pengelolaan aktiviti.doc

36
5.1 PENGENALAN Pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah atau sekolah menengah bergantung pada minat, komitmen dan kesungguhan guru penasihat atau jurulati serta pemantauan yang dilaksanakan oleh pentadbiran sesebuah sekolah. Kalau persatuan mendapat guru penasihat atau juruhatih yang tidak berminat dan tidak komited, aktiviti persatuan tidak dijalankan sepanjang tahun. Persatuan yang mendapat guru yang inovatif, berminat dan komited pula melaksanakan banyak aktiviti persatuannya sepanjang tahun. Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah atau menengah oleh persatuan. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, semester/ penggal dan tahunan. Kebanyakan ekolah (rendah dan menengah) dan institusi pengajian lain menetapkan suatu hari tertentu, sma ada hari persekolahan atau hujung minggu, bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam calendar aktiviti untuk tahun berkenaan. Persatuan dalam unit beruniform paling banyak boleh melaksanakan aktiviti sama ada aktiviti berlandaskan skim lencana yang tersedia atau aktiviti tambahan. Berikut ialah contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan 1

Upload: tzerhao

Post on 17-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

5.1PENGENALAN

Pelaksanaan aktiviti di sekolah rendah atau sekolah menengah bergantung pada minat, komitmen dan kesungguhan guru penasihat atau jurulati serta pemantauan yang dilaksanakan oleh pentadbiran sesebuah sekolah. Kalau persatuan mendapat guru penasihat atau juruhatih yang tidak berminat dan tidak komited, aktiviti persatuan tidak dijalankan sepanjang tahun. Persatuan yang mendapat guru yang inovatif, berminat dan komited pula melaksanakan banyak aktiviti persatuannya sepanjang tahun.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah rendah atau menengah oleh persatuan. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, semester/ penggal dan tahunan. Kebanyakan ekolah (rendah dan menengah) dan institusi pengajian lain menetapkan suatu hari tertentu, sma ada hari persekolahan atau hujung minggu, bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam calendar aktiviti untuk tahun berkenaan.

Persatuan dalam unit beruniform paling banyak boleh melaksanakan aktiviti sama ada aktiviti berlandaskan skim lencana yang tersedia atau aktiviti tambahan. Berikut ialah contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan yang berasaskan unit beruniform di sekolah rendah atau menengah.

Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Rendah

UnitSkim LencanaAktiviti Sampingan

Pengakap Kanak-kanakLencana Keahlian

Lencana Wajib

Lencara Keris Gangsa

Lencana Keris Perak

Lencana Keris Emas

Lencana-lencara KepandaianPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/ Lakonan

Permainan Kim

Perkhemahan

Lawatan

Tunas PuteriUjian Pelantikan

Kelas Dua

Tingkatan Tengah

Kelas Satu

Lencana-lencana KepandaianPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/ Lakonan

Permainan Kim

Lawatan

Puteri IslamSusunan Pentadbiran

Pendidikan Islam

Kesihatan

Sains Rumah Tangga

Keluarga dan Masyarakat

Aktiviti Luar

RekreasiPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/Lakonan

Perkhemahan

Lawatan

Contoh Aktiviti Persatuan Beruniform di Sekolah Menengah

UnitSkim LencanaAktiviti Sampingan

Pengakap Muda

(Tingkatan 1-3)Lencana Keahlian

Lencana Usaha

Lencana Maju

Lencana Jaya

Lencana-lencana Kepandaian

Tanda RambuPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/ Lakonan

Permainan Kim

Perkhemahan

Lawatan

Pioneering

Minggu Kerja

Pengakap Remaja

(Tingkatan 4-5)Keahlian

Lencana Jaya Diri

Lencana Kegiatan

Lencana Ekspedisi

Lencana Perkhidmatan

Lencana Kemahiran

Tanda Rambu

Pengakap RajaPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/Lakonan

Permainan Kim

Perkhemahan

Lawatan

Pioneering

Minggu Kerja

Tunas PuteriUjian Pelantikan

Kelas Dua

Tingkatan Tengah

Kelas SatuPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/ Lakonan

Permainan Kim

Puteri IslamPuteri Bongsu

Puteri Tengah

Puteri SulongPengembaraan

Pertandingan Kawad

Nyanyian/Lakonan

Nasyid

Aktiviti dalam bidang uskan dan permainan pula termasuklah latihan mingguan, pesta liga, pesta tahunan dan sebagainya. Manakala, banyak aktiviti boleh dilaksanakan dalam persatuan yang berasaskan bidang persatuan dan kelab. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:

i. Kuiz

ii. Perbahasan

iii. Pameran

iv. Pertandingan berasaskan kritera tertentu

v. Seni lukis

vi. Kesenian (contohnya, dikir barat, boria dan sebagainya)

vii. Ekspedisi

Terdapat pelbagai tujuan diadakan pertandingan dan aktiviti dalam persatuan kokurikulum. Antaranya ialah:

i. Menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang yang diceburi.

ii. Memantapkan pengurusan jurulatih dan penasihat.

iii. Pelajar sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi sesuatu pertandingan.

iv. Menanamkan semangat yang positif dalam diri pelajar seperti kekitaan, kerjasama, berani, disiplin diri yang tinggi, yakin diri, berani menghadapi cabaran, bertolak ansur, sabar, dan tegas dalam diri pelajar.

v. Melatih pelajar membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti dengan teratur dan sistematik.

vi. Memberi peluang kepada pelajar memperagakan bakat dan kebolehan mereka.

vii. Mengimbangkan tahap pencapaian antara aktiviti kurikulum (akademik) dengan kokurikulum.

5.2JENIS-JENIS AKTIVITI

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan dalam kokurikulum sama ada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat menengah. Antara aktiviti tersebut ialah:

i. Olahraga Tahunan

ii. Lawatan

iii. Perkhemahan

iv. Rekreasi

v. Seminar/ Forum/ Dialog/ Persidangan

vi. Kawad

vii. Pesta kebudayaan

viii. Pameran

5.2.1PerkhemahanKini, hampir semua unit beruniform mengadakan perkhemahan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah seperti program motivasi, kursus-kursus dan perkhemahan tahunan unit beruniform semua melibatkan aktiviti perkhemahan. Aktiviti perkhemahan ini sama ada dilaksanakan 100% peserta tidur di dalam khemah atau di dalam calet atau sebagainya.

Pada tahun 1907, pergerakan pengakap mula-mula mempelopori aktiviti perkhemahan di Pulau Browsea, England. Perkhemahan dalam pengakap lebih dikenali dengan panggilan jambori. Jombori ini diadakan sama ada di peringkat daerah, negeri atau negara. Bahkan jambori ini diadakan sama ada di peringkat serantau (contohnya Asia Pasifik).

5.2.1Kejohanan OlahragaKebanyakan sekolah, sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah mengadakan kejohanan olahraga tahuanan. Kejohanan olahraga diadakan di peringkat daerah, negeri dan Negara. Secara amnya, terdapat tiga kategori permainan dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga, iaitu:

i. Sukaneka

Terutama dilaksanakan di sekolah rendah bagi pelajar tahap 1. Aktiviti yang dijalankan termasuklah lari dalam guni, bawa pundi kacang, peah belon dan sebagainya.

ii. Acara balapan

Permainannya adalah seperti 50 meter, 100 meter, 200 meter, 1000 meter, 4 x 50 meter, 4 x 200 meter, lompat berpagar dan sebagainya.

iii. Acara padang

Permainannya termasuklah lontar cakera, merenjam lembing, lontar tukul besi dan sebagainya.

5.2.3Lawatan

Lawatan merupakan satu kaedh pembelajaran yang sangat berfaedah kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung dari lawatan. Lawatan boleh dijalankan ke tempat-tempat seperti tempat bersejarah, tepi pantai, kilang perusahaan, institusi pendidikan, air terjun dan sebagainya.

Sebelum membuat sesuatu lawatan, seseorang guru perlu mengikuti beberapa prosedur seperti:

i. Mendapat kebenaran guru besar dan pengetua sekolah.

ii. Mengisi borang permohonan lawatan dan mengajukannya kepada JPN.

iii. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan di tempat yang bakal dilawat.

iv. Menguruskan pengangkutan dan penginapan.

v. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa.

vi. Mengadakan taklimat dan mengagihakan tugasan kepada peserta.5.2.4Rekreasi

Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Menurut Mohd Salleh Aman (2004), rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).

Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti, maka ia dilakukan demi penyertaan dan keseronokan.

Aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikal seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sahaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif maka ianya adalah aktiviti rekreasi.

Perbezaan antara rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Persatuan dan kelab di sekolah yang berteraskan rekreasi bertujuan:

(a) Menimbulkan rasa keseronokan dan kegembiraan di kalangan pelajar.

(b) Menghilangkan kebosanan, kepenatan fizikal dan mental akibat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran akademik semata-mata.

(c) Mengisi masa lapang dengan aktiviti terarah yang berfaedah dan bermanfaat.

(d) Mengembangkan dan meningkatkan bakat, kebolehan, kepimpinan, perasaan ingin tahu dan mencuba di kalangan pelajar.

(e) Mempereratkan tali persahabatan, kesefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar.

(f) Satu cara menyampaikan pendidikan informal di kalangan pelajar dengan melatih mereka supaya menjadi kuat, kental semangat dan sihat dari segi fizikal, jasmani dan mental melalui aktiviti, seperti berperahu, berbasikal, mengembara dan sebagainya.

(g) Melatih pelajar berdikari dan menceburkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi, seperti berkebun, memelihara binatang, membuat kraf tangan, lanskap dan seumpamanya.

(h) Mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertentu, seperti kemahiran dan pengetahuan mengenai memancing, alam sekitar dan lanskap.

5.2.5SeminarPada umumnya, seminar merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau professional. Seminar adalah kurang formal.

Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir dapat melibatkan diri secara aktif. Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal. Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan.

Seminar diadakan di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan bagi memdekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar yang dilakukan terdapat juga sesi pertanyaan dan debat.

5.2.6Forum

Forum ialah perjumpaan yang diadakan untuk perbincangan terbuka ataupun perbahasan tentang perkara yang menjadi kepentingan awam. Perbahasan ini biasanya dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara berpolemik berbahas dalam surat khabar atau dalam majalah.Biasanya setiap ahli forum boleh menyampaikan pandangan masing-masing tanpa mengambil kira berapa banyak pandangan mereka. Ini dapat mewujudkan polemik yang sihat mengenai keilmuan atau isu semasa dan seterusnya memupuk semangat polemik di kalangan cerdik pandai.Forum adalah berkesan bagi mereka yang mempunyai tujuan komuniti, perkumpulan, ataupun minat yang sama. Ahli forum bebas dalam pertukaran idea bagi mempermudahkan proses pembelajaran. 5.3 PROSEDUR MENGENDALIKAN AKTIVITI

Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangan penting untuk mencapai matlamat sesebuah persatuan.

Kejayaan sesuatu aktiviti bergantung pada perancangan, pelaksanaan dan pengendalian aktiviti tersebut dilaksanakan. Perancangan aktiviti bermaksud merancang, merangka, menyusun aktiviti dan menyelaras tugas yang telah dirancang. Mengendalian aktiviti pula bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.

Sebelum aktiviti dilaksanakan, Jawatankuasa Kerja Persatuan harus membuat perancangan untuk melaksanakan aktiviti. Tujuan mengadakan perancangan aktiviti ini adalah supaya aktiviti yang dirancang lebih menarik, bermanfaat dan mencapai matlamat penubuhan persatuan.

Antara langkah bagi merancang program dan aktiviti ialah :

1.Menyediakan kerja kertas

2.Mengadakan mesyuarat penyelarasan

3.Tindakan susulan persiapan awal dan pengagihan

tugas

4.Mengadakan mesyuarat susulan

5.Mengendalikan semua surat-menyurat

5.3.1 Menyediakan kertas KerjaKertas kerja merupakan cadangan dan perancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti, jawatakuasa yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas kerja atau perancangan. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam kertas kerja:

Pendahuluan

Objekif dan matlamat

Tema

Tarikh dan tempoh pelaksanaan

Tempat

Dif perasmian

Bilangan penyertaan dan kategori

Bayaran

Syarat-syarat penyertaan

Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kecil pelaksanaan

Perbelanjaan

Pendapatan

Penutup

Lampiran-lampiran5.3.2 Mengendalikan semua surat-menyurat

Surat-menyurat amat penting bagi persatuan di sekolah dan di luar institusi pendidikan dan kerap kali dilaksanakan. Seorang guru penasihat atau jurulatih sesebuah persatuan sentiasa mengutus surat-surat rasmi kepada pengetua/guru besar, persatuan induk, agensi-agensi sokongan/luar dan sebagainya. Antara surat-menyurat yang dilaksanakan oleh persatuan adalah seperti berikut: Surat siaran

Surat kebenaran ibu bapa

Permit pihak tertentu : Polis(perkhemahan,pengembaraan)

Jabatan Pengangkutan Jalan

Pesuruhjaya Daerah, Pegawai Penjaga (OC), Pengerusi Daerah

Peraturan keselamatan

5.4PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENELOLAANPeraturan dan langkah-langkah pengelolaan adalah penting dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti kokurikulum. Oleh itu, urusetia atau pentadbir atau jawatankuasa pengelola perlu memikirkan peraturan dan langkah-langkah sebelum pelaksanaan aktiviti bagi memastikan kejayaan aktiviti tersebut.

Terdapt tiga peringkat dalam semua peraturan dan langkah pengelolaan, iaitu:

i. Sebelum aktiviti dilaksanakan.

ii. Semasa aktiviti dilaksanakan.

iii. Selepas aktiviti dilaksanakan.5.3.1Sebelum Aktiviti DilaksanakanBeberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh urusetia atau jawatankuasa pengelolaan sebelum sesuatu aktiviti itu dilaksanakan. Antaranya ialah:

a) Senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan, contohnya Sukan Tahunan Sekolah.

b) Taklimat kepada peserta, contohnya dalam aktiviti perkhemahan:

i. Perkara yang perlu dibawa;

ii. Tingkah laku semasa aktiviti;

iii. Pakaian;

iv. Surat kebenaran ibu bapa;

v. Pengangkutan;

vi. Masa berlepas dan dijangka tiba;

vii. Keadaan tempat berkhemah/ berkelah/ melawat dan sebagainya.

c) Menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa, contohnya perkhemahan unit beruniform sekolah.

Bil.JawatankuasaBidang Tugas

1Komandan Kem Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan kursus, peserta dan semua jawatankuasa yang terlibat.

Mengendalikan taklimat kepada peserta.

2Setiausaha Mengurus semua urusan surat-menyurat dan bertulis yang berkaitan dengan kursus dan membantu Komandan Kem dalam urusan berkaitan.

Menyiapkan buku program.

3Bendahari Mengurus kutipan bayaran peseerta.

Mengurus semua pembayaran dan perkara yang terlibat dengan kewangan semasa kursus.

4Urusetia Memastikan perjalanan kursus berlangsung dengan baik dan tepat pada masa.

Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kerja.

Menyebarkan maklumat kepada peserta seperti peraturan pertandingan atau aktiviti.

Memastikan semua peralatan pertandingan cukup.

Memastikan setiap pertandingan mempunnyai hakim dan peserta mengikut setiap arahan pertandingan.

Menguruskan kebajikan peserta.

5Displin dan Keselamatan Memastikan keselamatan dan disiplin peserta dalam keadaan baik sepanjang kursus, contohnya semasa rehat, makan, solat, kuliah, ceramah dan sebagainya.

Mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pegawai dan petugas sepanjang aktiviti.

6Serantau dan Kain Rentang Menghubungi pihai media massa.

Menyiapkan kain rentang, poster dan sebagainya serta diletakkan di tempat yang sesuai sepanjang kursus berlangsung.

Menyelaras sidang akhbar (jika ada).

Menyelaras hebohan dan juruacara.

Menyelaras penerima hadiah atau cenderamata dengan urusetia atau ketua hakim.

7Aktiviti Kerohanian Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian termasuklah solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib.

Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap solat.

Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing.

8Pendaftaran Menguruskan pendaftaran peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta cukup sepanjang kursus.

Menentukan tempat duduk atau berkumpul bagi peserta dan pegawai semasa aktiviti dilaksanakan.

9Hadiah, Cenderahati dan Sijil Menyedia, mengurus dan menyusun cenderahati, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta.

Menyedia dan mengurus meja hadiah, sijil dan cenderahati serta dulang dan alasnya.

Menyelaras dengan urusetia atau ketua hakim keputusan bagi setiap pertandingan.

10Makanan dan minuman Mengurus makanan dan minuman peserta, guru, jemputan sepanjang kursus.

Membuat tempahan makanan dan minuman peserta dan jumputan sepanjang kursus.

Memastikan bekalan bahan mentah/memasak sampai tepat pada masa yang sepatutnya.

11Penginapan Mengurus penginapan peserta, urusetia, hakim dan jurulatih.

Bekerjasama dengan Jawatankuasa Keselamatan sepanjang kursus.

12Siar Raya Memastikan semua alatan siar raya berfungsi dengan baik sepanjang kursus.

13Lampu dan Electric Memastikan dawai dan lampu dipasang dan berfungsi dengan baik sepanjang kursus.

14Fotografi Mengambil foto yang perlu sepanjang kursus.

15Jurulatih Pasukan Memastikan setiap peserta faham danberlatih setiap acara yang dipertandingkan.

Melatih ahli-ahli pasukan dengan latihan yang secukupnya.

Mengisi boring pertandingan.

Memastikan semua peserta hadir semasa pertandingan.

16Hakim Menentukan dan menyelaraskan syarat-syarat pertandingan dengan urusetia, jurulatih, peserta/ketua peserta bagi setiap pertandingan.

Memastikan pengadil yang secukupny bagi setiap aktiviti pertandingan.

Memastikan epngadil hadir tepat pada setiap waktu pertandingan.

Menyediakan boring pemarkahan dan mengisi boring markah bagi setiap pertandingan.

Menyerahkan keputusan pertandingan kepada urusetia.

5.4.1.1Senarai SemakSenarai semak bagi sesuatu aktiviti sangat penting bagi menentukan tindakan yang dijalankan mengikut perancangan. Dengan ini, pihak sekolah dan jawatankuasa dapat mengesan masalah-masalah yang timbul dan tindakan yang belum dilaksanakan. Seterusnya, mereka dapat mengambil langkah-langkah mengatasi dengan segera. Berikut adalah contoh senarai semak bagi kursus kepimpinan.Jawatan/PerananTarikhTandakah () jik telah dilaksanakanCatatan

1. Komandan Kem

Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan kursus, peserta dan semua jawatankuasa yang terlibat.

Mengendalikan taklimat kepada peserta.

2. Setiausaha

Mengurus semua urusan surat-menyurat dan bertulis yang berkaitan dengan kursus dan membantu Komandan Kem dalam urusan berkaitan.

Menyiapkan buku program.

3. Bendahari

Mengurus kutipan bayaran peseerta.

Mengurus semua pembayaran dan perkara yang terlibat dengan kewangan semasa kursus.

4. Urusetia

Mesyuarat penyelarasan pertama.

Mesyuarat penyelarasan kedua.

Membuat surat pelantikan pegawai/ jurulatih/ pengadil.

Memastikan perjalanan pertandingan berlangsung dengan lancer dan tepat pada masanya.

Membuat jadual bertugas bagi Jawatankuasa Urusetia.

Membuka bilik gerakan/ urusetia.

Menyebarkan meklumat kepada peserta seperti peraturan pertandingan atau aktiviti.

Menyenarai dan menyediakan semua keperluan peserta dan hakim mencukupi.

Memastikan setiap pertandingan mempunnyai hakim dan peserta mengikut setiap arahan pertandingan.

Menguruskan kebajikan peserta.

5. Disiplin dan Keselamtan

Memberi taklimat kepada peserta mengenai peraturan perkhemahan.

Memberi taklimat kepada peserta/ mengenai jadual seperti semasa rehat, makan, solat, kuliah, ceramah dan sebagainya.

Mengadakan jadual bertugas bagi Jawatankuasa Kecil Disiplin dan Keselamatan.

6. Publisiti

Menghubungi pihak media massa.

Menyiapkan kain rentang, poster dan sebagainya.

Meletakkan kain rentang di tempat yang sesuai sepanjang kursus berlangsung.

Menyelaras sidang akhbar (jika ada).

Menyediakan jadual bagi bertugas memberi hebohan dan juruacara.

7. Kerohanian

Mengenal pasti dan melantik imam atau ketua agama.

Merancang dan melaksanakan semua aktiviti kerohanian termasuklah solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib.

Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap solat.

8. Pendaftaran

Mendapatkan nama setiap pasukan daripada jurulatih/ pengurus peserta.

Mendaftarkan peserta sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta cukup sepanjang pertandingan.

Menentukan tempat duduk atau berkumpul bagi peserta dan pegawai semasa aktiviti pertandingan dijalankan.

9. Hadiah, Cenderahati dan Sijil

Mengenal pasti jumlah hadiah, cenderahati dan sijil.

Membuat tempahan hadiah, cenderahati dan sijil.

Mengambil hadiah, cenderahati dan sijil.

Membungkus hadiah dan cenderahati.

Menyedia dan menguruskan meja hadiah, sijil dan cenderahati serta dulang dan alasnya.

Mengurus dan menyusun cenderahati, hadiah dan sijil yang berkaitan mengikut urutan penerima.

10. Makanan dan Minuman

Mengenal pasti menu sepanjang perkhemahan.

Menempah bekalan makanan secukupnya berdasarkan keramaian pelajar dan bajet.

Mengedarkan makanan kepada semua peserta, pegawai dan hakim.

Memasak makanan (jika perlu).

11. Penginapan

Mengenal pasti tempat.

Membuat tempahan penginapan sesuai dengan bilangan peserta dan pegawai.

Menentukan penginapan peserta dan pegawai mengikut jantina.

Mengawal selia penginapan peserta dan pegawai.

Menyerahkan kunci dan sebagainya kepada peserta dan pegawai.

12. Siar Raya

Menyediakan alat siar raya.

Memasangkan alat siar raya.

Memastikan semua alat siar raya berfungsi dengan baik sepanjang kursus.

13. Kemudahan Elektrik

Menyediakan dawai elektrik dan lampu secukupnya.

Memasangkan dawai dan lampu.

Menyediakan tugas bagi jawatankuasa sepanjang pertandingan supaya mengawasi elektrik agar sentiasa berfungsi.

14. Fotografi

Mengambil foto sepanjang kursus (jika perlu).

15. Jurulatih Pasukan

Melatih peserta

Memberi taklimat kepada peserta mengenai peraturan dan syarat pertandingan.

Mengisi boring pertandingan.

Memastikan semua peserta hadir semasa pertandingan.

Memberi sokongan moral kepada peserta.

16. Hakim

Menentukan dan menyelaraskan syarat-syarat pertandingan dengan urusetia, jurulatih, peserta/ketua peserta bagi setiap pertandingan.

Memastikan pengadil yang secukupny bagi setiap aktiviti pertandingan.

Memastikan epngadil hadir tepat pada setiap waktu pertandingan.

Menyediakan boring pemarkahan dan mengisi boring markah bagi setiap pertandingan.

Menyerahkan keputusan pertandingan kepada urusetia.

5.4.2Semasa Aktiviti DilaksanakanSemasa pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertandingan, pihak urusetia atau Komandan Kem berperanan penting dalam memastikan beberapa langkah keselamatan. Antaranya ialah:

i. Memastikan tempat dan peralatan aktiviti/ pertandingan selamat digunakan oleh peserta dan pegawai.

ii. Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat pertandinga.

iii. Mengedarkan boring pemarkahan kepada pengadil/ hakim.

iv. Memastikan semua peserta melapor diri kepada pengurus peserta.

v. Menyediakan peralatan pertandingan, aktiviti yang secukupnya bagi setiap acara atau aktiviti.

vi. Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.

vii. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap aktiviti/ pertandingan.

viii. Memberi taklimat kepada peserta mengenai acara, syarat pertandingan atau aktiviti dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil tindakan oleh setiap peserta.

5.4.3Selepas Aktiviti DilaksanakanSelepas aktiviti dilaksanankan, penganjur atau urusetia atau Pengerusi Jawatankuasa Pengelola perlu memastikan beberapa perkara diselesaikan. Antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan selepas sesuatu aktiviti dilakasanakan ialah:

i. Membersihkan kawasan yang digunakan.

ii. Membayar semua bil dan pembelanjaan.

iii. Memastikan barang-barang/ peralatan yang dibawa cukup.

iv. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan.

v. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal.

vi. Memastikan semua peralatan tidak tercicir di tempat aktiviti.

vii. Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta.

viii. Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan dan laporan-laporan lain yang difikirkan perlu.

ix. Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang member sumbangan dan kerjasama seperti penceramah, jurulatih, penaja dan sebagainya.

5.5PENILAIAN DAN PELAPORANSelepas sesuatu aktiviti telah dilaksanakan, setiausaha jawatankuasa memanggil mesyuarat post-mortem bagi membincangkan aktiviti yang baru dijalankan. Melalui mesyuarat ini, maklum balas akan diberi oleh jawatankuasa lain dan maklum balas tersebut akan digunakan sabagai sempadan dan panduan begi melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Menurut Vasudevan (1987) menyatakan bahawa penilain bagi sesuatu aktiviti pentadbiran yang telah diadakan adalah untuk:

a) memastikan sejauh mana objektif dan matlamat tercapai

b) memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti atau program tersebut

c) mengetahui keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap jawatankuasa

d) menentukan jumlah program atau aktiviti yang dijalankan berbanding jumlah yang disarankan

e) menggalakan jawantakuasa menyesuai dan membaiki proses serta langkah-langkah melaksanakan tugas

f) tentukan sama ada semua operasi dijalankan mengikut rancangan yang telah diatur supaya dapat membaiki kelemahan dan kegiatan yang tidak sempadan

g) menyemak pencapaian pentadbiran

Walau bagaimanapun, penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Penilaian secara formal dijalankan dengan menggunakan pengedaran borang soal selidik yang telah disediakan kepada para peserta yang terlibat untuk mendapat maklum balas. Manakala bagi penilaian secara tidak formal pula boleh dilakukan dengan perbuatan yang tidak distruktur dan tidak dirancang sama ada dilakukan semasa (penilaian) atau selepas tugas (penilaian).

5.5.1 Mesyuarat Post-mortemSetiap jawatankuasa kecil perlu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas jawatankuasa mereka. Kadang-kala meraka juga boleh mengadakan mesyuarat ini secara tidak formal apabila diperlukan. Akan tetapi, mesyuarat ini hanyalah melibatkan aktiviti-akiviti persatuan kecil.

Melalui mesyuarat Post-mortem, perkara yang biasanya akan disentuh adalah tenggungjawab jawantankuasa kecil tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan lancar. Tambahan pula, jawatankuasa kecil ini juga boleh membincangkan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti, masalah yang dihadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat umum dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang telah dilaksanakan. Selepas, mesyuarat Post-mortem ini diadakan, keputusan mesyuarat dan laporan yang bertulis perlu dihantar kepada setiausaha untuk laporan keseluruhan aktiviti.

Selain daripada itu, setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa untuk bermesyuarat Post-mortem serentak bagi membincangkan pekara-pekara seperti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti dan pencapaian objektif bagi aktiviti yang telah diadakan untuk menambahbaikkan pelaksanaan aktiviti yang sama pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, setiausaha akan mencatat pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya daripada jawantankuasa yang hadir mengenai aktivit yang telah diadakan. Selapas itu, setiausaha akan membuat laporan aktiviti untuk dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan.

Namum, didapati bahawa terdapat sesetengah sekolah rendah atau sekolah menengah jarang mangadakan mesyuarat Post-mortem selepas aktiviti dan ini merupakan salah satu amalan yang tidak patut dipraktikkan oleh persatuan. Jadi, untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelaksanaan aktiviti menjadi lebih berkesan dan efektif, mesyuarat Post-mortem haruslah diadakan supaya pandangan daripada ahli dapat diketengahkan. Dengan ini, kekurangan semasa pelaksanaan aktiviti dapat diatasi dan diambil secara tepat; dan pada masa yang sama juga kekuatan aktiviti tersebut akan diteruskan untuk aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.

5.5.2 Menyediakan Laporan AktivitiApabila mendapat maklum balas sama ada secara formal atau tidak formal mengenai pelaksanaan aktiviti, pengerusi, setiausaha atau setiap jawatankuasa kecil perlu membuat laporan bertulis kepada setiuasaha. Seterusnya setiuasaha perlu membuat laporan keseluruhan yang telah dilaksanakan. Antara kandungan yang perlu wujud dalam laporan yang disediakan termasuklah:

a) Pendahuluan

b) Tarikh dan masa

c) Tempat

d) Bilangan penyertaan (peserta/jurulatih/pengawai)

e) Tetamu yang hadir (VIP)

f) Tetamu yang merasmikan (VVIP)

g) Jawatankuasa kerja dan Jawatankuasa Kecil26