pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum ... · pdf file1 pengaruh sokongan...

15
1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID Mohanaraju Annamalai ([email protected]) IPG Kampus Pulau Pinang Ahmad Tajuddin Othman ([email protected]) Abdul Ghani Kanesan Abdullah ([email protected]) Universiti Sains Malaysia Abstrak: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid.Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap dan pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid berdasarkan kumpulan minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai. Terdapat dua kumpulan murid iaitu Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminat. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif. Responden untuk soal selidik adalah seramai 836 orang murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia.Data kajian dikumpul berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah dibina oleh penyelidik. Instrumen yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .89. Datadianalisis menggunakan program Statistics Package for the Social Sciences Version 17.0 (SPSS/17.0).Ujian statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif manakala analisis inferensi digunakan untuk menguji objektif-objektif kajian.Dapatan kajian menunjukkan min variabel sokongan keluarga dalam Kumpulan Berminat berada pada tahap tinggi sementara dalam Kumpulan Tidak Berminat berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap kemahiran insaniah murid amat ketara dalam Kumpulan Tidak Berminat berbanding dengan Kumpulan Berminat. Kata kunci: Sokongan keluarga, penglibatan kokurikulum dan kemahiran insaniah. 1.0 PENDAHULUAN Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan tanggapan bahawa semua murid harus mempunyai keseimbangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani. Kokurikulum dikatakan sebagai pelengkap kepada kurikulum dan dapat membantu potensi pembangunan diri individu (Adnan Kamis, 1993; Teng Boon Tong, 1984; Vasudevan T. Arosoo,1988). Menurut Mohd Najib (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani murid. Sokongan keluarga didefinisikan sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti (Anderson, Funk, Elliott & Hull Smith, 2003).Tetapi definisi yang sering dirujuk adalah bantuan yang diberikan kepada anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan rasa tidak bahagia. Hal ini kerana bantuan keluargaadalah salah satu cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka (Prafulla Kumar Das & Sangita Patnaik, 2007). Sokongan keluarga merupakan salah satu jalan untuk merapatkan hubungan di antara anak-anak dengan ibu bapa secara fizikal dan psikologi. Oleh itu, ia juga mungkin melibatkan pengawalan ibu bapa terhadap anak-anak yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan tingkah laku atau perkembangan sosial dan intelektual (Das & Patnaik, 2007). Untuk menyokong penyertaan anak-anak mereka serta memenuhi harapan mereka sendiri, ibu bapa akan memikul tanggungjawab untuk memberikan

Upload: lydiep

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

1

PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN

KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN

KEMAHIRAN INSANIAH MURID

Mohanaraju Annamalai ([email protected])

IPG Kampus Pulau Pinang

Ahmad Tajuddin Othman ([email protected])

Abdul Ghani Kanesan Abdullah ([email protected])

Universiti Sains Malaysia

Abstrak: Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh sokongan keluarga dalam

penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid.Objektif kajian

ini ialah untuk mengetahui tahap dan pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan

kokurikulum sekolah terhadap pencapaian kemahiran insaniah murid berdasarkan kumpulan

minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai. Terdapat dua kumpulan murid iaitu

Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminat. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan

ialah penyelidikan deskriptif. Responden untuk soal selidik adalah seramai 836 orang murid

tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah yang terdapat di utara Semenanjung

Malaysia.Data kajian dikumpul berdasarkan kepada instrumen kajian yang telah dibina oleh

penyelidik. Instrumen yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .89.

Datadianalisis menggunakan program Statistics Package for the Social Sciences Version 17.0

(SPSS/17.0).Ujian statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif manakala analisis inferensi

digunakan untuk menguji objektif-objektif kajian.Dapatan kajian menunjukkan min variabel

sokongan keluarga dalam Kumpulan Berminat berada pada tahap tinggi sementara dalam

Kumpulan Tidak Berminat berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan kepada dapatan

kajian, pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap kemahiran

insaniah murid amat ketara dalam Kumpulan Tidak Berminat berbanding dengan Kumpulan

Berminat.

Kata kunci: Sokongan keluarga, penglibatan kokurikulum dan kemahiran insaniah.

1.0 PENDAHULUAN

Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan tanggapan bahawa

semua murid harus mempunyai keseimbangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani.

Kokurikulum dikatakan sebagai pelengkap kepada kurikulum dan dapat membantu potensi

pembangunan diri individu (Adnan Kamis, 1993; Teng Boon Tong, 1984; Vasudevan T.

Arosoo,1988). Menurut Mohd Najib (2007), aktiviti kokurikulum dapat membekalkan

pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani murid.

Sokongan keluarga didefinisikan sebagai persepsi anak mengenai betapa baik ibu bapa

mendorong anak-anak bagi pemilihan dan penglibatan aktiviti (Anderson, Funk, Elliott &

Hull Smith, 2003).Tetapi definisi yang sering dirujuk adalah bantuan yang diberikan kepada

anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan rasa tidak bahagia. Hal ini kerana bantuan

keluargaadalah salah satu cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak

mereka (Prafulla Kumar Das & Sangita Patnaik, 2007). Sokongan keluarga merupakan salah

satu jalan untuk merapatkan hubungan di antara anak-anak dengan ibu bapa secara fizikal dan

psikologi. Oleh itu, ia juga mungkin melibatkan pengawalan ibu bapa terhadap anak-anak

yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan tingkah laku atau perkembangan sosial

dan intelektual (Das & Patnaik, 2007). Untuk menyokong penyertaan anak-anak mereka serta

memenuhi harapan mereka sendiri, ibu bapa akan memikul tanggungjawab untuk memberikan

Page 2: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

2

motivasi secara berterusan, membuat penilaian dan memberi dorongan kepada anak-anak

mereka (Stein, Raedeke & Glenn, 1999; Woolger, 1993).

Minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberi perhatian

terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan (Syarifah Alawiyah, 1983).Tumpuan

terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan

mengambil berat terhadapnya. Witherington (1986) berpendapat bahawa minat adalah

kesedaran individu pada sesuatu, seseorang, sesuatu soal atau situasi yang bersangkut paut

dengan dirinya. Kalau tidak ada kesedaran individu pada sesuatu objek, maka minat tidak

akan ada pada objek tersebut.Walgito (1983) menyatakan bahawa minat merupakan suatu

keadaan di mana seseorang mempunyai perhatian yang lebih cenderung terhadap suatu objek

dan penglibatan lebih aktif berbanding dengan objek yang lain. Menurut Laiton (dalam

Hansen, 1984), minat didefinisikan sebagai kesukaan atau ketidaksukaan terhadap sesuatu hal.

Dengan kata lain, minat tersebut dapat dilihat berdasarkan adanya perbezaan rasa suka

terhadap sesuatu hal, pekerjaan, tugas atau kegiatan. Menurut Effendi (1985), minat adalah

kecenderungan yang timbul apabila individu tertarik kepada sesuatu kerana sesuai dengan

kehendak atau merasa bahawa sesuatu yang akan dipelajari bermakna bagi dirinya.

Kemahiran generik atau sekarang ini lebih popular dikenali sebagai kemahiran

insaniah, merupakan satu set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan pembentukan

insan supaya seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan

pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu kemahiran insaniah dapat

dihuraikan sebagai kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semula jadi atau dilatih

seperti kemahiran interpersonal, komunikasi, menyelesaikan masalah, menggunakan idea dan

teknik matematik dan lain-lain lagi. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang

khusus tentang kemahiran insaniah tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti

kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Menyedari kepentingan kokurikulum, kerajaan telah mengambil beberapa

langkah untuk menjayakan perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Langkah pertama yang

diambil adalah mendefinisikan maksud kegiatan kokurikulum ini. Melalui Warta Kerajaan

bertarikh, 28hb. Disember, 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, telah

mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh

31hb. Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan N0.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta

Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum

seperti yang berikut:

“Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang

memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”

Dengan definisi ini maka semua pihak akan mengetahui erti sebenar kegiatan

kokurikulum ini. Selanjutnya kerajaan juga telah mengkategorikan semua aktiviti yang

terdapat dalam kokurikulum ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei, 1998, Jilid

42.No.11 Tambahan No.41 Perundangan P.U(A)196. Berdasarkan warta ini pihak sekolah

boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

Page 3: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

3

1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

2. Hobi dan rekreasi;

3. Sukan dan Permainan;

4. Badan beruniform; atau

5. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Ramlan Abdul Wahab (2004), telah menggariskan lima langkah yang diambil oleh kerajaan

dalam pelaksanaan dasar utama kokurikulum.

1. Langkah yang pertama adalah menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai

sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

2. Langkah kedua adalah untuk mewajibkan penyertaan murid dalam kegiatan

kokurikulum sekolah.

3. Langkah ketiga dalam adalah mewajibkan semua guru sebagai penjawat awam

dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah.

4. Langkah keempat adalah untuk merancang segala aktiviti kokurikulum dengan

rapi dan mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum

kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.

5. Langkah kelima adalah untuk melaksana aktiviti kokurikulum berprinsipkan

penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi

memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.

Di samping dasar-dasar utama, terdapat juga dasar-dasar sokongan yang telah

diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan kegiatan

kokurikulum dalam sistem pendidikan negara. Hal ini secara tidak langsung telah

mempergiatkan kegiatan kokurikulum di sekolah serta memberi manfaat kepada murid-murid

yang berminat dan teruja untuk menyertainya. Seperti memperuntukkan markah 10 peratus

daripada aktiviti kokurikulum bagi kemasukan untuk program diploma dan ijazah muda di

universiti awam bagi sesi akademik 2007/ 2008.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang telah diwajibkan kepada setiap murid di

sekolah rendah dan menengah. Aktiviti kokurikulum ini dianggap penting sebagai alat untuk

memenuhi hasrat dasar pendidikan kebangsaan iaitu perpaduan dan integrasi nasional dalam

kalangan generasi muda. Aktiviti kokurikulum juga memberi penekanan kepada kemahiran

insaniah yang dapat menyemaikan sifat-sifat dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Untuk menjayakan dasar kerajaan, pihak pentadbir sekolah haruslah memastikan

penglibatan menyeluruh murid dalam aktiviti kokurikulum ini. Berdasarkan kepada

kemudahan fizikal dan kepakaran tenaga pengajar, pihak pentadbir sekolah hanya akan

menawarkan beberapa bidang kokurikulum di sekolah mereka. Setiap murid akan dibahagikan

kepada bidang kokurikulum ini berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Hal ini

mewujudkan beberapa masalah. Masalah yang amat ketara adalah pembahagian ini tidak

dibuat berdasarkan kepada kemampuan dan berdasarkan minat murid- murid. Murid-murid

yang berminat dalam sesuatu bidang tidak ditawarkan bidang tersebut. Sementara itu murid

yang tidak berminat dalam kokurikulum dipaksa untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum ini.

Hal ini akan menyebabkan pelbagai masalah dalam keberkesanan pelaksanaan aktiviti

Page 4: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

4

kokurikulum tersebut. Mohamad Nor (1982) telah mencadangkan supaya pembahagian dalam

bidang kokurikulum dibuat mengikut kemampuan dan minat murid-murid.

Sehubungan itu satu kajian untuk mengenal pasti faktor minat dalam penglibatan

kokurikulum sekolah adalah perlu. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji

pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan kokurikulum sekolah terhadap pencapaian

kemahiran insaniah murid berdasarkan kepada kumpulam minat murid. Dua kumpulan murid

dibentukan di dalam kajian ini iaitu Kumpulan Berminat yang terdiri daripada murid-murid

yang berminat kokurikulum sekolah dan Kumpulan Tidak Berminat yang terdiri daripada

murid-murid yang tidak minat langsung kokurikulum sekolah.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

i. Mengkaji tahap penglibatan dalam badan beruniform sekolah mengikut

kumpulan minat murid.

ii. Mengkaji tahap sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform

sekolah mengikut kumpulan minat murid.

iii. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam badan beruniform sekolah

terhadap kemahiran komunikasi mengikut kumpulan minat murid.

iv. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform

sekolah terhadap kemahiran kepimpinan mengikut kumpulan minat

murid.

v. Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan dalam badan

beruniform sekolah terhadap kemahiran kerja berpasukan mengikut

kumpulan minat murid.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan daripada kajian diharap akan dapat memberi input dan membantu pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang strategi-

strategi yang berkesan. Tindakan yang sewajarnya haruslah diambil oleh pihak-pihak ini

untuk memastikan pembahagian bidang kokurikulum dapat dijalankan dengan sebaik yang

mungkin agar kemahiran insaniah diterapkan dalam bidang kokurikulum berada pada tahap

yang tinggi sejajar dengan harsat kerajaan. Di samping dapatan kaji ini akan memberi input

yang berguna kepada ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka dalam

penglibatan kokurikulum sekolah.

1.5 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini adalah tertumpu kepada sampel yang terdiri daripada 836 orang murid

tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah yang terdapat di utara Semenanjung

Malaysia. Kajian ini memfokuskan untuk membuat analisis perbandingan dalam penglibatan

dalam badan beruniform sekolah sahaja. Rasional untuk memilih badan beruniform ini adalah

kerana penglibatan dalam badan beruniform sekolah diberi lebih penekanan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam penilaian aktiviti sepuluh peratus markah kokurikulum sekolah

menengah.

Page 5: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

5

Kajian ini juga tertumpu kepada tiga kemahiran insaniah sahaja. Kemahiran-

kemahiran insaniah yang dikaji adalah seperti berikut:

i. Kemahiran komunikasi

ii. Kemahiran kepimpinan

iii Kemahiran kerja berpasukan

2.0 SOROTAN LITERATUR

Goodge (1988) mentakrifkan bahawa keluarga sebagai satu kelompok sosial yang

tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan

menambah zuriat. Ahli-ahli sosiologi telah mendapati bahawa dengan sokongan tinggi

daripada keluarga, murid-murid akan mencapai tahap prestasi yang tinggi (Seginer, 1983).

Hubungan keluarga adalah sumber penting yang mempengaruhi harga diri dan kepuasan

hidup bagi kanak-kanak lelaki dan juga perempuan (Barber & Lyons, 1994; Conger, Conger

& Scaramella, 1997).

Sokongan keluarga telah didefinisikan dengan cara yang berbeza oleh penyelidik-

penyelidik. Anderson et al. (2003) telah mendefinisikan sokongan keluarga sebagai persepsi

anak mengenai betapa baik ibu bapa dalam mendorong anak-anak bagi pemilihan dan

penglibatan aktiviti. Tetapi definisi yang sering dirujuk adalah bantuan yang diberikan kepada

anak-anak untuk meredakan tekanan mental dan rasa tidak bahagia. Hal ini kerana ia

merupakan salah satu cara di mana ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka

(Das & Patnaik, 2007). Namun, cara mereka melakukan hal ini bergantung kepada keadaan

fizikal anak-anak dan keupayaan psikologi serta kemampuan penjagaan ibu bapa.

Sokongan keluarga merupakan salah satu jalan untuk merapatkan hubungan antara

anak-anak dengan ibu bapa secara fizikal dan psikologi. Oleh itu, sokongan keluarga juga

mungkin melibatkan pengawalan ibu bapa terhadap anak-anak yang memerlukan bantuan

dalam mengembangkan tingkah laku atau perkembangan sosial dan intelektual (Das &

Patnaik, 2007). Untuk menyokong penyertaan anak-anak mereka serta memenuhi harapan

mereka sendiri, ibu bapa akan memikul tanggungjawab untuk memberikan motivasi secara

berterusan, membuat penilaian dan memberi dorongan kepada anak-anak mereka (Stein,

Raedeke & Glenn, 1999; Woolger, 1993).

Gaya keibubapaan juga mempengaruhi faktor sokongan kepada anak-anak. Baumrind

(1971, 1991) telah mengenal pasti empat gaya keibubapaan berdasarkan dua aspek tingkah

laku ibu bapa iaitu kawalan dan perasaan. Kawalan ibu bapa merujuk kepada darjah dimana

ibu bapa menguruskan tingkah laku anak-anak mereka dalam aspek mengawal tatacara

beberapa peraturan dan tuntutan. Perasaan ibu bapa pula merujuk kepada tahap dimana ibu

bapa menerima dan memberi responsif terhadap tingkah laku anak-anak mereka berbanding

dengan perasaan menolak dan tidak responsif. Apabila kedua-dua aspek tingkah laku ibu bapa

ini digabungkan dengan cara yang berbeza maka wujudlah empat gaya keibubapaan yang

utama iaitu autoritarian, autoritatif, permisif dan ketidaklibatan (Darling, 1999).

Selain gaya keibubapaan, faktor yang amat penting dalam memberi sokongan kepada

anak-anak adalah penglibatan ibu bapa bersama dengan anak-anak mereka dalam sesuatu

aktiviti. Penglibatan ibu bapa digambarkan sebagai sejauh mana ibu bapa komited terhadap

peranannya sebagai ibu bapa dalam membina perkembangan kanak-kanak secara optimum

(Maccoby & Martin, 1983). Penglibatan ibu bapa boleh dijuruskan kepada aspek kognitif,

tingkah laku dan motivasi pembelajaran anak-anak (Seginer & Vermulst, 2002). Penglibatan

Page 6: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

6

ibu bapa ini sering terdiri daripada kegiatan berikut: sukarelawan di sekolah, berkomunikasi

dengan guru atau kakitangan sekolah, membantu dalam kegiatan akademik di rumah,

menghadiri acara-acara sekolah, mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru serta perbincangan

ibu bapa dan guru. Bagi murid sekolah menengah dan tinggi, perbincangan antara ibu bapa

dengan remaja tentang sekolah dan rancangan masa depan mereka juga didefinisikan sebagai

penglibatan ibu bapa dalam akademik (Hill & Taylor, 2004).

Menurut Hill dan Taylor (2004), terdapat dua mekanisme utama yang

mempromosikan prestasi dengan penglibatan ibu bapa. Mekanisme yang pertama ialah

meningkatkan modal sosial dan mekanisme yang kedua adalah kawalan sosial. Peningkatkan

modal sosial merujuk pada kemahiran dan pengetahuan yang ada pada ibu bapa yang boleh

membantu anak-anak mereka dalam kegiatan sekolah. Sebagai ibu bapa yang terlibat dalam

membina hubungan dengan guru dan pengelola sekolah, mereka akan belajar untuk

mendapatkan maklumat penting tentang harapan sekolah. Ibu bapa juga boleh berkongsi

maklumat dan wawasan tentang dasar dan amalan sekolah dengan ibu bapa lain. Baker dan

Stevenson (1986) mendapati bahawa ibu bapa yang terlibat dapat mengembangkan strategi

yang lebih kompleks bekerjasama dengan sekolah untuk meningkatkan prestasi anak-anak

mereka. Kawalan sosial merupakan mekanisme kedua untuk mempromosikan prestasi melalui

penglibatan ibu bapa (Hill & Taylor, 2004). Kawalan sosial berlaku apabila keluarga dan

sekolah bekerjasama dan bersependapat tentang tingkah laku yang boleh dikomunikasikan

secara efektif kepada anak-anak di rumah dan juga di sekolah (McNeal, 1999).

3.0 METODOLOGI

Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.

Item-item soal selidik dibina berdasarkan kefahaman dan definisi operasional setiap variabel

serta dimensi-domensinya selepas membuat sorotan literatur.Item-item yang dibina oleh

penyelidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu.86. Responden kajian terdiri

daripada 836 orang murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah menengah di utara

Semenanjung Malaysia. Responden dipilih menggunakan teknik pensampelan secara rawak.

Data-data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 17.0.

Statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan min dan sisihan piawai manakala

statistik inferens digunakan untuk menganalisis perbezaan antara variabel untuk memenuhi

objektif yang telah ditetapkan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil analisis deskriptif kumpulan minat murid secara keseluruhan menunjukkan

seramai 455 (54.4%) murid berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah dan seramai

381 (45.6%) murid tidak berminat langsung dalam aktiviti badan beruniform.

Jadual 4.1 : Bilangan kumpulan minat mengikut variabel demografi

Ciri-ciri Demografi Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

f % f %

Lokasi

Bandar 240 52.7 186 48.8

Luar Bandar 215 47.3 195 51.2

Page 7: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

7

Gender

Lelaki 223 49.0 188 49.3

Perempuan 232 51.0 193 50.7

Ras

Melayu 251 55.2 200 52.5

Cina 124 27.3 139 26.5

India 73 16.0 36 9.4

Lain-lain 7 1.5 6 1.6

Pendapatan Bulanan

Bawah RM 1500.00 265 58.2 216 56.7

RM 1501.00 – RM 3000.00 133 29.2 101 26.5

Melebihi RM 3000.00 57 12.5 64 16.8

Jadual 4.1 juga menunjukkan bilangan kumpulan berminat mengikut variabel

demografi. Berdasarkan kepada lokasi, kumpulan murid yang berminat dalam aktiviti badan

beruniform sekolah adalah lebih tinggi di bandar iaitu 240 (52.7%) orang berbanding dengan

di luar bandar iaitu seramai 215 (47.3%) orang. Bagi murid yang tidak berminat langsung

dalam badan beruniform bilangan di luar bandar adalah lebih tinggi iaitu seramai 195 (51.2%)

orang berbanding di bandar iaitu seramai 186 (48.8%) orang.

Berdasarkan kepada gender pula, kumpulan murid perempuan yang berminat dalam

aktiviti badan beruniform sekolah lebih tinggi iaitu 232 (51.0%) orang berbanding dengan

murid lelaki iaitu seramai 223 (49.1%). Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam

badan beruniform bilangan murid perempuan adalah lebih tinggi iaitu seramai 193 (50.7%)

orang berbanding dengan murid lelaki seramai 188 (49.3%) orang.

Berdasarkan kepada ras, murid Melayu yang mendahului murid Cina, India dan lain-

lain ras dalam kedua-dua kumpulan. Dalam kumpulam murid berminat dalam aktiviti badan

beruniform sekolah murid Melayu adalah seramai 251 (55.2 peratus) orang di ikuti murid

Cina seramai 124 (27.3 peratus) orang, murid India 73 (16.0 peratus) orang dan lain-lain 7

(1.5 peratus) orang. Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform

bilangan murid Melayu adalah seramai 200 (52.5 peratus) orang di ikuti murid Cina seramai

139 (36.5.3 peratus) orang, murid India 73 (9.4 peratus) orang dan lain-lain 6 (1.6 peratus)

orang.

Akhir sekali berdasarkan pendapatan bulanan keluarga, dalam kumpulam murid

berminat dalam aktiviti badan beruniform sekolah dan mereka dapat menganggotai dalam

badan beruniform yang mereka minati, murid berpendapatan keluarga bawah RM 1500.00

sebulan adalah seramai 265 (58.2 peratus) orang dikuti murid berpendapatan keluarga dari

RM 1500.00 hingga RM 3 000.00 sebulan adalah seramai 133 (29.2 peratus) orang dan murid

berpendapatan keluarga atas RM 3 000.00 sebulan adalah seramai 57 (12.5 peratus) orang.

Bagi murid yang tidak berminat langsung dalam badan beruniform bilangan murid yang

berpendapatan bawah RM 1500.00 sebulan adalah seramai 216 (56.7 peratus) orang dikuti

murid yang berpendapatan keluarga dari RM 1500.00 hingga RM 3 000.00 sebulan seramai

101 (26.5 peratus) orang dan murid yang berpendapatan keluarga atas RM 3 000.00 sebulan

adalah seramai 64 (16.8 peratus) orang.

Page 8: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

8

4.1 Tahap Penglibatan Dalam Badan Beruniform Sekolah

Secara keseluruhan dalam kajian ini telah menggunakan skala Likert lima mata.

Menurut Leithwood, Jantzi dan Steinback (1999), penetapan tahap skala 1 hingga 5 adalah

seperti berikut: iaitu jika skor min di antara "1.00 hingga 1.80" dikategorikan sebagai tahap

sangat rendah; skor min "1.81 hingga 2.60" dikategorikan sebagai tahap rendah; skor min

"2.61 hingga 3.40" dikategorikan tahap sederhana; skor min "3.41 hingga 4.20" dikategorikan

sebagai tahap tinggi dan skor min "4.21 hingga 5.00" dikategorikan sebagai tahap sangat

tinggi.

Jadual 4.2 menunjukkan min penglibatan mengikut kumpulan minat murid. Variabel

penglibatan, min Kumpulan Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingakan dengan min

Kumpulan Tidak Berminat. Min variabel penglibatan bagi Kumpulan Berminat adalah 2.97

berbanding Kumpulan Tidak Berminat iaitu sebanyak 2.05. Berdasarkan kepada min variabel

penglibatan, Kumpulan Berminat berada pada tahap yang sederhana, sementara itu Kumpulan

Tidak Berminat berada pada tahap yang rendah.

Jadual 4.2 : Min variabel penglibatan mengikut kumpulan minat

Variabel Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

M SD M SD

Penglibatan 2.97 0.77 2.05 0.66

4.2 Tahap Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah

Mengikut Kumpulan Minat Murid

Jadual 4.3 menunjukkan min sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform

sekolah mengikut kumpulan minat murid. Variabel sokongan keluarga, min Kumpulan

Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingakan dengan min Kumpulan Tidak Berminat. Min

variabel penglibatan bagi Kumpulan Berminat adalah 3.57 berbanding Kumpulan Tidak

Berminat iaitu sebanyak 3.00. Berdasarkan kepada min variabel sokongan keluarga,

Kumpulan Berminat berada pada tahap yang tinggi sementara Kumpulan Tidak Berminat

berada pada tahap yang sederhana.

Jadual 4.3 : Min variabel sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform

sekolah mengikut kumpulan minat

Variabel Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

M SD M SD

Sokongan Keluarga 3.57 0.67 3.00 0.68

4.3 Pengaruh Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah

Terhadap Kemahiran Komunikasi

Dalam kajian ini, sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah

dikaji berdasarkan kepada dua kumpulan minat. Jadual 4.4 menunjukkan bahawa varibel

kemahiran komunikasi telah menyumbangkan 21 peratus kepada Kumpulan Berminat dan

juga Kumpulan Tidak Berminat, perubahan varians dalam sokongan keluarga. Sementara itu

Page 9: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

9

dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga terhadap Kumpulan Berminat

(ß = .38; p = .001) dan Kumpulan Tidak Berminat (ß=.31; p=.001) mempunyai pengaruh

yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

dimensi sokongan keluarga (ß = .38) dalam Kumpulan Berminat telah muncul sebagai

peramal yang terbaik terhadap kemahiran komunikasi.

Keputusan ini menjelaskan bahawa kedua-dua kumpulan minat mempunyai

pengaruh terhadap kemahiran komunikasi.

Jadual 4. 4: Dapatan nilai regresi ßeta yang standard (ß) untuk dimensi sokongan

keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah terhadap kemahiran

komunikasi.

Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

ß ß

Variabel Kawalan

Lokasia

Genderb

Rasc

Pendapatand

Variabel Peramal

Dimensi Sokongan Keluarga

Nilai R

Nilai R2

Nilai R2 Terselaras

Nilai F

.10

.04

-.04*

.03

.38*

.44

.21

.20

19.87*

02

-.09

-.07

-.02

.31*

.46

.21

.20

16.79

Nota: Dummy coded: a Luar Bandar = 0, Bandar = 1,

b Perempuan = 0, Lelaki = 1,

c Bukan

Melayu = 0, Melayu = 1, d Atas RM1500 = 0, Bawah RM1500 = 1 *p <.05

_______________________________________________________________________

4.4 Pengaruh Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah

Terhadap Kemahiran Kepimpinan

Dalam kajian ini, sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah

dikaji berdasarkan kepada dua kumpulan minat. Jadual 4.5 menunjukkan bahawa variabel

kemahiran kepimpinan telah menyumbangkan 18 peratus kepada Kumpulan Berminat dan 21

peratus kepada Kumpulan Tidak Berminat, perubahan varians dalam sokongan keluarga.

Sementara itu dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga terhadap

Kumpulan Berminat (ß = .38; p = .001) dan Kumpulan Tidak Berminat (ß=.34; p=.001)

mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi. Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga (ß = .38) dalam Kumpulan Berminat telah

muncul sebagai peramal yang terbaik terhadap kemahiran komunikasi.

Keputusan ini menjelaskan bahawa kedua-dua kumpulan minat mempunyai pengaruh

terhadap kemahiran kepimpinan.

Page 10: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

10

Jadual 4. 5: Dapatan nilai regresi ßeta yang standard (ß) untuk dimensi sokongan keluarga

dalam penglibatan badan beruniform sekolah terhadap kemahiran kepimpinan

Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

ß ß

Variabel Kawalan

Lokasia

Genderb

Rasc

Pendapatand

Variabel Peramal

Dimensi Sokongan Keluarga

Nilai R

Nilai R2

Nilai R2 Terselaras

Nilai F

.11*

.05

-.06

.04

.38*

.42

.18

.16

15.82*

.09

-.15

.04

-.03

.34*

.46

.21

.20

16.99*

Nota: Dummy coded: a Luar Bandar = 0, Bandar = 1,

b Perempuan = 0, Lelaki = 1,

c Bukan

Melayu = 0, Melayu = 1, d Atas RM1500 = 0, Bawah RM1500 = 1, *p < .05

______________________________________________________________________

4.3 Pengaruh Sokongan Keluarga Dalam Penglibatan Badan Beruniform Sekolah

Terhadap Kemahiran Kerja Berpasukan

Dalam kajian ini, sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah

dikaji berdasarkan kepada dua kumpulan minat. Jadual 4.6 menunjukkan bahawa varibel

kemahiran kerja berpasukan telah menyumbangkan 17 peratus kepada Kumpulan Berminat

dan 18 peratus kepada Kumpulan Tidak Berminat, perubahan varians dalam sokongan

keluarga. Sementara itu dapatan juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga

terhadap Kumpulan Berminat (ß = .35; p = .001) dan Kumpulan Tidak Berminat (ß=.34;

p=.001) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran kerja berpasukan. Dapatan

kajian juga menunjukkan bahawa dimensi sokongan keluarga (ß = .35) dalam Kumpulan

Berminat telah muncul sebagai peramal yang terbaik terhadap kemahiran kerja berpasukan.

Keputusan ini menjelaskan bahawa kedua-dua kumpulan minat mempunyai pengaruh

terhadap kemahiran kerja berpasukan.

Page 11: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

11

Jadual 4. 6 : Dapatan nilai regresi ßeta yang standard (ß) untuk dimensi sokongan

keluarga dalam badan beruniform sekolah terhadap kemahiran kerja

berpasukan

Kumpulan Minat

Berminat Tidak Berminat

ß ß

Variabel Kawalan

Lokasia

Genderb

Rasc

Pendapatand

Variabel Peramal

Dimensi Sokongan Keluarga

Nilai R

Nilai R2

Nilai R2 Terselaras

Nilai F

.08*

.01

-.01*

-.02

.35*

.42

.17

.16

15.68*

.14

-.15*

.03

.34

.34*

.42

.18

.26

13.84*

Nota: Dummy coded: a Luar Bandar = 0, Bandar = 1,

b Perempuan = 0, Lelaki = 1,

c Bukan

Melayu = 0, Melayu = 1, d Atas RM1500 = 0, Bawah RM1500 = 1, *p < .05

_______________________________________________________________________

5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Objektif Kajian Pertama :

Mengkaji tahap penglibatan dalam badan beruniform sekolah mengikut kumpulan

minat murid.

Hasil keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bahawa min tahap penglibatan

Kumpulan Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan min Kumpulan Tidak

Berminat. Hal ini menggambarkan bahawa murid yang berminat dalam bidang kokurikulum

melibatkan diri lebih aktif berbanding dengan kumpulan murid yang tidak berminat dalam

bidang kokurikulum sekolah. Hasil dapat kajian juga telah memberi gambaran bahawa

penglibatan keseluruhan Kumpulan Berminat berada pada tahap yang sederhana berbanding

dengan Kumpulan Tidak Berminat yang berada pada tahap yang rendah.

Objektif Kajian Kedua :

Mengkaji tahap sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah

mengikut kumpulan minat murid.

Hasil keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bahawa min tahap sokongan

keluarga dalam Kumpulan Berminat adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan min

Kumpulan Tidak Berminat. Hal ini menggambarkan bahawa keluarga memberi sokongan

yang tinggi kepada murid yang berminat dalam bidang kokurikulum berbanding dengan

murid yang tidak berminat dalam bidang kokurikulum sekolah. Hasil dapatan kajian juga

Page 12: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

12

telah memberi gambaran bahawa sokongan keluargabagi Kumpulan Berminat berada pada

tahap yang tinggi berbanding dengan Kumpulan Tidak Berminat yang berada pada tahap

sederhana sahaja.

Objektif Kajian Ketiga :

Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform

sekolah terhadap kemahiran komunikasi mengikut kumpulan minat murid.

Hasil keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bahawa dimensi sokongan

keluarga dalam Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminatmempunyai pengaruh

yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

kemahiran komunikasi telah menyumbangkan 21 peratus perubahan varians dalam Kumpulan

Berminat dan juga dalam Kumpulan Tidak Berminatdalam sokongan keluarga. Hasil dapat

kajian juga telah memberi gambaran bahawa dengan sokongan keluarga, Kumpulan Berminat

dan juga Kumpulan Tidak Berminat sekiranya didedahkan kepada latihan dan aktiviti

kokurikulum maka kumpulan-kumpulan ini boleh menguasai kemahiran komunikasi dengan

baik.

Objektif Kajian Keempat: Mengkaji pengaruh pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan badan

beruniform sekolah terhadap kemahiran kepimpinan mengikut kumpulan minat murid.

Hasil keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bahawa dimensi sokongan

keluarga dalam Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminat mempunyai pengaruh

yang signifikan terhadap kemahiran kepimpinan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

kemahiran kepimpinan telah menyumbangkan 18 peratus kepada Kumpulan Berminat dan 21

peratus kepada Kumpulan Tidak Berminat perubahan varians dalam sokongan keluarga. Hasil

dapat kajian ini juga telah memberi gambaran bahawa dengan sokongan keluarga, Kumpulan

Murid Tidak Berminat dalam kokurikulum boleh menjadi pemimpinyang lebih baik

berbanding dengan Kumpulan Murid Yang Berminat dalam kokurikulum.

Objektif Kajian Kelima : Mengkaji pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan badan beruniform sekolah

terhadap kemahiran kerja berpasukan mengikut kumpulan minat murid.

Hasil keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bahawa dimensi sokongan

keluarga dalam Kumpulan Berminat dan Kumpulan Tidak Berminatmempunyai pengaruh

yang signifikan terhadap kemahiran kerja berpasukan. Dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa kemahiran kerja berpasukan telah menyumbangkan 17 peratus kepada Kumpulan

Berminat dan 18 peratus kepada Kumpulan Tidak Berminat perubahan varians dalam

sokongan keluarga. Hasil dapat kajian juga telah memberi gambaran bahawa dengan

sokongan keluarga,Kumpulan Murid Tidak Berminat dalam kokurikulum boleh bekerja

sepasukan jauh lebih baik berbanding dengan Kumpulan Murid Berminat dalam kokurikulum.

6.0 KESIMPULAN dan CADANGAN

Daripada hasil dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa tahap penglibatan dan

tahapsokongan keluarga dalam Kumpulan Murid Berminatadalah lebih tinggi daripada

Kumpulan Tidak Berminat. Di samping itu pengaruh sokongan keluarga dalam penglibatan

Page 13: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

13

kokurikulum sekolah mempunyai pengaruh terhadap kemahiran insaniah murid. Murid-murid

yang tidak berminat dalam kokurikulum sekiranya mendapat sokongan daripada keluarga

akanmengusai kemahiran insaniah pada tahap yang tinggi berbandingan dengan muridyang

berminat dalam kokurikulum yang di sokongan oleh keluarga. Walaupun murid tidak

berminat dalam kokurikulum sekolah, tetapi atas dasar kerajaan yang mewajibkan mereka

menyertai kokurikulum sekolah serta mendapat sokong keluarga secara tidak langsung dapat

mempengaruhi pencapaiaan kemahiran insaniah mereka. Malah dapatan kajian ini telah

membuktikan bahawa pencapaian mereka adalah tidak setinggi berbanding dengan

pencapaian kumpulan yang benar-benar berminat dalam kokurikulum sekolah.

Disebabkan oleh hal ini, maka dicadangkan kepada semua pihak yang terlibat agar

dapat mengagihkan bidang kokurikulum sekolah mengikut bidang-bidang yang benar-benar

diminati oleh murid agar segala kemahiran yang tersembunyai dalam bidang kokurikulum

dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid. Sekiranya murid-murid dapat menyertai bidang yang

mereka minati, maka secara tidak langsung mereka akan bergiat aktif dalam bidang tersebut

tanpa sokongan dan bantuan mana-mana pihak.

RUJUKAN:

Adnan Khamis. (1993). Aktiviti kokurikulum dasar KBSM: Ke arah kemantapan insan

seimbang. Kurikulum bersepadu sekolah menengah: Pandangan dan maklum

balas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anderson, J. C., Funk, J. B., Elliott, R., & Hull Smith, P. (2003). Parental support and

pressure and children’s extracurricular activities: Relationships with amount of

involvement and affective experience of participation. Applied Developmental

Psychology, 24, 241-257.

Baker, D.,P & Stevenson, D.L. (1986).Mothers’ strategies for children’s school achievement:

Managing the transition to high school.Sociology of Education,59, 156–166.

Barber, B. L., & Lyons, J. (1994). Family processes and adolescent adjustment in intact and

remarried family. Journal of Youth and Adolescence, 23, 421-436.

Baumrind, D. (1971). Current patterns of parental authority. Developmental Psychology

Monographs, 4, (1, Pt.2).

Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and

substance use. Journal of Early Adolescence, 11(1), 56-95.

Conger, K. J., Conger, R. D., & Scaramella, L. V. (1997). Parents, siblings, psychological

control and adolescent adjustment. Journal of Adolescent Research, 12, 113-138.

Darling, N. (1999).Parenting Style and Its Correlates. Available Online:

http://www.athealth.com/Practitioner/ceduc/parentingstyles.html#Baumrind91

accessed on 18 August 2010.

Das, P.K. & Patnaik, S. (2007). Parental support and development of peer social status among

children in India. Illinois Child Welfare, Volume 3, Numbers 1 and 2.

Page 14: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

14

Effendi. (1993). Pengantar psikologi. Bandung: Penerbit Tarsit.

Goodge, W. J. (1988). Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hansen, G. R. (1984). Assessing the career interests of college youth: Summary of research

applications (ACT research report No. 67). Iowa City, I A: American College Testing.

Hill, N. E., & Taylor, L. C. (2004). Parental school involvement and children's academic

achievement: Pragmatics and issues. Current Directions in Psychological Science,

13(4), 161-164.

Leithwood, K., Jantzi, D., & Steinbach, R. (1999). Changing leadership for changing times.

Buckingham:Open University Press.

Maccoby, E., & Martin, J. (1983). Socialization in the context of the family: Parent-child

interaction. In E.M. Hetherington (Ed.). Handbook of child psychology: Vol. 4.

Socialization, personality, and social development, New York: Wiley.

McNeal, R. B. (1999). Parental involvement as social capital: Differential effectiveness on

science achievement, truancy, and dropping out. Social Forces, 75, 117-144.

Mohamad Nor Che Noh. (1982). “A study on the effect of participation in sport and some

social psychological variables on adjusments and academic achievement.”. Kajian

Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2007). Intervensi pembangunan organisasi pendidikan.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ramlan Abdul Wahab. (2004). Panduan pengurusan kokurikulum di sekolah. Kuala Lumpur:

Bantera Sdn Bhd.

Seginer, R. (1983). Parents' educational expectations and children's academic achievements:

A literature review. Merrill-Palmer Quarterly, 29, 1-23.

Seginer, R., & Vermulst, A. (2002). Family environment, educational aspirations, and

academic achievement in two cultural setting.Journal of Cross-Cultural Psychology,

33, 540-558.

Sharifah Alawiyah Al Sagoff. (1983).Ilmu pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinamann

Asia.

Stein, G. L., Raedeke, T. D., & Glenn, S. D. (1999). Children's perceptions of parent sport

involvement: It's not how much, but to what degree that's important. Journal of Sports

Behaviour, 22:4, 591-601.

Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani di sekolah rendah (Edisi ke-2). Petaling Jaya:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Vasudevan T. Arosoo. (1988). Kegiatan ko-Kurikulum: Penyeliaan dan pentadbiran.

Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Page 15: PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM ... · PDF file1 PENGARUH SOKONGAN KELUARGA DALAM PENGLIBATAN KOKURIKULUM SEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN INSANIAH MURID

15

Walgito, B. (1983). Psikologi umum. Jakarta: PT. Rineka Cipta.

Witherington, H. C. (1986). Psikologi pendidikan. penerj. Buchairi Jakarta: Aksara Baru.

Woolger, C. (1993). Parent and sport socialization: Views from the achievement literature.

Journal of Sport Behavior, 16:3, 171-189.