pengenalan

3
1.0 PENGENALAN Pada zaman globalisasi ini, sektor pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan drastik dan situasi ini menyebabkan kita terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat. Menyedari hal ini, kerajaan begitu beriltizam untuk memajukan sektor pendidikan di negara kita dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya. Kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari. Sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (Azamzairi, 1997). Projek ini diharapkan stail dan kaedah pengajaran bahasa Melayu akan berubah daripada kaedah konvensional yang kurang berkesan dan membosankan kepada pengajaran berbantukan komputer yang dapat menarik perhatian murid. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer ini ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Tapak pembelajaran merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Ia sering digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisian Microsoft Power Point dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara capaian on-line internet. Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Menurut Ramli Kamaruddin (2001), beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran. Antaranya ialah reka bentuk paparan skrinnya haruslah menarik, kedudukan teksnya pula perlulah seimbang, susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas dan bersih serta teks dan grafik perlu pada setiap paparan. Selain itu, font yang digunakan mestilah Arial dan Times New Roman dan saiznya sesuai dan mudah dibaca. Huruf berkedip yang sesuai juga boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat. Reka bentuk yang 1

Upload: zhi-wen-khor

Post on 01-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPada zaman globalisasi ini, sektor pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan drastik dan situasi ini menyebabkan kita terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat. Menyedari hal ini, kerajaan begitu beriltizam untuk memajukan sektor pendidikan di negara kita dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya. Kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari. Sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (Azamzairi, 1997).Projek ini diharapkan stail dan kaedah pengajaran bahasa Melayu akan berubah daripada kaedah konvensional yang kurang berkesan dan membosankan kepada pengajaran berbantukan komputer yang dapat menarik perhatian murid. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berbantukan komputer ini ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video, audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan.Tapak pembelajaran merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Ia sering digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisian Microsoft Power Point dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara capaian on-line internet. Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan.Menurut Ramli Kamaruddin (2001), beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran. Antaranya ialah reka bentuk paparan skrinnya haruslah menarik, kedudukan teksnya pula perlulah seimbang, susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas dan bersih serta teks dan grafik perlu pada setiap paparan. Selain itu, font yang digunakan mestilah Arial dan Times New Roman dan saiznya sesuai dan mudah dibaca. Huruf berkedip yang sesuai juga boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat. Reka bentuk yang dipilih juga harus sesuai dengan topik pengajaran guru dan warna ikon yang dipilih perlu sesuai dengan latar belakang Power Point yang digunakan. Dalam pembinaan tapak pembelajaran, guru juga boleh menggunakan animasi untuk menarik perhatian murid, namun guru perlu ingat bahawa animasi multimedia yang kompleks hanya sesuai digunakan pada paparan yang tertentu sahaja.Dalam kerja kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini, kami guru 3 PIMSP dikehendaki merancang satu set lengkap Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu dan menyediakan satu bahan CD yang merupakan bahan pengajaran Bahasa Melayu secara atas talian dan luar talian. Topik rancangan pengajaran harian yang saya rancangkan ialah Kraf Tangan Tradisional dan dalam CD yang saya sediakan terdapat tapak pembelajaran yang mempunyai langkah pengajaran yang perlu guru dijalankan semasa set induksi, langkah 1 hingga akhir pengajaran serta penutup. Selain itu, tapak pembelajaran ini juga mempunyai perpautan ke laman web sesawang tertentu, video dan lagu serta lembaran kerja yang perlu dibuat oleh murid.

Menjelang alaf baru sektor pendidikan di negara ini mengalami perubahan drastik dan terpaksa akur dengan peralihan ekonomi semasa yang akan berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat. Selaras dengan itu kerajaan begitu beriltizam untuk memajukan sektor pendidikan di negara ini dengan menjadikan teknologi maklumat sebagai teras utama perlaksanaannya.Peranan teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan semakin penting di Malaysia dan merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan cabaran penerokaan ilmu di alaf ketiga nanti (Hassai Hassan 1997). Menyedari hal ini, kerajaan telah membuat perubahan dalam bidang pendidikan dengan mewujudkan konsep sekolah bestari dan telah mula beroperasi pada tahun 1999. Sekolah bestari yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi maklumat sepenuhnyadalam pengajaran dan pembelajaran(Azamzairi 1997).Internet boleh digunakan sebagai pembelajaran berbantuan komputer dan merupakan aset penting bagi pengajaran dan pembelajran di sekolah bestari dan universiti maya. Ini adalah kerana internet menawarkan pelbagai laman Web pendidikan multimedia dan interaktif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.Teknologi cangih ini juga mampu menyediakan kemudahan kepada pelajar dan guru-guru untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran yang berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ianya juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara.

1