928, Piaget pada tahun 1929 dan Cizek sekitar tahun 1930an. Sehingga kini, kajian terhadap lukisan kanak-kanak masih lagi diterus oleh ramai penyelidik dari luar dan di dalam negara.

2.1.1 Kanak-Kanak Dan Lukisan Melukis merupakan salah satu cabang kreativiti ( Mohd. Azhar, 2006). Dengan melukis, kanak-kanak dapat meluahkan emosi dan memberi interpretasi terhadap sesuatu perkara. Menerusi penghasilan lukisan, kanak-kanak dapat menyatakan pengalaman yang diperolehinya secara teratur dan tersusun. Menerusi jurnal yang diterbitkan dalam Academic Press yang ditulis telah ditulis oleh Laura (2001), mendapati imej yang dirakamkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun dalam lukisan yang dihasilkan adalah hasil dari pengamatan mereka terhadap apa yang berlaku dalam persekitaran.

4

Kanak-kanak menggunakan mental untuk menterjemahkan sesuatu yang mereka lihat, hidu dan rasa kepada sesuatu imej visual. Cathy (2001) telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak prasekolah yang mempunyai masalah emosi. Menurut beliau kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun lebih gemar untuk menyatakan ingatan lampau melalui imej dalam lukisan. Gambaran yang dihasilkan adalah transformasi daripada pengalaman dan emosi yang ada dalam diri mereka dan diterjemahkan dalam bentuk imej visual dua dimensi.

Lazimnya kanak-kanak

prasekolah

yang berumur enam tahun banyak

mengadaptasikan objek yang ada di sekeliling dalam penghasilan lukisan. Imej yang digambarkan dalam lukisan dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak. Kepuasan yang tercipta ini boleh membantu kepada perkembangan kognitif dan psikomotor seseorang kanak-kanak itu. Main Rindam (2005), menyatakan bahawa dengan menghasilkan lukisan , kanak-kanak akan merasa puas apabila dapat menampilkan imej yang berada di pemikiran dan diluahkan pada permukaan kertas. Secara tidak langsung kanak-kanak akan dapat berkongsi pengalaman yang pernah dilalui bersama golongan dewasa.

2.1.1.1 Tujuan kanak-kanak melukis Kanak-kanak mempunyai sebab tertentu apabila melukis. Mengikut kajian oleh Jamilah Omar (2004) dan Fotini (2005), imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap umur. Kanak-kanak pada awal usia seringkali menghasilkan lukisan yang berupa contengan. Antara tujuan lukisan tersebut dihasilkan adalah untuk

5

mengaplikasikan kebolehan pergerakan tangan. Mengikut Piaget (1970), menyatakan kanak-kanak pada umur lapan belas bulan hingga dua setengah tahun menghasilkan lukisan berupa imej contengan yang tidak membawa kepada maksud atau representasi yang khusus.

Tujuan gambaran pelbagai imej dalam lukisan yang dihasilkan juga adalah untuk menghilangkan rasa bosan atau perasaan jemu, Cathy (2001). Penghasilan lukisan juga dapat membantu menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak. Jullien (1994) dan Claire (2003) telah menjalankan kajian kepada sekumpulan kanak-kanak yang berada di pusat jagaan sementara kerana masalah penderaan. Berdasarkan kajian mereka, kanak-kanak yang berusia enam tahun lebih gemar mengisi masa lapang dengan melukis pelbagai-bagai imej pada kertas yang disediakan. Imej yang dilukis adalah imej yang berkaitan dengan peristiwa yang pernah mereka alami. Secara tidak langsung proses menggambarkan imej dapat mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh kanakkanak tersebut.

Kanak-kanak menggambarkan pelbagai imej pada penghasilan lukisan juga bertujuan untuk mendapatkan perhatian daripada golongan dewasa. Tujuan imej yang digambarkan adalah bertujuan untuk mendapatkan pujian daripada guru atau ibu bapa. Hasil penulisan Nancy (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak akan merasa bangga apabila dipuji. Ia akan meningkatkan lagi respon mereka terhadap kerja yang dihasilkan. Pendapat ini turut diperkuatkan dengan pendapat Kamaruddin (1996) dan Azizi Yahya (2004) bahawa kanak-kanak gemar mendapatkan pujian dari golongan dewasa terhadap

6

sesuatu aktiviti yang dilakukan. Kata-kata pujian daripada guru atau ibu bapa adalah salah satu proses motivasi yang diperlukan oleh kanak-kanak dalam kerja yang akan dihasilkan seterusnya.

Penghasilan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan dapat meningkatkan idea dan persepsi kanak-kanak terhadap sesuatu yang digemari. Kanak-kanak cuba meniru sesuatu objek yang berada di persekitaran untuk mendapatkan ilmu. Melalui imej yang dilukis oleh kanak-kanak, kita dapat menilai tahap pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep. Contohnya bagi kanak-kanak yang berusia enam tahun cuba melukis imej kenderaan dengan menunjukkan perbezaan bilangan tayar pada kenderaan. Dengan melihat perbezaan bilangan tayar secara tidak langsung mereka dapat membezakan jenis imej kenderaan yang digambarkan (Fotini, 2005).

Kanak-kanak prasekolah gemar melukis pelbagai imej bertujuan untuk menguji sesuatu perkara positif dan negatif. Menurut Wilson dan Wilson (1992), antara tujuan kanak-kanak enam tahun melukis adalah bertujuan untuk menggambarkan sesuatu situasi yang berlawanan. Contohnya gambaran imej perompak dan polis. Pandangan yang sama pernah dikemukakan oleh Abu Talib Putih Putih (2005) yang menyatakan bahawa tujuan kanak-kanak enam tahun melukis adalah untuk menganalisis dan menilai sesuatu yang baik dan buruk. Penganalisaan ini disampaikan melalui pelbagai imej dalam penghasilan lukisan. Imej yang digambarkan oleh kanak-kanak juga bertujuan untuk menggambarkan masa depan yang diimaginasikan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan literasi visual serta dapat memberi bentuk kepada imej abstrak yang berada di minda.

7

Oleh itu jelaslah bahawa kanak-kanak menghasilkan lukisan dengan mempunyai pelbagai tujuan dan maksud yang ingin disampaikan. Mengikut Nancy (2001) menyatakan bahawa penghasilan lukisan dapat memberikan unsur motivasi kepada kanak-kanak dalam melahirkan idea melalui imej yang digambarkan. Fotoni (2005) dan Abu Talib Putih Putih (2005) juga mempunyai pendapat yang sama dengan Nancy (2001) bahawa disamping memberi motivasi, penghasilan lukisan juga turut memberi kesan positif dalam memberikan ilmu kepada kanak-kanak khususnya kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun.

2.1.12 Jenis lukisan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Jenis lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah berbeza. Silver (2001) ada menyebut pandangan yang dikemukakan oleh Lark Horovitz et al., (1973) dalam jurnal yang bertajuk Understanding Childrens Art For Better Teaching. Beliau menyatakan bahawa lukisan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat jenis penghasilan iaitu: 1)Lukisan spontan yang dihasilkan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Imej yang dihasilkan dalam lukisan spontan adalah imej yang dihasilkan tanpa paksaan dari guru atau golongan dewasa. Lukisan dihasilkan atas inisiatif sendiri mengikut kehendak kanak-kanak. 2) Lukisan bebas iaitu lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak atas permintaan guru atau dari sesuatu pihak. Kanak-kanak bebas memilih imej yang ingin dilukis dalam lukisan bebas. 3) Lukisan permintaan adalah lukisan yang dihasilkan mengikut topik atau tajuk yang diarahkan oleh guru. Kanak-kanak hanya menghasilkan imej mengikut arahan dan tidak bebas memilih imej yang hendak dilukis. 4) Lukisan peniruan atau melengkapkan.

8

Ia adalah lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dengan melengkapkan sebahagian imej yang telah disediakan terlebih dulu.

Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu, jelaslah menunjukkan bahawa imej yang dilukis oleh kanak-kanak adalah berkait rapat dengan jenis lukisan yang dihasilkan. Imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan boleh diperolehi daripada lukisan bebas. Ini adalah kerana tidak terdapat unsur paksaan dan kanak-kanak bebas memilih apa saja imej yang digemari untuk digambarkan dalam lukisannya. Mengikut Mohd. Sharani (2003) percaya bahawa kita tidak akan memahami perkembangan sebenar kanak-kanak jika wujud sebarang unsur paksaan dalam tingkah laku atau aktiviti yang dilakukannya.

2.1.2 Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah Tahap perkembangan lukisan oleh kanak-kanak prasekolah bermula di peringkat skema. Teori skema adalah teori yang pernah dikemukakan oleh ahli psikologi yang terkenal iaitu Piaget (2001). Mengikut teori yang dikemukakan oleh beliau, skema

bermaksud satu struktur kognitif dan skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif. Skemata terbahagi kepada tiga iaitu skemata tingkah laku, skemata simbolik dan skemata operasi.

Skemata tingkah laku digunakan oleh kanak-kanak untuk bertindak balas kepada objek yang berada di persekitarannya. Kanak-kanak mengamati objek-objek yang berada di persekitarannya dan memindahkan imej yang lihat dalam penghasilan lukisan.

9

Skemata simbolik pula diperolehi sejak kanak-kanak berumur dua tahun atau sejak kanak-kanak tersebut boleh bercakap dan berfikir tentang sesuatu pengalaman yang dilaluinya. Manakala skemata operasi diperolehi oleh kanak-kanak yang berumur enam tahun iaitu apabila mereka boleh melakukan operasi logik berkaitan dengan sesuatu peristiwa. Mengikut Ramlah Jantan Jantan (2004) menyatakan bahawa kanak-kanak mengadaptasikan imej yang berada di persekitaran mengikut tahap perkembangan umur mereka. Berpandukan skemata ini guru atau ibu bapa boleh melihat perkembangan penghasilan imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam penghasilan lukisan. Ianya boleh digunakan sebagai kayu pengukur untuk membimbing kanak-kanak prasekolah dalam penghasilan seni lukis.

Pendekatan daripada teori perkembangan oleh Piaget (1970) mengatakan bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu peringkat manipulatif dan peringkat membuat simbol. Mengikut Piaget (1970), kanakkanak yang berumur dua tahun, menghasilkan imej secara tidak sengaja. Penghasilan imej yang digemari adalah pada peringkat pergerakan motor kasar. Kanak-kanak pada usia ini menghasilkan contengan. Imej yang dihasilkan tidak mengkhusus pada representasi tertentu. Proses ini berterusan hingga kanak-kanak mencapai umur tiga tahun. Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun mereka mula menyusun imej yang dihasilkan dalam susunan yang semakin teratur. Walau bagaimana pun pada peringkat ini imej yang dihasilkan adalah imej ringkas seperti bulat, tiga segi dan pangkah (Pamela, 1998; Iberahim Hassan Hassan, 2000; La Voy et al.,2001; Bailey et al.,2003).

10

Pada usia kanak-kanak mencapai empat hingga lima tahun, imej contengan telah berubah dan semakin meyakinkan. Sistem mental kanak-kanak pada usia ini telah berkembang. Pada usia ini imej yang dihasilkan dalam penghasilan lukisan telah berubah dan semakin dikenali. Imej yang dilukis telah berbeza dengan latar belakang. Secara beransur-ansur imej yang dilukis tidak lagi membentuk contengan, malah ia telah berkembang dan memiliki ciri-ciri seperti bulatan, bujur, segi empat dan segi tiga. Imej yang digambarkan telah membentuk sesuatu objek seperti matahari dan figura manusia dengan rupa mudah. Susunan imej yang dilukis sudah mula berubah dan semakin rumit. Pada peringkat ini imej yang dihasilkan berada di peringkat simbolik (Hebert Read, 1958; Martyn, 1983; Iberahim Hassan, 2000; Eisner, 2001; Rohani Abdullah et al., 2004; Ramlah Jantan Jantan, 2004; Cox, 2006).

Kanak-kanak yang mencapai lima hingga enam

tahun mampu melukis imej

manusia dan haiwan dengan olahan yang lebih baik. Menurut pendekatan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget (1971) dan disokong dalam kajian oleh Silver (2001) dan Laura (2001) mengatakan bahawa pada peringkat ini kanak-kanak sudah berkebolehan

menggunakan simbol yang mewakili objek di sekeliling. Pada peringkat ini kanak-kanak sering menggambarkan imej garisan, rupa dan jalinan untuk membentuk sesuatu imej yang digemari seperti rumah, pokok, haiwan dan kenderaan.

Keupayaan membayangkan sesuatu diaplikasikan pada imej yang boleh dilihat dalam lukisan yang dihasilkan. Kanak-kanak pada usia ini mula membina pengetahuan melalui penerokaan dan pengalaman berinteraksi dengan persekitaran mereka. Eisner

11

(1966) juga mengakui bahawa pemahaman yang diperolehi dari persekitaran telah mula diolah dalam gambaran imej yang dilukis. Imej yang dihasilkan adalah berdasarkan persepsi dan pengalaman yang diperolehi dari persekitaran kanak-kanak tersebut.

2.1.3 Sejarah Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Masyarakat mula berminat untuk mengkaji lukisan kanak-kanak apabila menyedari bahawa kanak-kanak adalah golongan yang perlu diberi perhatian. Mohd. Johari, (2004) menyingkap sejarah perkembangan lukisan kanak-kanak. Dalam penulisan beliau menyatakan bahawa kanak-kanak di Eropah pada zaman Medieval atau zaman pertengahan kira-kira 1100-1400 masehi yang lalu dianggap sebagai golongan yang tidak perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Pada zaman itu kanak-kanak seawal usia enam tahun dianggap sebagai pembantu pekerja dan tidak perlu diambil berat.

Berdasarkan kajian oleh Rohani Abdullah et al. (2004) dan Cox (2006) ada menyatakan bahawa pada awal abad ke 17 dan 18 seni kanak-kanak mula di pandang serius. Kepentingan terhadap kanak-kanak mula diberi perhatian. Kanak-kanak mula diberikan pendidikan. Perhatian terhadap kanak-kanak mula disedari bahawa golongan ini merupakan golongan yang perlu diberi perhatian agar mencapai perkembangan usia dengan pemikiran yang sempurna. Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), Johann Pestalozzi (1746-1827) dan Freiedrich Froebel (1782-1852) adalah di antara tokoh-tokoh kurikulum yang memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kanakkanak. Mereka juga telah menjadikan seni lukis sebagai salah satu bahagian yang

12

dimasukkan dalam kandungan kurikulum pendidikan yang dijalankan pada masa itu (Ahmad Rashidi, 2000; Azizah Lebai Nordin, 2002).

Idea terawal untuk menjadikan pendidikan seni lukis ini sebagai aktiviti pendidikan telah dibawa oleh orang Inggeris ke Amerika. Pada waktu itu pendidikan berkaitan lukisan sekadar melahirkan seniman-seniman professional. Pendedahan pendidikan seni lukis lebih tertumpu kepada anak-anak bangsawan (Cox, 2006). Pada awal abad ke 19 terdapat pelbagai teori awal mengenai lukisan kanak-kanak. Antaranya ialah teori behaviorisme, konstruktivisme dan teori pembelajaran sosial. Pada masa itu kajian

secara meluas dijalankan tentang hubungan lukisan dan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kajian berkaitan psikologi dan kajian yang berkaitan estetik.

Kajian berkaitan psikologi adalah perbincangan ke atas keseluruhan tingkah laku kanak-kanak secara saintifik yang dikaitkan dengan imej yang dilukis manakala kajian yang berkaitan dengan estetik pula adalah kajian terhadap aspek keindahan dan kesenian yang wujud pada imej yang dilukis oleh kanak-kanak. Konsep seni lukis ini telah berkembang dari masa ke semasa sehingga mewujudkan pelbagai teori dan model pendidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak (Ramlah Jantan Jantan, 2004; Suhaimi Abdullah, 2006).

13

Pada tahun 1930an telah muncul konsep seni untuk penyataan diri. Para pendidik telah mengakui bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun mempunyai keupayaan untuk memberi penyataan diri menerusi lukisan yang dihasilkan. Para pendidik juga mengakui bahawa kanak-kanak pada usia ini mampu melahirkan ekspresi diri melalui imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan. Menjelang tahun 1940an satu lagi konsep mustahak yang diperjelaskan kepada umum iaitu lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mampu mencungkil psikologi seseorang kanak- kanak itu (Khalijah Ahmad, 2006). Psikologi adalah kajian yang berkaitan faktor dalaman atau faktor diri yang mendorong kanak-kanak dalam menggambarkan imej dalam lukisan yang dihasilkan.

Dalam kajian ini, Viktor Lowenfield (1987) telah memberi sumbangan yang besar dalam menerbitkan bukunya yang bertajuk Creative and Mental Growth. Konsepkonsep terbaru tentang lukisan kanak-kanak wujud pada tahun-tahun 1970an yang

mengaitkan seni sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kesedaran terhadap imej yang dihasilkan dalam penghasilan lukisan mula disedari oleh golongan pendidik bahawa ia merupakan hubungan kepekaan antara manusia dan persekitaran. Pada tahun-tahun seterusnya para pendidik telah mula membuat pelbagai kajian imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam perhubungan persekitaran fizikal dan persekitaran sosial (Cathy, 2001; La Voy et al., 2001).

Kini kepekaan para pendidik terhadap pengajaran seni di peringkat prasekolah tidak dapat dinafikan lagi. Walau bagaimanapun bidang pengajaran seni dalam pendidikan prasekolah di Malaysia hanyalah sebagai salah satu cabang kurikulum yang dimasukkan

14

dalam sukatan pelajaran. Masih banyak ruang kajian-kajian terhadap hubungan lukisan dan kanak-kanak yang masih belum dikaji secara terperinci (PPK, Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2006).

2.1.3.1 Teori yang berkaitan Beberapa kajian telah dijalankan adalah berlandaskan beberapa teori. Antara teori yang telah digunakan oleh ahli falsafah dalam membuat kajian tentang imej lukisan kanakkanak ialah teori behavioris atau environmentalisma, teori pembelajaran sosial, teori maturationisma dan teori konstruktivisma.

Teori behavioris atau environmentalisma menekankan kepada persekitaran yang ada di sekeliling kanak-kanak. Teori ini menekankan bagaimana persekitaran mempengaruhi sesetengah tingkah laku kanak-kanak. Teori ini juga membantu kanakkanak mempelajari tingkah laku dalam masyarakat. Beberapa kajian yang dijalankan lebih kepada pemerhatian terhadap aspek motivasi yang dianggap sebagai pujian atau ganjaran yang boleh menaikkan semangat kanak-kanak dalam melakukan sebarang aktiviti. Teori ini lebih kepada pemerhatian terhadap pembelajaran yang berlaku oleh kanak-kanak akibat atau kesan dari faktor luaran. Faktor luaran membantu kanak-kanak untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti penghasilan imej dalam penghasilan lukisan (Azizah Lebai Nordin, 2002).

Teori maturationisma atau naturalisma lebih tertumpu kepada faktor dalaman

15

kanak-kanak. Faktor dalaman sangat penting sebagai pendorong untuk melakukan sesuatu perkara. Mengikut ahli falsafah terkenal seperti Jean Jacques Rousseau (17121778) dan Sigmund Freud (1856-1939) menyatakan bahawa faktor dalaman yang

mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak enam tahun dalam aktiviti melukis ialah faktor minat dan kreativiti yang wujud dalam diri seseorang kanak-kanak itu. Faktor dalaman yang wujud dalam diri seseorang kanak-kanak itu dapat meningkatkan tahap kematangan kanak-kanak dalam memperoleh ilmu pengetahuan (Ramlah Jantan Jantan, 2004; Nor Hashimah Hashim,2004). Teori pembelajaran sosial menekankan tentang aktiviti yang dilakukan oleh

kanak-kanak adalah disebabkan oleh pengaruh faktor luaran. Ia melibatkan peniruan kanak-kanak pada aktiviti manusia yang berada di sekeliling mereka. Azizah Lebai Nordin (2002) berpendapat bahawa perlakuan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti adalah hasil dari peniruan mereka terhadap perkara yang pernah dilakukan oleh manusia di sekeliling mereka seperti keluarga, guru, rakan sebaya dan masyarakat terdekat. Ia juga dikenali sebagai pengaruh dari persekitaran sosial.

Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget (2001) seperti yang dilaporkan oleh Abu Talib Putih (2005) menekankan tentang faktor luaran dari persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Persekitaran membantu kanak-kanak yang berumur enam tahun membentuk perkembangan dalam pembelajaran. John Dewey (1859-1952) salah seorang ahli kontruktivisme mengatakan bahawa pemahaman kanak-kanak terhadap persekitaran adalah bergantung kepada tahap penerokaan mereka terhadap pelbagai-bagai objek di sekeliling. Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran fizikal yang melibatkan

16

tumbuhan semulajadi dan benda buatan manusia, manakala persekitaran sosial melibatkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling. Palianiapan (2005) pula menambah bahawa interaksi kanak-kanak dengan persekitaran merupakan satu proses kognitif yang melibatkan persepsi kanak-kanak itu untuk memperoleh ilmu yang lebih kompleks.

Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah teori maturationisme mengkaji faktor dalaman seseorang kanak-kanak itu manakala teori environmentalisma, teori

pembelajaran sosial dan teori konstruktivisma lebih menekankan faktor luaran yang mempengaruhi kanak-kanak untuk melakukan sesuatu aktiviti. Gabungan teori ini dapat memberikan gambaran kepada kita bahawa pentingnya pengaruh dalaman dan pengaruh luaran dalam mendorong seseorang kanak-kanak untuk digemari khususnya dalam penghasilan lukisan. melahirkan aktiviti yang

2.2 Kerangka Konsepsual Bahagian ini akan menghuraikan kerangka konsepsual yang berkaitan dengan dua faktor utama yang mempengaruhi imej yang digemari oleh kanak-kanak prasekolah dalam lukisan yang dihasilkan.Bahagian yang akan dihuraikan adalah berkait dengan kajiankajian literatur yang pernah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

17

Rajah 1 menunjukkan kerangka konsepsual kajian.

Faktor dalaman

Faktor luaran

Kanak-kanak enam tahun

Imej kegemaran

Lukisan

Rajah 1: Kerangka konsepsual

Berdasarkan rajah 1, penyelidik akan menghuraikan faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi seseorang kanak-kanak prasekolah untuk menghasilkan pelbagai imej yang digemari dalam lukisan. Faktor dalaman melibatkan minat, pengalaman, emosi dan kreativiti yang ada dalam dalam diri seseorang kanak-kanak itu. Faktor luaran terdiri daripada persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Persekitaran fizikal terdiri daripada objek-objek dari persekitaran alam semulajadi dan alam benda, manakala persekitaran sosial melibatkan pengaruh sosial yang wujud di persekitaran kehidupan kanak-kanak. Dua faktor ini dikenal pasti oleh penyelidik sebagai pengaruh utama yang mempengaruhi gambaran imej yang digemari dalam lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun.

18

2.2.1 Konsep Imej Dalam Lukisan Kanak-Kanak Prasekolah Terdapat pelbagai definisi yang digunakan oleh beberapa pengkaji untuk mentakrif tentang imej dalam lukisan kanak-kanak. Cox (2006) menyatakan bahawa imej yang digemari oleh kanak-kanak merupakan gambaran daripada pelbagai objek di persekitaran mereka. Manakala kajian terdahulu oleh Cizek (1920) seperti yang dilaporkan oleh Cathy (2001) menyatakan bahawa imej dalam lukisan merupakan olahan dari pengalaman kanak-kanak yang digambarkan secara tampak.

Imej dalam lukisan kanak-kanak merupakan penyataan emosi dari seorang pelukis. Luahan emosi diekspres dalam penghasilan visual untuk meluahkan pelbagaibagai perasaan yang wujud dalam diri kanak-kanak khususnya yang berumur enam tahun (Raja Shamsul Bukhari, 2006). Efland (1990) mengatakan bahawa imej yang dihasilkan dalam lukisan kanak-kanak merupakan ekspresi mereka hasil daripada tiga tahap perkembangan proses artistik iaitu a) mengumpul idea, b) mengolahkan idea tersebut ke dalam minda, dan c) menggunakan media kering seperti pensil untuk memberi bentuk kepada idea-idea ke dalam penghasilan lukisan.

2.2.2 Faktor yang mempengaruhi penghasilan imej yang digemari dalam lukisan kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak menyatakan perasaan dan berkongsi pengalaman dengan golongan dewasa melalui imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan. Julien (1994), Jamilah Omar (2002) dan Khalijah Ahmad (2006) menegaskan bahawa imej yang gemar dilukis oleh oleh kanak-kanak melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman

19

melibatkan perasaan kanak-kanak, pengalaman dan kreativiti yang dimiliki. Manakala penghasilan imej akibat faktor luaran melibatkan persekitaran fizikal dan persekitaran sosial. Faktor persekitaran fizikal adalah melibatkan pengaruh dari objek-objek persekitaran semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan alam benda seperti rumah dan kenderaan. Persekitaran sosial pula melibatkan pengaruh yang diamalkan oleh

masyarakat sekitar seperti budaya (Marhanim Abdul Razak, 2007).

Mengikut petikan dari buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiyah (1992) menyatakan bahawa Faktor diri memainkan peranan untuk menghasilkan seseorang individu. Faktor diri ialah perasaan dan konsepsi kanak-kanak tentang dirinya sendiri dan tentang orang lain, masyarakat serta keseluruhan pengalamannya termasuk kepercayaannya, nilainya, matlamatnya dan sikapnya. (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992:80). Penyataan ini menyentuh mengenai faktor dalaman dan faktor luaran dalam penghasilan seni kanakkanak. Berdasarkan penyataan di atas menunjukkan bahawa faktor dalaman kanak-kanak melibatkan minat, ekspresi emosi dan pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak itu sendiri. Faktor dalaman yang dimiliki juga saling berkait dengan faktor persekitaran fizikal dan sosial.

Gabungan faktor dalaman dan luaran dalam penghasilan seni lukis akan meningkatkan potensi kanak-kanak dalam pertumbuhannya ke alam dewasa. Suhaimi Abdullah, (2006), Laura (2001), Ramlah Jantan Jantan, (2004) juga menyentuh perkara yang sama yang melibatkan faktor individu dan faktor persekitaran mempengaruhi dalam penghasilan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan kanak-kanak yang berumur enam

20

tahun. Palaniappan (2005) menambah bahawa penghasilan imej dalam penghasilan lukisan berkait rapat dengan faktor emosi, pengalaman dan kreativiti. Semua komponen ini akan mempengaruhi seseorang kanak-kanak untuk menggambarkan imej yang digemari dari objek-objek yang berada di persekitarannya.

Berdasarkan teori perkembangan yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah serta model-model pengajaran yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, pengkaji telah mengenal pasti beberapa faktor yang dianggap mendorong kepada

pembentukan pelbagai imej yang digemari oleh kanak-kanak dalam penghasilan lukisan. Faktor dalaman terdiri daripada faktor emosi, minat, pengalaman dan kreativiti manakala faktor luaran adalah terdiri daripada persekitaran yang wujud dalam kehidupan

seseorang kanak-kanak itu.

Ini bermakna faktor emosi, minat, pengalaman dan kreativiti seseorang kanakkanak itu merupakan aspek penting dalam mempengaruhi penghasilan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang berumur enam tahun. Pendapat yang dikemukakan oleh Laura (2001), Ramlah Jantan Jantan (2004) dan Suhaimi Abdullah (2006)

mempunyai persamaan dengan pendapat oleh Syarifah Alwiyah Alsagoff (1992) yang menyentuh faktor dalaman dan faktor luaran yang sangat mempengaruhi penghasilan imej yang dilukis oleh kanak-kanak. Bagi mengukuhkan kajian literatur ini, penyelidik akan menghuraikan faktor ini berdasarkan konsep atau pendapat yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

21

2.2.2.1 Faktor dalaman Minat Minat merupakan salah satu faktor kecenderungan kanak-kanak untuk menghasilkan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan. Atas dorongan minat kanak-kanak terhadap sesuatu objek, membuatkan mereka cuba menggambarkan pelbagai-bagai imej dalam penghasilan lukisan mereka. Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Mohd. Sharani (2003) dan Mohd Azhar Abd. Hamid Abd. Hamid , (2006) menyatakan bahawa faktor minat mendorong seseorang kanak-kanak untuk melakukan pelbagai-bagai aktiviti dalam kehidupan mereka. Contohnya menghasilkan aktiviti seni seperti melukis. Apabila kanak-kanak minat pada sesuatu objek di persekitaran, mereka akan cuba merekodkan ke dalam minda dan diterjemahkan semula dalam penghasilan lukisan.

Apabila memasuki alam persekolahan kanak-kanak yang berumur enam tahun mula membina perhubungan sosial dengan manusia di sekeliling. Pada usia ini mereka sentiasa ingin berkongsi minat dan ingin memberitahu kepada rakan terdekat tentang seseorang yang mereka sayangi atau minati. Kanak-kanak pada usia enam tahun juga gemar melakar imej orang yang disayangi sebagai tanda penghargaan mereka pada seseorang (Cox, 2006).

Minat kanak-kanak yang berusia enam tahun tidak saja terhad pada ibu bapa, guru atau rakan-rakan, malah mereka juga berminat dengan sesuatu watak yang dilihat menerusi media elektronik seperti telivisyen, video dan mutimedia. Minat kanak-kanak prasekolah yang berumur enam tahun lazimnya berkait rapat dengan apresiasi mereka

22

terhadap filem yang diminati. Contohnya watak-watak tertentu dari filem, animasi dan kartun (Nancy, 2003). Minat mereka pada sesuatu watak dalam filem yang di tonton mendorong mereka untuk melukis semula dalam bentuk imej yang hampir sama dengan watak asal. Menurut Raja Shamsul Bukhari (2006) menyatakan bahawa minat kanakkanak dalam watak hero mendorong kanak-kanak yang berusia enam tahun menggambarkan semula imej dalam bentuk naratif.

Kanak-kanak prasekolah seringkali memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab atau kura-kura. Pada kebiasaannya kanak-kanak pada usia enam tahun yang mempunyai binatang peliharaan di rumah sangat sukakan pelbagai jenis haiwan lain. Penyataan oleh Azizah Lebai Nordin (2002), Jamilah Omar (2004) dan Martha (2005) mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai binatang peliharaan di rumah seringkali menggambarkan imej haiwan peliharaan mereka dalam lukisan spontan atau lukisan bebas. Kanak-kanak ini juga sentiasa berusaha untuk memberi imej visual kepada apa yang sering tergambar di minda. Mengikut kajian oleh Nancy (2001) dan Jolly (2004) mendapati bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun sering memberi imej visual dalam penghasilan lukisan bertujuan untuk memberitahu kepada guru atau ibu bapa mengenai haiwan kesayangan mereka.

Kanak-kanak gemar melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti yang diminati adalah bermain. Bermain merupakan salah satu aktiviti yang paling digemari oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Kanak-kanak yang berusia enam tahun sering berkongsi aktiviti, idea

23

atau pendapat tentang pelbagai aktiviti harian yang dilakukan. Kadang kala untuk menjelaskan penceritaan lisan agar lebih jelas, mereka sering menggambarkan imej yang berkaitan dalam penghasilan lukisan (Mohd , 2000).

Faktor minat juga berkaitan dengan faktor jantina. Silver (2001) mendapati bahawa kanak-kanak perempuan lebih berminat menggambarkan imej yang berkaitan dengan aktiviti harian bersama rakan-rakan dan dihiasi dengan imej dekoratif. Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur enam tahun lebih berminat untuk menggambarkan imej aktiviti-aktiviti yang mencabar seperti memanjat gunung, bermain bola dan menaiki kenderaan bermotor.

Minat kanak-kanak pada warna tertentu juga antara faktor penyumbang kepada kanak-kanak enam tahun untuk melukis sesuatu imej pada kertas lukisan. Berdasarkan kajian oleh Lisa (1999) menunjukkan bahawa kanak-kanak enam tahun lebih berminat menghasilkan imej yang bewarna daripada menggunakan imej yang dilukis

menggunakan pensil. Bentuk imej yang digambarkan semata-mata dilukis untuk diletakkan warna yang digemari di dalamnya.

Minat kanak-kanak pada penggunaan media lukisan seperti pensil warna atau oil Pastel juga adalah faktor pendorong kanak-kanak yang berumur enam tahun menghasilkan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan mereka. Penyataan oleh Suhaimi Abdullah (2005) dan Khalijah Ahmad (2006) menyatakan bahawa minat kanak-kanak untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis media seperti pensil warna, arang atau oil

24

pastel mendorong kepada kanak-kanak untuk bereksperimen dengan media yang diminati.

Pengalaman Pengalaman diertikan sebagai ingatan tentang peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Pengalaman diperolehi melalui perkara-perkara yang pernah dilalui oleh seseorang

kanak-kanak itu. Ia juga diertikan sebagai proses pengamatan dari pelbagai deria untuk memperoleh sesuatu ilmu. Pengalaman yang diperolehi oleh seseorang kanak-kanak itu mewujudkan pelbagai penyusunan idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Pengalaman mematangkan kanak-kanak dalam proses membentuk pelbagai-bagai imej dalam

penghasilan lukisan mereka. (Mohd Azhar Abd. Hamid., 2005).

Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak membawa kesan pada perlakuan dan pemikiran mereka. Penyataan oleh Nancy (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun seringkali menggambarkan pelbagai-bagai imej dalam lukisan mereka. Imej yang gemar digambarkan biasanya adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui atau pernah dilihat sebelum ini. Mereka sentiasa cuba untuk memberi gambaran visual terhadap apa yang tergambar di pemikiran mereka. Kanak-kanak enam tahun juga sering melukis imej tempat yang pernah dilawati dan sesuatu peristiwa yang pernah dialami. Ia juga adalah bertujuan untuk memberi bentuk imej pada ingatan masa lampau. Faktor pengalaman mendorong kanak-kanak untuk melukis imej yang lebih baik dari segi pengolahan dan penyusunan rupa dan bentuknya. Susan (2000) telah

25

menjalankan kajian terhadap sebilangan kanak-kanak. Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan kanak-kanak yang memperolehi pengalaman dengan melihat objek sebenar berbanding dengan pengalaman yang diberitahu secara verbal. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman langsung dengan melihat objek sebenar dapat mengolah imej dengan lebih baik daripada kanak-kanak yang melukis berdasarkan penceritaan verbal. Representasi imej yang dilakar adalah lebih baik dari segi komposisi dan bentuk. Hal ini menunjukkan bahawa pengalaman langsung membantu kanak-kanak dari segi perkembangan intelektual.

Kanak-kanak yang berusia enam tahun dapat mengingat semula fakta-fakta dengan baik apabila melukis berdasarkan pengalaman sebenar. Kajian oleh Laura (2001) pada sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti rombongan ke kilang coklat. Kajian beliau menggunakan dua kaedah untuk menentukan tahap mengingat semula oleh kanakkanak enam tahun. Beliau mendapati imej daripada lukisan yang dihasilkan dapat menyatakan maklumat yang lebih terpeinci daripada kajian secara ditemu bual. Berdasarkan pengalaman melukis juga kanak-kanak dapat menguatkan proses mengingat semula sesuatu fakta.

Pengalaman yang diperolehi oleh kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat meningkatkan pemahaman sesuatu konsep terhadap apa yang dilihat di persekitarannya. Penyataan ini disokong oleh kajian Mohd (2000) yang menyatakan bahawa kanak-kanak gemar melukis sesuatu imej berdasarkan kepada apa yang dilihat dan cuba membentuk sesuatu konsep pengekalan. Sebagai contoh Claire (2003) telah menguji sekumpulan

26

kanak-kanak yang berusia enam tahun. Kanak-kanak tersebut diarahkan untuk melukis orang berkepala dua dan rumah yang mempunyai sayap. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kebanyakan kanak-kanak yang berusia enam tahun melukis imej kepala kedua yang berasingan dengan imej badan dan imej sayap yang berasingan dengan imej rumah. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur enam tahun memahami bentuk objek yang dilukis berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Ia berkait rapat dengan pengalaman yang pernah dilalui berhubung bentuk asas manusia dan rumah yang sudah pun diketahui. Mereka juga sukar mengubah imej yang diarahkan disebabkan tahap pemahaman konsep imej asas yang telah sedia ada dalam pemikiran mereka.

Faktor pengalaman yang diperolehi oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun mempengaruhi struktur representasi imej yang dilukis. Mengikut kajian oleh Susan (2000) dan Silver (2000) mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman menggunakan sesuatu peralatan seperti gunting dapat melukis imej benda tersebut

dengan lebih baik. Kanak-kanak yang berusia enam tahun lebih mudah menggambarkan imej objek yang pernah digunakan dengan olahan yang lebih teratur.

Pengalaman kanak-kanak tentang teknik melukis dapat meningkatkan tahap gambaran imej yang lebih berkualiti. Fotini (2005) menjalankan kajian ke atas dua

kumpulan kanak-kanak. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman asas tentang teknik melukis dapat melukis imej objek dengan lebih baik daripada kanak-kanak yang kurang pengalaman melukis.

27

Kajian yang dilakukan oleh Golomb (1992) dalam Cox (2006) pada kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut berada di wad kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan yang serius di bahagian badan. Berdasarkan lukisan yang dilukis, kebanyakan kanak-kanak di situ gemar melukis imej manusia yang tidak mempunyai badan. Hasil dari temu bual yang dilakukan mendapati bahawa kanak-kanak tersebut sengaja mengelakkan daripada melukis imej badan. Pada pendapat mereka dengan menghilangkan imej badan dalam lukisan yang dihasilkan mereka merasakan seolah-olah dapat menghindari kesakitan yang sedang dihadapi.

Emosi Emosi berkaitan dengan bidang psikologi. Emosi dalam lukisan kanak-kanak merupakan penyataan perasaan mereka terhadap perasaan marah, sedih, takut atau gembira. Emosi wujud dalam perkembangan manusia sejak dari kanak-kanak hingga dewasa. Hasil seni yang dijelmakan melalui emosi dapat diluahkan melalui pelbagai media untuk menghasilkan lukisan. Faktor emosi merupakan salah satu faktor yang mendorong kanakkanak menghasilkan pelbagai imej dalam penghasilan lukisan (La Voy, 2001).

Kanak-kanak menghasilkan sesuatu imej berdasarkan perasaan mereka. Berdasarkan kajian oleh Silver (2001) menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih gemar menyatakan perasaan gembira melalui imej yang menceriakan seperti imej manusia dengan wajah ketawa atau wajah tersenyum. Kanak-kanak perempuan pula gemar imej figura manusia yang sedang bersedih dan bersimpati. Silver (2001) juga menjalankan

28

beberapa kajian emosi di sebuah sekolah antarabangsa. Kajian beliau mendapati kanakkanak yang berusia enam tahun majoritinya menggambarkan penyataan emosi yang menggembirakan dan menghiburkan. Keputusan diperolehi dari imej riak muka manusia yang dilukis.

Wendy (2006) mengkaji penyataan emosi dalam lukisan oleh sekumpulan kanakkanak berusia enam tahun yang menghadapi trauma akibat ribut taufan Kathrina. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang terlibat lebih gemar menyatakan perasaan

ketakutan mereka pada imej yang dilukis. Imej manusia yang sedih, kesejukan dan kebimbangan menjadi imej utama dalam penghasilan lukisan yang dihasilkan.

Martha (2005) juga menyokong penyataan Wendy (2006) bahawa faktor emosi merupakan perkara utama yang sering dipaparkan pada imej yang dihasilkan oleh kanakkanak yang bermasalah. Artikel yang ditulis oleh Cathy (2001) dalam jurnal yang bertajuk Trauma and Loss menunjukkan faktor emosi merupakan faktor utama yang mendorong mereka untuk menghasilkan lukisan. Imej yang dipaparkan boleh meredakan tekanan yang dihadapi. Berdasarkan imej yang dilukis oleh kanak-kanak ini akan memudahkan pakar psikologi dan ahli terapi untuk mengetahui dan menyelidik perasaan sebenar mereka. Imej yang dilukis oleh kanak-kanak yang bermasalah ini merupakan saluran komunikasi yang terbaik untuk menyatakan perasaan sebenar mereka terhadap pelbagai perkara yang pernah dialami.

29

Penyataan emosi dapat disimbolkan pada imej yang digemari oleh kanak-kanak. Imej tersebut biasanya adalah daripada objek yang berada di persekitaran. Jolley, (2004) dalam kajiannya memberi tafsiran bahawa imej tumbuhan segar yang dilukis oleh kanakkanak adalah simbol kepada penyataan emosi yang menggembirakan manakala imej tumbuhan yang tiada daun adalah penyataan emosi yang menyedihkan. Zentner (2001) juga mengaitkan imej objek yang dilukis sebagai simbol kepada penyataan emosi. Menurut Zentner, kebanyakan kanak-kanak enam tahun menyatakan emosi ceria dan gembira apabila menghasilkan imej bewarna kuning atau merah. Manakala bagi imej yang bewarna gelap seperti hitam atau kelabu adalah refleksi kepada emosi yang menakutkan atau menyeramkan. Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa warna pada imej yang dilukis dapat memberi ekspresi emosi kepada seseorang kanak-kanak.

Kanak-kanak dapat memindahkan perasaan menerusi imej yang dilukis. Gambaran imej yang digambar merupakan cerminan perasaannya untuk mengenal dirinya secara lebih objektif. Imej digambarkan melalui lukisan kanak-kanak enam tahun dapat berfungsi sebagai alat terapi untuk memulihkan perasaan dan menstabilkan pemikiran. Secara tidak langsung imej yang dihasilkan dapat meningkatkan kreativiti yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak itu (Silver, 2001).

30

Kreativiti Kreativiti adalah kebolehan asasi yang dimiliki oleh seseorang kanak-kanak. Kecenderungan seseorang kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatifbanyak bergantung kepada faktor diri dan persekitaran. Kreativiti yang wujud dari seseorang kanak-kanak adalah lahir daripada diri seseorang kanak-kanak itu apabila meneroka objek-objek yang berada di sekelilingnya (Mohd Azhar Abd. Hamid., 2005)

Imej yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun dalam lukisan memperlihatkan kesinambungan antara kreativiti dan pengalaman yang diperolehi. Pengalaman yang diperolehi akan meningkatkan kreativiti seseorang kanak-kanak untuk melahirkan pelbagai-bagai imej yang digemari dalam penghasilan lukisan. Kanak-kanak enam tahun mempunyai kreativiti yang tinggi apabila mereka mampu mengolah idea kepada bentuk imej yang pelbagai dalam lukisan yang dihasilkan (Iberahim Hassan, 2000).

Azizi Yahya (2004) berpendapat bahawa sesebuah karya yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi mempunyai empat elemen iaitu keaslian, kelancaran, fleksibiliti dan penghuraian. Keaslian adalah merujuk kepada keupayaan kanak-kanak melahirkan idea sendiri dalam aktiviti berdasarkan tugasan yang diberikan. Kelancaran adalah merujuk kepada penjelasan idea menerusi lukisan. Fleksibiliti pula berperanan dalam memberi makna kepada hasil kerja, manakala penghuraian merujuk kepada hasil yang memperlihatkan keupayaan membuat interpretasi pada imej yang dihasilkan dalam lukisan.

31

Kreativiti merupakan kebolehan seseorang kanak-kanak mengolah objek-objek di persekitarannya dalam pelbagai olahan dengan menggunakan elemen dan prinsip rekaan. Ia juga dilihat sebagai kemampuan kanak-kanak untuk melahirkan imej abstrak yang berada di minda kepada imej visual yang bersifat konkrit (Palaniappan, 2005). Kreativiti yang dilahirkan oleh seseorang kanak-kanak yang berusia enam tahun adalah manipulasi segala pengalamannya kepada olahan bahasa visual. Tahap kreativiti kanak-kanak adalah berbeza. Oleh yang demikian setiap kanak-kanak yang berusia enam tahun akan menghasilkan karya yang berbeza sama ada dari segi bentuk, makna dan simbol yang digunakan (Main Rindam, 2005).

Perkembangan kreativiti seseorang kanak-kanak adalah melalui latihan dan pengalaman dari persekitaran hidupnya. Bagaimana pun mengikut Howard Gardner (1943) dalam buku yang ditulis oleh Jamilah Omar (2004) menyatakan bahawa kreativiti kanak-kanak dalam penghasilan lukisan akan semakin menurun apabila kanak-kanak mula ke sekolah rendah. Ia berlaku apabila mereka sudah pandai membaca dan

berkemahiran untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan. Pada peringkat ini mereka tidak lagi bergantung kepada imej visual untuk menyampaikan mesej tertentu.

2.2.2.2 Faktor Luaran Persekitaran Persekitaran mempengaruhi perkembangan hidup seseorang kanak-kanak itu. Mengikut Nor Hashimah Hashim (2004) menyatakan bahawa persekitaran yang diperolehi oleh

32

seseorang kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat meningkatkan potensi mereka untuk menghasilkan sesuatu aktiviti yang digemari seperti melukis. Mengikut Nor Hashimah Hashim lagi persekitaran merangkumi faktor geografi seperti alam semulajadi contohnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ia juga melibatkan alam benda termasuk bangunan, kenderaan dan peralatan. Faktor budaya juga memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan mereka sebagai kanak-kanak. Semua elemen yang wujud di persekitaran akan mempengaruhi imej yang gemar digambarkan dalam penghasilan lukisan.

Kajian terdahulu oleh Piaget (1971) menyatakan bahawa perkembangan kanakkanak adalah berdasarkan interaksinya dengan persekitaran alam semulajadi dan alam benda. Namun demikian interaksi sosial juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Interaksi kanak-kanak yang berumur enam tahun dapat meningkatkan perkembangan kognitif dan menggalakkan penerokaan idea untuk menggambarkan imej yang digemari dalam penghasilan lukisan (Raja Shamsul Bukhari, 2006).

Bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun, mereka melihat dunia di persekitarannya mempunyai sebab musabab yang tersendiri. Perkembangan diri kanakkanak pada usia ini mula berkembang serentak dengan kelancaran penggunaan bahasa. Apabila pertuturannya semakin berkembang, mereka mula mengenal pasti dan melabelkan objek-objek yang berada di persekitarannya. Imej yang dilihat telah mula dikalsifikasi dan menterjemahkan kepada imej dalam penghasilan lukisan (Martha, 2005). Wendy (2006) cuba mengenalpasti ciri-ciri imej visual yang dilukis oleh kanak-

33

kanak yang berlainan usia. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang berusia enam tahun mampu menggambarkan imej di persekitaran mereka lebih baik daripada kanakkanak yang berumur empat dan lima tahun.

Kanak-kanak pada usia enam tahun sentiasa meneroka alam semulajadi yang berada di sekeliling mereka. Penyataan ini adalah berdasarkan penyataan dari penulisan oleh Lark Horovitz et al. (1971) pada imej yang digemari oleh kanak-kanak dalam penghasilan lukisan. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang tinggal di kawasan penempatan yang dipenuhi oleh alam semulajadi lebih terdorong untuk menggambarkan imej alam tumbuh-tumbuhan sebagai imej dominan dalam lukisan yang dihasilkan. Kajian sama turut dilakukan oleh Anastasi dan Foley (1973) yang telah menjalankan kajian pada kanak-kanak American Red Indian di sebuah kawasan perkampungan di Amerika. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa kanak-kanak American Red Indian lebih gemar menggambarkan imej tumbuhan semulajadi seperti tasik dan hutan. Hal ini disebabkan oleh persekitaran mereka yang berada di kawasan yang kaya dengan persekitaran semulajadi.

Berdasarkan kajian lalu, Silver (2001) menyatakan bahawa faktor persekitaran penting dalam mempengaruhi imej dalam lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada usia enam tahun. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berusia enam tahun yang tinggal di pinggir bandar lebih gemar menggambarkan kombinasi imej alam semulajadi dan alam benda dalam lukisan mereka.

34

Jika ditinjau kajian oleh Andersson (2003) terhadap lukisan kanak-kanak dari Namibia dan Zimbabwe. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang dikaji lebih menggemari imej rumah sebagai subjek utama dalam lukisan yang dihasilkan dan diikuti oleh imej manusia. Cox (2001) menyatakan bahawa kanak-kanak dari Timur Hindia pula lebih gemar untuk melukis imej tumbuhan diikuti dengan imej haiwan dan tempat tinggal. Penyataan beliau juga dikaitkan dengan faktor jantina. Bagi kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun lebih menggemari imej bangunan sebagai imej utama dalam lukisan yang dihasilkan, manakala kanak-kanak perempuan pula lebih gemar untuk melukis imej tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan daun serta imej alam benda seperti perkakas dapur atau sesuatu alatan.

Interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa atau penjaga memberikan interpretasi awal mereka berhubung dengan perkembangan sosial. Apabila kanak-kanak mencapai usia empat hingga enam tahun, guru dan rakan-rakan menjadi semakin penting dalam hidup mereka. Kanak-kanak pada usia enam tahun menjadikan guru dan rakan sebaya sebagai objek yang paling berpengaruh dalam hidup mereka (Ramlah Jantan 2004). Mereka mula membina perhubungan sosial dengan lebih luas. Kajian oleh Andersson (2003) mendapati bahawa imej yang digambarkan dalam lukisan kanak-kanak enam tahun sering terpengaruh dengan persekitaran yang ada di sekolah. Beliau mendapati kanak-kanak dari sebuah kawasan di Afrika lebih gemar menjadikan imej guru dan murid sebagai imej utama dalam lukisan yang dihasilkan. Imej guru yang dilukis adalah jauh lebih besar dari imej murid. Ia dikaitkan dengan sistem persekolahan di kawasan tersebut

35

yang menjadikan guru sebagai golongan yang paling diutamakan di sekolah dan masyarakat setempat.

Penekanan atau pembesaran imej yang dilakukan dalam lukisan kanak-kanak adalah untuk menunjukkan perihal pentingnya guru dalam persekitaran hidup mereka. Kajian yang hampir sama juga dilakukan oleh Andersson (2003) pada sekumpulan kanak-kanak di Sweden. Beliau membandingkan imej guru dan murid yang dilukis oleh responden. Kajian mendapati imej murid dan guru adalah hampir sama besar. Ia mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran pendidikan yang diamalkan di Sweden yang menumpukan pembelajaran kepada murid atau dikenali sebagai Child Centric. Imej yang diperbesarkan dalam penghasilan lukisan merupakan ekpresi kanak-kanak terhadap sesuatu yang dianggap penting untuk ditonjolkan kepada audiens.

Ini jelas menunjukkan pendapat Andersson (2003) dan Ramlah Jantan (2004) mempunyai persamaan iaitu kanak-kanak akan memberi penegasan imej terhadap sesuatu yang dianggap penting dalam kehidupan mereka. Imej yang dianggap penting adalah berkaitan dengan minat dan pengaruh daripada persekitaran seperti teori kognitif yang telah dikemukakan oleh Piaget (1970).

Kanak-kanak memerlukan persekitaran tempat tinggal yang selamat, tenteram dan menggembirakan. Kajian oleh Lisa (1999) mengkaji hubungan psikologi dengan imej yang dihasilkan dalam lukisan kanak-kanak yang berusia enam tahun. Kajian beliau mendapati bahawa kanak-kanak gemar menggambarkan imej rumah, manusia dan

36

tumbuhan dalam lukisan mereka. Dari perspektif psikologi, imej rumah dilihat sebagai tempat utama bagi kanak-kanak mendapatkan kasih sayang dari ibu bapa atau penjaga. Rumah juga merupakan habitat hidup mereka sejak kecil. Imej manusia pula adalah representasi guru atau rakan sebaya. Ia mempunyai kaitan dengan persekitaran sekolah di mana sebahagian besar dari masa mereka di habiskan di sekolah atau di pusat asuhan. Bagi kanak-kanak prasekolah mereka mula mengganggap guru atau rakan sebaya adalah penting dalam kehidupan mereka selepas ibu bapa di rumah. Kajian Lisa (1999) juga mendapati bahawa imej tumbuh-tumbuhan adalah refleksi kanak-kanak tentang konsep diri sendiri. Konsep diri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan dan pegangan seseorang individu tentang dirinya.

Selain faktor persekitaran fizikal, faktor persekitaran sosial juga mempengaruhi imej yang gemar digambarkan oleh kanak-kanak enam tahun. Kajian oleh Magwaza (1993) dalam Cox (2005) pada kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan bandar di Afrika Selatan yang sering terdapat pelbagai konflik kaum dan aktiviti jenayah mendapati kebanyakan imej yang dilukis menggambarkan imej pelbagai aktiviti jenayah seperti merompak dan pembunuhan dalam lukisan mereka serta objek yang terlibat seperti imej rumah terbakar, polis dan ambulan. Hal ini menunjukkan bahawa peristiwa yang berlaku kesan daripada aktiviti masyarakat setempat mempengaruhi imej yang digambarkan oleh kanak-kanak dalam lukisan mereka.

Walau bagaimana pun tidak semua kajian menunjukkan keputusan yang sama. Kajian Jolley (2001) pula agak bertentangan dengan keputusan telah dinyatakan dalam

37

kajian ini. Kajian Jolley dilakukan pada sekumpulan kanak-kanak mangsa perang di Bosnia. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak di pusat pelarian itu gemar menggambarkan imej yang bertentangan dengan persekitaran asal mereka yang sudah musnah. Kanak-kanak yang dikaji lebih gemar menggambarkan imej rumah yang sempurna dan di kelilingi oleh lanskap tumbuh-tumbuhan yang segar dalam lukisan bebas mereka. Berdasarkan temuduga yang dilakukan menunjukkan bahawa imej persekitaran fizikal yang indah adalah harapan mereka terhadap masa depan yang diimpikan.

Pengaruh persekitaran sosial yang ada di persekitaran seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian dengan imej yang dilukis. Berdasarkan kajian oleh Cox (2006) mendapati kanak-kanak dari masyarakat asli yang tinggal di kawasan pendalaman Australia melukis imej figura manusia dengan pakaian tradisional. Kajian yang hampir sama ini juga pernah dilakukan kepada kanak-kanak dari Nigeria. Kajian yang

dijalankan mendapati kanak-kanak enam tahun dari Nigeria juga menggambarkan imej manusia yang berpakaian tradisional dengan ciri-ciri wajah masyarakat negro. Ini menunjukkan kanak-kanak yang berumur enam tahun sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan masyarakat di persekitarannya dengan cuba mencari persamaan yang ada. Persamaan yang cuba dilakukan oleh kanak-kanak termasuklah dalam aktiviti harian atau imitasi objek pada imej yang digambarkan.

Mengikut pendidik terkenal iaitu Robert Owen (1771-1858) percaya bahawa persekitaran fizikal dan persekitaran sosial adalah penyumbang utama kepada

38

kepercayaan, tingkah laku dan pencapaian seseorang kanak-kanak itu. Persekitaran yang melibatkan masyarakat secara langsung akan membentuk peribadi seseorang kanakkanak dalam setiap aktiviti yang dilakukan termasuklah dalam penghasilan lukisan (Nor Hashimah Hashim, 2004).

2.3 Kesimpulan Imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan kanak-kanak yang berumur enam tahun adalah berkait rapat dengan faktor dalaman yang wujud dalam diri kanak-kanak tersebut. Fakor luaran juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi imej yang digambarkan dalam penghasilan lukisan.

Persekitaran yang pelbagai dapat meningkatkan proses pengamatan kanak-kanak dalam pembelajaran. Imej yang digambarkan juga mempunyai pengaruh daripada persekitaran sosial mereka yang melibatkan keluarga, guru, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Imej yang digambarkan adalah proses yang perlu dilalui oleh kanak-kanak yang berusia enam tahun untuk mengembalikan semula ingatan lampau dan memberi bentuk daripada imej abstrak di minda kepada imej visual yang konkrit.

39

Rujukan: Abu Talib Putih Putih. (2005). Leterasi dalam pendidikan Seni Visual: Potensi skop dan pendekatan pengajaran dalam era globalisasi. Pedagogi merentas kurikulum: 95-106. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Ahmad Rashidi, H. (2001). Sejarah seni lukis: Sepintas lalu. Shah Alam: Karisma Publications. Ahmad Suhaimi Abdullah, M.N.(2000). Keberkesanan pengajaran dalam konteks pendidikan seni: Esei pilihan Seni Visual & Muzik, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Andersson, S. (2003). Local conventions in childrens drawings in the Namibian region. Unpublished manuscript, University of Linkoping. Azizah Lebai Nordin, L.N. (2002). Pendidikan awal kanak-kanak:teori dan amali, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Azizi Yahya (2004). Psikologi sosial. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Bailey, E. j et al., (2003). Art Foundations program design, study proposal: North Central High School: School of education, Stanford University. Cath, R.M. (2001). Using drawing as intervention with traumatized children: Journal of trauma and loss. Vol.1. Number 1. Claire, M.B. et al. (2003). Rigidity in childrens drawing and relation with representational change. Journal Of Experimental Child Psychology: 124-152. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan, kaedah dan statistic penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Cox,, M.V. (2006). The pictorial world of child. University of United Kingdom: Cambridge, University Press. Efland, (1977). Planning art education in middle / secondary schools of Ohio. Ohio. Efland, A.D (1990). Art and cognitive: Intergrating the visual art in the curriculum. New York : Teachers College Press. Eisner, E.W. (2001). Should we create new aihal for art education. Art Education 54 (5), hal.6-10. Feldman, Edmund Burke. (1970). Becoming human through art. NJ: Prentice Hall.

40

Fraenkel, J.R, Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education. New York: Mc Graw Hill. Fotini, B. (2005). Writing and drawing performance of school age drawing: Is there any relationship?.Faculty of Human Science, Deparment of pre school Education, Greece: Argonafton and Filellinon St. Volos. Jamilah Omar, O. (2004). Kreativiti: Pengaruh dan peranan lukisan di kalangan kanakkanak. Kertas kerja Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jolley. (2004). Croation childrens experience of war is not reflected in the size and placement of emotive topic in their drawing. British Journal of Clinical Psychology 40107. Jullien, G. (1994). Drawing helps children talk about emosional experiences. www.selfhelpmagazine.com/artical/child behavior/drawing. Muat turun pada 19 september 2006. Kamarudin Husin. (1996). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Kellogg, R. (1970). Analyzing childrens art. Palo Alto: Mayfield Publishing Com. Khalijah Ahmad. (2006). Ekspresi diri dalam lukisan kanak-kanak prasekolah. Kajian ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. La Voy et.al, (2001). Childrens drawing. A cross-cultural analysis from Japan and the United States. School Psychology International. Vol 22 (1): 53-63. Lark-Horovitz. (1973). Understanding childrens art for better teaching. 35-45. Laura, E. D. (2001). Effect of drawing on childrens item recall. Journal of experimental child psychology 78.155-177. Lihanna Borhan. (2005). Siri panduan guru: Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan: Ke arah pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, ms 31-32, Universiti Malaya, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Lisa, C.M (1999). Colour in childrens drawing: the influence of age and gander. The art in psychoteraphy, Vol 26, No 4 pp 261-263. Main Rindam. (2005). Analisis personality. www.science direct.com. Muat turun pada Disember 15 2006. Marhanim Abdul Razak, Mohd. Shahrizal Dolah. (2007). Ace ahead: Teks STPM seni

41

visual. Shah Alam: Oxford Fajar. Martha, D. (2005). Childrens drawing as facilitator of communication: A meta analysis. Journal of pedriatic nursing, Vol 20, No.6. Martyn, D. 1983. The study of childrens drawing: Piagetian and experimental approaches. Early child Development and care. Vol.12.p.p.19-28: Gordon and Breach Science Publisher. Inc. Marvin, B. (2001). Nine classroom creativity killers. Art Education Links. Mohd. Azhar, A.H, Mohd N.M,Othman A.K.(2006). Permainan kreatif untuk guru dan jurulatih, Kula Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Mohd, H.A.D. (2000). Tugas dan masalah guru dalam mengendalikan kurikulum prasekolah, Thesis Master yang belum diterbitkan, Universiti Malaya Mohd. Johari.(2004). Falsafah dan kritikan seni. Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris. Mohd. Sharani. (2003). Psikologi pembangunan manusia. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. Nancy, B, Gloria, B.M. (2001). Rahasia mengajar seni pada anak. (Fretty H.P , terjemahan). Yogyakarta : Penerbitan Pripoenbooks. Nor Hashimah Hashim, & Yahya C.L.(2004). Panduan pendidikan prasekolah, Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Palaniappan, A.K.(2005). Pembangunan kreativiti di Malaysia: Satu pendekatan. Pedagogi merentas kurikulum: 127-140. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Pamela, J.S, David, H.R (1998). The role of strategic visual attention in childrens Drawing development. Academic Press. 87-106. Piaget, J. (1970). Science of education and psychology of the child, translated from the French by Derek. New York: Orion Press. Piaget, J .(2001). The psychology of intelligence. London: Routledge. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Raja Shamsul Bukhari Bukhari, R.M. (2006). Kematangan pemikiran kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun dalam aktiviti menggambar. Thesis Master yang belum

42

diterbitkan, Universiti Malaya. Ramlah Jantan Jantan, Mahani R. (2004). Psikologi pendidikan, pendekatan kontemporari, Kuala Lumpur: McGraw Hill Companies (Malaysia), Sdn. Bhd. Rohani Abdullah, Nani Mohamad, Mohd Sani. (2004). Panduan kurikulum prasekolah, Shah Alam: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Sharifah Awiah Alsagoff. (1992). Psikologi pendidikan 1: konsep asas psikologi pendidikan, psikologi perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Silver, R. (2001). Art as language, Lillington: NC. Edward Rrothers. Suhaimi Abdullah. (2006). Suatu Kajian perbandingan antara Taski dengan Pasti di Shah Alam: Selangor, Thesis Master yang belum diterbitkan, Universiti Malaya. Suhaimi Zakaria. (2005). Pelaksanaan pengajaran pendidikan seni di kalangan guruguru prasekolah zon Bangsar dan zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Thesis Master yang belum diterbitkan, Universiti Malaya. Susan, A.G and Paul, B. (2000). Young children are sensitive to how an object was created when deciding what to name it. Cognition 76:91-103. Elsevier Science. Wilson, B.E. & Wilson,M. (1982). Why Children draw. Teaching. 19-37. Zahari Ismail. (2005). Siri Panduan guru : pedagogi merentas kurikulum: Perkembangan kognitif awal kanak-kanak : satu penilaian semula, ms 263-284, Universiti Malaya, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Zentner, M.R. (2001). Preferences for colours and colour-emotion combinations in early childhood, Developmental Science 4. 389-398.

43