pengenalan

3
PENGENALAN Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang- kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data. Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan ,kejuruteraan, sains sosial atau bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk mengukur sampel yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi. Seperti contohnya, statistik boleh digunakan untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian akademik. Maklumat ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram atau carta pai. Selain itu, kedatangan harian murid-murid juga dapat diaplikasikan dengan statistik.

Upload: hoaysan-lim

Post on 12-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MTE

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan

PENGENALAN

Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua

cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan

yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan

terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua,

statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai

contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan

merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data.

Statistik merupakan satu kaedah matematik yang boleh membantu

menyelesaikan masalah-masalah harian dan membuat keputusan sama ada

dalam pentadbiran, pemasaran, perubatan ,kejuruteraan, sains sosial atau

bidang-bidang yang lain. Selain itu ia juga digunakan untuk mengukur sampel

yang telah diambil dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu.

Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan

maklumat dalam pelbagai situasi. Seperti contohnya, statistik boleh digunakan

untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian akademik. Maklumat

ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti

histogram atau carta pai. Selain itu, kedatangan harian murid-murid juga dapat

diaplikasikan dengan statistik.

Dalam bidang sains, kita akan membuat esperimen. Jika membuat

sesuatu eksperimen, kita akan mengumpul data dan seterusnya adalah

menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data. Semua ini akan

dipersembahkan dengan statistik untuk melihat keputusannya.

Dalam bidang ilmu ekonomi pembangunaan, kerajaan akan membuat

analisis dalam pertumbuhan ekonomi, inflasi, dan suku bunga. Ini adalah kerana

untuk mengetahui masalah pertumbuhan penduduk dengan sensus penduduk.

Selain itu, ia juga mempermudahkan kita dalam menyederhanakan atau

membuat hipotesis terhadap perkara-perkara yang terjadi dalam ekonomi.

Page 2: Pengenalan

Dengan itu, statistik juga dapat membantu perhitungan cepat dalam Pemilu dan

menganalisis pengangguran dan kemiskinan.

Dalam bidang ilmu pemasaran, kita juga dapat mengaplikasikan statistik

dalamnya. Melalui kegunaan statistik, kita dapat mengetahui preferensi

konsumen dengan penelitian dan pengembangan produk. Penetapan harga juga

boleh melihat daripada histogram yang dibina. Ini adalah kerana melalui statistik,

kita dapat melihat tahap kesukaan pelanggan terhadap produk itu dan kemuasan

harga pada mereka lalu kita barulah boleh menetapkan harga yang kesusaian

untuk sesuatu produk.

Dalam bidang perubatan, kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional

seperti mengeluarkan bil pesakit, bilangan perubatan dan penjadualan

kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas dan diproses dengan

menggunakan statistik. Malah statistk digunakan untuk mengkultur dan

manganalisis jumlah pesakit yang mendapat bakteria, virus, dan agen jangkitan

lain bagi mengesan  dan mengenalpasti sesuatu penyakit.

          Begitu juga  ia digunakan untuk mengawasi pembolehubah psikologi

seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-

Cardiograph) supaya doktor atau jururawat dapat mengesan perubahan seharian

bagi seseorang pesakit. Jika ada sesuatu yang luar biasa yang ia akan menarik

perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran.