pengenalan

3
1.0 PENGENALAN Pakar dalam pendidikan jasmani seperti Gallahue,D.L., 1996, Gabbard, C. LeBlanc, B. & Lowy., 1994 dan Burton, 1977 membahagikan pergerakan asas kepada 3 jenis iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulative. Pergerakan akan menyebabkan seseorang berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar dan merupakan pergerakan lokomotor. Ia merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar dan tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat dan berjalan. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar dan disebut pergerakan manipulatif. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan serta menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu aspek ruang yang merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan, aspek masa yang merujuk kepada kelajuan pergerakan yang dilakukan, aspek beban yang merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang, dan aspek aliran yang merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin.

Upload: ahmad-husairi

Post on 22-Jul-2015

897 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan

1.0 PENGENALAN

Pakar dalam pendidikan jasmani seperti Gallahue,D.L., 1996, Gabbard, C.

LeBlanc, B. & Lowy., 1994 dan Burton, 1977 membahagikan pergerakan asas

kepada 3 jenis iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan

pergerakan manipulative. Pergerakan akan menyebabkan seseorang berubah

kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan

keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut

bergerak dan beredar dan merupakan pergerakan lokomotor. Ia merupakan dasar

yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Manakala

pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula

dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Ia lebih tertumpu kepada pergerakan

bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar dan tidak

mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Perbezaan antara lokomotor dan

bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot

kasar seperti melompat dan berjalan. Manakala bukan lokomor pula merupakan

kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi

dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan

kecil atau besar dan disebut pergerakan manipulatif. Pergerakan-pergerakan ini

dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun

dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam

melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan

deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan.

Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman

konsep-konsep pergerakan serta menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu

aspek ruang yang merupakan kawasan yang digunakan semasa melakukan

pergerakan, aspek masa yang merujuk kepada kelajuan pergerakan yang

dilakukan, aspek beban yang merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut,

ringan dan tenang, dan aspek aliran yang merupakan beberapa pergerakan

dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin.

Page 2: Pengenalan

Dalam kerja kursus ini, terdapat satu ujian amali tentang pergerakan

lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta pergerakan manipulatif. Saya

bebas memilih 10 jenis pergerakan lokomotor dan 10 jenis pergerakan bukan

lokomotor. Saya perlu melakukan pergerakan-pergerakan tersebut dengan alatan

tangan saya iaitu tali untuk menerusi litar yang ditentukan. Pergerakan-pergerakan

yang dilakukan oleh saya perlu mempunyai variasi dalam aliran, susunan dan aras

pergerakan.

2.0 MATLAMAT

Pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor

diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas.

Terdapat beberapa matlamat untuk belajar dan mengadakan ujian pergerakan

lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta pergerakan manipulatif iaitu:

a) Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor.

b) Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak.

c) Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas

dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa).

d) Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

e) Memperkembangkan kanak-kanak dalam aspek kognitif, psikomotor dan efektif.

f) Mempraktiskan kanak-kanak dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan

sosial (JERIS).

3.0 OBJEKTIF

Pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor diajar bertujuan untuk

membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi

kegiatan jasmani yang tersusun dan membantu murid-murid mengenali

kepentingan pergerakan asas. Terdapat beberapa objektif iaitu:

a) Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian

tubuh badan.

Page 3: Pengenalan

b) Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang

baik.

c) Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu

ruang, masa, beban dan aliran.

d) Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

e) Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.

f) Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui

pergerakan.

g) Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.

h) Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

4.0 TARIKH

Ujian amali pergerakan asas dijalankan pada

5.0 MASA

Ujian amali pergerakan asas bermula pada pukul dan jangka masa yang

diperlukan untuk menghabiskan ujian ini ialah

6.0 TEMPAT

Ujian amali ini dijalankan dalam gimnasium.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pergerakan asas ini sesuai untuk semua tahap 2 murid-murid sekolah rendah iaitu

tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.