pengelolaan aktiviti dan pertandingan.doc

8
Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan 5.1 Pengenalan Pengelolaan aktiviti atau pertandingan memerlukan kemahiran-kemahiran khusus seperti kemahiran merancang ,kemahiran teknikal,kemahiran melaksana serta kemahiran menilai keberkesanannya.Ia melibatkan prosedur yang sistematik yang perlu diikuti. Mengikut Johnson (1997),pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta- peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria kriteria tertentu dikenalpasti sebagai pemenang pertandingan.Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam suatu bidang/kemahiran. 5.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini,pelajar akan dapat: I. mempelajari prosedur yang betul untuk mengelola sesuatu pertandingan II. memahami sistem pertandingan III. merancang jadual pertandingan mengikut sistem pertandingan yang dipilih

Upload: paul-winchester

Post on 30-Dec-2014

919 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

TRANSCRIPT

Page 1: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan

5.1 Pengenalan

Pengelolaan aktiviti atau pertandingan memerlukan kemahiran-kemahiran khusus seperti kemahiran merancang ,kemahiran teknikal,kemahiran melaksana serta kemahiran menilai keberkesanannya.Ia melibatkan prosedur yang sistematik yang perlu diikuti. Mengikut Johnson (1997),pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta-peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria –kriteria tertentu dikenalpasti sebagai pemenang pertandingan.Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam suatu bidang/kemahiran.

5.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini,pelajar akan dapat:

I. mempelajari prosedur yang betul untuk mengelola sesuatu pertandinganII. memahami sistem pertandingan

III. merancang jadual pertandingan mengikut sistem pertandingan yang dipilih

Page 2: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

5.3 Isi Pelajaran

5.3.1 Jenis-jenis aktiviti / pertandingan dan prosedur pengendalian

Anda pasti terlibat dalam pengelolaan aktiviti atau pertandingan yang biasa dikelolakan di sekolah.Sila senaraikan beberapa aktiviti / pertandingan di mana anda terlibat secara langsung:

Aktiviti / Pertandingan Jawatan yang dipegang

Adakah anda diberi taklimat tentang tugas dan penerangan tentang prosedur mengendalikan tugas anda?

Marilah kita membincang tentang prosedur pengelolaan yang sistematik.

Prosedur pengelolaan meliputi tiga fasa : Sebelum, Semasa dan Selepas

(a) Fasa sebelum-perkara-perkara yang patut dibuat sebelum mengelola sesuatu aktiviti / pertandingan ialah:

menyediakan kertas kerja,mengadakan mesyuarat,menentukan tarikh,masa dan tempat ,meyediakan anggaran perbelanjaan,menentukan sistem pertandingan,menyediakan peraturan / borang pertandingan,menyedia dan menghantar kad / surat jemputan,membuat persediaan siaraya;publisiti dll.

Page 3: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

(b) Fasa Semasa-semasa pengendalian aktiviti / pertandingan,perkara yang perlu dibuat adalah:

Memastakan semua pegawai yang terlibat ada di tempat berkenaan,aktiviti / pertandingan berjalan mengikut jadual,segala informasi sampai kepada pihak-pihak berkenaan,protokol dipatuhi dan segala langkah keselamatan diambil.

(c) Fasa Selepas-ini merupakan fasa yang sentiasa yang diabaikan oleh kebanyakan jawatankuasa pengelola.Fasa ini penting sebab dalam fasa inilah kita dapat menilai keberkesanan aktiviti / pertandingan yang telah kita kelolakan.Jika terdapat kelemahan-kelemahan,puncanya dapat dikenalpasti dalam mesyuarat pasca nilai untuk membaiki pengelolaan pada masa-masa akan datang.

Page 4: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

5.3.2 Sistem Pertandingan

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sistem pertandingan:

undang-undang dan peraturan kesesuaian acara yang dipertandingkan jumlah penyertaan peringkat pertandingan dijalankan masa yang ada kedudukan kewangan

Di antara sistem pertandingan adalah seperti:

pertandingan sekali gus (keputusan berdasarkan markah/mata yang tertinggi) pertandingan kalah mati pertandingan kalah mati dua kali pertandingan kalah mati dengan sagu hati pertandingan liga pertandingan separuh liga

Page 5: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

Di antara sistem pertandingan tersebut di atas,yang manakah biasa digunakan di sekolah anda?______________________________________________________________

Mengapakah sistem tersebut digunakan?______________________________________________________________

Apakah kelebihan dan kekurangan sistem tersebut?

Kelebihan:_____________________________________________________________

Kekurangan:_____________________________________________________________

Di antara sistem-sistem pertandingan sistem yang biasa digunakan adalah Kalah Mati dan Liga.

(a) Sistem Kalah Mati

Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar di mana keputusannya/penangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat.Pasukan yang menang dalam perlawanan pertamanya sahaja yang akan layak ke pusingan seterusnya. Pasukan yang kalah disingkir daripada pertandingan.Sebanyak 8 pasukan akan layak ke Peringkat Suku Akhir.Selepas peringkat suku akhir 4 pasukan akan layak untuk memasuki Peringkat Separuh Akhir.2 pasukan yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti.Dua pasukan yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.

Page 6: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

Peraturan penentuan dan penempatan bye.

Bye ditetapkan sebelum penempatan peserta/pasukan dalam struktur jadual

Bye ditempatkan pada peringkat awal Ia tidak diletak untuk seorang atau satu pasukan secara dua kali berturut-

turut Cara menentukan bilangan bye:

Kuasa dua tertinggi-bilangan peserta/pasukanContoh:12 pasukan2-12= 16-12=4 4 pasukan akan dapat bye dalam pusingan awal

5.3.3 Aktiviti

Sila buat satu jadual pertandingan bagi satu pertandingan di mana sebanyak 12,21,28,35,44,53 pasukan akan mengambil bahagian.Tentukan bilangan bye dan masukkan dalam jadual seperti di atas.

(b) Sistem Liga

Dalam sistem ini,satu pasukan akan bertanding dengan kesemua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan .Keputusan ditentukan dengan markah yang diberikan selepas setiap perlawanan.Contohnya, menang dapat 3 markah,seri dapat 1 markah dan kalah 0 markah.Sistem ini mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan semua perlawanan. Pada akhir pertandingan,pasukan yang benar-benar handal akan dapat dikenalpasti sebagai pemenang.

Formula untuk menentukkan bilangan perlawanan dalam sistem Liga ini adalah:

Jumlah Perlawanan = n ( n - 1 ) 2

Page 7: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

Contoh: Bilangan pasukan yang akan menyertai = 10(n) Jumlah perlawanan = 10 ( 10-1) 2 = 10 x 9 2 = 45 perlawanan

A B C D E Jum KdABCDE

5.3.4 Penilaian dan Pelaporan

Selesai pertandingan bukan maknanya selesai tugas kita.Kita harus melakukan penilaian terhadap pengelolaan kita.

Penilaian pelaksanaan pertandingan dibuat apabila selesainya pertandingan untuk menentukan sejauh mana objektif tercapai;memberi bukti tentang nilai dan sumbangan pertandingan tersebut;mengetahui keberkesanan dan tugas setiap AJK;menggalakkan jawatankuasa menyesuai dan membaiki proses dan langkah –langkah melaksanakan tugas;mengetahui semua operasi dijalankan mengikut rancangan supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kegiatan yang tidak sepadan menyemak pencapaian pentadbir / pengelolaan.Setelah membincang,laporan harus dibuat untuk dibentangkan dalam mesyuarat terakhir.

5.4 Aktiviti Tutorial

Page 8: Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan.doc

Adakan satu pertandingan sukan di sekolah anda.Gunakan Sistem Kalah Mati/sistem Liga.Sediakan Jadual pertandingan serta carta keputusan dan tentukan pemenangnya. Buat laporan ringkas meliputi keberkesanan pengelolaan pertandingan tersebut.

5.5 Rumusan

Selepas membaca dan mengikuti semua aktiviti dalam modul ini,anda seharusnya dapat mengendalikan satu pertandingan sukan dengan menggunakan sistem kalah mati dan liga.

5.6 Bacaan Asas

Wee Eng Hoe (1994).Organisasi dan Pentadbiran sukan dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Johnson, M.L. (1989).Functional Administration in Phisical and Health Education, Boston,Houghton Mifflin.

Kementrian Pendidikan (1989).Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:Kementrian Pendidikan Malaysia.