pengaruh teknologi dalam pelaksanaan pendidikan awal

1
Pengaruh Teknologi dalam Pelaksanaan Pendidikan Awal Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar. Menurut Sharples (2000), proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat global dan sepanjang hayat. Lahirnya kepelbagaian teknologi komunikasi dan maklumat telah mempengaruhi sistem pendidikan di mana-mana sahaja negara. Keupayaan teknologi yang mampu berinteraksi dengan pengguna membolehkan pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja. Di Malaysia pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi mula merencam dalam dunia pendidikan, Pada tahun 1990 pengenalan subjek komputer mula di tawarkan di beberapa Universiti Awam. Sejak dari itu wujudlah berbagai jenis sekolah yang mengadaptasi teknologi maklumat sebagai bahan bantu mengajar yang utama seperti sekolah bestari. Kemuncak kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan rendah secara besar-besaran bermula apabila Progam Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. Sungguhpun begitu, pelbagai dasar Kementerian Pelajaran dilihat menemui kegagalan apabila input yang diharapkan tidak mendatangkan kesan yang positif. Salah satu sebab kegagalan ini adalah disebabkan kos penyediaan insfranstuktur peralatan teknologi maklumat dan bekalan elektrik amatlah tinggi. Sehingga akhir perlaksanaan PPSMI, kemudahan teknologi maklumat dan bekalan elekterik masih tidak dapat dinikmati sesetengah sekolah. Walaupun begitu impak yang ditinggalkan oleh program PPSMI ini begitu ketara sekali terutanya dalam hal penyampaian isi pelajaran kerana progam PPSMI menitikberatkan soal penggunaan perisian kursus sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Berbekalkan peralatan sedia ada dan diperkasakan lagi dengan dasar memperkasakan sekolah aliran perdana, penggunaan BBM dan BBB yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.

Upload: mfaeez-fiz

Post on 02-Oct-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bagaimana kemajuan teknologi merubah pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid

TRANSCRIPT

Pengaruh Teknologi dalam Pelaksanaan Pendidikan Awal

Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar. Menurut Sharples (2000), proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat global dan sepanjang hayat. Lahirnya kepelbagaian teknologi komunikasi dan maklumat telah mempengaruhi sistem pendidikan di mana-mana sahaja negara. Keupayaan teknologi yang mampu berinteraksi dengan pengguna membolehkan pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja.

Di Malaysia pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi mula merencam dalam dunia pendidikan, Pada tahun 1990 pengenalan subjek komputer mula di tawarkan di beberapa Universiti Awam. Sejak dari itu wujudlah berbagai jenis sekolah yang mengadaptasi teknologi maklumat sebagai bahan bantu mengajar yang utama seperti sekolah bestari. Kemuncak kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan rendah secara besar-besaran bermula apabila Progam Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003.

Sungguhpun begitu, pelbagai dasar Kementerian Pelajaran dilihat menemui kegagalan apabila input yang diharapkan tidak mendatangkan kesan yang positif. Salah satu sebab kegagalan ini adalah disebabkan kos penyediaan insfranstuktur peralatan teknologi maklumat dan bekalan elektrik amatlah tinggi. Sehingga akhir perlaksanaan PPSMI, kemudahan teknologi maklumat dan bekalan elekterik masih tidak dapat dinikmati sesetengah sekolah.

Walaupun begitu impak yang ditinggalkan oleh program PPSMI ini begitu ketara sekali terutanya dalam hal penyampaian isi pelajaran kerana progam PPSMI menitikberatkan soal penggunaan perisian kursus sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Berbekalkan peralatan sedia ada dan diperkasakan lagi dengan dasar memperkasakan sekolah aliran perdana, penggunaan BBM dan BBB yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi diutamakan.