kementerian pelajaran malaysia · pdf file2.4 menyampaikan cerita 2.5 memujuk 2.6 menzahirkan...

Download KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA · PDF file2.4 Menyampaikan cerita 2.5 Memujuk 2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi 3. Imej terbahagi kepada 2 kategori 3.1 Imej vektor Imej

If you can't read please download the document

Upload: duongthien

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

    MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA: 1.0 Mengkaji Multimedia

    TAHUN 4

    Terbitan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2013

  • Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • iii

    RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

    cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • iv

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Draf 020413

    1

    Standard kandungan:

    1.0 Mengkaji Multimedia

    Standard pembelajaran:

    1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks, imej, audio, video dan animasi)

    1.2 Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk teks, imej (*.jpeg,*. bmp,*. tiff), audio (*.midi, *.wav, *.mp3) dan video (*.avi,*.mpeg).

    Masa: 60 minit

    MODUL EM1

  • Draf 020413

    2

    NOTA RUJUKAN

    MULTIMEDIA Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.

    Multimedia

    AUDIO

    Contoh: bunyi burung

    VIDEO

    Contoh: rakaman berita

    ANIMASI

    Contoh : Boboi Boy

    TEKS

    Contoh: buku cerita

    IMEJ

    Contoh: gambar air terjun

  • Draf 020413

    3

    ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA

    Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer. Aksara terdiri daripada: Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta. 1. Mukataip (Typeface)

    Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara. Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer. Antaranya ialah: 1.1 Arial 1.2 Comic Sans MS 1.3 Times New Roman Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat.

    2. Fon (Font)

    Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip

    berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.

    Abjad (A hingga Z)

    Aksara

    Nombor (sebarang nombor 0 hingga 9)

    Contoh simbol:

    -Tanda bacaan (. , ; : ) -Tanda-tanda ( $ + - =)

  • Draf 020413

    4

    2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.

    3. Kategori Teks

    Terdapat dua kategori teks iaitu: 3.1 Serif (ada dekoratif)

    Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu aksara. Contoh:

    Times New Roman Ravie Book Antiqua Palatino Linotype

    3.2 San Serif (tiada dekoratif)

    Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara. Contoh:

    Arial Tahoma Calibri Century Gothic

    Perkataan sans bermakna tanpa dalam bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.

    ADA DEKORATIF

    (perhatikan pada hujung aksara)

    TIADA DEKORATIF

    (perhatikan

    TAHUKAH ANDA?

  • Draf 020413

    5

    YANG MANA SATU?

    A. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis KAD HARI JADI?

    B. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis SURAT KIRIMAN RASMI? SERIF ATAU SANS SERIF?

    4. Struktur Teks

    Terdapat dua jenis struktur teks iaitu 4.1 Teks Linear

    Teks Linear ialah teks biasa

    4.2 Teks Tidak Linear Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan (links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks.

    5. Format Fail Teks

    Kamu akan mempelajari dua jenis format fail teks iaitu: 5.1 Text (*.txt)

    Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style).

    5.2 Rich Text Format (*.rtf)

    Merupakan format teks yang memformatkan aksara yang ditulis dalam pelbagai gaya (style). Maksudnya, aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf tebal atau huruf condong. Teks dalam format ini juga boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah atau kelarasan (justify).

  • Draf 020413

    6

    Tanpa Sebarang Gaya? Apa Maksudnya???

    Maksudnya aksara yang ditaip tidak diletakkan sebarang kesan font seperti :

    -ditebalkan (bold) -dicondongkan ( italic) -digariskan (underline) -dipotong (strikeout)

    Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat Awasi Kuantiti Teks pada Paparan

    6. Saiz Fail

    Saiz fail Text( *.txt) lebih kecil berbanding saiz fail Rich Text Format ( *.rtf).

    menggunakan perisian Notepad.

    menggunakan perisian pemprosesan perkataan.

    .txt .rtf

  • Draf 020413

    7

    ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA

    1. Jenis Imej: 1.1 Fotograf atau gambar foto 1.2 Lukisan 1.3 Kartun 1.4 Graf atau carta 1.5 Ikon, simbol, garis dan butang 1.6 Diagram

    2. Peranan imej dalam multimedia

    2.1 Menghiburkan 2.2 Memberi maklumat 2.3 Media komunikasi 2.4 Menyampaikan cerita 2.5 Memujuk 2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi

    3. Imej terbahagi kepada 2 kategori

    3.1 Imej vektor Imej vektor ialah imej jenis lukisan atau imej berasaskan

    objek. Imej ini dihasilkan menggunakan perisian tertentu.

    3.2 Imej bitmap Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Imej ini merupakan imej sebenar dalam kehidupan seharian kita seperti gambar foto dari kamera digital,koleksi gambar yang diimbas dengan pengimbas imej dan sebagainya.

  • Draf 020413

    8

    4. Perbezaan diantara imej vektor dan bitmap adalah seperti jadual 1.1 dibawah:

    Jadual 1.1

    IMEJ VEKTOR IMEJ BITMAP Saiz fail kecil Saiz fail besar Mudah untuk diubahsuai Susah untuk diubahsuai Terhasil melalui lakaran atau lukisan

    Mudah dihasilkan menggunakan kamera digital, pengimbas dan sebagainya

    Sesuai untuk carta, graf dan diagram.

    Sesuai untuk memaparkan imej dalam kualiti yang realistik seperti foto.

    5. Perbezaan diantara format fail imej digital dan bitmap adalah

    seperti jadual 1.2 dibawah:

    Jadual 1.2

    Format fail imej vektor Format fail imej bitmap *.cgm/CGM ( Computer Graphics Metafile)

    *.bmp/BMP (Windows Bitmap)

    *.dxf/DXF (Computer-Aided Design)

    *.png/PNG (Portable Network Graphicd)

    *.eps/EPS (Encapsulated PostScript)

    *.tga/TGA (Targa)

    *.tiff/TIFF (Tagged Image File Format)

    *.jpeg/JPEG(Joint Photographic Experts Group)

    *.gif/GIF (Graphics Interchange Format)

    6. Warna dalam imej

    Imej boleh diwakili dengan warna 4 bit, 8 bit, 16 bit sehingga bermillion warna.

  • Draf 020413

    9

    ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara latar, muzik atau lagu. 1. Tujuan audio dalam multimedia

    Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat mengikuti sesuatu penyampaian maklumat.

    Terdapat dua jenis audio di dalam multimedia iaitu:

    Mono menggunakan satu saluran audio sahaja. Contohnya fail berformat MIDI.

    Stereo menggunakan dua saluran audio. Contohnya fail berformat mp3.

    TAHUKAH ANDA?

  • Draf 020413

    10

    2. Jenis-jenis fail form