pengenalan bidang morfologi stpm.docx

16
Pengenalan Bidang Morfologi 1.1 Definisi Bidang Morfologi Daripada segi etimologi, kata morfologi berasal daripada bahasa Yunani morphe yang bermaksud “bentuk” atau “form” dalam bahasa Inggeris. Dengan demikian, morfologi secara umumnya membawa maksud “kajian tentang struktur dan bentuk atau pembentukan”. Dalam kajian tersebut, yang diteliti ialah unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses yang membentuk perkataan, serta bentuk-bentuk perkataan yang terhasil. Sehubungan dengan hal itu, unsur-unsur yang membentuk perkataan ialah morfem yang terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Proses-proses yang membentuk perkataan termasuklah pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Bentuk-bentuk yang perkataan yang terhasil pula dapat dijeniskan kepada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Selain itu, bidang morfologi turut melibatkan usaha untuk menggolongkan perkataan berpandukan kemiripan bentuk atau fungsinya, sama ada tergolong sebagai kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas. 1

Upload: ezt-eran

Post on 08-Dec-2015

186 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Pengenalan Bidang Morfologi

1.1 Definisi Bidang Morfologi

Daripada segi etimologi, kata morfologi berasal daripada bahasa Yunani morphe

yang bermaksud “bentuk” atau “form” dalam bahasa Inggeris. Dengan demikian,

morfologi secara umumnya membawa maksud “kajian tentang struktur dan bentuk atau

pembentukan”.

Dalam kajian tersebut, yang diteliti ialah unsur-unsur yang membentuk perkataan,

proses-proses yang membentuk perkataan, serta bentuk-bentuk perkataan yang terhasil.

Sehubungan dengan hal itu, unsur-unsur yang membentuk perkataan ialah morfem

yang terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Proses-proses yang

membentuk perkataan termasuklah pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan

pengakroniman.

Bentuk-bentuk yang perkataan yang terhasil pula dapat dijeniskan kepada kata

tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Selain itu, bidang morfologi turut

melibatkan usaha untuk menggolongkan perkataan berpandukan kemiripan bentuk atau

fungsinya, sama ada tergolong sebagai kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata

tugas.

Sebagai kesimpulannya, bidang morfologi dapat didefinisikan sebagai bidang

linguistik yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata.

1.2 Konsep Morfem

Morfem ialah unsur yang membentuk kata . Istilah morfem dapat diertikan sebagai

unit terkecil dala bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu

(tatabahasa).

Sebagai contohnya, pada kata berlari, dua morfem yang membentuk kata ini ialah

awalan ber- dan kata dasar lari. Kata berlari ialah kata kerja manakala kata dasarnya,

1

Page 2: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

lari, merupakan kata nama. Berdasarkan contoh pembentukan kata ini, morfem ber-

telah menukar kata nama lari menjadi kata kerja berlari. Dengan ini, morfem ber-

dikatakan bahawa telah menjalankan tugas nahu (tatabahasa) dengan menukar kata

nama menjadi kata kerja.

Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah

morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata dan mempunyai makna seperti

morfem lari pada kata berlari. Morfem terikat pula tidak dapat berdiri sendiri, sebaliknya

memerlukan bantuan morfem lain untuk membentuk kata. Hal ini terlihat pada morfem

mem- pada kata membaca atau morfem ke-…-an pada kata kecantikan.

Daripada contoh yang diberikan itu, didapati bahawa bentuk morfem terikat

sebenarnya terdiri daripada imbuhan. Namun demikian, terdapat satu lagi bentuk

morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu akar kata. Akar kata tidak bertaraf kata, tetapi

berpotensi untuk menerima imbuhan atau bergabung dengan kata lain untuk membentuk

kata seperti kata tawa pada kata tertawa dan tani pada kata majmuk pasar tani.

Sesuatu kata mungkin terbina daripada satu atau lebih daripada satu morfem. Kata

duduk, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi kata kedudukan mengandungi dua

morfem, iaitu apitan ke-..-an dan kata dasar duduk. Sebaliknya, kata berkedudukan pula

terdiri daripada tiga morfem, iaitu awalan ber-, apitan ke-…-an dan kata dasar duduk.

1.3 Konsep Alomorf

Istilah alomorf berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu allos yang bermaksud

“lain” dan morphe yang bermakna “bentuk”. Gabungan dua perkataan ini menghasilkan

kata alomorf yang bermaksud “bentuk yang berlainan”.

Dalam bidang morfologi, istilah ini merujuk kepada bentuk berlainan yang wujud

dalam sesuatu morfem atau di kenali sebagai varian morfem. Sebagai contohnya,

morfem meN- dalam bahasa Melayu mempunyai lima alomorf, iaitu me-, mem-, men-,

meng-, dan menge- manakala awalan kata kerja beR- mempunyai tiga alomorf, iaitu

ber-, be-, dan bel-.

Wujudnya alomorf-alomorf ini sebenarnya berdasarkan lingkungan-lingkungan yang

ditempati oleh sesuatu morfem. Berdasarkan lingkungan-lingkungan tersebut, Asmah

Haji Omar dalam bukunya, Nahu Kemas Kini, membahagikan alomorf lingkungan

kepada tiga jenis, iaitu alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungan nahu,dan

alomorf lingkungan leksikal.

2

Page 3: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

1.3.1 Alomorf Lingkungan Fonologi

Alomorf lingkungan fonologi merujuk kepada alomorf yang kewujudannya ditentukan

oleh ciri-ciri fonologi atau bunyi bahasa. Misalnya, morfem peN- mempunyai lima alomorf

lingkungan fonologi, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-.

Alomorf pe-, pem-, pen-,dan peng- ditentukan oleh fenom pertama dan kata dasar yang

bergabung dengannya manakala penge- bergabung dengan kata dasar terdiri daripada satu

suku kata.

Contoh perkataan yang dibentuk dengan alomorf-alomorf lingkungan fonologi :-

i- pe lawat

ii- pem buli

iii- pen dengar

iv- peng urus

v- penge cat

1.3.2 Alomoft Lingkungan Nahu

Alomoft lingkungan nahu ialah alomoft yang ditentukan oleh ciri-ciri nahu atau

tatabahasa. Penggunaan alomoft lingkungan nahu terdapat pada perkataan

memperjuangkan, mempersembahkan, menterbalikkan dan mentertawakan. Berdasarkan

peraturan alomoft lingkungan fonologi, perkataaan-perkataan tersebut sepatutnya menjadi

‘memerjuangkan’, ‘menerbalikkan’, dan ‘menertawakan’, iaitu fonem /p/ dan /t/ digugurkan

dan digantikan dengan fenom sengauan yang daerah artikulasinya sama dengan fenom /p/

dan /t/.

Namun demikian, perkataan-perkataan yang terbentuk sedemikian tidak wujud dalam

Bahasa Melayu baku kerana alomoft lingkungan yang digunakan dalam pembentukan

perkataan tersebut bukan alomoft lingkungan fonologi, tetapi alomoft lingkungan nahu.

Dalam hal ini, usaha untuk mengekalkan fenom /p/ dan /t/ berfungsi untuk mempertahankan

kedudukan per- dan ter- sebagai awalan. Dengan demikian, alomoft lingkungan nahu mem-

dan men- digunakan pada perkataan-perkataan berkenaan.

1.3.3 Alomorf Lingkungan Leksikal

Alomorf lingkungan leksikal pula ialah alomorf yang ditentukan oleh ciri-ciri

perbendaharaan kata. Contoh perkataan yang terbentuk dengan alomorf lingkungan leksikal

termasuklah kata kerja belajar, belunjur, bekerja dan belayar.

3

Page 4: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Alomorf yang digunakan pada perkataan-perkataan ini ialah bel- dan be-. Penggunaan

alomoft bel- dan be- ini ditentukan oleh perkataan-perkataan itu sendiri, bukannya oleh ciri-

ciri fonologi atau nahu.

Contoh kata lain yang menggunakan alomorf lingkungan leksikal terdapat pada kata-

kata pinjaman yang menerima imbuhan awalan meN-. Hal ini dapat dilihat dalam contoh

pembentukan kata yang berikut:

percaya (bahasa Sanskrit) mempercayai

perkasa (bahasa Sanskrit) memperkasakan

tafsir (bahasa Arab) mentafsirkan

terjemah (bahasa Arab) menterjemah

kodifikasi (bahasa Inggeris) mengkodifikasikan

kritik (bahasa inggeris) mengkritik

Alomorf mem-, men-, dan meng-, pada perkataan-perkataan digunakan atas

pertimbangan mempertahankan bentuk akar/dasar kata pinjaman. Dengan demikian,

alomorf-alomorf tersebut tergolong dalam alomorf lingkungan leksikal.

1.3.4 Alomorf Lain

Selain alomorf lingkungan (alomorf lingkungan fonologi, alomorf lingkungannahu, dan

alomorf lingkungan leksikal), terdapat satu lagi alomorf dalam nbahasa Melayu, iaitu alomorf

bebas.

Alomorf bebas ini wujud dalam bahasa lisan sahaja dn tidak terdapat dlam bahasa

tulisan. Sebagai contohnya, dalam penggunaan sehari-hari, kita sering mendengar penutur

bahasa Melayu mengucapkan kata berbincang atau berbincang dan terbalik atau tebalik

mengikuti situasi bahasa itu digunakan.

Dalam hal ini, penutur bahasa Melayu akan mengucapkan berbincang dan terbalik

dalam situasi formal manakala dalam situasi tak formal, penutur tersebut akan

mengucapkan bebincang dan tebalik. Dengan demikian, wujudlah alomorf ber- dab be- serta

ter- dan te yang bertukar ganti secara bebas dalam bahasa lisan. Varian morfem yang

demikian itulah yang dikenali sebagai alomorf bebas.

4

Page 5: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

1.4 Morfofonem.

Istilah morfofonem terbentuk daripada dua perkataan, iaitu morfologi dan fonem. Istilah

ini merujuk kepada fonem yang timbul dalam proses morfologi. Ia bermaksud proses

pembentukan kata pengimbuhan. Dalam bahasa Melayu, apabila sesuatu imbuhan

digandingkan engan sesuatu kata dasr, maka sesuatu fonem mungkin muncul dala proses

tersebut.

Sebagai contohnya, apabila kata dasar bantu menerima imbuhan awalan peN-, kata

tersebut akan menghasilkan perkataan pembantu, maka fonem /m/ muncul dalam proses

tersebut. Fonem /m/ inilah yang dikenali sebagai morfofonem.

Morfofonem yang timbul dalam contoh ini sebenarnya berdasarkan fonem awal kata

dasar yang menerima imbuhan tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam contoh lain yang berikut:

peN- + derma penderma

(menimbulkan morfofonem /n/ berdasarkan fonem awal /d/ pada kata dasar derma).

peN- + guna pengguna

(menimbulkan morfofonem /n/ berdasarkan fenom awal /g/ pada kata dasar guna).

Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata pula, dua morfofonem akan muncul

apabila kata dasar tersebut menerima awalan peN-. Hal ini dapat dilihat dalam contoh yang

berikut: peN- + cat pengecat ( menimbulkan morfofonem /ŋ/ dan /ǝ/ )

Semua contoh morfofonem yang diberikan itu wujud dalam bentuk ejaan dan sebutan.

Terdapat juga morfofonem yang wujud dalam sebutan sahaja dan tidak dilambangkan oleh

huruf dalam ejaan. Morfofonem yang sedemikian dapat diperincikan melalui contoh-contoh

yang berikut :

(a) pandu + -an panduan [panduwan]

(b) tinjau + -an tinjauan [tinjauwan]

(c) hari + -an harian [hariyan]

(d) sisip + -an sisipan [sisippan]

Berdasarkan contoh-contoh di atas, dapatlah kita kenal pasti bahawa morfofonem yang

muncul ialah /w/, /y/ dan /p/ pada sebutan perkataan yang terbentuk. Dalam proses

pengimbuhan kata-kata tersebut, contoh (a)-(c) memperlihatkan perubahan bunyi daripada

segi penggeluncuran, manakala contoh (d) dan (e) masing-masing menunjukkan

pengglotisan dan panduan konsonan.

1.5 Konsep Kata

5

Page 6: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Kata ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas serta mengandungi makna yang

lengkap. Kata mesti dibezakan daripada morfem. Perbezaan antara kata dengan morfem

boleh terdiri daripada yang bersifat bebas dan yang terikat, iaitu yang tidak dapat wujud

bersendirian. Antara contoh kata termasuklah dapat, terdapat, mendapat pendapat,

berdapatan, mendapatkan, mendapati, pendapatan, kedapatan dan dapatan. Contoh

morfem pula termasuk dapat yang merupakan morfem bebas manakala awalan ter-, men-,

pen-, apitan ber-...-an, men-…-kan, men-…-I, dan pen-…-an, serta akhiran –an merupakan

morfem terikat.Kata terbahagi kepada kata penuh dan kata pertikel.

Kata penuh ialah kata yang dapat berdiri sendiri dan boleh ditakrifkan maknanya tanpa

bergantung pada kata lain. Oleh sebab kata penuh mempunyai makna tersendiri dan tidak

bergantung pada kata lain untuk ditafsirkan maknanya, maka kata penuh dikategorikan

sebagai kata leksikal. Selain itu, kata penuh ialah kemungkinan kata tersebut dapat berdiri

sendiri sebagai ayat minimal. Hal ini bermaksud bahawa dengan intonasi yang sesuai, kata

tersebut dapat menyampaika satu mesej lengkap. Sebagai contoh, kata-kata “Masuk” dan

“Apa?” dapat menyampaikan fikiran yang lengkap yang dapat ditafsirkan maknanya oleh

orang yang mendengar atau menerimanya.

Kata partikel pula tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal, iaitu kata tersebut

tidak dapat ditakrifkan maknanya sekiranya tidak dihubungkan dengan kata penuh. Contoh

kata partikel termasuklah di, ke , kalau, kerana, -lah, -kah, pun, juga dan sebagainya. Oleh

sebab kata partikel hanya dapat ditakrifkan maknanya apabila dihubungkan dengan kata

penuh, maka kata partikel juga dikenali sebagai kata struktural. Dalam pembentukan kata,

konsep kata akar dan kata dasar mesti dibezakan.

Kata kasar ialah kata dasar yang terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu bentuk dasar

yang belum diberi sebarang imbuhan. Oleh yang demikian, kata akar biasanya dianggap

sebagai inti sesuatu kata. Contoh kata akar ialah mortem bebas sekolah pada kata

bersekolah.

Kata dasar pula adalah kata yang menjadi dasar untuk membentuk kata. Kata dasar

terdiri daripada bentuk kata yang berikut:

(a) Akar kata, misalnya : jerumus terjerumus.

(b) Kata terbitan, misalnya : kemampuan berkemampuan.

(c) Kata majmuk, misalnya : surat khabar persuratankhabaran.

(d) Kata ganda, misalnya: gunung-ganang bergunung-ganang.

(e) Frasa, misalnya : tidak hadir ketidakhadiran

6

Page 7: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Struktur kata dapat dilihat daripada segi fonologi dan morfologi. Struktur kata fotologi

diteliti daripada jumlah suku kata yang terdapat dalam kata tersebut. Dengan demikian,

terbahagilah kata kepada kata yang terdiri daripada satu suku kata (ekasuku kata), dua suku

kata (dwisuku kata), tiga suku kata (trisuku kata) dan seterusnya.

Struktur morfologi pula dilihat daripada jumlah dan jenis morfem yang membentuk kata

tersebut. Berdasarkan jumlah morfem yang ada pada sesuatu kata, maka kata dapat

dijeniskan kepada kata monomorfermik yang terdiri daripada satu morfem dan kata

polimorfemik yang mengandungi dua morfem atau lebih.

Daripada segi bentuk kata, kata monomorfemik terdiri daripada kata tunggal manakala

kata polimorfemik merangkumi kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

1.6 Bentuk Kata

Dibahagikan kepada empat bentuk iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan

kata ganda.

Kata tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan. Kata tunggal boleh mengandungi hanya satu suku kata atau lebih daripada

satu suku kata. Terdapat kata tunggal yang langsung tidak menerima imbuhan seperti ah,

bak, dam, ini, itu, nun, wau, yuran dan yayasan. Kebanyakan kata tunggal juga berpotensi

untuk menerima imbuhan bagi menjadi kata terbitan. Kata tunggal terdiri daripada satu

suku kata, dua suku kata dan lebih.

Misalnya,

Jumlah suku kata Contoh perkataan

Satu suku kata Am, bab, cek, das, eh, fon, gam, hon, jam, kod, lap, mop, nah,

oh, pop, rel, sah, tong, vas, wau, yis, zon

Dua suku kata Anggun, bangku, cengkih, dodoi, enggan, fiil, gersang, hampa,

intai, janggut, kembar, lalu, mahu, tua, umpil, visi, wangi,zalim

Tiga suku kata Antara, binasa, cedera, dahulu, empulur, fakulti, gelora,

hempedu, ikhtiar, jelita, langsuir, mempelam, nakhoda, zuriat

Empat suku kata Anakanda, bahagia, emporium,fantasia, halilintar, istimewa,

manusia, peristiwa, sandiwara, laksamana, wawancara

Lima suku kata Asmaradana, cakerawala, fatamorgana, kosmopolitan,

globalisasi, nasionalis, organisasi, universiti

Enam suku kata Aromaterapi, fisioterapi, maharajalela, takbiratulihram

Tujuh suku kata Demililterisasi, elektromagnetisme, profesionalisme

Lapan suku kata Elektroensefalogram, radioimunologi, totalitarianisme

Sembilan suku kata otorinolaringologi

7

Page 8: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Selain contoh kata tunggal yang disenaraikan, terdapat satu lagi bentuk kata kerja yang

juga tergolong sebagai kata tunggal, iaitu kata akronim. Kata akronim ialah kata yang

terbentuk sebagai hasil percantuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata.

Bahagian-bahagian yang dicantumkan itu boleh terdiri daripada huruf-huruf, suku-suku kata,

atau bahagian-bahagian daripada sesuatu kata.

Contoh kata akronim adalah seperti yang berikut ini:

i) ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri

ii) Uniten = Universiti Tenaga Nasional

iii) Taski = taman asuhan kanak-kanak islam

iv) Jantina = jantan betina

Seterusnya, kata tunggal terbahagi kepada tiga jenis.

i) Kata nama tunggal, contohnya :

a) agama

b) kampung

c) kebun

d) manusia

e) malaikat

f) sekolah

ii) Kata kerja tunggal, contonya :

a) bangun

b) datang

c) habis

d) hidup

e) ingkar

f) mungkir

iii) Kata adjektif tunggal, contohnya :

a) bingung

b) cermat

c) gagah

d) hangat

e) kagum

f) manja

8

Page 9: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses

menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan ini terdiri daripada imbuhan kata

nama, kata kerja dan lain-lain. Kata terbitan dapat dibahagikan seperti yang berikut.

i) Kata nama terbitan, contohnya :

a) dugaan

b) gelanggang

c) kejujuran

d) pemandangan

e) pemenang

f) perpaduan

ii) Kata kerja terbitan, contohnya :

a) beranak

b) dibukukan

c) membuahkan

d) memperkacang

e) panjangkan

f) tersenyum

iii) Kata adjektif terbitan, contohnya :

a) gemilang

b) kemelayuan

c) selerak

d) sepandai

e) termasyur

f) termuda

Kata Majmuk

Kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau

lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan

kebanyakannya dieja terpisah. Ia terbahagi kepada :

i) Kata nama majmuk, misalnya :

a) gambar rajah

b) kaki bangku

c) pita suara

d) rumah tangga

9

Page 10: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

e) tengah hari

f) urus setia

ii) Kata kerja majmuk, misalnya :

a) campur tangan

b) kenal pasti

c) lipat ganda

d) terima kasih

e) tolak ansur

f) tunjuk ajar

iii) Kata adjektif majmuk, misalnya :

biru laut

berat tulang

hijau daun

panjang tangan

putih telur

terang hati

Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses pengulangan kata dasar.

Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar,

atau digandakan secara berima.

Pengulangan seluruh kata dasar disebut sebagai penggandaan penuh, pengulangan

sebahagian kata dasar dikenali sebagai penggandaan separa manakala pengulangan kata

dasar yang berima disebut sebagai penggandaan berentak.

Berdasarkan jenis penggandaan ini, kata ganda terbahagi kepada kata ganda penuh,

kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Kata ganda penuh terbahagi kepada :

a) Kata nama ganda penuh, contohnya :

agar-agar layang-layang

gado-gado mata-mata

b) Kata kerja ganda penuh, contonya :

ada-ada duduk-duduk

baring-baring tidur-tidur

c) Kata adjektif ganda penuh, contohnya :

cantik-cantik cerdik-cerdik

gemuk-gemuk muda-muda

10

Page 11: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

Pembahagian kata ganda separa pula adalah seperti yang berikut :

a) Kata nama ganda separa, contohnya :

bebola dedaun

lelaki rerambut

b) Kata kerja ganda separa, contohnya :

berlari-lari tersenyum-senyum

mengangguk-angguk tegur-menegur

c) Kata adjektif ganda separa, contohnya :

kebudak-budakan sepandai-pandai

sejinak-jinak kebarat-baratan

Kata ganda berentak separa pula terbahagi kepada:

a) Kata nama ganda berentak, contohnya :

bukit-bukau gerak-geri

saki-baki batu-batan

b) Kata kerja ganda berentak, contohnya :

mundar-mandir ulang-alik

cerai-berai kumat-kamit

c) Kata adjektif ganda berentak, contohnya :

bengkang-bengkok kusut-masai

riuh-rendah koyak-rabak

11

Page 12: Pengenalan Bidang Morfologi stpm.docx

12